url
stringlengths 49
58
| headline
stringlengths 22
176
| content
sequence |
---|---|---|
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=308 |
Mini konsert "KAU DAN AKU" persembahan oleh golongan OKU
| [
"DAMANSARA, 3 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan menyaksikan mini konsert golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berjudul \"KAU DAN AKU\" semalam.",
"Acara yang diadakan di Damansara Performing Art Centre, Selangor itu bersempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPD) yang disambut hari ini.",
"Terdahulu, Perdana Menteri dibawa melawat ke pameran seni dan kraftangan yang dihasilkan para artis OKU yang merupakan idea inklusif mencerminkan keterangkuman konsep Keluarga Malaysia.",
"Turut hadir Menteri Komuikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun serta Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.",
"Konsert anjuran Persatuan OKU Sentral (OKU Sentral) itu merupakan antara beberapa siri mini konsert dan pameran seni yang pernah diadakan sejak tiga tahun lalu.",
"Persembahan malam tadi turut dihiburkan dengan nyanyian oleh Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang juga Presiden OKU Sentral dengan membawakan beberapa buah lagu seperti ‘Teratai’, ‘Tunggu Sekejap’ dan ‘Stand by me’."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=309 |
Penggiat seni perlu hindari perselisihan faham demi kemajuan industri perfileman tanah air
| [
"KUALA LUMPUR, 2 Disember - Penggiat seni perlu mengetepikan perbezaan ideologi dan hindari perselisihan faham demi kemajuan industri perfileman tanah air.",
"Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, percanggahan pendapat harus diselesaikan secara harmoni sejajar misi kerajaan mempromosi konsep Keluarga Malaysia.",
"Beliau berkata pada sidang media Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 di Mutiara Damansara."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=310 |
Rakyat berhak dapat akses maklumat, buat keputusan tepat dan bijaksana PRU DUN Melaka
| [
"ANGKASAPURI, 17 November - Rakyat berhak mendapat akses maklumat yang cukup untuk membuat keputusan tepat dan bijaksana bagi PRU DUN Melaka.",
"Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Kerajaan mempunyai keyakinan terhadap kematangan rakyat untuk membuat penilaian.",
"Justeru, Platform yang disediakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada semua calon yang bertanding, perlu dimanfaatkan sebaiknya.",
"Kebenaran menyiarkan poster dan biodata calon PRU DUN Melaka menerusi RTM dapat memberi ruang lebih luas kepada calon bertanding memperkenalkan diri kepada pengundi.",
"Beliau ditemui selepas program Bicara Naratif di Wisma Berita, Angkasapuri",
"Bermula 14 November lalu, setiap calon yang bertanding PRU DUN Melaka dibenar membekalkan bahan kempen untuk disiarkan melalui saluran RTM "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=311 |
FFM, Anugerah Seri Angkasa bakal kembali dalam usaha menghidupkan semula industri seni kreatif Malaysia
| [
"KUALA LUMPUR, 13 November - Filem Festival Malaysia dan Anugerah Seri Angkasa akan dianjurkan semula pada tahun hadapan, bagi terus mnghidupkan industri seni kreatif.",
"Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar berkata demikian pada majlis Usaha sama Art In the City AITC 2021 anjuran Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya CENDANA dan Mycreative Ventures di ibu negara.",
"Pada majlis itu seramai 55 rakan usaha sama diperkenalkan bagi menjayakan festival AITC 2021 sehingga Disember ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=312 |
Industri seni kreatif berpotensi jadi cabang penjanaan ekonomi dan pendapatan negara
| [
"KUALA LUMPUR, 13 November - Industri seni kreatif dilihat berpotensi menjadi satu cabang bagi penjanaan ekonomi dan pendapatan tinggi negara.",
"Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata penggiat seni kreatif perlu terus berkarya dan mentransformasikan idea kreatif mereka ke arah melonjakkan negara dalam semua bidang.",
"Menurut beliau, setiap kesenian harus diperhalusi elemennya untuk menjadi satu produk yang mampu menjana pendapatan negara.",
"Selain itu, ia juga satu industri profesional yang mampu membuka peluang pekerjaan seperti dilakukan negara Jepun menerusi minuman teh dan sukan sumo.",
"Tambahnya, Malaysia mampu mengikut langkah yang sama kerana mempunyai pelbagai cabang kesenian yang boleh diketengahkan, antaranya Makyong dan Silat Cantik yang bertapak di Kelantan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=313 |
Pemain industri kreatif, syarikat penerbitan berperanan besar bina acuan negara bangsa tanpa pinggir nilai komersial
| [
"KUALA LUMPUR, 1 November - Pemain industri kreatif dan syarikat penerbitan disaran menghayati secara mendalam setiap polisi dan dasar kerajaan agar falsafah kenegaraan dapat diserlahkan dalam penghasilan program.",
"Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka memainkan peranan besar membina acuan negara bangsa tanpa mengenepikan nilai komersial.",
"Tan Sri Annuar ditemui selepas Majlis Amanat bersama penerima Surat Setuju Terima Perolehan Program TV RTM di Angkasapuri."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=314 |
Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim dilantik terajui FINAS
| [
"KUALA LUMPUR, 1 November - Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu FINAS.",
"Pelantikannya bagi menggantikan bekas CEO, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang melepaskan jawatan dan mengakhiri tugas berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu.",
"Pelantikan Dr. Md Nasir berkuat kuasa hari ini sehingga 30 Oktober 2023.",
"Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dalam satu kenyataan berkata, Prof Dr. Md Nasir berpengalaman luas dan ketokohan dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan dalam seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.",
"Beliau diyakini mampu memacu FINAS sebagai badan peneraju untuk menggalak, memelihara dan menyumbang kepada kemajuan industri perfileman negara."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=315 |
Lapangan terbang antarabangsa bakal dibina di Kuantan
| [
"KUANTAN, 25 Oktober - Lapangan terbang bertaraf antarabangsa bakal di bina di Gebeng, Kuantan. Ia setelah secara dasarnya dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara.",
"Perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Khamis lepas, dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam projek itu, yang akan menjadi sebahagian daripada rancangan Pahang mewujudkan bandar aeroangkasa di Gebeng menjelang tahun 2050.",
"Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah menyenaraikan 731 projek bernilai RM50 billion.",
"Pembinaan lapangan terbang tersebut merupakan antara projek utama yang menyokong kepada pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).",
"Tambah beliau, cadangan projek itu mengambil kira keperluan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa di negeri Pahang dan pantai timur khususnya yang menawarkan penerbangan dari negara luar terus ke Kuantan. Beliau berkata demikian pada Sesi Roadshow Pasca RMKe-12 oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bersama kerajaan negeri di Kuantan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=316 |
Semua pihak perlu bertanggungjawab menjaga disiplin dan SOP di set penggambaran
| [
"KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menjaga disiplin dan prosedur operasi standard (SOP) di set penggambaran.",
"Ia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.",
"Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menzahirkan kebimbangan sekiranya kelonggaran aktiviti penggambaran dalam kalangan industri kreatif boleh ditarik balik apabila perkara itu diabaikan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=317 |
Sambutan Hari Malaysia bakal berlangsung malam ini, patuh SOP
| [
"KOTA KINABALU, 16 September - Hari ini satu lagi peristiwa bersejarah yang wajib diingati apabila penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada 1963.",
"Untuk itu, sekali lagi Sabah di pilih sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia 2021.",
"Bertemakan Malaysia Prihatin, sambutan bakal berlangsung malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.",
"Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Mohammad Mentek berkata segala persiapan rapi telah dijalankan dan segala komitmen serta kerjasama telah diberikan oleh agensi kerajaan Sabah.",
"Pihaknya akan memastikan penganjuran majlis mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19.",
"Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung sambutan Hari Malaysia menerusi saluran Berita RTM dan TV1."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=318 |
GSC, TGV umum tarikh pembukaan semula
| [
"KUALA LUMPUR, 14 September - Dua operator pawagam terbesar Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu.",
"Selari dengan SOP ditetapkan, ia hanya dibuka kepada individu yang lengkap vaksinasi.",
"GSC menerusi hantaran di Instagram mengumumkan 17 cawangannya serta Aurum Cinemas di Lembah Klang, wilayah Utara dan Selatan akan dibuka Khamis ini sempena sambutan Hari Malaysia.",
"Pawagam di lokasi lain pula akan dibuka semula pada minggu berikutnya iaitu 23 September.",
"Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran TGV Cinema Mohit Bhargava pula memaklumkan pawagam kendalian syarikat itu akan turut dibuka pada 23 September.",
"Keputusan dibuat selepas berunding dengan studio untuk mendapatkan kelulusan badan penapis tempatan bagi filem mereka."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=319 |
'Anjang Aki' meninggal dunia
| [
"SHAH ALAM, 24 Julai - Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, kira-kira 6.30 petang tadi.",
"Berita pemergian pelakon yang dikenali dengan watak Anjang Aki itu disahkan oleh isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar.",
"Allahyarham yang berusia 85 tahun dikatakan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.",
"Nazariah, 66 tahun berkata, arwah suami meninggal dunia bukan disebabkan pandemik COVID-19, sebaliknya arwah menghidap penyakit pembuluh darah bengkak.",
"Allahyarham Baharuddin meninggalkan tujuh cahaya mata dan dua anak tiri. Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=320 |
Siti Sarah meninggal dunia, bertarung nyawa akibat COVID-19
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Siti Sarah Raisuddin yang bertarung nyawa akibat COVID-19 , kini disahkan meninggal dunia.",
"Pihak pengurusan penyanyi itu memberitahu; Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).",
"Siti Sarah ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan pada Jumaat lalu",
"Siti Sara ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.",
"Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata Uwais , 10 tahun, Dzahira , 8 tahun , dan Ariq , 6 tahun, disahkan positif COVID-19."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=321 |
Pelakon dan pelawak, Ramasundran Rengan meninggal dunia
| [
"KUALA LUMPUR, 26 Mei - Pelakon dan pelawak terkenal, Ramasundran Rengan meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur, pukul 2 pagi tadi.",
"Mendiang berusia 57 tahun dipercayai meninggal dunia akibat mengalami masalah bengkak di kaki disebabkan jangkitan dan alah dengan ubat-ubatan.",
"Berita kematian mendiang disahkan Presiden Seniman, Zed Zaidi menerusi kiriman Whatapps.",
"Doktor juga mengesahkan mendiang turut mempunyai sejarah masalah jantung.",
"Mendiang Ramasundran yang juga Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia ini mula menceburi dunia lakonan sejak tiga dekad lalu dengan membintangi pelbagai drama dan sitkom."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=322 |
Tidak dambakan populariti, Bell Ngasri hanya pastikan 'periuk nasinya' tetap berasap
| [
"BANGI, 22 Mei - Lebih tiga dasawarsa membina platform dalam dunia seni meletakkan pelakon berkaliber, Bell Ngasri dalam zon selesa.",
"Tidak keterlaluan kalau dikatakan Bell antara pelakon yang sentiasa menerima tawaran lakonan.",
"Malah sepanjang hujung Ramadan lepas bersambung pula ke Syawal, wajah Bell ada di setiap saluran TV.",
"Jelas Bell, dalam musim pandemik COVID-19, beliau bersyukur kerana masih ada pihak yang menghargai bakat seninya.",
"Tidak mendambakan populariti, Bell yang lahir daripada keluarga seni sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap tawaran memandangkannya merupakan tanggungjawab dan 'periuk nasi' beliau sejak kecil.",
"Menyentuh watak Barkoba yang dilakonkannya dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang, Bell berharap watak itu dijadikan iktibar untuk panduan hidup masyarakat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=323 |
Tiga pertuduhan tidak patuh SOP PKPB, Neelofa dan suami mengaku tidak bersalah
| [
"SEREMBAN, 20 Mei - Selebriti Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas tiga pertuduhan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).",
"Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.",
"Neelofa dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk pada hari kejadian.",
"Manakala Muhammad Harris menghadapi dua pertuduhan iaitu gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.",
"Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 ke atas Neelofa, manakala RM10,000 ke atas Muhammad Harris.",
"Kes akan disebut semula pada 4 Jun depan. ",
"Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis daerah Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam susulan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021 telah tular."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=324 |
Perlu mohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas untuk penggambaran di kawasan PKP
| [
"PETALING JAYA, 6 Mei - Syarikat produksi perlu memohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) untuk melakukan aktiviti penggambaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Menerusi satu kenyataan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) memaklumkan, permohonan SPP Khas itu boleh dibuat di laman rasmi FINAS di www.finas.gov.my. bermula hari ini sehingga 17 Mei.",
"Finas turut memaklumkan, kelulusan bagi permohonan berkenaan tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).",
"Sementara itu, bagi kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), aktiviti penggambaran boleh diteruskan dengan syarat perlu mematuhi SOP penggambaran yang ditetapkan MKN.",
"Selain itu, perlu mematuhi semua garis panduan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=325 |
Telemovie 'Penyiasat Viral' didik masyarakat bijak guna media sosial
| [
"KUALA LUMPUR, 2 Mei - Mahu mendidik masyarakat agar bijak menggunakan media sosial selain tidak taksub dengan apa yang dipaparkan, sutradara muda, Wan Affendy Abdullah tampil dengan buah tangan terbaru, Telemovie Penyiasat Viral.",
"Jelas Wan Affendy, elemen cinta bukan lagi intipati utama, tetapi nilai persahabatan diangkat dalam telemovie tersebut.",
"Antara barisan artis yang membintangi Penyiasat Viral ialah Elizabeth Tan, Jaja Eylias dan Lia Natalia.",
"Terdahulu, barisan produksi itu ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.",
"Telemovie Penyiasat Viral bakal disiarkan pada 8 Mei ini, pukul 10:00 malam di TV2."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=326 |
Awal,Scha guna bahasa bersesuaian di media sosial
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Mei - Golongan artis dan personaliti terkemuka perlu lebih peka terhadap perkongsian kandungan media sosial masing-masing bagi mengelak timbulnya salah faham.",
"Bagi pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, selain menjadikan medium tersebut sebagai promosi kerjaya, platform media sosial mereka juga perlu diteliti terutama dalam penggunaan bahasa bersama warganet.",
"Dalam perkembangan lain, mereka yang baru dilantik sebagai duta makanan segera turut menyifatkan, tugas sebagai duta memerlukan tanggungjawab yang lebih berat khususnya kepada komuniti.",
"Pada Februari lalu, pasangan tersebut baru sahaja dikurniakan bayi perempuan dan meluahkan perasaan syukur kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan cahaya mata mereka."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=327 |
FINAS tawar dana kepada syarikat produksi tempatan
| [
"KUALA LUMPUR, 28 April - Finas dengan kerjasama RTM menawarkan Dana PELAKSANA 3.0 Kenegaraan kepada syarikat produksi tempatan bertujuan meningkatkan penghasilan karya kandungan kreatif bertemakan kenegaraan.",
"Tawaran dana itu juga berupaya menjana semula ekonomi industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.",
"Finas melalui kenyataan medianya memaklumkan, dana itu ditawar kepada syarikat produksi tempatan menerbitkan karya bagi slot khas di platform stesen televisyen bertemakan kenegaraan.",
"Ia melibatkan kategori penerbitan drama bersiri mini lapan episod dan supertelemovie.",
"Selain itu Finas turut menawarkan Dana Program TV atau 'over-the-top' (OTT) dengan kerjasama Media Prima kepada syarikat produksi tempatan yang melibatkan penerbitan supertelemovie.",
"Permohonan bagi dua dana tersebut dibuka sehingga 25 Mei ini melalui laman sesawang Finas."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=328 |
FINAS tawar dana penerbitan bertemakan kenegaraan
| [
"KUALA LUMPUR, 27 April - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menawarkan Dana PELAKSANA 3.0 Kenegaraan kepada syarikat produksi tempatan bertujuan meningkatkan penghasilan karya kandungan kreatif bertemakan kenegaraan.",
"Tawaran dana itu juga berupaya menjana semula ekonomi industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.",
"Finas melalui kenyataan medianya memaklumkan, dana itu ditawarkan kepada syarikat produksi tempatan untuk menerbitkan karya bagi slot khas di platform stesen televisyen bertemakan kenegaraan.",
"Ia melibatkan kategori penerbitan Drama Bersiri Mini (lapan episod) dan Supertelemovie.",
"Selain itu, Finas turut menawarkan Dana Program TV atau 'over the top' (OTT) dengan kerjasama Media Prima kepada syarikat produksi tempatan yang melibatkan penerbitan Supertelemovie.",
"Dana itu bertujuan meningkatkan kandungan kreatif tempatan dan penonton di platform penyiar OTT serta memperbanyak pemilikan hak cipta kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan pada masa hadapan.",
"Permohonan bagi dua dana tersebut telah dibuka semalam hingga 25 Mei 2021 melalui laman sesawang Finas."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=329 |
Langgar SOP: Neelofa dan keluarga dikompaun RM60,000
| [
"KUALA LUMPUR, 27 April- Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000 atas dua kesalahan.Kesalahan pertama, Neelofa selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal 1 meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung pada Mac lalu.Kesalahan kedua, Neelofa dikompaun kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.",
"Manakala suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail turut dikompaun sebanyak RM10,000 kerana melanggar perintah kawalan untuk tujuan merentas negeri.Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan media.Bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut, pihak berkuasa tidak memberi sebarang potongan diskaun pembayaran kompaun.Kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang turut dikompaun sebanyak RM1,500 seorang berjumlah RM30,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) tiada penjarakan fizikal.Jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan terhadap Neelofa dan keluargnya sebanyak RM60,000.Neelofa dikompaun di bawah Peraturan 19 - Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=330 |
Tunggu, simbolik penantian lebih sedekad kemunculan semula VE
| [
"KUALA LUMPUR, 26 April - Selepas 13 tahun menyepi, kumpulan 'Voice of Euphonious' atau VE kembali mewarnai dunia seni.",
"VE 2021 yang diterajui Zaf dan Cham bersama dua anggota baharu, Adeep Nahar dan Luqman Hakim, baru-baru ini telah melancarkan buah tangan baharu berjudul Tunggu. Lagu 'mid-tempo' dengan elemen 'oldschool' tetapi diadun dengan cita rasa semasa itu masih mengekalkan vokal berharmoni yang menjadi 'trademark' kumpulan itu.",
"Menurut Zaf, Tunggu dipilih untuk judul 'single' terbaharu mereka sebagai simbolik penantian kumpulan itu yang mengambil masa lebih sedekad untuk membuat kemunculan semula.",
"Tunggu boleh didapati di semua pelantar penstriman digital manakala video muzik rasminya boleh ditonton di YouTube sejak 26 Mac lalu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=331 |
FINAS turun padang bantu pemantauan dana PRISMA
| [
"KUANTAN, 25 April - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengambil inisiatif turun padang dalam usaha membanteras birokrasi permohonan dana Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA).",
"Ia sekaligus dapat mempercepatkan tempoh permohonan dana kepada tiga minggu berbanding tiga bulan sebelum ini selain dana dapat disalurkan terus kepada penerima.",
"Negeri Pahang, dipilih sebagai lokasi pertama menerusi penganjuran program Komuniti@Finas (KoFi).",
"Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, menerusi program KoFi, bakal penerima dana PRISMA akan dibimbing melalui bengkel dan pembentangan idea kepada Finas disusuli proses penilaian dan pemberian surat tawaran dana.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Mikro PRISMA Dana Kandungan Digital Bersempena Program Outreach Bahagian Pengurusan Produksi Finas di kuantan. 116 individu bakal menerima dana sebanyak RM5,000 hingga RM20,000 setiap seorang dengan nilai keseluruhan dana RM1.5 juta."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=332 |
Telemovie "Mek Bunga" di TV2, gabungan hebat artis baharu dan lama
| [
"KUALA LUMPUR, 19 April - Bakal ditayangkan di TV2 24 April ini, Telemovie \"Mek Bunga\" bakal menampilkan gabungan artis baharu dan lama, antaranya Bella Astillah dan Ismar Eriza.",
"Antara kelainan yang dibawakan \"Mek Bunga\" berkisarkan tentang realiti hidup melibatkan cinta, aksi, kekeluargaan dan kerjaya.",
"Bagi Bella Astillah, keistimewaan telemovie ini adalah pada jalan ceritanya sendiri.",
"Tambah Bella, telemovie itu juga bakal menampilkan Yoe Parey dan Syahmi.",
"Selain menampilkan aksi Muay Thai yang asli."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=333 |
'Jalinan Kasih Aidilfitri' KLASIKfm, gabungan artis lama dan baharu
| [
"PETALING JAYA, 19 April - Menggabungkan artis lama dan baharu, itu konsep program khas Aidilfitri stesen Radio KlasikFM.",
"Bertemakan 'Jalinan Kasih' KlasikFM berkolaborasi dengan Hotel Espira Sri Petaling, mempersembahkan lagu raya malar segar dan juga moden, yang turut dinyanyikan Juara bintang klasik nasional.",
"Penerbitnya, Hamidah Aris berkata, rancangan yang bakal bersiaran pada raya kedua dan ketiga, menampilkan artis popular seperti Wani Hasrita dan Tajul, serta artis popular tahun 80-an, Aman Shah.",
"Hamidah ditemui pada Program Jalinan Kasih Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim di Petaling Jaya.",
"20 anak yatim dari Rumah Cahaya kasih Bestari, Subang diraikan pada majlis ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=334 |
Program khas Ramadan di TV1 dan TV2
| [
"KUALA LUMPUR, 16 April - Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 dan TV2 menyajikan pelbagai program menarik buat tatapan para penontonnya.",
"Bertemakan 'Sucinya Ramadan', pelbagai program baharu turut diperkenalkan selain rancangan berkonsepkan kerohanian dan keagamaan yang menjadi program tetap setiap tahun.",
"Menurut Pengurus Saluran TV1, Mohammad Yusari Ameer Mohd Yusof, sebanyak 26 program khas Ramadan akan disiarkan melibatkan 370 jam waktu siaran.",
"Antara program menarik TV1 adalah Borak Dulu #Baru Buka, Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom, Salam Pagi, drama 'Makcik Bawang' selain program tunjang RTM, Syahadah.",
"Sementara itu, program-program di saluran TV2 pula tertumpu kepada genre drama, majalah dan hiburan dengan peruntukan 114 jam waktu siaran bagi program khas Ramadan.",
"Antara program menarik di TV2 adalah drama Di Hujung Ranting, Calon Menantu Tuan Rumah, rancangan memasak 'Sudip Pusing Dunia' serta tayangan filem-filem aksi dan komedi luar negara."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=335 |
Pelakon veteran, Abu Bakar Omar meninggal dunia
| [
"ALOR SETAR, 16 April- Pelakon veteran, Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre pada pukul 9:04 pagi tadi.Allahyarham yang berusia 72 tahun dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung.",
"Menurut anaknya, Zainuddin Abu Bakar, baru-baru ini Allahyarham sering mengadu kepenatan sebelum menghembuskan nafas terakhir hari ini.Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat Asar."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=336 |
Syahadah angkat tema 'Refleksi Kalimah' musim ini
| [
"KUALA LUMPUR, 14 April - Refleksi Kalimah diangkat tema rancangan Syahadah musim ke-15 dokumentari khas Ramadan terbitan Unit Majalah dan Dokumentari (UMD RTM) tahun ini.",
"Penolong Pengarah UMD, Azura Mohamed Yusof memberitahu, kali ini suntikan tadabbur Al-Quran dimasukkan sebagai elemen baharu di samping memaparkan lokasi-lokasi menarik dalam dan luar negara.",
"Jelasnya, pengisian tadabbur Al-Quran itu dikendalikan penceramah terkenal Datuk Dr Mohd Izhar Arif.",
"Beliau ditemui selepas menjadi tetamu Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.",
"Syahadah merupakan rancangan tunggak terbitan UMD yang bersiaran setiap hari pada pukul 6:00 petang sepanjang Ramadan.",
"Musim kali ini yang menyiarkan 31 episod turut menawarkan hadiah menarik kepada pemenang kuiz mingguan dan terkumpul."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=337 |
Pelakon drama, Noryati Taib meninggal dunia
| [
"JOHOR BAHRU, 7 April - Pelakon drama, Allahyarham Noryati Taib yang meninggal dunia 1.45 pagi hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, kira-kira 11.30 pagi tadi.",
"Jenazah Allahyarham, 63 tahun dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ittihad, Taman Air Biru.",
"Anak ketiga Allahyarham, Faizul Hafiz Hashim, 36 tahun berkata Allahyarham mengadu tidak sedap badan kira-kira 12 tengah malam tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Hashim Mohd Yusoff, 65 tahun dan anak bongsu, Ezzahani Hashim, 31 tahun. Allahyarham yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’ pernah berlakon dalam pelbagai drama, antaranya Sindarela, SyurgaMu Ramadan dan Tari Tirana. Pada September 2017, Allahyarham menghidap kencing manis hingga sebelah kakinya terpaksa dipotong di Hospital Sultan Ismail."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=338 |
Alhamdulillah, tampilkan semula kumpulan Elite
| [
"KUALA LUMPUR, 4 April - Anggota kumpulan wanita, Elite akan tampil dengan 'single' terbaharu.",
"Pernah mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri hiburan tanah air 25 tahun lalu, kini kumpulan Elite kembali.",
"Setelah ura-ura penggabungan seringkali tertunda kerana komitmen masing-masing, akhirnya 2021 menyatukan mereka melalui single terbaharu bercorak kerohanian berjudul Alhamdulillah.",
"Lebih menarik, Alhamdulillah muncul dikala umat Islam bakal menyambut Ramadan seminggu sahaja lagi.",
"Single Alhamdulillah ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu diterbitkan oleh Imaan Music iaitu label Islamik di bawah KRU Music dan bakal dilancarkan di semua platform digital pada 19 April depan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=339 |
RTM teruskan pengisian menarik sempena ulang tahun ke-75
| [
"KUALA LUMPUR, 4 April - Sambutan ulang tahun RTM Ke-75 diteruskan dengan pelbagai acara menarik.",
"Di Johor, \"Konsert Rock Sampai Bila-Bila\" anjuran Johorfm malam tadi berlangsung meriah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kerajaan.",
"Konsert selama dua jam itu yang turut disiarkan menerusi facebook Johorfm diadakan di Auditorium Permata Sari, Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, Johor Bahru.",
"Konsert yang diiringi Kombo Johorfm dimulakan dengan persembahan daripada Ayai Ilusi menerusi lagu Hakikat Sebuah Cinta. Ia disusuli penyanyi-penyanyi lain seperti Rahmad Mega, Ali Terrarossa, Royce Saa’yan dan Bandi Amuk. Bagi mengelak penularan COVID-19 konsert dilaksanakan tanpa kehadiran penonton.",
"Tidak ketinggalan Selangorfm juga turut mengadakan mini Showcase Evolusi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sempena sambutan ulang tahun RTM ke-75, semalam.",
"Ia dibawakan secara langsung menerusi Radio dan laman Facebook Selangorfm.",
"Showcase tersebut diserikan dengan persembahan artis popular tanah air antaranya Lan Solo, Fauziah Latiff, Apak Harry, Iman Troye dan Azarra Band.",
"Artis tanah air yang terlibat turut berharap RTM terus unggul sebagai medium penyalur maklumat dan hiburan kepada masyarakat.",
"Turut memeriahkan mini showcase, Pengarah Penyiaran Selangor, Syazariah Majidi dan wakil UiTM, Mahathir Ahmad."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=340 |
Dimensi baharu KRU Music
| [
"KUALA LUMPUR, 31 Mac - Bagi membuka ruang lebih luas kepada artis baharu untuk diketengahkan ke pasaran antarabangsa, KRU Music menjalin kerjasama strategik dengan Warner Music Malaysia.",
"Fokus utama KRU MUSIC kini kepada genre ‘dance’, hip hop dan pop.",
"Pada sidang media pengumuman kerjasama itu, KRU Music turut memperkenalkan barisan artis baharu di bawah naungannya iaitu Dian Hashim, Fai Ramli, DJ Fateh dan Timur."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=341 |
Peluang Kedua, bukan penamat buat Nabila Razali
| [
"KUALA LUMPUR, 29 Mac - Berikutan insiden 'menyanyi sumbang' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua dalam sebuah pertandingan, Nabila Razali menjadi sasaran pengkritik termasuk sebahagian penggiat seni.",
"Situasi itu ternyata tidak mematahkan semangatnya malah beliau mahu menghasilkan karya terbaharu dalam jangkamasa terdekat.",
"Mengakui semakin sibuk bergelar usahawan, Nabila kini mahu melangkah kehadapan dengan mengabaikan sebarang kata-kata negatif.",
"Menurutnya, perkara itu bukan titik noktah untuknya berhenti menyanyi.",
"Nabila turut berpesan kepada rakan selebriti supaya memberi semangat dan tidak menjatuhkan antara satu sama lain memandangkan mereka sama-sama mencari rezeki dalam industri ini.",
"Nabila mengulas demikian semasa pelancaran produk kek lapis terbaharunya hasil kolaborasi bersama Big Mouth baru-baru ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=342 |
Karya terakhir Allahyarham Nurhalim Ismail diabadikan dalam Selumbar
| [
"KUALA LUMPUR, 29 Mac - Pengarah terkenal, Allahyarham Nurhalim Ismail, yang meninggal dunia tahun lalu akibat kanser paru-paru sempat menulis karya terakhirnya yang bakal ditayangkan di saluran RTM.",
"Beliau mengarang naskah berjudul Selumbar itu, sempat menggariskan pengarah dan pelakon yang bakal membintangi telefilem berkenaan.",
"Menurut pengarah telefilem tersebut, Ahmad Hashim, Allahyarham Nurhalim yang juga pemilik Nur TV Productions, mengamanahkan kepada beliau untuk meneruskan pembikinan Selumbar.",
"Katanya kepada BDIVA, naskah ini mengandungi konflik kekeluargaan yang menolak hukum pembahagian harta disebabkan perasaan tamak.",
"Telefilem ini turut memberi pengajaran mengenai isu wasiat dan kepentingan dalam pembahagian harta secara adil.",
"Selumbar, bakal menemui penonton April depan, dibintangi pelakon Pekin Ibrahim, Ezzaty Abdullah, Zaidi Omar dan Khaty Azian."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=343 |
Sayap-Sayap Wings bawa peminat dan Wings terbang bersama
| [
"KUALA LUMPUR, 28 Mac - Siapalah artis tanpa peminat.",
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kelab peminat artis dilihat semakin aktif menganjurkan pelbagai aktiviti, sekaligus mengeratkan silatulrahim dan menambah keahlian.",
"Tidak terkecuali, kelab peminat rasmi kumpulan rock Wings, dikenali Sayap-Sayap Wings yang mahu menjadikan pelbagai aktiviti acara tetap setiap tahun untuk menyokong idola mereka.",
"Setakat ini Sayap-Sayap Wings mempunyai lebih 1,000 ahli termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=344 |
SENIMAN perjuang survival anak seni ketika pandemik COVID-19
| [
"KUALA LUMPUR, 25 Mac - Pelbagai usaha dilakukan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi membantu ahli yang menerima impak pandemik COVID-19 selain bergantung kepada sumbangan individu dan pihak lain yang prihatin dengan nasib penggiat seni.",
"Sehubungan itu, persatuan tersebut meneruskan projek amal dengan menyasar 100 anak seni menjadi perantis pertama program Survival Pandemik Anak Seni.",
"Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata program itu bertujuan membantu anak seni yang terjejas mencari rezeki melalui perniagaan.",
"Keprihatinan SENIMAN, turut mendapat maklum balas positif ahli antaranya pelakon, Nor Albaniah dan Ako Mustapha.",
"Selain program Survival Pandemik Anak Seni, SENIMAN turut melaksanakan program Raga Keperluan Dapur Seniman Yadululya dan program Ziarah Prihatin SENIMAN dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=345 |
'Kopstar Got Milk Charity Virtual Run 2021' medan artis dan peminat bersatu hati
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Mac - 10 barisan selebriti popular bakal sertai 'Kopstar Got Milk Charity Virtual Run 2021' anjuran Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) bagi mengumpul dana kira-kira RM50,000.",
"Wang tersebut bakal disalurkan kepada penduduk yang memerlukan di Semporna, Sabah menerusi kerjasama Yayasan Maghfirah. Program KOPSTAR 2021 ini bakal disertai Ella, Ernie Zakri, Khai Bahar, Kasih Lia Bishara, Liza Hanim, Makdiva Kopstar, Naqiu, Noh Salleh, Siti Nordiana dan Syamel.",
"Bagi mengadaptasi kepada norma baharu, aktiviti larian maya sejauh lima kilometer akan dijadikan alternatif dengan pendaftaran dilakukan menerusi 'link' yang terdapat di laman sosial artis-artis berkenaan.",
"Program diadakan sebagai satu tanggungjawab sosial untuk membantu golongan susah, tertumpu kepada kanak-kanak yang kurang mendapat zat makanan.",
"Mereka ditemui dalam majlis perasmian dan pelancaran program itu di MaTiC, Jalan Ampang."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=346 |
Siti Nurhaliza 'hadiahkan' Anakanda sebelum berehat panjang
| [
"KUALA LUMPUR, 21 Mac - Sejak bertapak dalam industri seni pada tahun 1995 dan seterusnya bergelar penyanyi nombor satu negara, belum pernah figura berjiwa besar ini meninggalkan peminatnya dengan tangan kosong.",
"Meski sedang menghitung hari untuk melahirkan anak kedua, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan album terbaharu yang menghimpunkan lagu-lagu klasik kanak-kanak sebagai buah tangan sebelum beliau berehat panjang.",
"Istimewanya, beliau bakal menyanyikan semula lagu-lagu klasik kanak-kanak yang pernah didengarinya ketika zaman kanak-kanaknya dahulu.",
"Album terbitan syarikat rakaman, Univeral Music ini memuatkan enam lagu lama dan sebuah lagu baharu yang dicipta khas untuk anak kedua beliau yang bakal lahir bulan depan, berjudul Anakanda.",
"Dalam perkembangan lain, beliau baharu sahaja melancarkan produk minuman jeli berkhasiat untuk kanak-kanak yang menampilkan cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah sebagai duta.",
"Tokti turut lega apabila berjaya memenuhi beberapa komitmen dan tanggungjawab sebelum bersalin pada April depan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=347 |
Artis dan selebriti perlu kongsi perkembangan kerjaya bukan jaja cerita peribadi
| [
"KUALA LUMPUR, 21 Mac - Golongan artis dan selebriti digalakkan berkongsi perkembangan kerjaya di media sosial berbanding cerita peribadi mereka.",
"Ia bagi mengelakkan hal peribadi mereka menjadi tumpuan malah disalah erti oleh para peminat.",
"Bagi penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow, penggunaan medium berkenaan boleh memberi manfaat namun juga boleh memberi kesan negatif sekiranya tidak digunakan dengan etika yang betul.",
"Namun, bagi Joe, untuk berjaya, golongan artis dan selebriti tidak semestinya wajib aktif dalam penggunaan media sosial.",
"Joe ditemui BDIVA selepas membuat rakaman program Konsert Minggu Ini yang akan ditayangkan di TV2 pada Sabtu ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=348 |
Cabaran berat hasilkan Capa Rengat Gulai Rawo
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Mac - Naskah telefilem, Capa Rengat Gulai Rawo membuahkan hasil membanggakan hasil gabungan dua cerpen.",
"Malah karya yang mengangkat tema kasih sayang dan kekeluargaan itu mendapat pujian penulis, Baharudin Kahar.",
"Bagi pengarahnya, Wan Afzam Wan Daud, proses menghasilkan telefilem tersebut adalah satu cabaran berat.",
"Bagi pelakon komedi terkenal Dewa Sapri Ibrahim, telefilem itu memberi pengalaman baharu buatnya atas watak yang dibawa.",
"Capa Rengat Gulai Rawo akan ditayangkan esok pada pukul 9.00 malam di TV1."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=349 |
Tak Sempurna, Nuha Bahrin sedia curi hati peminat
| [
"KUALA LUMPUR, 17 Mac - Menjadikan penyanyi antarabangsa, Yuna sebagai idolanya membuatkan pendatang baharu, Nuha Bahrin kelihatan sudah bersedia sepenuhnya untuk berada dalam industri muzik.",
"Kali ini, Nuha tampil dengan single pertamanya, Tak Sempurna hasil ciptaan penuh komposer serba boleh, Ezra Kong.",
"Menurut Nuha, pengalaman berkerjasama dengan Ezra sedikit sebanyak membantu dirinya mempercepat proses rakaman lagu Tak Sempurna.",
"Nuha yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang pemasaran di sebuah universiti tempatan turut memasang cita-cita tinggi dalam bidang muzik pada masa akan datang.",
"Single dan muzik video Tak Sempurna boleh didengar di semua platform muzik digital dan di saluran Youtube BeeGood Music."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=350 |
Industri kreatif bersih dari kluster COVID-19
| [
"PUTRAJAYA, 20 Mac - Sehingga kini, industri kreatif tidak termasuk dalam sektor utama berlakunya kluster-kluster besar membabitkan penularan COVID-19 di negara ini.",
"Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, setelah lebih setahun berhadapan pandemik itu, pihaknya mempunyai maklumat semakin lengkap serta menggunakan data dan sains dalam membuat sebarang keputusan.",
"Beliau berkata demikian, selepas membuat tinjauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pawagam di ibu negara.",
"Jelasnya lagi, kementerian akan memastikan pemantauan berterusan dilaksana dari semasa ke semasa."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=351 |
Jadi 'buskers' tidak jatuhkan martabat artis legenda
| [
"KUALA LUMPUR, 10 Mac - Terkilan dan kecewa.",
"Reaksi, pelantun lagu Diari Mimpi dan Kau Ratnaku, Roy selepas dikatakan menjatuhkan imej serta martabat penyanyi legenda lain dengan memilih menjadi penyanyi jalanan.",
"Beliau kini aktif mengadakan persembahan di pusat membeli-belah di ibu negara, berbuat demikian kerana mahu menyumbang kepada masyarakat juga demi kelangsungan hidup.",
"Mengimbau era kegemilangannya, Roy merupakan antara penyanyi hebat tanah air yang sering dijemput ke istana, majlis-majlis besar kerajaan dan terkenal kerana dendangan lagu-lagu patriotik.",
"Memperjuangkan nasibnya sebagai penyanyi 'buskers', Roy terkilan dikatakan merendahkan imej penyanyi seangkatan.",
"Beliau sebelum ini bekerja sebagai pensyarah sambilan dan penulis buku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) namun kontraknya telah tamat dan tidak diperbaharui.",
"Ini membuatkan penyanyi ini tidak mempunyai pilihan lain selain menghiburkan penonton di jalanan sambil meneruskan penulisan buku mengenai 'buskers'.",
"Beliau juga mengakui telah aktif dalam dunia 'busking' sekitar empat tahun lepas."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=352 |
Mantan Isterimu, taruhan terbaharu Haiza untuk curi hati peminat
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Mac - Mantan Isterimu, pelik bunyinya tetapi itu judul lagu terbaharu penyanyi irama dangdut, Haiza.",
"Lagu itu mengenai pergolakan rumah tangga dan orang ketiga yang dituduh menjadi punca serta dipandang serong oleh masyarakat.",
"Lagu berjudul Mantan Isterimu, ciptaan Ajai dan lirik oleh Iman Imran.",
"Bagi Haiza, ia membawa kisah yang sangat berbeza berbanding lagu-lagunya sebelum ini.",
"Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin berharap lagu Mantan Isterimu, diterima peminat meskipun ada stesen radio yang tidak memutarkan lagu itu kerana beliau juruhebah di sebuah stesen radio swasta."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=353 |
Penangan Ciao, bukti Joe Flizzow terus mendaki persada antarabangsa
| [
"KUALA LUMPUR, 8 Mac - Video muzik Ciao, hasil kerjasama komposer dan penyanyi dari tiga negara, Malaysia, Korea Selatan dan Singapura kini jadi bualan peminat.",
"Ciao, nyanyian Joe Flizzow bersama MK K-Clique dan bintang terkenal Korea, Jay Park meraih hampir empat juta tontonan di Youtube sejak Januari lalu.",
"Dalam temu bual dengan BDIVA, Joe Flizzow amat berpuas hati dengan video muzik Ciao yang beliau anggap terbaik.",
"Dalam pada itu, Joe Flizzow sempat mengulas mengenai penggunaan bahasa Indonesia dalam beberapa lagunya.",
"Ia sebenarnya sebagai dedikasi terhadap persahabatan bersama rakan artis di sana.",
"Joe Flizzow ditemui selepas membuat rakaman program Konsert Minggu Ini yang akan ditayangkan di TV2 pada Ahad depan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=354 |
Jiwa usahawan Khai Bahar terserlah
| [
"KUALA LUMPUR, 6 Mac - Hasrat Khai Bahar untuk menceburi bidang perniagaan menerusi jenama sendiri, akhirnya terlaksana.",
"Memilih produk pelangsing badan, 'KSLIMZ', Khai Bahar boleh berbangga kerana menggunakan wang sendiri sebagai modal.",
"Jelas Khai, perancangan untuk memulakan perniagaan dibuat setahun lalu.",
"Malah beliau sendiri turut mendalami ilmu berniaga daripada beberapa rakan artis yang berjaya dalam perniagaan.",
"Berkongsi perkembangan terbaharu kerjaya seninya, Khai berkata, dia dalam proses mengumpul bahan untuk menghasilkan album mini berkonsepkan ketuhanan sempena Ramadan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=355 |
Pelawak veteran terkemuka, Datuk Jamali Shadat meninggal dunia
| [
"KLANG, 3 Februari - Pelawak veteran terkemuka, Datuk Jamali Shadat telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 pagi tadi di kediaman anaknya di Klang.",
"Perkara tersebut disahkan oleh anak lelaki beliau, Fauzi menerusi Whatsapp.",
"Jelas Fauzi, keadaan bapanya sebelum ini sedikit uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan sebelum meninggal dunia.",
"Beliau juga memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Pulau Indah, Pelabuhan Klang selepas Zohor.",
"Semoga roh Allahyarham Datuk Jamali Shadat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=356 |
Bekas wartawan hiburan dan penulis lirik, Rudy Imran meninggal dunia
| [
"KUALA LUMPUR, 31 Mac - Penulis lirik dan juga bekas wartawan hiburan, Rudy Imran Shamsuddin disahkan meninggal dunia pagi tadi di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.Allahyarham yang berusia 47 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.Difahamkan Allahyarham Rudy baru saja dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin lalu selepas menerima rawatan lanjutan kanser.Antara karya yang memasyhurkan nama Allahyarham ialah lirik lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah.",
"(Allahyarham Rudy Imran Shamsuddin bersama Dayang Nurfaizah ketika lagu Lelaki Teragung dinobatkan sebagai juara AJL31 pada tahun 2017)",
"Rudy yang merupakan bekas wartawan hiburan itu memulakan karier penulisan di beberapa majalah dan akhbar Melayu termasuk VariaPop, akhbar Watan, majalah Hai (Utusan Karya) dan terakhir di akhbar Harian Metro.Selepas menyambung pengajian peringkat peringkat ijazah di UiTM dan Universiti Sains Malaysia (sarjana), arwah sebenarnya dalam proses melengkapkan pengajian Doktor Falsafah (PhD), namun tidak kesampaian.Selain kerja hakiki sebagai wartawan hiburan, Rudy yang berjinak-jinak dalam dunia penulisan lirik dan skrip drama mencapai kejayaan terbesar apabila lagu Lelaki Teragung dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-31 (AJL31) pada tahun 2017."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=1 |
EASTS 2023 merealisasikan bandar mesra pengangkutan
| [
"(Antara peserta persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society for Transportation Studies (EASTS 2023) ke-15/Foto Penganjur)",
"Baru-baru ini, Bandaraya Shah Alam dibanjiri lebih 750 penggiat bidang pengangkutan dari 35 buah negara (Jepun, Taiwan, Filipina, Korea Selatan, China, Thailand, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, Cambodia, Myanmar, India, Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan, Nepal, Mongolia, Iran, Jordan, Australia, New Zealand, Austria, Jerman, Sudan, Amerika Syarikat, Sweden, United Kingdom, Perancis, Brazil, Tanzania, Nigeria, Ethiopia, Afghanistan) termasuk lebih 100 peserta dari Malaysia.",
"Mereka bersama-sama bertekad mencari penyelesaian kepada masalah pengangkutan semasa dan memastikan sistem pengangkutan terus berkesan pada masa hadapan demi membantu mencapai sasaran Pembangunan Lestari (SDG). ",
"Ke arah itu, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Persatuan Sains Pengangkutan Malaysia atau Transportation Science Society of Malaysia (TSSM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society for Transportation Studies (EASTS 2023) ke-15.",
"Buat kali pertama, EASTS 2023 telah dianjurkan di Malaysia; acara dwitahunan yang pernah dianjurkan di beberapa negara.",
"Bertempat di MBSA Convention Centre dari 4 hingga 7 September 2023; Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil peranan sebagai hos bersama, dan disokong Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan selain Malaysian Institute of Road Safety (MIROS).",
"Acara itu turut mendapat sokongan beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Utara Malaysia Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Sains Malaysia selain Malaysia Airlines dan Firefly sebagai rakan penerbangan rasmi.",
"Menariknya, seramai 24 orang ahli akademik wanita daripada 32 orang jawatankuasa induk menjadi tulang belakang persidangan yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr.-Ing Masria Mustafa, Pensyarah Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Kejuruteraan UiTM.",
"(Majlis Perasmian EASTS ke-15 di Shah Alam pada 4 September 2023/Foto Penganjur)",
"Acara itu turut memecah rekod penganjuran persidangan EASTS daripada segi jumlah peserta, lebih 750 peserta berbanding 671 semasa EASTS ke-12 di Vietnam. Bilangan kertas kerja, 574 berbanding 535 kertas kerja di EASTS ke -8 di Surabaya.",
"Tahun ini juga menyaksikan acara itu dipengerusikan oleh wanita sejak kali pertama dianjurkan pada tahun 1995 bawah payung Eastern Asia Society for Transportation Studies (EASTS) yang ditubuhkan pada November 1994 dan berpangkalan di Jepun.",
"Terdapat 574 kertas lisan dan poster telah dibentangkan, melibatkan 104 sesi pembentangan oral dan poster.",
"Persidangan EASTS 2023 yang mengangkat tema Ke Arah Mobiliti Mampan, Pintar dan Berdaya atau Towards Sustainable, Smart and Resilient Mobility telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.",
"Pada majlis itu menyaksikan lebih sepuluh individu menerima anugerah khas daripada beberapa agensi termasuk Japan International Transport and Tourism Institute (JTTRI), Overseas Coastal Area Development Institute of Japan (OCDI), Takeuchi Yoshio Special Award, Korean Transport Institute (KOTI) Special Award for Mobility Transformation dan Yasoshima Yoshinosuke Prize.",
"Pemberi ucaptama, Professor Dato' Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dari USM telah mencabar penggiat pengangkutan yang hadir supaya memastikan usaha penyelidikan mereka tidak hanya tamat dengan penerbitan dan pembentangan kertas kerja sahaja.",
"Beliau mahu hasil penyelidikan itu diterjemahkan kepada hasil berimpak tinggi seperti polisi baharu sekali gus membawa perubahan kepada dasar dan keputusan, penyelesaian baharu (terutamanya kepada masalah lama yang tegar), pengetahuan baharu, motivasi baharu, “enabler” baharu, terutamanya yang berteraskan teknologi untuk membantu sistem pengangkutan supaya lebih efisien dan selamat.",
"Semoga persidangan EASTS 2023 ini dapat memberi motivasi kepada semua penggiat bidang pengangkutan juga pihak industri untuk memberi impak yang diperlukan oleh negara peserta, juga untuk kesejahteraan tamadun manusia pada masa kini dan akan datang.",
"OlehProf. Madya Dr. -Ing Masria MustafaPengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Kejuruteraan UiTM",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=2 |
Program beras putih tempatan atasi isu bekalan
| [
"Demi sesuap nasi. Ungkapan ini sering dikaitkan dengan usaha mencari rezeki.",
"Ia membayangkan kesediaan seseorang melalui jerih perih yang melelahkan semata-mata untuk meneruskan kehidupan. Dalam konteks ini, nasi dijadikan simbolik kepada penyambung nyawa.",
"Orang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkannya. Ini bukan kias makrifat, sekadar pembuka bicara.",
"Pada realitinya, nasi adalah makanan ruji orang kita. Selagi bernama orang Malaysia, hari seakan tidak lengkap selagi tidak menjamah nasi. Tak kiralah nasi lemak, nasi campur, nasi kandar, nasi ayam, nasi dagang atau kerabu.",
"Pengecualian mungkin bagi mereka yang berhadapan masalah kesihatan atau yang sedang bergelut menurunkan berat badan. Namun perjuangan mereka menahan diri daripada menjamah nasi itu benar.",
"Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan pelbagai video dan gambar yang ditularkan, kononnya harga beras tempatan melambung tinggi.",
"Antaranya menunjukkan kenaikan ketara harga daripada RM27.20 bagi kampit 10 kilogram tahun lepas, kepada RM39.00 tahun ini.",
"Dakwaan seumpama ini sangat berbahaya dan boleh mengundang keresahan orang ramai. Entah apalah niat individu yang menularkannya. Mungkin beliau keliru.",
"Gambar beras yang dipaparkan sebenarnya bukan beras tempatan, tetapi beras import yang harganya tidak dikawal.",
"Harga kawalan beras Super Spesial Tempatan (SST) masih kekal hingga hari ini. RM2.60 sekilogram, RM13.00 bagi kampit 5 kilogram dan RM26.00 kampit 10 kilogram.",
"Bagi mengelak kekeliruan ini berulang, ada baiknya kita sebagai pengguna mengambil tahu tentang kod warna yang digunakan pada bungkusan beras.",
"Untuk beras putih tempatan, kodnya berwarna ungu tanpa mengira jenama.",
"Warna ini terletak pada bulatan yang tertera perkataan Super Special Tempatan 5 peratus. Di sini, isu sebenar ialah kekurangan bekalan beras tempatan di beberapa lokasi. Di lokasi lain, bekalan masih ada.",
"Berdasarkan tinjauan pihak berkuasa, bekalan sebenarnya mencukupi jika tiada perubahan berlaku kepada pola tingkah laku pengguna.",
"Seperti yang diketahui ramai, beras tempatan menampung 70 peratus keperluan domestik, manakala selebihnya 30 peratus beras import.",
"Beras tempatan bagaimanapun didapati cepat habis disebabkan kecenderungan pengguna beras import, beralih kepada beras tempatan.",
"Mereka beralih kepada beras tempatan untuk menjimatkan perbelanjaan.",
"Peralihan ini bertambah jelas bulan ini setelah penyelarasan harga beras import dilaksanakan berikutan peningkatan kos.",
"Peningkatan itu antara lain disebabkan tindakan pengeksport beras terbesar dunia, India menghentikan eksport \"beras putih bukan basmati\".",
"Keputusan itu dibuat selepas harga beras runcit meningkat 11.5 peratus, selain berlaku hujan monsun lebat menyebabkan kerosakan besar-besaran pada tanaman.",
"Dasar eksport terpaksa dipinda bagi memastikan bekalan mencukupi di pasaran India dan untuk meredakan kenaikan harga di pasaran domestik.",
"Ya, pengeksport terbesar dunia juga mengalami kenaikan harga beras di pasaran domestik.",
"Myanmar pula menyekat eksport beras selama 45 hari bermula hujung bulan lepas, juga untuk mengawal kenaikan harga domestik.",
"Di Thailand dan Vietnam, harga beras melonjak ke paras tertinggi masing-masing dalam tempoh 10 dan 11 tahun.",
"Seperti negara-negara pengeluar beras yang lain, dua anggota ASEAN ini turut menghadapi masalah bekalan kerana hasil tanaman merosot akibat kesan cuaca kering, El Nino.",
"Di sini jelas, masalah bekalan beras telah menjadi isu global. Negara-negara pengeksport menghadapi masalah serupa. Hasil tuaian yang merosot dan peningkatan harga domestik beras tempatan.",
"Di Malaysia, harga beras tempatan tidak dinaikkan. Jika ada peniaga yang menaikkan harga, lekas-lekaslah buat aduan sebelum dinormalisasikan peniaga lain.",
"Setakat ini, isu yang kita hadapi ialah kekurangan bekalan. Bagi mengatasinya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sudah pun mengambil langkah proaktif.",
"Hari ini, bermulalah fasa pertama Program Beras Putih Tempatan yang bertujuan meningkatkan 20 peratus bekalan.",
"Sasarannya menambah kira-kira 27 juta kampit 10 klogram beras SST setahun. Fasa kedua bermula minggu depan,15 September. Semoga program ini dapat meredakan kegusaran pihak yang gusar.",
"Sekali lagi ditegaskan, isu yang dihadapi isu bekalan yang disebabkan peralihan pola tingkah laku pengguna beras import.",
"Bukan isu kenaikan harga beras tempatan. Bekalan dijangka kembali pulih di seluruh negara dalam tempoh sebulan. Termasuk di selatan tanah air.",
"Ulasan berita ini disediakan oleh Bakhtiar Effendy Mohd Dom, Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=3 |
Pahitkah ‘Madu’ bila berpoligami?
| [
"Baru-baru ini, negara dikecohkan dengan kisah perkahwinan pempengaruh dan usahawan muda, Mohammad Khaliltizam Yusri atau Kal yang lebih dikenali di laman media sosial dengan nama ‘Abang Tesla’.",
"Nama Abang Tesla menjadi hangat apabila beliau memuat naik video di TikTok sedang memujuk isteri pertamanya tiga jam sebelum majlis pernikahan kedua berlangsung. Video berkenaan memaparkan Abang Tesla memujuk isterinya, Nurmajdina Jamari selepas menunaikan solat Subuh berjamaah. ",
"Usai pernikahan dengan isteri kedua, personaliti media sosial berkenaan memuat naik lagi sebuah video apabila beliau memetik kata-kata ustaz bahawa isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.",
"Lebih mengejutkan, Abang Tesla mengeluarkan kenyataan berkenaan di hadapan isteri pertamanya.",
"Meskipun mendapat restu daripada isteri pertama dan keluarga kedua-dua pihak sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua bersama madunya, tindakan Abang Tesla berterusan dikecam netizen, pempengaruh media sosial lain, bahkan juga oleh golongan selebriti dan agamawan. ",
"Isu poligami sering dijadikan polemik dalam masyarakat sehingga ia menimbulkan ketegangan.",
"Malah, bagi mereka yang bukan beragama Islam dan kurang mengetahui hukum poligami, pastinya mereka akan berfikiran negatif dan mempunyai persepsi yang buruk terhadap agama Islam kerana menyangka hanya agama ini membenarkan penganutnya mengahwini lebih daripada seorang isteri.",
"Poligami atau lebih dikenali sebagai poligini dalam kajian antropologi adalah amalan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri.",
"Sejak dahulu lagi, masyarakat dunia sudah mengamalkan hidup berpoligami terutama orang- orang ternama seperti raja dan ketua kabilah.",
"Di Rom, Parsi, Mesir, malah apa sahaja empayar sekalipun pernah merekodkan bahawa berlakunya poligami.",
"Namun, pernikahan mereka tidak teratur dan para lelaki tidak memiliki had untuk jumlah isteri mereka. Lebih menyedihkan, tiada undang- undang yang boleh dijadikan rujukan untuk membela hak keadilan wanita selain mereka berterusan menjadi mangsa nafsu para lelaki pada zaman itu.",
"Sesungguhnya apabila diturunkan kitab suci Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. sekitar 1,440 tahun lalu, ia bukanlah kitab yang memperkenalkan atau menggalakkan umat Islam untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri kerana jauh sebelum itu manusia telah pun mengamalkan poligami.",
"Hakikatnya, Allah berfirman dalam Surah An- Nisa, ayat 3 yang bermaksud, “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak- hak) perempuan yatim (ketika kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang sahaja…”",
"Ayat ini jelas menekankan soal keadilan dengan menyatakan jumlah wanita yang boleh dikahwini dan menyarankan agar kaum adam mengahwini seorang wanita sahaja.",
"Sekiranya sebelum ini tiada had untuk kaum lelaki mempunyai bilangan isteri sama ada untuk tujuan politik, ekonomi atau nafsu sepertimana yang berlaku dalam masyarakat Jahiliyah, agama Islam meletakkan had dan syarat tertentu dalam mengawal poligami.",
"Antara sebab-sebab mengapa agama Islam membenarkan poligami ialah untuk menjamin kemuliaan agama dan kehormatan umatnya daripada sebarang godaan. Di samping itu, ia juga untuk menutup dan mengurangkan penzinaan dan pelacuran. Malah, ia juga untuk melahirkan keturunan dengan cara yang halal dan mengurangkan kes pengguguran bayi dan pembuangan anak yang tidak sah taraf.",
"Sungguhpun poligami kelihatan indah, realitinya bukan semua wanita sanggup berkongsi kasih dengan wanita yang lain. Namun, terdapat juga mereka yang boleh menerima konsep hidup ‘bermadu’ dan mereka telah pun berjaya mengharungi cabaran rumahtangga bertahun- tahun lamanya sebelum munculnya kisah poligami Abang Tesla.",
"Selebriti tanah air seperti Salih Yaacob, Ashraf Muslim, Zarina Zainuddin dan Nor Salima Habibi atau Salima AF adalah antara mereka yang hidup berpoligami dan menjadi contoh kepada umum bahawa ‘bermadu’ tidak bermakna selamanya hidup makan hati berulam jantung. ",
"Apa yang dilakukan oleh Abang Tesla dengan mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua tidak salah. Malah, tindakan beliau mendapatkan izin isteri pertama dan restu keluarga adalah suatu tindakan yang wajar dipuji.",
"Namun begitu, semua tindakan ini tidak perlulah dirakam dan diceritakan kepada dunia sehingga menjadi bahan kecaman netizen. Apa yang lebih penting, emosi isteri pertama dan aib keluarga beliau perlulah dijaga sungguhpun poligami dibenarkan di dalam Islam. ",
"Walaupun pempengaruh bebas menyiarkan apa sahaja kandungan di media sosial mereka, kes poligami Abang Tesla seharusnya ‘membuka mata’ kerajaan untuk mewujudkan satu garis panduan bagi mengawal dan menapis kandungan yang muncul di laman media sosial milik pempengaruh hari ini. ",
"Malah, apabila kita memetik kata- kata seseorang tokoh bagi menguatkan tindakan kita, ia perlulah mempunyai sumber rujukan yang sahih apatah lagi sekiranya isu itu sesuatu yang sensitif seperti isu agama. Kata- kata yang salah akan memberikan konotasi dan pemahaman yang salah terhadap individu yang menerima mesej berkenaan. ",
"Sekiranya kaum adam menggunakan alasan telah berkahwin lama namun masih belum dikurniakan zuriat, ia tidak wajar dijadikan sebab untuk menambah isteri.",
"Dengan kaedah moden hari ini seperti teknologi Inseminasi Intrauterine (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF), suntikan sperma intra-cytoplasmic (ICSI), pemindahan gamet ke dalam Tiub Fallopian (GIFT) dan pemindahan embrio, pasangan suami isteri masih boleh berusaha untuk mendapatkan cahaya mata manakala sang suami tidak perlu ‘menambah cawangan’.",
"Poligami tidak salah. Sesuatu amalan yang dinyatakan dalam kita suci sesuatu agama tanpa membebankan penganutnya tidak pernah salah. ",
"Yang salah ialah apabila segelintir orang yang menggunakan agama untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa mempedulikan kesan penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap tindakannya. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. ",
"OlehMohd Aliff Mohd NorPensyarah sambilan IPTS, K. Lumpur.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=4 |
Cabaran dan ancaman ekonomi digital negara ASEAN
| [
"SAUDARA PENGARANG Kebangkitan dunia teknologi digital hari ini merupakan satu agenda penting dalam percaturan ekonomi semasa. Ia dikatakan dapat memanfaatkan sepenuhnya rantaian ekonomi (economy chain) yang menjadi pecutan kepada pembangunan teknologi maklumat semasa dan menjelmakan lebih banyak cabang ekonomi yang boleh dipraktikkan secara lebih terbuka, menembusi sempadan dan lebih efisyen.Pelebaran rantaian ekonomi di Asia juga membuktikan bahawa negara-negara Asia bangkit menerobosi pasaran dunia yang selama ini dikuasai negara-negara maju di Eropah dan Amerika Syarikat. Sekali gus ia membayangkan kebangkitan baharu negara-negara Asia, terutamanya ASEAN untuk meneroka lebih banyak peluang pelaburan ekonomi gig yang boleh dimanfaatkan secara optimum dalam kalangan negara-negara serantau.Jalinan kerjasama negara-negara ASEAN berhubung dengan penjanaan ekonomi digital dalam perkongsian teknologi sistem maklumat dimeterai baru-baru ini adalah suatu anjakan paradigma yang boleh memberi kesan pragmatik kepada dunia ASEAN. Penularan pandemik COVID-19, peperangan dan isu sekuriti makanan sedunia yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi ini memberikan suatu gambaran keperluan drastik dalam kalangan negara-negara ASEAN menambah baik teknologi sistem maklumat yang menjadi teras perhubungan ekonoimi digital bagi setiap negara anggota. Perkembangan teknologi maklumat yang bersandarkan kepada sistem ekonomi digital ini disifatkan oleh Menteri-menteri Komunikasi ASEAN dalam persidangan tersebut sebagai suatu pemacu kerjasama yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya dengan kebangkitan ekonomi 5.0 yang mencetuskan fenomena banyak peluang pekerjaan dalam dunia digital dan perindustrian berteknologi tinggi di rantau ASEAN dan antarabangsa.Tidak menghairankan sekiranya dunia teknologi digital hari ini telah banyak mengubah landskap pekerjaan dalam sektor perindustrian yang menggantikan khidmat tenaga sumber manusia kepada teknologi robotik yang lebih murah dan produktif walaupun hal ini mendapat tentangan daripada pertubuhan-pertubuhan NGO dunia.",
"(Jalinan kerjasama negara-negara ASEAN berhubung dengan penjanaan ekonomi digital dalam perkongsian teknologi sistem maklumat dimeterai baru-baru ini adalah suatu anjakan paradigma yang boleh memberi kesan pragmatik kepada dunia ASEAN/Foto fail)",
"Justeru, jalinan kerjasama ASEAN dalam membentuk suatu lingkaran perkongsian data amat diperlukan bagi mengimbangi keperluan sumber manusia sejagat dengan kebangkitan teknologi robotik dalam dunia pekerjaan hari ini.Ini termasuk membuat penambahbaikan terhadap sistem sekuriti data digital atau internet yang sering menjadi ancaman kepada dunia teknologi maklumat kerajaan dan perniagaan di rantau ASEAN. Selain itu, penambahbaikan terhadap capaian Internet 5G juga merupakan suatu cabaran terhadap kebangkinan dunia digital ini yang menyaksikan perluasan teknologi internet di sepelusuk kawasan dalam rantau ASEAN dengan menggunakan teknologi capaian yang murah, berkesan dan meluas.Kebangkitan teknologi maklumat berprestasi tinggi ini juga merupakan teras kepada sumber penjanaan rantaian ekonomi digital dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk mengukuhkan penguasaan pemasaran maklumat dan mampu bersaing dengan negara-negara maju di dunia, lebih-lebih lagi apabila negara akan merebut peluang perluasan ekonomi pemasaran global yang telah lama terkesan akibat penularan COVID-19 ini. Fenomena ini juga memerlukan sokongan negara-negara ASEAN untuk menyasarkan teknologi rangkaian maklumat ini kepada komuniti.Satu hal lagi adalah kesediaan negara-negara ASEAN untuk bekerjasama mendirikan suatu empayar rangkaian teknologi pendidikan digital yang dibangunkan secara drastik bagi memenuhi keperluan pendidikan bersemuka atau fizikal yang terjejas semasa era pandemik. Fenomena ini dengan sendirinya mewujudkan suatu perkongsian rantaian teknologi pembelajaran dan pengajaran berasaskan kepada keperluan insfrastruktur yang lengkap bagi menampung keperluan internet dan kandungan maklumat versatile boleh dinikmati oleh para pengguna seluruh dunia.Bayangkan lebih banyak universiti atau pusat pendidikan digital akan dibina dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan pelajar yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian kerana pembatasan pergerakan sepanjang era pandemik.Dalam erti kata lain, kerancakan dunia pendidikan digital ini akan menyaksikan suatu fenomena pertembungan industri pendidikan yang dimonopoli oleh empayar perniagaan pendidikan global yang bersaing untuk memiliki reputasi tinggi. Memandangkan bidang pendidikan ini tidak membataskan kepada instrastruktur fizikal, kendalian pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat dalam talian, menggunakan kos yang lebih efisyen dan ruang mobiliti yang lebih memudahkan proses pendidikan ini.Justeru, negara-negara ASEAN seharusnya bangkit memberikan komitmen tinggi untuk memelihara kelestarian jalinan perdagangan ilmu ini dengan mengambil peluang secara optimum. Keghairahan berlumpa memperoleh peluang rentas perdagangan digital ini juga seharusnya mengambil kira kelestarian pertumbuhan sektor ekonomi di peringkat industri kecil dan sederhana dalam kalangan rakan-rakan negara ASEAN. Ini bagi meneruskan budaya perniagaan sektor tempatan yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dan serantau ASEAN secara berterusan.Namun, hakikatnya perkembangan pesat ekonomi digital belum mampu mengatasi masalah pengangguran penduduk dunia terutamanya kepada golongan yang ketinggalan memperoleh ilmu teknologi maklumat dan berkemahiran teknologi tinggi dalam pekerjaan. Lebih banyak strategi harus ditumpukan kepada mengimbangi keperluan sumber manusia hari ini dengan memberikan lebih banyak kepentingan kepada aspek inovasi dan kreativiti mencipta bidang pekerjaan baru hari ini dan akan datang nanti.PENULIS, TS. DR. SYED AGIL ALSAGOFF merupakan Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=5 |
Lelaki juga perlu perhatian
| [
"Apabila kita melihat figura seorang lelaki, terpacul dalam minda kita bahawasanya, lelaki itu perlu kuat, gagah perkasa, pelindung dan melindungi, serta seseorang yang tidak boleh lemah atau tunjuk lemah. ",
"Sebagaimana isu perkauman, seksisme adalah keadaan yang mana ianya diguna untuk mewajarkan perlakuan diskriminasi yang berkaitan dengan jantina. Perkara ini acapkali kali terjadi kepada golongan lelaki.",
"Apabila seseorang lelaki itu tidak mampu atau tidak boleh melakukan kerja-kerja yang dikata sebagai peranan tugas seorang lelaki, maka lelaki itu akan dihukum dengan kata-kata yang boleh mengguris hati dan emosi walaupun pada raut wajah lelaki itu seperti tiada apa-apa yang terkesan. Ini pula dikenali sebagai bias gender. Ia adalah satu bentuk tingkah laku yang menunjukkan pilih kasih terhadap satu jantina berbanding yang lain.",
"Dari perspektif fitrah, adalah tidak dapat dinafikan bahawa lelaki telah dicipta dengan kelebihan dan potensi khusus untuk menjalankan tanggungjawab fitrah mereka, iaitu sebagai pelindung kepada wanita dan pemimpin berwibawa. Namun begitu, satu persoalan yang perlu dilontarkan adalah “apakah menjadi satu kesalahan jika seseorang lelaki itu berkeluh kesah, menangis atau berjiwa sensitif pada sesuatu keadaan?”.",
"Kebanyakan situasi yang merujuk kepada dimensi kesihatan mental, biasanya masyarakat akan lebih cenderung untuk memberikan penekanan yang lebih pada golongan wanita, tanpa sengaja mengabaikan hakikat bahawa golongan lelaki juga memerlukan sokongan sama.",
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tanpa disedari, selepas dunia dihantui oleh wabak COVID-19, bukan hanya golongan wanita, bahkan isu kesihatan mental di kalangan lelaki turut mengalami peningkatan yang ketara.",
"Menurut penerangan dari laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), pada Oktober 2022, telah dilaporkan bahawa pada tahun 2021, Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) menerima sebanyak 212,319 panggilan, berbanding dengan 44,061 panggilan pada tahun sebelumnya (2020).",
"Ini menunjukkan adanya peningkatan signifikan. Walaupun tiada perincian statistik atau data yang mempamerkan peratusan antara jantina, namun tidak dapat dinafi dalam jumlah dinyatakan itu semestinya ada golongan lelaki yang mengalami masalah melibatkan isu kesihatan mental.",
"Stigma seorang lelaki itu perlu kuat, gagah perkasa, pelindung dan melindungi, serta seseorang yang tidak boleh lemah atau tunjuk lemah tidak boleh diwariskan kepada generasi akan datang.",
"Secara fitrahnya adalah benar mereka perlu menjadi pemimpin yberwibawa, pelindung kepada wanita mahupun keluarga. Namun, seluruh umat manusia tidak boleh mempertikaikan bahawasanya mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu disantuni.",
"Jangan diejek jika kita melihat seseorang individu lelaki itu menangis. Biarkan mereka melayani perasaan mereka. Tugas kita hanya memberi sokongan moral. Ini amat penting supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara tidak diingini seperti mencederakan diri atau lebih teruk lagi cubaan untuk membunuh diri. Menangis tidak semestinya lemah, atau lebih teruk lagi dilabel sebagai lembut.",
"Satu kajian empirikal mendapati bahawa amalan menitiskan air mata (menangis) adalah satu tindak balas terhadap emosi sedih yang mempunyai potensi untuk merendahkan tahap tekanan psikologi.",
"Selain itu ianya juga dapat memberikan pengalaman perasaan lebih positif dan kelegaan selepas menangis. Hal ini kerana, selepas menangis seseorang itu akan menjadi penat dan ini akan membuatkan mereka akan tidur dengan nyenyak.",
"Tidur adalah rehat paling baik. Maka selepas bangun daripada tidur, semestinya emosi seseorang itu akan jadi lebih baik. Namun begitu, harus diingatkan, jika hari ini anda mahu menangis rentetan daripada tekanan yang melanda diri, menangislah sepuas-puasnya.",
"Tetapi ingat, jangan terbawa-bawa perasaan itu. Esok adalah hari baharu dan sepatutnya menjadi rahmat untuk mewarnai kehidupan dengan lebih baik. ",
"Jika seseorang lelaki itu mahu meluahkan perasan atau emosi mereka kepada kita, sebagai sahabat atau teman baik, kita perlu mendengar keluh kesah itu. Kita tidak perlu menjadi hebat atau pakar dalam menjadi seorang pendengar yang baik. Apa yang mereka mahukan hanyalah mendengar. Mereka tidak perlu nasihat atau jalan penyelesaian.",
"Apa yang mereka mahukan ialah seseorang yang mendengar rintihan jiwa. Amat sukar sebenarnya untuk seseorang lelaki itu membuat luahan perasaan kerana ego yang menebal sebagai lelaki yang ada dalam diri mereka.",
"Namun, apabila mereka mula untuk bercerita isi hati mereka, ini membawa makna mereka percayakan akan seseorang itu. Oleh hal yang sedemikian, jadilah seorang pendengar baik dan jangan menjaja cerita selepas mendengar rintihan atau tangisan jiwa mereka.",
"Ini adalah kerana, selain membuatkan mereka hilang kepercayaan, dikhuatiri, akan berlaku perkara-perkara lain yang diluar kawalan.",
"Sebenarnya, adalah lebih baik apabila lelaki itu meluahkan perasaan mereka daripada memendam rasa. Apabila mereka meluahkan perasaan, sekurang-kurangnya kita akan lebih cakna terhadap kehendak mereka dan akan lebih peka kepada sesuatu keadaan.",
"Malang sekali jika mereka hendak memberi tahu apa yang terbuku dihati dan tiada siapa yang mahu mendengarnya, ini akan membawa kepada kancah lebih bahaya. Lagi banyak memendam, lagi berat emosi harus dipikul. Apabila tiba suatu masa, emosi itu meledak, keadaan mungkin akan menjadi kacau bilau.",
"Sayugia itu, dinasihatkan agar hentikan amalan memberi pandangan kepada golongan lelaki bahawa mereka tidak memerlukan sokongan atau perlu meningkatkan daya tahan mereka pada saat mereka telah kehilangan kekuatan secara emosi dan mental.",
"Sebaiknya bantulah mereka jika mereka memerlukan bahu untuk ditangisi dan tangan untuk dibimbing. Kepada lelaki diluar sana, anda patut menyayangi diri anda lebih daripada pandangan manusia yang tiada noktahnya.",
"PENULIS DR. MOHD YUSOF ZULKEFLI ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=6 |
Perpaduan pelihara ketamadunan bangsa, usah ulangi keruntuhan tamadun dunia
| [
"(Barisan tertinggi pemimpin negara ketika sambuatan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya/Foto FB Anwar Ibrahim)",
"Perpaduan berbilang kaum, kunci utama keharmonian, kesejahteraan rakyat dan negara. Itu peringatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena sambutan hari kebangsaan tahun ini.",
"Pesan Seri Paduka Baginda, keutuhan perpaduan merupakan benih dan sumber kekuatan kita menghadapi apa jua cabaran semasa, dan mendatang.",
"Kita juga diajak mengimbau kembali sejarah silam leluhur kita, lebih enam dekad yang lepas. Ketika semangat kenegaraan dan cintakan tanah air menyatupadukan rakyat.",
"Bermula dengan toleransi, perpaduan pada masa itu semakin subur, saban hari dipupuk oleh pemimpin masyarakat dan pejuang kemerdekaan.",
"Dari peringkat kampung, daerah dan negeri hinggalah peringkat 'kebangsaan', termasuk bandar, petempatan baharu dan estet.",
"Perpaduan itulah azimat sebenar yang mencerna aspirasi bersama menjadi tekad dan iltizam sehingga kemerdekaan berjaya dicapai.",
"Yang di-Pertuan Agong mahu keharmonian dan perpaduan yang dikecapi selama ini, diperkukuh dan disemarakkan lagi sesama kita.",
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam amanat Hari Kebangsaan menekankan pentingnya perpaduan dalam mempertahankan kemerdekaan negara.",
"PMX yang menerajui Kerajaan Perpaduan menasihati rakyat agar menghindari apa sahaja anasir yang melemahkan semangat perpaduan di negara ini. Tegas beliau perkara itu tidak boleh diremehkan.",
"Terdapat negara hebat, gagah dan bertamadun hancur bukan sahaja kerana kelemahan tadbir urus dan rasuah. Tetapi juga disebabkan permainan api perkauman dan fanatik agama.",
"Jika diimbau sejarah ketamadunan manusia, tidak sedikit empayar dunia runtuh disebabkan perpecahan. Malah ada yang tidak mampu bangkit kembali seperti empayar Rom dan Mongol.",
"Empayar Uthmaniyah dan empayar Abbasiyah pula berpecah menjadi negara baharu yang lebih kecil.",
"Begitu juga kuasa besar imperialis Barat seperti Britain. Mengalami nasib lebih buruk, negara komunis terbesar dan paling berpengaruh, Kesatuan Soviet.",
"Selepas kejatuhannya, Kesatuan Soviet berpecah kepada 15 buah republik. Keruntuhan empayar lazimnya membabitkan perpecahan dalaman. Diburukkan lagi dengan kehadiran kuasa asing yang menangguk di air keruh.",
"(Antara acara ketika sambuatan Hari Kebangsaan 2023di Putrajaya/Foto FB Anwar Ibrahim)",
" Dalam skop negara kita, nama Si Kitol begitu sinonim dengan kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Kisah Si Kitol menunjukkan bahawa fitnah boleh menjejaskan perpaduan, sehingga peringkat tertinggi.",
"Walaupun Si Kitol tidak terbabit secara langsung dalam komplot mengkhianati Melaka, fitnah yang disebar telah mencetuskan kemarahan, dendam dan iri hati pelbagai pihak.",
"Apabila masyarakat, pembesar dan pedagang saling berburuk sangka, keharmonian dan kestabilan sosiopolitik pasti terjejas.",
"Ini membuka ruang kepada kuasa asing mengambil kesempatan merampas kuasa, meragut kedaulatan dan kemerdekaan. Mujurlah Malaysia tidak terjebak ke kancah seumpama itu.",
"Namun tidak lama dulu, negara kita terdedah kepada risiko kekacauan politik tidak berkesudahan. Satu demi satu kerajaan tumbang disebabkan pergolakan politik.",
"Pilihan Raya Umum ke-15 pun gagal merubah keadaan. Masing-masing mengaku berjaya meraih mandat rakyat.",
"Mujurlah saranan Yang di-Pertuan Agong agar Kerajaan Perpaduan dibentuk bagi merungkai kekusutan, dijunjung tinggi dua gabungan utama yang ketika itu tidak sealiran. Komitmen ini bukan kerja mudah.",
"Alhamdulillah, hari demi hari, kian serasi. Hasilnya hari ini kita mempunyai kerajaan stabil yang dapat merangka hala tuju negara dengan lebih jelas dan yakin.",
"Segala percanggahan diketepikan demi kepentingan rakyat dan negara. Tidaklah kita asyik berubah kerajaan dan dasar.",
"Itu belum nama kementerian. Untuk berlaku adil, kerajaan MADANI seharusnya diberi peluang melengkapkan agenda nasional yang dirancang untuk tempoh sepenggal.",
"Maklumlah, ini kerajaan perpaduan pertama yang dibentuk dalam sejarah Malaysia merdeka. Sebagai rakyat negara yang merdeka, merdekakan diri kita daripada anasir yang menghalang kita daripada melangkah ke hadapan. Sudah-sudahlah dengan politik sempit.",
"Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia merupakan bukti jelas aspirasi rakyat menerima pembaharuan yang lebih baik.",
"Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian, pejuang kemerdekaan tidak hanya tertakluk pada pejuang silam. Kita semua hari ini juga pejuang kemerdekaan.",
"Jika perjuangan mereka meraih kemerdekaan, perjuangan kita mempertahankannya. Perjuangan agak berbeza, tetapi dengan kecintaan sama.",
"Ulasan berita ini disediakan oleh Bakhtiar Effendy Mohd Dom, Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=7 |
Kecelaruan maklumat mengundang banyak kontroversi
| [
"Sekali lagi dunia hari ini dikejutkan dengan pelbagai berita sensasi yang mencetuskan penularan maklumat hasutan, fitnah dan kontroversi dalam media sosial. Peningkatan berterusan jumlah maklumat palsu di media sosial ini telah menjelmakan kebimbangan, ketakutan dan kegelisahan rakyat Malaysia berikutan penularan berita palsu kini semakin serius.",
"Apa yang boleh dipelajari daripada penularan maklumat dan keresahan orang ramai adalah mengenai tersebarnya berita-berita palsu yang memburukkan lagi keadaan. Boleh dikatakan kebanyakan berita mengenai situasi sebegini, terutamanya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi dan tidak kurang juga mengundang kekeliruan orang ramai untuk mempercayai maklumat diperolehi.",
"Ini mengakibatkan kebanyakan pengundi tidak mahu mengundi atau enggan menunaikan tanggungjawab mereka memilih pemimpin di negeri-negeri terlibat; akhirnya mengakibatkan berlakunya kepincangan kesuburan demokrasi di negara ini.",
"Terbaharu, ratusan kes berita palsu tersebar di media sosial berkaitan dengan isu 3R (agama, raja dan kaum) telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan jenayah yang menyebabkan suasana panik dalam kalangan netizen.",
"Sudah pasti fenomena negatif dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab harus dibendung dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas supaya perkara seumpama itu tidak berulang dan menganggu kesejahteraan masyarakat.",
"Terdahulu, kebanjiran berita-berita palsu mengenai kestabilan politik dan kesejahteraan masyarakat ini telah menimbulkan suasana panik mengundang isu kenaikan mendadak harga barangan harian, perkhidmatan malah ramai yang mengeluh kerana rakyat enggan berbelanja.",
"Hal ini disebabkan keraguan mereka terhadap isu ketidakstabilan politik negara yang digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media massa.",
"Fenomena seumpama ini memberikan implikasi besar terhadap corak perlakuan individu atau masyarakat yang akan mengakibatkan keyakinan berita-berita palsu terhadap kerajaan di media sosial begitu ketara dan mempengaruhi pemikiran mereka dalam tempoh singkat.",
"Dalam konteks yang lebih menyeluruh, penularan maklumat palsu menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh lambakan ketidakpastian maklumat daripada pelbagai sumber yang diperolehi oleh masyarakat melalui banyak sumber media.",
"Kecelaruan maklumat ini lebih serius apabila maklumat-maklumat yang ditularkan di media-media sosial lebih bersifat sensasi dan menyaingi maklumat dari sumber berwibawa (iaitu sumber media yang diiktiraf oleh kerajaan).",
"Puncanya apabila pengguna lebih terdorong untuk mendapatkan berita dari laman-laman media sosial yang banyak memaparkan hal-hal sensasi sehinggakan menggelirukan pemikiran pengguna terutamanya berhubung penularan wabak atau bencana yang berlaku dalam atau luar negara.",
"Bayangkan sekiranya kandungan berita yang dihasilkan oleh penulis blog itu membuat pernyataan atau ulasan mengenai malapetaka tersebut dengan tidak tepat atau dikaitkan pula dengan fakta-fakta yang menggelirukan, sudah pasti pengguna akan mudah terpengaruh dengan diayah-diayah seperti ini.",
"Dalam hal ini, kerajaan harus mengambil inisiatif dengan mengumpulkan sumber-sumber maklumat daripada pelbagai agensi berkaitan termasuk pihak kementerian seperti Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.",
"Pendek kata, hanya kerajaan,menerusi agensi pengumpulan dan penyebaran maklumat sepusat yang dikenal pasti akan menyalurkan sebarang maklumat tepat kepada masyarakat dari semasa ke semasa.",
"Ini penting kerana masyarakat menilai kewibawaan maklumat berdasarkan kepada fakta atau sumber boleh diyakini mereka, terutamanya apabila maklumat-maklumat tersebut disampaikan kepada mereka secara konsisten dari semasa ke semasa.",
"Pengawalseliaan kandungan terhadap penyaluran dan penyebaran maklumat daripada agensi kerajaan ini, harus dilakukan dengan tegas untuk memastikan maklumat tersebar itu tidak dimanipulasi atau disalah tafsir oleh pihak media.",
"Suatu sekretariat yang dilantik bertanggungjawab untuk menentu sahkan kesahihan maklumat yang diperolehi umum menerusi saluran media sosial harus memandu pengguna menggunakan satu portal yang menyajikan maklumat tepat, lengkap, pantas dan senang diakses oleh semua pengguna media.",
"Menerusi pendekatan ini juga, sekretariat tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada pelbagai saluran media sosial seperti Facebook, Instragram, Tweeter dan tidak terhad kepada portal rasmi sahaja bagi memastikan penyaluran maklumat dapat dibuat secara berkesan, pantas dan memanfaatkan lebih banyak kelompok masyarakat.",
"Tidak hanya bergantung kepada tempoh masa lama, pengaliran berita semasa kepada pengguna seharusnya dilaksanakan dengan pantas dan konsisten tanpa membiarkan pengguna ternanti-nanti dan terdedah kepada rangkaian maklumat media alternatif yang boleh mengelirukan mereka.",
"Dalam konteks komunikasi, penyebaran maklumat berasaskan sumber boleh dipercayai dan konsisten akan menghasilkan maklumat berwibawa dan diyakini oleh semua pengguna.",
"Sehubungan itu, suatu mekanisme yang membolehkan suatu bentuk penilaian ke atas penyaluran maklumat harus dibangunkan supaya pengaliran maklumat daripada satu sumber berwibawa yang dihasilkan oleh agensi kerajaan dapat dipantau keberkesanannya berdasarkan pengaruh dan populariti maklumat tersebut dalam kalangan pengguna.",
"Ia boleh dijadikan ukuran penilaian terhadap kemampuan dan kesediaan maklumat tersebut mempengaruhi pemikiran dan perlakuan pengguna dalam situasi-situasi kritikal.",
"Sememangnya bukan mudah untuk menyaingi kebanjiran maklumat-maklumat palsu dalam era media sosial pada masa kini. Namun, sekiranya satu pendekatan pendidikan etika media diterapkan kepada masyarakat, pengguna akan menilai kesahihan dan kewibawaan sesuatu maklumat itu berpunca daripada sumber yang telah ditentu sahkan oleh kerajaan atau agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.",
"Penyertaan pengguna dalam perkongsian maklumat daripada sumber berwibawa secara konsisten akan membantu keyakinan pengguna terhadap pengadaptasian maklumat yang mereka perolehi, terutamanya apabila mereka berdepan dengan ketidakpastian situasi bencana atau malapetaka yang berlaku hari ini atau pada masa akan datang.",
"Inilah tugas kritikal yang harus dipikul oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab bagi menyalurkan maklumat tepat dan pantas kepada para pengguna untuk memberi gambaran sebenar isu-isu yang dihadapi oleh mereka pada setiap masa; semasa berlakunya situasi-situasi kritikal seumpama ini.",
"PENULIS, TS. DR. SYED AGIL ALSAGOFF merupakan Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=8 |
Mengenali Tun Arshad Ayub, legasi perlu diteruskan
| [
"(Allahyarham Tun Arshad Ayub, tokoh pendidikan negara/Foto ABIM)",
"Tun Arshad Ayub, semasa hayatnya merupakan seorang yang percaya kepada peluang kedua dalam kehidupan dan nilai membalas budi, seperti kata pepatah Melayu. Legasi Tun Arshad, melalui Yayasan Arshad Ayub (Yayasan) yang ditubuhkan pada Mach 2008, telah memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan di Malaysia. Yayasan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, berusaha untuk memberi impak yang ketara dalam kehidupan orang ramai melalui misinya.",
"Salah satu misi Yayasan adalah untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan negara melalui beberapa inisiatif termasuklah memberi biasiswa kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Yayasan merealisasikan hasrat Tun dengan memberi bantuan kewangan dan biasiswa kepada pelajar yang layak dan memerlukan bantuan, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau agama, untuk membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam pendidikan atau kemahiran di peringkat pengajian tinggi atau mana-mana peringkat dalam negara.",
"Yayasan menyediakan pembiayaan yuran, buku teks dan keperluan akademik lain. Biasiswa dari Yayasan ini memberi peluang terutamanya kepada pelajar sekolah yang layak namun tidak mampu untuk melanjutkan ke pengajian tinggi.",
"Ini adalah cara untuk Tun Arshad menyatakan rasa terima kasih atas peluang dan nikmat yang diberikan kepadanya sepanjang perjalanan hidupnya. Usaha gigih beliau telah membuka jalan kepada penubuhan budaya kesarjanaan yang menekankan peluang sama rata untuk semua. Legasi itu kekal hingga ke hari ini.",
"Hasrat Tun Arshad yang terpuji bagi menyediakan pelajar yang kurang bernasib baik dalam akses kepada pendidikan berkualiti tercapai apabila Yayasan menganugerahkan dua biasiswa kepada penerima yang layak daripada kumpulan berpendapatan B40, berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. Inisiatif itu merupakan usaha meneruskan legasi Tun Arshad; misi sepanjang hayatnya adalah untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.",
"Biasiswa tersebut telah disampaikan kepada Farah Nadia binti Yusof dan Nurul Farhana binti Norizal oleh Tan Sri Dato’ Mohd Ibrahim Mohd Zain, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan, dalam satu majlis secara dalam talian. Anugerah tersebut menyerlahkan komitmen Yayasan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi golongan kurang bernasib baik. Legasi Tun Arshad melalui Yayasan membolehkan ramai minda muda mencapai impian mereka melalui pendidikan.",
"\"Matlamat kami adalah untuk mewujudkan laluan bagi individu berbakat ini untuk mengakses pendidikan tanpa dibebani oleh batasan kewangan,\" kata Tan Sri Ibrahim.",
"(Tun Arshad Ayub, Tokoh pendidikan, pengarah pertama ITM Tun Arshad meninggal dunia pada 14 Jun 2022)",
"Biasiswa Yayasan Arshad Ayub dianugerahkan kepada Farah Nadia binti Yusof, pelajar dari Pokok Sena, sebuah kampung kecil di Kedah dan Nurul Farhana binti Norizal dari Cheras, Kuala Lumpur. Farah mendapat 11A dalam SPM 2022. Berasal daripada keluarga pesawah, Farah sentiasa mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Bagaimanapun, kekangan kewangan kelihatan tidak dapat diatasi. Menerusi biasiswa itu, pintu peluang terbuka luas untuk Farah Nadia, membolehkan beliau mendaftar dalam program FIA-ACCA yang terkenal di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tapah, satu lagi kesinambungan legasi Tun Arshad yang menubuhkan Program Perakaunan di UiTM, dahulunya ITM, pada awal tahun 70-an.",
"Seorang lagi penerima biasiswa, Nurul Farhana binti Norizal mendapat 9A dan 1B+ untuk SPM 2022, dari Cheras dan bekas pelajar Sekolah SAM Sungai Merab Luar. Ibunya, Puan Suhaila Roslan, yang bekerja di sebuah restoran, mendengar tentang Yayasan Arshad Ayub daripada pelanggan restoran, lalu meminta anak perempuannya menghubungi Yayasan untuk bantuan. Farhana kini mengikuti program Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa di Pusat Pengajian Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Gambang. Farhana berminat untuk mengukir kerjaya dalam bidang diplomatik.",
"Biasiswa Yayasan Tun Arshad Ayub tidak terhad kepada satu bidang pengajian sahaja, malah merangkumi pelbagai disiplin, bagi memastikan pelajar dari semua lapisan masyarakat mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Biasiswa dalam pelbagai bidang, mencerminkan kepercayaan Tun Arshad terhadap kepentingan pendidikan bagi mengubah kehidupan dan membentuk masa depan lebih cerah untuk Malaysia.",
"\"Warisan Tun Arshad Ayub adalah peringatan bahawa pendidikan bukan hanya pelaburan peribadi tetapi pelaburan kemasyarakatan. Dengan memberikan biasiswa kepada pelajar yang datang dari latar belakang ekonomi mencabar, Yayasan sedang melabur untuk masa depan negara kita. Pelajar-pelajar ini diharapkan akan menjadi pemimpin dan menyumbang kepada kemajuan Malaysia,\" tambah Tan Sri Ibrahim.",
"(Farah Nadia Yusof dan Nurul Farhana Norizal antara Penerima Biasiswa Yayasan Arshad Ayub)",
"Allahyarham Tun Arshad adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan ahli pendidikan, dengan mendedikasikan hayatnya untuk memecahkan batu penghalang bagi pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi kerana kekangan kewangan.",
"Legasi Tun Arshad itu diteruskan menerusi Yayasan bagi menghormati komitmennya terhadap pendidikan. Ia direalisasikan menerusi kerjasama dengan pelbagai institusi tempatan yang akan mengenal pasti dan menyokong pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=9 |
Pelarian di Yaman merayu, merintih & menangis minta bantuan
| [
"Situasi kesihatan di Yaman kian kritikal apabila hampir 17.4 juta rakyat di negara itu memerlukan bantuan perubatan berikutan krisis perang saudara yang berlarutan sejak akhir 2014.",
"Di Marib sahaja terdapat 196 kem menempatkan lebih dua juta pelarian yang tinggal di wilayah itu. Mereka tidak mempunyai ruang dan peluang untuk mendapatkan akses perubatan yang mencukupi.",
"Hospital di Marib tidak mampu menampung keperluan penduduk asal Marib, maka jauh sekali ruang dan peluang para pelarian untuk mendapatkan rawatan kesihatan.",
"Mereka terpaksa bergantung harap kepada sumbangan perubatan daripada masyarakat antarabangsa yang prihatin termasuklah rakyat Malaysia.",
"Menerusi Misi Kemanusiaan Untukmu Yaman, Serantau Muslim telah melaksanakan program Mobile Clinic atau klinik bergerak di kem pelarian Yaman untuk tempoh beberapa hari selain menyumbang bekalan perubatan bernilai RM37,000.",
"Buat makluman, Mobile Clinic ini hanya akan beroperasi apabila mendapat sumbangan daripada badan bukan kerajaan dan para penyumbang dermawan.",
"Mobile Clinic ini adalah satu keperluan mendesak, kerana pelarian-pelarian yang ada tidak mempunyai peluang dan cara lain untuk mereka bertemu doktor, mendapatkan rawatan dan menerima ubat diperlukan.",
"Disebabkan itu, ramai dari kalangan pelarian khususnya kanak-kanak dan orang tua menghidap pelbagai penyakit kronik. Tiada pilihan, pelarian Yaman ini terpaksa redha dan pasrah menerima takdir kematian kerana mereka tidak mampu membuat apa-apa disebabkan kekangan kewangan dan ketiadaan fasiliti kesihatan serta perubatan.",
"Semasa kami mengadakan program Mobile Clinic di sebuah kem pelarian Yaman di Marib, kami telah diserbu pelarian yang ingin mendapatkan rawatan.",
"Angka kehadiran pelarian melebihi keperluan perubatan yang kami mampu berikan. Ramai yang menangis, merintih, dan merayu agar mereka diberi peluang untuk mendapatkan rawatan.",
"Mereka sanggup menunggu di tengah-tengah panas demi mendapatkan rawatan kesihatan. Amat menyedihkan apabila ada pelarian tidak terpilih untuk mendapatkan rawatan kerana kami terpaksa mengehadkan bilangan disebabkan jumlah pelarian yang ingin mendapatkan rawata terlalu ramai.",
"Namun, kami cuba sedaya upaya dengan kekangan yang ada untuk memberi peluang kepada semua yang hadir untuk bertemu dengan doktor dan menerima ubat.",
"Bukan sahaja orang-orang tua, malah anak-anak kecil dan bayi berebut-rebut mahu mendapatkan rawatan.",
"Inilah realiti yang sedang berlaku di dalam negara Yaman yang ramai tidak tahu. Mereka terdesak untuk meneruskan kehidupan, mereka menjadi pelarian dalam negara mereka sendiri.",
"Justeru, Malaysia harus turut membantu atas dasar tanggungjawab kemanusiaan. Malah agama kita, Islam mengajar untuk memberi tanpa menghakimi atau prejudis. Sedekah itu pengubat tekanan jiwa, melapangkan hati dan menghapuskan kegelisahan diri.",
"Kita memberi bukan kerana kita kaya tetapi Allah telah memilih kita untuk menyahut seruan-Nya sebagaimana ayat berikut:",
"Surah Al Baqarah Ayat 262\"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.\"",
"Terima kasih atas sokongan anda, jom kita bantu Yaman.",
"OlehUstazah Isfadiah Mohd DasukiAhli Misi Kemanusiaan Untukmu YamanDuta Rasmi Serantau MuslimPendakwah TV dan Radio"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=10 |
Benarkah rasa kekitaan semakin "hilang"?
| [
"Benarkah perpaduan kaum ketika ini semakin memudar? Jika ya, apakah puncanya?",
"Malaysia seperti mana yang kita ketahui diasaskan menerusi konsep integrasi, iaitu campuran pelbagai kaum, budaya dan agama. Ia bukan perkara baharu, bahkan bukan juga hanya wujud selepas negara ini merdeka. Jika menyelusuri sejarahnya, boleh kembali ke zaman kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Ketika itu pelbagai etnik dan bangsa hadir ke tanah bertuah ini bagi mencari peluang dan ruang untuk membina kehidupan selam ratusan tahun. Megah dan masyhur ke serata dunia sebagai salah sebuah pusat pelabuhan dan perdagangan dunia. Bahasa Melayu menjadi lingua franca, menyatukan pelbagai bangsa dan agama bagi satu tujuan, iaitu perdagangan. Menjadi tumpuan dunia, hasilnya sehingga kini masyarakat Malaysia memiliki satu keistimewaan iaitu mampu bertolak ansur dengan kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Kembali ke era moden ini, kelebihan tolak ansur antara masyarakat berbilang kaum tersebut mungkin kurang disedari. Iyalah, sudah biasa, jadi kuranglah nampak kelebihan tersebut, namun tidak kepada tetamu asing yang datang melancong ke negara ini. Mereka hairan, bagaimana budaya pelbagai bangsa tersebut mampu berintegrasi dengan baik.",
"Orang Malaysia, menurut beberapa pempengaruh bangsa asing yang mengunjungi negara ini, amat ramah dan gemar menyantuni mereka. Membuktikan, masyarakat negara ini lebih terbuka dan mudah menerima bangsa dan budaya asing tanpa ada sebarang masalah. Jika tidak percaya, cari sahaja kandungan di Youtube contohnya, lihat sendiri pendapat mengenai kepelbagaian budaya yang menjadi tarikan mereka ke Malaysia. Bahkan, ada yang hingga mengambil keputusan menetap di negara bertuah ini. Ambil sahaja makanan sebagai contoh, bagaimana nasi lemak, char kuew teaw dan roti canai boleh diterima dan dinikmati semua bangsa. Itu baru makanan, bagaimana pula dengan perayaan dan budaya-budaya lain? Sehinggakan pelancong luar kagum bagaimana kepelbagaian budaya dalam negara ini mampu dijalin dengan begitu harmoni. Perkara itu tidak ditemukan di negara lain, dasar mereka kebanyakkannya fokus hanya kepada agenda asas yang menjadi identiti nasional. Walaupun ada kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing, dasar negara-negara tersebut lebih menekankan asimilasi bersama budaya tempatan yang lebih dominan. Bagaimanapun, tidak bagi Malaysia yang memilih integrasi dan meraikan budaya pelbagai kaumnya.",
"Apa yang pasti, sentiasa bertoleransi, saling mempercayai dan hormat menghormati adalah resipinya. Selain, sentiasa wujud kesedaran mengenai sensitiviti agama dan budaya masing-masing. Menerusinya, segala jurang perbezaan dapat dirapatkan. Perpaduan antara kaum dalam negara pernah tergugat. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik hitam yang melemahkan kesatuan kaum ketika itu. Bagi membendung keretakan kepercayaan antara kaum lebih melebar, Rukun Negara telah diperkenal setahun kemudian. Ia sebagai ideologi kebangsaan, asas yang perlu menjadi pegangan setiap warganegara Malaysia tanpa mencairkan identiti budaya, agama dan kaum masing-masing.",
"Terdapat LIMA prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai sepenuhnya. Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Rukun yang terakhir, Kesopanan dan Kesusilaan, adalah prinsip paling tepat untuk terus diterap dan dikembangkan agar hubungan masyarakat berbilang bangsa sentiasa bertaut. Ia menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku yang baik bagi setiap rakyat, bertujuan membentuk warga negara yang saling hormat menghormati antara satu sama lain. Sifat tersebut paling bermakna dan penting dalam konteks perhubungan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Ia perlu terus dipelihara, agar sentiasa berkembang bersama keperibadian serta nilai-nilai murni yang akan melonjakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat ke peringkat lebih tinggi. Pertikaian dan perselisihan faham mengenai isu-isu sensitif, terutama membabitkan 3R - Kaum, Agama dan Raja perlu dielakkan. Selain itu, jati diri sebagai anak Malaysia juga harus sentiasa dibajai agar terus subur dalam setiap golongan, tanpa mengira usia, status, pangkat, kaum dan agama. Tambahan, beberapa hari lagi negara akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66, bertemakan 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'. Jelas, setelah 60 tahun negara ini merdeka, agenda perpaduan dalam negara tetap menjadi keutamaan kerajaan agar rakyat terus bersatu padu. Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip yang hanya dilafaz sebagai ikrar semata-mata, tetapi ia menuntut kesungguhan setiap warga negara untuk menghayati dan mengamalkannya. Melalui perpaduan yang kukuh, pertumbuhan ekonomi negara dapat ditingkatkan. Bahkan, kestabilan politik dapat dikekalkan dalam sistem pemerintahan negara yang bercorak demokratik. Seperti kata pepatah, serumpun bak serai, sesusun bak sirih - hidup saling bermuafakat, tidak berpecah belah.",
"Ulasan berita ini disediakan oleh Ashriq Fahmy Ahmad, Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=11 |
Proses kesan saksi SPRM beri keadilan semua pihak
| [
"Kebelakangan ini timbul beberapa isu apabila individu yang dilihat enggan memberi kerjasama dalam siasatan, malah menggambarkan agensi penguat kuasa sebagai agensi yang mempunyai tujuan negatif terhadap penama berkaitan.",
"Harus ditekankan agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan penting memberi khidmat kepada masyarakat dalam memelihara keamanan serta keselamatan awam dengan mengesan, mencegah dan menyelesaikan jenayah rasuah.",
"Selaras dengan kewujudannya sebagai entiti tunggal pencegahan rasuah di Malaysia, bidang kuasa perundangan SPRM di bawah Akta SPRM 2009 adalah khusus untuk menyiasat dan mencegah sebarang bentuk perlakuan rasuah serta salah guna kuasa.",
"Punca kuasa SPRM daripada Akta SPRM 2009 menggariskan dua matlamat utama:",
"Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, bertemu saksi, sesi temubual dan menyoal siasat ialah teras kepada proses siasatan dan pengumpulan risikan yang perlu dijalankan dengan sempurna.",
"Objektifnya ialah untuk mendapatkan maklumat yang tepat, serta bukti-bukti yang kukuh dan boleh dipercayai untuk melengkapkan siasatan. Oleh sebab itu, setiap tindakan yang dilaksanakan termasuk memanggil individu untuk mendapatkan maklumat perlu mengikut proses tatacara yang berlandaskan undang-undang dan bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pihak.",
"Malah menjadi tanggungjawab penyiasat, bagi memastikan bahawa setiap orang yang disiasat dilayan dengan bermaruah dan menghormati norma hak asasi manusia, kerana ia akan menghasil sesuatu yang sah mengikut undang-undang.",
"Namun malangnya, kebelakangan ini timbul pula isu apabila hal penyerahan notis rasmi untuk memanggil individu tampil membantu siasatan dijadikan sebagai isu yang sangat rumit bagi mereka. Bahkan notis kesan saksi untuk membantu siasatan SPRM dilihat sebagai mempunyai agenda lain.",
"Dalam hal berkenaan, masyarakat perlu memahami secara asas hak dan kuasa SPRM dalam melaksanakan tanggungjawabnya.",
"Berdasarkan akta, SPRM sememangnya mempunyai hak dan kuasa untuk memerintah mana-mana orang bagi tujuan siasatan sebagaimana yang dinyatakan pada Seksyen 30 (1) (a) Akta SPRM 2009. Seksyen tersebut berbunyi:",
"30.(1) Seseorang pegawai Suruhanjaya yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh—",
"(a) memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;",
"Malah mana-mana individu tidak boleh menganggap perkara membantu siasatan ini sebagai sesuatu yang remeh dengan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah.",
"Faktanya, kegagalan mematuhi perintah ini boleh dikategorikan sebagai menghalang penyiasatan mengikut Seksyen 48 (c) dan (d) Akta SPRM 2009 yang menjelaskan seperti berikut:",
"(c) tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah seseorang pegawai Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini;(d) enggan atau abai untuk memberi seorang pegawai Suruhanjaya apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya.",
"Sebagai pelaku mereka boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali.",
"Di samping itu, situasi memberi pelbagai alasan ini boleh menimbulkan persepsi adakah mereka ini sebenarnya memang terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang- undang sehingga sanggup berdolak-dalih dengan merumitkan perkara-perkara tertentu?",
"Pokoknya, jika kita tidak melakukan sebarang kesalahan maka tidak seharusnya kita begitu mudah untuk memberi alasan untuk melambatkan proses siasatan dengan melakukan hal sedemikian.",
"Bak kata pepatah lama, ‘berani kerana benar, takut kerana salah’. Ia memang tepat bagi menggambarkan sesetengah kes yang berlaku.",
"Oleh Mohd Anuar bin Ismail Timbalan Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)",
"BERITA BERKAITANKes REE Kedah, SPRM akan panggil beberapa saksi lagiPDRM terima permohonan notis merah kes menantu TS Muhyiddin"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=12 |
Perkukuh perpaduan hadapi cabaran bersama
| [
"Perpaduan merupakan suatu nikmat yang amat berharga dan aset penting buat Malaysia. Ia perlu terus dipupuk dan dipelihara agar kemerdekaan negara terus dipertahankan. Sejarah membuktikan keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak semata-mata. Sebaliknya, semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.",
"Menyedari hakikat itu, agenda perpaduan nasional, terus diusahakan dengan gigih oleh kerajaan sejak merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.",
"Kesungguhan kerajaan menekankan nilai saling menghormati dan mementingkan keadilan itu, dapat dilihat dalam usaha membangunkan Malaysia MADANI. Konsep tersebut menjadi kunci menyatukan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama agar lebih menghargai keamanan serta kebebasan yang dikecapi selama ini. Selain itu, memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan. Atas faktor itu, 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan', diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia 2023.",
"Ia mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu serta menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera. Ini berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan.",
"Pemilihan tema itu, bertepatan dengan landskap sosiopolitik negara, pada masa ini. Ia menyampaikan maksud cukup bermakna untuk dihayati segenap lapisan rakyat agar mengukuhkan semangat perpaduan dalam menghadapi pelbagai cabaran. Ini termasuk ketidaktentuan ekonomi global. Mesejnya jelas -- betapa pentingnya perpaduan dalam memacu pembangunan ekonomi negara serta mengangkat martabat rakyat ke tahap lebih tinggi.",
"Idealisme yang dibawa melalui tema dipilih, dapat membina identiti negara bangsa seperti yang diidamkan sejak kemerdekaan. Sekali gus, menunjukkan ketegasan kerajaan dalam meningkatkan perpaduan dengan menitikberatkan sikap saling memahami dan bertoleransi antara kaum serta memperbaiki kelemahan yang wujud dalam kalangan masyarakat.",
"(Majlis Pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 di KLCC pada Mei lalu/Foto FB Fahmi Fadzil)",
"Seperti dititahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, usaha untuk memupuk perpaduan, semakin diperlukan kini. Ia untuk menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama. Suara-suara bernada permusuhan itu, jika tidak segera dibendung, boleh meracuni pemikiran rakyat sehingga mencetuskan pertelingkahan, perselisihan dan perpecahan.",
"Setelah hampir 66 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat tidak seharusnya, hanyut dengan suara-suara bernada permusuhan yang boleh mencetuskan persengketaan, perselisihan dan perpecahan.",
"Perlu diingat, kemajuan ekonomi hanya boleh dicapai, jika negara kekal, stabil. Ini boleh dicapai menerusi rakyat yang bersatu padu dan saling membantu. Perpecahan dan pertelingkahan, hanya akan mengakibatkan negara mundur dan hancur. Dalam hal ini, rakyat perlu menjadikan Perlembagaan dan Rukun Negara, sebagai pegangan tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini supaya negara kekal aman.",
"Kita percaya masyarakat Malaysia kini semakin rasional dan komited untuk menyemai benih perpaduan yang positif dalam institusi kekeluargaan, agama, pendidikan dan politik. Hanya perpaduan yang utuh, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang disegani di persada antarabangsa -- seterusnya menarik pelaburan asing.",
"Justeru, jadilah jiwa yang merdeka, terus berjuang untuk menikmati kemerdekaan yang belum dikecapi dan jadilah anak watan yang mempunyai jati diri yang tinggi. Kemerdekaan tidak ternilai harganya. Ia membolehkan rakyat menikmati pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.",
"Ulasan berita ini disediakan oleh Haslinda Hassan, Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=13 |
Kes dera kanak-kanak meruncing, perlu penyelesaian menyeluruh
| [
"Pengabaian dan penderaan kanak-kanak di Malaysia merupakan masalah yang semakin meruncing hari ini. Apa tidaknya hampir setiap hari ada sahaja kes-kes penderaan melibatkan golongan ini dilaporkan di media massa.",
"Dianggarkan lebih 5,000 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak direkodkan sehingga bulan Jun tahun ini. Angka tersebut sudah pasti menakutkan kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat terhimpit dengan pelbagai masalah sosioekonomi sehingga menyebabkan sesetengah individu hilang pendirian dan prinsip kendiri menyebabkan hal-hal sedemikian berlaku.",
"Walaupun angka itu masih rendah dan berkurangan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, tetapi ia masih menunjukkan bahawa kes penderaan antara masalah sosial yang semakin kritikal selepas musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19.",
"Masalah itu boleh dianggap sebagai cabaran kepada kebertanggungjawaban kerajaan dan masyarakat untuk prihatin terhadap nasib masa depan kanak-kanak yang merupakan generasi masa hadapan di negara ini.",
"Kesanggupan kerajaan untuk membangunkan suasana kesejahteraan kepada kanak-kanak, tidak terbatas kepada memenuhi keperluan asas mereka sahaja, tetapi memastikan bahawa keselamatan kanak-kanak dapat dipelihara dengan sistematik dan berkesan.",
"Seharusnya dalam dekad yang menyaksikan kepantasan maklumat dan kemajuan pesat; bersandarkan sains dan teknologi, kes-kes penderaan terhadap kanak-kanak tidak seharusnya wujud.",
"Masyarakat, terutama ibu bapa dan penjaga sepatutnya sudah terdedah dengan pengawalseliaan kendiri pengurusan keluarga yang menekankan kepada aspek kerohanian, keintelektualan dan menghargai kasih sayang sesama anggota.",
"Status ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dari segi masalah berkaitan keluarga yang membawa kepada ancaman kesihatan mental haruslah dielakkan, terkawal dan ditangani dengan baik tanpa mempengaruhi golongan ahli keluarga, terutamanya kanak-kanak.",
"Tambahan pula, sepanjang tempoh pasca PKP menyaksikan banyak keluarga terkesan disebabkan kehilangan mata pencarian, ketidakstabilan ekonomi keluarga sekali gus membawa kepada masalah kemurungan dan mental.",
"Tanpa bimbingan terpimpin dan berterusan, akhirnya golongan ini akan terjerumus dalam kancah jenayah penderaan, penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. Mereka akhirnya menjadi mangsa keadaan dan terpaksa menghadapi pelbagai masalah tanpa diberi perlindungan sepatutnya sehingga mengakibatkan mereka juga dilanda tekanan jiwa dan mental.",
"Sementelahan pula, kanak-kanak yang seharusnya diangkat menjadi pewaris generasi masa hadapan, mudah menjadi lebih sensitif terhadap diri mereka, hilang keupayaan keyakinan diri dan akhirnya meminggirkan diri mereka daripada menghadapi persepsi masyarakat yang negatif terhadap mereka.",
"Sudah pasti dalam keadaan sebegini, pendidikan psikologi bermula dari peringkat prasekolah harus dilaksanakan dengan baik supaya kanak-kanak didedahkan dengan masalah-masalah penderaan yang pada fikiran mereka hanyalah suatu bentuk hukuman setiap kali mereka melakukan kesalahan semasa berada di rumah, sekolah atau pusat penjagaan kanak-kanak.",
"Dalam hal ini, semua anggota masyarakat termasuk media haruslah bersikap optimis terhadap kes-kes penderaan kanak-kanak. Kita harus menyedari bahawa jenayah pengabaian kanak-kanak di negara ini menjadi agenda serius dan wajib diambil perhatian sepenuhnya secara tegas mengikut keperluan perundangan yang melindungi golongan kanak-kanak dari semasa ke semasa.",
"Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membasmi masalah penderaan atau kemurungan kalangan kanak-kanak adalah seperti berikut:-",
"Saya menyambut baik pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mewujudkan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bakal dibentangkan di parlimen sedikit masa lagi.",
"Suruhanjaya itu akan menjaga dan menilai pematuhan kebajikan kanak-kanak di negara ini, selaras keperluan negara untuk melihat generasi baharu terutamanya kanak-kanak memperoleh hak penjagaan dan pemeliharaan lebih adil. Perkara itu telah dilaksanakan di beberapa negara maju di Eropah seperti Sweden, Switzerland, Jerman dan lain-lain.",
"Kerangka pematuhan regulasi pemeliharaan kebajikan kanak-kanak yang dirangka dan bakal dilaksanakan itu nanti akan mewujudkan sistem sosial lebih adil, teratur dan berimbang.",
"Saya juga bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengemas kini peranan pegawai pelindung kanak-kanak yang diberikan kuasa untuk mengendalikan kes-kes berhubung kebajikan dan keselamatan kanak-kanak, termasuklah memberikan kefahaman menyeluruh kepada para penjaga kanak-kanak dan komuniti perihal kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.",
"Sememangnya perlu ada peningkatan jumlah pegawai pelindung kanak-kanak yang terlatih bagi memenuhi populasi penduduk yang semakin bertambah dan bebanan keprihatinan penjagaan perlindungan kanak-kanak.",
"Kepakaran pengendalian kebajikan dan perlindungan kanak-kanak amat diperlukan bagi meningkatkan penguatkuasaan sistem perlindungan kanak-kanak.",
"Selain itu, kerajaan juga harus proaktif meminda Akta Kanak-Kanak berhubung hukuman ke atas pendera kanak-kanak, mempertingkatkan kaedah pemulihan kanak-kanak sama ada mereka yang menjadi mangsa dera, jenayah, seksual dan membanteras pihak yang cuba menjadikan kanak-kanak sebagai pekerja murahan. Dengan kata lain, perlindungan terhadap kanak-kanak harus diberi keutamaan tinggi.",
"Justeru, strategi untuk memperhebatkan pendedahan pendidikan jenayah penderaan kanak-kanak di sekolah dan kalangan ibu bapa serta komuniti harus dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berterusan. Ini supaya kes-kes jenayah dapat dibendung dan mendapat perhatian sepenuhnya daripada komuniti.",
"PENULIS, TS. DR. SYED AGIL ALSAGOFF merupakan Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=14 |
Undi, pilih kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Program Grand Finale Jelajah Kita Selangor di Hulu Kelang pada 10/8/2023/Foto FB Anwar Ibrahim)",
"Tepat pukul 12:00 tengah malam ini (11 Ogos 2023), tamatlah tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 melibatkan enam negeri; Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.",
"Turut diadakan serentak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu. PRK ini adalah yang pertama sejak PRU ke-15 tahun lalu. Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu.",
"Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada Perikatan Nasional dicabar calon Pakatan Harapan, Azan Ismail.",
"Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad. Pihak mahkamah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh berkempen.",
"Seperti PRU ke-15, media sosial sekali lagi menjadi platform paling popular sepanjang 14 hari tempoh berkempen kali ini.",
"Baik dalam kalangan calon bertanding mahupun pihak berkepentingan yang tidak bertanding. Malahan ada ceramah, jumlah audiensnya lebih ramai dalam talian berbanding hadir di lapangan.",
"Ini sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Dalam kempen kali ini, jumlah sokongan sebenar lebih sukar dijangka.",
"Walaupun kelihatan ramai, jumlah yang hadir di lapangan bagi satu pihak, belum tentu lebih tinggi daripada penyokong dalam talian pihak yang lain.",
"Selain mengelak kesesakan di sekitar lokasi ceramah, kaedah ini memberi peluang pengundi yang tinggal di luar kawasan untuk turut sama mengikuti mesej disampaikan.",
"Bercakap mengenai kempen dalam talian, tahukah anda syarikat penyedia platform media sosial turut memainkan peranan sepanjang tempoh berkempen? Jangan salah faham pula.",
"Penyedia perkhidmatan seperti TikTok dan Meta yang sebelum ini dikenali sebagai Facebook Inc, tidak berpihak kepada mana-mana parti atau calon bertanding. Mereka neutral.",
"Peranan mereka ialah memadam kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R).",
"Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching walaupun peringatan telah berulang kali diberi mengenai larangan menyentuh isu 3R, masih ada aduan diterima.",
"Dalam hal ini, kebanyakan syarikat penyedia platform media sosial memberi kerjasama sepenuhnya. Namun ada juga yang tidak begitu responsif, entah kenapa.",
"Mungkin masih kurang kesedaran mengenai tanggungjawab sosial memelihara keharmonian masyarakat. Itu cerita dalam talian.",
"(Program Grand Finale Jelajah Kita Selangor di Hulu Kelang pada 10/8/2023/Foto FB Anwar Ibrahim)",
"Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, PDRM tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R sepanjang tempoh berkempen.",
"Beliau berpuas hati dengan kerjasama ahli politik dan penyokong mereka yang menunjukkan kematangan berpolitik. Sikap positif itu diharap diteruskan biarpun selepas musim pilihan raya.",
"Mudah-mudahan begitulah. Yang baik-baik saja untuk negara tercinta. Baik lagi kalau tahap disiplin dalam talian orang kita dapat diseimbangkan dengan rekod luar talian.",
"Kepada calon yang bertanding, manfaatkan sepenuhnya tempoh berkempen yang masih berbaki. Jelaskan sejelas-jelasnya aspirasi yang diperjuangkan dan pelaksanaan yang dirancang. Terutama dalam mengatasi masalah penduduk setempat serta meningkatkan kemampuan pengundi menampung kos sara hidup dan menjamin rezeki keluarga.",
"Tidak perlu janjikan bulan dan bintang yang jelas di luar jangkauan. Ketengahkan tawaran realistik dan memberi kesan langsung.",
"Setiap pengundi pastinya ada kayu pengukur masing-masing dalam membuat penilaian. Kepada orang ramai yang akan pulang ke kampung atau lokasi pengundian, rancang perjalanan anda.",
"Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka menghadapi tempoh perjalanan lebih panjang pada hari ini dan esok, berbanding hari-hari biasa.",
"Menurut PLUS, peningkatan trafik dijangka mencecah sehingga 1.9 juta kenderaan sehari. Pengguna lebuh raya digalakkan berhenti rehat di RnR setiap dua jam pemanduan.",
"Semoga selamat sampai ke destinasi bagi menunaikan tanggungjawab kepada negeri dan negara. Seperti yang kita sedia maklulm, setiap undi amat berharga. Ini peluang kita membuat perubahan jika perlu. Demi masa depan kita dan generasi seterusnya.",
"Pilihlah pemimpin yang betul. Sebelum mengundi, ada beberapa perkara yang sewajarnya dipertimbangkan.",
"Yang mana pilihan anda? Rekod prestasi atau sekadar janji.",
"Penyelesaian segera isu tertangguh atau terus buntu. Perancangan yang dilaksanakan, atau alasan tak berkesudahan. Pilihlah kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Untuk itu kita perlukan kerjasama baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Malaysia negara demokrasi, kita mampu mengubahnya.",
"Ulasan berita ini disediakan oleh Bakhtiar Effendy Mohd Dom, Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=15 |
Media sosial medium utama sosialisasi ilmu politik anak muda
| [
"Perkembangan teknologi yang semakin pesat telah menjadikan media sosial sebagai salah satu tempat rujukan informasi utama.",
"Malah, kecanggihan dalam penggunaan teknologi masa kini bukan hanya dijadikan medium penting komunikasi, bahkan mempunyai peranan penting dalam pembentukan sebuah peradaban manusia yang baharu dan inovatif secara tidak langsung.",
"Pembentukan fahaman dan kecenderungan individu masa kini terutamanya golongan muda banyak dipengaruhi oleh sumber yang diguna pakai secara meluas di alam maya. Hal ini termasuklah sebagai medium penyampaian maklumat ataupun bagi memenuhi agenda kepentingan diri sendiri.",
"Dalam konteks ini, pempengaruh politik sedikit sebanyak menggunakan kecanggihan teknologi secara maksimum. Buktinya, kupasan mereka tentang sesuatu isu secara meluas di media sosial menyebabkan golongan muda lebih mudah memahami dan menyakini kelompok pilihan politik masing-masing.",
"Malahan lagi, golongan muda juga lebih cenderung untuk mendengar dan membaca isu-isu politik yang lebih ringkas tetapi padat melalui kandungan digital seperti podcast, infografik, video pendek dan lain-lain yang boleh didapati di hujung jari pada bila-bila masa sahaja.",
"Ada juga dalam golongan ini gemar menangkap layar dan berkongsi di halaman media sosial masing-masing, sekaligus membuka ruang untuk perbincangan. Maka, media sosial seperti Twitter, Instagram, Tik Tok dan Facebook secara tidak langsung menjadi nadi kepada penyebaran ilmu politik terutamanya dalam kalangan belia.",
"Kecanggihan media sosial mempengaruhi entiti utama politik negara",
"Pengaruh teknologi sebagai hub informasi sangat kuat sehingga merambah ke dalam arena politik global. Jika kita amati, semua doktrin dan kefahaman politik selama ini dilakukan secara terbatas melalui media seperti televisyen yang dikawal serta ditapis.",
"Oleh kerana itu, pemahaman tentang hal-hal politik pada masa lalu tidak merata, disebabkan hanya sejumlah kecil masyarakat yang memiliki akses terhadap kemudahan tersebut.",
"Kini, landskap politik negara banyak dipengaruhi oleh paparan media sosial. Hal ini disebabkan oleh segala isu yang dikupas telah menarik minat golongan muda untuk memberi perhatian kepada agenda politik yang dibawa, sekali gus memberi ruang untuk mereka memilih dan membuat keputusan semasa pilihan raya.",
"Malah, agenda utama dan kontroversi diperbahaskan secara konklusif dan dikongsi di media sosial. Perbincangan formula politik juga disebarkan secara meluas dan memberi idea untuk pengundi memilih parti pemerintah di peringkat persekutuan mahupun negeri dan sekali gus membentuk politik negara.",
"Pengaruh dan kuasa internet serta media sosial sebenarnya mempunyai impak signifikan dan diluar jangkauan dalam konteks politik di negara ini. Secara umum, terlihat bahawa kelompok yang paling terlibat dalam berinteraksi dengan media sosial adalah individu yang termasuk dalam kelompok belia atau golongan muda.",
"Golongan muda secara umumnya adalah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Bagaimanapun, sepertimana yang ditakrifkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mereka adalah individu yang berumur antara 18 hingga 25 tahun bersesuaian dengan program-program yang boleh diikuti oleh golongan ini secara aktif.",
"Tidak hairanlah internet telah menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi keyakinan dan pemahaman mereka tentang pemerintahan negara dan politik secara umum. Fenomena ini dapat dipandang sebagai hasil daripada generasi saat ini yang lahir di tengah-tengah kemajuan teknologi yang terus berkembang dengan cepat.",
"Tambahan lagi, informasi yang diperolehi melalui media saat ini begitu cepat dan memiliki pengaruh signifikan kepada masyarakat, terutama generasi muda yang merupakan kelompok paling aktif dan akrab dengan teknologi maklumat. Oleh itu, antara informasi politik mudah akses yang boleh diceburi golongan celik internet ini adalah seperti blog, Youtube, Twitter, Facebook, Tiktok, dan artikel dalam talian berkaitan.",
"Suara-suara reformasi yang dibawa oleh golongan muda lebih meluas dikongsi dan dibincangkan di media sosial berbanding di televisyen, radio dan sebagainya. Isu-isu kontemporari lebih mudah dibincangkan dan pengaruh siber berjaya menarik kepercayaan umum untuk memahami maklumat disebarkan. Kepercayaan ini akan menjadi asas terutamanya untuk golongan muda membuat pilihan dan keputusan.",
"Golongan muda penentu masa depan negara",
"Dasar Undi-18 tahun telah membuka ruang lebih luas untuk golongan muda melibatkan diri dalam bidang politik negara. Oleh yang demikian, penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun sebenarnya amat baik untuk dilaksanakan.",
"Pelaksanaan Dasar Undi-18 tahun menjadi salah satu peringatan kepada parti-parti politik untuk lebih berhati-hati dan peka terhadap isu-isu yang relevan dengan masyarakat, baik di peringkat akar umbi parti mahu pun di peringkat nasional. Hal ini memandangkan golongan muda ini merupakan antara penyumbang terbesar jumlah pengundi dalam pilihan raya.",
"Sungguhpun terdapat segelintir pendapat yang mengatakan golongan muda masih mentah dalam membuat keputusan, apatah lagi menguruskan diri juga masih belum pasti, namun suara dan pandangan mereka boleh menjadi penentu masa depan negara.",
"Oleh yang demikian, apakah sebenarnya yang mungkin boleh mempengaruhi minda mereka dalam membuat undian? Hal ini perlu difikirkan banyak pihak terutamanya parti-parti politik yang ingin membentuk kerajaan.",
"Parti-parti politik juga perlu melaksanakan mekanisme terbaik untuk menarik perhatian pengundi muda terutamanya dalam isu perwakilan muka-muka baharu dalam tampuk kepimpinan dan perjuangan parti. Isu ini wajar diberi perhatian dan perlu tindakan selanjutnya untuk meraih undi golongan muda selain isu-isu pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang sentiasa dititik beratkan.",
"Pengenalan muka-muka baru yang segar dalam parti dan penyebaran maklumat di media sosial mampu mengubah pola politik. Untuk memastikan bahawa kuasa siber dapat membantu golongan muda pada hari ini membuat keputusan, parti politik haruslah menggunakan platform media alternatif untuk menyediakan input terbaik terutamanya pempengaruh muda untuk membantu golongan ini memahami isu-isu yang diperjuangkan oleh parti. Ini juga dapat mengurangkan jurang pemahaman idea dalam kalangan golongan muda.",
"Media sosial menjadi acuan informasi generasi muda",
"Trend semasa menunjukkan segala informasi yang disajikan melalui media sosial akan menjadi acuan bagi generasi muda dalam memahami dan menilai apa yang terbaik bagi diri mereka untuk masa hadapan.",
"Sekiranya para pemimpin dan ahli politik sedia ada terus hanyut dengan pola aturan politik yang konservatif, mereka mungkin akan melepaskan peluang untuk membentuk daya tarikan dan pengaruh mereka dalam dunia maya. Hal ini disebabkan media sosial menjadi saluran penting bagi mereka untuk menyebarkan agenda dan mendapatkan kepercayaan masyarakat, terutama generasi muda di seluruh negara.",
"Perkara ini terbukti ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15). Semasa PRU ke-15 pada November 2022 lalu, peratusan pengundi muda telah meningkat sebanyak 2.4 juta berbanding semasa PRU ke-14. Hal ini menunjukkan bahawa golongan muda pada masa kini kian cakna untuk melibatkan diri dan menyertai politik negara. Malah, hal ini terbukti apabila kempen-kempen pilihan raya ketika itu, kebanyakannya dilakukan melalui platform media sosial.",
"Kemampuan media sosial tidak perlu dipersoalkan. Malah, platform ini mampu dijadikan ruang berkomunikasi di samping berkongsi fahaman politik terutamanya bagi generasi mendatang secara tidak langsung. Justeru, mengoptimalkan hal politik dalam media sosial untuk menyebarkan maklumat dan pesanan haruslah diguna sebaiknya supaya dapat memberikan input kepada semua terutamanya golongan muda.",
"Suara demokrasi dalam usaha membina masyarakat yang berinformasi harus diberi ruang dengan menggunakan media sosial agar masyarakat dapat memahami rentak dan rencah yang diusahakan oleh parti politik dan seterusnya membentuk lapisan masyarakat.",
"Pendidikan di Malaysia bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran, tetapi ia adalah satu cara untuk menyampaikan mesej perpaduan dan nilai-nilai murni kepada rakyat yang berbilang kaum. Melalui pendidikan juga, wadah perjuangan untuk membina negara bangsa yang unggul dapat diatur dan dilaksana oleh pemerintah.",
"Dalam konteks ini, sistem pendidikan formal yang diamalkan di Malaysia mampu mendidik golongan muda mengenai perihal perjuangan parti politik terdahulu dan semasa. Ini dapat memberikan mereka gambaran bagaimana sebuah masyarakat dinamik dapat dibangunkan di Malaysia.",
"Pendidikan formal juga telah menjadi kaedah untuk membantu dan memenuhi matlamat dalam memupuk golongan muda mempelajari daripada pengalaman lama, di samping membina sebuah negara sehingga menjadi sebuah negara multiracial terbilang pada masa kini.",
"Oleh itu, secara hakikatnya, agen sosialisasi formal utama adalah melalui pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun pendidikan tinggi. Bagaimanapun, ilmu literasi politik juga boleh dihidupkan melalui institusi kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya, media dan para pemerintah.",
"Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sosialisasi? Proses sosialisasi bermaksud penerapan budaya politik termasuklah norma, sikap, dan tingkah laku yang diterima dalam sistem politik. Oleh itu, proses sosialisasi politik berperanan penting dalam membentuk dan mengembangkan sikap, nilai-nilai, serta kepercayaan terhadap sistem politik dan pemerintahan yang ada. Hal ini turut signifikan dalam memperkukuhkan taat setia masyarakat terhadap pemimpin dan pemerintah yang berkuasa.",
"Makanya, pendedahan terhadap politik kepada generasi muda sangat penting untuk memastikan bahawa mereka ambil peduli dan sedar akan hal-hal yang terjadi di dalam negara, bahkan merekalah yang akan menjadi pemimpin dan bakal mentadbir negara pada masa hadapan.",
"Justeru, proses sosialisasi politik melalui penggunaan teknologi juga merupakan usaha yang turut diberi perhatian oleh media dalam negara untuk memupuk pendidikan politik bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terutamanya golongan muda tentang sistem demokrasi, sistem pemerintahan negara, dan proses pilihan raya yang dilaksanakan.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM.",
" Dr. Marfunizah binti Ma'danPensyarah KananPusat Pengajian Kerajaan, UUMIzyan Izzati ZainuddinGuru BahasaPusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUMDr. Siti Nazuar SailinPensyarah KananPusat Pengajian Pendidikan, UUM"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=16 |
Berita palsu “pengundi hantu” disalah guna, JPN tingkat perkhidmatan
| [
"Dalam perkembangan arus teknologi digital yang semakin maju dewasa ini, segala maklumat boleh diperolehi dengan hanya satu klik sahaja sehingga longgokan maklumat boleh dipersoalkan kesahihannya, lebih-lebih lagi berita yang disalurkan menerusi media sosial.",
"Tidak terkecuali, isu kewarganegaraan yang disebarluaskan sehingga menjadi topik panas, lebih-lebih lagi ketika demam pilihan raya seperti sekarang.",
"Kita sedia maklum bahawa enam negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, dan Negeri Sembilan bakal menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) atau lazimnya disebut Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.",
"Nah! Tular di platform TikTok berkenaan ‘pengundi hantu’ mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal mempercepat proses permohonan kewarganegaraan berdasarkan keratan laporan akhbar-akhbar perdana.",
"Berita sensasi seperti ini sepatutnya dipastikan dahulu keabsahannya sama ada tarikh keluar laporan dan konteks sebenar berita. Hal ini demi mengelakkan salah faham dan syak wasangka masyarakat terhadap jabatan berkaitan seperti JPN.",
"Menurut media rasmi JPN, sebenarnya berita tersebut telah pun diterbitkan sebelum tarikh pilihan raya diumumkan lagi. Malah, konteks kandungan berita itu juga tiada kena mengena dengan pilihan raya sebaliknya memfokuskan usaha JPN untuk menambah baik perkhidmatannya kepada masyarakat.",
"Namun, disebabkan segelintir pihak yang laparkan populariti dan dahagakan perhatian di akaun media sosial, mereka sanggup mencari dan mengeluarkan semula keratan-keratan akhbar yang boleh menimbulkan kontroversi, bahkan perpecahan dalam masyarakat tanpa memikirkan implikasi jangka masa panjang.",
"Perkara yang lebih mengecewakan ialah, kebanyakan netizen hari ini lebih tertarik membaca tajuk utama sahaja berbanding keseluruhan berita, lalu terus berkongsi kepada orang lain.",
"Masyarakat sering diingatkan untuk merujuk kenyataan rasmi badan-badan kerajaan dan semak dahulu sumber berita sebelum menyebarkan kepada pihak lain bagi mengelakkan tersebarnya berita-berita palsu di mana-mana platform, sehinggakan pihak kerajaan juga turut memperkenalkan sebuah portal Sebenarnya.my bagi mengekang isu seperti ini.",
"Sejarah rekod warganegara bermula sejak tahun 1948, tatkala sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan bawah peruntukan Undang-undang Darurat Persekutuan Tanah Melayu mula diperkenalkan bagi meredakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang semakin mengganas di seluruh negara pada masa itu.",
"Kad pengenalan tersebut juga dikenali sebagai ‘kad beras’ dan diberikan kepada semua penduduk Tanah Melayu yang berusia 12 tahun dan ke atas bagi membezakan warganegara dengan komunis.",
"Kad ini juga digunakan untuk mengambil beras ketika catuan makanan pada zaman darurat itu dilaksanakan. Hal ini kerana, hanya penduduk yang memiliki kad beras ini sahaja layak menerima beras. Malah, penggunaan kad pengenalan ini berkekalan hingga tahun 1960.",
"Sejajar dengan perkembangan masa, kad pengenalan ini terus menjadi identiti warganegara Malaysia, bahkan mengalami evolusi dan penambahbaikan hingga tahun 2012 dari segi bentuk, kualiti dan penggunaannya.",
"Pada hari ini, kad pengenalan bagi warganegara Malaysia dikenali sebagai MyKad dan memiliki fungsi pintar seperti Touch n Go yang membolehkan pemilik kad melakukan transaksi tanpa tunai.",
"Status kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi Kerajaan Persekutuan kepada seseorang individu yang bukan warganegara. Sehubungan itu, status warganegara bukanlah perkara yang boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dengan mudah! Setiap bayi yang dilahirkan di Malaysia memang akan direkodkan, namun rekod tersebut tidak menjadikan bayi itu sebagai warganegara secara automatik.",
"Di Malaysia, setiap individu yang berhasrat untuk menjadi warganegara perlulah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merupakan agensi kerajaan bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).",
"Pemohon perlulah mematuhi syarat-syarat diperuntukkan sebelum membuat permohonan warganegara. Status kewarganegaraan ini boleh diberikan kepada pemohon melalui tiga kaedah iaitu penguakuatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan penaturalisasian yang diperuntukkan bawah Perlembagaan Persekutuan Bahagian III.",
"Setiap permohonan akan melalui tapisan yang sangat teliti dan keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan kerajaan secara total. Jadi, walaupun pemohon memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan, itu bukanlah jaminan kepada kelulusan permohonan.",
"Tetapi, jika permohonan seseorang itu ditolak, mereka masih boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk dipertimbangkan semula oleh pendaftar.",
"(Anggota Polis bantuan dan pegawai JPN mengawal kemasukan orang ramai ke kaunter akibat penyebaran berita palsu mengenai program pemberian taraf warganegara kepada warga asing di Menara JPN pada 22 Julai 2016/Fail BERNAMA)",
"JPN ditubuhkan untuk merekod segala peristiwa penting bagi setiap individu di Malaysia rentetan daripada peristiwa zaman darurat dahulu. Perkhidmatan utama yang ditawarkan dalam jabatan ini termasuklah pendaftaran kewarganegaraan, kelahiran, anak angkat, kematian, kad pengenalan, dan perkahwinan bagi pasangan bukan Islam.",
"Umum mengetahui, tiga kaedah untuk memperoleh kewarganegaraan di Malaysia adalah melalui penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan penaturalisasian. Kaedah-kaedah ini adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Bahagian III bermula dari Perkara 14 hingga Perkara 19.",
"Secara ringkasnya, individu yang dilahirkan di Malaysia berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa adalah warganegara melalui penguatkuasaan undang-undang.",
"Selain itu, kewarganegaraan secara penguatkuasaan undang-undang ini juga terpakai kepada individu yang lahir di luar negara dengan mengikut status kewarganegaraan salah seorang ibu atau bapanya.",
"Bagi kewarganegaraan melalui kaedah pendaftaran pula, terdapat empat kategori pemohon yang layak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kategori pertama ialah Perkara 15A, iaitu kanak-kanak di bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas.",
"Kategori kedua pula ialah Perkara 15(1), iaitu permohonan isteri kepada warganegara dengan syarat perkahwinan tersebut masih berterusan dan telah didaftarkan mengikut undang-undang di Malaysia, pemohon telah pun bermastautin di Malaysia lebih dari dua tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk menjadi warganegara Malaysia serta berkelakuan baik.",
"Sementara itu, untuk kategori ketiga, Perkara 15(2) menjelaskan tentang permohonan kewarganegaraan bagi anak kepada salah seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan berumur di bawah 21 tahun,",
"Akhir sekali, bagi kategori keempat iaitu Perkara 16 adalah permohonan kewarganegaraan oleh seseorang yang berusia 18 tahun ke atas dan dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka.",
"Seterusnya, kewarganegaraan melalui kaedah penaturalisasian. Kaedah ini terbahagi kepada dua perkara iaitu Perkara 19(1) dan Perkara 19(2). Perkara 19(1) adalah permohonan bagi mereka yang berusia 21 tahun ke atas dan bermastautin dalam Persekutuan.",
"Bagi Perkara 19(2) pula, permohonan ini adalah untuk mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas serta dalam keadaan khas.",
"Tuntasnya, berdasarkan kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan dalam Pelembagaan Persekutuan, proses memperoleh kewarganegaraan bukanlah perkara yang mudah dan pastinya tidak boleh diberikan kepada mana-mana individu sesuka hati.",
"Proses ini kompleks dan mengambil masa yang agak panjang untuk diteliti sebelum keputusan dimuktamadkan. Jangan biarkan berita palsu seperti isu kewarganegaraan yang tular ini menjadi ‘content’ hangat di media sosial semata-mata kerana ‘likes’ dan ‘followers’ sedangkan perolehan kewarganegaraan adalah sesuatu yang amat berharga dan anugerah tertinggi kerajaan kepada pemohonnya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=17 |
Pilihan raya: Antara titah Tuanku, perlembagaan & melestari kesejahteraan negara
| [
"Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyaksikan kerancakan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN ke-15) melibatkan enam buah negeri serta Pilihan Raya Kecil (PRK) sekali gus meraikan penyertaan individu dan parti-parti politik bertanding dalam pilihan raya kali ini.",
"Keputusan pilihan raya itu yang ditunggu-tunggu akan muncul dan membuka lembaran sejarah dunia politik negara dengan penyertaan lebih ramai pengundi baharu; pertama kali mengundi pada piliham raya kali ini.",
"PRU DUN Ke-15 dan dua PRK iaitu di Kuala Terengganu dan Pulai pada kali ini disifatkan unik kerana tatkala negara dibelenggu dengan kemelut ekonomi dunia dan terkesan di negara ini serta pada masa sama politik negara dihambat pula dengan pelbagai isu san sentimen \"panas\" dan \"sensitif\" yang selalu “didendangkan” sama ada dalam media sosial mahu pun pentas ceramah politik.",
"Puncanya dikatakan bermula daripada perebutan pengaruh antara parti-parti politik yang bertanding untuk menarik minat bakal-bakal pengundi menjelang hari pengundian pada 12 Ogos nanti. Apa yang dibimbangkan ialah meledaknya penularan sentimen-sentimen politik yang sebahagiannya adalah berita palsu ke seluruh negara menerusi media sosial mahupun kempen-kempen politik.",
"Matlamat untuk mencari pengaruh dalam kalangan bakal pengundi secara radikal ini sudah pasti akan menimbilkan kerisauan, kerimasan dan ketegangan dalam kalangan rakyat yang terpaksa menghadam sentimen-sentimen berita palsu.",
"Fenomena ini sebenarnya mengalihkan fokus sebahagian besar rakyat kita yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup seharian apabila penyebaran berita-berita palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat, khususnya jika isu -isu dibangkitkan melibatkan kesejahteraan dan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.",
"Lantaran itu penyebaran isu-isu 3R yang dipantau kerajaan, melibatkan sentuhan isu kedaulatan Diraja, isu perkauman, sanggah dan fitnah yang meluas di media sosial harus dihentikan dengan segera bagi mengelak sebarang insiden buruk yang boleh mencacatkan keharmonian keselamatan dan perpaduan masyarakat pada hari ini.",
"Dalam hal ini, penyertaan Kerajaan menerusi PDRM memberikan suatu perspektif berbeza dalam menyelesaikan masalah ini. Tindakan tegas undang-undang berkaitan dengan jenayah penyebaran berita palsu dikuatkuasakan bagi memelihara kedaulatan Diraja dan memerangi anarki-anarki yang boleh memporak-perandakan keamanan negara.",
"Dalam konteks ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mengingatkan semua parti politik untuk tidak membangkitkan sentimen-sentimen dan provokasi negatif yang boleh menganggu keharmonian masyarakat di negara ini.",
"Usaha tegas dan berterusan dalam memerangi gejala penyebaran berita palsu, khususnya menjelang pilihan raya boleh dianggap sebagai penyelesaian utama kepada permasalahan ini. Namun sedikit sebanyak akan memberi impak terhadap penyalahgunaan kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat negara ini.",
"Justeru, ini bukan waktu terbaik untuk semua pihak merelakan perebutan kuasa politik dalam kancah penularan berita palsu tatkala kempen pilihan raya berlangsung sehingga ke hari pengundian.",
"(Sebahagian anggota polis selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di pusat mengundi Dewan D' Cerana IPK Selangor, Shah Alam/Foto RTM)",
"Pemeliharaan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebenarnya boleh disignifikasikan sebagai satu hak dan ruang yang boleh dikongsikan oleh semua pihak untuk menjana kekuatan negara; memasang strategi memulihkan kemelut sosioekonomi yang membelenggu rakyat dan industri pada hari ini.",
"Perebutan kuasa, pertelingkahan politik tanpa ada kesudahan sudah pasti akan menjejaskan nilai pelaburan asing di negara ini serta menganggu perancangan hala tuju negara untuk menghadapi kesan gelombang kemelut ekonomi dunia hari ini.",
"Sudah tiba masanya, rakyat tidak mahu lagi terbeban dengan kemelut politik, sebaliknya para pemimpin parti politik perlu berganding bahu mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan isu-isu kritikal masyarakat yang terkesan teruk akibat kemelut ekonomi dunia.",
"Ia sejajar dengan gesaan Seri Paduka Baginda yang menzahirkan nasihat kepada semua rakyat, supaya memberi kerjasama menyokong dan menyeru kerajaan serta pembangkang berganding bahu dalam menyelesaikan masalah rakyat dalam suasana aman tenteram.",
"Rakyat mahukan pembelaan dan pemeliharaan dari segi sosioekonomi mereka; bagaimana mereka akan meneruskan kelangsungan hidup, bukannya memperjudikan nasib mereka atas senario politik tidak menentu pada masa sekarang.",
"Bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang berteraskan kepada keluhuran perlembagaan dan pemeliharaan semangat perpaduan nasional, adalah sangat signifikan untuk melestarikan penyatuan kerjasama politik yang mampu menjelmakan keamanan dan perpaduan nasional serta membelakangkan sengketa politik demi masa depan rakyat dan negara ini.",
"Jika dilihat apa yang berlaku di beberapa buah negara di Asia dan Asia Barat, kegagalan mencapai persepakatan antara kerajaan dengan rakyat telah mengakibatkan keadaan huru-hara, mencetuskan implikasi buruk terhadap strategi pemulihan keamanan di negara-negara tersebut.",
"Perlu diingatkan juga, rakyat tidak harus mudah terpengaruh dengan pelbagai provokasi negatif, penularan berita-berita palsu yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mereka yang 'menangguk air keruh' untuk menimbulkan kontroversi dan konfrantasi.",
"Anasir-anasir ini berusaha mengheret institusi raja berpelembagaan di negara ini untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan melestarikan perpaduan nasional dan memacu strategi untuk memulihkan ekonomi negara kita.",
"Sudah pasti rangkaian pelaksanaan PRU DUN Ke-15 dan PRK kali ini dilihat sebagai satu ujian kritikal penyatuan agenda nasional untuk menggabungkan semua fokus usaha bagi membasmi penularan berita palsu, juga penyalahgunaan sentimen 3R.",
"Bertepatan dengan masanya; hasrat kerajaan untuk menyalurkan citra kesejahteraan dan kemakmuran negara, seperti disarankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa perbezaan dan polemik politik dalam kalangan semua parti harus diketepikan bagi memberi laluan kepada penumpuan strategi memulihkan ekonomi negara.",
"Sudah pasti juga sebarang konflik dalam politik negara tidak mempengaruhi strategi pemulihan ekonomi, keselamatan, kesihatan dan keamanan rakyat serta kemakmuran negara yang kita cintai ini.",
"Diharapkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik tidak mengambil kesempatan daripada nasihat Seri Paduka Baginda untuk memastikan kelancaran perjalanan PRU DUN ke-15 dan PRK kali ini, sekali gus dapat menjalin kesepakatan serta kerjasama di antara semua parti politik sebagai meraikan amalan demokrasi negara.",
"Hakikatnya keadaan seperti ini pasti akan menjelmakan satu persepsi positif dalam kalangan rakyat; menunjukkan bahawa dalam kemelut nasional dihadapi kerajaan dan negara hari ini, kepentingan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dan negara menjadi keutamaan, juga teras untuk memulihkan sektor ekonomi dan masalah sosial masyarakat di negara ini.",
"PENULIS, TS. DR. SYED AGIL ALSAGOFF merupakan Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=18 |
Perkasa amalan kenegaraan pengundi muda
| [
"SAUDARA PENGARANGPenetapan kerajaan menurunkan minimum tahap usia pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun di negara ini boleh disifatkan sebagai suatu tindakan yang bijak, berani dan mencabar.Ini menunjukkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh menguji golongan belia untuk mencabar diri menjadi warga negara yang bersedia menunaikan peranan mereka memilih pemerintah dengan berbekalkan rasa tanggungjawab dan bijak menafsir peradaban budaya politik di negara ini.Dalam erti kata lain, remaja kita akan mengalami cabaran menilai kematangan diri apabila golongan muda ini terlibat secara langsung dalam arena politik dengan lebih terbuka.Kalau dibandingkan dengan negara-negara lain seperti di Eropah,Amerika Latin dan Timur Tengah, tahap usia minimum remaja mengundi kebanyakannya dari umur 16 tahun. Malah beberapa buah negara seperti di Argentina, Austria, Brazil, Cuba, Ecuador, Nicaragua sudah pun mengamalkan tahap usia minimum pengundi ke paras 16 tahun.Bagaimanapun, dalam konteks kebanyakan negara-negara Asia, penetapan usia remaja 18 tahun mengundi masih menjadi polemik dan menjadi bahan perdebatan dalam dasar pemerintahan sesebuah negara.Di Malaysia, jumlah penduduk berusia diantara 18 hingga 39 tahun pada 2022 adalah seramai 10.6 juta orang dan lebih kurang 1.4 juta daripada pengundi berusia 18-21 tahun pertama kali mengundi pada PRU15 lalu.",
"Angka realistik ini menunjukkan betapa golongan remaja sangat penting dan berperanan sebagai penentu undi pada setiap pilihan raya yang diadakan.Sudah pasti penetapan pengurangan ketetapan usia mengundi ini mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dalam kalangan masyarakat.Golongan pengundi muda yang rata-ratanya terdiri daripada generasi X, Y dan Z adalah merupakan golongan komuniti yang sentiasa dahagakan pembaharuan, reformasi kehidupan dan kebebasan bersuara.Kebanyakan daripada suara-suara mereka diterjemahkan dalam saluran media-media sosial yang merupakan platform asas keterbukaan minda mereka hari ini.Sejauh manakah anak-anak muda atau para pengundi muda ini dapat meraikan kebebasan mereka mengemukakan pandangan dan menyampaikan maklumat berkesan mengikut cita rasa, pegangan dan prinsip mereka selaras dengan kemajuan sains dan teknologi media hari ini?Beberapa aspek yang perlu diperhatikan oleh kerajaan selepas melaksanakan dasar penetapan umur mengundi tersebut, termasuklah;1. Menguji dan menilai tahap kematangan remaja kita. Tahap kematangan remaja kita boleh dipersoalkan. Ini kerana mereka terbatas kepada kandungan media sosial dan sangat bergantung kepada kuasa media tersebut untuk menyebar dan mempengaruhi pemikiran mereka menerusi lambakan maklumat yang boleh mengancam peradaban budaya mereka.Banyak kajian membuktikan bahawa kebergantungan kepada media sosial boleh memberi implikasi negatif kerana mereka seakan tidak berpijak di dunia realti dan hanya menerima apa sahaja kandungan, terutama berkaitan dengan hal ehwal politik negara yang boleh dimanipulasilan oleh pihak-pihak tertentu untuk mempropagandakan isu.2. Kematangan remaja dalam hal ini juga agak subjektif kerana usia sedemikian,remaja masih mencari-cari identiti mereka dan lebih terdorong kepada sifat-sifat emosi yang membolehkan mereka berfikir dan membuat keputusan. Dikhuatiri sekiranya mereka terpengaruh dengan dakyah-dakyah isu yang dihadapkan kepada mereka, maka mereka boleh terkeliru dengan keputusan yang bakal mereka ambil.3. Pada peringkat usia sebegini juga, remaja harus terdedah dengan ilmu keorganisasian, berpersatuan,mengenali sifat parti-parti politik sebagai satu kaedah mereka mematangkan fikiran mereka sebelum membuat keputusan mengundi atau memilih kerajaan memerintah.Justeru itu, bagi menambah baik masalah-masalah tersebut, ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menangani hal ini, diantaranya;a. Reformasi pendidikan harus dilaksanakan sejak peringkat bangku sekolah lagi. Subjek kenegaraan, sejarah Malaysia, perihal dasar-dasar negara, masyarakat negara ini perlu perlu dijadikan subjek teras dalam kurikulum pendidikan negara. Para pelajar harus dibimbing supaya mereka mempunyai cukup ilmu pengetahuan dan kefahaman menyeluruh berkaitan dengan hal-hal dan isu kenegaraan.b. Langkah Kerajaan mencadangkan penubuhan \"Sekolah Pemimpin Masa Depan\" (Malaysia Future Leaders School) menggantikan program PLKN suatu ketika dahulu merupakan satu langkah tepat bagi mendidik warga belia muda ini memupuk dan mengembangkan ilmu kepengurusan dan semangat patriotistme dalam kalangan mereka,terutamanya berhubung dengan hal-hal kenegaraan semasa.Namun begitu sehingga hari ini belum lagi cadangan tersebut dijelmakan ke peringkat pelaksanaannya.Mungkin ada baiknya sekiranya kerajaan mengaturkan suatu program komprehensif untuk belia dan remaja lepasan sekolah bagi memberikan pendedahan mereka terhadap dasar-dasar kenegaraan dengan kaedah pendidikan yang lebih kreatif, inovatif dan menyeronokkan.Program-program seperti \"summer camp\" yang bersifat jangka pendek boleh diperkenalkan secara meluas kepada anak-anak muda menerusi pemanfaatan kursus-kursus pembelajaran AI seperti \"e-games\" yang dibina untuk menguji tahap patriotik anak-anak muda, semangat kesetiaan dan kekitaan serta memupuk hubungan persaudaraan antara kaum dengan lebih aktab dan menyakinkan.c. Disyorkan organisasi-organisasi belia seperti Majlis Belia dan persatuan-persatuan belia dapat mengembangkan usaha untuk mendidik dan memimpin golongan remaja dalam hal-hal kenegaraan dengan lebih menyeluruh seperti mengadakan kempen-kempen pendidikan kenegaraan terancang dan aktiviti-aktiviti yang boleh membina semangat patriotisme dalam kalangan golongan ini.d. Mengembang dan memperkasa peranan remaja dalam soal-soal kemasyarakatan dan kesukarelawanan komuniti sejak bangku sekolah supaya mereka dapat memahami keperluan masyarakat setempat dan kepentingan perjuangan politik negara.Oleh yang demikian, menjadi suatu cabaran buat Kerajaan untuk memastikan bahawa risiko yang akan dihadapi untuk membolehkan remaja kita seusia 18 tahun dipertanggungjawabkan untuk memilih kerajaan nanti akan dapat ditangani dengan bijaksana.Sampai masanya nanti remaja kita bersedia untuk menggalas peranan dan amanah menjadi pengundi yang jujur dan memahami serta menyakini pilihan yang bakal mereka terjemahkan di peti-peti undi di kemudian hari.PENULIS, TS. DR. SYED AGIL ALSAGOFF merupakan Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=19 |
Ekonomi Madani, kesungguhan kerajaan perkasa "poket" rakyat
| [
"'Kuat berdiri pohon kerana akar, kuat akarnya kerana tanah'. Bermaksud, teguh sesebuah kerajaan itu adalah kerana kuatnya dokongan dan sokongan rakyat. Begitulah adatnya bernegara, jika hebat rakyat, maka hebat jugalah kepimpinan negara. Apakan tidak, pemimpin yang diangkat asalnya daripada golongan rakyat juga. Pun begitu, bukan mudah menjadi kerajaan yang mentadbir. Pelbagai cabaran perlu dihadapi. Kecaman dan kritikan, perlu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang baik diambil, yang tidak, jadikan sempadan. Bukan mudah untuk memuaskan hati segenap lapisan masyarakat. Yang penting, dasar dan hala tuju negara jelas, demi rakyat dan kemajuan negara. Bagaimanapun, semua itu tidak dapat direalisasi tanpa mandat penuh daripada rakyat yang bersatu padu. Golongan muda terutamanya, pengguna tegar teknologi gajet terkini, terdedah dengan pelbagai maklumat. Hanya dengan satu sentuhan, segalanya terpampang di hadapan mata. Timbang dengan penuh bijaksana maklumat yang terhidang, usah mudah dipancing emosi. Pelbagai inisiatif ketika ini sedang dan akan dilaksana kerajaan. Tumpuan utama pastilah mengembangkan ekonomi negara demi memulihkan poket orang ramai. Kerajaan maklum, kadar gaji yang masih rendah benar-benar mengesankan, terutama golongan muda. Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Survei Gaji dan Upah 2021. Hampir separuh pekerja golongan belia menerima kadar gaji kurang RM2,250 sebulan. Golongan itu, khususnya lepasan universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi berhak menerima imbalan upah yang selayaknya. Jika tiada sebarang tindakan diambil, dibimbangi ia akan menimbulkan pelbagai masalah sosial. Untuk itu, kerajaan perkenal pelbagai inisiatif khas, memfokus kepada pengembangan ekonomi. Sasaran pastilah golongan marhaen, terutama mereka yang terjejas, sejak menularnya virus COVID-19. ",
"Apatah lagi, dengan kelembapan ekonomi dunia akibat krisis politik antarabangsa dan ketegangan hubungan diplomatik antara negara-negara kuasa besar dunia. Itu belum lagi kesan domino terhadap bekalan makanan dunia akibat peperangan yang tercetus antara Rusia-Ukraine. Usaha-usaha mengembangkan ekonomi negara sedang dilaksana. Peluncuran Ekonomi Madani, bukti kerajaan bersungguh-sungguh mahu memperkasakan rakyat. Cuma, untuk melihat hasilnya nanti pasti memakan masa. Untuk itu bersabarlah dahulu. Dasar-dasar seperti mengangkat martabat Malaysia sebagai peneraju utama Asia memerlukan jangka masa dan kerja keras berterusan. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya, tiada jalan pintas. Limpahan kejayaan pasti akan dikecapi rakyat juga akhirnya.",
"Terdapat tujuh tanda aras Ekonomi Madani, sasaran jangka sederhana, perlu dicapai sebelum 10 tahun. Antaranya, Malaysia perlu berada di kedudukan ke 30 negara yang memiliki ekonomi terbesar dunia dan tempat ke-12 teratas bagi Indeks Daya Saing Global. Selain itu, peratusan pendapatan buruh kini disasar mencapai 45% daripada keseluruhan pendapatan. Dengan... penyertaan golongan wanita dalam sektor sama mencapai 60%. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mahu menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini juga. Namun ramai yang meragukannya, mengapa? Usaha itu tidak mustahil dicapai jika segala tadbir urus negara berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Terbaharu, kerajaan bersetuju penggunaan kad debit dan kredit digunakan bagi jalan bertol. Ia tampak biasa, namun dilihat memudahkan pengguna jalan raya, benar-benar mahu meringankan tekanan kehidupan dihadapi masyarakat. Bantuan RM100 yang akan dikreditkan terus ke akaun rakyat berpendapatan RM100,000 setahun sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban. Benar, ia bukan amaun yang besar, sekurang-kurangnya bantuan tersebut merupakan permulaan kerajaan mengusahakan lebih banyak bantuan secara terus kepada golongan sasar. Apa yang pasti, pelbagai inisiatif ekonomi yang diusahakan kini bukan mudah untuk dilaksana. Tambahan, ketika kantung kewangan negara baharu hendak terisi. Oleh demikian, di pihak rakyat, amalan berjimat cermat perlu terus diterap dalam kehidupan seharian. Berbelanja mengikut poket, beli barangan yang perlu terlebih dahulu. Ukur baju di badan sendiri, jika ada lebih, menyimpanlah. Di sebalik segala kesulitan yang dihadapi ketika ini, pasti akan berakhir dengan kejayaan dan kebahagiaan di masa hadapan.",
"Ulasan berita ini disediakan oleh Ashriq Fahmy Ahmad, Editor Kanan Berita Radio RTM. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=20 |
Ekonomi Madani Memburu Pencapaian RMKe-12
| [
"SAUDARA PENGARANGPengumuman Ekonomi Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini merupakan suatu strategi melestarikan hala tuju pembangunan ekonomi negara yang boleh dianggap komprehensif dan holistik.Ia merupakan hasil daripada kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMke-12) yang mencerminkan peranan kerajaan melunaskan kebergantungan rakyat terhadap perkembangan ekonomi semasa bagi mengukur kemantapan kemajuan sosioekonomi dan pemerkasaan industri di negara ini.Bermulalah era baharu mempamerkan perancangan konstruktif yang menguji cabaran menghadapi kemelut ekonomi yang rumit. Pelbagai insentif yang dijelmakan oleh Kerajaan Madani boleh disifatkan dapat melegakan pelbagai kelompok masyarakat yang menghadapi cabaran getir mengharungi kehidupan pasca pandemik COVID-19.Banyak insentif yang merangsang pembangunan sara hidup masyarakat terutamanya di kawasan bandar, termasuk mempergiatkan lebih banyak peluang menjimatkan kos percukaian dan perbelanjaan harian, penggalakkan lebih banyak peluang perniagaan untuk SME dan peluang pekerjaan bagi graduan supaya dapat mengimbangi kos sara hidup dengan perkembangan ekonomi semasa.Antara cabaran itu termasuk Dasar Perpaduan dan Dasar Sosial yang harus diteliti selaras dengan pendekatan kebersamaan diwarwarkan dalam pendekatan Kerajaan Madani ini.",
"(Dengan pemerhatian yang cekap dan berkesan, diharapkan mutu taraf hidup komuniti B40 akan dapat ditingkatkan selari dengan perkembangan semasa)",
"Sehubungan dengan itu, pada penelitian saya, Dasar WKB 2030 harus diteliti semula supaya ia masih relevan dengan cabaran kerajaan menghadapi isu kegawatan ekonomi yang mengancam sosioekonomi negara.Dalam hal ini, sasaran untuk meneruskan pencapaian Dasar Perpaduan dan Dasar Sosial ini harus bergantung kepada beberapa perkara yang mendorong kepada pencapaian dasar tersebut;1. Memastikan penjanaan pendekatan berstrategik dapat membantu mengurangkan jurang pendapatan rakyat yang terjejas akibat pendemik, dengan memberi penekanan terhadap pemulihan sektor ekonomi dan industri supaya lebih banyak ruang pekerjaan dapat ditawarkan semua kepada rakyat. Hal ini penting bagi memastikan sektor industri tempatan dapat berkembang dengan baik apabila penawaran pekerjaan tempatan dapat membantu mengisi kekosongan pekerjaan, menggantikan pekerja upahan dari luar.2. Memberikan lebih banyak ruang untuk sektor ekonomi mengembang dengan merancakkan lebih banyak rangsangan ekonomi domestik yang menjadi tunjang kepada pendapatan kerajaan semasa menghadapi krisis ekonomi ini dengan menyokong dan menggalakkan rakyat berbelanja produk tempatan dengan harga berpatutan.3. Mengurangkan kerenah birokrasi pengurusan dalam pengagihan dana semua sektor bagi membolehkan pengagihan dana dapat diselaraskan dengan mekanisme yang tepat dan berkesan supaya tiada sasaran penerima dana akan tercicir.4. Menggalakkan lebih banyak ruang ekonomi baharu wujud berasaskan teknologi digital bagi meningkatkan rangsangan inovasi pemasaran dan pelaburan baharu dan efektif, seterusnya merangsang lebih banyak ruang pekerjaan baharu berasaskan kepada teknologi digital yang boleh diterokai oleh lebih banyak orang.5. Membangunkan mekanisme sistem sosial berteraskan kepada kurang kebergantungan rakyat terhadap kerajaan dan persekitaran mereka melalui rangsangan sosial yang boleh menjelmakan penjanaan sumber kendiri (independensi) yang mana rakyat akan memanfaatkan perolehan sumber secara optimum menggunakan teknologi yang murah tetapi dapat menjana pekerjaan dengan pantas dan memperoleh pendapatan yang lebih memberi manfaat terhadap sosioekonomi. Ini membolehkan mereka lebih bersedia pada masa hadapan untuk memelihara kehidupan mereka sekalipun mereka akan berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran akan datang.Dalam hal ini, tatakelola dan mekanisme rangsangan peningkatan nilai tabungan rakyat harus dilaksanakan bagi membantu rakyat meneruskan kehidupan mereka lebih baik pada masa hadapan kelak.Mekanisme ini bukan sahaja dapat mengurangkan bebanan rakyat tetapi ia juga dapat meningkatkan kematangan rakyat untuk membuat persediaan menghadapi cabaran akan datang.Justeru, kerajaan dari semasa ke semasa harus memikirkan strategi yang terbaik untuk memulihkan taraf hidup rakyat B4 dengan menyediakan kemudahan jangka panjang yang boleh dimanfaatkan kepada golongan berkenaan seperti penyediaan rumah mampu milik dengan kemudahan asas yang mencukupi, khidmat insuran hayat,kemudahan kesihatan dan pendidikan termampu serta mendirikan lebih banyak persatuan-persatuan penduduk atau komuniti yang boleh mengakses, memantau kedudukan sosial masyarakat setempat serta menganjurkan lebih banyak program-program komuniti yang memberi manfaat kepada penduduk.Dengan pemerhatian yang cekap dan berkesan, diharapkan mutu taraf hidup komuniti B40 akan dapat ditingkatkan selari dengan perkembangan semasa.Sifat ketanggungjawaban setiap anggota masyarakat membantu satu sama lain menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat akan memberikan impak terhadap pelaksanaan Dasar Perpaduan dan Dasar Sosial yang kita bangunkan bagi merealisaikan impian negara menjadi negara maju makmur tidak lama lagi.PENULIS, TS. DR. SYED AGIL ALSAGOFF merupakan Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=21 |
Menawan pemikiran dengan minda positif
| [
"(Mengorganisasi minda positif merupakan proses berterusan)",
"POV: Kisah AinaSeorang gadis yang mempunyai impian besar dan beraspirasi tinggi, namun sering diganggu dengan rasa ragu dan ketakutan. Dia sering merasakan bahawa dia bukanlah orang yang terbaik dalam segala hal yang dia impikan.",
"Dia inginkan kejayaan tetapi dia sering berfikir, “aku tidak layak“, “aku takut aku gagal“, “orang lain lebih hebat daripada aku“. Sehingga suatu hari dia terjumpa petikan inspirasi “Overthinking is the art of creating problems that don't exist”. Diterjemah kepada Bahasa Melayu bermaksud “Pemikiran berlebihan adalah seni mencipta masalah yang tidak wujud”. Melalui petikan ini, Aina mula mendapat kesedaran dan merubah dirinya menjadi lebih yakin dalam mencapai impiannya. ",
"Seni mencipta masalah yang tidak wujud",
"Kisah Aina hanyalah satu analogi bahawa masyarakat kini sedang menghadapi dan melaluinya tanpa sedar, iaitu mencipta masalah berbanding menyelesaikan masalah. Contoh Aina, apabila dia merasakan tidak layak untuk sesuatu peluang yang hadir, dia tidak berusaha untuk mencapai impian tersebut, malah mencipta masalah yang tidak sepatutnya wujud, iaitu beranggapan impiannya tidak dapat dicapai. ",
"Pemikiran berlebihan (overthinking) yang menguasai Aina berkait rapat dengan kecerdasan minda dan juga emosi positif dan emosi negatif. Dalam kehidupan seharian kita, terdapat pelbagai situasi yang boleh menimbulkan emosi negatif. Sama ada berurusan dengan rakan sekerja yang mencabar, menghadapi rintangan, atau mengalami tekanan peribadi, unsur negatif dengan mudah menguasai pemikiran dan emosi kita.",
"Bagaimanapun, dengan membina kecerdasan emosi, kita dapat mengembangkan kemahiran untuk menukar aura negatif kepada sikap yang lebih positif dengan mengubah ‘skrip’ tanggapan terhadap kemampuan diri.",
"Kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan kita untuk mengenali, memahami, dan mengurus emosi diri sendiri, serta memahami dan mempengaruhi emosi orang lain. Ia melibatkan empat komponen utama iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, dan pengurusan hubungan.",
"Kepelbagaian aktiviti bagi mengembangkan komponen-komponen ini, membolehkan kita berupaya lebih tahan lasak, empatis, dan mahir dalam mengendalikan situasi yang mencabar.",
"Langkah pertama dalam menukar aura negatif adalah dengan membina kesedaran diri. Mulakan dengan memberi perhatian kepada emosi diri sendiri dan mengenal pasti apabila unsur negatif muncul.",
"Perhatikan punca utama dan corak yang berkaitan dengan emosi negatif ini. Kesedaran ini membolehkan kita mengambil tindakan sebelum unsur negatif menguasai diri. Kesedaran diri membawa kita kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang siapa kita sebenarnya, nilai-nilai yang dianuti, kekuatan dan kelemahan diri, dan bagaimana berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita.",
"Cabar fikiran negatif: Pemikiran negatif sering menguatkan tanggapan negatif. Latih diri menentang dan merangka semula pemikiran negatif dengan mempersoalkan kebolehpercayaannya dengan mencari perspektif alternatif. Gantikan monolog dalaman negatif dengan peneguhan positif dan fokus kepada kekuatan dan kejayaan dalam hidup.",
"Misalnya apabila tidak berjaya dalam sesuatu tindakan, tukarkan skrip dalam minda kepada, “mungkin dengan kegagalan ini, menjadikan aku lebih sabar dan lebih mengenali kekuatan diriku“.",
"Membina emosi positif: Untuk menentang unsur negatif, secara sengaja sertai aktiviti yang membina emosi positif. Sertai aktiviti yang membawa kegembiraan, rasa syukur, atau ketenangan. Bangunkan diri dengan pengaruh positif seperti membaca buku yang menyuntik inspirasi, podcast yang memberi semangat, atau rakan yang memberi sokongan. Sambut kejayaan kecil dan hargai aspek positif setiap hari. Contohnya apabila berjaya dalam sesuatu perkara, raikan diri sendiri dengan sesuatu, kita sukai. ",
"Pengembangan kemahiran pengurusan diri adalah penting untuk menukar unsur negatif. Ia melibatkan kawalan emosi dan tindak balas diri.",
"Amalkan teknik pengurangan tekanan seperti latihan pernafasan dalam, meditasi, atau aktiviti fizikal. Ambil cuti apabila diperlukan dan beri keutamaan kepada penjagaan diri untuk mengekalkan keadaan emosi yang seimbang.",
"Salah satu aspek penting dalam amalan pengurusan diri adalah perancangan masa. Dengan merancang dan mengatur waktu kita dengan efisien, kita dapat menghindari kejutan, mengurangkan tekanan, dan memastikan tugas-tugas penting diberi keutamaan. Ini melibatkan penyusunan jadual harian atau mingguan, menetapkan matlamat yang jelas, dan melaksanakan tugas berdasarkan prioriti.",
"(Perbincangan sebagai suatu kaedah mengurangkan rasa tidak pasti dan bersikap menerima pandangan ahli kumpulan/Foto hiasan)",
"Kesedaran sosial membolehkan kita memahami dan berempati terhadap emosi orang lain, yang turut mempengaruhi sikap sendiri secara positif. Amalkan pendengaran aktif dan perhatikan isyarat bukan lisan untuk memahami pandangan orang lain.",
"Latih empati dengan meletakkan diri dalam posisi orang lain dan mempertimbangkan emosi dan pengalaman mereka.",
"Salah satu aspek utama dalam membina kesedaran sosial adalah memperhatikan komunikasi bukan lisan. Ia melibatkan kefahaman terhadap bahasa tubuh, ekspresi wajah, dan intonasi suara seseorang untuk difahami perasaan dan niat mereka.",
"Meningkatnya kesedaran sosial membolehkan kita dapat mengenali isyarat bukan lisan yang memberi petunjuk tentang perasaan seseorang, seperti kecemasan, kegembiraan, atau rasa tidak selesa, dan bertindak dengan kaedah yang bersesuaian.",
"Empati turut menjadi komponen penting dalam membina kesedaran sosial. Empati melibatkan kemampuan untuk memahami dan merasakan apa yang dirasakan orang lain. Dengan merasai emosi mereka, kita dapat menunjukkan perhatian, penghargaan, dan sokongan yang diperlukan.",
"Menjaga hubungan positif adalah penting dalam menukar aspek negatif kepada sikap yang lebih positif. Kelilingi diri dengan individu yang memberi semangat dan menyokong kita. Jalinkan komunikasi yang terbuka dan jujur, berkongsi perasaan dan dapatkan maklum balas daripada rakan atau mentor yang dipercayai. Berkolaboratif dengan orang lain untuk mencipta persekitaran yang menyokong dan harmoni.",
"Amalkan rasa syukur dan kesedaran: Rasa syukur dan kesedaran adalah “alat” yang kuat untuk menukar fokus dari negatif kepada positif. Ambil masa setiap hari untuk merenung perkara yang perlu disyukuri, walaupun kecil. Amalkan latihan kesedaran untuk mengurangkan tekanan, dan menghargai keindahan saat itu. Misalnya, aku bersyukur kerana hari ini aku dapat menjalankan tugas aku dengan baik. ",
"Walaupun unsur negatif mungkin tidak dapat dielakkan dalam hidup, kita mempunyai kuasa untuk menukar respon terhadapnya melalui kecerdasan emosi. Dengan membina kesedaran diri, mencabar pemikiran negatif dan mengamalkan pengurusan diri, kita dapat menukar aura negatif kepada sikap lebih positif.",
"Ingatlah, mengembangkan kecerdasan emosi adalah satu perjalanan berterusan, dan dengan usaha yang konsisten, kita akan dapat mencipta kehidupan lebih positif dan memuaskan. Hayati kuasa kecerdasan emosi dan gunakan ia sebagai panduan menuju masa depan yang lebih cerah dan optimistik.",
"PENULIS NOR ROSMAWATI ABDUL KARIM, Pensyarah, Jabatan Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=22 |
SULAM: Kebangkitan media baharu
| [
"(Program CliqueBait yang mendedahkan pelajar kepada isu antun kanak-kanak dan penipuan siber)",
"Perkampungan global bukanlah sesuatu yang baharu buat seluruh rakyat Malaysia. Jika dahulu, apabila seseorang itu tinggal berjauhan dengan seseorang yang dikasihi maka akan wujud rasa rindu yang amat dalam.",
"Setelah dunia ke arah pendigitalan global, walau jauh beribu batu tetapi terasa seperti yang dikasihi itu berada dalam rumah kita. Betapa hebatnya kecanggihan teknologi masa kini. Inilah yang dikatakan sebagai adiwira. Penyelamat dan pemudah cara kepada pelbagai perkara. Segalanya terletak di hujung jari.",
"Disebabkan itu, kebergantungan masyarakat terhadap teknologi semakin meningkat terutama dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, bukan sahaja dunia pendidikan, malah cara kerja pada abad ini sememangnya menuntut mereka untuk bersahabat dengan segala macam gajet yang ada seperti komputer riba, telefon dan jam pintar, tablet dan pelbagai lagi sebagai alat bantuan kepada para pelajar untuk menimba ilmu mahupun menyiapkan tugasan mereka di mana sahaja mereka berada.",
"Walaupun begitu, kita tidak dapat berselindung akan perkara-perkara yang kurang enak dilihat atau didengar. Kes-kes seperti buli siber, antun kanak-kanak, penipuan siber, penyebaran berita palsu, dan pelbagai lagi merupakan perkara-perkara yang amat membimbangkan.",
"Ianya akan lebih membahayakan jika seseorang itu tidak didedahkan dengan literasi media. Mereka akan mudah percaya dengan diayah palsu dan akan terikut-ikut dengan aliran yang tidak sihat.",
"Sememangnya terdapat pelbagai kempen kesedaran yang telah dilaksanakan untuk sentiasa memperingati golongan muda belia mahupun masyarakat Malaysia secara keseluruhannya akan baik buruk penggunaan teknologi media baharu. Namun, masih lagi yang terkial-kial dan acapkali menjadi mangsa kepada jenayah siber.",
"Oleh yang sedemikan, satu anjakan paradigma telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah memperkenalkan satu program dinamakan sebagai SULAM atau singkatan kepada Service-Learning Malaysia-University for Society.",
"SULAM merupakan satu inisiatif transformatif dan fleksibel yang merujuk kaedah pengajaran dan pembelajaran; menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti, seterusnya menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dipelajari dalam bilik kuliah.",
"Sebagai contoh, bawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, program SULAM diletak bawah kursus Undang-undang Media, Peraturan dan Etika.",
"Oleh yang demikian, setiap pelajar yang mengikuti kursus ini diwajibkan untuk membuat program SULAM berkaitan kursus yang mereka pelajari. Seterusnya program tersebut akan dinilai bawah pentaksiran kerja kursus. Sememangnya para pelajar amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan program-program yang direncana.",
"Perencanaan program yang dibuat memperlihatkan mereka sedaya upaya memastikan segala yang dirancang dekat dengan masyarakat dan komuniti. Bermula dari membuat penjenamaan sehinggalah ke modul-modul perlaksaan, segalanya dibuat dengan rapi dan teliti.",
"(Program “Dok-Panic” diinspirasikan daripada tiga perkataan Bahasa Inggeris iaitu Dogpiling, Moral Panic dan Don’t Panic)",
"Terdapat banyak program SULAM yang telah dilaksana dengan jaya dan gilang gemilang sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antaranya ialah Boo-ly, SeeMeThru, CliqueBait, TRYou, Dokpanic dan pelbagai lagi. Menariknya setiap program yang belangsung sememangnya bertujuan untuk membenteras isu-isu penyalahgunaan media seperti yang telah dilaporkan di media massa. ",
"(SULAM: Boo-ly - Hey Your Words Hurt!)",
"Program-program yang telah dilaksana bukan sahaja dibuat kepada komuniti dalam bandar, tetapi juga diluar bandar mahupun di kawasan pedalaman. Sebagai contoh program SULAM: SeeMeThru, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna media sosial tentang penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa serta keburukannya.",
"Program itu telah dijalankan bersama-sama dengan para pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah. Menerusi ilmu yang disampaikan, dipercayai para pelajar di sekolah itu boleh menjadi ejen perubahan kepada komuniti mereka untuk menyebarkan kepentingan adab dan etika yang wajar diamalkan oleh pengguna media sosial agar dapat mengelakkan penyebaran berita palsu dan maklumat tidak benar serta mengelak menjadi mangsa kepada maklumat palsu.",
"Menariknya, program yang direncana bukan sahaja bersifat satu hala, bahkan para mahasiwa dan mahasiswi juga berpeluang untuk membuka minda dan mata mereka terhadap perkara-perkara yang mereka tidak pernah alami sebelumnya.",
"Sebagai contoh berkenaan dengan budaya, bahasa dan cara berkomunikasi dengan kaum atau etnik berbeza. Ini akan membuatkan mereka menjadi lebih matang dalam berfikir sebelum membuat keputusan serta memberi ruang kepada mereka untuk meneroka sesuatu perkara dengan lebih jauh.",
"(Ahli-ahli SeeMeThru bersama dengan guru, penaja dan para pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah)",
"Dalam era digital yang semakin maju, masyarakat tidak dapat lagi dipisahkan dengan penggunaan media sosial yang sudah menjadi sebahagian keperluan dalam kehidupan seharian kita semua. Bagaimanapun, jika seseorang individu terlalu bergantung kepada media sosial, hal ini akan membawa kepada pelbagai masalah serius tanpa kita sedar seperti pengaruh-pengaruh toksik di media sosial.",
"Sebagai contoh, para atlet seringkali menjadi mangsa netizen. Jika mereka berjaya, mereka diangkat dan dijulang, tetapi sebaliknya akan berlaku jika mereka tidak mencapai apa yang telah diharapkan. Untuk tujuan ini satu lagi program SULAM yang dinamakan sebagai TRYou telah memilih sekolah sukan di negeri Selangor. Program ini pula dirangka dengan tujuan untuk mendidik pelajar-pelajar yang juga merupakan atlet negeri Selangor tentang pemahaman dan kesedaran berkenaan pengaruh negatif media sosial, tanggungjawab pengguna media sosial untuk menerima atau menolak informasi toksik daripada media sosial serta memerangi sikap tidak yakin dalam diri sendiri.",
"Inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi ini merupakan satu inisiatif yang amat baik. Secara keseluruhannya, program SULAM ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama antara kalangan mahasiswa dan mahasiswi.",
"Aspirasi SULAM ini bukan sahaja sejenis pendidikan pengalaman di mana pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dirancang, tetapi diberi peluang untuk menangani keperluan masyarakat.",
"Tidak dapat dinafikan bahawasanya program ini berjaya menanam sikap berbakti kepada masyarakat dan negara serta memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai suasana bekerja secara profesional. Selain itu, ianya juga bertujuan memberi pengajaran dan pembelajaran yang menghubungkaitkan teori dan praktis dengan penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti serta berteraskan Kasih Sayang, Kebahagian dan Saling Menghormati (Love, Happiness and Mutual Respect).",
"PENULIS DR MOHD YUSOF ZULKEFLI merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi Liberal Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=23 |
Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat", wadah mengangkat semula martabat negara
| [
"(Perdana Menteri menyampaikan ucapan dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANIMemperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia/BERNAMA)",
"\"Membangun Malaysia Madani\" ... wacana yang diangkat tepat pada masanya.",
"Pelaksanaannya menggambarkan kepercayaan yang dicerna antara kerajaan dengan rakyat, berpegang pada asas ketelusan dan kerjasama. Satu demi satu perancangan diketengahkan.Umum mengetahui, agenda dasar kerangka Madani memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan lapan keperluan iaitu ekonomi dan kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar.Nah! Semalam, satu lagi inisiatif Kerajaan Perpaduan, diumumkan.Ya, \"Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat\", kerangka ekonomi baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai satu wadah mengangkat semula martabat negara ini.Tumpuan terarah kepada dua perkara, iaitu menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan impaknya yang bakal memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih berkualiti. Ternyata, ia akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumum kelak. Antaranya, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.",
"(Perdana Menteri merasmikan Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia/PMO)",
"Dalam hal ini, Perdana Menteri ada menjelaskan, bahawa Ekonomi MADANI menetapkan sasaran jangka pendek dan sederhana. Menyaksikan inisiatif jangka pendek sudahpun digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang memberi kesan kepada rakyat.Meliputi usaha seperti menyegerakan pelaksanaan projek sekolah dan klinik daif. Selain menoktahkan kemiskinan tegar, iaitu melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan pengenalan konsep Payung RAHMAH - cetusan idea Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub bagi menangani cabaran kos sara hidup.Berbalik kepada kerangka Ekonomi MADANI itu sendiri, ia sebenarnya antara pelbagai ikhtiar yang dilaksanakan di bawah Belanjawan MADANI 2023. Ia menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.Pertama, Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia. Kedua, Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia. Manakala penanda aras ketiga melibatkan peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan. Keempat pula, kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus disasarkan.Di samping itu, Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia menjadi penanda aras kelima. Seterusnya yang keenam, Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia dan akhir sekali iaitu ketujuh mencakupi Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai tiga peratus atau lebih rendah.Apapun, bagi merealisasikan hasrat tersebut, ia pastinya mendambakan usaha kolektif. Memandangkan Malaysia perlu membentuk integrasi ekonomi yang lebih besar dengan negara jiran. Serta melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang berdaya saing tinggi untuk menembusi pasaran rantau ASEAN.Sementelah merujuk kepada penanda aras utama Ekonomi MADANI ialah sasaran negara untuk meningkatkan ekonominya, iaitu naik ke tangga ke-30 daripada kedudukan ke-37 dalam data Bank Dunia pada 2022. Dengan menumpukan kepada penyerantauan dan daya saing yang lebih besar dan meningkatkan rantaian nilai.Biarpun usaha kerajaan dilihat tegas dalam mendepani cabaran ke arah pemulihan ekonomi negara, kerajaan sememangnya tidak lupa mengambil langkah selamat untuk melindungi rakyat. Ini dengan memperluas jaringan perlindungan sosial menerusi tiga tunjang, sekiranya berlaku hal-hal tidak diingini.Apa yang pasti, Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal Kerajaan agar hasrat merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam, menjadi kenyataan. Menyaksikan Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan khas penghargaan buat penjawat awam dan pesara kerajaan. Bantuan yang bakal memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, dan lebih sejuta pesara.Selain itu, kredit e-tunai sebanyak RM100 juga ditawarkan kepada semua rakyat dewasa berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat, golongan B40 dan M40, dengan peruntukan RM1 bilion.Kesemua bayaran bantuan berkenaan akan dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Pada saat kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam.Sesungguhnya, dapat dirumuskan bahawa Ekonomi MADANI merupakan satu rencana menyeluruh bagi Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan isu-isu berkaitan daya saing dan tarikan negara sebagai destinasi pelaburan. Serta menggariskan tindakan bagi menangani isu-isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat.Jelas, konsep MADANI tidak meminggirkan mana-mana aspek penting dalam kehidupan rakyat dan pembangunan sesebuah negara. Sebaliknya memperincikan segala skop yang mengiktiraf hak setiap warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk hidup dalam persekitaran yang mampan dan menyumbang kepada kesejahteraan bangsa.Ulasan berita ini disediakan oleh Eza Yusmawati Yaacop, Editor Kanan Berita Radio RTM.Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=24 |
Politik Malaysia rentas kaum: Apakah kita bersedia?
| [
"Paluan gendang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) di enam negeri dapat dirasai hari ini. Bermulalah penamaan calon daripada pelbagai parti politik, diikuti dengan pengundian awal/pos dan hari pengundian umum pada 12 Ogos nanti.",
"Berlumba-lumba parti-parti politik berkempen untuk menarik minat pengundi. Yang menariknya, dianggarkan 661,905 orang daripada enam buah negeri terlibat dalam PRU DUN kali ini merupakan para pengundi muda.",
"Ia menyumbang kepada lebih kurang 14.7% daripada keseluruhan pengundi yang berjumlah 9,773,571 pengundi pada PRU DUN kali ini. Jumlah itu adalah sebahagian kecil daripada 10 juta pengundi muda yang mengundi pada PRU15 baru-baru ini.",
"Suatu jumlah yang berpotensi besar melakar sejarah perkembangan politik semasa negara buat masa ini. Ia menggambarkan bahawa betapa pentingnya golongan muda menjalankan tanggungjawab untuk memilih kerajaan mengikut acuan prinsip dan pendirian politik masing-masing.",
"Sangat signifikasi dengan keadaan semasa, PRU DUN kali ini diadakan dalam bulan mulia, Muharram dalam kalendar umat Islam, menganjurkan ketelusan, keikhlasan dan kesejahteraan penganjuran proses pemilihan politik pemimpin yang harus dihayati oleh setiap warga negara hari ini.",
"Ia seharusnya mencerminkan kematangan pertembungan idea yang lebih pragmatik dan bukannya menabur janji-janji kosong yang tidak realistik.",
"Sejajar dengan perkembangan pesat teknologi bermaklumat dunia dan negara ini, evolusi strategi politik telah berubah. Gagasan politik baharu yang berlandaskan kepada kebebasan bersuara, menyampaikan maklumat merupakan sebahagian daripada strategi politik baharu merentasi sempadan kaum, bangsa dan fahaman demokrasi politik rakyat masa kini.",
"Ini bermakna politik baharu meraikan kebebasan bersuara tanpa membatasi budaya dan pemikiran rakyat hari ini.",
"Liberasi media dalam dunia digital hari ini telah membuktikan bahawa setiap warganegara Malaysia bebas melontarkan fikiran, pandangan dan kritikan mereka terhadap apa juga isu dan sentimen selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Rukun Negara dan perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"Oleh yang demikian, amat wajar bagi kerajaan meluluskan Akta Undi 18 pada tahun 2019 yang menyasarkan golongan belia seawal usia 18 tahun untuk mengundi, mengambil bahagian dalam pilihan raya dan juga membolehlan mereka dipilih sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.",
"Tidak hairanlah sekiranya pada hari ini kita menyaksikan sekurang-kurangnya 30% calon pilihan raya terdiri daripada anak-anak muda yang mahu mencuba nasib dalam siri pilihan raya yang berlangsung di negara ini. Wajar juga diperhatikan bahawa angka ini sebenarnya sudah lama menular di Eropah, negara-negara maju dan negara Asia lain.",
"Ia menyaksikan bagaimana pemerkasaan demokrasi terpimpin dalam kalangan anak-anak muda sudah mencapai kematangan membudayakan politik menjadi sebahagian daripada darah daging perjuangan mereka menuntut kesamarataan dan keadilan untuk membina kehidupan lebih baik.",
"Namun begitu, di sebalik keghairahan kebebasan penyaluran bermaklumat dan rentas sempadan budaya menggunakan media sosial hari ini, kita seharusnya sentiasa berpada-pada dengan konsep pluralisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini sebab ia boleh mengundang anarki-anarki yang boleh merosakkan amalan warisan budaya, kepercayaan akidah serta menganggu batasan agama serta prinsip sosial generasi kita hari ini dan akan datang.",
"(Antara anggota dan pegawai polis yang akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, Kedah)",
"Mekanisma pengawalseliaan kendiri dalam jati diri anak-anak muda hari ini harus dididik dengan nilai-nilai sosial yang termaktub dalam Dasar Perpaduan Negara sejak dari bangku persekolahan lagi.",
"Tuntutan kebebasan generasi muda hari ini juga menyaksikan bahawa golongan ini menidakkan amalan penyalahgunaan kuasa, rasuah, berfikir dan bertindak lebih telus dan berpaksikan kepada prinsip realistik dan pragmatik.",
"Sehubungan dengan itu, kerajaan seharusnya membuka lebih baik ruang kepada generasi pemimpin hadapan ini dengan penuh keikhlasan mendirikan sistem pendidikan moden yang lebih holistik, mendepani semua cabaran dan mengisi lebih banyak ilmu pengetahuan berasaskan kepada kemahiran sains dan teknologi.",
"Dengan menyasarkan kepada kematangan pemikiran dan kefahaman sosiobudaya tempatan yang lebih mantap dan berdedikasi dalam kalangan gemerasi muda hari ini, maka strultur dan hala tuju masa depan politik Malaysia juga seharusnya menggambarkan kesatuan dan kesaksamaan merentasi kaum, agama dan bangsa. Keluruhan perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan dalam setiap jiwa anak-anak muda harus dijelmakan dengan pengamalan budaya demokrasi yang sihat.",
"Apakah kita akan melihat pengaruh anak-anak muda, dalam keghairahan memangkah undi nanti akan memikirkan masa depan mereka di sebalik barisan caon-calon pemimpin hari ini?",
"Apakah platform media yang digunakan untuk menjanakan kempen-kempen politik nanti bakal menyaksikan suatu lembaran baharu dalam sejarah politik negara? Senario inilah yang telah dijelmakan pada PRU13 hingga PRU15 baru-baru ini.",
"Sesungguhnya gagasan suara generasi baharu hari ini perlu dipelihara dan disantuni dengan etika pengamalan demokrasi terpimpin dan bukannya mempergunakan mereka dengan alasan nafsu politik dan kuasa semata-mata.",
"Justeru, kita akan menyaksikan \"remaja memilih kerajaan\" bersempena musim PRU DUN yang semakin hangat dirasai ini. Apakah dorongan anak-anak muda nanti sebenarnya didasari oleh kematangan pemikiran dan ilmu pengetahuan mereka atau memilih mengikut sentimen isu semasa yang tular di media sosial?",
"Apakah satu hari nanti kita akan berdepan dengan dua parti terbesar yang menguasai sistem demokrasi negara dan pada ketika itu pengamalan demokrasi akan menyaksikan lebih keterbukaan dan ketelusan dalam amalan pemilihan pemimpin masa depan menerajui kerajaan?",
"Apakah amalan demokrasi negara akan terus subur apabila ketelusan pemilihan pimpinan parti akan datang tidak membataskan usia pemimpin, seperti mana yang kita perhatikan di beberapa negara Eropah dan New Zealand seumpamanya?",
"Apakah ertinya kebebasan dan keadilan sekiranya masyarakat hari ini masih dipayungi persepsi yang sering digunakan sebagai sentimen untuk memporak-perandakan kesejahteraan dan kemakmuran negara?",
"Apakah kita bersedia mendepani nasib masa depan dan wajah bakal pemimpin masa depan daripada generasi muda yang menagihkan kesempurnaan kehidupan mereka hari ini dengan kejujuran amalan demokrasi negara?",
"Kita sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab memimpin generasi hari ini meluncur jauh ke hadapan dengan penuh keyakinan dan memetai semangat patriotik cintakan tanah air, kesatunan, kerukunan bangsa dan negara tercinta.",
"PENULIS, TS. DR. SYED AGIL ALSAGOFF merupakan Pensyarah Kanan Media dan KomunikasiFakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=25 |
Strategi memperkasa Perpaduan Nasional
| [
"Kemajuan sesebuah negara sangat bergantung kepada pemeliharaan sosioekonomi dan sosiobudaya sesebuah negara.Lihatlah apa yang terjadi sekiranya perpaduan negara hancur disebabkan kancah peperangan yang berlaku di beberapa buah negara di Asia Barat dan Ukraine.Penderitaan rakyat akibat peperangan berterusan ini telah merobek keagungan dan kegemilangan harga kemerdekaan yang pada suatu ketika negara-negara tersebut mengecapi kemajuan dan kemakmuran.Air mata rakyat tidak dapat menebus harga kemerdekaan sekiranya perpaduan sejagat yang telah hancur, tidak dapat dibina kukuh melawan arus gelombang politik yang rakus.Kita yang menempa kehidupan di negara Malaysia makmur haruslah insaf dengan penderitaan rakyat dan kezaliman peperangan yang meragut kebebasan dan kemerdekaan negara seperti itu.Perpaduan negara yang bersandarkan kepada kerukunan perlembagaan telah memahat pemeliharaan kedaulatan dan kesejahteraan negara sekalipun pelbagai konflik, kontroversi dan ancaman keselamatan menimbulkan paradoks kebimbangan rakyat terhadap keselamatan negara.Inilah hasil kebijaksanaan kerajaan mentadbir dan menguruskan negara dangan ikhlas tanpa mempedulikan sentimen-sentimen atau anarki yang boleh manganggu gugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negara ini.Strategi memperkukuh perpaduan rakyat menerusi pemerkasaan jenama Masyarakat Madani merupakan suatu kesinambungan daripada penjenamaan dasar-dasar sosial dan perpaduan negara yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebelum ini.Berbeza dengan slogan-slogan perpaduan sebelum ini, slogan 'Segulai Segalai' yang diangkat oleh Datuk Seri Anwar semasa meraikan hari Gawai di Sarawak baru-baru ini memberi satu mesej yang jelas, iaitu memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk memeterai perpaduan masyarakat majmuk di negara ini dengan semarak simbol kesepaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.Sementara itu pula, konsep Masyarakat Madani menampilkan kesinambungan institusi perpaduan rakyat yang memfokuskan kepada semangat kekitaan tanpa mengira kaum, bangsa dan ideologi politik.Slogan yang menjadi nadi perpaduan rakyat negara ini boleh diangkat sebagai satu penyatuan usaha masyarakat berbilang kaum dengan memanfaatkan jiwa merdeka dan menghargai harga kemerdekaan yang disanjungi ini.Dalam erti kata lain, kesinambungan dasar ini memberikan signifikasi bahawa Masyarakat Madani harus memiliki pengisian wadah institusi rakyat yang dinamik, dahagakan anjakan paradigma yang boleh membangunkan sosioekonomi yang lebih baik di masa hadapan. Pengisian-pengisian inilah menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai elemen-elemen yang perlu diterjemahkan dalam konteks sosio budaya masyarakat hari ini dan rentak nadi harapan rakyat untuk merasai semula kehidupan bersepakatan teguh sedia kala.Masyarakat Madani adalah simbol pemerkasaan perpaduan semua kaum di bawah satu bumbung, iaitu Malaysia yang makmur.",
"Kesamarataan dalam kalangan masyarakat di negara ini bermaksud mendirikan suatu semangat rumpun masyarakat berbilang kaum yang berteraskan kepada semangat rukunegara, persefahaman, menyingkir perbezaan ideologi politik bersama-sama membantu kerajaan mendirikan negara yang teguh dari segi sistem sosial.Walau bagaimanapun strategi-strategi tersebut seharusnya lebih bersifat komprehensif, anjal mengikut rentak peredaran masa, mudah diterjemahkan ke dalam pemikiran dan tingkah laku rakyat dengan pelaksanaan yang boleh merangsang penyatuan harapan rakyat di negara ini utk menjalinkan rasa keharmonian kaum tanpa prejudis antara satu sama lain.Dasar sosial negara harus dijadikan suatu indikator untuk mewujudkan masyarakat Madani, berpegang teguh terhadap prinsip rukun negara, semangat patriotik dan kecintaan kepada negara bangsa dan bersama-sama bersatu teguh memperjuangkan nilai kemerdekaan dan pasak semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak bangku persekolahan sehinggalah menempa alam pekerjaan nanti.Justeru, penubuhan masyarakat Malaysia Madani yang dilaungkan oleh kerajaan hari ini haruslah bersifat kompak, berwibawa, didominasikan oleh seluruh warga masyarakat dari pelbagai pengalaman kepakaran yang boleh menampilkan merit kesempurnaan tugas yang terbaik, berkhidmat untuk rakyat dan negara.Pada keseluruhannya, pendekatan dan peranan kabinet Datuk Seri Anwar akan menjadi indikator kepada persepsi rakyat terhadap kewibawaan kerajaan baharu yang dipimpini beliau dengan memperkenalkan langkah-langkah bersepadu drastik yang mampu menterjemahkan dasar-dasar negara demi kebaikan rakyat pada keseluruhannya.Ini juga bererti bahawa dasar-dasar yang bakal diperkenalkan nanti mampu mreredakan suhu politik dan pada masa yang sama mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat untuk berganding bahu memulihkan negara hari ini dan masa depan.Menjelangnya musim kemerdekaan yang kita nanti-nantikan ini, kita mengharapkan negara lebih makmur apabila kerajaan dan rakyat saling memahami berusaha untuk mendirikan Malaysia yang teguh akar umbinya dan matang menghadapi apa juga anarki dengan kebijaksanaan supaya harga kemerdekaan hari ini dapat diwarisi kepada generasi akan datang.PENULIS, TS. DR. SYED AGIL ALSAGOFF merupakan Pensyarah Kanan Media dan KomunikasiFakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=26 |
Menterjemah kerja enteng?
| [
"(Sebahagian pelajar yang mengikuti kursus penterjemahan/Foto Universiti Islam Selangor)",
"Penterjemah bukanlah karier yang dikenali ramai. Akan tetapi, khidmat mereka amatlah diperlukan apabila adanya keperluan untuk menterjemahkan sesuatu teks daripada bahasa berbeza. Namun, tidak ramai tahu bahawa untuk menterjemah, ada beberapa jenis pengetahuan dan kemahiran perlu dipelajari.",
"Ramai yang menganggap bahawa kerja menterjemah adalah semudah membelek kamus dan menggantikan padanan dalam bahasa sasaran. Ada juga yang menggunakan Google Translate, kemudian sekadar menyalin dan menampal terjemahan yang diberikan.",
"Ada juga yang mengambil mudah kerja menterjemah sehinggakan ada yang menggunakan Google Translate untuk menjimatkan kos mengupah penterjemah. Contohnya, untuk menterjemahkan laman web. Kita boleh perhatikan bahawa terjemahan yang dihasilkan oleh Google Translate kebiasaannya menggunakan padanan kata dan struktur ayat yang agak janggal dan tidak sejadi dalam bahasa sasaran.",
"Terdapat dua aspek penting perlu dipertimbangkan apabila seseorang itu ingin menjadi penterjemah. Pertama, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang bidang penterjemahan dan kedua, mereka perlu ada kemahiran bahasa dan penulisan.",
"Pengetahuan dalam bidang penterjemahan merangkumi teori penterjemahan seperti kaedah dan pendekatan dalam terjemahan terutama apabila menterjemahkan teks yang berbeza genre. Selain itu, pengetahuan tentang teks berbeza genre juga sangat penting.",
"Kemahiran bahasa pula merangkumi aspek tatatabahasa dan penulisan. Kemahiran menulis diperlukan kerana penterjemah perlu tahu mengungkapkan semula maklumat supaya mudah difahami oleh pembaca. Kemahiran menulis perlu digandingkan dengan pengetahuan tatabahasa supaya ayat dapat distrukturkan dengan baik.",
"Sekadar mengetahui dua bahasa sebenarnya tidak mencukupi untuk menjadi seorang penterjemah. Kerja menterjemah bukanlah semata-mata membaca dan memahami teks tetapi juga memindahkan maklumat yang terkandung dalam teks yang diterjemahkan. Terjemahan ialah proses memahami dan mengungkapkan semula mesej dalam bahasa sasaran.",
"Kerja memindahkan maklumat ini bukan hanya membelek kamus atau merujuk kamus dalam talian semata-mata demi mencari padanan perkataan yang sesuai. Tidak semua perkataan boleh diterjemahkan berdasarkan konsep padanan satu lawan satu.",
"Terdapat banyak peringkat yang perlu dilalui bagi menghasilkan sesuatu terjemahan. Bagaimanapun, ramai yang tidak mahu mengupah penterjemah dan ingin dikenakan caj yang rendah jika menggunakan khidmat penterjemah.",
"Ada juga beranggapan bahawa penterjemah boleh menterjemah semua topik dari segenap bidang asalkan mereka mengetahui banyak bahasa. Kerjanya tidak semudah itu.",
"Penterjemah bukanlah ensiklopedia bergerak yang mengetahui semua perkara. Penterjemah yang mahir biasanya memfokuskan hanya kepada satu bidang. Jika ada penterjemah yang menterjemahkan teks dari pelbagai bidang, barangkali itu adalah atas faktor minat dan ketekunan mereka.",
"Banyak rujukan dan pembacaan yang perlu dilakukan sebelum menterjemah. Penterjemah yang beretika perlu membuat rujukan silang jika menterjemahkan teks yang sukar.",
"Sebenarnya, penterjemah boleh dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu penterjemah teks sastera, penterjemah teks teknikal, penterjemah teks iklan, penyarikata dan sebagainya. Mereka ini biasanya mempunyai pengetahuan latar belakang dan kemahiran yang berbeza.",
"Penterjemah juga tidak boleh menggunakan kaedah dan teknik yang sama apabila menterjemahkan teks yang berbeza genre. Kaedah atau pendekatan ini hanya boleh dipelajari jika seseorang itu mengikuti program pengajian atau kursus berkaitan penterjemahan.",
"Menterjemahkan teks iklan berbeza daripada menterjemahkan teks sastera. Menterjemahkan novel pula berbeza daripada menterjemahkan puisi atau lagu. Ciri atau elemen yang ada pada teks itulah yang menyebabkan penterjemah perlu memilih kaedah atau pendekatan yang bersesuaian.",
"(Sebahagian pelajar yang mengikuti kursus penterjemahan/Foto Universiti Islam Selangor)",
"Apabila menterjemah, biasanya penterjemah akan memfokuskan kepada makna dan gaya. Ada masanya penterjemah terpaksa mengorbankan gaya demi mengekalkan makna asal teks sumber. Keadaan ini biasanya berlaku apabila penterjemah tidak mampu mencari padanan satu lawan satu.",
"Cabaran yang dihadapi penterjemah berbeza apabila menterjemahkan teks sastera, teks teknikal dan iklan. Ini kerana setiap teks mengandungi elemen berbeza.",
"Contohnya, apabila menterjemahkan teks sastera, elemen seperti budaya dan bahasa kiasan perlu diberikan perhatian. Menterjemahkan elemen budaya kadangkala agak mencabar kerana tiada padanan yang khusus boleh digantikan dalam teks sasaran.",
"Berlainan pula keadaannya apabila menterjemahkan teks teknikal yang banyak mengandungi istilah. Ramai penterjemah berada dalam dilema kerana mereka tersepit dalam situasi sama ada untuk meminjam istilah atau menggunakan istilah sedia ada dalam bahasa sasaran. ",
"Penterjemah juga perlu bijak memilih dan menentukan laras bahasa sesuai apabila menterjemah. Ada masanya penterjemah perlu menggunakan bahasa formal, bahasa kurang formal dan sebagainya bergantung kepada jenis teks dan juga pembaca sasaran. Laras bahasa pula dipengaruhi oleh pemilihan perkataan yang digunakan oleh penterjemah.",
"Walaupun penterjemahan dan kejurubahasaan (atau interpretasi) berada bawah payung sama iaitu bidang pengajian penterjemahan, namun masyarakat perlu tahu bahawa penterjemahan dan kejurubahasaan adalah berbeza.",
"Penterjemahan melibatkan kerja menterjemahkan teks bertulis manakala kejurubahasaan pula melibatkan penterjemahan secara lisan. Kedua-duanya memerlukan pengetahuan dan kemahiran berbeza.",
"Apabila melakukan penterjemahan, penterjemah biasanya mempunyai tempoh tertentu untuk menghasilkan terjemahan. Mereka boleh merujuk bahan dalam talian, teks selari, bertanya kepada yang pakar, menggunakan alat bantuan terjemahan seperti perisian dan lain-lain lagi. ",
"Berbeza pula dengan jurubahasa yang mempunyai masa yang agak terhad dan perlu mengalih bahasa pada ketika itu juga. Ini termasuklah di persidangan, mesyuarat, majlis dan banyak lagi.",
"Terjemahan berbantukan komputer atau CAT (computer assisted translation) dilihat semakin berkembang pesat dan banyak membantu penterjemah dalam melakukan kerja-kerja menterjemah.",
"Banyak manfaat yang diperolehi oleh penterjemah apabila adanya perisian komputer. Perisian ini membantu penterjemah, menterjemah dengan lebih pantas dan dapat meningkatkan kualiti terjemahan terutama sekali apabila melibatkan penterjemahan teks dalam kuantiti yang banyak. Antaranya seperti OmegaT, SDL Trados Studio, WordFast Pro, Smartcat, dan lain-lain.",
"Bagaimanapun, ada juga perkara yang tidak boleh diterjemahkan oleh komputer seperti makna perkataan mengikut konteks, makna kiasan dan makna yang mengandungi elemen emosi terutama sekali dalam teks sastera.",
"Oleh itu, penterjemah harus tahu memanfaatkan perisian ini ketika menterjemah dan bukannya bergantung sepenuhnya kepada perisian untuk menterjemahkan teks.",
"Menterjemah memerlukan ilmu teori dan amali. Jika tiada salah satunya, maka banyaklah kesilapan yang akan dilakukan penterjemah. Seumpama belajar memandu, awalnya berpandukan kepada teori yang dipelajari di kelas memandu, namun lama-kelamaan setelah kita mahir memandu, kita tidak lagi mengikuti satu-persatu kemahiran yang diajar di kelas memandu.",
"Di Malaysia, terdapat beberapa institusi atau organisasi yang melatih dan membimbing penterjemah. Namun, tidak ramai yang tahu tentang program pengajian dan kursus terjemahan yang ditawarkan.",
"Antaranya seperti Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Ada juga sesetengah universiti yang menawarkan kursus penterjemahan dalam program pengajian mereka termasuk di Universiti Islam Selangor (UIS) yang menawarkan kursus berkaitan penterjemahan kepada pelajar mereka yang mengikuti Diploma Pengajian Bahasa Inggeris dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi Korporat.",
"Jadi, menterjemah bukanlah semudah mengalihkan bahasa dengan menggantikan padanan kata yang tepat semata-mata tetapi menterjemah adalah suatu amanah berat dalam menghubungkan dua bangsa dan negara. Seseorang perlu mempunyai kemahiran dan kualiti tertentu untuk menjadi seorang penterjemah yang baik.",
"Tugas penterjemah tidak boleh dipandang enteng kerana penterjemah inilah yang banyak membantu membina peradaban atau tamadun manusia seperti kata-kata yang disebut oleh Pushkin.",
" “Translators are horses changed at the posthouses of civilization”",
"PENULIS WAN NOR HAZWANI WAN RAMLI, Pensyarah Program Pengajian Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=27 |
Ini senarai pencapaian Kerajaan Perpaduan
| [
"Siapa tuduh kerajaan Perpaduan tidak berfungsi? Jangan cakap tanpa bukti… Nanti malukan diri sendiri.",
"Hakikatnya, proses merangka, mengolah dan merealisasikan dasar-dasar negara demi kesejahteraan rakyat dan negara mengambil masa, bukan semudah A-B-C.",
"Namun itu tidak bermakna Kerajaan Perpaduan lepas tangan dan tidak peduli. Kerajaan ada pilihan untuk melaksanakan pendekatan populis; tetapi, menolak kerana impaknya tidak akan bertahan lama.",
"Lebih baik sakit sekarang daripada nanti. Dulu ada yang mengecam. Kini ramai yang terbuka mata. Terbukti kerajaan Perpaduan serius, tekad untuk selesaikan masalah rakyat!",
"Pelbagai langkah proaktif diambil bagi memastikan kehidupan rakyat berada pada tahap selesa. Jika dulu, rentaknya mungkin agak perlahan. Namun, sekarang, semakin rancak.",
"Hampir setiap minggu, ada sahaja inisiatif baharu diperkenal. Macam minggu lepas, kira-kira 10 inisiatif diumumkan. Antaranya subsidi RM300.00 tiket penerbangan untuk pelajar IPTA; elaun minimum RM800.00 kepada pelatih industri di pejabat kerajaan dan GLC; Dana RM10 juta untuk golongan tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan guaman; serta, peruntukan tambahan RM150 juta untuk menyelenggara kemudahan agensi Kementerian Dalam Negeri.",
"7-Julai 2023, genap tujuh bulan Kerajaan Perpaduan memerintah. Dalam tempoh itu, sekurang-kurangnya 19 inisiatif dilaksana untuk membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat.",
"Inisiatif kerajaan itu merupakan usaha menyeluruh dan meliputi pelbagai golongan masyarakat, serta memberi fokus kepada aspek pendidikan, kesihatan dan pengangkutan; yang merupakan keperluan asas masyarakat umum.",
"Menerusi satu video khas siri pertama Kad Laporan Tujuh Bulan Kerajaan Perpaduan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, merangkumkan inisiatif berkenaan.",
"Ia melibatkan pengenalan beberapa inisiatif dan bantuan baharu serta menaikkan kadar bantuan sedia ada. Daripada 19 inisiatif yang telah dilaksanakan, sembilan melibatkan peningkatan kadar bantuan sedia ada.",
"Inisiatif-inisiatif itu memanfaatkan pelajar, anak muda, golongan berpendapatan rendah, guru Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA), penjawat awam, pesara kerajaan dan pekebun.",
"Ia merangkumi kenaikan elaun sara hidup pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah.",
"Malah, Sumbangan Tunai Rahmah diberi sehingga RM2500.00, berbanding RM1,800.00 bagi Bantuan Prihatin Rakyat, sebelum ini.",
"Pada masa sama, tiga bantuan baharu diperkenal... iaitu Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM200.00 kepada pesawah, nelayan dan pekebun. Buat pertama kali juga, pesawah mendapat sumbangan tambahan RM250.00 hasil agihan sumbangan syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM60 juta.",
"Tiga inisiatif penurunan harga atau perkhidmatan PERCUMA kepada rakyat turut dilaksanakan. Antaranya harga internet jalur lebar serendah RM69.00 kepada golongan B40 menerusi Pakej Perpaduan dan rawatan percuma di klinik swasta terpilih.",
"Selain itu, tiga inisiatif baharu iaitu Menu Rahmah dengan harga makanan siap serendah RM5 dan Jualan Madani dengan diskaun sehingga 30% untuk barangan mentah, serta insurans dan Takaful Rahmah, serendah RM5 sebulan.",
"Dalam Siri Dua pula, Fahmi membentangkan LIMA bukti bahawa Malaysia kini berada di kedudukan yang lebih baik sepanjang pentadbiran Kerajaan Perpaduan.",
"Antara yang digariskan, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6% berbanding tempoh sama bagi tahun lepas iaitu 4.8%.",
"Jumlah pelaburan ke Malaysia pula meningkat kepada RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023 berbanding RM44.7 bilion bagi suku pertama 2022.",
"Manakala, kadar inflasi negara semakin rendah iaitu 3.9% bagi suku pertama dan 3.6% bagi suku kedua tahun ini. Berbanding 3.7% dan 4.2%, masing-masing bagi suku ketiga dan suku keempat pada 2022.",
"Indeks Kebebasan Akhbar juga bertambah baik dari tangga ke-113 pada tahun lepas ke tangga ke-73 bagi 2023.",
"Manakala, kedudukan Daya Saing Dunia naik lima anak tangga kepada ke-27 tahun ini berbanding ke-32 pada tahun lepas.",
"Menjelang PRU DUN ke-15, bulan depan, para pengundi di enam negeri terlibat, buatlah pilihan yang bijak. Seperti peribahasa \"jikalau mengangin, jangan tumpah padinya\"; bermaksud ‘berhati-hati apabila memilih, supaya tidak terbuang yang baik’.",
"Ingat! Undi anda penentu masa depan negara, bangsa dan agama.",
"Ulasan berita ini disediakan oleh Emmi Noraliza Adnan, Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=28 |
Mengangkat kepakaran akademia melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan
| [
"(Perbincangan meja buat kalangan ahli akademik di Universiti Islam Selangor, Foto hiasan KUIS)",
"Pengajaran dan pembelajaran bukan semata-mata agenda utama sebagai seorang pensyarah atau ahli akademik (akademia). Peranan dan tanggungjawab mereka mempunyai cabang yang lebih luas untuk dilunaskan. ",
"Bukan sekadar tanggungjawab mendidik mahasiswa dan dokumentasi berkaitan dengannya, malah ahli akademik juga perlu menyumbang kepada komuniti dan negara.",
"Ahli akademik perlu mengisi ‘bakul’ jawatan yang disandang dengan lima tanggungjawab utama. Pengisian 'bakul' itu meliputi penyelidikan, penulisan dan penerbitan, pembentangan dan persidangan, perundingan serta khidmat komuniti atau CSR.",
"Malah ada juga sarjana yang menyenaraikan tanggungjawab itu sehingga lebih 10 ‘P’ antaranya sebagai penceramah, pengkomersialan produk atau inovasi, penyelia, penilai, pewasit dan perhubungan industri & jalinan kerjasama.",
"Penyelidikan merupakan tanggungjawab kedua terpenting seseorang ahli akademik selepas tugasan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyelidikan, nilai tambah kepakaran pensyarah lebih menonjol. ",
"Ini kerana proses dan penguasaan penyelidikan serta penerokaan aspek-aspek baharu, teori dan kaedah penyelidikan khususnya yang berkait rapat dengan bidang kepakaran seseorang akademia memerlukan ketelitian dan dijalankan secara sistematik serta lebih mendalam.",
"Secara tidak langsung, penyelidikan juga berupaya memberi nilai tambah, pembaharuan kandungan, bukti dan contoh jelas dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. ",
"Penyelidikan yang bermutu dan bernilai tinggi kepada masyarakat dan negara memerlukan dana dan pembiayaan besar. ",
"Keadaan itu memerlukan kumpulan penyelidik yang proaktif untuk mendapatkan geran atau pembiayaan dari institusi-institusi berkepentingan seperti kementerian serta agensi kerajaan berkaitan, institusi kewangan dan perbankan mahupun syarikat korporat dalam industri berkaitan.",
"Universiti Islam Selangor (UIS) misalnya, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menerima pelbagai dana dan pembiayaan sekali gus menyokong dan mengamanahkan ahli akademik UIS untuk menjalankan penyelidikan, inovasi dan turut berjaya melahirkan graduan di peringkat sarjana dan doktor falsafah. ",
"Menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UIS menerima tiga geran utama iaitu; Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KPP) dan Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB). ",
"Sementara itu di peringkat Kerajaan Negeri Selangor pula, UIS turut diberi kepercayaan untuk menguruskan Geran Penyelidikan Negeri Selangor. Pembiayaan dana juga diterima dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang membuka laluan serta mempergiatkan penghasilan penyelidikan, penerbitan, inovasi dan persidangan di UIS. ",
"Hubungan ahli akademik dengan pihak pembiaya ini secara tidak langsung akan mewujudkan jaringan kerjasama antara pihak-pihak terlibat sebagai pemegang taruh.",
"Hubungan dua hala itu juga bukan sahaja terhad kepada pembiayaan material semata-mata, bahkan dapat membantu menjayakan sesebuah penyelidikan dalam sudut pandang dan peranan yang berbeza.",
"Sebagai contoh, kepakaran ahli akademik dalam satu-satu disiplin ilmu mungkin terhad kepada teori dan konsep sahaja. Namun kepakaran atau buah fikiran dari sudut aplikasi, teknikal dan juga pengalaman pengamal industri turut diperlukan agar penyelidikan yang dijalankan benar-benar bermanfaat dan menyumbang impak besar kepada industri, masyarakat dan negara.",
"Penyelidikan ahli akademik seharusnya tidak terhenti di peringkat kumpulan dan institusi sahaja, malah perlu dikembangkan dan disebar luas kepada masyarakat umum, khususnya ahli-ahli akademik lain dan pihak-pihak berkepentingan serta berkaitan dengan penyelidikan tersebut. ",
"Dengan kata lain, dapatan penyelidikan perlu diterjemahkan dan dikongsikan kepada banyak pihak sama ada melalui penulisan, pembentangan, atau melalui produk inovasi yang dapat dimanfaatkan oleh kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat dan negara. ",
"(Presiden/Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (dua, kiri) antara panel jemputan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 'Legasi Merdeka' bersempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023/Foto hiasan BERNAMA)",
"Penulisan ilmiah merupakan hasil utama daripada penyelidikan yang perlu diketengahkan dalam akademia. Penulisan gaya ilmiah ini sedikit sebanyak melambangkan kepakaran ahli akademik kerana ia adalah penulisan berasaskan bukti atau dapatan penyelidikan yang boleh meyakinkan pembaca. ",
"Selain itu, artikel ilmiah turut menzahirkan keupayaan ahli akademik dalam penyelidikan dan penulisan melalui gaya penulisan tersendiri. Ini dapat dilihat melalui keupayaan menghasilkan artikel bermutu dengan menggabung jalin aspek teori dan praktikal terhadap dapatan penyelidikan yang turut disokong atau dibahaskan dengan penemuan penyelidik-penyelidik terdahulu.",
"Selain dibuktikan dengan dapatan kajian, penulisan ilmiah juga memupuk daya fikir yang kritikal dan analitikal dalam menghasilkan artikel bernilai tinggi. ",
"Sebagai ahli akademik, penulisan ilmiah perlu menjadi sebahagian daripada rutin kerja yang sebati dalam jiwa. Penulisan itu bukan sekadar ingin memenuhi petunjuk prestasi utama (key performance indicator – KPI) individu atau institusi, malah ia perlu dilaksanakan dengan jiwa yang ikhlas agar maklumat dapat difahami dan bermanfaat kepada pembaca.",
"Lazimnya penyertaan pembentangan hasil penyelidikan dalam seminar atau persidangan di peringkat nasional, antarabangsa atau global turut menjadi agenda utama dalam kalender akademik di semua institusi pengajian tinggi. ",
"Penganjuran persidangan dan penyertaan sebagai pembentang turut menyumbang merit kepada pensyarah dan universiti. ",
"Persidangan-persidangan penyelidikan menjadi platform untuk ahli akademik, pemain industri, kerajaan dan penaja persidangan bertukar-tukar idea, menjalin dan mengukuh jaringan strategik penyelidikan yang lebih luas, malah menjadi ruang sinergi pelbagai rundingan persefahaman.",
"Bagi Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS) misalnya, penganjuran International Conference on Management and Muamalah (ICoMM) setiap tahun, kini telah memasuki siri ke-10, pada tahun ini.",
"Persidangan yang bermula sejak tahun 2013 itu telah berjaya menghimpunkan lebih 800 penyertaan sebagai pembentang dan peserta dalam kalangan ahli akademik dan pelajar pasca siswazah dalam dan luar negara. ",
"Penyertaan dan kerjasama sebelum ini melibatkan beberapa buah universiti luar negara misalnya Fatoni University (Thailand), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Brunei), Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Sutaatmadja (STIESA) (Indonesia) dan Federal University of Technology, Minna, Niger State (Nigeria).",
"Penganjurannya juga menerima kerjasama baik dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta antaranya Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Krabi (Thailand), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).",
"ICoMM ke-10 bakal berlangsung pada 6 September 2023 itu nanti akan menampilkan tiga sarjana sebagai Pengucap Utama iaitu Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid dari International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), Prof. Madya Dr. Sharifah Norzehan Syed Yusuf dari Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM, Shah Alam dan Dr Md. Rozalafri Johari dari Universiti Islam Selangor (UIS). Persidangan kali ini bertemakan ‘Internalising Sustainability and Mutual Prosperity through Research and Knowledge Sharing’.",
"Universitas Darussalam Gontor dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Sutaatmadja (STIESA) (Indonesia) turut mengesahkan persetujuan sebagai rakan kerjasama dengan menghantar sekumpulan para akademia masing-masing sebagai pembentang.",
"Penerbitan ilmiah dan rencana umum media",
"Penulisan dan persidangan telah selesai, namun proses penerbitan pula menyusul. Penerbitan Jurnal berindeks, Scopus, ERA, WoS dan lain-lain sudah menjadi penanda aras buat pensyarah universiti terutama bagi universiti bertaraf penyelidikan (Research University).",
"Malah sering menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) kepada kenaikan pangkat pensyarah dan kedudukan universiti di pelbagai peringkat.",
"Ke semua aspek itu menjadi satu bentuk keterlihatan (visibility) terhadap peranan dan tanggungjawab IPT dan kepakaran para sarjananya. ",
"Penerbitan ilmiah melalui pelbagai prosiding dan jurnal berindeks ini adalah sebagai usaha dokumentasi hasil penyelidikan yang bakal dirujuk oleh para ahli akademik lain, pelajar pasca siswazah, agensi kerajaan dan pengamal industri berkaitan.",
"Penerbitan itu juga boleh dirujuk sebagai asas merangka dasar baharu, mempengaruhi rangka kerja dan membentuk hala tuju tertentu pihak-pihak yang berkaitan. ",
"Selain daripada itu, penulisan umum separa ilmiah juga boleh dihasilkan untuk bacaan orang awam dalam pelbagai peringkat. Masyarakat turut berhak untuk mengetahui apakah sumbangan hasil penyelidikan yang telah dibiayai oleh kerajaan yang sering dilaporkan melalui pembentangan belanjawan tahunan negara.",
"Begitu juga dengan dana dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Sumbangan kepakaran universiti melalui ahli akademik wajar ditulis sebagai bacaan umum yang boleh difahami oleh semua peringkat masyarakat.",
"Penulisan umum separa ilmiah ini juga merupakan satu bentuk kerjasama dalam menyediakan kandungan rencana media kepada portal-portal berita dan akhbar tempatan. Ia merupakan satu pengiktirafan media kepada universiti melalui kepakaran ahli akademik dan sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan kandungan yang berkedibiliti. ",
"PENULIS RAHMAHTUNNISAH SAILIN, Pensyarah Program Komunikasi (Penyiaran), Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS) dan DR. NAZIFAH MUSTAFFHA, Pensyarah Program Perakaunan/Penolong Dekan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah (UIS).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=29 |
COLUMNIST: Malaysia's potential as the pivot of Asia, unleashing the power of civilisational diplomacy
| [
"Malaysia, in its vibrant multicultural vibrancy, stands at a unique crossroads both geographically and culturally. Home to a myriad of civilizations coexisting in harmony, Malaysia has the potential to leverage this cultural richness and diversity to establish itself as the Pivot of Asia through the adoption of civilisational diplomacy. This strategic positioning is further bolstered under the leadership of Dato' Seri Anwar Ibrahim, a globally respected thought leader who commands trust across East and West, and among Muslim and non-Muslim worlds alike.",
"Civilisational diplomacy is a type of diplomacy that transcends beyond the traditional realms of political and economic negotiations between states. It seeks to establish dialogue and foster understanding among different civilizations, acknowledging and respecting their diversity to cultivate peace and mutual cooperation in our increasingly globalized world.",
"Malaysia, with its rich tapestry of Malay, Chinese, Indian, and various indigenous cultures, is a living testament to the confluence of civilizations. Positioned at this intersection, Malaysia can serve as a bridge, mediating dialogues between the East and West, as well as among the Muslim, Chinese, Indian, and European spheres.",
"Under the stewardship of Dato' Seri Anwar Ibrahim, Malaysia has a strategic advantage. Known for his principles and vision, he is widely recognized and respected in global circles. His ability to navigate complex cultural and political landscapes, build relationships, and foster dialogue gives Malaysia a leading edge in realizing its potential as the Pivot of Asia.",
"Through civilisational diplomacy, Malaysia has the opportunity to strengthen its foreign relations, opening new avenues of dialogue and cooperation with other nations. This promotes mutual respect and understanding, creating a favourable environment for economic cooperation. As the Pivot of Asia, Malaysia could then attract investments and technological innovation from a variety of markets, driving prosperity for itself and its trade partners.",
"In terms of security, civilisational diplomacy can contribute significantly towards regional stability. By fostering dialogue and promoting peaceful conflict resolution, Malaysia can play an increasingly significant role in ensuring regional and global security.",
"Culturally, the adoption of civilisational diplomacy would further enhance the already vibrant multicultural tapestry within Malaysia, promoting an even richer exchange of traditions and ideas. This cultural prominence would enhance Malaysia's soft power on a global stage, enabling it to exert greater influence in international forums.",
"By embracing civilisational diplomacy, Malaysia is well poised to realize its potential as the Pivot of Asia. The nation can lead conversations that foster mutual understanding, cooperation, and peace among civilizations. Such an approach not only provides strategic benefits but also resonates with Malaysia's enduring commitment to a more inclusive and respectful global community.",
"As the world navigates the complexities of the 21st century, nations that can mediate between cultures, facilitate dialogue, and promote mutual understanding will undoubtedly be at the forefront. With the power of civilisational diplomacy and under the capable leadership of Dato' Seri Anwar Ibrahim, Malaysia is ready to assert its role as the Pivot of Asia, turning its rich potential into a global reality.",
"AUTHOR YUSMADI YUSOFF, a lawyer and former Member of Dewan Negara and Dewan Rakyat, Parliament of Malaysia.",
"This article is the author's personal view and does not necessarily represent the official view of RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=30 |
Cabaran memburu impian kebebasan media Malaysia
| [
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2023 pada 9 Jun 2023/Foto hiasan BERNAMA)",
"Lebih tujuh bulan Malaysia menyaksikan perubahan pucuk pimpinan kerajaan memerintah. Suatu fenomena yang mencipta kejutan, kegelisahan dan keresahan parti-parti politik dan rakyat di negara ini untuk memenangi hasrat rakyat yang dahagakan ketelusan pentadbiran dan kemakmuran negara.",
"Bermula daripada transformasi institusi parlimen sehinggalah pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar baharu Kerajaan Madani yang menyaksikan pelbagai insentif dan bantuan diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat bagi mengharungi dilema kegawatan ekonomi.",
"Ini termasuklah pengawalan harga barangan dan pemeliharaan kos sara hidup rakyat yang terhimpit akibat masalah ekonomi dunia yang menyebabkan Malaysia terpaksa merasai \"bahang\" kemerosotan nilai ringgit, kenaikan harga barang dan sebagainya.",
"Boleh dikatakan dasar-dasar baharu ini merupakan perubahan-perubahan radikal yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani PH-BN untuk menrealisasikan menifesto politik dan mengamalkan dasar keterbukaan dengan mewujudkan ikatan persefahaman di antara parti-parti yang bernauang bawah payung Kerajaan Perpaduan ini. Tidak terkecuali isu kebebasan media yang dijanjikan untuk dilaksanakan sepenuhnya selepas memenangi PRU ke-15 yang lalu.",
"Janji Kerajaan Madani untuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menyalurkan maklumat dan memperluaskan peranan media menyalurkan maklumat telus kepada rakyat adalah suatu impian yang sedang dilaksanakan. Cadangan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan juga penyemakan semula Akta Anti Berita Tidak Benar dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia menunjukkan komitmen serius kerajaan untuk mewujudkan persekitaran media yang bebas menyalur maklumat berwibawa kepada rakyat dan kerajaan.",
"Rakyat akan menikmati kebebasan memperoleh maklumat daripada saluran media, khususnya media cetak, penyiaran dan media siber pada bila-bila masa menjangkaui sempadan geografi.",
"Ia bertepatan dengan perluasan teknologi komunikasi digital yang menguasai pasaran media dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia. Rata-ratanya kelompok pengguna tegar teknologi ini pula terdiri daripada kalangan anak-anak muda yang mengambil kesempatan untuk menguasai ilmu ICT untuk memudah dan menceriakan kehidupan mereka.",
"Peraturan-peraturan media 'lapuk' yang disifatkan bermotifkan kepentingan politik semata-mata haruslah dilihat lebih adil, iaitu memberikan rakyat pilihan untuk memperoleh maklumat yang adil kepada semua pengguna.",
"Penguatkuasaan peraturan-peraturan dalam kebanyakan akta media seperti ini disifatkan memberi tekanan kepada pihak media untuk bersikap objektif dalam pemberitaan maklumat dan semua media arus perdana harus bertindak memihak kepada agenda politik suatu masa lalu.",
"Ini menyebabkan ranking media terjejas dan tidak digemari oleh majoriti rakyat di negara ini. Apatah lagi pengaruh media arus perdana harus menyaingi kehebatan teknologi media siber yang menjadi pilihan rakyat memperoleh maklumat pantas, lebih sensasi dan tidak memihak mana-mana agenda politik pada masa sekarang.",
"Kebanyakan golongan generasi muda di negara ini telah menganggap bahawa dunia media siber adalah harapan masa depan mereka untuk menyaingi ledakan kandungan maklumat yang berlaku pada hari ini.",
"Tidak keterlaluan dikatakan bahawa ledakan maklumat ini telah mengubah budaya dan pemikiran anak-anak muda di negara kita. Pengaruh kandungan siber telah merangsang pemikiran dan perlakuan mereka untuk meneroka lebih banyak ilmu maklumat dari serata pelusuk negara dunia. Inilah yang dikatakan \"teknologi di hujung jari\".",
"Dalam keghairahan mencipta fenomena kebebasan bermaklumat ini, sering kali kita lupa tidak semua maklumat yang kita peroleh tersebut adalah daripada kandungan yang boleh dipercayai atau berkredibiliti tinggi.",
"Suatu sistem pengawalan selia kandungan media harus diperkenalkan kepada golongan pengguna supaya mereka tidak terpengaruh dengan kandungan-kandungan jelik atau bersifat fitnah dan penipuan.",
"Dalam mengharungi cabaran ini, penubuhan Majlis Media Kebangsaan dilihat memberikan nafas baharu kepada industri media untuk mengemudi hala tuju bidang itu dan memperkasa peranan media dengan lebih efektif kepada masyarakat. Ia juga akan memberikan manfaat kepada pengguna media di negara ini sebab mereka akan dilindungi oleh peraturan-peraturan media yang akan mengawal, mengekang dan menentukan cita rasa mereka, khususnya generasi muda di negara ini.",
"Bertepatanlah dengan semangat membimbing pengguna media untuk sentiasa peka terhadap kandungan media yang mereka nikmati setiap hari. Sampai masanya masyarakat kita akan memilih kandungan media yang memberikan manfaat kepada mereka atau sebaliknya.",
"Disamping itu juga cadangan penubuhan Majlis Media Kebangsaan ini diharapkan dapat menaikkan martabat media di negara ini untuk berfungsi dengan lebih baik, menyalurkan maklumat berita lebih berobjektif dan berintegrasi. Dengan tidak secara langsung pelaksanaan institusi ini juga akan memperlihat media arus perdana menyaingi penguasaan media alternatif yang menggunakan platform media sosial untuk mempengaruhi minda pengguna media.",
"Sudah pasti pihak pengurusan media berasa lega apabila kerajaan bertindak untik memberi kebebasan kepada media memainkan peranan lebih besar yang berpuluh tahun diimpiankan mereka.",
"Penubuhan Majlis Media Kebangsaan belum menjadi kenyataan lagi, namun begitu beberapa cabaran dan pendekatan harus diambil kira bagi memastikan bahawa kebebasan media benar-benar manjadi suatu kenyataan dan bukannya suatu impian yang tidak tertunai, antaranya ialah:-",
"Justeru, sekiranya Kerajaan masih meneruskan usaha untuk menubuhkan Majlis Media Kebangsaan, ia haruslah mengambil kira pendekatan yang boleh memberi harapan baru kepada industri media untuk menyemarakkan lagi penglibatan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti media yang berfaedah kepada mereka.",
"Lantaran itu juga, para pengguna media, khususnya generasi muda pula diharapkan akan terdidik dengan kesedaran penggunaan media dengan lebih cekap, tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan anasir-anasir kandungan media, lebih bertanggungjawab terhadap apa sahaja kandungan media yang dinikmati atau disalurkan kepada orang lain serta mencetuskan fenomena dayacipta kreativiti yang tinggi menghasilkan kandungan media yang amat bersesuaian dengan keperluan mereka.",
"Akhirnya kita mengharapkan akan menjulang nama Malaysia sebagai hab teknologi maklumat media yang disegani di rantau ini.",
"PENULIS TS. DR SYED AGIL ALSAGOFF, Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=31 |
Isu 3R penting elak perbalahan berpanjangan
| [
"Apa yang dimaksudkan dengan isu 3R? Mengapa kerajaan memberi amaran, tentang bahaya mengeksploitasi isu 3R?",
"Adakah netizen, orang politik dan orang muda tahu implikasi penyebaran isu 3R? Bukankah masyarakat bebas memberi pendapat mereka? Jadi, apa masalahnya?",
"Dari sudut pandang penulis, isu 3R boleh dilihat dalam konteks kerukunan masyarakat kita. Konsep yang disepakati secara umum dan perlu dijaga.",
"3R berkisar tentang isu agama, bangsa dan institusi diraja. Ia dibentuk mengambil huruf awalan daripada perkataan bahasa Inggeris Religion, Race dan Royal.",
"Sebab itulah, apabila berbicara tentang isu-isu itu, ia perlu diangkat bersama dengan suatu disiplin ilmu, supaya masyarakat tidak terjerat dengan perbuatan adu domba, kerana ia boleh memecahbelahkan perpaduan negara.",
"Sesungguhnya semua orang bebas memberi dan berbeza pendapat. Ia suatu lumrah dalam hidup bermasyarakat. Kerajaan tidak pernah menghalang orang menyalurkan pandangan. Tetapi perselisihan itu tidak seharusnya menjerumus kita ke lembah perbalahan berpanjangan.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menganjurkan agar kita dapat menerapkan budaya bersedia bersetuju dan tidak bersetuju dalam suasana penuh hikmah dan kebijaksanaan. Tangani perbezaan dengan baik, dengan penuh adab dan susila, seperti dianjurkan dalam Islam dan budaya timur orang kita.",
"Dalam menebak nasihat dianjurkan, wacana sedemikian jelas menuntut perdebatan di ruang awam bukan dengan cara saling bertukar kata-kata kesat dan cacian. Sebaliknya berlandaskan pemikiran wajar dan hujah berfakta. Apa lagi dalam hal berkait agama, bangsa dan institusi diraja yang menjadi tiang seri negara.",
"Masalahnya, dalam konteks perbincangan isu 3R, ia selalunya tersasar. Baik di laman maya, pentas politik kecil atau besar. Alasan diberi kononnya ia hak untuk memartabatkan Rukun Negara. Tetapi hakikat, medan seumpama itu sering dan akan disalah guna.",
"Perbincangan awam yang berbaur hasutan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana berisiko merosakkan keamanan. Sebab itu kerajaan perlu memberi kata dua agar semua pihak tidak menyentuh isu-isu provokatif melibatkan agama, bangsa dan institusi diraja.",
"(PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan pada 11 Julai lalu; memberi amaran semua pemimpin politik berhenti memainkan isu 3R)",
"Kerajaan punya tanggungjawab menjaga keharmonian rakyat. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dikehendaki memantau dan mengambil tindakan jika ia boleh mencetuskan kegusaran masyarakat. Apa lagi menjelang PRU DUN Ke-15 pada 12 Ogos ini yang melibatkan enam negeri.",
"Dalam hal ini, orang awam, terutama netizen perlu menerapkan pemikiran kritis semasa menilai mawduk perbincangan awam yang sensitif. Teliti semua isu dengan mata hati bukan emosi. Jika ia bersifat mencetuskan perpecahan, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.",
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama penyedia platform media sosial boleh membantu menurunkan kandungan yang melanggar kesalahan.",
"Polis Diraja Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.",
"Kemungkinan pada masa depan pula, pihak yang mempermainkan isu 3R juga boleh dihukum denda. Cadangan memperkenalkan akta baharu dalam undang-undang sivil, dapat memastikan keperluan generasi akan datang lebih terjamin.",
"Kesan penyalahgunaan isu 3R boleh mengundang persepsi salah tentang kebenaran sesuatu perkara itu dalam kalangan masyarakat. Usah bebankan kami dengan sebarang andaian tidak tepat. Kalau untuk kempen PRU DUN ke-15 nanti, apa kata parti politik berkempen bagi menurunkan kos sara hidup tinggi.",
"Ulasan berita ini disediakan oleh Affendi Abdul Karim, Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=32 |
Aspirasi penjelmaan IPT sebagai hab pendidikan tinggi di Asia
| [
"Bermulalah musim kemasukan semester baharu untuk calon-calon mahasiswa menempa ilmu di menara gading. Jumlah bilangan pengambilan pelajar tempatan yang semakin meningkat jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan tinggi negara masih mendapat pengiktirafan besar dalam kalangan generasi muda.",
"Mereka turut menaruh ribuan harapan untuk berjaya menempa diri mereka dalam alam pekerjaan nanti. Lebih-lebih lagi dengan menjelmanya suatu harapan reformasi dalam Malaysia Madani yang dipimpini oleh Kerajaan Perpaduan.",
"Generasi muda hari ini masih berpaksikan keyakinan mereka mahu sistem pendidikan tinggi yang mereka jalani ini boleh menyumbang kepada kualiti dan keberkesanan memperoleh pekerjaan sekali gus boleh menyara hidup mereka kelak.",
"Saranan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk melihat lebih banyak mahasiswa dibimbing untuk berkolaborasi dengan pihak industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan selepas mereka tamat pengajian kelak.",
"Pendekatan itu termasuklah menjalinkan kerjasama bersepadu dengan pihak industri dalam pendidikan, pengajaran dan penyelidikan serta memastikan kurikulum pendidikan mengikut kehendak pasaran pekerjaan graduan.",
"Suatu perubahan radikal dalam sistem pendidikan tinggi hari ini harus dijelmakan untuk membantu meningkatkan kualiti pengajaran dalam kelas dan memberi lebih banyak ruang kepada mahasiswa untuk meneroka kebolehan, bakat dan kemahiran mereka, sepanjang pengajian mereka di IPT.",
"Pendekatan radikal yang dicadangkan tersebut ialah memansuh mana-mana kursus pengajian yang tidak bersesuaian atau tidak relevan dalam pasaran masa kini. Di samping itu memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengikuti kursus-kursus pengajian sampingan yang boleh memberi nilai tambah kepada kualiti keperibadian atau kerjaya yang mereka akan ceburi selepas bergraduat nanti.",
"Strategi Datuk Seri Khaled untuk menilai kembali Dasar Pengajian Tinggi baru-baru ini telah menunjukkan kesungguhan kerajaan menjadikan usaha untuk merealisasikan pendidikan tinggi negara setanding dengan negara-negara maju, atau setidak-tidaknya menjadi hab pendidikan di Asia akan menjadi suatu kenyataan kelak.",
"Tindakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memendekkan program pengajian empat tahun kepada tiga tahun dan menawarkan mahasiswa kursus-kursus berkaitan dengan bidang pengajian mereka, merupakan suatu langkah bijak.",
"Ini memberikan peluang kepada mahasiswa bergraduat awal dan menerobosi peluang pekerjaan di luar bagi mengelak kelompangan pekerjaan yang sering menjadi masalah kepada industri.",
"Langkah KPT mengehadkan tempoh pembelajaran di kampus bagi mahasiswa baharu juga merupakan suatu strategi yang boleh memberi manfaat kepada mahasiswa yang terbelenggu dengan masalah yuran pengajian dan penginapan dalam kampus.",
"Dalam pada itu juga, KPT melihat bahawa lebih banyak manfaat sekiranya pada tempoh-tempoh tertentu pendidikan di IPT boleh diterjemahkan kepada saluran teknologi maklumat (pendidikan dalam talian) yang semakin meluas dipraktikkan di luar negara.",
"Pendekatan ini juga akan mengundang lebih ramai calon-calon mahasiswa dari luar negara untuk meneruskan pengajian mereka di Malaysia dan mengangkat martabat kualiti pendidikan tinggi negara ke tahap lebih tinggi di pentas global.",
"Pendekatan berstrategik ini juga membuka lebih banyak ruang kepada mahasiswa untuk merancang dan menilai kurikulum pengajian mereka supaya selari dengan kehendak dan keperluan pelajar sebelum mereka melangkah ke dunia pekerjaan kelak.",
"Dalam erti kata lain, mahasiswa bebas memilih bentuk pengajian mengikut keserasian mereka dan tidak bergantung kepada sktruktur kurikulum yang telah ditentukan semasa mereka berada di IPT.",
"Contohnya, seorang graduan dalam kalangan pengajian sains boleh memilih pekerjaan dalam bidang kulinari atau komunikasi yang dia minati tanpa terikat dengan bidang pengajian sains yang mereka jalani di IPT dahulu.",
"Dalam hal ini, dorongan dan sokongan daripada keluarga amat penting bagi membantu graduan menjalani pekerjaan mereka mengikut acuan cita rasa mereka. Kesedaran ibu bapa terhadap pengembangan bakat dan kemahiran mahasiswa akan membantu anak-anak mereka menjalani bidang kerjaya yang mereka pilih dan dapat membangunkan bakat mereka untuk bergerak maju lebih jauh pada masa hadapan.",
"Fenomena ini sudah menjadi kelaziman di negara-negara maju dan menyaksikan ribuan pemimpin-pemimpin industri terkenal dan berjaya lebih cenderung memilih bakat dan kemahiran mereka berbanding dengan bidang pengajian mereka semasa mereka berada di IPT.",
"Bagi mahasiswa pula, kebebasan meneroka ilmu sepanjang berada di IPT nanti harus dibekalkan dengan sikap tanggungjawab.",
"Mahasiswa disaran meneroka lebih banyak cabang ilmu dan praktis yang boleh membantu mereka memperoleh ilmu kepengurusan diri dan peningkatan kualiti keperibadian untuk dijadikan modal menghadapi temuduga pekerjaan kelak tanpa bergantung sepenuhnya kepada prestasi akedemik semata-mata.",
"Bakat dalam kepengurusan keusahawanan dan kesukarelawanan merupakan antara elemen-elemen yang boleh membantu mahasiswa mendekatkan diri mereka dalam dunia perniagaan dan menyumbang bakti kepada komuniti.",
"Perlu diingatkan bahawa segulung ijazah hanyalah merupakan asas atau platform untuk membolehkan mahasiswa bersedia menghadapi cabaran kerjaya mereka. Pengisian terhadap pengajian mereka itu sebenarnya suatu pengalaman berharga untuk menggalas kematangan pemikiran mereka. Inilah yang akan menyumbang kepada nilai kebolehpasaran graduan yang lebih baik.",
"Mahasiswa perlu mengambil inisitatif mewujudkan lebih banyak program-program peningkatan diri yang lebih kreatif dan inovatif bagi melatih mereka bersikap lebih pragmatik apabila menghadapi cabaran dan kemampuan membuat keputusan rasional apabila berdepan dengan isu atau krisis.",
"Selain daripada melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran komunikasi dan keperibadian, mahasiswa juga harus bersedia menyemai sikap berdikari, berfikiran lebih holistik dan terbuka ketika menghadapi cabaran.",
"Mahasiswa tidak perlu 'melatah' apabila menghadapi situasi yang mencabar fikiran dan keperibadian mereka. Sebaliknya mereka harus mencari jalan penyelesaian dengan berbincang dengan rakan-rakan dan pensyarah apa juga dilema atau masalah dihadapi mereka.",
"Perkongsian pengalaman tersebut akan memberikan lebih banyak ruang untuk mahasiswa berfikir dengan lebih matang. Kebolehan mahasiswa berinteraksi dengan pelbagai situasi terutamanya melibatkan aspek sosial, politik, keagamaan yang tular di media massa akan membentuk nilai keperibadian seseorang individu untuk berfikiran lebih mantap dan lebih jauh ke hadapan untuk meneliti setiap isu tersebut dengan lebih seimbang.",
"Ketelusan dan keikhlasan dalam memperkasakan bakat sedia ada untuk dijelmakan dalam program-program berfaedah di IPT, akan dapat memacu mahasiswa menjadi lebih progresif dan memahami keperluan dunia kemasyarakatan dan kerjaya mereka apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan nanti.",
"Hal ini boleh dilaksanakan dengan membuka lebih banyak peluang kepada mahasiswa mempraktikkan ilmu dipelajari mereka; diterjemahkan kepada program-program atau kegiatan baharu di IPT mengikut kebolehan dan bakat masing-masing. Antaranya mengadakan pertunjukan, pameran, persembahan atau apa sahaja yang memberi manfaat kepada mahasiswa pihak IPT mahupun masyarakat luar.",
"Apa yang penting bagi institusi pendidikan dan masyarakat ialah melahirkan para graduan yang bukan sahaja boleh menonjolkan diri mereka dalam lapangan akedemik, tetapi yang diharapkan mereka dapat menyelami hasrat masyarakat untuk memanfaatkan bakat dan pengalaman semasa di menara gading untuk membantu bangsa dan negara melangkah maju mengisi hasrat kemerdekaan yang kita impikan bersama.",
"PENULIS TS. DR SYED AGIL ALSAGOFF, Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=33 |
Potensi tinggi pelancongan pendidikan di IPT Islam
| [
"(Panorama indah menjadi salah satu tarikan universiti Islam yang dapat menyemarakkan aktiviti pelancongan dan pendidikan)",
"Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor penting dalam ekonomi Malaysia. Berdasarkan Tourism Satellite Account 2017, industri pelancongan terus memberikan sumbangan penting kepada ekonomi Malaysia dengan 14.9% pada tahun 2017 berbanding 10.4% pada tahun 2005.",
"Sumbangan langsung pelancongan kepada KDNK mencatatkan 6.1 % dengan nilai RM82.6 bilion (2016: RM76.6 bilion). Namun, salah satu cabang pelancongan yang kurang diterokai adalah pelancongan pendidikan. ",
"Pelancongan berasaskan pendidikan atau edu-tourism atau juga dikenali sebagai ‘educational tourism’ merujuk kepada program-program pelancongan yang ditawarkan pihak universiti atau institusi pendidikan tinggi (IPT). Ia mula diperkenalkan pada 2014, dan kini dilihat semakin berpotensi untuk dimajukan. ",
"Ibarat menyelam sambil minum air, peserta akan mendapat pengalaman pembelajaran yang unik, terarah dan inovatif melalui program ini, iaitu memberikan pengalaman pembelajaran berbeza sekaligus memperluas wawasan mereka dalam bidang pelajaran yang berkaitan.",
"Tujuan dan matlamat program pelancongan pendidikan di universiti direka untuk mencapai matlamat pendidikan yang khusus. Ini termasuk memperluas pengetahuan peserta dalam bidang tertentu, memberikan pengalaman praktikal, meneroka kebudayaan dan warisan tempatan, atau mempelajari aspek khusus mengenai sesuatu tempat. Dengan kata lain, program ini memberi peluang pembelajaran secara menyeluruh dan praktikal di luar bilik darjah.",
"Antara aktiviti pembelajaran ialah kuliah oleh ahli akademik atau pakar industri, sesi perbincangan, lawatan industri, demonstrasi praktikal, kajian kes, penyelidikan lapangan, atau kerja projek.",
"Apa yang menariknya ialah program pelancongan pendidikan biasanya mempunyai destinasi dan itinerari yang ditetapkan. Universiti akan memilih destinasi yang berkaitan dengan topik yang dipelajari atau bidang pengajian pelajar. Misalnya, jika program itu berkait dengan sains alam, maka destinasi termasuk lawatan ke tapak alam semula jadi atau pusat penyelidikan sains. Itinerari akan dirancang sebaik mungkin untuk memastikan aktiviti pembelajaran yang mencukupi.",
"Program pelancongan pendidikan akan disertai oleh pemandu atau fasilitator yang terlatih iaitu sama ada ahli akademik, pakar industri, atau profesional dalam bidang berkaitan. Tugas mereka adalah untuk memberikan penerangan dan bimbingan kepada peserta, menjawab soalan mereka, memberikan maklumat relevan dan memastikan keselamatan dan keselesaan peserta.",
"Menerusi cara ini, peserta berpeluang mengeksplorasi aspek budaya dan sosial tempatan. Peserta dapat belajar tentang sejarah, adat istiadat, seni, makanan dan kehidupan tempatan melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah, kampung tradisional, muzium, atau festival tempatan. Ini membolehkan mereka memperluas pemahaman mereka tentang kepelbagaian budaya dan memperkukuhkan kemahiran antarabudaya.",
"Pelancongan pendidikan di universiti memberikan manfaat pembelajaran yang signifikan. Peserta dapat memperdalam pemahaman mereka tentang topik tertentu, mengembangkan kemahiran kritis, memperluas rangkaian sosial dan profesional mereka dan memperoleh pengalaman praktikal yang relevan dengan bidang pembelajaran mereka. Selain itu, pelancongan pendidikan juga membantu meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap pembelajaran.",
"Universiti Islam memiliki potensi besar sebagai destinasi pelancongan pendidikan, terutama bagi mereka yang ingin memperoleh pemahaman mendalam tentang Islam, budaya Islam, dan warisan intelektual yang terkait. Universiti Islam di Malaysia terdiri daripada IPTA dan IPTS Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IPTA) dan Universiti Islam Selangor (IPTS).",
"Potensi universiti Islam sebagai destinasi pelancongan pendidikan berikutan daripada pengetahuan agama, penelitian kajian Islam, budaya dan kesenian Islam, persekitaran pembelajaran yang Islamik, program kehidupan mahasiswa, pusat kajian antarabangsa dan tempat bersejarah.",
"Universiti Islam menawarkan pelbagai program akademik berkaitan dengan pengajian agama Islam, seperti pengajian Al-Quran, Hadis, Fiqh, Sejarah Islam dan Teologi Islam.",
"Ini memberikan kesempatan kepada peserta untuk belajar daripada para pakar dan sarjana yang menguasai bidang-bidang ini. Edu-tourism di universiti Islam memungkinkan peserta memperoleh pemahaman mendalam tentang prinsip-prinsip agama, praktik keagamaan dan filsafat Islam.",
"Banyak universiti Islam memiliki pusat penelitian yang fokus dalam topik-topik seperti penafsiran Al-Quran, perbandingan agama, sejarah Islam atau isu-isu sosial dalam masyarakat Muslim.",
"Melalui edu-tourism, peserta dapat berinteraksi dengan para pengkaji Islamik dan mempelajari penemuan terbaharu dalam bidang tersebut. Mereka juga dapat menghadiri seminar atau kuliah umum yang diselenggarakan oleh universiti Islam untuk mendapatkan wawasan baharu tentang isu-isu terkini berkaitan dengan Islam.",
"Pelancongan pendidikan di universiti Islam juga memberikan kesempatan bagi pelancong untuk memahami budaya Islam dan seni berkaitan. Mereka dapat mengunjungi galeri seni, muzium Islam atau tempat-tempat bersejarah yang memiliki nilai budaya dan seni Islam. Selain itu, peserta juga dapat menghadiri acara-acara seni dan budaya seperti pertunjukan seni tradisional, festival makanan atau pameran seni Islamik.",
"Universiti Islam juga kebiasaanya memiliki lingkungan pembelajaran yang terinspirasi oleh nilai-nilai Islam. Peserta pelancongan pendidikan dapat mengalami suasana kampus yang mempromosikan nilai-nilai etika, moral dan keadilan sosial berdasarkan ajaran Islam.",
"Mereka dapat berinteraksi dengan mahasiswa dan pensyarah yang mempunyai nilai-nilai sama, serta memperoleh wawasan tentang sistem pendidikan Islam yang holistik. “Belajar sambil meniti jalan kehidupan” membolehkan peserta kaya pengalaman melalui kegiatan keagamaan, sukan, kegiatan sukarela dan pengabdian kepada masyarakat.",
"Peserta pelancongan pendidikan dapat berpartisipasi dalam kegiatan tersebut, bergabung dengan mahasiswa tempatan dan memperoleh pengalaman langsung tentang kehidupan kampus dan kehidupan beragama di institusi Islam.",
"(Panorama indah menjadi salah satu tarikan universiti Islam yang dapatmenyemarakkan aktiviti pelancongan dan pendidikan)",
"Beberapa universiti Islam memiliki pusat kajian antarabangsa yang memfokus dalam dialog antara budaya dan pemahaman antara agama. Edu-tourism di universiti Islam memberikan kesempatan kepada peserta untuk terlibat dalam kegiatan dialog antarabudaya, seminar, atau karya tempatan bertujuan mempromosikan pemahaman dan toleransi antarabudaya dan agama.",
"Banyak universiti Islam di dunia juga memiliki lokasi ziarah yang penting bagi umat Muslim, seperti masjid-masjid bersejarah, makam para tokoh agama, atau tempat-tempat yang berhubungan dengan kehidupan Rasulullah SAW.",
"Pelancongan pendidikan di universiti Islam memungkinkan peserta untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sejarah Islam dan memperoleh keberkatan spiritual.",
"Potensi universiti Islam sebagai edu-tourism sangat besar, terutama bagi mereka yang tertarik untuk mempelajari Islam daripada sumber asal dan ingin mendapatkan pengalaman langsung tentang budaya Islam. Melalui edu-tourism di universiti Islam, peserta dapat memperluas pengetahuan mereka tentang Islam, meningkatkan pemahaman antara budaya, dan menghargai warisan intelektual dan spiritual Islam.Top of Form",
"Antara faktor penting yang mempengaruhi pemilihan destinasi pelancongan pendidikan ialah kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh destinasi pelancongan pendidikan itu sendiri.",
"Pertama, hubungan antara kualiti perkhidmatan dengan keputusan pemilihan destinasi mereka sangat berkait rapat.",
"Kedua, pengalaman pendidikan yang memuaskan bagi peserta. Ini termasuk pengajaran dan pembelajaran yang baik, fasiliti yang memadai dan sumber daya yang berkualiti. Peserta akan memilih destinasi yang memberikan kesempatan untuk belajar dan merasai pengalaman sesuatu yang berharga.",
"Ketiga, reputasi yang baik akan menarik minat peserta kerana mereka merasa yakin dan percaya bahawa destinasi tersebut menyediakan pengalaman pendidikan berkualiti. Kualiti perkhidmatan yang tinggi mencipta kepuasan kepada peserta. Kepuasan ini membuatkan peserta cenderung mencadangkan destinasi pendidikan kepada orang lain dan mungkin kembali ke destinasi tersebut pada masa depan. Kepuasan peserta menjadi faktor penting dalam mempengaruhi pemilihan destinasi pendidikan.",
"Keempat, destinasi pendidikan yang menawarkan kualiti perkhidmatan yang baik dapat memberikan peluang untuk perkembangan personal peserta. Ini meliputi peningkatan pengetahuan, keterampilan dan pengalaman yang bermanfaat. Peserta cenderung memilih destinasi yang dapat memberikan manfaat positif bagi perkembangan peribadi mereka.",
"Kelima, kualiti perkhidmatan juga merangkumi fasiliti dan infrastruktur yang tersedia di destinasi pendidikan. Fasiliti yang baik, seperti ruang kelas selesa, perpustakaan yang lengkap, makmal moden dan penginapan berkualiti, dapat meningkatkan kualiti pengalaman pendidikan. Peserta akan cenderung memilih destinasi yang dilengkapi dengan fasiliti dan infrastruktur yang memenuhi keperluan pendidikan mereka.",
"Keenam, destinasi pendidikan yang memberikan kualiti perkhidmatan yang baik akan menunjukkan sokongan dan keramahan kepada peserta. Penerimaan yang baik dan bantuan yang diberikan oleh staf dan penduduk setempat akan mencipta pengalaman lebih menyenangkan dan memuaskan peserta.",
"Ketujuh, perkhidmatan yang berkualiti tinggi akan meningkatkan daya tarik destinasi, meningkatkan kepuasan pelancong, dan memberikan pengalaman pendidikan bermakna. Oleh itu, destinasi pendidikan yang ingin menarik lebih banyak peserta harus berfokus pada peningkatan kualiti perkhidmatan mereka.",
"Satu kajian yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar Indonesia mendapati faktor kualiti perkhidmatan mempengaruhi pemilihan destinasi pelancongan pendidikan. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 75% bersetuju kesetiaan destinasi sebagai faktor pemilihan destinasi pelancongan pendidikan.",
"Manakala kualiti servis menyumbang kepada 74%, imej jenama destinasi 71% dan kelakuan spritual 70%. Hasil kajian juga menunjukkan kesemua faktor tersebut mempengaruhi pemilihan destinasi pelancongan pendidikan.",
"Oleh itu, pelancongan pendidikan di IPT Islam memberikan peluang pembelajaran menyeluruh dan praktikal di luar bilik darjah. Ia tidak hanya membantu memperkaya pengetahuan pelajar, tetapi juga membangun reputasi positif bagi destinasi pendidikan. Dengan mengutamakan kualiti perkhidmatan dan memastikan kepuasan pelancong, IPT Islam dapat terus menjadi destinasi yang menarik dan dihormati dalam bidang pelancongan pendidikan.",
"PENULIS NOOR RAUDHIAH ABU BAKAR Pensyarah Kanan/Ketua Pembangunan Akademik, Pusat Pengajian Siswazah, dan NORAZIRAWATI AHMAD, Pensyarah/Ketua Program Komunikasi, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=34 |
Sastera pemangkin masyarakat, membina peradaban
| [
"Memetik mutiara kata penulis terkenal Indonesia, Pramoedya Ananta Toer dalam bukunya Bumi Manusia, “Kalian boleh maju dalam pelajaran, mungkin mencapai deretan gelar kesarjanaan apa saja, tapi tanpa mencintai sastra, kalian tinggal hanya hewan yang pandai” membawa makna mendalam tentang kepentingan sastera.",
"Diucapkan oleh watak Magda Peters, guru kepada protagonis Bumi Manusia, Minke. Pesannya begitu jelas. Walau berotak pintar sekalipun dengan gelaran sarjana yang berderet, ia tidak bermakna jika tidak mencintai sastera. Lalu, ada apa dengan sastera? ",
"Sastera bukan sekadar merujuk kepada subjek atau mata pelajaran yang memerlukan para pelajar membaca bahan bacaan tertentu seperti novel, cerpen mahupun puisi di dalam kelas, tetapi sastera perlu disorot dari sudut pandang lebih luas, terutamanya sudut pandang penerimaan sastera oleh masyarakat. Pandangan peribadi penulis melihat perkembangan penerimaan sastera di Malaysia masih lagi tidak mencapai tahap sepatutnya.",
"Daripada perspektif pensyarah yang mengajar kursus sastera bahasa Inggeris kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi, didapati majoriti pelajar tidak kenal dengan pengkarya sastera dan bahan bacaan sastera yang digunakan di dalam kelas. Sastera kelihatannya kurang difahami dan juga sesuatu yang asing kepada pelajar. Apabila ditanya kepada para pelajar tentang novel kesukaan mereka, ia selalunya dijawab dengan sunyi sepi.",
"Walaupun komponen sastera ada diterapkan dalam silibus bahasa di sekolah rendah dan sekolah menengah, ia terhad kepada sastera dalam bahasa Inggeris sahaja. Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dalam subjek bahasa kelihatan bersifat acuh tak acuh, kerana masa guru lebih difokuskan kepada subjek-subjek lain yang dianggap lebih kritikal. Tidak diketahui juga nasib sastera dalam bahasa Melayu di peringkat sekolah mahupun pun di peringkat pengajian tinggi.",
"Pengamatan penulis juga melihat penerimaan masyarakat terutamanya golongan muda terhadap sastera tidak memberangsangkan. Ya, Malaysia membaca. Anak muda Malaysia membaca. Tetapi, bahan bacaan yang dipilih untuk dibaca lebih bersifat ringan dan popular (popular media) yang topiknya agak remeh, berkisar cinta dan angan-angan.",
"Penulis tidak menafikan media popular juga boleh dianggap sastera tetapi sudah sampai masanya golongan muda memilih untuk membaca sastera yang lebih bersifat kritikal dan sastera budaya tinggi (high culture literature).",
"Selain itu, budaya menghadiri majlis apresiasi, diskusi dan kritikan sastera juga bukanlah sesuatu yang lazim ataupun satu kebiasaan dalam kalangan rakyat negara ini. Ianya dilihat sebagai sesuatu yang hanya berlaku di pinggir laman akademik dan di ceruk dunia sastera. Oleh itu, apabila sastera dibincangkan secara terbuka dalam khalayak umum, ia dilihat sebagai satu yang canggung dan janggal dan selalunya kurang mendapat respon memberangsangkan.",
"Aktiviti-aktiviti sastera juga seolah-olahnya dilihat sebagai sesuatu yang tidak ada nilai komersial dan tidak menyumbang kepada produktiviti yang boleh meningkatkan taraf ekonomi dan kedudukan sosial. Ibu bapa lebih rela menghantar anak-anak ke kelas-kelas tuisyen, jika tidak pun menyertai kelab-kelab sukan daripada menghadiri aktiviti-aktiviti berkaitan seni dan sastera.",
"Jika ada pun aktiviti sastera yang dihadiri, ia lebih bersifat persembahan seperti pertandingan deklamasi sajak ataupun pertandingan bercerita. ",
"Realitinya pada masa kini, masyarakat lebih cenderung membaca bahan daripada media sosial yang bersifat santai, dan menonton Youtube atau Tik Tok. Ini merupakan kesan daripada perkembangan teknologi terkini, penggunaan telefon pintar, perisian AI (Artificial Intelligence) yang membolehkan kita tidak perlu lagi memegang dan membaca buku.",
"Mungkin ada yang akan mengutarakan hujah, ‘kami boleh baca e-book’, tapi satu kajian yang dijalankan di California University of Science and Medicine mendapati membaca melalui telefon pintar memberi impak negatif kepada kesihatan otak dan mengurangkan pemahaman semasa membaca. Oleh itu, bukankah lebih baik kita membaca sesuatu karya sastera itu secara fizikal dan mengurangkan masa membaca di media sosial?",
"Sesebuah hasil karya sastera bukan hanya satu bentuk pendokumentasian ekspresi rasa dan jiwa seseorang pengkarya. Lebih dari itu, hasil karya sastera itu juga adalah refleksi dan perakam zeitgeist (semangat zaman) serta weltanschauung (pandangan hidup) sesebuah bangsa atau negara.",
"Dari sudut sejarah, tempatan mahupun antarabangsa, penulis-penulis karya sastera adalah antara agen-agen perubahan yang membawa pemikiran baharu dalam kalangan masyarakat. Mereka adalah golongan intelektual yang bukan sahaja mempunyai kemampuan untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan cara sangat persuasif, menghiasi mesej tersebut dengan nilai estetika tinggi, tetapi mereka juga mempunyai mata hati yang tajam yang mana mereka mampu untuk melihat kebobrokan dan kecurangan yang berlaku di sekeliling mereka yang perlu kepada keadilan dan pembaharuan.",
"Contohnya, ketika era pemerintahan ratu Victoria di England, muncul tokoh penulis seperti Charles Dickens (1812-1870) dan Thomas Hardy (1840-1928) yang mengangkat isu ketidakadilan, eksploitasi serta jurang sosial yang membarah disebabkan oleh revolusi industri dan pengembangan empayar yang telah ‘memakmurkan’ Britain pada ketika itu.",
"Manakala, di Amerika Syarikat, ketika perhambaan manusia masih lagi suatu perkara norma dalam sistem masyarakat, muncul penulis seperti Mark Twain (1835-1910) yang mengetengahkan tema pengertian nilai kemanusiaan dalam novel-novel beliau. Terdapat juga novel seperti Uncle Tom’s Cabin (1852) oleh Harriet Beecher Stowe (1811-1896) yang cuba menyedarkan kepada khalayak tentang realiti ‘gelap’ dunia perhambaan. ",
"Atas kesedaran penulis-penulis ini melalui naratif yang mereka bawakan tentang isu-isu kemanusian dan perhambaan, kini Amerika Syarikat dikenali sebagai ‘land of the free’ dan masyarakatnya mempunyai kesedaran yang tinggi tentang isu-isu ketidakadilan dan ketidakserataan walaupun negara ini dari masa ke masa masih lagi perlu menangani isu-isu sosial terutamanya isu perkauman.",
"Di Malaysia pula, sastera telah memainkan peranan yang penting pada era sebelum dan selepas kemerdekaan, sehinggalah ke era pemodenan serta pasca modenisasi, dan membawa ke era teknologi maklumat dan kecerdasan buatan. ",
"Semasa era gerakan kemerdekaan Tanah Melayu, perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bukan sahaja dibawa oleh pemimpin-pemimpin politik (sama ada kiri mahu pun kanan), tetapi juga dalam kalangan ahli sastera. Penulis-penulis seperti Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Ahmad Bakhtiar cuba mengetengahkan dalam karya-karya mereka suatu naratif yang cuba untuk menjadi pemangkin semangat nasionalisme dan antikolonialisme dalam kalangan ahli masyarakat.",
"Kemudian, semasa era pascakemerdekaan, timbul pula penulis-penulis yang menghidangkan kepada masyarakat naratif yang bertujuan untuk membina dan menguatkan jati diri sebuah bangsa merdeka, serta dalam masa sama; cuba mengingatkan tentang kewujudan imperialisme bentuk baharu yang wujud dalam masyarakat setelah berakhirnya kolonialisme dan pulangnya imperialis barat ke tempat asal mereka.",
"Penulis-penulis selepas kemerdekaan banyak mengetengahkan isu-isu masyarakat dalam karya-karya mereka, contohnya, Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) yang cuba membawa kesedaran kepada pembacanya tentang kemiskinan yang mencengkam golongan petani di luar bandar yang hidup serba daif seperti dalam novel beliau Ranjau Sepanjang Jalan (1972).",
"Kemudian, isu perhubungan antara kaum dalam masyarakat majmuk juga menjadi naratif signifikan yang diketengahkan dalam karya seperti Interlok (1971) oleh Abdullah Hussain (Sasterawan Negara). Selain daripada itu, Abdullah Hussain dalam novel beliau Masuk ke Dalam Cahaya (1983) juga ada mengangkat tema tentang bagaimana masyarakat Melayu moden yang hidup dalam dunia materialistik telah kehilangan pedoman dalam kehidupan spiritual mereka dan bagaimana mereka cuba mencari jalan kembali kepada Tuhan.",
"Dalam era negara ini masuk ke dalam fasa pembangunan dan kemajuan, ramai dalam kalangan masyarakat telah mencapai tahap sosioekonomi yang tinggi. Malangnya, peningkatan tahap sosioekonomi ini juga telah menyumbang kepada keruntuhan moral terutamanya dalam kalangan golongan Melayu-bumiputera kelas menengah dan atasan. Isu ini ada disentuh; contohnya dalam himpunan cerpen (short stories) oleh Karim Raslan bertajuk Heroes and Other Stories (1996).",
"Kemudian, pada abad mutakhir ini, isu-isu seperti hak asasi manusia, seksisme dan orientasi seksual juga ada disentuh dalam karya-karya penulis tempatan sebagai contoh, novel Profesor (2017) oleh Faisal Tehrani. ",
"Selain daripada karya-karya sastera dalam bahasa Melayu, harus juga disedari bahawa terdapat karya-karya lokal yang ditulis dalam bahasa-bahasa lain terutamanya Bahasa Inggeris. Ianya didominasi oleh penulis-penulis bukan melayu dan penulis berbangsa Melayu yang mendapat pendidikan barat/ Inggeris. Kebanyakan karya-karya yang dihasilkan adalah berkenaan cabaran-cabaran dalam kehidupan, isu masyarakat terpinggir, status identiti bangsa Malaysia itu sendiri serta banyak lagi.",
"Adalah penting bagi seluruh rakyat Malaysia untuk mengenali bukan sahaja karya-karya tempatan dalam bahasa Melayu tetapi karya dalam bahasa-bahasa lain juga supaya kita lebih mengerti dan memahami psike setiap lapisan rakyat di negara ini. Ini bagi membolehkan kita bergerak kehadapan untuk membina peradaban negara bangsa kita secara kolektif. ",
"Perkembangan sastera seantero dunia seiring perkembangan tamadun sesebuah kawasan. Bermula dengan tamadun kuno seperti Babylon, Mesopotamia dan Mesir, sastera mula bertapak dengan penceritaan secara lisan sehingga berkembang kepada bentuk bertulis dan digital seperti yang kita ketahui hari ini.",
"Sastera memanusiakan manusia. Dalam erti kata lain, sastera membina peradaban manusia, dimulai dengan penceritaan tentang kepercayaan terhadap kuasa kosmik dan supernatural di zaman tamadun kuno. Menyelami perkembangan sastera sebenarnya membawa kita menyelami perkembangan peradaban manusia. Seperti kata pengkritik dan ahli sejarah seni Bernard Berenson, “Literature is the autobiography of humanity”.",
"Sastera mencakupi ruang lingkup agama, sosio-politik dan budaya. Sastera membincangkan isu seperti percanggahan agama dan pemikiran sekular, norma budaya masyarakat pelbagai zaman dan pertembungan budaya Timur dan Barat. Sastera pascakolonial misalnya merupakan penulisan yang asalnya bersifat reaktif terhadap kuasa imperialisme dan pemikiran barat. Sastera zaman moden di England ketika era Victoria seperti yang dinyatakan sebelum ini pula merupakan refleksi revolusi industri pada ketika itu.",
"Pelbagai genre sastera wujud untuk bacaan masyarakat. Daripada genre berbentuk realis, sejarah, magic realism, thriller, misteri, bildungsroman sehingga genre seram, fantasi dan fiksyen sains. Banyak pilihan untuk masyarakat untuk memilih bahan sastera berkualiti sebagai bahan bacaan. Banyak juga pilihan karya yang ditulis oleh penulis anak tempatan ataupun penulis dari luar negara.",
"Sebuah negara bangsa yang bertamadun adalah negara bangsa yang kaya dengan tradisi sastera yang hebat, sama ada karya sastera itu bersifat lisan atau penulisan. Semakin besar dan tinggi hasil karya sastera yang dihasilkan sesebuah negara bangsa maka semakin dipandang tinggi ketamadunan yang telah dicipta.",
"Lihat sahaja tamadun Greek kuno. Siapa yang tidak kenal dengan ahli falsafah mereka seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Sehingga kini hasil karya dan pemikiran mereka masih relevan dan terus diperbincangkan. Di England ketika zaman English Renaissance, semasa era pemerintahan Ratu Elizabeth I, siapa yang tidak mengenali pemuisi dan dramatis hebat seperti William Shakespeare, Christopher Marlowe dan Ben Jonson yang telah membawa revolusi kepada sastera Inggeris itu sendiri.",
"Sehingga kini, hasil karya mereka masih lagi dibaca, dipentaskan dan ditelaah di sekolah-sekolah serta universiti seluruh dunia. Tidak dilupakan tamadun Islam yang unggul hingga ratusan tahun juga adalah terbina antaranya daripada hasil-hasil karya sastera yang dihasilkan oleh ilmuwan-ilmuwan Islam yang disanjungi dan terkenal di timur mahupun di barat. ",
"Pokok pangkalnya, pilihan untuk membudayakan sastera dan menjadikan sastera sebagai sebahagian daripada cara hidup berbalik kepada pertimbangan ahli masyarakat itu sendiri. Mereka boleh membuat pilihan, sama ada membuat pilihan bijak dengan membaca dan mencintai karya sastera, atau kekal sebagai ‘hewan yang pandai’ tanpa kecintaan terhadap sastera dan kemanusiaan.",
"PENULIS ZAIRIL AZMIR ZAIYADI DAN SITI HAWA MUHAMAD, pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=35 |
KWSP: Pengeluaran berkala atau sekali sahaja?
| [
"Adakah anda punyai kenalan pencarum KWSP, yang telah cecah usia persaraan 55 tahun, tetapi tidak mahu mengeluarkan simpanan mereka secara penuh? Mereka sebaliknya memilih untuk membuat pengeluaran berkala atau bulanan.",
"Setiap bulan ada wang masuk, tiap tahun dapat dividen. Lebih untung katanya.",
"Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP), bilangan pencarum yang berbuat demikian tidak banyak dan mereka melakukannya secara sukarela, tanpa sebarang tekanan mahupun paksaan.",
"Lantaran itu Rabu lepas, KWSP mencadangkan agar pengeluaran secara berkala atau bulanan dijadikan mandatori sebaik pencarum berusia 55 tahun. Ya! mandatori. Bukan lagi pilihan.",
"Pembaharuan itu dicadangkan untuk pencarum baharu. Pencarum sedia ada kekal dengan dasar semasa. Boleh keluar penuh atau sebahagian.",
"Menurut tuan CEO, pengeluaran berkala beri peluang kepada ahli KWSP menguruskan wang persaraan dengan lebih baik. Ia juga memberi mereka peluang untuk terus menikmati dividen tahunan berdasarkan baki simpanan sedia ada.",
"Semalam, Perdana Menteri komen, katanya kerajaan terbuka dengan cadangan itu. Ia dilihat sebagai salah satu cara memastikan pencarum sentiasa ada wang yang cukup untuk menyara hidup sepanjang tempoh persaraan.",
"Beliau sendiri selaku Menteri Kewangan, tidak keberatan. Bergantunglah pada keupayaan KWSP katanya.",
"Bagaimanapun beberapa kekangan perlu diambil kira, termasuk jumlah simpanan yang terlalu kecil dalam kalangan pencarum. Baiklah, itu pandangan KWSP, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.",
"Bagaimana pula pandangan ahli ekonomi? Secara kasarnya mereka terbahagi kepada dua kem. Kem A menyifatkan cadangan tersebut sebagai penambahbaikan yang dialu-alukan.",
"Apa tidaknya? Langkah itu dapat memastikan pencarum mempunyai satu bentuk bayaran berkala setelah bersara.",
"Ini penting dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup yang dijangka terus meningkat pada masa akan datang.",
"Menerusi pengeluaran berkala, pesara juga terus menikmati dividen KWSP walaupun dalam jumlah yang berkurangan.",
"Berbeza dengan pengeluaran penuh, yang secara automatik menggugurkan kelayakan mereka menerima dividen tahunan. Hujah Kem A sememangnya rasional.",
"Lebih-lebih lagi jika dilihat dari segi disiplin pengurusan kewangan individu. Seperti yang kita sedia maklum, tahap disiplin diri setiap individu adalah berbeza. Ditambah pula dengan ancaman pelbagai sindiket penipuan yang menyasarkan golongan pesara baharu.",
"Tidak sedikit yang tewas kepada tutur kata penipu yang meyakinkan. Ditambah pula dengan sikap orang kita yang sentiasa berbaik sangka dan mudah percaya.",
"Berita pesara menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian beratus ribu ringgit bukan lagi sesuatu yang asing. Mereka tidak mungkin menanggung kerugian sebanyak itu jika akses kepada wang persaraan dapat dihadkan.",
"Baik, sekarang kita beralih kepada Kem B. Kem B berpandangan, pengeluaran secara berkala atau bulanan sewajarnya dijadikan pilihan, bukannya mandatori.",
"Menurut mereka cadangan yang diutarakan KWSP lebih kepada penambahbaikan skim pengeluaran sedia ada.",
"Pengeluaran bulanan boleh dianggap sebagai \"wang pencen\" untuk menampung kegunaan bulanan pencarum setelah bersara. Namun fleksibiliti untuk mengeluarkan jumlah wang lebih besar boleh membantu memenuhi impian mereka.",
"Mungkin untuk beli aset atau mengerjakan ibadah di tanah suci. Impian ini agak sukar dicapai jika sekadar bergantung pada pengeluaran bulanan.",
"Ada juga pencarum yang mungkin perlu melunaskan sepenuhnya hutang dalam jumlah yang besar atau ingin memulakan perniagaan.",
"Mereka pastinya perlu menyediakan modal perniagaan, termasuk modal kerja yang mencukupi.",
"Di sini jelas, fokus Kem B lebih terarah kepada penjanaan sumber pendapatan selepas bersara.",
"Kesimpulannya, sisi pandang kedua-dua kem perlu diambil kira sebelum keputusan akhir dibuat. Mungkin pengeluaran berkala lebih sesuai dijadikan mandatori kepada kelompok tertentu, misalnya yang mempunyai baki simpanan dalam jumlah besar. Pencarum dengan baki rendah pula dikecualikan.",
"Kami yakin, KWSP pastinya lebih arif dalam menentukan yang terbaik bagi pencarum.",
"Sementara menanti pengumuman KWSP, apa kata kita letak diri kita di tempat pembuat keputusan. Kita ini menjadi pengkritik memang mudah. Sekali-sekala rasakan pula beban yang ditanggung pembuat keputusan.",
"Anda cenderung ke arah Kem A atau Kem B? Atau mungkin perlu dibentuk Kem C pula?",
"PENULIS BAKHTIAR EFFENDY MOHD DOM ialah Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=36 |
Pasca politik baharu mencabar kepimpinan Kerajaan Madani
| [
"SAUDARA PENGARANGMenghitung hari, semboyan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 di enam negeri akan berbunyi dan bermulalah gendang politik berdendang. Sekali lagi pilihan raya kali ini akan memberi nafas baharu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Biarpun usia pemerintahan beliau sebagai perdana menteri boleh dianggap pada tahap permulaan, tetapi pendekatan politik Anwar telah merubah wajah landskap politik negara ini ke arah era penyatuan rakyat Malaysia secara reformasi kemakmuran dan perpaduan yang lebih tersusun bagi menghadapi gelombang arus masa depan negara yang lebih mencabar.Penyatuan strategi negara menghadapi kemelut ekonomi negara sebenarnya adalah anugerah buat masa depan politik pemimpin negara ini.Sebabnya pada ketika inilah usaha penyatuan dan perpaduan rakyat menghadapi gelombang mencabar ini menjadi tanda aras kebijaksanaan pimpinan Anwar untuk membina sebuah wajah Malaysia baharu yang dahulunya tergores dengan pelbagai masalah dan rintangan semasa berlakunya pergolakan politik tanah air.Pasca politik baharu yang disifatkan memberi gambaran kematangan rakyat memahami dan mengharungi realiti di sebalik kehidupan berisiko yang menuntut keadilan dan pemusatan gaya pengurusan negara yang lebih transparansi, menyanjung etika tadbir urus dan bijaksana melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.Bermula dengan idea penyatuan nasional menerusi slogan Malaysia Madani sebagai teras dan kayu ukur pentadbiran beliau, Anwar telah mengorak suatu gagasan permulaan pasca politik Malaysia yang menyatukan semua kaum di bawah panji perpaduan rakyat, sekali gus menjadi saksi kemegahan rakyat membina negara yang ketika ini kalut diselubungi tempias arus kemelut ekonomi yang membelenggu negara dan kegusaran rakyat mengharungi dilema politik yang tidak berkesudahan.Tidak cukup itu, Anwar memandang serius terhadap kegusaran rakyat terhadap penambahbaikan taraf sosioekonomi dan pendapatan rakyat yang terjejas akibat ketidakstabilan ekonomi negara akibat tempias masalah ekonomi antarabangsa yang melemahkan mata wang ringgit kita.Bertepatan dengan kesungguhan kerajaan untuk memulihkan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat fenomena kegawatan ekonomi ini, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar telah mengorak langkah menyatukan kefahaman prinsip politik bipartisan dengan menyatukan parti-parti politik yang bersetuju untuk bernaung di bawah payung demokrasi Kerajaan Perpaduan yang digagaskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Kesediaan kerajaan pimpinan Anwar untuk meminda perlembagaan Persekutuan yang membuka lembaran baharu yang bakal menyaksikan penggubalan akta-akta baharu dan penambahbaikan akta-akta sedia ada selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Ini adalah hadiah demokrasi yang ditunggu-tunggu oleh penggiat politik dan rakyat negara ini supaya amalan keadilan demokrasi dapat dimartabatkan.Selaras dengan itu juga, pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan pimpinan Anwar memperlihatkan penyantuan beliau terhadap kemahuan rakyat dengan mendahulukan keperluan rakyat membina semula nilai kehidupan mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan, wabak bencana dan peningkatan kos kehidupan akibat ketidakstabilan ekobomi global.Contohnya, inisiatif permulaan membantu rakyat memperoleh pekerjaan menerusi pelan strategik telah nampak keberhasilannya apabila lebih 20,000 rakyat memperoleh pekerjaan menerusi MyFutureJobs adalah suatu permulaan terbaik kepada kepimpinan negara untuk mencari penyelesaian kemasukan berjuta buruh asing bagi mengisi pelbagai ruang pekerjaan di negara ini.Bukan sekadar itu sahaja, kerajaan berusaha menyalurkan pelbagai inisiatif Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada sektor industri kecil dan sederhana (IKS) bagi meningkatkan keuntungan dan pulangan pelaburan terhadap komitmen mereka memperkasa dan mengembangkan bidang industri tersebut.Kepimpinan Anwar teruji apabila pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bipartisan belum mencapai matlamat sepenuhnya.",
"Pentas PRU DUN ke-15 di enam negeri akan menjadi pertaruhan terhadap keutuhan kerajaan pimpinan beliau dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar dan penekanan baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan beliau bagi menyelesaikan isu-isu kritikal negara seperti pemulihan kos sara hidup rakyat, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, pendidikan, penambahbaikan kesihatan rakyat dan sebagainya. Fokus untuk menggubal akta-akta yang dapat memelihara kemakmuran, keselamatan dan kebebasan bermaklumat dalam kalangan rakyat di negara ini memerlukan penelitian daripada sudut perundangan dan impak kepada pelbagai pihak bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan, apatah lagi ia merupakan agenda utama selepas PRU15 dan PRU enam negeri yang bakal mempertaruhkan kewibawaan Anwar untuk terus menerajui kepimpinan negara hari ini dan akan datang.Permuafakatan politik dengan parti-parti pembentukan Kerajaan Madani pimpinan Anwar dan merupakan suatu agenda yang tidak boleh diperlekehkan. Kepercayaan dan keyakinan semua parti terhadap agenda kepimpinan Anwar sentiasa menjadi agenda \"semak dan imbang\" dalam kalangan parti-parti politik di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan ini untuk menguji kebijaksanaan dan keupayaan kabinet pimpinan Anwar mengemudi Malaysia dengan lebih makmur dan berdaya maju.Asakan dan cabaran dari politik pembangkang juga merupakan faktor cabaran yang mengundang kebijaksanaan Anwar untuk menggalas dua peranan utama, iaitu pemimpin kerajaan dan tokoh negarawan yang sudah pasti akan mendorong Anwar bersikap profesional dan adil apabila membuat keputusan politik terhadap pelbagai kes melibatkan dua peranan ini, ibarat \"menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung tidak berselerak\".Kepopularitian Anwar sekali lagi teruji apabila strategi meraih pengundi baharu melibatkan remaja berusia 18 tahun ke atas dilaksanakan di pada PRU15 baru-baru ini. Cabaran untuk meraih minat golongan generasi Y dan Z kali ini untuk mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah air bukanlah perkara mudah. Apatah lagi golongan ini sangat dipengaruhi oleh media sosial yang banyak memberi kesan psikologi terhadap pemikiran, tingkah laku dan pembuatan keputusan mereka untuk memilih bakal-bakal pemimpin negara nanti.Hasil pemerhatian daripada penglibatan golongan ini di PRU15 belum boleh dianggap suatu kejayaan besar apabila masih ramai lagi daripada golongan ini tidak terangsang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi automatik dalam pilihan raya tersebut.Langkah komprehensif, drastik tetapi tersusun untuk meraih golongan ini dengan mempersiapkan pengetahuan mereka terhadap asas kenegaraan dan politik Malaysia mengundang pelbagai polemik dalam kalangan penggiat-penggiat politik negara. Ini merupakan suatu langkah berstrategik yang harus diterajui kepimpinan Kerajaan Madani pimpinan Anwar secara bijaksana bagi menyantuni golongan ini.Penginstitusian ilmu kenegaraan politik tanah air harus dilaksanakan secara sistematik bagi mempersiapkan remaja melunaskan tanggungjawab mereka sebagai pengundi muda yang bijaksana dan pandai membuat pilihan pada pilihan raya akan datang. Pendedahan ilmu kenegaraan dan penstrukturan sistem perlembagaan dan politik negara, sama ada dalam kurikulum formal atau tidak formal harus diangkat menjadi agenda strategik yang adil menerusi perkongsian maklumat secara berterusan supaya golongan ini memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pilihan raya akan datang.Keengganan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan langkah untuk menafikan permintaan rakyat yang tersempit untuk meneruskan kehidupan mereka di saat mereka terjebak dalam kencah krisis ekonomi, tetapi kesempatan ini harus dimainkan kerajaan untuk mendidik tabungan rakyat pada masa depan dan memberikan peluang meraih kepopularitian Anwar menterjemahkan langkah tersebut untuk memperkasa imej dan reputasinya sebagai pemimpin yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.Menghadapi kancah penurunan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika dan menyaksikan ketidakseimbangan sosiopolitik antarabangsa pada masa ini juga memerlukan keputusan bijak kerajaan untuk menyusun strategik yang boleh dimanfaatkan kepada semua golongan rakyat, lebih-lebih lagi negara akan beralih ke era endemik tidak lama lagi setelah lebih tiga tahun bertarung dengan pandemik COVID-19.Hakikatnya, bukan mudah semua cabaran tersebut dapat digalas bagi menjamin kelestarian Anwar menerajui negara. Penyusunan strategi maklumat dan komunikasi dalam kalangan rakyat masih belum dapat dilaksanakan dengan berkesan lebih-lebih lagi rakyat harus berdepan dengan pelbagai masalah akibat ketidaktentuan sosiopolitik dan ekonomi global yang akan memberikan kesan negatif berpanjangan sekiranya tidak dapat ditangani dengan bijaksana.Strategi bekalan makanan dan tanaman asas bagi mengatasi krisis makanan global dan kaedah penyusunan harga ternakan dan tanaman juga terus menjadi agenda penting pasca PRU15. Ini akan menyaksikan kebijaksanaan Anwar menerajui permasalahan ini dan mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini dengan cekap, adil dan saksama.Pemeliharaan imej dan reputasi Kerajaan Madani menerusi strategi komunikasi yang tersusun dan berkesan akan membolehkan kerajaan pimpinan Anwar dianggap lebih relevan terhadap situasi politik dan ekonomi tanah air, sekali gus mengembalikan taruhan kepercayaan dan keyakinan rakyat untuk terus melakarkan sokongan padu terhadap Anwar.Namun apakah pendekatan sebegini akan terus dinikmati oleh rakyat terutamanya pelbagai pihak yang selama ini menyokong kepimpinan Anwar sekiranya pelbagai isu negara terus menjadi taruhan sekiranya pendekatan strategik pemulihan sosiopolitik dan ekonomi negara tidak dapat diselesaikan dengan bijaksana? Inilah cabaran dan dugaan Anwar memacu agenda pemulihan ekonomi Malaysia di mata dunia yang harus dipertaruhkan.PENULIS TS. DR SYED AGIL ALSAGOFF, Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=37 |
Kos ibadah korban meningkat, laksana ikut kemampuan
| [
"Ibadah korban adalah amalan yang amat dituntut Islam atas umatnya yang berkemampuan, khususnya daripada segi kewangan. Ia melibatkan kewangan kerana orang yang berniat untuk melakukan ibadah korban perlu membayar harga korban binatang sekurang-kurangnya satu bahagian (untuk lembu, unta dan kerbau) atau seekor kambing.",
"Harga korban perlu dibayar kepada pihak yang menguruskan ibadah korban oleh mereka yang ingin berkorban meningkat setiap tahun. Pada tahun 2023, seekor lembu berharga kira-kira RM6,000. Pada tahun sebelumnya harga seekor lembu adalah sekitar RM5,500 – RM5,700 berbanding RM5,300 – RM5,600 pada tahun 2021.",
"Untuk satu bahagian lembu, harga korban pada tahun 2023 adalah RM800 – RM850, dan pada tahun 2022, RM786 – RM 815 berbanding RM758 – RM800 untuk tahun 2021. Pada tahun 2015 pula, kos satu bahagian lembu adalah sebanyak RM600.",
"Polar peningkatan kos ibadah korban ini amat membimbangkan kerana dalam jangka masa panjang; akan mengakibatkan hanya individu kaya dan berkemampuan sahaja boleh melakukan ibadah korban.",
"Sedangkan ibadah korban adalah amalan yang amat digalakkan. Akibat daripada kenaikan kos ibadah korban yang semakin meningkat pada setiap tahun, sudah apa pihak menawarkan skim pinjaman kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban sedangkan mereka tidak mampu daripada segi kewangan.",
"Kesannya; pengurus-pengurus ibadah korban menawarkan pelbagai pakej ibadah korban di negara-negara luar dengan harga lebih murah. Sebagai contoh antara pakej ibadah korban di negara luar adalah antara RM300 – RM400 pada tahun ini dan pada 2022, RM350 untuk satu bahagian.",
"Bagi membantu mereka yang ingin mengerjakan ibadah korban, pihak-pihak pengurusan ibadah korban seperti masjid, surau serta badan bukan kerajaan, menawarkan skim simpanan empat (4) hingga lima (5) bulan sebelum tarikh ibadah korban.",
"Ibadah korban merujuk kepada binatang ternakan tertentu yang disembelih pada Hari Raya Haji dan tiga (3) hari tasyri’ iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Upacara penyembelihan tersebut menjadi ibadah apabila ianya dilakukan atas tuntutan Allah SWT sesuai dengan Sunnah Nabi Ibrahim AS. Firman Allah SWT dalam surah As-Saaffat, ayat ke 102 yang bermaksud:",
"“(Ibrahim berkata) wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu, maka telitikanlah apa pandangan kamu. (Ismail berkata) wahai bapaku, lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Nescaya kamu akan mendapati bahawa aku ini – Insya-Allah – tergolong daripada kalangan mereka yang sabar.”",
"Begitu juga dalam sebuah hadis Nabi S.A.W bersabda yang mafhumnya:",
"“Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”. (Hadis Riwayat Tirmidzi).",
"Ibadah korban tersebut dilakukakan ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Dalil menunjukkan bahawa ibadah korban antara aktiviti yang diiktiraf dalam Islam, seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Kauthar: 2; bermaksud:-",
"“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur”.",
"Melakukan ibadah korban merupakan sesuatu yang amat dituntut bagi umat Islam berkemampuan daripada segi kewangan. Namun bagi mereka berkemampuan tetapi memilih untuk tidak melakukannya adalah makruh. Bagaimanapun jika seseorang itu tidak melakukannya tanpa sebarang keuzuran adalah tidak berdosa. Sebaliknya, jika ada amaran kepada mereka yang berkemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban seperti hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi SAW: Maksudnya:- ",
"“Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berkorban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”",
"Harga ibadah korban adalah kos korban yang perlu dibayar kepada pengurus program ibadah korban. Sekiranya individu tersebut berniat untuk melakukan korban, boleh memilih untuk korban seekor lembu atau seekor kambing atau seekor unta. Untuk lembu individu juga boleh memilih untuk korban 1 bahagian daripada 7 bahagian seekor lembu. Kebiasannya pengurus ibadah korban akan menetapkan kos 1 bahagian/seekor termasuk kos pengurusan. Namun terdapat juga pengurus ibadah korban tidak mengenakan caj pengurusan.",
"Menurut data daripada beberapa penternak lembu seperti Rimbayu Agro, Antara Gapi Agro, Gombak Agro 2, Sungai Merab Agro, berikut merupakan harga korban untuk seekor lembu:-",
"Berdasarkan data di atas, secara purata harga seekor lembu meningkat sebanyak 1 – 12 % setahun. Kenaikan paling tinggi adalah pada tahun 2020 ke 2021 iaitu 12% dan paling rendah 1%; tahun 2015 ke 2017. Harga lembu ditetapkan oleh penternak lembu mengikut gred lembu. Untuk seekor lembu, kos terlibat termasuk dedak, serami padi kering, rumput hijau, ubat-ubatan dan kos elektrik serta air.",
"(Penduduk Kampung Mata Kuching, Melaka melapah daging korban pada Program Korban Berkelompok anjuran Surau At Taqwa pada 1 Julai 2023/Foto hiasan BERNAMA)",
"Rata-rata penternak lembu menyalahkan kenaikan harga lembu kepada peningkatan kos makanan lembu terutamanya dedak. Ada benarnya kerana menurut Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd, En. Zainol Abidin Mohamad, kenaikan kos dedak sebanyak RM27 seguni pada tahun 2021 kepada RM40 seguni pada tahun 2022 (meningkat 48%) sedikit sebanyak memaksa penternak lembu meningkatkan harga seekor lembu sebanyak RM500 seekor.",
"Peningkatan kos makanan lembu ini ada kaitannya dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Berikut statistik purata kadar matawang Ringgit Malaysia kepada Amerika Dolar:-",
"Statistik purata kadar matawang Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika menunjukkan polar menurun dan selari dengan kenaikan harga lembu seperti di atas. Apabila kadar matawang Ringgit Malaysia jatuh berbanding dengan Dolar Amerika, harga barang import dari Amerika Syarikat menjadi lebih mahal termasuk harga import jagung dan kacang soya.",
"Selain peningkatan kos import jagung dan kacang soya, permintaan tinggi terhadap lembu sempena sambutan Hari Raya Korban juga menyumbang kepada kenaikan harga lembu. Pengarah Urusan Sumobek Sdn Bhd, Mohd Nasir Samat, berkata pihaknya terpaksa menaikkan kadar lembu korban kerana permintaan yang tinggi berbanding dengan stok yang ada.",
"Secara keseluruhan, berdasarkan kajian-kajian lepas serta maklumat daripada penternak lembu, dapat disimpulkan bahawa antara faktor kenaikan harga lembu adalah disebabkan peningkatan harga makanan lembu terutamanya dedak. Antara bahan asas dalam pengeluaran dedak ialah jagung dan kacang soya dan kedua-dua bijirin itu kebiasaannya diimport dari Amerika Syarikat.",
"Kenaikan harga barang-barang import adalah disebabkan beberapa faktor seperti kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia dan kenaikan kos jagung dan kacang soya di Amerika Syarikat. Dalam konteks harga ibadah korban, selain daripada permintaan yang tinggi, peningkatan kos dedak memaksa penternak lembu meningkatkan harga lembu dalam pasaran. Maka harga ibadah korban akan turut meningkat dan kesannya dirasai oleh individu tidak berkemampuan.",
"Senario ini boleh ditangani dengan mengawal kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika. Pada masa sama, kebergantungan kepada import jagung dan kacang soya juga perlu dikurangkan manakala sumber protein lain untuk makanan lembu boleh digalakkan seperti bahan daripada kelapa sawit antaranya formulasi diperkenalkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).",
"Formulasi MPOB mengandungi lebih 80 peratus bahan berasaskan sawit iaitu dedak isirung sawit (PKC), tandan buah kosong (EFB) dan minyak sawit mentah (MSM). Bagi menangani masalah permintaan yang tinggi, usaha bagi membanyakkan penternak-penternak lembu perlu juga harus dipergiatkan.",
"PENULIS AHMAD YANI ISMAIL ialah Pensyarah/Penyelidik di Fakulti Pengurusan dan Muamalah Universiti Islam Selangor.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=38 |
Kemelut politik binasa keamanan
| [
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Masjid At-TaqwaKota Bharu, bersama Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 18 Jun 2023/Foto FB Anwar Ibrahim)",
"Rakyat sedang giat memerhati situasi politik mutakhir. Kemelut politik-ekonomi negara yang semakin berlarutan membayangkan cabaran besar buat pimpinan kerajaan untuk membenteras anasir-anasir politik yang memporak-perandakan kesejahteraan dibangkitkan rakyat.",
"Justeru, dengan kesempatan ini rakyat menilai strategi, kekuatan dan reputasi parti politik, bukan sahaja melibatkan percaturan politik tetapi penglibatan jalinan kerjasama antara parti yang boleh menyelesaikan kemelut politik negara.",
"Rakyat sudah bosan dengan konflik politik dan kecelaruan politik nasional, pergelutan kuasa tanpa kesudahan dan membantutkan usaha untuk fokus kepada pembangunan atau pemulihan ekonomi negara.",
"Lantaran itu rakyat hanya menjadi pihak pemerhati dalam urusan politik dan mengelak terjerumus dalam kancah politik. Tumpuan mereka hanya kepada memikirkan kesan strategi pemulihan sosioekonomi taraf kehidupan mereka yang terancam akibat kekusutan ekonomi yang semakin meningkat. ",
"Keresahan merasai konflik ekonomi global yang belum menampakkan solusi berkesan dan relevan, telah menyebabkan taraf sosioekonomi rakyat di negara-negara Asia menerima tempiasnya dan menyebabkan berlakunya krisis ekonomi domestik serius. Hal ini akan menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.",
"Justeru, pentingnya kestabilan negara yang akan menyaksikan keseimbangan pembangunan fizikal dengan pembangunan sosial rakyat bagi mendepani masalah-masalah kekusutan ekonomi global hari ini. Kestabilan sesebuah negara itu wujud melalui pelbagai cara:-",
"Cubaan atau ujian tidak berasas terhadap keyakinan dan keutuhan sistem politik atau perlembagaan negara dan negeri yang dikucar-kacirkan oleh pihak-pihak tertentu dengan menyaksikan berlakunya domino effect harus diselesaikan secara bijaksana.",
"Cubaan menguji kekuatan dan pengaruh parti serta mempengaruhi fikiran dan tindakan rakyat untuk merosakkan suasana perpaduan atau kesejahteraan politik negara harus dihalang dan ditegah supaya kemurniaan dan kesepakatan rakyat terus dipelihara.",
"Fenomena negatif seperti ini akan menjadi sandaran kepada cubaan praktis jalinan kerjasama antara parti; persaingan kuasa dan pengaruh, perlumbaan penguasaan politik yang memberi isyarat kepada kedudukan politik kerajaan persekutuan yang tidak kukuh dan mengekalkan ancaman-ancaman yang boleh menguggat kestabilan politik negara.",
"Bukan masanya untuk menguji atau cubaan untuk mencerna perlembagaan negara tetapi fenomena kecelaruan politik hari ini membayangkan mekanisme sistem pemerintahan dan politik negeri serta persekutuan harus dinilai semula seperti mewujudkan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan dan pemeliharaan masyarakat majmuk di negara ini secara lebih komprehensif. ",
"Usaha sebegini diharap dapat mendukung amalan demokrasi terpimpin yang lebih efektif di negara ini.",
"Kegawatan politk dan krisis perlembagaan hari ini mencabar kematangan sistem amalan politik negara sejak kemerdekaan; boleh menjejaskan reputasi kepimpinan dalam kalangan parti politik untuk menampilkan penjelmaan imej positif dalam kalangan rakyat dan pengundi.",
"Kematangan rakyat bertumpu kepada sejauh manakah parti berpengaruh membuat percaturan politik semasa, apakah rakyat menilai ketelusan, keikhlasan parti memperjuangkan nasib rakyat dan negara; bagaimana sistem dan mekanisme sistem perlembagaan dan politik negara dapat memenuhi keperluan masyarakat dan negara serta mewujukan budaya demokratik baharu yang menganjurkan lebih banyak partisipasi rakyat dalam dunia politik tanah air dan meningkatkan tuntutan keperluan rakyat untuk membangkitkan aspirasi negara mengikut acuan dan keperluan rakyat berbanding keperluan politik.",
"Kerajaan juga harus mempergiatkan usaha pelaburan asing dan penjanaan pendapatan ekonomi tempatan dengan melonjakkan sektor ekonomi menerusi pelbagai insentif menguntungkan rakyat dan negara.",
"Selain itu memastikan rakyat menyokong industri tempatan dengan kaedah lebih efisyen termasuklah memperkenalkan kembali sistem percukaian efektif yang boleh memberi pendapatan berterusan kepada kerajaan serta mengurangkan hutang negara.",
"Seharusnya pendekatan untuk mengurangkan politiking dan membina jaringan ukhuwah sesama parti politik, baik kerajaan atau pembangkang harus dihormati semua pihak.",
"Dalam hal ini, semua pihak, iaitu parti-parti dalam kerajaan mahupun pembangkang harus faham cabaran ekpnomi global kali ini sangat kritikal dan boleh menyebabkan risiko peruntukan kerajaan terjejas sekiranya ia gagal memperoleh sokongan rakyat.",
"Seharusnya semua parti politik bersikap lebih matang, tidak menangguk di air keruh, memberi keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negara, berbanding prinsip perjuangan politk kepartian yang sudah pasti akan mencetuskan polemik dan konfrantasi dalam kalangan rakyat negara ini.",
"Tumpuan seharusnya kepada strategi dan bentuk tindakan yang harus diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut dibuat dengan bijaksana.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan terkait hala tuju ekonomi negarabersama-sama ahli ekonomi, YB Datuk Seri Johari Ghani dan Khairy Jamaluddin pada 16 Jun 2023/Foto FB Anwar Ibrahim)",
"Dalam hal ini semua parti harus duduk semeja dan para pemimpin parti politik lain untuk menyelesaikan masalah negara berkaitan dengan strategi pengawalan penularan COVID-19 dan mencapai persetujuan untuk memberi sokongan penuh kepada kerajaan meneruskan agenda nasional, termasuklah memastikan kemelut politik dan krisi perlembagaan tidak berpanjangan.",
"Barangkali ada isu yang membuatkan parti-parti politik bertelagah atau tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan sekarang, tetapi satu hal yang harus diingat bahawa kemelut ekonomi global pada ketika ini harus diberi keutamaan berbanding dengan perebutan politik yang merugikan rakyat dan negara.",
"Percaturan sekarang bukanlah satu ugutan atau ancaman dalam senario politik sekarang, tetapi membina keserasian politik terutamanya dalam menghadapi ancaman gelombang ketidaktentuan dan kelesuan ekpnomi global yang berlaku sekarang.",
"Dalam hal ini, sokongan daripada gagasan Kerajaan Perpaduan pada hari ini dilihat sudah menjelmakan suatu kekuatan dalam institusi kerajaan itu sendiri, mengetengahkan pelan dan perancangan untuk memajukan negara terutamanya menghadapi konflik dan kontroversi sosiopolitik semasa.",
"Tindakan kerajaan meraih sokongan terhadap kepimpinan negara yang diterajui oleh Kerajaan Perpaduan hari ini menunjukkan bahawa kerajaan bersedia berkorban menaruh prinsip untuk berjuang demi kepentingan rakyat dan negara.",
"Tanggungjawab parti-parti politik di negara ini seharusnya tidak lupa bahawa perjuangan menegakkan prinsip politik, imej dan reputasi parti tidak membelakangkan usaha untuk meredakan kesengsaraan rakyat menghadapi ancaman-ancaman kekusutan ekonomi glonal hari ini dan bukan bermain dengan strategi politik semata-mata untuk mengaburi isu-isu semasa dalam kalangan rakyat.",
"Saya tidak menolak bahawa gagasan Kerajaan Perpaduan boleh ke depan dan terus mengepalai kerajaan negara sekiranya ia mampu untuk membuka lebih banyak ruang kerjasama domestik bersama semua parti politik di negara ini demi membantu Kerajaan menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat negara ini.",
"Dalam hal ini, perjuangan merebut keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap keutuhan Kerajaan Perpaduan hari ini harus diberi keutamaan di samping mempunyai niat murni untuk menjaga kebajikan dan perpaduan saksama dalam kalangan rakyat.",
"Inilah waktu terbaik bagi semua pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan kemelut sosiopolitik, sebaliknya para pemimpin perlu begandingan bahu mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan isu-isu kritikal masyarakat yang terkesan teruk akibat ancaman kemelesetan ekonomi yang dihadapi hari ini.",
"Rakyat mahukan pembelaan dan pemeliharaan dari segi sosioekonomi mereka, bagaimana merka akan meneruskan kelangsungan kehidupan, bukannya memperjudikan nasib mereka atas senario politik tidak menentu pada masa sekarang.",
"Penyatuan semua pihak dalam penyelesaian isu-isu domestik negara sangat bernilai untuk mengembalikan kembali tahap ekonomi di negara ini.",
"Saranan gencatan politik yang diperjelaskan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi menunjukkan Parti UMNO bersedia bekerjasama dengan kerajaan sekarang untuk melestarikan penyatuan kerjasama politik dan memberikan keyakinan kepada rakyat dan para pelabur asing bahawa mereka mampu menjelmakan keamanan dan perpaduan nasional. Pada masa sama membelakangkan kemelut-kemelut yang tidak memberi sumbangan berharga buat rakyat dan negara.",
"Gesaan penyatuan parti-parti politik untuk menghadapi ancaman dunia, juga pernah disuarakan oleh YDP Agong; ternyata merupakan suatu tindakan bijaksana baginda meleraikan kemelut ini.",
"Justeru, menjelang pilihan raya negeri dan bulan kemerdekaan nanti, kerajaan diharap akan menampilkan lebih banyak aktiviti perpaduan yang mampu menjelmakan nilai-nilai kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia.",
"PENULIS TS. DR SYED AGIL ALSAGOFF, Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=39 |
Pupuk literasi kewangan seawal usia, elak bankrap
| [
"Cukup membimbangkan apabila Jabatan Insolvensi Malaysia melalui Statistik Kebankrapan 2022 melaporkan bagi tempoh 2019 sehingga April 2023, terdapat 34,043 kes kebankrapan ditadbir mereka dengan golongan anak muda berumur bawah 25 tahun sebanyak 107 kes, dan berumur antara 25 - 34 tahun sebanyak 6,341 kes.",
"Laporan tersebut turut menyebut antara punca utama kes kebankrapan adalah berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan hutang kad kredit. Gaya hidup berhutang telah menjadi satu amalan biasa pada masa kini. Kadar hutang isi rumah turut berada pada tahap membimbangkan.",
"Lebih membimbangkan, berdasarkan Malaysian Financial Literacy Survey 2022, majoriti golongan muda berumur 21 tahun ke atas belum mula membuat pelaburan untuk masa hadapan. Dapatan tinjauan tersebut membuktikan majoriti responden (55%) membelanjakan kesemua atau melebihi pendapatan bulanan mereka.",
"Anak muda juga dilihat cenderung berhutang berikutan banyaknya kemudahan bayaran ansuran ditawarkan institusi kewangan. Kaedah pembelian yang menggalakkan bayaran ansuran atau penangguhan bayaran dengan penggunaan kad kredit turut kelihatan menarik di mata mereka.",
"Situasi itu berlaku akibat peningkatan kos sara hidup serta keinginan untuk memenuhi gaya hidup mewah. ",
"Trend ini mendorong anak muda untuk bergantung kepada hutang misalnya membuat pinjaman peribadi sedangkan mereka kurang berkemampuan untuk membuat pembayaran balik.",
"Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa kegagalan melunaskan pembayaran pinjaman peribadi merupakan penyebab utama kebankrapan di Malaysia. Jabatan Insolvensi Malaysia dalam Statistik Kebankrapan 2022 melaporkan terdapat 16,755 kes (49%) melibatkan pinjaman peribadi bagi tempoh 2019 sehingga April 2023.",
"Di samping itu, kurangnya kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan, dan keperluan untuk menjaga keseimbangan di antara pendapatan dan perbelanjaan juga telah menyebabkan masalah hutang dalam kalangan golongan muda menjadi semakin meruncing.",
"Pengetahuan kewangan atau ilmu kewangan adalah sangat penting dan haruslah diperkenalkan seawal mungkin.",
"Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bersama-sama membantu melahirkan generasi yang lebih celik kewangan. Celik kewangan bermaksud kebolehan menguruskan kewangan termasuklah menabung, melabur dan mengurus hutang.",
"Celik kewangan sepatutnya menjadi fokus penting dan perlu diberi perhatian oleh golongan anak muda. Mereka boleh mempertimbangkan beberapa saranan sebagai usaha mengurus kewangan dengan lebih baik.",
"Penting untuk menyediakan pendidikan kewangan kepada anak muda. Sekolah dan institusi pendidikan boleh memperkenalkan mata pelajaran kewangan meliputi aspek seperti pengurusan wang, perancangan bajet, pelaburan, dan pengurusan hutang.",
"Program-program pendidikan kewangan juga boleh dijalankan melalui kempen-kempen kesedaran kewangan di peringkat komuniti.",
"Anak muda harus faham cara mengenal pasti pendapatan dan perbelanjaan. Selain itu, mengenali perbezaan di antara keperluan dan kehendak juga sangat penting agar perancangan bajet mereka dapat dibuat dengan baik.",
"Pelaksanaan bajet dengan teliti, membolehkan wang dibelanjakan dengan lebih berhemat.",
"Anak muda disaran untuk membentuk tabungan sebagai persediaan kecemasan dan simpanan jangka panjang. Ini membantu mereka menghadapi situasi tidak terduga atau ketidakstabilan kewangan. Memiliki tabungan simpanan dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada hutang dan memupuk sikap berjimat cermat.",
"Memperkenalkan pelaburan kepada anak muda sebagai kaedah membantu mereka membangunkan kekayaan. Namun ia perlu dimulai dengan ilmu memahami prinsip-prinsip asas pelaburan, risiko yang berkaitan, dan kaedah pelaburan yang bersesuaian. Ini termasuk pelaburan dalam saham, bon, dana indeks, atau hartanah.",
"Kesedaran pengurusan hutang wajar menjadi pertimbangan utama. Memahami konsep faedah, tempoh bayaran, dan impak hutang terhadap kewangan sangat penting.",
"Golongan muda perlu didorong untuk mengelak hutang secara berlebihan dan menguruskan hutang dengan berdisiplin, termasuk membuat bayaran bulanan yang tepat dan hanya berhutang bagi keperluan yang mendesak.",
"Dalam era digital, anak muda perlu berilmu pengetahuan dan punyai kesedaran tinggi terhadap kewangan digital. Penggunaan aplikasi perbankan dalam talian, pembayaran digital, dan keselamatan bagi urus niaga dalam talian perlu diambil cakna.",
"Kaedah menjaga privasi dan keselamatan maklumat peribadi semasa menggunakan platform digital juga harus sentiasa diutamakan.",
"Penting bagi anak muda untuk mendapat sokongan dan bimbingan daripada keluarga, pendidik, dan penasihat kewangan berkelayakan. Anak muda boleh mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam pengurusan kewangan.",
"Institusi kewangan juga boleh memainkan peranan dengan menganjurkan program-program berkaitan dengan literasi kewangan.",
"Institusi kewangan boleh bekerjasama dengan institusi pendidikan atau badan-badan berkaitan dalam menghasilkan program-program menarik dan menghiburkan agar dapat menarik minat anak muda untuk lebih mendalami ilmu kewangan.",
"Pengetahuan dan kemahiran berkaitan celik kewangan adalah penting bagi pengurusan kewangan yang baik dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat disebabkan peningkatan harga barang, dan keadaan ekonomi tidak stabil berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia beberapa tahun kebelakangan ini.",
"Menerusi penerapan lapan saranan ini diharapkan celik kewangan dalam kalangan anak muda di Malaysia dapat dipertingkatkan.",
"Untuk menjayakan Malaysia Madani yang digagaskan oleh kerajaan, pastinya aset utama negara iaitu anak muda harus diberdayakan terlebih dahulu untuk merealisasikannya dengan lebih berkesan.",
"PENULIS DR. NOOR AIMI MOHAMAD PUAD ialah Pensyarah Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) dan NORLITA ZAINUDIN, Pensyarah Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM), Universiti Islam Selangor (UIS).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=40 |
Sumber manusia hijau menangani cabaran Industri 4.0
| [
"SAUDARA PENGARANGIndustri 4.0 adalah suatu pendekatan dan trend pertukaran data dan automasi terkini dalam teknologi pembuatan. Industri 4.0 mempunyai sifat yang unik dan tersendiri. Ia akan membantu proses pembuatan dan pengeluaran menjadi semakin laju, luas dan mendalam serta mempunyai impak yang menyeluruh. Diasaskan daripada tiga domain teknologi iaitu fizikal, digital dan biologikal, Industri 4.0 mempunyai 9 tonggak teknologi untuk memacu kejayaan industri pembuatan.",
"Pelbagai peluang dan cabaran dibawa oleh Industri 4.0 kepada dunia dan penghuninya. Pengeluaran dan pengilangan mungkin bertambah cepat dan pantas. Walau bagaimanapun, Industri 4.0 membawa pelbagai cabaran seperti isu keselamatan, keperluan modal, peluang pekerjaan dan kerahsiaan kepada semua pemegang taruh.Hasil tinjauan dan pengamatan penulis, Industri 4.0 turut memberi cabaran khusus kepada sumber manusia yang menjadi tunjang kepadanya iaitu masalah tekanan teknologi (technostress), aduan somatik, gangguan muskuloskeletal, dan stres pekerjaan. Untuk mengatasinya, penulis mencadangkan supaya semua pemegang taruh terutamanya organisasi mengamalkan gaya pengurusan sumber manusia hijau.Pengurusan sumber manusia hijau adalah suatu pendekatan bagi mengurus sumber manusia organisasi yang diambil daripada pengurusan alam sekitar yang telah menarik perhatian ramai sarjana dan penyelidik dari seluruh dunia sejak tahun 1990an lagi. Berdasarkan falsafah teknologi hijau dalam mengurus persekitaran, konsep ini bolehlah ditakrifkan sebagai amalan dan polisi pengurusan sumber manusia yang menghargai persekitaran melalui konsep kejat dan tangkas.",
"Ia juga bermaksud sebagai suatu pertanggungjawaban organisasi dalam membentuk sumber manusia hijau yang memahami, menghargai dan mengamalkan insiatif hijau serta mengekalkan objektif hijau dalam semua fungsian pengurusan sumber manusia atau semua aktiviti pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem pengurusan yang bertujuan menjadikan sumber manusia organisasi sebagai sumber manusia hijau.",
"(Sumber manusia hijau menangani cabaran Industri 4.0)",
"Penyelidik lain menghuraikannya sebagai integrasi pengurusan persekitaran korporat ke dalam pengurusan sumber manusia. Ringkasnya di sini, dalam konteks pengurusan sumber manusia hijau, penekanan dan fokus utamanya adalah kelestarian persekitaran daya saing organisasi.",
"Bagi membolehkan organisasi diurus melalui konsep pengurusan sumber manusia hijau, ia perlulah memiliki sumber manusia yang hijau juga. Sumber manusia hijau dijangka mampu menangani keperluan dan cabaran Industri 4.0. Terdapat 8 ciri utama yang perlu ada pada seseorang sumber manusia organisasi bagi membolehkan individu itu diiktiraf sebagai sumber manusia hijau. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:-",
"terdiri daripada kejat (lean), tangkas, malar segar, luwes (flexible), sihat fizikal, sihat mental, individu seimbang dan produktif.1. Kejat",
"Konsep kejat ini diadaptasi daripada konsep yang diperkenalkan oleh Toyota dalam pengeluaran automotifnya. Di Toyota, kejat ditakrif sebagai mengoptimumkan pengeluaran melalui kecekapan dan pengurangan pembaziran sumber. Individu yang mempunyai ciri-ciri kejat berupaya mengatur gerak kerjanya untuk menghasilkan lebih nilai dalam hasil kerjanya di samping meminimumkan pembaziran sumber ke tahap yang paling rendah.",
"Dalam aspek tangkas pula, ia merujuk kepada suatu ciri yang menggambarkan kepantasan dan kecekapan dalam bertindak menangani perubahan. Individu yang tangkas berupaya mencipta dan bertindak balas segera untuk berjaya dalam persekitaran yang tidak menentu, organik dan dinamik.",
"Individu yang dikatakan sebagai malar segar mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan seiring dengan zaman di mana dia berada. Kewujudannya bolehlah disimpulkan sebagai tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Dia sentiasa signifikan walaupun hidup melangkaui beberapa zaman.",
"Dalam aspek lain, sumber manusia hijau adalah luwes yang mana dia berupaya melaksanakan pelbagai fungsian dan peranan dalam suatu masa.",
"Individu yang sihat secara fizikal dan mampu bekerja menjadi antara ciri penting dalam sumber manusia hijau. Individu yang sihat secara fizikalnya mampu berfikir dan berkelakuan secara normal.",
"Individu yang sihat secara mental pula mempunyai keupayaan kognitif yang mampu berfikir dengan cergas terutamanya apabila berhadapan dengan situasi pembuatan keputusan dalam kehidupan. Idea yang inovatif juga mudah terhasil apabila individu mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan mental yang cemerlang.",
"Individu seimbang dapatlah digambarkan sebagai individu yang berupaya mengimbangi tuntutan kehidupan peribadi dan kerjaya. Seorang individu memainkan pelbagai peranan dalam hidupnya. Dia adalah ibu/ bapa/ anak, ahli masyarakat dan juga pekerja. Kesemua peranan ini menuntut sejumlah perhatian tertentu. Hanya individu yang bijak mengimbangi kesemua tuntutan dan tanggung jawab tersebut mampu berperanan secara bijak, cekap dan produktif. Selain seimbang dalam kehidupan peribadi dan kerjaya, keseimbangan aspek material dan spiritual juga diperlukan oleh sumber manusia hijau.",
"Akhirnya, seorang individu iaitu sumber manusia hijau mestilah seorang yang produktif. Individu yang produktif berupaya menjangkau dalam pelaksanaan tugas dan peranannya bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.Realitinya, Industri 4.0 membawa banyak peluang dan cabaran. Untuk mendepaninya, kita perlu bersedia dari segi fizikal, mental, spiritual dan emosi. Pengurus sumber manusia dan sumber manusia itu sendiri mesti berubah seiring dengan keperluan Industri 4.0.",
"Ini adalah untuk memastikan mereka kekal relevan walaupun dunia beralih ke era baru. Perubahan pengurusan sumber manusia konvensional kepada pengurusan sumber manusia hijau adalah amat penting sebagai langkah awalan dalam anjakan paradigma sesebuah organisasi. Anjakan paradigma yang diambil oleh organisasi ini amatlah perlu kerana ia bakal menghasilkan sumber manusia hijau. Sumber manusia hijau ini seterusnya akan menjadi seorang adiwira harapan organisasi yang menjuarai semua cabaran Industri 4.0.",
"(Profesor. Dr. Zafir Khan (kiri) dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Helmi (kanan)",
"PENULIS PROF. MADYA TS DR. MOHD HELMI ALI, ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan dan PROF. DR. ZAFIR KHAN MOHAMED MAKHBUL ialah Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB) Universiti Kebangsaan Malaysia.Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=41 |
Elaun pelatih industri, tanggungjawab pelajar, universiti & majikan
| [
"(Foto tular Rashifa Aljuneid yang menyuarakan bantahan mengenaiisu elaun mahasiswa yang membuat latihan industri dengan membawa sepanduk 'Intern Bukan Buruh Percuma'/Twitter @youngaljuneid)",
"SAUDARA PENGARANGIsu pembayaran elaun kepada pelatih latihan industri hangat diperkatakan sejak pertengahan tahun ini.Pada 7 Jun lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar pihak kerajaan memperkenalkan Akta Latihan Amali Berbayar bagi memastikan setiap majikan menyediakan elaun yang berpatutan kepada pelatih.Isu ini meraih lebih perhatian apabila seorang pelajar di sebuah universiti awam, Rashifa Aljuneid telah membawa sepanduk ’Intern bukan buruh percuma’ di sekitar kampusnya dan memuat naik ke akaun Twitternya @youngaljuneid pada 17 Jun lalu lantas tular. Rashifa menyatakan kerisauannya tentang perjalanan latihan industri yang akan ditempuhinya pada semester hadapan sekiranya bakal majikan tidak menyediakan bayaran elaun yang mencukupi atau tiada bayaran langsung.",
"Dalam hal ini, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya kerajaan mewajibkan pembayaran elaun ke atas syarikat-syarikat yang mengambil tenaga pelatih latihan industri. Presidennya, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman dipetik sebagai berkata syarikat biasanya membuat bayaran mengikut kemampuan dan cadangan bayaran minimum RM1,500.00 sebulan tidak boleh dilaksanakan secara drastik terutama kepada syarikat-syarikat perusahaan mikro.Di pihak kerajaan, ia menarik perhatian Perdana Menteri yang meminta syarikat menggunakan budi bicara dalam soal pembayaran dengan mengambil kira sumbangan pelatih kepada syarikat, namun tidak bercadang untuk mewajibkannya. Kementerian Sumber Manusia dilaporkan sedang meneliti isu pembayaran elaun dan memandang serius kebajikan pelatih latihan industri.Dalam polemik ini, tiga pihak perlu jelas dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kelancaran latihan industri agar objektif sebenar tercapai. Tiga pihak tersebut adalah pelajar, universiti dan majikan.Peranan dan tanggungjawab pelajar Pelajar diberi kebebasan untuk memilih penempatan latihan industri asalkan skop pekerjaan yang dimohon adalah berkaitan dengan bidang pengajian. Oleh itu, pilihlah tempat yang sesuai dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki.Setelah mengenal pasti organisasi yang sesuai, kaji dahulu latar belakang syarikat dan cari maklumat-maklumat penting mengenai organisasi:- Dapatkan maklumat mengenai pembayaran elaun dan berapa jumlah elaun yang akan diberikan. Jika tiada elaun atau tiada kemudahan lain yang diberikan, pelajar boleh mengenepikan hasrat untuk memohon di organisasi tersebut dan mencari penempatan lain.- Semak lokasi organisasi, adakah mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam atau berdekatan dengan rumah yang bakal disewa. Kadang-kadang alamat organisasi yang tertera adalah alamat ibu pejabat, sedangkan lokasi sebenar penempatan latihan industri adalah di pejabat cawangan yang beralamat di tempat yang berbeza.- Periksa tempoh masa bekerja dalam sehari dan jumlah hari bekerja dalam seminggu. Ada organisasi yang memperuntukkan waktu bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang, ada yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang, malah ada juga yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Di samping itu, ada syarikat yang beroperasi lima hari seminggu, ada enam hari seminggu, malah ada juga syarikat perniagaan yang beroperasi pada hujung minggu. Maklumat ini penting agar pelajar bersiap-sedia untuk mematuhi masa bekerja di organisasidan merancang kehidupan sepanjang menjalani latihan industri.- Nilaikan sendiri apakah operasi organisasi tersebut sesuai dengan kemampuan, kesediaan dan kecenderungan pelajar untuk menjalani latihan industri dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh universiti. Ini bagi mengelak pelajar daripada rasa tertekan setelah menjalani latihan industri kerana hal-hal yang tidak diteliti terlebih dahulu.- Dapatkan nasihat dan panduan daripada pensyarah serta pandangan dan doa daripada ibu bapa dalam memilih organisasi. Peranan universitiSebagai institusi pendidikan, pihak universiti harus mendidik pelajar untuk membuat pertimbangan yang bijak ketika memohon penempatan latihan industri.Tanamkan ke dalam jiwa pelajar tujuan sebenar menjalani latihan industri yang berupa serampang dua mata.- Pertama, organisasi latihan industri adalah tempat untuk mempelajari ilmu dalam dunia pekerjaan dan perkara-perkara baharu yang tiada atau kurang ditekankan dalam silibus pengajian.- Kedua, pelajar harus dijelaskan bahawa latihan industri adalah platform untuk mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari di bilik kuliah untuk disumbangkan kepada organisasi di bawah pengawasan seorang penyelia.Ia bukanlah tempat untuk menonjolkan kehebatan diri dan mendapat upah yang lumayan, sebaliknya latihan industri adalah ruang dan peluang untuk meningkatkan pelbagai jenis kemahiran dalam dunia pekerjaan sebenar dan menimba pengalaman profesional.Nasihati pelajar agar sentiasa mematuhi apa sahaja arahan majikan asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan bertentangan dengan ajaran agama. Ini adalah kerana semua tugasan yang dilakukan adalah untuk mengayakan pengalaman dan membina sikap.Pelajar harus ditanam sikap menghormati majikan. Sekiranya melakukan kesilapan dan ditegur oleh majikan, pelajar hendaklah mengakui kesilapan tersebut, memohon maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya.Pelajar harus diingatkan bahawa majikan berhak dan mempunyai kuasa untuk menamatkan latihan industri sekiranya pelajar didapati melanggar peraturan-peraturan organisasi. Sekiranya pelajar mendapat surat pemberhentian daripada organisasi kerana masalah disiplin umpamanya, pelajar akan mendapat gred F (gagal) dan terpaksa mendaftar semula kursus latihan industri pada semester berikutnya.Dalam masa yang sama, pelajar juga harus diberikan pemahaman bahawa latihan industri adalah syarat untuk layak bergraduasi. Pelajar sepatutnya bersyukur dan berterima kasih atas peluang yang diberikan oleh organisasi yang sudi menerima permohonan pelajar dan menawarkan latihan industri bagi menamatkan pengajian.Bayangkan sekiranya tiada organisasi yang mahu menerima pelajar, maka sudah pasti pelajar tidak boleh bergraduasi dalam tempoh yang telah ditetapkan.Peranan majikanOrganisasi yang mengambil pelajar universiti untuk menjalani latihan industri hendaklah memastikan pelatih yang dipilih mempunyai latar belakang pengajian yang sesuai dengan keperluan organisasi.Majikan hendaklah memberi tugasan yang sesuai dengan kemahiran pelajar agar mereka dapat melakukan tugasan dengan yakin serta dapat menyumbang idea dan kreativiti kepada organisasi.Adalah tidak adil untuk melayan pelatih seperti pekerja tetap yang lebih berpengalaman kerana organisasi yang mengambil pelatih universiti sebenarnya turut memainkan peranan untuk mengasah bakat dan kemahiran pelajar sebagai persediaan mereka menempuh alam pekerjaan sebenar pada masa hadapan. Oleh itu, tugasan yang diberikan hendaklah dirancang dan diselia untuk sebarang penambahbaikan oleh pelajar.Isu pokok latihan industri mengenai pemberian elaun yang diperdebatkan baru-baru ini diharap dapat membuka mata organisasi yang menawarkan penempatan latihan industri kepada pelajar untuk mempertimbangkan desakan ekonomi yang dihadapi pelajar.Walaupun tiada upah minimum yang dikenakan setakat hari ini, organisasi disarankan untuk menyediakan sejumlah peruntukan kepada pelatih sebagai wang saguhati atau sekurang-kurangnya menyediakan kemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat bekerja bagi menampung kos kediaman dan pengangkutan.Kesimpulannya, semua pihak harus tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing baik pelajar, universiti mahupun organisasi. Ia berbalik kepada niat dan kefahaman tentang tujuan sebenar pelaksanaan latihan industri.Universiti sebagai penyedia pendidikan tinggi harus menyampaikan dengan jelas tujuan utama latihan industri kepada pelajar dan organisasi. Pelatih dan majikan perlu bertanggungjawab ke atas setiap pilihan yang dibuat. Di pihak pelajar, mereka diberi kebebasan untuk memilih tempat bagi menjalani latihan industri. Manakala di pihak organisasi pula, mereka berhak menapis pelajar yang memenuhi kriteria yang diperlukan dalam organisasi.Sekiranya pelajar dididik dengan tujuan utama latihan industri serta bijak dan teliti dalam memilih penempatan latihan industri, isu elaun mungkin tidak timbul dan bukan menjadi kebimbangan pelajar lagi. Begitu juga dengan majikan. Sekiranya pihak organisasi mempunyai perancangan yang baik bagi pengambilan pelatih latihan industri dan mengambil pelajar yang benar-benar layak, sumbangan pelajar kepada organisasi akan diambil kira dan mereka diberi upah atau kemudahan yang setimpal dengan status pelajar sebagai pelatih.PENULIS DR. AINURLIZA MAT RAHIM, Pensyarah Kanan Program Komunikasi Media Baharu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=42 |
Duduki SPM demi masa depan lebih cemerlang?
| [
"Pendedahan Kementerian Pendidikan (KPM), bahawa hampir 30,000 calon tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu agak mengejutkan. Angka tersebut turut melibatkan calon persendirian yang berdaftar untuk mengambil hanya satu atau dua mata pelajaran.",
"Ia agak membimbangkan, terutama ketika Malaysia sedang pesat membangun menuju negara maju.",
"Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam pada itu memberi jaminan punca calon tidak menduduki peperiksaan tersebut akan diteliti dan diatasi.",
"Beliau memaklumkan masalah calon tidak menduduki peperiksaan itu bukan perkara baharu. Ia telah berlanjutan sejak sekian lama, namun tiada tanda-tanda ia berkurang.",
"Pelbagai persoalan timbul, mengapakah ia terjadi, sedangkan SPM merupakan peperiksaan utama di Malaysia. Ada pendapat menyatakan sesetengah daripada calon tersebut merupakan pelajar daripada kelas belakang.",
"Mungkin merasakan tiada harapan untuk mendapat keputusan yang cemerlang, membuatkan mereka putus asa dan tidak mahu mendudukinya. Tidak kurang juga pelajar yang tercicir akibat kemiskinan.",
"Terpaksa dan ada juga dipaksa bekerja bagi membantu keluarga.",
"Bagi golongan ini, peluang masih terbuka dengan menduduki semula peperiksaan tersebut. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang tidak lagi merasakan sijil peperiksaan tersebut berharga?",
"Apatah lagi, tidak merasakan pentingnya budaya menuntut ilmu bagi membentuk sebuah negara bangsa yang berjaya. Hal ini perlu diteliti dengan lebih lanjut oleh masyarakat seluruhnya.",
"Menuntut ilmu bukan semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, bergaji tinggi dan menghimpun kekayaan. Ia pastinya lebih daripada itu.",
"Ilmu dapat mengangkat martabat bangsa, membina adab dan budi pekerti tinggi serta membina sebuah negara bertamadun.",
"Apalah maknanya jika bergelar negara maju, namun masyarakatnya tidak memiliki ketinggian adab dan budaya. Ditambah pula cabaran digital masa kini, budaya menimba ilmu setinggi mungkin, semakin terhakis.",
"Bayangkan, belasan ribu pelajar tidak mengambil SPM saban tahun, itu belum lagi mereka yang mendudukinya namun hanya mendapat keputusan cukup-cukup makan. Mahu menyambung ke peringkat diploma atau ijazah sukar, akhirnya lebih selesa bekerja.",
"Sebenarnya, bagi yang kurang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang akademik, kerajaan telah pun menyediakan pelbagai peluang. Boleh sahaja mengambil kursus kemahiran di pusat latihan kemahiran awam ataupun swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Selain, meningkatkan kemahiran menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).",
"TVET merupakan proses pendidikan menerusi latihan atau kemahiran yang mempunyai hala tuju pekerjaan lebih jelas, dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Pastinya, lepasan TVET berpotensi mendapat kerja lebih baik, susulan pengkhususan bidang kemahiran yang ditawar.",
"Pun begitu, ada juga sesetengah pelajar yang boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun memilih untuk mencipta kekayaan menerusi jalan mudah.",
"Peralihan teknologi digital ketika kini menyaksikan golongan tersebut lebih memilih untuk TIDAK menyambung pelajaran, sebaliknya lebih seronok menjadi pempengaruh di pelbagai platform media sosial.",
"Ada yang berpendapat, jika seawal usia sudah boleh bergelar jutawan, apalah gunanya lagi membuang masa menimba ilmu di peringkat tertinggi. Idea begini sebenarnya tidak begitu tepat. Kaya dan berilmu pastinya lebih baik daripada hanya bergelar jutawan semata-mata. Ia hanya menjadikan pemikiran dalam masyarakat tidak berkembang.",
"Contohnya telah banyak dilihat, berharta, namun kurang beradab sopan dan bertatasusila. Malah, menghalalkan apa jua cara semata-mata mahu mengejar nama dan kekayaan.",
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga mahu anak-anak muda bangkit membangunkan semula negara dengan ketinggian ilmu. Katanya, kekuatan generasi muda hanya dapat direalisasi menerusi sikap suka membaca dan menimba ilmu.",
"Sikap tersebut, jelas beliau semakin berkurang apabila media sosial mula menjadi tumpuan masyarakat. Jika golongan muda berhenti menjadikan budaya menimba ilmu sebagai keutamaan, harapan melihat Malaysia berkembang sebagai sebuah negara maju dan madani sukar dicapai.",
"Untuk itu, golongan tersebut perlu diterapkan semula mengenai kepentingan menuntut ilmu. Tidak hanya sebagai panduan untuk hidup, sebaliknya, mengembangkan ketamadunan dan peradaban. Ia selari usaha Malaysia menuju negara maju dan moden di masa hadapan.",
"PENULIS ASHRIQ FAHMY AHMAD ialah Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=43 |
Strategi advokasi tangani kempen boikot kelapa sawit
| [
"Menjelang dua tahun lagi, penguatkuasaan pengharaman import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan Indonesia akan menjadi realiti. Malaysia akan terkesan teruk dengan keputusan tersebut, memandangkan Eropah adalah negara pengimport minyak kelapa sawit terbesar yang menyumbang sebanyak RM11 billion; RM777.7 juta melibatkan eksport 235,291 ton biodiesel.",
"Situasi bertambah kronik, apabila baru-baru ini, Iceland telah mengumumkan penghapusan penggunaan minyak kelapa sawit dalam produk negaranya dan diramalkan bahawa lebih banyak negara Eropah akan mengikuti negara itu untuk penghapusan penggunaan mintak kepala sawit.",
"Tidak cukup dengan itu, Kerajaan India juga mengambil keputusan sama untuk membaikot eksport minyak kelapa sawit Malaysia berikutan campur tangan Malaysia terhadap isu kewarganegaraan India di Punjabi baru-baru ini.",
"Kebimbangan yang semakin ketara terhadap kesan pengharaman eksport minyak kelapa sawit ini sudah tentu menjejaskan prestasi ekonomi negara memandangkan minyak sawit merupakan salah satu daripada pengeksport terbesar negara bernilai lebih AS $ 20billion setahun, turut memberi kesan serius kepada kualiti kehidupan lebih 650,000 pekebun-pekebun kecil di negara ini.",
"Antara sebab pengharaman import Minyak Kelapa Sawit Malaysia oleh Kesatuan Eropah bertumpu kepada isu-isu berkaitan industri minyak sawit yang menjadi punca utama penebangan hutan, selain saliran gambut dan kerugian biodiversiti yang telah memberi kesan kepada kehidupan spesies, kesan perubahan cuaca dan pencemaran yang terancam; banyak dipropagandakan oleh badan badan bukan kerajaan dan aktivitis alam sekitar di Eropah dalam siri-siri kempen mereka.",
"Banyak usaha telah dilakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Kemjauan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menepis persepsi negatif media sosial yang dipropagandakan oleh aktivitis-aktivitis berhubung kempen pengharaman komoditi itu tetapi tidak menunjukkan kesan efektif.",
"Baru-baru ini kajian yang dibiayai oleh Geran Penyelidikan Translational, Kementerian Pengajian Tinggi kepada sekumpulan penyelidik dari beberapa buah universiti dalam dan luar negara berkaitan dengan impak isu minyak kelapa sawit ini mendedahkan strategi komunikasi berkesan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan dan industri bagi mengangani ancaman propaganda ini.",
"Kajian yang menyorot pandangan golongan akedemia, aktivitis alam sekitar dan komuniti di beberapa negara Eropah seperti di Paris, Amsterdam dan Vienna untuk mengupas dan mengenal pasti punca kegagalan penyaluran komunikasi untuk mengekang persepsi negatif masyarakat Eropah terhadap komoditi ini.",
"Di samping itu juga kajian dilakukan itu mendekati sikap, tingkah laku dan keyakinan masyarakat Eropah terhadap impak kempen isu-isu alam sekitar berkaitan minyak kelapa sawit yang terdedah kepada mereka.",
"Ternyata bahawa persepsi masyarakat terhadap penularan kempen baikot minyak kelapa sawit yang dibuat di benua itu hanya berdasarkan kepada provokasi maklumat tanpa fakta jelas, menyeluruh dan adil.",
"Artikel berkaitanMalaysia-Indonesia sepakat pertahan kepentingan kelapa sawitFadillah tiba di Brussels, bawa misi kelapa sawit ke EU dan LondonMalaysia cari pendekatan bersama Indonesia hadapi sekatan produk minyak kelapa sawit",
"Justeru, industri minyak sawit pada masa ini harus mengatur strategi intervensi berasaskan hasil dan tidak bertumpu kepada nilai pengeluaran komoditi semata-mata. Reputasi terhadap industri ini harus diberi keutamaan dan perancangan segera proses komunikasi strategik diperlukan bagi menangani kemelut ini.",
"Walaupun aktivis alam sekitar menyerang industri minyak sawit kerana sumbangan industri ini kepada penebangan hutan dan kehilangan biodiversiti, aktivis – aktivis itu gagal dalam menyerlahkan fakta-fakta berasaskan bukti secara saintifik.",
"Selain itu, meskipun terdapat cadangan penggunaan pelbagai jenis minyak untuk menggantikan hasil komoditi ini, ia tidak memperkukuhkan dengan fakta dan tidak dapat menyelesaikan isu penebangan hutan. Ini kerana aktiviti penebangan hutan masih akan dilakukan untuk menghasilkan pelbagai jenis minyak tersebut.",
"Suatu pendekatan advokasi strategi perhubungan awam untuk menilai keberkesanan komunikasi diperlukan bagi menangani isu baikot minyak kelapa sawit, dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-",
"Sekiranya pendekatan seumpama ini dapat dilaksanakan dengan strategik dan sistematik, reputasi industri kelapa sawit di negara ini dapat dipulihkan dan keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti industri ini akan dapat dikembalikan.",
"PENULIS TS. DR SYED AGIL ALSAGOFF, Pensyarah Kanan Media dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=44 |
Rebut tawaran perlindungan takaful demi masa depan
| [
"Malang tidak berbau, sakit datang tidak berjemput. Umpama kata orang lama ‘sediakan payung sebelum hujan’.",
"Perlindungan takaful menjadi salah satu komponen penting dalam pengurusan kewangan masa hadapan. Tujuan perlindungan takaful adalah untuk jaminan keselamatan diri sendiri dan keluarga.",
"Namun, masih ramai daripada kita yang masih tidak ada perlindungan takaful untuk diri sendiri mahupun keluarga. Ini selari dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan Menteri Kewangan bahawa pengambilan takaful atau insurans adalah rendah dalam kalangan golongan B40.",
"Perkara ini mungkin susulan faktor ekonomi pasca pandemik yang tidak memberangsangkan dan peningkatan kos sara hidup. Perlindungan takaful kurang diambil kira dalam perancangan kewangan keluarga terutamanya dalam kalangan golongan B40.",
"Namun hakikatnya bagi golongan ini, yang mungkin tidak mempunyai wang simpanan mencukupi untuk menghadapi perkara luar dijangka, takaful wajar dipertimbangkan sebagai satu komponen pengurusan kewangan yang perlu diambil kira dalam perancangan kewangan individu.",
"Menerusi pelan takaful berpatutan, pencarum akan memperoleh perlindungan kewangan mencukupi bagi menangani perkara-perkara tidak dijangka seperti kebakaran rumah, diberhentikan kerja, kemalangan jalan raya dan lain-lain.",
"Terdapat pelbagai faktor yang boleh dipertimbangkan oleh golongan B40 dalam merancang dan mengurus kewangan mereka seperti perlindungan kesihatan. Pelan takaful kesihatan ini amat penting bagi golongan B40 yang mungkin memerlukan akses kepada perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi pada masa hadapan tanpa perlu bimbang dengan kos perubatan yang semakin meningkat.",
"Selain itu, pencarum juga boleh melindungi pendapatan mereka dengan mencarum dalam pelan perlindungan pendapatan. Pelan takaful seperti itu, dapat memastikan pendapatan seseorang berada dalam keadaan stabil sekiranya ditimpa musibah atau kecelakaan pada masa hadapan.",
"Perlindungan takaful hayat pula dapat membantu keluarga golongan B40 mengatasi krisis kewangan sekiranya berlaku kematian penyumbang nafkah atau ketua keluarga. Terutama sekiranya si mati meninggalkan tanggungan yang masih hidup bagi meneruskan kehidupan mereka.",
"Jika golongan B40 mempunyai harta, perlindungan takaful harta amat perlu bagi melindungi nilai harta mereka contohnya seperti perlindungan takaful pemilik rumah dan isi rumah bagi mengurangkan kos penggantian serta pembaikan rumah. Jika berlaku kerosakan akibat kebakaran, kilat atau letupan domestik, perlindungan takaful dapat membantu pencarum untuk memperoleh nilai pampasan bagi kerosakan tersebut serta ia dapat melindungi nilai aset kediaman tersebut.",
"Pelan takaful pendidikan juga penting untuk dipertimbangkan. Peningkatan kos pendidikan semasa dan mungkin akan terus meningkat pada masa hadapan, pelan takaful dapat membantu meringankan beban ibu bapa untuk membayar yuran pengajian di universiti kelak.",
"(Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (empat, kiri) pada Majlis Pelancaran Cabutan WOW Simpan SSPN 2023 di sebuah hotel di ibu kota/Fail foto 16 Januari 2023/fail BERNAMA)",
"Terdapat pelbagai inisiatif disediakan pihak kerajaan dalam mengalakkan masyarakat untuk memiliki perlindungan takaful sebagai cabang kepada pengurusan kewangan masa depan keluarga. ",
"Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama syarikat-syarikat penyedia insurans dan takaful telah mewujudkan satu inisiatif bagi membantu golongan B40 untuk memiliki perlindungan insurans dan takaful hayat melalui produk Perlindungan Tenang. ",
"Inisiatif itu membolehkan golongan B40 mencarum atau menyertai pelan perlindungan mampu milik serta mudah difahami dengan proses tuntuan yang senang dan ringkas.",
"Skim Perlindungan Tenang yang meliputi takaful hayat, kemalangan diri, kerosakan harta benda dan lain-lain mampu dimiliki dengan kadar caruman dari serendah RM1 sebulan dan pelannya boleh diperbaharui setiap tahun.",
"Selain skim Perlindungan Tenang, terdapat juga produk SSPN Plus yang ditambah baik daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada yang mempunyai manfaat takaful berserta nilai caruman yang murah dan komprehensif serta digabungkan bersama simpanan pendidikan anak-anak.",
"SSPN Plus merupakan produk simpanan yang ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dengan kerjasama syarikat-syarikat penyedia takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful, Great Eastern Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad.",
"SSPN Plus menawarkan perlindungan kepada pendeposit dan penerima manfaat yang boleh dijadikan sebagai pengganti pendapatan pendeposit sekiranya berlaku musibah ke atas mereka. Selain itu, pendeposit turut dapat menikmati pelepasan cukai tahunan bagi simpanan ini.",
"Pakej yang ditawarkan oleh SSPN Plus adalah berbentuk simpanan dan langganan takaful serendah RM30 sebulan.",
"Selain itu, syarikat-syarikat penyedia takaful lain juga banyak menawarkan pelan takaful dengan nilai langganan mampu milik terutamanya untuk golongan B40.",
"Malahan syarikat-syarikat itu menawarkan pelan dengan pendaftaran mudah seperti cara permohonan secara dalam talian serta ada juga yang menawarkan pelan tanpa perlu pemeriksaan kesihatan dibuat oleh pemohon.",
"Namun, pemilihan pelan takaful perlu disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan pencarum, seperti jenis pelan, nilai caruman dan tempoh caruman bulanan. Pemilihan pelan takaful yang tepat dapat membantu golongan B40 mencapai matlamat kewangan mereka dan mengekalkan kestabilan kewangan pada masa hadapan.",
"Melihat dan memahami takaful sebagai salah satu instrument diperlukan dalam pengurusan kewangan; masyarakat perlu terus disokong oleh banyak pihak. Tawaran pelbagai inisiatif serta pelan takaful pada harga mampu milik, maka golongan B40 mampu merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan teratur.",
"Justeru, peluang melindungi keluarga dengan takaful melalui inisiatif kerajaan wajar dijadikan pertimbangan demi mencorak kestabilan kewangan yang lebih baik pada masa hadapan.",
"PENULIS NURAULIANI JAMLUS RAFDI, ialah Ketua Program Sarjana Kewangan Islam, dan NUZUL AKHTAR BAHARUDIN ialah, Pensyarah, Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=45 |
PEDi pacu ekonomi digital, pemangkin basmi miskin tegar
| [
"SAUDARA PENGARANGMenelusuri lonjakan kadar pengeluaran dan penggunaan teknologi digital oleh individu, perniagaan, syarikat dan di pihak Kerajaan sendiri bagi tujuan aktiviti ekonomi dan sosial semenjak negara kita dilanda wabak pandemik global COVID-19, telah meletakkan ekonomi digital sebagai salah satu agenda nasional yang terpenting pada ketika ini.Sejajar dengan perkembangan global semasa, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri telah menekankan kepentingan ekonomi digital bukan sahaja di dalam negara, malah usaha memperkasa ekonomi digital ini turut diberi tumpuan khusus oleh perdana menteri semasa lawatan rasmi ke luar negara terutamanya ketika lawatan ke negara China, baru-baru ini.Hasil lawatan ke negara China, kerajaan telah berjaya membawa pulang komitmen pelaburan yang bernilai RM170 bilion yang secara tidak langsung bukan sahaja akan memberi impak yang positif kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kelak malah dalam masa yang sama akan meningkatkan kadar pelaburan langsung asing negara kita.Sehubungan dengan itu, hala tuju jelas Perdana Menteri mengenai keperluan penjanaan ekonomi digital di peringkat antarabangsa telah disambut baik dan seterusnya diperluaskan ke peringkat komuniti oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di bawah pimpinan Fahmi Fadzil selaku menteri yang bertanggungjawab.Menteri Komunikasi dan Digital telah mengenal pasti peranan penting sebanyak 911 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara sebagai platform bukan sahaja untuk meningkatkan kadar ekonomi digital dan KDNK negara, malah untuk meningkatkan hasil pendapatan rakyat melalui aktiviti-aktiviti keusahanan secara digital.",
"Tidak cukup dengan itu, sebanyak 186 lagi PEDi baharu yang dirancang untuk diwujudkan di seluruh negara dalam usaha mencapai sasaran sekurang-kurangnya terdapat satu PEDi di dalam setiap DUN. Hasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat menerusi memanfaatkan fungsi PEDi adalah satu usaha murni yang praktikal dan berkesan.Peningkatan hasil pendapatan usahawan-usahawan yang mendaftar dan dilatih oleh PEDi adalah bertitik-tolak daripada usaha berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang kini di bawah seliaan Tan Sri Mohamad Salim Bin Fateh Din selaku Pengerusi melalui pendekatan-pendekatan strategik dengan berkolaborasi dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain serta penglibatan pihak swasta terutamanya dalam sektor e-dagang.Selain daripada berfungsi untuk menyediakan capaian Internet secara kolektif bagi masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan, PEDi turut berperanan sebagai platform kepada masyarakat setempat untuk mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan teknologi dan komunikasi maklumat (ICT), mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan baharu berasaskan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.Dalam masa yang singkat, PEDi telah terbukti mampu meningkatkan pendapatan bulanan para usahawan mikro, kecil dan sederhana melalui siri latihan dan bimbingan yang diberikan bagi memastikan model perniagaan para usahawan ini bersifat anjal dan berdaya tahan tanpa mengira waktu termasuk ketika endemik mahupun pandemik.Selain daripada itu juga, PEDi juga boleh dilihat sebagai platform yang mencipta peluang pekerjaan sebagai usahawan sepenuh masa dalam situasi di mana sesebuah komuniti itu kekurangan peluang pekerjaan. Inilah budaya baru yang boleh dicipta dan diterapkan di dalam komuniti setempat berbanding dengan amalan keluar mencari pekerjaan di bandar-bandar besar.",
"Perkembangan ini adalah bersifat ‘serampang dua mata’ yang mana bukan sahaja mendorong kepada peningkatan ekonomi di kawasan luar bandar, malah mengurangkan cabaran kepadatan pendudukan yang kian meninggi di bandar.Antara kaedah pelaksanaan berkesan PEDi adalah secara kerjasama strategik awam-swasta melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan memberi tumpuan untuk menjana pendapatan serta ekonomi rakyat dengan penglibatan di dalam ekonomi digital. Gabungan ketersambungan digital dan aktiviti ekonomi digital menjadi senjata ampuh Kerajaan yang sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan dalam masa yang sama meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada KDNK negara.Trend peningkatan sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dapat dilihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang mana mencatatkan 18.5%, 19.1% dan 22.6% masing-masing bagi tahun 2018, 2019 dan 2020. Ini sekali gus meletakkan negara kita kini sedang berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 25.5% pada tahun 2025.Dalam usaha merealisasikan usaha ini, MCMC yang merupakan salah satu daripada agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) merupakan antara peneraju utama dan watak penting sejajar dengan visi Suruhanjaya yang telah digariskan iaitu untuk mewujudkan industri komunikasi dan multimedia yang berdaya saing, cekap dan kian mengawal selia kendiri yang menjana pertumbuhan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial negara.Akhir sekali, semangat ‘Malaysia MADANI’ menjadi pemangkin dan pelengkap kepada matlamat penubuhan serta pengisian PEDi itu sendiri kerana seiring dan bertepatan dengan gagasan Malaysia MADANI iaitu merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia yang lebih manusiawi.PENULIS, MUHAMMAD IQBAL IKHWANDI BIN MAT ZIN, AJK Biro Komunikasi Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=46 |
Latihan industri pembuka laluan kerjaya
| [
"Perkembangan dalam dunia pengajian tinggi di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Graduan-graduan tahun 70-an hingga 90-an sentiasa tercari-cari peluang pekerjaan yang sesuai untuk mereka sejurus tamat pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). ",
"Namun bermula pada tahun 2000 kesedaran akan kepentingan kebolehpasaran dalam kalangan graduan semakin meningkat.Jika sebelum ini hanya beberapa program seperti perubatan, perguruan mempunyai program sangkutan atau 'attachment' pelajar, program-program lain juga mula menyedari kepentingan menghantar bakal graduan ke industri bagi menjalani latihan.Mengikut laporan Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun 2022, 90.2% graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan sejurus mereka menamatkan pengajian. Kebolehpasaran graduan ini meningkat kepada 10% sejak 2018.Maka istilah seperti 'praktikal' atau 'latihan industri' mula digunakan dan dimasukkan dalam landskap program pengajian pelajar. Pada awalnya, subjek praktikal atau latihan industri ini diletakkan di pertengahan landskap program pengajian.Namun kini, mengambil kira maklum balas industri, boleh dikatakan hampir 90% program-program pengajian meletakkan subjek praktikal atau latihan industri pada semester terakhir supaya pelajar boleh terus diserap dalam organisasi sejurus tamat tempoh latihan industri.",
"Memahami keperluan latihan industriLatihan Industri adalah satu inisiatif dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dalam memberi peluang kepada bakal graduan untuk memasuki dunia pekerjaan sebelum mereka tamat pengajian.Mahasiswa akan memasuki dunia pekerjaan melalui latihan industri selama minimum tiga (3) bulan mengikut kehendak standard program masing-masing.Semasa menjalani latihan industri, pelatih akan diberi tugas-tugas yang mereka perlu sempurnakan selama mereka berada di organisasi berkenaan. Mereka akan menimba banyak pengalaman dan menjalankan tugas sebenar dalam skop kerja yang telah diberikan.Objektif di sebalik latihan industriLatihan industri atau praktikal memberi peluang kepada mahasiswa atau bakal graduan untuk memilih organisasi yang berkait dengan program yang mereka sedang pelajari di organisasi-organisasi berkaitan.Latihan industri juga membuka peluang bagi bakal graduan untuk diserap sebagai sebahagian tenaga kerja di organisasi di mana mereka menjalankan latihan industri mereka.KPT juga mahu mahasiswa yang menjalani latihan industri untuk memahami tanggungjawab dalam dunia pekerjaan yang sebenar selain mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang pengkhususan masing-masing.Latihan industri turut menjadi medan terbaik mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam dunia pekerjaan dan pada masa sama dapat menghayati nilai etika professional dan mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan mereka.Realiti dunia latihan industriMasih ramai pelatih kurang cakna tentang kepentingan latihan industri. Mereka mengambil ringan malah gagal untuk menggunakan latihan industri sebagai batu loncatan untuk memasuki alam pekerjaan.Pelatih perlu menyedari dan memahami objektif mereka dalam menjalankan latihan industri. Ada segelintir pelajar mengambil ringan dan hanya mahu sekadar lulus dan merasakan subjek praktikal atau latihan industri ini sekadar sebagai pelengkap landskap pengajian sahaja.Mereka gagal memahami mengapa perlunya menjalani latihan industri. Menunggu hingga saat-saat akhir untuk memohon penempatan latihan industri mengakibatkan pemilihan organisasi yang terhad ekoran saingan daripada pelatih lain dari kebanyakan universiti yang lazimnya menjalani latihan dalam tempoh yang hampir sama. Akibatnya ada sebahagian mahasiswa yang menempatkan diri di organisasi yang kurang bersesuaian dengan program yang mereka pelajari.Ini seterusnya menjadi punca kepada kurangnya motivasi untuk bekerja dengan berdedikasi dan akhirnya pelatih menjadi kurang disiplin ketika menjalani latihan. Majikan juga mungkin tidak dapat mempertimbangkan mereka sebagai bakal kakitangan. Pelatih perlu keluar dari dunia selesa mereka ketika di universiti ketika menjalani latihan industri. Alam pekerjaan amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di universiti.Meningkatkan kompetensi dan daya saing dalam bidang pengkhususan dan keupayaan untuk menghubungkaitkan pengalaman di tempat kerja dengan ilmu yang dipelajari di universiti wajar menjadi perhatian.",
"Memanfaatkan latihan industriDalam dunia yang sangat mencabar ini terutama sekali selepas era pandemik COVID-19, peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang bertepatan dengan bidang pengkhususan adalah sangat kompetatif.Maka, mahasiswa wajar memanfaatkan peluang yang disediakan oleh pihak universiti dan industri dengan sebaiknya.Menerusi latihan industri peluang mahasiswa untuk merebut jawatan kosong yang ditawarkan oleh organisasi adalah lebih tinggi sebelum menamatkan pengajian mereka di universiti secara rasmi.Peluang terbuka luas itu, perlu direbut sebaiknya kerana pengakhiran kepada perjalanan panjang mendapatkan segulung ijazah di universiti sudah tentunya untuk mendapatkan peluang pekerjaan bagi memastikan kelangsungan hidup selepas bergraduasi.Sokongan ibu bapa dan organisasiIbu bapa wajar memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak mereka dalam pemilihan tempat latihan industri, memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi agar latihan industri dapat dijalani dengan penuh keyakinan dan komitmen tinggi.Keputusan latihan industri yang baik bukan sahaja akan meningkatkan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG), namun turut meluaskan jaringan baik untuk mendapatkan kerja sejurus menamatkan latihan industri.Ibu bapa perlu menjadi pasak sistem sokongan yang terbaik kepada anak-anak, kerana mereka sedang dalam proses mengadaptasi hidup mereka dalam dunia pekerjaan. Sudah tentu alam universiti dan alam pekerjaan amatlah berbeza dan mahasiswa harus mempunyai kekuatan mental untuk menjalani latihan industri dengan jayanya.Kesediaan mental yang kuat untuk beraksi dalam dunia sebenar iaitu alam pekerjaan amat diperlukan. Walaupun pihak IPT sentiasa menyediakan pelbagai program sokongan bagi menyediakan mahasiswa memasuki alam pekerjaan, ibu bapa tetap diperlukan sebagai tempat mengadu supaya mereka kekal cekal dan positif dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi.Mutakhir ini kerap dibincangkan tentang isu elaun pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri. Saban tahun, walaupun kos sara hidup meningkat, namun masih banyak organisasi yang tidak peka akan isu ini dan tidak memberi sebarang bentuk manfaat kewangan kepada pelatih industri.Isu ini acap kali diutarakan namun, pihak universiti hanya mampu mendengar keluhan pelajar.Namun kini, Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti cadangan untuk memberi elaun kepada pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri bukan sahaja di syarikat swasta juga di sektor kerajaan.Cadangan ini adalah amat tepat pada masanya dan dirasakan amat perlu dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa. Pelatih industri memerlukan elaun untuk menampung perbelanjaan asas berkaitan seperti membayar sewa rumah, kos perjalanan dan makan minum.Dengan adanya elaun ini, sudah tentu pelatih akan dapat menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan lebih bermotivasi.Saranan dan pertimbangan dari pelbagai pihak yang sedang dibincang dan bakal dilaksanakan wajar dilihat dari pelbagai perspektif yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak.Pelatih sebagai sumber insan, organisasi sebagai pendokong produktiviti negara dan universiti sebagai pusat penyediaan bakal sumber insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai asas kemahiran dan sikap baik yang diharapkan organisasi. Seperti kata pepatah, ‘yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang’. Rezeki perlu diusahakan dan tidak akan datang dengan sendiri. Usaha tangga kejayaan. InsyaAllah dengan berkat usaha pelajar-pelajar ini, doa restu ibu bapa dan pensyarah, juga sokongan industri; Malaysia bakal menjadi negara maju dengan tenaga kerja professional di semua peringkat yang cekal dan berwibawa.PENULIS, DR. RABIATHUL ADHABIYYAH BT. SAYED ABUDHAHIR, Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri / Pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS).Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=47 |
Budi Bahasa perlu jadi budaya
| [
"\"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.\" Peribahasa ini ada kaitan dengan isu semasa yang melibatkan seorang pelawak komediri wanita kelahiran Singapura.",
"Melawak.. melawak juga... tetapi, tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat, dan memperlekeh sehingga menjatuhkan dan menyinggung perasaan orang lain.",
"Menghina kedaulatan negara dan berjenaka mengenai kehilangan pesawat MH370, bukan sesuatu yang lucu! Ditambah pula dengan memek muka yang tidak menyenangkan hati. Seorang pelawak perlu berilmu dalam setiap tutur kata dan adabnya semasa menghibur. Bukan memilih topik secara semberono, dengan menyentuh isu-isu panas dan sensitif.",
"Sekadar memetik beberapa nama seperti Harith Iskander, Dato' Afdlin Shauki dan Kumar ---seorang lagi pelawak dari seberang Tambak Johor. Mereka berjaya membuat penonton terhibur tanpa komedi yang berlebih-lebihan.",
"Disebabkan mulut celupar dan biadap “sang” pelawak, kerajaan Singapura sendiri terpaksa memohon maaf. Meski dia tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura.",
"Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan dalam twit di akaun Twitter menegaskan wanita itu tidak mewakili pandangan keseluruhan rakyat Singapura.",
"Ternyata, si pelawak buat silap besar. Tindakannya bukan hanya membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia. Malah, rakyat Singapura turut kesal dengan kelancangan mulut si pelawak berkenaan.",
"Mereka menganggapnya sebagai keji dan keterlaluan. Panasnya isu pelawak kurang ajar itu turut menarik perhatian ahli Dewan Rakyat.",
"Kena hadap pula kecaman dan hentaman berbondong-bondong \"tentera bawang\" dan \"wira papan kekunci\" Malaysia. Sedangkan Israel pun boleh koyak, inikan pula pelawak picisan.",
"Hanya beberapa jam sahaja selepas klip video pementasan komedi itu tular, pelawak berkenaan menerima kecaman hebat dan serangan bertali arus oleh netizen.",
"Artikel berkaitan:SKMM, PDRM siasat tindakan biadab pelawak komedi berdiriPelawak Singapura didakwa hina MalaysiaJocelyn Chia bukan lagi warga Singapura, mohon maaf kepada Malaysia - Pesuruhjaya Tinggi",
"Laporan 'berjemaah' yang dibuat terhadap wanita berkenaan memaksa dia memadam akaun media sosialnya. Akaun Instagram dan Twitternya juga digantung.",
"Akaun Tiktok pula, walaupun aktif, tetapi ruangan komen bagaimanapun sudah ditutup.",
"TikTok sendiri telah mengeluarkan video tular berkenaan dari platform media sosial itu kerana kandungan yang melanggar garis panduan komuniti dan diskriminasi.",
"Hai, nasib badan..Nah! Sekarang tanggunglah akibatnya… Tetapi, dia masih angkuh. Sehingga kini, belum ada permohonan maaf dibuat pelawak berkenaan.",
"Pokok pangkal, budi bahasa perlu jadi budaya. Bila sebut budi bahasa...yang dimaksudkan ialah santun kata yang baik, indah pertuturannya.",
"Ya, Malaysia mungkin sebuah negara yang masih membangun. Namun, masih boleh berbangga kerana masyarakatnya masih lagi terkenal dengan tinggi pekertinya.",
"Kita hidup di negara yang berbilang kaum, pelbagai agama dan berbilang budaya. Oleh itu, apabila berbicara tentang sesuatu, malah lawak jenaka sekali pun tidak boleh bersifat menyinggung perasaan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang.",
"Ibu bapa dan orang tua-tua selalu ingatkan kita \"biar tak pandai, jangan kurang ajar\". Meski nampak kecil dan remeh, tetapi berbudi bahasa amat besar nilainya dalam kehidupan kita.",
"Kenapa budi bahasa itu penting? Jawapannya, ia ada kaitan dengan akhlak dan tamadun. Budi bahasa merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri setiap individu kerana ia melambangkan peribadi dan sahsiah diri seseorang.",
"Bahasa yang molek bukan sahaja pada mulut dan bibir, tetapi hati yang baik. Jika budaya berbudi bahasa dan santun dikekalkan, keharmonian akan terus terjaga.",
"Di Malaysia, perbuatan mengeluarkan kata-kata tidak senonoh atau menyinggung perasaan adalah satu kesalahan. Boleh didakwa jika didapati melanggar Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.",
"Sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda RM50,000.00 Kita harap kes pelawak negara jiran itu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Ia perlu dijadikan peringatan dan iktibar oleh semua orang.",
"Pepatah Melayu ada menyebut, \"terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya\". Fikir panjang dan hati-hati bila mengeluarkan kata-kata. Bukan apa.. takut padah memakan diri; rugi sendiri.",
"PENULIS EMMI NORALIZA ADNAN ialah Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=48 |
Kelangsungan remaja mendepani cabaran dunia digital
| [
"Remaja adalah aset negara yang mampu mencorakkan masa depan negara. Dalam kebanyakan isu perihal negara, akan mengaitkan peranan remaja dalam pembangunan negara.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa golongan remaja hari ini telah menjadi sinonim dengan golongan sasaran pelbagai pihak yang berusaha menterjemahkan generasi muda ini menjadi generasi pewaris negara dan akan menyaksikan golongan ini menerajui negara sedikit masa lagi.Bagi golongan remaja, tekanan dan cabaran yang dihadapi mereka, tanggungan yang diletakkan di bahu mereka, menjadikan mereka sering kali menjamah kesilapan dalam meneruskan kehidupan.Tanpa dorongan dan bimbingan yang sempurna, remaja juga dijadikan sandaran golongan tertentu untuk meraih keuntungan, populariti dan agenda berkepentingan.Contohnya, apabila berlakunya krisis sosial, golongan remajalah yang menjadi mangsa telunjuk sebagai punca masalah itu berlaku.Kes-kes pembulian di sekolah, ponteng sekolah, masalah seks bebas, ketagihan rokok dan arak di negara ini banyak disasarkan kepada golongan remaja dan ternyata bahawa golongan bermasalah ini telah tersasar daripada pemeliharaan rapi masyarakat kita.Kecanggihan Dunia TeknologiSelepas PRU ke-14, kita telah menyaksikan bahawa golongan remaja telah dilabelkan sebagai golongan yang perlu diberi perhatian khusus memandangkan mereka terdedah kepada percambahan kuasa teknologi maklumat siber yang banyak mendorong mereka mempercayai maklumat-maklumat yang mendatangkan implikasi besar kepada golongan ini.Masalah ketagihan Internet, perjudian haram, penipuan berurus niaga dalam talian dan penyebaran kandungan jelik dalam siber telah mengundang remaja menanggung kesan buruk kepada diri dan imej mereka.",
"(Survival remaja mendepani cabaran dunia digital)",
"Pencarian Imej DiriBoleh dikatakan pada lingkungan usia remaja, mereka tidak memiliki identiti diri yang konsisten sehinggalah mereka mencapai usia kedewasaan kelak. Dengan berpandukan persekitaran yang terhidang di hadapan mata mereka, golongan ini akan mencuba apa sahaja yang disangkakan dapat memberikan faedah kepada mereka tanpa mengira sama ada perbuatan mereka akan menjadi 'buah mulut' orang lain atau sebaliknya.Jika ditinjau dari segi psikologi, remaja adalah golongan yang sangat aktif menjelmakan imej dan identiti baharu bagi memenuhi kepuasan diri mereka, memenuhi tuntutan peredaran zaman supaya terus relevan dan sentiasa menarik perhatian orang lain terhadap imej yang dianuti mereka.Namun begitu, tanpa perancangan dan penyusunan strategik yang konsisten, remaja lebih terdedah kepada masalah kemurungan apabila dia merasakan apa sahaja yang dilakukan akan menemui kegagalan. Bayangkan statistik tetrkini melaporkan 30% daripada remaja lingkungan 14 hingga 17 tahun di negara ini terdedah kepada perbuatan membunuh diri, atas sebab kegagalan mereka mengatasi penyakit kemurungan tegar yang mereka hadapi.Hal ini sangat membimbangkan kita kerana golongan remaja seharusnya menjadi generasi yang mencerminkan masa depan negara. Memetik pepatah Soekarno, \"Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah anak-anak mudanya\".Nah, terserlah bagaimana imej dan reputasi golongan remaja mencerminkan kejayaan dan kemajuan negara bangsanya sendiri.Hilang Patriotisme DiriSejak kebelakangan ini juga, kita sering mendengar keluhan masyarakat yang menyatakan bahawa remaja kurang menonjol menjadi ikonik masyarakat jika dibandingkan dengan tahun-tahun silam.Kecanggihan teknologi maklumat telah melemaskan remaja kita untuk meneroka lebih banyak ilmu yang dapat memantapkan sikap patriotisme dalam kalangan mereka, sehinggakan mereka sanggup mengambil ringan malah menghindarkan diri mereka daripada mempelajari sejarah negara bangsa mereka dan menganggap politik negara sebagai suatu masalah kuasa yang tidak berkesudahan.Remaja Penentu Kuasa KerajaanMenyedari hal ini juga, kerajaan telah meletakkan suatu cabaran terbesar buat golongan ini dengan memperakukan usia minimum 18 tahun bagi pengundi PRU telah berlalu menyaksikan peranan pengundi remaja memilih kerajaan pada masa sekarang.Ini menunjukkan bahawa dalam seusia sedemikian, remaja akan berupaya dan memiliki hak memilih kerajaan memerintah. Berikutan pengumuman tersebut, pelbagai polemik dan kritikan daripada masyarakat, kebanyakannya tidak mempercayai kebolehan dan kematangan remaja seusia tersebut untuk membuat pilihan yang tepat bagi menentukan kelangsungan politik pentadbiran negara ini.Soalnya, adakah mereka bersedia melaksanakan tanggungjawab penting itu?Tepuk dada tanya selera. Segalanya terletak di tangan masyarakat untuk menentukan kematangan remaja kita bersiap sedia memenuhi tanggungjawab di bahu mereka nanti. Masyarakat kita yang akan memimpin mereka, menjelmakan kesinambungan warisan mereka, menentukan bentuk kepemimpinan negara.Reformasi PendidikanRealitinya, remaja memerlukan dorongan kuat untuk mengasuh mereka meneroka pengalaman dan ilmu pengetahuan terkini untuk melengkapkan penakat kehidupan mereka.",
"KemandirianSamalah juga dengan keterlibatan dan bakat anak-anak muda ini dalam bidang sukan yang seharusnya dipupuk dan dikembangkan sejak kecil lagi.Perancangan yang rapi daripada semua peringkat, bermula ibu bapa, guru, ketua kampung, pemimpin masyarakat harus dibuat dengan mencungkil bakat-bakat sukan anak-anak muda sejak dari sekolah rendah lagi.Penjelmaan dan pengembangan bakat tersebut harus dilaksanakan secara konsisten sehinggalah anak-anak muda ini terdidik dalam sekolah-sekolah sukan dan akhirnya menjadi atlet negara yang cemerlang dalam suatu tempoh yang panjang.Pelan strategik untuk melahirkan remaja berbakat dalam semua bidang juga harus melalui proses yang sama. Ia menjadikan anak-anak muda ini berupaya membina kemandirian yang kuat dan tidak bergantung sepenuhnya pada kemampuan organisasi yang melatih mereka.Hasilnya mereka akan berupaya menterjemahkan segala pengalaman dan pengetahuan mereka kepada haluan kemandirian yang matang, bahkan sifat ini nanti akan menterjemahkan anak-anak muda ini memiliki sifat kreatif dan inovatif untuk mencari segenap ruang dan peluang memajukan diri mereka dengan lebih konsisten.Apa yang lebih penting ialah dorongan dan bimbingan daripada masyarakat kita untuk memimpin anak-anak muda ini menikmati kebebasan memilih dengan penuh tanggungjawab walaupun akan ada waktunya mereka gagal dalam satu-satu usaha yang dibuat.Kita seharusnya tidak menakut-nakutkan remaja menganggap peraturan membebankan tetapi mencari penambah baik dan inovasi diri.Namun begitu, kegagalan tersebut akan terus memberikan nafas baharu buat mereka mempelajari pengalaman yang berharga untuk membina imej dan reputasi diri mereka pada masa akan datang. Selain daripada itu, penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing seperti bahasa Arab, Mandarin dan sebagainya harus dipupuk bagi menambah mutu imej keperibadian remaja apabila melangkah ke dunia pekerjaan nanti.Kegagalan remaja menyaingi persekitaran pekerjaan hari ini dan masa depan yang banyak memerlukan kemahiran insaniah ini akan melumpuhkan peluang mereka untuk meneruskan kemandirian mereka secara konsisten.Sebubungan itu, menjadi tanggungjawab bersama kita memastikan bahawa kehadiran remaja mewarnai persekitaran kehidupan masyarakat di Malaysia harus diberi dorongan dan bimbingan sewajarnya supaya jalan kehidupan mandiri mereka akan memperoleh proses kematangan yang diidamkan oleh rakyat Malaysia hari ini.",
"PENULIS, TS. DR SYED AGIL ALSAGOFF, Pensyarah Kanan Komunikasi dan Media Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra MalaysiaArtikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=49 |
Ekonomi gig: Serampang dua mata untuk keseimbangan kerja, keluarga
| [
"(Dengan memahami keperluan daripada setiap domain kerja dan keluarga serta melaksanakan strategi yang berkesan, pekerja gig boleh mengemudi tuntutan ekonomi gig sambil mengekalkan kehidupan keluarga yang sejahtera dan harmoni/Foto Hiasan)",
"SAUDARA PENGARANGEkonomi gig merujuk kepada pasaran buruh yang melibatkan individu bekerja jangka pendek, bebas atau berasaskan kontrak. Ia adalah alternatif kepada pekerjaan sepenuh masa secara tradisional yang terikat dengan majikan dan peraturan.Jenis kerja ini dimudahkan dengan platform dalam talian yang menghubungkan pekerja dengan pelanggan, seperti Uber, Grab, dan Foodpanda. Ekonomi gig telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan ramai pekerja memilih untuk meneruskan jenis kerja sebegini kerana fleksibiliti dan keupayaan untuk menetapkan jadual mereka sendiri.Dengan memahami keperluan daripada setiap domain kerja dan keluarga serta melaksanakan strategi yang berkesan, pekerja gig boleh mengemudi tuntutan ekonomi gig sambil mengekalkan kehidupan keluarga yang sejahtera dan harmoni.Implikasi Landskap baharu ekonomi gig Oleh kerana ekonomi gig telah mengubah landskap pekerjaan tradisional dengan memberikan individu kebebasan untuk memilih bila, di mana dan cara mereka bekerja. Maka ia memberi kelonggaran atau fleksibiliti kepada pekerja. Fleksibiliti yang wujud ini bukan saja membolehkan pekerja gig menyusun jadual kerja, malah kehidupanperibadi mereka dapat disesuaikan. Walau bagaimanapun, sifat kerja gig telah mengaburkan sempadan antara kerja dan keluarga sering mengakibatkan peningkatan konflik kerja-keluarga. Konflik kerja-keluarga timbul apabila tuntutan kerja dan peranan keluarga tidak serasi, yang membawa kepada tekanan, ketegangan, dan hasil negatif.Bagi pekerja gig, konflik kerja-keluarga muncul dalam pelbagai dimensi, termasuk konflik berasaskan masa (apabila kewajipan kerja mengambil masa keluarga), konflik berasaskan ketegangan (apabila tekanan kerja merebak ke dalam kehidupan keluarga), dan konflik berasaskan tingkah laku (apabila tingkah laku berkaitan kerja menghalang interaksi keluarga). Konflik kerja-keluarga yang berpanjangan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesejahteraan mental dan fizikal, serta merenggangkan hubungan dengan pasangan, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.Ciri ekonomi gig yang berkeupayaan untuk bekerja pada bila-bila masa dan di mana-mana boleh menyebabkan kesukaran untuk menetapkan sempadan yang jelas dan memperuntukkan masa untuk tanggungjawab keluarga. Misalnya seseorang yang membuat live bagi jualan di platform Tik Tok, boleh melaksanakan aktiviti tersebut di rumah tanpa mengira sama ada waktu siang ataupun malam. Jika bekerja dengan majikan yang mempunyai waktu operasi standard, sudah pasti selepas pukul 5 petang atau 6 petang, mereka sudah berada dalam lingkungan keluarga dan tidak terikat dengan kerja. Namun, pekerja gig boleh sahaja melaksanakan tugas mereka pada bila-bila masa kerana tidak ada garis masa yang jelas di antara kerja dan keluarga yang mengakibatkan kadangkala mengorbankan waktu yang sepatutnya diperuntukkan untuk keluarga. ",
"(Konflik kerja-keluarga yang berpanjangan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesejahteraan mental dan fizikal, serta merenggangkan hubungan dengan pasangan, anak-anak dan ahli keluarga yang lain/Foto Hiasan)",
"Mengimbangi Konflik Kerja-Keluarga Walaupun konflik kerja-keluarga merupakan cabaran penting bagi pekerja gig, namun terdapat beberapa strategi yang boleh membantu mengurangkan kesannya.Mengurus masa yang berkesan adalah penting. Pekerja gig wajar merancang tugas, menetapkan tarikh yang realistik dan memanfaatkan alatan teknologi untuk mengoptimumkan jadual mereka. Menerusi perancangan yang baik dari segi peruntukan masa, pekerja gig boleh menetapkan tempoh khusus untuk aktiviti kerja, serta aktiviti keluarga dan peribadi.Mereka yang terlibat dengan Grab misalnya boleh memilih untuk terlibat dengan penghantaran selepas pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi ruang menguruskan urusan keluarga pada sebelah petang.Menetapkan dengan jelas sempadan di antara kerja dan keluarga sama ada dari segi masa, tempat dan keutamaan. Pekerja gig harus menetapkan sempadan yang jelas antara kerja dan kehidupan peribadi, menyampaikan dengan jelas keberadaan mereka untuk kerja yang dilaksanakan dan batasan mereka kepada pelanggan dan ahli keluarga.Tetapkan ruang yang berbeza jika perlu di dalam rumah bagi melaksanakan kerja akan membantu pekerja gig menggariskan dengan jelas batasan di antara waktu kerja dan waktu dengan keluarga. Penetapan sempadan ini boleh membantu mengekalkan keseimbangan dan meminima konflik kerja dan keluarga.Membina sistem sokongan wajar menjadi keutamaan sekali gus memupuk rangkaian sokongan sosial yang kukuh, yang terdiri daripada keluarga, rakan dan rakan sekerja gig, boleh memberikan sokongan emosi, bantuan praktikal dan rasa kekitaan. Rangkaian ini menawarkan sumber dan pemahaman sama dalam lingkungan pekerja gig; mungkin telah berpengalaman mengendalikan konflik yang timbul daripada kerja yang menjejaskan keluarga.Dengan adanya sistem sokongan itu, pekerja gig yang berhadapan dengan konflik tidak merasa keseorangan tetapi keadaan mereka difahami oleh orang lain dan mendapat sokongan samada dari segi emosi dan praktikal dalam menyusun semula jadual dan menyelesaikan konflik yang berlaku. Ibu bapa atau penjaga sebagai pekerja gig turut menghadapi cabaran unik. Mengimbangi kerja gig dengan penjagaan anak dan kewajipan keibubapaan memerlukan perancangan dan penyelarasan teliti. Meneroka pengaturan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, seperti perkongsian penjagaan dengan pasangan, bergantung kepada ahli keluarga yang dipercayai atau menggunakan perkhidmatan jagaan harian, boleh membantu memastikan kesejahteraan kanak-kanak sambil membenarkan pekerja gig memenuhi komitmen kerja mereka.Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat disaran dapat menjadikan pelbagai isu ini sebagai pertimbangan wajar. Dasar cuti ibu bapa dan amalan mesra keluarga dalam ekonomi gig boleh memberikan sokongan yang diperlukan untuk ibu bapa dan penjaga, membolehkan merekamemenuhi keperluan keluarga mereka tanpa mengorbankan aspirasi profesional mereka.Landskap baharu ekonomi di Malaysia susulan ledakan teknologi ekonomi digital terutama gig boleh menjadi alternatif dan serampang dua mata ke arah keseimbangan kerja dan keluarga. Syaratnya pekerja perlu memahami keperluan kerja dan keluarga serta menentukan strategi yang sesuai. Dalam era ekonomi gig yang semakin berkembang, setiap orang berpeluang untuk memilih cara bekerja dengan pilihan yang lebih menjamin kesejahteraan mental dan fizikal, serta memelihara hubungan yang baik dengan keluarga masing-masing.PENULIS DR. NORMAZAINI SALEH, Ketua Program Doktor Falsafah Pengurusan/Pensyarah kanan, Jabatan Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, UIS.Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=50 |
Perlu terus “seiring sejalan” perkukuh perpaduan
| [
"Perpaduan. Frasa yang begitu tinggi nilainya, dan sangat besar ertinya. Perpaduan lawannya perpecahan. Perpecahan boleh mengundang permusuhan.",
"Menyemai perpaduan rakyat bukan senang. Ia mengambil masa yang lama untuk dibina, tetapi senang runtuh cukup dengan kata-kata sahaja. Ia kerana cakap-cakap yang berbaur perkauman akan menanam bibit-bibit kebencian. Begitulah natijahnya kalau usaha mengukuh perpaduan diambil mudah oleh generasi muda; dan sekiranya tidak pula diperturunkan oleh orang lama. Dalam hal ini, molek untuk kita menghayati serta melaksana titah pemerintah. Yang di-Pertuan Agong mewariskan tiga nasihat berguna, semasa menyempurnakan pelancaran majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023. Pertama, agar kita semua menjadikan perpaduan sebagai aset negara yang paling penting. Ia untuk masa depan Malaysia yang lebih baik dan terjamin. Kurangkan juga perbezaan sesama kita kerana ini hanya melebarkan jurang antara setiap kaum, bangsa dan agama. Selain itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, betapa penerapan nilai perpaduan harus bermula dari rumah. Sesungguhnya, amat besar cita-cita dan harapan baginda tuanku kepada kita. Kepentingan memelihara dan menyemai perpaduan menjadi tanggungjawab semua. Dalam hal ini, umum perlu tahu, di pihak kerajaan Malaysia Madani, telah merintis pelbagai usaha untuk mengukuh perpaduan rakyat. Terutama dalam mendekati dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Antaranya menerusi program Sambutan Minggu Perpaduan 2023, yang telah berjaya dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara. Acara itu yang disambut bulan lalu merupakan usaha penyatupaduan berterusan; untuk mendidik, membentuk peribadi dan tingkah laku masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan budaya serta meraikan kepelbagaian. Kementerian Perpaduan Negara bawah teraju Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang menyasarkan untuk menjadikan Sambutan Minggu Perpaduan sebagai acara tahunan. Menerusi pelaksanaannya pada minggu terakhir bulan Mei setiap tahun, kementerian berharap dapat terus menarik penyertaan rakyat pelbagai lapisan, juga kerjasama dan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, NGO, serta syarikat persendirian.",
"Pada bulan lepas, sambutan diterima sangat menggalakkan di semua 16 lokasi berbeza di seluruh negara. Bermula dari 20 hingga 28 Mei lalu, program pertama diadakan Kuching Sarawak sebelum berakhir di beberapa lagi bandar termasuk di ibu negara. Di Kuching misalnya, acara peringkat kebangsaan itu berjaya menarik sokongan pengunjung untuk menyertai acara-acara yang disaji. Orang ramai yang hadir bersikap terbuka apabila turut menggayakan budaya tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang berwarna-warni. Antaranya, termasuk murid prasekolah, komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan mahasiswa IPT. Keterbukaan yang ditunjukkan sekali gus turut menyaksikan dua rekod berjaya tercipta dalam Malaysia's Book of Records. Menerusi penglibatan sehingga 2, 471 peserta, melayakkan mereka diiktiraf bagi kategori 'Pemakaian Baju Etnik Teramai Dalam Satu Acara'. Sijil pengiktirafan turut diberikan bagi kategori 'Penyertaan Kumpulan Etnik Terbanyak dalam Pameran Kebudayaan'; iaitu dengan penyertaan 17 kumpulan etnik sempena dengan program Sambutan Minggu Perpaduan berkenaan. Sesungguhnya kejayaan yang dikecapi melalui program itu, memperlihatkan betapa negara memiliki rakyat yang bersatu-padu. Penulis juga merasakan ia berhasil memberi makna besar dalam mengangkat tema program Sambutan Minggu Perpaduan iaitu 'Perpaduan Dalam Kepelbagaian'. Kini, meski usaha seumpama itu telah berakhir, ia tidak seharusnya menutup ruang untuk rakyat terus menghidupkan ikatan kebersamaan. Melangkah ke hadapan, kita perlu terus seiring sejalan. Bak kata masyarakat Iban di Sarawak, 'Segulai Sejalai'.",
"PENULIS AFFENDI ABDUL KARIM ialah Editor Kanan Berita Radio RTM.",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/kolumnis?start=51 |
Pilihan bijak selepas SPM
| [
"Program komunikasi dan media membangunkan kemahiran profesional untuk memastikan pelajar bersedia memasuki tenaga kerja seterusnya menggapai kejayaan dalam kerjaya pilihan.",
"Dunia pendidikan melalui kaca mata media mengangkat kecemerlangan pelajar dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang baharu diumumkan. Rata-rata keputusan menunjukkan peningkatan dalam semua mata pelajaran. Di sebalik keputusan cemerlang itu, pelajar perlu membuat keputusan memilih destinasi atau hala tuju selepas ini.",
"Ke mana selepas SPM? Kalau pelajar cemerlang seperti Muhammad Aziq Asri yang memperoleh 8A 1B bercadang menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam demi memenuhi cita-cita menjadi ahli sejarah, anda pula bagaimana? Muhammad Aziq merupakan calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) berdepan dengan masalah autism meminati sejarah terutama yang berkaitan dengan peperangan.",
"Pemilihan kerjaya pendidikan selepas SPM penting untuk masa depan dalam bidang pengajian yang diminati. Bagi sesetengah bidang, minat sahaja belum cukup kerana terdapat syarat lain yang perlu diseiringkan sebelum melanjutkan pelajaran.",
"Jika minat dan bakat anda dalam bidang komunikasi, anda berkemungkinan sesuai untuk meneroka industri komunikasi dan media. Industri kreatif ini sentiasa mempunyai permintaan dalam pasaran kerana selain menjadi peneraju industri komunikasi dan media, bidang ini sentiasa relevan dalam dunia pekerjaan yang luas.",
"Bagaimana jurusan komunikasi dan media boleh melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam pelbagai bidang profesional? Apakah potensi pekerjaan dalam bidang komunikasi dan media seperti perhubungan awam, kewartawanan, pengiklanan, pemasaran digital, penyiaran dan komunikasi korporat.",
"Kepelbagaian sub bidang ini memberi gambaran tentang laluan kerjaya yang pelbagai tersedia untuk graduan komunikasi dan media. Ijazah komunikasi dan mediaataupun diploma komunikasi dan media membuka pelbagai peluang kerjaya merentasi pelbagai industri.",
"Pena dahulu lebih tajam daripada mata pedang",
"Pepatah terkini dalam dunia digital ‘Tweet lebih tajam daripada mata pedang’! Pelajar komunikasi dan media diajar untuk menjalankan temubual, penyelidikan, menulis berita dan rencana, menyunting kandungan, menyampaikan maklumat dengan cara yang tidak berat sebelah dan penulisan objektif.",
"Pesan penulis-penulis hebat, ‘kalau nak jadi penulis, kena jadi pembaca dulu’. Sudah tentu! Membaca adalah asas penting untuk menjadi seorang penulis.",
"Bacalah pelbagai karya, gaya penulisan, teknik dan genre, semua ini membantu anda mengembangkan suara dan gaya penulisan anda sendiri. Dengan membaca, anda dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa sekaligus membolehkan anda menyatakan idea dengan lebih berkesan dan tepat.",
"Maka, membaca, membaca, membaca kemudian barulah menulis. Anda akan menemui kecintaan dan minat yang mendalam dalam penulisan. Setiap karya memungkinkan menjadi inspirasi, menyentuh hati dan memberi pengalaman serta buah fikiran kepada orang lain.",
"J.K. Rowling semasa berucap di Universiti Harvard, memutuskan untuk bercakap tentang kepentingan imaginasi dan konsep kegagalan yang membawa kepada keazaman dan disiplin yang tidak disangka dalam penulisan. Katanya, “Anda tidak akan benar-benar mengenali diri anda atau kekuatan sehingga kedua-duanya diuji oleh kesukaran.”",
"Pentingnya kemahiran komunikasi meliputi komunikasi digital dan media sosial dalam lanskap profesional masa kini. Pelajar akan mengembangkan kemahiran dalam mencipta kandungan media, pengurusan media sosial, penceritaan secara digital dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan mempelajari cara komunikasi berkesan dalam format medium media yang berbeza.",
"Pelajar bukan sahaja menumpukan pada aspek teori sahaja tetapi memperoleh kemahiran praktikal melalui pengalaman langsung. Pengalaman boleh diperoleh semasa latihan amali, projek media dan kerja-kerja kolaborasi dengan rakan dalam kelas.",
"Pelajar jurusan komunikasi dan media kebiasaannya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, kelab dan projek komuniti. Mereka akan memanfaatkan aktiviti dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran ini di luar kelas. Aktiviti ini dapat melahirkan sikap positif, kepimpinan dan kemampuan bekerjasama dengan orang lain.",
"Selain itu, mereka dilatih menjalin rangkaian dengan profesional dalam industri dan ini akan meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam bidang komunikasi dan media yang kompetitif.",
"Evolusi teknologi komunikasi merubah platform media turut mempengaruhi budaya kerja dalam komunikasi dan media. Pelajar akan menyesuaikan diri dengan teknologi baharu. Universiti akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman dalam dunia sebenar melalui latihan amali, perkongsian industri dan projek yang memerlukan praktis atau hands-on.",
"Bidang komunikasi berkembang disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi dan perubahan dinamik masyarakat. Selain daya tahan dan kebolehan menyesuaikan diri dengan teknologi komunikasi, mereka turut perkukuhkan literasi media dan pemikiran kritis semasa mengemudi lanskap media yang sentiasa berubah. Ia satu keperluan penting dalam membuat pertimbangan dan menjadi pengguna atau mencipta kandungan media supaya lebih bertanggungjawab.",
"Laluan kerjaya dalam bidang komunikasi dan media",
"Mengikuti kisah kejayaan alumni yang boleh memberi inspirasi, menitip perjalanan kerjaya mereka, pencapaian dan bagaimana pendidikan dan kemahiran yang mereka peroleh dapat membantu mereka mengharungi bidang kerjaya masing-masing. Antara kerjaya pilihan adalah:",
"Ini hanyalah beberapa contoh laluan kerjaya yang tersedia untuk graduan komunikasi dan media. Bidang ini dinamik dan sentiasa berkembang yang menawarkan peluang untuk ‘orang masscomm yang boleh buat macam-macam’.",
"Mereka juga boleh menjana pendapatan sebagai penterjemah buku, laporan tahunan, ghost writer dan sebagainya. Manakala graduan yang belum mendapat pekerjaan idaman, teruskan mencari peluang kerja yang sesuai dengan latar belakang anda. Pada masa yang sama tingkatkan kemahiran yang relevan dengan bidang komunikasi.",
"Dalam dunia serba maju ini, kita bersaing dengan peningkatan dan pembangunan AI (Artificial Intelligence) menyebabkan beberapa kursus atau pekerjaan menjadi lapuk, walaupun teknologi mendominasi, namun kita masih memerlukan sentuhan manusia untuk meletakkan emosi ke dalam kata-kata, untuk ‘memberi nyawa’ atau kehidupan pada perkara yang statik dan untuk berhubung antara satu sama lain.",
"Oleh itu, kajian komunikasi massa akan membantu anda mengharungi semua cabaran dan kemajuan teknologi ini.",
"PENULIS, NORAZIRAWATI AHMAD ialah Pensyarah/Ketua Program Komunikasi, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS).",
"Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM."
] |