url
stringlengths
49
58
headline
stringlengths
22
176
content
sequence
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=108
Michelle Yeoh rangkul Golden Globes
[ "CALIFORNIA, 11 Januari-Pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berjaya merangkul anugerah Golden Globes bagi ketegori Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada majlis anugerah di Amerika Syarikat.Beliau merangkul anugerah tersebut melalui watak lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.Michelle Yeoh merupakan artis Malaysia pertama dan kedua Asia memenangi anugerah tersebut.Anak Malaysia kelahiran Ipoh, Perak yang menempa nama di Hollywood, sebelum ini dikenali dan berjaya melalui lakonannya di Hong Kong seterusnya dikenali di peringkat antarabangsa melalui filem James Bond's Tomorrow Never Dies dan Crouching Tiger, Hidden Dragon.Beliau turut dikenali kerana melakukan lagak ngeri sendiri dalam filem-filem lakonannya.", "(Tan Sri Michelle Yeoh merangkul Golden Globes melalui lakonan dalam filem Everything Everywhere All at Once/FOTO AFP)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=109
Filem punjabi pertama Malaysia dapat sambutan hangat di pawagam
[ "KUALA LUMPUR, 6 Januari- Mundey Kampung Dey (MKD) yang diterjemahkan kepada ‘Budak Kampung’, adalah filem cereka berbahasa Punjabi produksi tempatan pertama namun ia berjaya mendapat sambutan hangat di pawagam Malaysia sejak ditayangkan tiga minggu lepas. Penonton setakat ini memberi sokongan yang menggalakkan sejak MKD ditayangkan pada 15 Dis lalu di sembilan pawagam di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Seremban.“Filem ini telah berjaya ditayangkan di pawagam selama 21 hari sekarang,” kata Mansher Singh dengan bangga yang merupakan penerbit dan pengarah MKD kepada Bernama hari ini.Walaupun ia adalah filem cereka bahasa Punjabi pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, beliau berkata ia digarap berdasarkan budaya Malaysia dengan dibarisi pelakon berbilang etnik serta penggunaan pelbagai bahasa.Oleh kerana sambutan yang baik daripada orang ramai, tayangan MKD telah dilanjutkan sehingga hujung minggu ini.Malah tempoh tayangan juga telah dilanjutkan selama seminggu lagi di TGV Cinema di Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya.", "(Filem punjabi pertama Malaysia dapat sambutan hangat di pawagam/FB Xtreme Studios Malaysia)", "MKD adalah kisah tiga rakan zaman kanak-kanak dari kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik namun sebaliknya yang berlaku apabila nyawa mereka terancam apabila seorang bos wanita bersedia membunuh mereka untuk mendapatkan bungkusan berharga yang mereka miliki. Filem komedi ini menampilkan pelakon Anwaar Beg Moghal, Nipun C, Hemant Shergill, Sanjna Suri, Chamkaur Singh, Mansher Singh, Sharmini Ramesh, Malkit Kaur dan Ashvinder Singh.“Secara keseluruhan ia mengisahkan nilai kekeluargaan yang baik yang sesuai ditonton oleh semua golongan oleh bakat Malaysia. Bagi saya ia merupakan sentuhan pertama dengan bajet hanya RM600,000. Sumber inspirasi saya adalah Allahyarham P. Ramlee kerana beliau suka menonjolkan kisah rakyat Malaysia yang sebenar dalam filemnya,” kata Masher.Beliau berkata India dan Pakistan berminat untuk menayangkan filem itu di negara masing-masing manakala beberapa perkhidmatan penstriman over-the-top (OTT) utama berminat untuk menayangkannya di platform mereka.Faktor utama lain untuk filem itu adalah sokongan padu daripada Kementerian Komunikasi dan Digital serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).Penerbit penyelia, Ghaz Abu Bakar berkata beliau kagum keseluruhan jalan cerita filem itu termasuk aksi lagak ngeri kereta terbalik dihasilkan dengan bajet yang kecil. Beliau berkata MKD mempunyai tahap yang sama dengan filem aksi ‘Polis Evo’ yang mendapat kutipan tinggi yang diarahkannya pada 2015 dan 2018.Sambil merakamkan penghargaan kepada FINAS yang menyokong bukan sahaja filem Melayu tetapi juga filem bahasa lain, Ghaz berkata kejayaan MKD juga menunjukkan bahawa pembuat filem berbakat boleh didapati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.Komen menggalakkan mengenai filem itu turut dimuat naik di media sosial.“Saya seronok menonton MKD, lakonan yang hebat, saya menangis, saya ketawa, jenaka yang bagus dan segmen yang menyedihkan, ia menarik secara keseluruhan,” kata Drgurmin.Opdesh Kaur Cheema berkata: “Tidak ada satu pun yang membosankan, pastinya tahap persembahan yang berbeza, semua harus meluangkan masa untuk menonton filem ini.”Asugan yang merupakan kaki wayang berkata: “Secara peribadi saya dapati ia adalah filem yang menghiburkan untuk ditonton di skrin besar. Ucapan khas kepada trio kanak-kanak lelaki yang menghidupkan watak mereka dengan baik. Tidak lupa juga sinematografi oleh C. Kumaresan, melodi lagu yang bagus oleh komposer Mansher Singh dan Arvinder Raina serta kudos kepada Cobra dan Dragon.”- BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=110
'Hawkeye' stabil, ucap terima kasih kepada peminat
[ "LOS ANGELES, 4 Januari- Pelakon adiwira naskah Marvel, Jeremy Renner mengucapkan penghargaan kepada semua peminatnya atas doa dan kata-kata semangat yang dikirimkan kepadanya.Renny, cedera parah selepas digilis oleh pembajak salji ketika cuba menaiki tempat duduk pemandu kenderaan seberat 14,000 paun (enam tan) itu.Insiden berlaku berhampiran rumahnya di Nevada ketika dia cuba memberhentikan jentera PistenBully, yang mula bergerak ke hadapan selepas dia menggunakannya untuk membantu mengeluarkan kenderaan ahli keluarga yang terkandas dalam salji tebal.\"Dalam usaha untuk menghentikan jentera yang sedang bergerak itu, Renner cuba untuk kembali ke tempat duduk pemandu,\" kata Syerif Daerah Washoe Darin Balaam pada satu sidang akhbar.\"Berdasarkan siasatan kami, Renner dilanggar oleh PistenBully itu.\"Pelakon watak Hawkeye itu menyiarkan sekeping swafoto pada Selasa dari katil hospitalnya, yang memaparkan lebam teruk di mukanya.\"Terima kasih semua atas kata-kata baik anda. Saya berada dalam keadaan yang sangat teruk. Tetapi saya menghantar kasih sayang kepada anda semua,\" tulis Renner di Instagram.Publisiti Renner, Sam Mast berkata, pelakon itu telah menjalani pembedahan dan mencapai kemajuan positif dan terjaga, bercakap dengan baik.\"Dia kekal di ICU dalam keadaan kritikal tetapi stabil,\" kata Mast.Seorang pegawai pada sidang akhbar berkata tiada petunjuk bahawa minuman keras atau dadah terlibat dalam kejadian itu, yang dianggap sebagai \"kemalangan tragis.\"Sheriff Balaam berkata siasatan sedang dijalankan berikutan kecederaan teruk yang dialami Renner, termasuk pemeriksaan untuk sebarang tanda kegagalan mekanikal.Balaam berkata, petugas kecemasan mengalami kesukaran untuk tiba di lokasi kejadian kerana salji turun tiga kaki (satu meter) malam sebelumnya, memaksa beberapa pemandu meninggalkan kereta mereka di lebuh raya berdekatan.Apabila tiba, mereka merawat Renner, dan \"beberapa jiran baik Encik Renner keluar dengan beberapa tuala dan memberikan sedikit bantuan.\"Syerif itu memuji Renner sebagai jiran yang hebat yang telah menggunakan mesinnya untuk membajak jalan persendirian untuk penduduk berhampiran.Renner memegang gelaran kehormat timbalan syerif dan popular di kalangan kanak-kanak tempatan, yang memanggilnya \"Hawkeye\" sempena adiwira yang dilakonkannya dalam beberapa filem Marvel dan siri mini baru-baru ini, tambah Balaam.Renner, 51, menerima dua pencalonan Oscar untuk peranannya dalam \"The Hurt Locker\" dan \"The Town.\"" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=111
Adegan bogel, pelakon utama Romeo & Juliet saman produksi
[ "AMERIKA SYARIKAT, 4 Januari- Pelakon utama filem Romeo & Juliet memfailkan saman terhadap syarikat produksi, Paramount Pictures, selepas 55 tahun filem itu ditayangkan.Olivia Hussey dan Leonard Whiting yang kini menjangkau usia 70-an memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi Santa Monica pada Jumaat dengan menuduh Paramount dan pengarah, Franco Zeffirelli mengeksploitasi mereka secara seksual dan mengedarkan imej bogel bawah umur.Saman itu mendakwa bahawa Zeffirelli yang meninggal dunia pada 2019 telah memberi jaminan kepada mereka bahawa tidak akan ada babak bogel dalam filem itu.Mereka juga dimaklumkan bahawa akan memakai pakaian dalam warna kulit ketika melakukan adegan ranjang.Namun, pengarah didakwa merayu kepada mereka untuk tampil dalam keadaan bogel dengan sedikit solekan pada badan atau penggambaran itu akan gagal.Hussey berusia 15 tahun pada waktu itu dan Whiting berusia 16 tahun.\"Defendan tidak jujur dan secara rahsia merakamkan kanak-kanak bawah umur bogel atau separa bogel tanpa pengetahuan mereka, yang mana ia melanggar undang-undang negeri dan persekutuan yang mengawal selia perbuatan tidak senonoh dan eksploitasi kanak-kanak bawah umur untuk keuntungan,\" kata saman itu.Aduan yang menuntut ganti rugi ratusan juta dolar itu memaklumkan kedua-dua pelakon terbabit mengalami penderitaan mental dan tekanan emosi selama hampir enam dekat sejak filem itu diterbitkan.\"Paramount tahu imej kebogelan bawah umur harus dibuang.\"Imej kanak-kanak yang dieksploitasi secara seksual adalah buruk dan mereka (Paramount) tidak sepatutnya melepaskan adegan itu,\" jelas Solomon Gresen yang mewakili pelakon.Filem Romeo & Juliet yang diterbitkan pada 1968 mencetuskan kontroversi dengan adegan ranjang yang memaparkan imej punggung Whiting dan payudara Hussey tanpa seurat benang. -AFP", "(Leonard Whiting dan Olivia Hussey yang kini menjangkau usia 70-an memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Paramountyang didakwa mengeksploitasi mereka secara seksual dan mengedarkan imej bogel remaja/AFP)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=112
'Hawkeye' Jeremy Renner semakin pulih, muat naik swafoto
[ "LOS ANGELES, 4 Januari- Pelakon Jeremy Renner, yang membawa watak Hawkeye dalam filem-filem Avengers terbitan Marvel, dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan traumatik ketika membersihkan timbunan salji, kini beransur pulih.Ini disahkan dirinya selepas memuat naik swafoto keadaan terkininya di laman Instagram untuk menzahirkan penghargaan atas ucap selamat oleh para peminatnya.Renner memuat naik swafoto dari katil hospital di Nevada, Amerika Syarikat, sungguhpun dengan wajahnya yang lebam dan masih memerlukan bantuan pernafasan.\"Terima kasih atas ucapan dan doa anda.\"Saya tidak bermaya untuk menaip sekarang, tetapi saya mengutuskan kasih saya kepada anda semua.\" kata Renner dalam catatan Instagram beliau. Pengurus publisiti Renner berkata pada Isnin bahawa beliau berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil susulan kemalangan pada Tahun Baru 2023. \"Beliau mengalami \"kecederaan di dada akibat benda tumpul selainkecederaan 'ortopedik' dalam kemalangan tersebut,\" katanya.Renner memiliki sebuah rumah di Daerah Washoe, Nevada, sejak beberapa tahun lalu, lapor akhbar Reno Gazette Journal.", "(Jeremy Renner memuat naik swafoto di laman Instagram dari hospital selepas mengalami kemalangan FOTO INSTAGRAM Instagram Jeremy Renner)", "Salji turun dengan begitu lebat di kawasan utara Nevada pada malam Tahun Baru. Perkhidmatan Cuaca Negara memberi amaran tentang kejadian ribut salji di kawasan berkenaan sepanjang hujung minggu.Dalam taklimat media pada Selasa, Sheriff Daerah Washoe Darin Balaam berkata Renner digilis oleh jentolak salji yang bergerak sendiri setelah beliau menggunakannya untuk membersihkan salji yang menimbun di atas kereta yang dipandu oleh seorang anggota keluarga.Menurut Balaam, Renner menggunakan jentolak PistenBully seberat lebih 14,000 paun (6,350 kilogram) untuk membersihkan salji yang kemudiannya bertukar menjadi tragedi apabila jentolak tersebut mula bergerak sendiri.\"Dalam usaha untuk menghentikan (jentolak) PistenBully berkenaan, Renner dikatakan mencuba untuk duduk di tempat pemandu dan pada ketika itulah Renner kecelakaan,\" kata Balaam, sambil menambah pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. -REUTERS" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=113
Imbasan Industri Seni Kreatif 2022: Pelbagai bantuan diberi kepada anak seni, kisah di mahkamah
[ "KUALA LUMPUR, 3 Januari- Kalendar dunia seni dan hiburan 2022 menyaksikan kebangkitan semula penggiat seni tanah air.Antara yang menjadi tumpuan ramai adalah pemergian selebriti ke pangkuan ilahi, bantuan sebagai tanda keprihatinan dan tidak kurang juga artis tanah air yang mencuri perhatian dengan kisah kurang enak didengar.Imbasan hiburan kita mulakan dengan Keprihatinan kerajaan atas keluhan anak seni mengenai isu pembayaran royalti.Akta Hak Cipta berjaya dipinda bagi memberi royalti kepada penyanyi dan komposer.", "Selain itu kerajaan terus menjaga kebajikan artis menerusi Skim Perumahan mampu milik dan Kempen Mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri membabitkan petugas belakang tabir.Manakala bagi membantu insan seni yang hilang mata pencarian akibat bencana atau hilang upaya, sebanyak RM100,000.00 diperuntukkan untuk Tabung Khas Pembangunan Industri Filem.Selain kerajaan, penggiat seni turut tidak terkecuali menghulurkan bantuan antaranya Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) meneruskan tradisi dengan mengagihkan sumbangan kepada rakan artis.Tidak ketinggalan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn Bhd membantu dan menghulurkan bantuan kemanusiaan serta bencana alam kepada yang memerlukan.Imbasan Industri Seni Kreatif 2022: Kisah di mahkamah dan saman artis tanah airIndustri hiburan seni negara turut digemparkan dengan penahanan penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman dengan pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram.Kini, pelantun lagu Mimpi Laila itu perlu menunggu sehingga 11 Januari untuk sebutan keputusan representasi kali kedua.Kes saman difailkan sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Ben Amir, yang didakwa melanggar perjanjian selepas enggan menjadual semula penggambaran drama yang tertangguh akibat COVID-19, diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen pada 14 April lepas.Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000.00 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada 4 Oktober lalu atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial Mac lalu.30 November lalu, pelakon dan juga pengarah, Farid Kamil Zahari, terlepas hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman denda RM5,000.00 kerana menggunakan dadah, empat tahun lalu.Bagaimanapun mengekalkan dua tahun pengawasan bawah Agensi Antidadah Kebangsaan.Penerbit dan pengarah, Datuk A Aida, mengenakan saman terhadap dua pelakon tanah air, Amelia Henderson dan Idris Khan kerana melanggar penjanjian kontrak penggambaran sebuah drama \"Sekali Lagi Cinta Kembali\" pada 24 Jun lalu.Bagaimanapun, saman terhadap Idris berakhir dengan baik manakala Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.18 Jun lalu, Pelakon Shaarnaz Ahmad direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan.Pelakon itu ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan polis mendakwa dipukul dan lebam di mukanya. Bagaimanapun, Shaarnaz dibebaskan dengan jaminan polis.Imbasan Industri Seni Kreatif 2022: Pemergian insan seni sukar dicari ganti.Dunia hiburan sepanjang 2022 turut dikejutkan dengan pemergian insan seni yang banyak berjasa kepada negara yang sukar dicari ganti.Pelakon teater, pengarah dan penulis terkenal, Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari lalu di kediamannya Bukit Damansara akibat serangan jantung.Pada 26 Mac lalu, dunia hiburan turut berduka dengan pemergian pelakon dan pelawak veteran, Amran Tompel, di usia 72 tahun akibat kanser usus dan masalah buah pinggang.", "(Antara artis yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2022)", "Sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Pelakon komedi veteran, Hamid Gurkha, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada 14 Jun lalu.Industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita pemergian selebriti serba boleh, Adibah Noor yang telah bertemu Ilahi pada 18 Jun lalu.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.Pada 14 September 2022, penyanyi era 80-an, Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim, 68 tahun telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara.Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi jantung pada 23 September lalu.Allahyarham Bob, merupakan penulis lirik beberapa lagu popular antaranya Isabella, Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.Pelakon Veteran, Hisham Ahmad Tajudin, 76 tahun telah menghembuskan nafas terakhir selepas dirawat di Hospital Shah Alam (HSA) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 12 Oktober lalu.Selepas sembilan bulan menderita penyakit angin ahmar, pengarah filem, Azhari Zain atau nama sebenarnya Azhari Mohd Zain telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada 24 November lalu.Semoga yang telah pergi dicucuri rahmat oleh-Nya. Al-Fatihah." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=114
Konsert ILHAM 2022 capai kejayaan membanggakan - Ras Adiba
[ "PETALING JAYA, 20 Disember- Presiden Persatuan OKU Sentral (OKU Sentral) Datuk Ras Adiba Radzi menyifatkan konsert ILHAM 2022 yang diadakan sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), di sini, malam tadi merupakan satu pencapaian yang membanggakan.Beliau berkata persembahan berbakat dalam kalangan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) itu boleh membawa kepada penganjuran jelajah peringkat nasional tahun depan.“Orang selalu fikir kalau persembahan OKU ni biasa sahaja tetapi mereka memang hebat. Jadi fokus kami adalah membawa mereka ke seluruh negeri dan menunjukan bakat mereka,” katanya kepada Bernama.Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau bersyukur kerana rakan-rakan OKU bersemangat tinggi dalam mempamerkan bakat kerana ada dalam kalangan mereka yang berlatih secara dalam talian untuk konsert berkenaan.", "Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi membuat persembahan sempena Konsert ILHAM 2022 / FOTO BERNAMA", "Konsert berkenaan diserikan dengan persembahan Ras Adiba, Khai & Dinie, Umar Hasfizal, Shahril of Muniros dan Eyelitz Dancers bersama penari-penari Anak Seni OKU Sentral, OS Wheelies, Permata Gemalai Sari, M.Neranjan daripada PPKI SMK Desa Perdana KL, Low Mee Li & Orange of OS/Beautiful Gate dan Tadika Istika Jaya.Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, penyanyi dan komposer Datuk M. Nasir serta pengarah filem Datuk Afdlin Shauki.Hari OKU Antarabangsa disambut pada 3 Disember setiap tahun. -BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=115
Konsert 25 tahun Rabbani 30 Disember
[ "JOHOR BAHRU, 20 Disember- Yayasan Warisan Johor (YWJ) berkolaborasi dengan Rabbani Empire Resources, menganjurkan Konsert 25 tahun `Simponi Kesyukuran Rabbani’ di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru.Konsert itu akan diadakan pada 30 Disember ini bermula pukul 8.30 malam. Penganjurannya bertujuan meningkatkan kefahaman, kesedaran terhadap genre nasyid, serta menanam jati diri masyarakat menerusi bait–bait dalam lirik lagu disampaikan. Anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, \"konsert berlangsung selama dua jam itu, juga menampilkan artis jemputan, Mawi, Hijaz, Daqmie, Dinie Juri, dan Aeydan, melibatkan pelbagai segmen.\" Antaranya; \"Segmen Pembukaan Rabbani dengan konsep Andalusia, seterusnya nostalgia NadaMurni, Kebangkitan Nasyid dan Penghormatan.\"Selain itu, mengandungi tarian Sufi Munajat, dan Sajak Pertarungan.\"", "(Sidang media Konsert 25 tahun Rabbani)", "Konsert tersebut disifatkan sebagai penanda aras bagi kategori irama nasyid, khususnya di Malaysia selain hiburan mendidik jiwa. Rabbani komited, memberikan persembahan terbaik, serta memberi suntikan rohani kepada peminat.\"Bagi kami kumpulan Rabbani kami memang akan merancang untuk kebaikan kami, dan peminat. Jadi kita cuba buat terbaik, itu antara formulanya, kami tak fikir pasal orang lain. Kami tidak berfikir nak bersaing dengan sesiapa, kita ada cara kita tersendiri,\" katanya semasa sesi raptai konsert di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. Masyarakat juga dapat menghargai nilai–nilai dalam irama nasyid, selain mewujudkan kesedaran dalam memupuk semangat perpaduan, dan menyemarakan keharmonian di Johor. Tiket konsert dijual pada harga bermula RM58, RM88, RM128 dan RM188." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=116
Siti Nurhaliza 'pukau' peminat di Johor
[ "JOHOR BAHRU, 19 Disember- Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memukau lebih 4,000 peminat dalam persembahan eksklusif “A Night To Remember” yang berlangsung selama dua hari, di bandar raya ini pada Jumaat dan Sabtu lepas. Ini merupakan kali pertama selepas 10 tahun penyanyi tersohor itu kembali membuat persembahan ke Pusat Kovensyen Antarabangsa Persada Johor.Persembahan dimulakan dengan penampilan Khai Bahar sebagai pembuka acara yang menyanyikan lagu Luluh dan Bayang, sebelum menjemput rakan duetnya Aina Abdul untuk menyanyikan lagu Nafas Cinta.Aina Abdul yang mendedikasikan permulaan kerjayanya sebagai penyanyi kepada Siti Nurhaliza, kemudiannya mempersembahkan lagu Terus Hidup dan Semalam, sekali gus menaikkan semangat penonton yang nampaknya tidak sabar menantikan kemunculan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.Tampil dengan busana berwarna hitam, Siti Nurhaliza “muncul” dengan lagu 7 Nasihat yang turut menyaksikan penyanyi nombor satu negara itu bersahaja dalam menyanyikan bait-bait kata lirik lagu ‘rap’ yang asalnya dinyanyikan oleh Kmo Kmo dan Luca Sickta.Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu yang menjadi siulan peminat sehingga menaikkan kariernya ke tahap sekarang menerusi medley lagu Nian Di Hati, Bicara Manis, Kuasa Cintamu, Bukan Cinta Biasa, Terbaik Bagimu, Janji Kasih dan Kau Kekasihku.Kesemua lagu tersebut disusun semula dengan muzik baharu dengan pimpinan komposer Aubrey Suwito serta barisan pemuzik handalan yang turut menampilkan pemuzik perkusi terkenal kelahiran Brooklyn New York, Steve Thornton.“Saya sudah 27 tahun dalam industri dengan lebih 20 buah album serta merakam lebih 200 lagu. Bukan apa, nak cerita, untuk gabungkan 200 lebih lagu dalam satu persembahan dalam satu malam bukanlah sesuatu yang mudah.“Itu sebab saya gembira Aubrey Suwito ada bersama saya, daripada saya mula buat konsert pertama dan lihat saya membesar di depan mata dia.", "(Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin / FOTO BERNAMA)", "“Saya juga rasa bahagia peminat-peminat saya sangat istimewa kerana menyokong saya daripada mula sehingga sekarang ini,” kata penyanyi itu ketika mengucapkan penghargaannya kepada peminat dan komposer berkenaan selepas selesai menyampaikan tiga lagu pertamanya.Menurutnya, kesemua lagu yang disusun semula muziknya itu, merupakan “hadiah” kepada peminat-peminatnya yang tidak putus-putus menyokongnya sejak kemunculannya di arena muzik tanah air sejak awal 90-an, selepas muncul pemenang Bintang HMI pada 1995.Penyanyi berusia 42 tahun itu kemudiannya berduet dengan Khai Bahar menerusi lagu yang asalnya dinyanyikan bersama penyanyi Indonesia Cakra Khan iaitu Seluruh Cinta.Memasuki segmen ketiga, Siti Nurhaliza yang tampil dengan busana tradisional berwarna kuning, mengembalikan memori peminat dengan kenangan bersama komposer Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.Lagu Hati Kama, yang menaikkan nama penyanyi berkenaan dalam genre Irama Malaysia, dinyanyikan semula penyanyi itu bersama Aina Abdul sebelum mempersembahkan medley lagu popularnya Biarlah Rahsia dan Demi Kasih Sayang yang disusun semula dengan irama keroncong sebagai penghargaan kepada orang Johor.Lebih menggamatkan apabila persembahan hampir tiga jam itu disudahi dengan lagu Seindah Biasa dan Rentak 106 dengan irama joget sambil mengajak penonton menari bersama, ternyata mendedahkan teaser kepada peminat akan konsert berskala besar Siti Nurhaliza yang bakal diadakan pada tahun hadapan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=117
Rihanna kongsi wajah bayi buat pertama kali
[ "NEW YORK, 18 Disember- Penyanyi terkenal, Rihanna buat pertama kali, berkongsi wajah bayi lelakinya kepada umum menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok, semalam.Video berdurasi 45 saat di TikTok itu telah menarik 11.9 juta tontonan dan 3.5 juta tanda suka, setakat ini.Dalam video bertajuk 'digodam', bayi lelaki berkenaan tersenyum dan tertawa sambil kedengaran suara Rihanna berkata, \"Anda cuba mendapatkan telefon ibu?\"Bagaimanapun, sehingga kini Rihanna, 34, masih tidak mendedahkan nama anaknya itu.Rihanna atau nama sebenar Robyn Rihanna Fenty selamat melahirkan cahaya mata pertama, hasil perkongsian hidup dengan penyanyi rap, A$ap Rocky pada 13 Mei lalu. -AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=118
Penyerang Kamal Adli direman dua minggu
[ "SINGAPURA, 14 Mac- Mahkamah Singapura menetapkan lelaki yang didakwa menyerang artis Malaysia Kamal Adli akan direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.\"Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri,\" kata Hakim Daerah Terence Tay yang bersetuju dengan permohonan pendakwa raya menahan tertuduh bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.Tay berkata bahawa sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac.Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri di sini pada Selasa (14 Mac) kerana \"terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.\"“Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu,” menurut SPF dalam kenyataanPada Ahad (12 Mac) kira-kira jam 9.19 malam, Pasukan Polis Singapura telah dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan cota.Polis telah merampas cota berkenaan untuk dijadikan bahan bukti dan siasatan sedang dijalankan.Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.Dia dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula Jumaat.Menurut Uqasha, kejadian itu berlaku pada penghujung acara tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai punca suaminya diserang.-BERNAMA", "(Kamal Adli dan isterinya Uqasha selepas diserang pada Ahad malam)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=119
Pelakon Jane Fonda semakin pulih daripada barah limfoma
[ "LOS ANGELES, 17 Disember- Pelakon dan aktivis terkenal, Jane Fonda menyatakan dirinya semaikin pulih daripada barah limfoma.Pemenang anugerah Oscar dan penyokong kuat kepada Parti Demokrat itu berkata demikian melalui blognya pada khamis lalu.Menurut Jane, dia tidak lagi perlu menjalani rawatan bagi barah limfoma yang dihadapinya.", "(Pelakon dan aktivis, Jane Fonda ketika menyampaikan ucapan di Hollywood / FOTO AFP)", "\"Minggu lepas, saya dimaklumkan oleh doktor pakar, barah saya semakin mengecut. Saya tidak perlu menyambung rawatan kimoterapi\", kata aktivis alam sekitar yang bakal berusia 85 tahun minggu hadapan melalui blog tersebut.", "Jane turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan agar kesihatannya kembali pulih.\"Saya berasa syukur dan ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya\", kata Jane lagi.Pada September lalu, Jane mendedahkan dia didiagnosis menghidap barah limfoma yang menyerang sistem limfa dan mampu menyebabkan tumor.Sepanjang penglibatannya sebagai pelakon, Jane telah menggondol pelbagai anugerah antaranya Anugerah Oscar, Anugerah Akedemi Filem British dan tujuh Anugerah Golden Globe-AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=120
Joe dan Muss hiburkan peminat rock tempatan
[ "KUALA LUMPUR, 25 Disember- Konsert Barbarik-Pentas Keras yang berlangsung pada Sabtu diibaratkan penutup yang sempurna tahun 2022 bagi industri rock negara. Menampilkan dua ikon rock tersohor iaitu gitaris daripada bekas kumpulan Wings, Joe Branko bergabung dengan penyanyi, Muss berjaya mengembalikan nostalgia rock zaman 80-an dan 90-an yang amat dirindukan peminat. Sambutan hangat diterima pada konsert rock tersebut apabila kira-kira 3,000 peminat rock memenuhi ruang legar Zepp KL.Antara lagu yang dinyanyikan termasuk Biru Mata Hitamku, Keris Tak Bersarung, Blues Ular Sawa, Mayang Sulit, Penunggu dan banyak lagi. Konsert Barbarik Pentas Keras tersebut turut menampilkan artis jemputan iaitu penyanyi kumpulan XPDC, Mael yang berduet dengan Muss menyanyikan lagu Nasib Kita.Manakala bekas penyanyi Wings, Mel turut berduet dengan penyanyi kelahiran Perak itu dengan lagu Saputangan dan Semalam Yang Hangat serta Asheed Def-Gab-C dengan lagu Singa dan Harimau.Selain Joe Branko dan Muss, konsert itu turut diiringi pemuzik hebat seperti Ainol (dram), Rozaimee (bass) serta Adi (keyboard) yang berjaya memukau peminat." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=121
Angelina Jolie letak jawatan sebagai Utusan Khas Agensi Pelarian PBB (UNHCR)
[ "GENEVA, 17 Disember-Pelakon popular, Angelina Jolie meletakkan jawatan sebagai Utusan khas Agensi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas 20 tahun berkempen membantu mangsa pelarian di seluruh dunia.Menurut Jolie dalam satu kenyataan bersama UNHCR berkata sudah tiba masanya, dia bekerjasama dengan pertubuhan sukarela lain yang mempunyai misi seperti UNCHR dan menyokong misi kemanusiaan serta penyelesaian yang lebih komprehensif.", "(Pelakon Angelina Jolie ketika misi sebagai Utusan Khas UNHCR ketika melawat pelarian di Syria/FOTO REUTERS)", "Dalam kenyataan bersama itu juga, Jolie menegaskan dia akan terus memberi sokongan kepada pelarian-pelarian dan penyelesaian kepada isu-isu yang membelenggu pelarian.Dalam pada itu, pelakon itu juga merancang bagi bersama-sama pelakon-pelakon lain bagi bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela tempatan bagi menyelesaikan isu pelarian dan kemanusian.Jolie telah bekerjasma dengan UNHCR sejak tahun 2001 bermula sebagai Duta Pelarian sebelum dilantik sebagai Utusan khas badan sukarela itu pada 2012.Jolie telah menyelesaikan 60 misi kemanusiaan di seluruh dunia termasuk perjalanan ke Yaman dan Burkina Faso.-REUTERS" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=122
Aktor Henry Cavill digugurkan daripada watak 'Superman'
[ "LONDON, 16 Disember-Pelakon Henry Cavill mengesahkan dirinya digugurkan daripada memegang watak adiwira 'Superman.Memetik sumber bbc.com, Cavill berkata dirinya digugurkan daripada memegang watak 'lelaki besi' itu setelah mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi DC Studios.\"Selepas mengadakan mesyuarat bersama James Gunn dan Peter Safran, saya mengumumkan saya tidak akan kembali menjayakan watak Superman\", kata Cavill.\"James dan Peter mempunyai perancangan yang lebih baik bagi sekuel Superman. Saya ucapkan selamat berjaya buat mereka\" kata Cavill lagi.", "(Pelakon Henry Cavill ketika tayangan perdana Filem 'Justice League\" pada 2018 / Foto AFP)", "Gunn dan Safran mengambil alih DC Studios pada penghujung Oktober selepas Cavill membuat penampilan khas sebagai Superman pada penghujung filem 'Black Adam lakonan Dwayne Johnson.", "Cavill telah memainkan peranan sebagai Superman pada filem Man Of Steel yang diterbitkan pada 2013 dan Batman v Superman disamping Ben Affleck pada 2016.Berikutan pengumuman tersebut, para peminat membuat spekulasi berkaitan watak 'James Bond' yang bakal dibintanginya nanti.Rabu lalu, James Gunn menerusi twitternya menyebut DC Studios sedang merangka jalan cerita berkaitan Superman yang akan menfokuskan bahagian awal kehidupan Superman dan watak adiwira tersebut tidak akan dibintangi oleh Henry Cavill.\"Kami mengadakan pertemuan bersama Cavill dan berbincang beberapa projek yang berkemungkinan melibatkan Cavill pada masa akan datang\" jelas Gunn ditwitter berkenaan.-bbc.com" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=123
Jin BTS mulakan latihan wajib tentera hari ini
[ "(Jin, memuat naik foto rambutnya dipotong gaya tentera di platform media sosial Korea Selatan Weverse)", "SEOUL, 13 Disember- Bintang BTS, Jin memulakan latihan khidmat ketenteraan wajib Korea Selatannya pada Selasa.Jin, muncul sebagai ahli pertama kumpulan itu yang mendaftar sejak pengumuman 'berehat' daripada aktivit seni tahun ini sekali gus membuatkan peminat kecewa dengan masa depan gergasi K-pop yang tidak menentu itu.Semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan diwajidkan berkhidmat sekurang-kurangnya 18 bulan dalam tentera.Sebelum ini timbul perdebatan sama ada BTS layak mendapat pengecualian, namun mereka mengesahkan pada Oktober bahawa semua ahli akan mendaftar.Jin atau nama penuhnya Kim Seok-jin akan memulakan latihan selama lima minggu bermula Selasa, kata tentera.Agensi berita Yonhap melaporkan bintang itu dijangka dikerahkan ke unit 'baris hadapan' berhampiran sempadan dengan Korea Utara, yang mana Korea Selatan kekal berperang secara teknikal.Pada Jun, peminat dikejutkan dengan pendedahan kumpulan itu akan berehat, dengan meletakkan alasan keletihan dan tekanan serta keinginan untuk meneruskan kerjaya solo.Tetapi penganalisis berkata pengumuman itu ditetapkan secara strategik kerana tugas wajib ketenteraan.Kumpulan itu akan bersatu semula sekitar 2025, apabila tujuh ahlinya menamatkan perkhidmatan mereka.\"Untuk sementara waktu, memang benar bahawa terdapat ramai peminat yang akan menghabiskan masa berhari-hari hanya dengan menangis,\" seorang peminat Korea Selatan, yang mengendalikan akaun Twitter @5heterotopia, memberitahu AFP.Nimah Mustafa, seorang peminat berusia 20 tahun di Dubai, menambah: \"(Ketiadaan Jin) akan menjadi seperti kekosongan yang besar bagi saya.\"Korea Selatan mengecualikan beberapa atlet elit, seperti pemenang pingat Olimpik, dan pemuzik klasik daripada menjalankan khidmat wajib ketenteraan, tetapi tidak bagi bintang pop.Bagaimanapun, BTS telah pun mendapat manfaat daripada semakan 2020 undang-undang kerahan tenaga yang menaikkan tarikh akhir pendaftaran untuk beberapa artis daripada umur 28 kepada 30 tahun.Jin, ahli tertua BTS, menyambut hari jadi yang ke-30, 4 Disember lalu.Jin mengucapkan selamat tinggal kepada beribu-ribu peminatnya di Buenos Aires pada bulan Oktober apabila dia mempersembahkan lagu baharunya \"The Astronaut\" bersama Coldplay.Pada Isnin, dia menyiarkan foto dirinya dengan rambut dipotong gaya tentera di platform media sosial Korea Selatan Weverse, dengan kapsyen: \"Ia lebih comel daripada yang saya jangkakan.\" -AFP", "(Pegawai polis dan tentera berkawal berhampiran kem latihan tentera Korea Selatan berhampiran  zon demilitarisasi yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan ketika peminat dan ahli media menunggu ketibaan Jin ahli tertua kumpulan K-pop BTS, di Yeoncheon, Korea Selatan pada 13 Disember 2022 / REUTERS)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=124
Mechamato Movie raih RM5 juta dalam tempoh 3 hari
[ "KUALA LUMPUR, 12 Disember- Selepas tiga hari ditayangkan di pawagam, “Mechamato Movie”, filem animasi 3D keluaran tempatan telah berjaya meraih kutipan RM5 juta.Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak yang merupakan penulis dan juga pengarah filem itu melahirkan rasa syukur dengan sambutan memberangsangkan berkenaan.“Sejujurnya kami tidak menyangka sambutan sebegini hebat kerana Mechamato adalah jenama terbaru dari Monsta berbeza dengan BoBoiBoy yang sudah menjadi ikon negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya siri animasi Mechamato baru setahun ditayangkan di Cartoon Network dan dua bulan ditayangkan di Netflix.“Demam Mechamato memang betul-betul dapat dirasai. Dengar kata ada yang siap bersilat selepas keluar panggung,” katanya yang turut berterima kasih kepada semua yang telah menonton filem berkenaan.Beliau berharap para penonton dapat menguar-uarkan mengenai filem itu kepada sahabat dan keluarga.Nizam berkata Mechamato Movie juga bakal dibawa ke negara-negara luar pada tahun depan.- BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=125
Nick Carter didakwa rogol remaja OKU
[ "(Foto fail diambil pada 29 Januari 2015 ketika Nick Carter menghadiri tayangan perdana Gravitas Ventures\"Backstreet Boys: Show 'Em What You're Made Of\" di Hollywood/AFP)", "LOS ANGELES, 11 Disember- Anggota kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa merogol seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) berusia 17 tahun pada 2001.Mangsa dikenali sebagai Shannon Shay Ruth, 39, menghidap penyakit Cerebral Palsy, mendakwa Carter memanggilnya selepas sesi bertemu peminat di sebuah konsert sebelum dibawa menaiki sebuah bas jelajah di Tacoma, Washington.Dalam kejadian tersebut, Ruth mendakwa Carter memberinya sejenis minuman beralkohol yang dinamakan sebagai jus VIP dan dipaksa melakukan hubungan seks.Ruth berkata, dia mengambil masa lama untuk membuat laporan polis kerana bimbang Carter akan menggunakan populariti dan kuasa sebagai selebriti untuk membebaskan diri daripada tuduhan berkenaan.\"Carter mencengkam dan mencederakan lengan mangsa dan menjerit 'terencat' sambil berkata tidak ada sesiapa yang akan percaya kepada mangsa,\" menurut peguam Ruth, Mark Boskovich dalam sidang akhbar di sini.Ruth yang juga menderita penyakit autisme turut mendakwa dia terkena jangkitan kuman akibat hubungan kelamin yang dilakukan dengan penyanyi berusia 42 tahun itu.\"Walaupun saya autistik dan hidup dengan cerebral palsy, kehidupan saya amat terkesan dengan apa yang Carter lakukan dan katakan kepada saya,\" kata mangsa. -AFP", "(Nick Carter membuat persembahan di iHeartRadio Z100's Jingle Ball 2022pada 9 Disember 2022 di New York/AFP)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=126
Taylor Swift arah filem sulung tahun depan
[ "AMERIKA SYARIKAT, 10 Disember- Bintang pop terkenal, Taylor Swift dilapor akan mengarah filem sulungnya di bawah naungan studio Searchlight Pictures, tahun depan.", "Bagaimanapun, butiran karya itu termasuk plot atau genre tidak disediakan lagi.Presiden Searchlight, David Greenbaum dan Matthew Greenfield berkata, kerjasama bersama Swift merupakan peluang berharga bagi syarikat itu.\"Adalah satu kegembiraan dan keistimewaan bagi Searchlight Pictures kerana dapat bersama dengan Swift dalam langkah pertamanya ke dunia pengarahan filem,\" katanya di sini.Tahun lalu, Swift menulis dan mengarahkan filem pendek berdurasi 15 minit berjudul \"All Too Well,\" yang juga digunakan sebagai muzik videonya.Swift yang menulis, menerbit, mengarah dan menyanyi sendiri lagunya memulakan karier pada usia 15 tahun.Penyanyi berusia 32 tahun itu juga merangkul 11 Anugerah Grammy dalam pelbagai kategori dengan tiga daripadanya menerusi kategori Album Terbaik. -AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=127
Celine Dion batalkan Jelajah Eropah kerana gangguan neurologi
[ "PARIS, 8 Disember- Celine Dion membatalkan dan menangguhkan beberapa siri persembahan di Eropah disebabkan masalah berkaitan \"gangguan saraf yang sangat jarang berlaku\" yang menjejaskan nyanyiannya.Dalam video lima minit dalam bahasa Perancis dan Inggeris yang disiarkan di Instagram, Dion yang jelas beremosi berkata dia mengalami masalah kesihatan \"sejak sekian lama\".\"Baru-baru ini saya telah didiagnosis dengan gangguan neurologi yang sangat jarang dipanggil 'sindrom orang kaku', yang dialami satu dalam sejuta orang,\" kata diva Kanada itu.\"Ia telah menyebabkan kekejangan yang menjejaskan setiap aspek kehidupan seharian saya, kadangkala menyebabkan kesukaran apabila saya berjalan dan tidak membenarkan saya menggunakan pita suara saya untuk menyanyi seperti biasa,\" katanya.\"Sangat menyakitkan saya untuk memberitahu anda hari ini ini bermakna saya tidak akan bersedia untuk memulakan semula jelajah saya di Eropah pada bulan Februari.\"Dia berkata dia disokong oleh anak-anaknya dan sepasukan doktor setiap hari untuk membaiki keadaannya, \"tetapi saya harus mengakui saya berjuang\".\"Apa yang saya tahu ialah menyanyi, ia adalah perkara yang saya lakukan sepanjang hidup saya dan ia adalah perkara yang paling saya suka lakukan,\" tambahnya.Penyanyi itu menyebut tentang kekejangan apabila dia menangguhkan jelajah Eropah awal tahun ini.\"Saya rindu melihat anda semua, berada di atas pentas, membuat persembahan untuk anda,\" katanya sambil menangis.Tarikh musim bunganya di Eropah, yang sepatutnya bermula di Republik Czech pada Februari, telah ditangguhkan kepada 2024, manakala lapan pertunjukan musim panasnya telah dibatalkan sepenuhnya.\"Jelajah Dunia Keberanian\" bermula pada 2019, dan Dion telah menyelesaikan 52 pertunjukan sebelum wabak COVID-19.Dia kemudiannya membatalkan Jelajah Amerika Utara kerana masalah kesihatan. -AFP", "(Celine Dion berkata dia Mengalami gangguan neurologi yang menjejaskan nyanyiannya/File AFP) " ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=128
Sheila Majid tidak gusar lambakan konsert luar
[ "KUALA LUMPUR, 8 Disember- Penganjuran konsert daripada penyanyi luar dilihat sebagai persaingan sihat bagi memajukan industri muzik tempatan.Demikian dinyatakan penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid.Sheila Majid, 57 turut berpendapat, \"penyanyi atau pemuzik harus berjiwa besar untuk menyanjungi sentimen keakraban dan diplomasi budaya yang sejak sekian lama terjalin antara Malaysia dengan negara lain.\"Sheila ditemui pemberita RTM pada sidang media Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023.Konsert yang bakal berlangsung pada 18 Mac tahun depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu menjanjikan persembahan berbeza dengan lagu-lagu kegemaran peminatnya.Pelbagai elemen menarik terutamanya melibatkan susunan muzik akan ditampilkan pada konsert tersebut.Dengan menampilkan konsep 'big band', penyusunan muzik pada konsert berkenaan diketuai oleh pengarah muzik, Mac Chew melibatkan 23 orang pemuzik.Harga tiket Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 dijual pada harga bermula RM288, RM488, RM588, RM688, RM888 dan RM1,288 (VVIP)." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=129
Reen Rahim dapat tajaan RM15 juta
[ "KUALA LUMPUR, 8 Disember- Pelakon, Reen Rahim menerima tajaan barang kemas dan busana perkahwinan berjumlah lebih RM15 juta. Setelah mengenali hati budi jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Mr.H, Reen bakal menamatkan zaman bujangnya hujung bulan ini.Ketika ditemui pemberita, Reen turut berkongsi bahawa mereka sebenarnya sudah bertunang pada 12 Ogos lalu tanpa pengetahuan ramai dan sedang mengadakan persiapan majlis yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Reen, 34 juga bersyukur kerana akan mengadakan tiga majlis dengan pertolongan daripada kawan-kawan dan tajaan daripada beberapa penaja iaitu majlis berinai, akad nikah dan resepsi.Identiti sebenar tunangnya yang enam tahun lebih muda daripadanya itu masih dirahsiakan bagi menjaga privasi keluarga lelaki itu.Evolusi KL Drift: The Series antara drama yang pernah mengangkat nama pelakon dan model itu dalam industri seni." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=130
Isu pameran rumah hantu, Eizlan Yusof buat laporan polis
[ "KUALA LUMPUR, 6 Disember- Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Zurainah Musa, menyifatkan tindakan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang membuat laporan polis berhubung projek Pameran Hantu Filem itu sebagai remeh.Zurainah berkata, isu berkenaan tidak patut timbul memandangkan pameran tersebut dianjurkan secara bersama melalui persatuan dan bukan diserahkan kepada mana-mana individu.Tegasnya, perbincangan secara rasional perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca isu berbangkit sekali gus mencari penyelesaian.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut memandangkan laporan polis sudah dibuat meskipun terkilan dengan tindakan pelakon berkenaan. ''Kita sepatutnya perlu berbincang secara bersemuka untuk mencari penyelesaiannya. Apatah lagi saya pula mengamalkan konsep 'buka pintu' yang bermaksud saya menerima kedatangannya untuk membincangkan isu berkenaan, bukannya hanya melalui media sosial sahaja.", "\"Saya tidak boleh ulas kerana laporan polis telah dibuat. Tetapi fikirkanlah. Apa isu yang harus dijadikan konflik? Saya akan jawab semuanya pada waktu yang tepat meskipun isu ini terlalu remeh bagi saya,\" katanya pada Majlis Pelancaran Rumah Artis di Kuala Lumpur.Ketika ditemui pemberita, beliau turut menjelaskan, \"projek itu sebenarnya bertujuan untuk menyemarakkan industri kreatif melalui seni solekan, lakonan dan latar bunyi pada pameran tersebut yang boleh disifatkan sebagai pembelajaran luar untuk masyarakat.\"Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat Eizlan di Balai Polis Ampang bagi membongkar isu penyelewengan dalam projek Pameran Hantu Filem pada Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Melaka. Eizlan mendakwa penganjuran pameran oleh Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu menelan kos sehingga RM40,000 selain tidak berpuas hati apabila Pengerusi FINAS seakan mendiamkan perkara berkenaan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=131
Penyerang pejalan anjing Lady Gaga dipenjara 21 tahun
[ "(Dua ekor anjing milik Lady Gaga Koji dan Gustav)", "LOS ANGELES, 6 Disember- Seorang lelaki yang menembak pengasuh haiwan peliharaaan atau pejalan anjing (dog walker) artis pop, Lady Gaga dalam cubaan untuk mencuri anjing milik penyayi itu, tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 21 tahun pada Isnin.Tertuduh sebelum itu, menerima keputusan mahkamah, namun enggan mengaku bersalah berdasarkan fakta atas tuduhan cubaan membunuh.James Howard Jackson dan dua lelaki lain menyerang Ryan Fischer di tepi jalan Hollywood pada Februari 2021, selepas bergelut dengan dua daripada tiga haiwan peliharaan penyanyi \"Poker Face\" itu yang sedang dibawa berjalan-jalan.Fischer ditembak menggunakan pistol separa automatik, dalam kejadian rompakan, kira-kira 10 malam.Fischer mengalami kecederaan di dada dalam serangan itu dan berkata di Instagram sebulan kemudian dia mengalami pneumothorax, sakit yang berkaitan dengan kegagalan paru-paru.Jackson, 20, menerima keputusan tersebut selepas pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan rompakan, serangan dan lain-lain.\"Perjanjian pengakuan itu meminta Encik Jackson bertanggungjawab kerana melakukan tindakan ganas dan memberikan keadilan kepada mangsa kami,\" kata kenyataan dari Pejabat Peguam Daerah.Dua penyerang lain telah pun dipenjarakan kerana penglibatan mereka dalam jenayah itu.Susulan kejadian itu, Lady Gaga menawarkan ganjaran AS$500,000 untuk kepada sesiapa sahaja yang memulangkan dua anjingnya, Koji dan Gustav.Tidak lama selepas itu, seorang wanita tampil membawa dua ekor anjing baka French Bulldog itu ke Balai Polis Komuniti Olimpik, Los Angeles. Namun, wanita yang memulangkan anjing tersebut nafi terlibat dalam serangan dan rompakan pada malam Rabu itu.Pihak polis bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana anjing tersebut diperoleh wanita itu.Seekor lagi anjing yang diberi nama Miss Asia, dapat mengelak daripada ditangkap, dan berlari kembali ke sisi Fischer yang cedera selepas perompak itu pergi.Jackson awal tahun ini telah ditangkap semula selepas secara tidak sengaja dibebaskan daripada tahanan dalam apa yang pegawai digambarkan sebagai \"kesilapan perkeranian.\"Polis Los Angeles berkata pada masa itu mereka tidak percaya anjing itu menjadi sasaran kerana pemiliknya, tetapi kerana daya tarikan baka itu di pasaran gelap. -AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=132
Dior julung kali anjur pertunjukan fesyen di Dataran Tinggi Giza
[ "CAIRO, 5 Disember- Christian Dior buat julung kalinya mengadakan pertunjukan fesyen di Dataran Tinggi Giza berhampiran kompleks piramid terkenal di Mesir, menurut Kementerian Pelancongan dan Arkitek negara itu.Pada Sabtu, Dior mempersembahkan koleksi lelaki musim luruh/sejuk 2023.\"Ia merupakan pertunjukan fesyen pertama Dior di Mesir dan kali pertama dalam sejarah pertunjukan fesyen berlangsung di Piramid Giza,\" menurut kenyataan media kementerian.", "(Pertunjukan fesyen Christian Dior di Dataran Tinggi Giza/FOTO AFP)", "Pada Oktober, pereka Itali Stefano Ricci mengadakan pertunjukan fesyen di Mortuary Temple Hatshepsut di Luxor, selatan Mesir. -AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=133
Nad Zainal kembali direhatkan, paru-paru belum kuat
[ "KUALA LUMPUR, 3 Disember- Pelakon, Nad Zainal kembali direhatkan selepas dilaporkan sudah mula sedarkan diri dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan, baru-baru ini.Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 32, kembali direhatkan susulan keadaan paru-parunya yang belum kuat.Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh rakan artis yang juga pelakon Ungku Ismail yang menziarahinya di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, semalam.\"Nad Zainal kena intubate semula Ini adalah kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri walaupundengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU.\"Semalam (Jumaat) dia sudah sedar bagaimanapun oksigen mula merosot pada sebelah malam selepas dia tidak lagidirehatkan,\" jelasnya di Instagram.Ungku Ismail turut memohon kepada orang ramai agar terus mendoakan Nad supaya diberi kesembuhan.\"Sahabat semua, peminat, netizen yang prihatin dan menyayangi dia, teruslah titipkan doa agar Allah senbuhkan paru-paru dia jadi kuat dan dapat berfungsi seperti biasa semula,\" katanya.Nad dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 20 November lalu akibat paru-paru berdarah dipercayai akibat jangkitan kuman." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=134
Da'i Syed dan Hana Sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
[ "KUALA LUMPUR, 3 Disember -Pengacara TV, Hana Ismail mengalirkan air mata sebaik sahaja selamat dinikahkan dengan pendakwah bebas, Da'i Syed dengan sekali lafaz pada jam 11.46 pagi di Masjid Ibnu Mas'ud.Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful,27, dinikahkan dengan Nurul Hana, 36, oleh bapa Hana iaitu Ismail Dahwan.Hana menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas sementara wang hantaran dirahsiakan.Majlis akad nikah yang dimulakan dengan acara maulid itu dihadiri lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.", "(Hana menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas sementara mas kahwin dirahsiakan)", "Turut kelihatan, rakan-rakan selebriti seperti Datin Umie Aida, Irma Hasmie dan ramai lagi.Pasangan tersebut akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Magica Hall, Monterez Club, Shah Alam, pada malam ini.Terdahulu, pasangan tersebut melangsungkan pertunangan pada 23 Oktober di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=135
Nabila Huda impi anjur festival muzik besar
[ "KUALA LUMPUR, 29 November- Pelakon, penyanyi dan pengacara Nabila Huda kini mula bergiat aktif sebagai penganjur bagi acara konsert.Nabila yang mesra disapa Abil berkata, beliau ingin mencuba sesuatu yang baharu kerana telah berpengalaman berkerja di belakang tabir bersama kumpulan Search sebelum ini.\"Saya sering menyaksikan konsert ayah (Amy Search) dan membesar dalam lingkungan Search membuatkan saya terinspirasi daripada semangat dan kekuatan mereka.Saya ingin berkongsi kegembiraan dengan semua peminat untuk menikmati muzik daripada Efek Rumah Kaca, Payung Teduh dan Pusakata secara langsung di atas pentas,\" katanya.", "Tambah Nabila, beliau dan pihak produksi tidak mengahadapi cabaran besar sepanjang penganjuran konsert berkenaan kerana semua pihak terlibat mempunyai pengalaman menganjurkan konsert seperti itu.Malah suaminya, Izwan Johar juga menjadi antara tulang belakang menjayakan acara berkenaan.\"Saya memasang impian untuk menjadi penganjur bagi konsert Search suatu hari nanti dan pasti bakal menjadi kenangan terindah buat saya dan ayah,\" tambahnya.Konsert Senandung Malam merupakan projek pertama Nabila bersama Neptune Presents.Ia menampilkan band Indonesia, Efek Rumah Kaca serta Payung Teduh dan Pusakata.Konsert seumpamanya akan diteruskan lagi penganjurannya pada masa akan datang bersama barisan artis tempatan dan antarabangsa lain." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=136
Payung Teduh, Pusakata kembali bersatu, perjuang nama Parade Hujan
[ "KUALA LUMPUR, 30 November- Setelah lima tahun berpisah, Payung Teduh dan penyanyi asalnya, Mohammad Istiqamah Djamad atau lebih dikenali sebagai Pusakata kini kembali bersatu sebagai sebuah band lengkap.Kumpulan itu memilih nama Parade Hujan sebagai identiti baharu demi melunaskan rindu para peminatnya.Pusakata mahu menunaikan impiannya yang tertangguh bersama ahli Payung Teduh dengan semangat baharu.\"Saya ini ibarat anak, ahli-ahli yang lain bagaikan ibu dan bapa. Si anak tidak suka diatur dan mahu menikmati banyak hal.Setelah berehat sejenak, saya mahu kembali menyatu bersama dan ini menceritakan lebih banyak pengajaran daripada kelmarin yang dialami,\" katanya ketika ditemui dalam sidang media Konsert Senandung Malam di sini malam tadi.", "Pemain bass, Aziz Kariko turut menganggap ini adalah permulaan yang terbaik bagi band itu menghasilkan karya berimpak tinggi untuk peminat.\"Pada masa hadapan, kami akan mengeluarkan album mini buat semua peminat dan sama-sama nantikan karya terbaharu daripada Parade Hujan,\" ujarnya.Mengulas mengenai sambutan peminat di Malaysia terhadap kehadiran ke Konsert Senandung Malam, Parade Hujan bersyukur masih mendapat tempat di negara ini.\"Tahniah buat semua yang terlibat, kami bersyukur sekali dengan sambutan luar biasa peminat Malaysia sehingga tiket habis dijual tidak sampai sejam.Ini bermakna, meskipun sudah lima tahun kami tidak bersama, karya kami masih berbekas di hati para peminat di sini,\" kata Pusakata lagi.Parade Hujan turut disertai Alejandro Saksakame, Ivan Penwyn, Taufiq, dan Pandji Putranda.Sebelum ini, Pusakata memutuskan untuk bergerak solo dan berpisah dengan Payung Teduh pada 2017." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=137
FFM 32 terima sambutan memberangsangkan peminat filem tempatan
[ "BANDA HILIR, 29 November- Promosi Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM 32) meriah dengan sambutan peminat industri perfileman tanah air.Koordinator program Sesi Temu Mesra FFM32, Iyda Kartini yakin, hasil daripada promosi itu, festival yang akan berlangsung pada 2 Disember ini akan mendapat sambutan meriah.Tambahnya, sebanyak 90 tiket FFM32 telah diagihkan menerusi program Sesi Temu Mesra yang diadakan di beberapa pusat beli belah di sekitar Lembah Klang dan Melaka.\"Setakat ini alhamdulillah memang memberangsangkan. Semua orang memberi sokongan untuk festival filem yang akan diadakan pada 2 Disember di Encore Melaka jadi memang uar-uarkan dekat media sosial kita juga dan memang sambutan agak ramai,\" kata Iyda ketika ditemui selepas sesi temu mesra FFM ke-32 di sini.Antara artis yang terlibat sepanjang program temu mesra itu ialah Haneesya Hanee, Ameerul Asyraf, Afieq Syazwan dan Tajul.FFM 32 akan disiarkan secara langsung di RTM dan dihadiri lebih 1,500 jemputan termasuk artis veteran.", "(Iyda berkata FFM 32 terima sambutan memberangsangkan peminat filem tempatan)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=138
Farid Kamil diberi peluang pegang watak PM ke-10
[ "KUALA LUMPUR, 27 November- Farid Kamil diberi peluang untuk melakonkan watak Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem berjudul ANWAR yang diterbitkan syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.Menurut Farid, \"apabila saya membaca skrip yang diberi, saya melihat kepada keadaan sebenar dan merasakan watak ini perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin. Ia juga pernah terjadi kepada saya suatu ketika dahulu.\"Filem Anwar yang diusahakan sejak Ogos 2011 itu kini di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan. Berlatarbelakangkan masa antara 1993 sehingga 1998, filem itu diolah mengenai ketegasan dan perjuangan Datuk Seri Anwar membanteras rasuah.Selain Farid, ia turut dibintangi Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Mat Joni, Piet Pagau dan Dewi Irawan.", "(Pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah/Instagram Acha Septriasa)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=139
Jin BTS bakal sertai latihan ketenteraan 13 Disember
[ "SEOUL, 27 November- Anggota kumpulan K-pop BTS, Jin akan memulakan perkhidmatan ketenteraannya pada 13 Disember, sekali gus menjadi yang pertama dalam kumpulan itu mendaftar untuk program tersebut, lapor media tempatan pada Khamis.Semua lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan berumur bawah 30 tahun mesti menjalani perkhidmatan tentera kira-kira dua tahun, ia berikutan konflik yang terjadi antara Korea Utara.Ini bermakna pemotongan umur semakin hampir untuk Jin yang berusia 29 tahun, ahli kanan septet yang sangat popular.Dia akan memulakan latihan mandatori lima minggu di Yeoncheon di wilayah Gyeonggi sebelum ditempatkan ke \"unit barisan hadapan\", lapor agensi berita Yonhap.Penyanyi itu sebelum ini pernah membuat satu hantaran di media sosial bahawa dia telah ditugaskan ke barisan hadapan.Berita itu membuatkan peminat terharu, malah ada yang menyatakan kebimbangan tentang keselamatan Jin.", "(Tangkap layar Kumpulan BTS dalam klip video Dynamite/Youtube)", "\"Saya sangat kecewa apabila Jin akan ditempatkan di barisan hadapan,\" tweet seorang peminat sambil menambah: \"Perkara ketenteraan yang mengelilingi BTS selama bertahun-tahun TIDAK PERNAH membimbangkan saya sehingga sekarang. Mengapa barisan hadapan?? Kenapa??\"Peminat lain berkata: \"Saya tidak boleh berfikir kenapa dia dihanatr ke tempat paling menakutkan sebagai hukuman.\"BTS dikreditkan dengan menjana berbilion-bilion untuk ekonomi Korea Selatan, dan label mereka menikmati lonjakan keuntungan walaupun persembahan yang dilakukan agak sedikit semasa panddemik COVID-19.Perkara itu mendapat perhatian dan mencetuskan perdebatan bertahun-tahun di Korea Selatan sama ada kumpulan itu layak mendapat pengecualian seperti yang diberikan kepada pemuzik klasik dan pemenang pingat OlimpikBulan lepas, agensi kumpulan itu mengumumkan ahli kumpulan itu akan menjalankan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka, bermula dengan Jin.Ogos lalu, Menteri Pertahanan Seoul berkata, BTS mungkin dibenarkan untuk membuat persembahan dan persediaan konsert antarabangsa walaupun dalam tempoh menjalankan tugas ketenteraan.- AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=140
Finas harap kerajaan turut fokus kepada industri kreatif dalam Bajet 2023
[ "KUALA LUMPUR, 26 November- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berharap kerajaan akan turut fokus kepada industri kreatif dalam Bajet 2023 bagi mengangkat industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa. Pengerusi Finas Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata peruntukan daripada kerajaan bukan sahaja dapat membawa perfileman negara ke pentas antarabangsa tetapi juga mampu mewujudkan perhubungan sihat dengan negara lain.Beliau berkata filem juga boleh meningkatkan setia kawan, membina hubungan orang ramai, di samping dapat memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi.“Jika industri kreatif ini maju ia dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) di sini, semalam.", "Pengerusi Finas Senator Datuk Seri Zurainah Musa", "FFM32 bertujuan menjana jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan permain industri kreatif dengan pelaksanaan program mengangkat profesionalisme serta sebagai platform kebudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya berkualiti.FFM32 kali ini memilih lokasi di Encore, Melaka bagi mencerminkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti di mana acara itu boleh disaksikan secara langsung di Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) TV2 pada pukul 9.00 malam, 2 Disember." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=141
Pelakon Nad Zainal kritikal di ICU
[ "KUALA LUMPUR, 23 November - Keadaan pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke sebuah hospital di Ampang ketika ini kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.Nad sebelum ini kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas dan ke hospital pada Ahad lalu dan keadaan kembali baik selepas mengambil ubat yang diberikan doktor.Bagaimanapun, dia dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6.00 petang semalam berikutan Nad berdepan masalah pernafasan.Terdahulu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32 telah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddinn pada September lalu.Nad mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada tanggal 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=142
Pengarah Filem, Azhari Zain meninggal dunia
[ "KUALA LUMPUR, 24 November - Pengarah filem, Azhari Zain, 50, menghembuskan nafas terakhir selepas sembilan bulan menderita penyakit angin ahmar di kediamannya di Shah Alam pada pukul 12.15 tengah malam tadi.Berita pemergiannya disahkan menerusi kenyataan media oleh Persatuan Seniman Malaysia.Allahyarham meninggalkan isteri, Wahizatul Nureen serta tiga cahaya mata.Azhari yang memulakan kerjaya penerbitan pada 2004 diberi kepercayaan sebagai penulis dalam pelbagai projek filem seperti Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.", "Sepanjang tempoh itu, Allahyarham yang juga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengarahkan sekitar 20 filem.Antara produksi yang mendapat sentuhannya adalah filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A, Seram Sejuk, Salam Cinta, Minyak Dagu, Sabda Kekasih, Hantu Kelima dan Siku 12: Langkah Derhaka.Azhari juga pernah aktif berlakon dengan terbabit dalam filem Nana Tanjung 2, Cicakman 2: Planet Hitam, Duyung, Sifu & Tonga, Magika serta Selamat Hari Tak Jadi.Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip,Meru Klang kira-kira pukul 10 pagi ini." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=143
Filem Michelle Yeoh dan Cate Blanchett ungguli pencalonan Anugerah Spirit
[ "LOS ANGELES, 23 November- Filem \"Everything Everywhere All At Once\" lakonan Michelle Yeoh dan \"Tar\" lakonan aktres Cate Blanchett mendominasi senarai pencalonan Anugerah Spirit.Filem\"Everything Everywhere All At Once\" yang bergenre fiksyen sains (Sci-fi) mendapat lapan pencalonan manakala \"Tar\" lakonan Cate Blanchett mendapat tujuh pencalonan.Kedua-dua filem berkenaan tercalon bagi kategori filem terbaik disamping filem \"Women Talking\" bagi merebut anugerah Robert Altman bagi kategori pengarah filem dan keseluruhan.", "(Pelakon,Penerbit, Michelle Yeoh ketika Majlis Anugerah Spirit Awards/AFP)", "Ketiga-tiga filem berkenaan bakal dipertandingkan pada anugerah Oscar yang dijadual pada bulan Mac tahun hadapan.", "Pemenang Oscar dua kali, Blanchett dan Yeoh kedua-duanya tercalon pelakon utama, manakala Mark Rylance (\"Bones and All\") dan Jamie Lee Curtis (Everything Everywhere All at Once\") tercalon sebagai pelakon tambahan.", "\"Everything Everywhere All At Once\" telah mengaut lebih $100 juta kutipan di seluruh dunia, menjadikannya pengedar indie terkemuka A24, paling popular.", "Anugerah Spirit berlangsung di khemah gergasi tepi pantai Santa Monica pada 4 Mac. -AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=144
Wings tunai umrah
[ "(Wings di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat menunaikan umrah/FOTO IG sayap2wings)", "KUALA LUMPUR, 17 November- Kumpulan rock legenda, Wings berangkat ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada Rabu.", "Menerusi perkongsian di akaun Instagram rasmi kumpulan itu, kesemua anggota Wings iaitu Awie (vokalis), Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.", "Rata-rata peminat mendoakan agar kumpulan yang terkenal dengan lagu Sejati itu diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.", "Wings beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu menerusi penganjuran Konsert Naga Kramat.", "(Wings kembalikan nostalgia kegemilangan rock era 1980-an menerusi Konsert Naga Kramat 2022 di Zepp Kuala Lumpur/FOTO IG sayap2wings)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=145
Libatkan penyertaan artis tempatan dalam penggambaran filem, persembahan artis luar
[ "(Datuk Seri Mohammad ketika berucap di Majlis PUSPAL bersama industri serta Pelancaran Buku \"Filming In Malaysia Guidebook\" dan Garis Panduan PUSPAL Cetakan Kelima)", "KUALA LUMPUR, 16 November- Penganjur bagi penggambaran filem atau persembahan artis luar negara digalakkan turut sama melibatkan penyertaan artis tempatan.Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek, ia sebagai langkah mempromosi bakat tempatan yang secara tidak langsung turut menaikkan industri seni dan kreatif negara.\"Tapi kita jangan lupa jugak artis tempatan. Sebab tu saya galakkan sebaik-baiknya bila kita jemput artis luar negara jemput artis dalam negara buat persembahan pembukaanlah.\"Yang penting pendedahan tu ada. Jadi selain kita menggalakkan kehadiran artis luar negara tapi kita juga tidak lupa mempromosikan artis dalam negara kita sendiri,\" kata Mohammad ketika berucap di Majlis PUSPAL bersama industri serta Pelancaran Buku \"Filming In Malaysia Guidebook\" dan Garis Panduan PUSPAL Cetakan Kelima di ibu negara.Buku \"Filming In Malaysia Guidebook\" merupakan maklumat yang diperlukan oleh produksi luar negara bagi menjalankan penggambaran di Malaysia.Menurut beliau setakat November tahun ini, Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) telah menerima sebanyak 392 permohonan merangkumi 322 permohonan persembahan artis luar negara dan 70 permohonan penggambaran filem dan dokumentari.", "(Datuk Seri Mohammad berkata penganjur bagi penggambaran filem atau persembahan artis luar negara digalakkan turut sama melibatkan penyertaan artis tempatan)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=146
Aaron Carter ditemukan mati dalam tab mandi
[ "LOS ANGELES, 6 November- Penyanyi dan Aaron Carter, 34, ditemukan tidak bernyawa di dalam tab mandi di kediamannya yang terletak di Lancaster, California.Menurut laporan yang dikeluarkan oleh TMZ, jurucakap polis mengesahkab mereka telah menemui mayat Aaron yang juga merupakan adik kepada salah seorang anggota kumpulan Backstreet Boy iaitu Nick Carter pada jam 10.58 pagi.Bagaimanapun, punca kematiannya masih dalam siasatan pihak berkuasa dan kediaman Aaron turut dipasang pita kawasan larangan..Sebelum ini media pernah melaporkan Aaron bergelut dengan masalah kemurungan dan tekanan hidup selain dikatakan terlibat dengan pengambilan bahan terlarang. Aaron juga pernah dimasukkan ke pusat pemulihan (rehab).", "Aaron memulakan kerjaya dalam bidang muzik seawal usia tujuh tahun dan melancarkan album sulung berjudul Aaron Carter pada 1997 sehingga berjaya melonjakkan namanya.Beliau kemudiannya menghasilkan album Aaron's Party (Come Get It) pada 2000, diikuti Oh Aaron (2001) dan Another Earthquake (2002).Antara lagu hit nyanyiannya termasuklah Aaron's Party (Come Get It), That's How I Beat Shaq dan I Want Candy yang juga lagu saduran milik The Strangleloves.", "(Penyanyi dan Aaron Carter, 34, ditemukan tidak bernyawa di dalam tabmandi di kediamannya yang terletak di Lancaster, California/AFP)", "Aaron juga mengembangkan kerjaya seni dengan menceburi bidang lakonan apabila muncul dalam pementasan teater muzikal serta program popular, Dancing With The Stars.Menerusi satu temubual tiga tahun lalu, Aaron berkongsi pengalaman melawan pelbagai masalah mental. Antaranya, kecelaruan identiti, kemurungan dan skizofrenia.- AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=147
Konsert k-pop NCT 127 diberhentikan, 30 penonton pengsan
[ "TANGERANG SELATAN, 5 November- Kumpulan k-pop NCT 127 dipaksa memberhentikan konsert susulan 30 penonton dilaporkan pengsan akibat rempuhan.Jurucakap polis, Endra Zulpan berkata konsert tersebut telah berlangsung selama 2 jam, sebelum insiden tolak-menolak antara penonton tercetus gara-gara mahu mendekati pentas utama.", "\"Bagi mengelak insiden lebih buruk, pihak polis telah memberhentikan konsert tersebut pada pukul 9.20 malam waktu tempatan\",kata Zulpan kepada AFP.", "Menurut seorang peminat, Syifa Aulia memberitahu insiden yang berlaku menyebabkan penghadang di hadapan pentas terjatuh.\"Kami berasa kecewa dengan sikap segelintir peminat yang memulakan insiden,meski dilarang oleh anggota kumpulan NCT 127,\" jelas Syifa Aulia kepada media.Bagaimanapun, polis membenarkan konsert tersebut diadakan pada hari ini tetapi melarang pemberian cenderamata kepada peminat dan selain memastikan prosedur keselamatan yang ketat bagi mengelak insiden lebih buruk berlaku.Minggu lalu,polis Jakarta telah membatalkan Festival Muzik 'Berdendang Bergoyang' setelah 30 penonton pengsan disebabkan melebihi had ruangan.-AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=148
Takeoff artis kumpulan rap Migos mati ditembak
[ "(Dari kiri ke kanan:Offset, Quavo dan Takeoff of Migos tiba di Metropolitan Museum of Art Costume Institute Gala (Met Gala) untuk meraikan pembukaan \"Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination\"  7 Mei , 2018/ Foto REUTERS)", "HOUSTON, 2 November - Takeoff, ahli kumpulan rap berpengaruh Migos, ditembak dan dibunuh pada parti yang diadakan di lorong boling Houston awal Selasa.Takeoff, 28, yang nama sebenarnya Kirshnik Khari Ball, ditemui mati di tempat kejadian kira-kira 2.40 pagi, kata polis. Dua yang lain, seorang lelaki dan perempuan dalam lingkungan 20-an, turut ditembak tetapi dijangka pulih.", "(Takeoff dilaporkan menghadiri parti tertutup di luar premis 810 Billiards & Bowling Houston/ Foto Reuters)", "Penyanyi rap itu ialah ahli penting trio hip hop penetapan trend yang berpangkalan di Atlanta, yang mempunyai rentetan lagu popular dalam carta, termasuk \"Bad and Boujee\" yang menampilkan penyanyi rap Lil Uzi Vert, \"MotorSport\" dan \"Walk It Talk It.\"\"Takeoff bukan sahaja artis muzik yang cemerlang dengan bakat yang tidak terhad tetapi juga jiwa yang unik dan lembut,\" kata peguamnya Drew Findling.Sekurang-kurangnya 40 orang berada dalam parti itu ketika tembakan berlaku, kata Ketua Polis Houston Troy Finner semasa taklimat. Dia meminta saksi menghubungi polis dengan maklumat.Datuk Bandar Houston Sylvester Turner juga merayu saksi untuk tampil ke hadapan. “Kami berhasrat untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya. \"Terlalu ramai pemuda kulit hitam terbunuh.\" katanya.Migos ditubuhkan Takeoff pada 2008 yang dianggotainya bersama sepupu, Offset dan Quavo. Offset adalah suami kepada Cardi B.Ketika kejadian, Offset tiada di lokasi kerana sedang meraikan Halloween bersama isteri dan anaknya, lapor agensi.Migos pernah tercalon dua kali dalam Anugerah Grammy dan melancarkan album pertama berjudul Rich Nation pada Jun 2015.-REUTERS" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=149
"Menang Penyampai Radio Wanita Terbaik bukan titik noktah" - Alin Anje
[ "(Alin Anje rangkul Anugerah Penyampai Radio Terbaik ASA 2022)", "SEREMBAN, 31 Oktober- Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berlangsung pada Ahad menyaksikan penyampai radio NEGERIfm, Azlina Kamarudin berjaya merangkul Anugerah Penyampai Radio Wanita Terbaik menerusi Segmen Getaran Pagi.Alin Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Alin Anje membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi.Alin turut menambah, \"setakat ini saya berpuas hati tapi saya kira itu bukanlah penanda aras saya kena berhenti di sini. Maknanya untuk diri saya sendiri, itu adalah satu aras yang saya kena letak untuk lebih baik pada masa akan datang.\"Sebabnya kita nak kira yang diri kita yang terbaik untuk sekarang dua, tiga tahun lagi kita tak tahu macam mana. Kita bersaing dengan orang baru dalam kalangan penggiat industri ini.\"Beliau ditemui menerusi wawancara Slot Santai Oghok Potang di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.", "(Azlina Kamarudin pada ASA 2022 di PICC Putrajaya)", "Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim menyatakan anugerah yang dirangkul oleh Alin merupakan satu anugerah cukup bermakna buat NEGERIfm.\"Kita menang kerana saya nampak Alin seorang Penyampai yang cukup bagus kalau kita dengar Segmen Getaran Pagi, dia seorang yang sangat komited dan versatile.\"Dia juga sering membawa karakter yang tersendiri. Dari segi intonasi dan jalan ceritanya cukup menarik. Saya rasa itu adalah faktor yang menyebabkan kemenangan kepada Alin Anje. Alhamdulillah. Seluruh warga kerja negeri fm mengucapkan tahniah kepada Alin.\"Kamal Roslim Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan tambahnya, NEGERIfm akan terus komited menyusun strategi bagi meningkatkan lagi mutu persembahan warga kerja dan mampu memberi saingan bukan sahaja kepada stesen penyiaran kerajaan malah turut memberi saingan kepada stesen  penyiaran swasta." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=150
'Black Adam' terus duduki tangga teratas filem pecah panggung Amerika Utara
[ "LOS ANGELES, 7 November- Filem adiwira edaran Warner Bros, \"Black Adam\" menduduki tempat teratas di pawagam Amerika Utara pada hujung minggu lalu, dengan kutipan kira-kira AS$18.5 juta, lapor pemerhati industri Exhibitor Relation.Filem terbitan pelakon utamanya, Dwayne Johnson itu merupakan sampingan daripada filem \"Shazam\" 2019 dan telah mengutip AS$182 juta di peringkat antarabangsa.Tetapi penguasaannya di puncak carta dijangka diambil alih filem Marvel dan Disney \"Black Panther: Wakanda Forever\" yang bakal mula ditayangkan pada hujung minggu depan.Sekuel yang sangat dinanti-nantikan itu akan membantu mengembalikan Hollywood \"ke bentuk bertaraf dunia,\" kata David A. Gross daripada Penyelidikan Hiburan Francais.Di tempat kedua pada hujung minggu lalu ialah filem animasi Crunchyroll \"One Piece Film: Red\" dengan kutipan AS$9.5 juta. Filem itu mendapat sambutan hangat daripada peminat siri manga dan merupakan kutipan kasar kesembilan tertinggi di Jepun setakat ini, lapor Variety.", "(Dwayne Johnson, bintang filem adiwira \"Black Adam,\" bersama peminat pada 13 Oktober 2022/File AFP)", "Filem Universal \"Ticket to Paradise\" pula menduduki tempat ketiga.Filem yang mencatat kutipan AS$8.5 juta itu dibintangi Julia Roberts dan George Clooney dan memperoleh AS$85 juta di luar negara.Di tempat keempat ialah filem seram Paramount \"Smile\" yang berjaya mengutip AS$4 juta dan masih menarik penonton walaupun selepas cuti Halloween. Pada asalnya tayangan \"Smile\" ditetapkan untuk penstriman sahaja, tetapi kini jumlah kutipan domestik hanya kurang kira-kira AS$1 juta untuk mencecah AS$100 juta.Manakala, di tempat kelima ialah filem seram \"Prey for the Devil\" edaran Lionsgate dengan kutipan AS$3.9 juta.\"Secara keseluruhan, kutipan pecah panggung masih jauh bawah paras prapandemik, turun 33.8% setakat tahun ini berbanding 2019,\" menurut Gross.\"Tetapi pemulihan dijangka lebih kukuh tahun depan dengan penerbitan lebih banyak filem,\" katanya.Melengkapkan senarai 10 filem dengan kutipan tertinggi ialah \"Lyle, Lyle, Crocodile\" (AS$3.4 juta), \"The Banshees of Inisherin\" (AS$2 juta), \"Till\" (AS$1.9 juta), \"Halloween Ends\" (AS$1.4 juta) dan \"Terrifier 2\" (AS$1.2 juta). -AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=151
Hampir 1,000 penonton hadir Konsert Legenda Nasyid
[ "(Persembahan daripada Inteam, Brothers dan Nazrey Johani)", "PETALING JAYA, 30 Oktober- Hampir 1,000 penonton hadir ke Konsert Legenda Nasyid yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Susulan reaksi positif itu, penganjur, Inteam Records, berharap konsert sedemikian dapat diteruskan menerusi siri jelajah ke seluruh negara. Ahli Kumpulan Inteam, Muhammad Hazimin berkata pihaknya, masih menerima permintaan pembelian tiket yang tinggi meski ia telah habis dijual pada minggu akhir sebelum konsert bermula. Justeru itu, tayangan konsert secara dalam talian akan diadakan pada 5 November ini dengan harga tiket serendah RM25.00.Mengenai siri jelajah pula, ia memerlukan sokongan para penasyid tanah air. Inteam Records turut mengharapkan lebih banyak penaja akan menaja konsert seperti ini pada masa akan datang. Malam Konsert Legenda Nasyid yang berlangsung selama dua jam itu, menampilkan legenda penyanyi nasyid tanah air antaranya, Nazrey Johani, Hijjaz, Ustaz Akhil Hayy, dan Inteam.", "(Persembahan kumpulan Nada Murni bersama Nazrey Johani (tengah)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=152
ASA 2022 rai penggiat seni tanah air
[ "PUTRAJAYA, 29 Oktober- Selepas enam tahun 'sepi', Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) kini kembali meraikan penggiat industri seni kreatif bagi merancakkan semula sektor itu yang terjejas akibat COVID-19.Bersesuaian dengan tema ‘Kemuncak Kecemerlangan’ penganjuran selama dua hari bermula hari ini diadakan secara gilang-gemilang dengan hamparan karpet merah menanti kehadiran penggiat seni kreatif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Tema ‘Kemuncak Kecemerlangan’ itu bersesuaian dengan usianya yang memasuki 50 tahun selain bertepatan hasrat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk menjadikan anugerah itu sebagai pemangkin dalam penghasilan karya bermutu industri penyiaran khususnya di peringkat nasional.ASA 2022 pada malam pertama akan dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa manakala malam kemuncak sambutan esok dijangka diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.ASA dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM, yang dicetuskan Kementerian Penerangan Malaysia pada 1972, bertujuan mengiktiraf penggiat penerbitan program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).Kemudian, anugerah berprestij ini berkembang dalam tempoh 33 kali penganjuran, yang menyaksikan pertambahan dalam aspek kategori dan pencalonan.", "Bagi tahun ini, ASA 2022 menerima 1,354 pencalonan dengan 1,035 pencalonan adalah bagi Kategori Televisyen, 276 Kategori Radio dan 43 untuk Kategori Media Baharu, yang buat julung kalinya diperkenalkan sesuai dengan peredaran zaman yang kini ke arah digital.Antara stesen media yang menyertai pencalonan ASA 2022 adalah Alhijrah Media Corporation, Bahagian Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan stesen televisyen yang lain.Seramai 55 juri dan dua juruaudit terdiri daripada pemain industri yang berpengalaman luas dalam industri akan menilai kesemua pencalonan dengan adil dan telus.Buat julung kalinya, pemenang ASA 2022 turut menerima hadiah berbentuk wang tunai bagi setiap kategori yang dimenangi selain trofi.Tokoh Anugerah Seri Angkasa 2022 dan Tokoh Anugerah Khas Juri masing-masing akan turut diberikan hadiah berupa wang tunai.Dua pemenang kategori utama iaitu Drama Terbaik dan Dokumentari Terbaik juga akan menerima Dana Kandungan Digital (DKD) masing-masing sebanyak RM200,000 dan RM150,000.Ia bertujuan membantu dan menggalakkan pengamal industri kreatif menghasilkan, memasarkan dan mengedar kandungan kreatif kepada pasaran tempatan serta antarabangsa terutama dalam fasa pasca-COVID-19.- BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=153
'Casablanca' versi inggeris dan arab bakal diterbitkan
[ "PETALING JAYA, 28 Oktober- Selepas empat bulan dilancarkan, lagu 'Casablanca' nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin terus tular dan berjaya menduduki tangga pertama carta radio tempatan, platform penstriman digital di dalam negara mahupun di negara jiran.Muzik video rasmi itu pula meraih lebih 23 juta tontonan setakat hari ini.Lagu itu juga bakal diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris dan juga Arab dalam masa terdekat. Menerusi tuah Casablanca, ia turut membawa pasangan duet, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ke Jakarta, Indonesia dan menerima jemputan untuk ditemu ramah oleh stesen-stesen TV dan radio terkemuka di sana.Komposer lagu tersebut Azmee Abdul Manap atau lebih dikenali Daqmie dan Wan Saleh. Lirik pula ditulis Daqmie dan turut mendapatkan khidmat kenalan lamanya, Abdul Karim Al Ali dari Syria untuk menterjemahkan lirik tersebut kepada bahasa Arab.", "(Nuha dan Naufal pada satu sidang media di Petaling Jaya)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=154
ElGrande Toto dibebaskan isu kontroversi ganja
[ "RABAT, 27 Oktober- Penyanyi rap Maghribi ElGrande Toto dibebaskan daripada tahanan polis pada Rabu tetapi masih dalam siasatan atas dakwaan \"penghinaan, fitnah dan ugutan\", kata sumber kehakiman, selepas artis itu membuat kenyataan umum menggunakan ganja.Rapper kelahiran Casablanca, yang nama sebenarnya Taha Fahssi dan merupakan bintang besar dalam dunia muzik berbahasa Arab, pada akhir September memberitahu pemberita selepas salah satu konsertnya, \"Saya menghisap hash, jadi?... Ia tidak bermakna saya menunjukkan contoh yang tidak baik.\"Ia mencetuskan kemarahan di Maghribi, di mana penggunaan dadah secara rekreasi adalah haram walaupun negara itu menjadi pengeluar utama dunia, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Pada Isnin, seorang pendakwa raya Casablanca mengarahkan pemuzik itu ditahan selepas aduan difailkan oleh beberapa artis, seorang wartawan, dan seorang anggota polis.Tetapi dia dibebaskan pada Rabu selepas artis-artis tersebut menarik balik aduan mereka.Sumber dalam kalangan penyanyi rap itu bagaimanapun berkata wartawan dan anggota polis itu mengekalkan aduan mereka.Dia juga membayar denda 20,000 dirham (AS$1,800) dan memohon maaf sekali lagi atas komennya, kata sumber itu, sambil menambah bahawa dia masih dalam siasatan atas dakwaan \"penghinaan, fitnah dan ugutan\".ElGrande Toto telah pun meminta maaf pada sidang akhbar yang dihadiri oleh ramai wartawan di Rabat pada Ahad.Media Maghribi berkata dia masih dalam siasatan untuk siaran media sosial dan kenyataan awam yang mungkin \"mengandungi unsur-unsur yang boleh dihukum di sisi undang-undang\".Penyanyi rap itu adalah artis Arab yang paling diminati di Maghreb pada 2021 di Spotify, dengan lebih daripada 50 juta muat turun dicatatkan.Sementara itu, saluran YouTubenya mengekalkan 2.7 juta pelanggan, menyaksikan barisan video popular yang menarik berpuluh juta tontonan. - AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=155
Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar suami isteri
[ "AMPANG, 24 Oktober- Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina selamat diijab kabul di sebuah lokasi acara bertempat di Ampang pada pukul 10.40 pagi tadi.Pasangan itu dinikahkan abang kepada pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein.Pada majlis itu, Sweet, 25 atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin bernilai RM2,410.97 serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.Adam, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, pemilihan tarikh pernikahan ini adalah simbolik mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga kepada Sweet.Nilai mas kahwin itu merupakan simbolik tarikh lahir Sweet pada hari ini.Kedua mempelai bakal diraikan dalam sebuah majlis perkahwinan pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.", "(Adam Lee dan Sweet Qismina semasa upacara pembatalan air sembahyang)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=156
'Midnights' cetus fenomena penstriman digital
[ "(Album ke-10 Taylor Swift, berjudul 'Midnights')", "LOS ANGELES, 23 Oktober- Album ke-10 Taylor Swift berjudul 'Midnights', berjaya mencetuskan fenomena dalam industri muzik berikutan album tersebut menandakan kemunculan semula penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat itu.Ia sekali gus memberi impak kepada platform Spotify kerana sistemnya tergendala buat seketika berikutan pelancaran lagu Taylor Swift.Pendengar terpaksa menunggu untuk mendengar lagu terbaharu Swift di platform penstriman digital itu.Walaupun menghadapi masalah teknikal, karya yang dinanti-nantikan itu mencatat rekod sebagai album paling banyak didengar dalam sehari, kata Spotify.\"Sebelum tengah malam pada 22 Oktober, Taylor Swift memecahkan rekod dalam sejarah Spotify untuk album paling banyak penstriman dalam satu hari,\" kata platform itu di Twitter.Swift kemudian berkongsi reaksinya dan berterima kasih kepada semua peminatnya menerusi satu hantaran di twitter, penyanyi itu menulis, \"bertuahnya saya kerana anda semua sentiasa menyokong, ini sangat luar biasa.\"", "13 lagu dalam album itu menceritakan \"kisah 13 malam tanpa tidur sepanjang hidup saya,\" jelas Taylor Swift di Twitter.Dua album terdahulunya, \"Evermore\" dan \"Folklore,\" ditulis semasa pandemik COVID-19 pernah memenangi Album Terbaik pada Grammy 2021.Lana Del Rey turut berduet dalam album tersebut dengan lagu berjudul 'Snow on the Beach'.Album itu berjaya memukau pengkritik muzik serta diterima dengan baik oleh The Guardian dan album tersebut dilabelkan sebagai, \"hebat, tenang dan matang\", \"padat dengan lagu-lagu yang hebat.\"" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=157
Kontrak Kanye West ditamatkan?
[ "(Kanye West pada Majlis Vanity Fair Oscar 2020/AFP)", "PARIS, 23 Oktober- Rumah fesyen Balenciaga yang berpangkalan di Paris telah menamatkan kontraknya dengan penyanyi rap Kanye West berikutan beberapa kenyataan kontroversi baru-baru ini, termasuk kecaman anti-Semitik, menurut laman berita fesyen WWD.\"Balenciaga tidak mempunyai sebarang kontrak mahupun rancangan untuk projek masa depan yang berkaitan dengan artis ini,\" kata syarikat induk Balenciaga, Kering kepada WWD.Ia berikutan tingkah lakunya yang tidak menentu.Dia membuat penampilan mengejut awal bulan ini untuk jenamanya 'Yeezy' pada Minggu Fesyen Paris, dengan menggunakan slogan kontroversi \"White Lives Matter\", secara meluas.Slogan itu dianggap sebagai tindak balas perkauman terhadap pergerakan Black Lives Matter.Artis berusia 45 tahun itu kemudian menyelar bekas rakan sekerja serta seorang wartawan fesyen terkemuka di media sosial mengkritik tindakan itu, termasuk Kering Bernard Arnault.Bulan lepas Kanye bukan lagi rakan kongsi bersama Gap dengan kedua-dua pihak berkata \"mereka tidak lagi bergerak bersama\".", "(Foto ilustrasi logo aplikasi Parler pada skrin telefon bimbit dengan gambar Kanye West/AFP)", "Awal bulan ini, Adidas turut mengumumkan kontrak dengan Kanye \"dalam semakan\".Balenciaga dan Kering tidak memberikan sebarang komen ketika ditanya AFP. Kanye muncul sebagai model dalam rancangan Balenciaga terbaru di Paris bulan lalu, memakai pakaian gaya tentera.Namun, gambar daripada rancangan itu tidak lagi kelihatan di laman web Balenciaga pada Khamis.Koleksi pakaian bersama penyanyi rap yang dilancarkan awal tahun ini berikutan hubungan yang baik dengan pengarah kreatif Balenciaga, Demna.Awal minggu ini, dia mengumumkan bahawa dia membeli platform media sosial, Parler. Beliau turut menambah, \"kita perlukan hak untuk kebebasan diri sendiri, kerana pendapat konservatif sering dianggap sebagai kontroversi\".- AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=158
Artis rap Cardi B menang kes kulit album eksplisit
[ "(Cardi B muncul di Mahkamah Jenayah Daerah Queens di Queens, New York / REUTERS)", "CALIFORNIA, 22 Oktober- Seorang juri persekutuan California pada hari Jumaat menolak dakwaan bahawa pemuzik Cardi B menyalahgunakan imej seorang lelaki pada kulit album pertamanya pada 2016.Juri mendapati, muka depan \"Gangsta Bitch Music, Vol. 1\" tidak melanggar publisiti atau hak privasi plaintif Kevin Michael Brophy dengan menggambarkan foto diubahsuai lelaki lain dengan tatu belakang unik Brophy selepas perbicaraan selama empat hari.Tuntutan Brophy pada 2017 menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$5 juta daripada Cardi B dan bekas pengurusnya Klenord Raphael, serta perintah yang menghalangnya daripada menggunakan imejnya.Peguam Brophy, Barry Cappello dari Cappello & Noel berkata dalam e-mel kepada Reuters bahawa Cardi B dan Raphael adalah \"pemenang yang baik\" dan berjabat tangan dengan Brophy selepas keputusan itu.Wakil Cardi B, Belcalis Almanzar, bagaimanapun enggan mengulas berhubung keputusan itu.Brophy, dari Costa Mesa, California, berkata dalam tuntutannya bahawa dia bekerja untuk \"syarikat luncur dan gaya hidup yang mementingkan sahsiah sosial\" dan menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki berkeluarga dengan seorang isteri dan dua anak kecil.Dia mendakwa menghadapi \"komen, soalan dan ejekan\" selepas Cardi B menggunakan imejnya pada kulit album.Semasa perbicaraan, Brophy menggelar tatu harimau melawan ular sebagai \"Michaelangelo.\"Penyanyi rap New York itu berhujah bahawa penggunaan reka bentuk muka depan itu layak sebagai \"transformatif\" di bawah undang-undang harta intelek dan dilindungi dari segi perlembagaan.Tatu itu digunakan \"dengan cara tanpa nama, sebagai satu blok bangunan\" dalam imej muka depan yang kompleks, kata Cardi B dalam pemfailan mahkamah.Dia juga berkata model yang digunakan untuk kulit album itu adalah berkulit hitam dengan rambut, manakala Brophy ialah \"Caucasian pertengahan umur dengan kepala dicukur.\" - REUTERS", "(Cardi B tiba di Mahkamah Jenayah Daerah Queens di Queens, New York / REUTERS)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=159
Bintang K-pop BTS, Jin jalani khidmat tentera
[ "(Jin, 29, akan berkhidmat selama dua tahun, yang membawa makna dia tidak akan membuat sebarang penampilan bersama BTS sepanjang tempoh itu/FOTO FB Kmania)", "SEOUL, 18 Oktober- Anggota kumpulan K-pop, BTS akan menjalani latihan wajib perkhidmatan tentera, didahului anggota paling tua, Jin.\"Semua anggota BTS juga akan menjalani latihan berkenaan seperti dijadualkan,\" kata agensi kumpulan berkenaan, HYBE.Ini bermakna, Jin, 29, akan berkhidmat selama dua tahun, di mana dia tidak akan membuat sebarang penampilan bersama BTS sepanjang tempoh itu.\"Jin akan membatalkan permintaan untuk menangguhkan pendaftaran pada akhir Oktober 2022 dan mengikuti prosedur berkaitan Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera.\"Kedua-dua syarikat dan ahli BTS tidak sabar untuk berkumpul semula sebagai sebuah kumpulan semula sekitar 2025 berikutan komitmen perkhidmatan mereka,\" kata Bighit Music milik HYBE, yang menguruskan BTS, dalam satu kenyataan berasingan.Semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan berumur antara 18 dan 28 wajib mejalani latihan tentera antara 18 hingga 21 bulan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertahankan keselamatan negara, termasuk dari Korea Utara.", "(BTS bergambar di atas permaidani merah ketika mereka menghadiri Anugerah Grammy Tahunan ke-64 di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas, Nevada, AS April lalu/REUTERS)", "Peserta dari beberapa kategori, telah mendapat pengecualian, atau menjalani tempoh lebih singkat, termasuk pemenang pingat Sukan Olimpik dan Sukan Asia serta pemuzik dan penari klasik yang memenangi hadiah utama pada pertandingan tertentu.Beberapa penggubal undang-undang telah menggesa BTS dikecualikan.BTS yang berehat daripada sebarang aktiviti seni sejak Jun lalu untuk meneruskan projek solo, menimbulkan persoalan tentang masa depan kumpulan itu.Bagaimanapun Sabtu lalu, mereka bersatu semula untuk mengadakan konsert percuma di bandar Busan bagi menyokong usaha Korea Selatan untuk menganjurkan Ekspo Dunia 2030 di bandar pelabuhan itu. -REUTERS" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=160
Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7, pementasan pembukaan di Istana Budaya selepas dua tahun
[ "(Pementasan teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 bakal menjadi pementasaan unggul, susulan pembatalan pementasan teater muzikal pertama di Istana Budaya bagi tahun ini ‘Moyang Salleh’ di Panggung Sari/FB ISTANA NEGARA)", "KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kisah bangsawan klasik 'Jula Juli Bintang 7', bakal diangkat ke pentas Istana Budaya selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Oktober ini dengan pelbagai elemen menarik.Pementasan teater muzikal karya dan arahan Zaifri Husin yang juga Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya ini diadakan dengan memberi lebih banyak peluang kepada penonton pelbagai kaum dalam dan luar negara menyaksikan keunikan budaya kesenian Malaysia.Zaifri berkata, pementasan itu nanti tentunya mementingkan elemen muzikal terutama dari segi nyanyian, muzik serta lakonan pentas.\"Naskhah ini dipilih kerana kesesuaiannya, ada pelbagai elemen yang kita boleh letakkan dan ianya berkonsepkan fantasi.Jika ditanya kenapa ada nama bintang 7? Jawapan saya ialah 'tujuh' ini berkait dengan Dasar Kebudayaan Negara yang ada tujuh terasnya dan salah satunya ialah kecemerlangan seni budaya, ini yang mahu kita letakkan,\" katanya.Mengulas lanjut pemilihan lagu dalam pementasan muzikal ini, beliau berkata semua yang dimuatkan merupakan lagu ciptaan baharu yang segar.", "(Zaifri Husin (gambar atas) dan Shiha Zikir (gambar bawah selepas sidang media pementasanMuzikal Jua Juli Bintang 7 di Istana Budaya)", "\"Ada 30 lagu ciptaan baharu, yang ditulis untuk disampaikan dalam bentuk nyanyian muzikal, dengan pelbagai rasa dan rentak, juga jangan terkejut kerana kita terapkan elemen moden termasuk genre rap walaupun ianya persembahan bangsawan, supaya lebih segar,\" katanya.Sementara itu, Shia Zikir yang membawakan watak utama, Puteri Bongsu, mengakui gementar dan teruja untuk berlakon dalam Muzikal Jula Juli Bintang 7 berkenaan.Mengakui seronok dalam masa sama ingin menimba pengalaman sebanyak mungkin, Shiha sedia membuat persiapan rapi.\"Lagu lagu adalahciptaan baru sedangkan pada awal, saya ingatkan ia menampilkan lagu-lagu lama, ini salah satu yang memberi cabaran hebat buat sebagai penyanyi dan pelakon.\"Saya sedar beraksi dalam drama dan pentas teater, banyak bezanya. Jadi, ini masa untuk saya mencubanya sehabis baik.\"Kali pertama nak berlakon teater ini memang saya sangat gementar. Ini kerana sikap saya yang sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dalam bekerja. \"Saya mahu semuanya serba sempurna. Apatah lagi, saya akan cuba pastikan dapat melakukannya dengan terbaik,\" ujarnya.Teater muzikal Juli Juli Bintang 7 ini akan menampilkan dua bintang utama iaitu Shiha Zikir sebagai Puteri Bongsu dan Zam Ryzam sebagai Putera Mahkota, ia turut dibarisi penyanyi dan pelakon tanah air termasuk Ezad Lazim sebagai Putera Mambang, Joey Daud sebagai Raja Kayangan, Idris Brown sebagai Jin, Lazarul dan Rabi’atul atau lebih dikenali sebagai Rai, masing-masing sebagai Pak Mat dan Mak Eton serta Syukor Ibrahim Bachik sebagai pendita dan pencerita.Penampilan lain ialah Fiza Thomas sebagai salah seorang puteri dan penglibatan warga Istana Budaya antaranya Dhiya Suhaili yang memegang watak Puteri Sulung, Boy B4AV sebagai Ahli Nujum dan dibantu Artis Tari Istana Budaya.Mahmood Haji Ibrahim yang lebih mesra dengan panggilan Ce’Mud selaku pengarah tari akan menghasilkan pelbagai tarian melibatkan gabungan elemen tradisional dan kontemporari. Kisah fantasi ini bermula dengan perebutan untuk memiliki tujuh Puteri Jula Juli di antara Putera Mambang dan Jin di kayangan sehinggakan Raja Kayangan membuat keputusan menghantar puteri-puteri ke bumi untuk mengelakkan huru-hara.Puteri-puteri disumpah menjadi buah delima lalu dicampak ke bumi dan Raja Kayangan menawarkan Putera Mambang dan Jin bahawa sesiapa yang bertemu dahulu dengan puteri-puteri, merekalah yang berhak memiliki mereka.Pementasan selama dua jam ini akan diiringi muzik oleh 48 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang memainkan 30 buah lagu baharu ciptaan dan gubahan Mohd Hafiz Askiak.Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 adalah kisah rakyat Melayu klasik yang memaparkan aspek seni, nilai budaya dan warisan tempatan menerusi rekaan busana dan tata rias, rekaan set serta props dan juga kesan-kesan khas yang akan dipersembahkan. Tiket berharga RM60, RM80, RM110 dan RM250 boleh didapati di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my bermula 1 Oktober 2022 dan di Kaunter Box Office Istana Budaya bermula 26 hingga 30 Oktober 2022." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=161
100,000 peminat hadir konsert percuma BTS untuk bida Ekspo Dunia Busan 2030
[ "(Kira-kira 100,000 penonton dari seluruh dunia menyaksikan konsert percumakumpulan sensasi K-pop, BTS, pada Sabtu/FB BTS)", "BUSAN, 15 Oktober- Kira-kira 100,000 penonton dari seluruh dunia menyaksikan konsert percuma kumpulan sensasi K-pop, BTS, pada Sabtu.Persembahan superstar dunia pada konsert Bertema 'BTS Yet To Come in Busan’ ini sungguh hebat dan bertenaga, mendendangkan lagu-lagu popular mereka seperti Dynamite, Butter, Boy in Luv dan Ma City pada konsert yang belangsung selama 90 minit di Stadium Utama Asiad, di sini.Konsert itu turut disiarkan secara langsung khas buat peminat mereka di seluruh dunia.Bak Mi Jeong, 33, seorang penganalisis alam sekitar yang bekerja di syarikat swasta berpangkalan di Seoul, berkata suasana baik yang dikongsi sepanjang konsert itu sememangnya positif untuk menceritakan kepada dunia mengenai Busan.“BTS memainkan peranan besar dalam menyebarkan berita mengenai Busan. Saya optimis jika Busan menganjurkan Ekspo Dunia pada 2030, ia akan memberi banyak manfaat ekonomi kepada negara, contohnya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang di sini,” kata anak kelahiran Busan itu kepada Bernama. Bagi Lee Yuna dan Kim Min Gyeong pula konsert itu telah menarik perhatian dunia ke Busan.“Ia konsert percuma dan sungguh mengejutkan, melihat bagaimana konsert itu mampu memberikan impak besar mengenai bandar Busan. Kami bangga melihat betapa berkesannya mesej yang mereka sampaikan melalui penganjuran konsert malam ini,” kata pelajar sekolah menengah dari Seoul itu.BTS, yang dipilih sebagai duta perhubungan awam untuk bidaan itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan bandar Busan pada Jun tahun ini.MoU itu antara lain bertujuan mempromosi bandar berkenaan untuk konvensyen berprestij oleh Biro Pameran Antarabangsa (BIE). ", "(Persembahan superstar dunia pada konsert Bertema 'BTS Yet To Come in Busan’ ini sungguh hebat dan bertenaga, mendendangkan lagu-lagu popular mereka seperti Dynamite, Butter, Boy in Luv dan Ma City pada konsert yang belangsung selama 90 minit di Stadium Utama Asiad/FB KPOP)", "Ekspo Dunia merupakan festival antarabangsa terbesar selain Piala Dunia dan Olimpik.Penganjuran ekspo itu dianggarkan menyumbang impak ekonomi bernilai 61 trilion won (US$49.1 bilion), lapor agensi berita Yonhap.Korea Selatan bersaing dengan dua negara lain -- Itali dan Arab Saudi -- untuk menganjurkan ekspo itu, dan pemilihan akhir dijangka diumumkan pada November 2023. -BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=162
Aliff Syukri mengaku tidak bersalah muat naik kandungan video sumbang
[ "SEPANG, 13 Oktober- Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya pada April lepas.Aliff Syukri, 35, didakwa membuat penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Instagram aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April.Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil, manakala Aliff Syukri diwakili peguam Hasshahari Johari Alwi dan Awang Armadajaya Awang Mahmud.Fazril Sani memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun Hasshahari memohon agar mahkamah mempertimbangkan jumlah itu kerana tertuduh bekerja sendiri untuk menyara isteri serta lima orang anak yang masih bersekolah.", "Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman / FOTO BERNAMA", "Hasshahari berkata tertuduh juga bertanggungjawab ke atas ramai pekerja yang berkhidmat di syarikatnya.“Saya percaya mahkamah berpegang kepada tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya.Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil membenarkan Aliff Syukri diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 November ini sebagai tarikh sebutan semula.Aliff Syukri membayar jaminan tersebut. " ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=163
Pencipta lagu Wan Zul meninggal dunia
[ "KEMAMAN, 13 Oktober- Komposer Wan Zul atau nama sebenarnya Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, Kuala Terengganu pukul 2.30 pagi tadi.", "Komposer lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim itu meninggal dunia pada usia 61 tahun.", "Berita pemergian komposer terkenal itu dikongsi adik Allahyarham, Che Wan Zuhaini menerusi aplikasi Whatsapp.", "Tambahnya lagi, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kijal, Kemaman.", "Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman sejak 2 Oktober lalu akibat kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru. ", "Allahyarham meninggalkan isteri , Tengku Siti Famah dan dua anak.", "Semasa hayatnya, Allahyarham merupakan pencipta lagu-lagu malar segar nyanyian Kumpulan Iklim seperti Aduhai Seribu Kali Sayang, Kerana Takdir dan Biografi Cinta Luka. Selain itu, Allahyarham turut mencipta beberapa lagu popular seperti Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan nyanyian Damasutra dan banyak lagi." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=164
'Satu Malam di Temasek' terima Anugerah Kehormat di IMVA
[ "(Pihak produksi menggali kubur bagi membolehkan Joe menyanyi di dalamnya)", "KUALA LUMPUR, 30 September- Lagu terbaharu Joe Flizzow ‘Satu Malam di Temasek' (SMDT) berjaya mencuri perhatian dunia menerusi video muziknya yang cukup hebat dan memukau. Video luar biasa SMDT itu menerima pengiktirafan dalam bentuk ‘Anugerah Kehormat’ atau ‘Honorable Mention’ di International Music Video Awards untuk kategori video muzik hip hop terbaik. Edwin Raj, selaku penerbit eksekutif video muzik tersebut menyatakan bahawa sebagai sebuah syarikat yang menerbitkan video muzik khasnya berkonsep hip hop, ia suatu pengiktirafan yang sangat berharga bukan sahaja di peringkat tempatan tapi juga antarabangsa. “Kami sangat gembira dengan anugerah khas ini di International Music Video Awards untuk kategori video muzik hip hop terbaik.“Kami menggali sebuah kubur dan Joe menyanyi di dalam kubur itu untuk video ini, ia memang luar dari kebiasaan. Ia juga lebih artistik dan pesanannya juga sangat subjektif. Kami nampak banyak komen penonton dengan interpretasi masing-masing, dan inilah yang membuat ia menarik” ujar Edwin ketika ditemui di ibu negara.Misi Anugerah Muzik Video Antarabangsa (IMVA) adalah untuk memperluaskan sempadan pembikinan filem tradisional dengan mencipta simfoni visual yang mengetengahkan muzik sebagai peranan utama. IMVA adalah platform antarabangsa buat penggiat seni untuk menghasilkan karya dengan gabungan muzik dan filem.", "(Kru muzik video 'Satu Malam di Temasek')" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=165
Konsert 'A Night to Remember' Siti Nurhaliza di Persada Johor November depan
[ "JOHOR BAHRU, 6 Oktober- Selepas 10 tahun, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali ke Johor dengan persembahan eksklusif ‘A Night to Remember’ di Persada Johor, pada 18 dan 19 November depan.35 peratus tiket sudah terjual sejak jualan dibuka secara dalam talian pada 4 Oktober lalu.Persembahan eksklusif itu menyasarkan 5,000 kehadiran penonton tempatan termasuk dari Singapura dan Indonesia. Lebih 20 lagu hit pelbagai genre bakal dipersembahkan kepada peminat.“Biasanya dalam persembahan atau konsert saya tidak boleh lari daripada membawakan lagu-lagu hit saya.Nampak macam berulang-ulang tetapi kita beri sentuhan berbeza, susunan berbeza sebab penontonnya berbeza,” katanya dalam sidang media ‘A Night to Remember’ bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Persada Johor, di sini.", "Turut ditampilkan, penyanyi Aina Abdul dan Khai Bahar.Sementara itu, menurut Pengurus Besar Persada Johor, David Emir Bareng, ini merupakan permulaan siri konsert ‘A Night To Remember’ yang akan dianjurkan oleh Persada Johor setiap tahun, menampilkan artis-artis berbeza." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=166
Artis rap, Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun
[ "(Coolio,59, atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr. terkenal dengan single \"Gangsta's Paradise,\"pada 1995 daripada album dengan nama yang sama/REUTERS)", "LOS ANGELES, 29 September- Artis rap dan pemenang Anugerah Grammy, Coolio meninggal dunia pada Rabu selepas ditemukan tidak bernyawa di rumah rakannya di Los Angeles, lapor New York Times. Coolio,59, atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr. terkenal dengan single \"Gangsta's Paradise,\" pada 1995 daripada album dengan nama yang sama.Lagu itu, menjadi hit selepas digunakan sebagai runut bunyi dalam filem Dangerous Minds, memenangi Anugerah Grammy untuk persembahan solo rap terbaik pada tahun berikutnya.Menurut pengurusnya, Jarez Posey artis rap itu meninggal dunia kira-kira jam 5:00 petang di hospital tempatan.Posey turut meaklumkan Ivey sebelum ini didapati tidak bertindak balas di bilik air di rumah rakannya.", "Coolio, yang dilahirkan di Pennsylvania pada 1963, mula membuat persembahan sebagai sebahagian daripada adegan hip-hop Pantai Barat selepas berpindah ke Compton, California.", "Tiada laporan mengenai punca kematian.Coolio, yang dilahirkan di Pennsylvania pada 1963, mula membuat persembahan sebagai sebahagian daripada adegan hip-hop Pantai Barat selepas berpindah ke Compton, California.Beliau melancarkan album sulungnya, \"It Takes a Thief\", pada tahun 1994, dengan single \"Lakeside\" muncul sebagai 10 lagu terbaik tahun tersebut. -REUTERS" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=167
'Road to Oscar', menghasilkan filem ke persada antarabangsa
[ "PETALING JAYA, 28 September- Malaysia bakal bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi menghasilkan filem Setanggi Ratna Inderapura.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata usahasama itu diyakini menjadi nilai tambah kualiti filem hingga mampu dibawa ke persada antarabangsa.\"Hari ini jugakita telah berbincang dengan pengedar Suraya, industri filem ini kita kita akan ada beberapa kerjasama dengan syarikat filem di Thailand. Salah satunya yang kita telah cadangkan cerita tentang Sultanah Pahang dahulu yang dipanggil Indra Putra iaitu Ratu Ungu\", katanya selepas Majlis Pelancaran Filem Love Destiny, di sini.\"Kita tengah bincang dengan syarikat di Thailand adakan usahasama, di mana kita dapat melahirkan satu filem antarabangsa yang bermutu untuk kita pasarkan bukan sahaja di Malaysia dan Thailand dan juga di peringkat antarabangsa\", katanya.Tambah beliau, ia juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan ke arah 'Road to Oscar'.", "(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=168
Daqmie lancar album 'Sahabat Selamanya', satukan empat kumpulan nasyid terkenal
[ "HULU KELANG, 28 September - Komposer dan penyanyi berbakat besar, Daqmie buat julung kalinya melancarkan album sahabat selamanya yang menyatukan empat nama besar kumpulan nasyid terkenal tanahair iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam dan Mestica.Album yang mengandungi 10 buah lagu itu merupakan keluaran syarikat milik Daqmie sepenuhnya dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai pengkaji dan peneliti perkembangan industri muzik nasyid di Malaysia.Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap menjelaskan idea untuk menghimpunkan sahabat-sahabat nasyid itu adalah untuk menarik kembali minat pendengar irama nasyid tempatan selain sebagai penghargaan kepada kumpulan tersebut.", "“Lagu-lagu tersebut adalah simbolik penghargaan serta hadiah kepada sahabat-sahabat sepanjang pengenalan kami. Tiada kos yang perlu sahabat nasyid keluarkan, hanya kesudian,\" katanya di Majlis Pelancaran Album Sahabat Selamanya di kompleks Finas, di sini.Menariknya, album tersebut memuatkan empat buah lagu popular asal setiap kumpulan yang diberikan nafas baharu dengan Daqmie berduet bersama mereka untuk setiap lagu.Antara lagu tersebut Pergi Tak Kembali, Fatamorgana, Kasih kekasih dan Layar Keinsafan.Manakala enam lagu baharu yang telah mendapat sentuhan komposer serta penulis lirik terkemuka tanahair antaranya Datuk Habsah Hassan, Alfa Booty, Tam Spider, Aidit Alfian, Baiduri, Halim Ahmad, Keon, Isman Isam, Ito Lara serta Atie.", "Album sahabat selamanya bakal menemui peminta di seluruh platform digital mulai 9 Oktober ini sempena sambutan Maulidur Rasul." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=169
Elton John buat persembahan di White House sejak kali terakhir pada 1998
[ "(Elton John pada persembhannya di White House pada Jumaat/AFP)", "WASHINGTON, 25 September- Elton John membuat persembahan di White House atas jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, selepas menolak jemputan daripada presiden sebelum ini, Donald Trump.Mengenakan sut hitam berkilauan dan berkaca mata hitam dengan lensa ranggi berwarna oren,, ikon pop berusia 75 tahun itu duduk di piano dengan latar belakang kediaman presiden AS yang bergemerlapan dengan lampu yang meriah.\"Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan, betapa bodohnya,\" John bergurau ketika dia naik ke pentas untuk mempersembahkan lagu hitnya pada tahun 1970 'Your Song'.\"Saya pernah bermain di beberapa tempat yang indah sebelum ini, tetapi ini mungkin icing pada kek.\"Kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput ke majlis itu.Turut hadir ialah pemenang Hadiah Keamanan Nobel Malala Yousafzai dan bekas juara tenis dan aktivis Billie Jean King, menurut White House dalam satu kenyataan.\"Sudah jelas muzik Elton John telah mengubah hidup kami,\" kata Biden.Penyanyi itu bercakap tentang kepentingan memerangi HIV/AIDS dan berterima kasih kepada Amerika Syarikat atas peranannya dalam memerangi virus itu.Menurut White House lagi, acara pada Jumaat itu bertujuan untuk meraikan kuasa penyatuan muzik.", " Tetapi ketika John mempersembahkan lagu hitsnya \"Tiny Dancer\" dan \"Rocket Man,\" ia mengingatkan perpecahan mendalam dalam politik AS.", "(Elton John (tengah) bercakap selepas dia dianugerahkan Pingat Kemanusiaan Kebangsaanoleh Presiden A.S. Joe Biden (kanan) dan wanita pertama Jill Biden (kiri)/AFP)", "John, yang sedang dalam jelajah perpisahan global maraton, mengucapkan terima kasih kepada Biden atas jemputan itu dan turut memuji bekas Presiden AS George W. Bush.\"Saya hanya berharap AS boleh menjadi lebih bipartisan dalam segala-galanya,\" kata John.Pada penghujung persembahannya, Biden mengejutkan John dengan menghadiahkannya Pingat Kemanusiaan Kebangsaan kerana memperkasakan orang ramai untuk memperjuangkan keadilan.\"Saya tidak pernah diberi kejutan sebegini,\" kata John yang kelihatan terharu. -AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=170
Konsert 'glow in dark' Anirudh gegarkan Axiata Arena
[ "KUALA LUMPUR, 19 September- Bintang rock India Anirudh Ravichander memukau kira-kira 9,000 peminat menerusi konsert ‘glow in the dark’ di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu, yang merupakan konsert pertama pernah dilakukan artis India di Malaysia.Penyanyi berusia 31 tahun itu membuat penyertaan hebat di atas pentas dengan lagu hitnya 'Once Upon A Time', sambil diserikan penglibatan penonton memakai gelang tangan Xyloband, mengandungi diod pemancar cahaya LED yang menerangi seluruh venue, sekali gus mencetuskan suasana menakjubkan.Anirudh yang berwajah kebudak-budakan memukau penonton dengan lagu-lagu dan persembahannya yang bertenaga dalam set pertama dan seterusnya peminat diberikan kejutan istimewa apabila beliau bermain keyboad ketika mempersembahkan lagu-lagu hitnya seperti 'Po Nee Po dan Kanave Kanave'.Anak pelakon India selatan Ravi Raghavendra, dan anak saudara pelakon tersohor India Rajinikanth dan Latha Rajinikanth itu mempersembahkan sebanyak 43 lagu untuk peminatnya konsert yang berlangsung empat jam dan diakhiri dengan lagu kegemaran ramai, 'Arabic Koothu'.Anirudh turut diiringi penyanyi wanita Jonita Gandhi, Ravi G, Naan Pizhai dan Aditya Radhakrishnan turut mengamit kehadiran peminat tempatan dari seluruh negara.Sempena Hari Malaysia pada 16 September, para penonton bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum konsert bermula manakala kumpulan Dhol terkenal Malaysia Dhol Ambassadors dan Tirusuli Aiyanar Urumi Melam turut memastikan penonton sentiasa bertenaga semasa waktu rehat.Anirudh, seorang daripada pengarah muzik popular India kembali ke Malaysa buat kali ketiga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat Malaysia atas kasih sayang dan tenaga mereka yang menjadikan konsert malam Sabtu lepas sebagai malam terbaik dalam hidupnya.Anirudh ialah komposer muzik India yang memenangi pelbagai anugerah, penyanyi playback, penerbit dan pemain muzik yang paling diiktiraf dalam industri filem Tamil.", "Penyanyi itu membuat penampilan sulungnya sebagai komposer muzik pada 2011 dalam usia 21 tahun untuk tiga filem dan lagu daripada filem, 'Why This Kolaveri Di' menjadi video YouTube yang paling banyak ditonton di India dan mencetuskan sensasi dalam talian global.'Once Upon A Time Tour' di KL yang dianjurkan oleh MC Entertainment dan disokong oleh Tourism Malaysia, merupakan permulaan jelajah Anirudh yang akan diteruskan ke Chennai dan Coimbatore di India dan London, United Kingdom. -BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=171
Karyawan dan penggiat seni sambut baik penubuhan Majlis Penasihat Perfileman dan Muzik
[ "KUALA LUMPUR, 18 september- Golongan karyawan dan penggiat seni menyambut baik pengumuman penubuhan Majlis Penasihat Perfileman dan Muzik sebagaimana yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.Inisiatif ini diharap mampu menangani pelbagai isu terutamanya nasib mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi, penubuhan tersebut diharap mampu membina jawatankuasa khas yang khusus kepada pemain industri kreatif dari segi jaminan undang-undang.", "\"Akta ini berperanan untuk melindungi pekerja-pekerja seni dari terus ditindas dalam apa perkara yang melibatkan pekerjaan mereka.\"Apa yang saya harapkan pelantikan ahli jawatankuasa dalam kalangan majlis ini perlu diteliti dengan baik supaya pelantikan itu pelantikan yang munasabah.", "\"Juga mereka berperanan melalui pengalaman kepakaran mereka untuk membantu dalam majlis ini untuk memberi pandangan yang lebih baik supaya boleh memberikan satu anjakan paradigma dan mengangkat seni kreatif Malaysia dan industri muzik Malaysia ke tahap yang lebih baik dalam negara dan di peringkat antarabangsa\", katanya.Dalam pada itu, Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid pula berpendapat sudah tiba masanya jawatankuasa khas ini menyediakan garis panduan yang lebih jelas untuk membolehkan penggiat seni meneruskan kelangsungan hidup dalam industri dan langkah memperkasakan industri kreatif tempatan dapat diteruskan di bawah majlis tersebut.\"Dalam keadaan industri muzik yang sedang rancak selepas Covid-19 jadi kami penggiat seni amat memerlukan satu suntikan atau dorongan dari pihak kerajaan untuk kami terus berkarya. \"Diharap majlis dan AJK yang dilantik ini dapat memandang isu-isu yang banyak tergantung atau tersekat semasa Covid-19 ini. Insyaallah saya berharap dengan adanya majlis yang ditubuhkan oleh Tan Sri ini industri muzik dan filem kita akan pergi jauh\", katanya.Majlis Penasihat Perfileman dan Muzik akan dipengerusikan ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan akan dianggotai 20 penggiat seni.Ia berfungsi sebagai platform memberikan pandangan kepada kerajaan dan pemain industri bagi membantu memajukan industri kreatif dari aspek sumbangan dalam ekonomi serta peluang pekerjaan, terutama kepada belia." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=172
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan
[ "(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin)", "KUALA LUMPUR, 18 September- Teater adalah khazanah bangsa yang perlu diraikan dan diangkat ke persada antarbangsa .Buat julung kalinya naskah berbentuk skrip drama dan syair digabungkan dalam pementasan berkisahkan kisah epik peperangan dalam Teater syair Setanggi Ratna Inderapura.Turut hadir menyaksikan dan menrasmikan pelancaran naskah Setanggi Ratna Inderapura, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.Dalam ucapannya Datuk Zahidi menyifatkan Setanggi Ratna Inderapura bukan sekadar persembahan tetapi ia umpama perjuangan dengan takdir modenisasi bagi menjulang martabat bangsa.“Nilai seninya tinggi dan kita lihat bahawa pengarah ini juga membuat banyak kajian bukan sahaja syair tentang Sastera Melayu yang perlu ditonjolkan kepada masyarakat terutamanya anak muda pada hari ini.“Kita telah berbincang dengan pihak Finas dan pengarah teater ini,  kalau boleh kita hendak filemkan supaya kita tonjolkan tentang ada benda seperti syair, nazam semangat patriotik dan kalau boleh kehebatan Sultanah Pahang pada masa dahulu tentang kepahlwananya yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa” katanya.Sementara itu , bagi Penulis dan Pengarah Setanggi Ratna Inderapura Syahidatul Munirah Badrul Munir, beliau berharap pementasan teater ini dapat menyuntik rasa bangga dan semangat cintakan negara dalam setiap jiiwa anak muda.“Apa yang perlu saya ceritakan kepada anak bangsa ialah kita memiliki senjata yang sangat banyak,  jadi dalam pementasan itu tadi, sebab sebelum ini anak bangsa kita merasakan malunya jadi Melayu sebab kita tidak hebat tapi bila mereka tahu cerita ini mereka akan tahu betapa hebatnya negara bangsa mereka,” katanya.Pementasan Setanggi Ratna Inderapura merupakan kerjasama Dewan Pustaka dan Pustaka (DPB) serta pelajar Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia (UUM).", "(Pementasan Teater Syair Setanggi Ratna Inderapura)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=173
Konsert Inspirasi Anak Malaysia meraikan Hari Malaysia 2022
[ "KUALA LUMPUR, 16 September - Stesen radio KLFM Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengadakan Konsert Inspirasi Anak Malaysia ( Konsert IM) bertempat di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur, sempena meraikan Hari Malaysia 2022.Konsert berdurasi satu setengah jam itu menyaksikan persembahan barisan penyanyi popular tanah air seperti Datuk Francisca Peter, Azlan & The Typewriter, Wany Hasrita, Haqiem Rusli serta Daniel Sher.Menurut Pengurus KLFM, Noorliza Nordin selain meraikan perpaduan dalam kepelbagaian kaum \"Keluarga Malaysia\", Konsert IM turut mendapat kerjasama daripada pihak swasta yang diraikan penuh meriah selepas dua tahun tidak dilaksanakan disebabkan pandemik COVID-19.", "(Noorliza bercakap kepada pemberita dalam Konsert Inspirasi Anak Malaysia)", "\"Alhamdulillah kali ini kita mendapat kerjasama baik daripada pengurusan Menara Kuala Lumpur menerusi platform 'infotainmen',\" kata Noorliza Nordin di sini.Turut hadir Timbalan Pengarah Program Radio RTM, Fairuz Mohd Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Ainol Shaharina Sahar.Konsert IM berlangsung sekitar pukul 5.15 petang itu menghidangkan gabungan persembahan artis lama dan baharu dengan membawakan lagu patriotik dan 'single hits' mereka.Penonton disajikan dengan persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu yang dibawakan barisan penyanyi selain lagu patriotik seperti Warisan, Setia, Standing In The Eyes Of The World dan banyak lagi. Konsert tersebut juga bersiaran secara langsung di platform media sosial RTM bagi meluaskan lagi ruang siaran dan menarik minat generasi muda untuk memilih siaran radio KLFM." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=174
Sekali lafaz, Mas Idayu sah bergelar isteri Sufian
[ "KUALA LUMPUR, 16 September- Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Mas Idayu, 50, sah bergelar isteri kepada penerbit eksekutif televisyen, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pukul 10.40 pagi tadi.Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kg. Baru, Ustaz Azizi Abdul Hamid berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan. Pada majlis yang dihadiri 100 orang tetamu itu, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun menerima mas kahwin sebanyak RM1001.Nilai wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan. Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak perempuan.", "(Mas Idayu selamat disatukan dengan Muhammad Sufian)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=175
Aman Shah meninggal dunia, komplikasi jantung
[ "KUALA LUMPUR, 14 September- Penyanyi era 80-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.15 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN).Allahyarham yang juga dikenali sebagai pelakon veteran, meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan jantung pada usia 68 tahun.Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, jenazah masih berada di IJN untuk urusan bedah siasat, dan akan dibawa ke Masjid Alam Damai Cheras untuk disembahyangkan.Jenazah akan dikebumikan di tanah Perkuburan Alam Damai. Aman Shah yang popular dengan lagu raya Kepulangan Yang Dinanti itu menjadi penyanyi sejak 1979, sebelum mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI pada tahun 1980 hingga 1987. Antara filem lakonan beliau adalah Darah Satria, Azura dan Aku Bukan Gila." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=176
'The Cloth Concert' PVRTM sasar kumpul dana RM100,000 untuk pesara
[ "(\"The Cloth Concert\" bakal menggabungkan persembahan penyanyi tempatan dengan pertunjukan fesyen berasaskan tekstil tradisional)", "KUALA LUMPUR, 14 September- Persatuan Veteran RTM (PVRTM) sasar pengumpulan dana RM100,000 untuk disalurkan kepada pesara Radio Televisyen Malaysia, RTM menerusi acara \"The Cloth Concert\"., menurut Presiden PVRTM, Zohara Gany Mohamad Bathusha.Konsert bakal menggabungkan persembahan penyanyi tempatan dengan pertunjukan fesyen berasaskan tekstil tradisional.\"Ramai yang bukan pesara berpencen, mereka dulu bekerja di RTM selama 30 tahun, tapi mereka bukan pesara. Mereka tidak dapat pencen kerana ada kakitangan sambilan, kakitangan kontrak. \"Jadi sekarang bila mereka sudah tua, sudah tidak pencen. Jadi itulah masalah yang kita hadapi sekarang dan kita kena menyokong mereka tubuh tabung kebajikan,\" kata Zohara dalam sidang media kepada RTM di sini.", "(Zohara ketika ditemui dalam sidang media berkata 'The Cloth Concert' PVRTM sasar kumpul dana RM100,000 untuk pesara)", "Bakal berlangsung pada 22 Oktober ini di IOI Putrajaya, konsert menampilkan barisan penghibur terkenal tanah air antaranya Anuar Zain, Azlina Aziz dan Ning Baizura.", "Juga pereka fesyen Zang Toi, Datuk Tom Abang Saufi dan Rizman Ruzaini.Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman yang merupakan Penaung Diraja PVRTM dijangka hadir." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=177
Zendaya menang pelakon terbaik - Anugerah Emmy
[ "LOS ANGELES, 13 September - Zendaya dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik menerusi drama \"Euphoria\" dalam Anugerah Emmy ke-74 yang berlangsung di sini.Zendaya memegang watak Rue, iaitu kisah sedih tentang kehidupan di sekolah menengah.", "Ia merupakan anugerah kedua Zendaya menerusi Anugerah Emmy, menewaskan Jodie Comer dan Sandra Oh (\"Killing Eve\"), Laura Linney (\"Ozark\"), Melanie Lynskey (\"Yellowjackets\") dan Reese Witherspoon (\"The Morning Show\").- AFP", "Berikut senarai pemenang kategori utama Anugerah Emmy Tahunan ke-74, berlangsung di Los Angeles pada Isnin.", "Drama Bersiri Terbaik: “Succession”Komedi Bersiri Terbaik: “Ted Lasso”Pelakon Lelaki Terbaik, drama: Lee Jung-jae, \"Squid Game\"Pelakon Wanita Terbaik, drama: Zendaya, \"Euphoria\"Pelakon Lelaki Terbaik, komedi: Jason Sudeikis, \"Ted Lasso\"Pelakon Wanita Terbaik, komedi: Jean Smart, \"Hacks\"Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, drama: Matthew Macfadyen, \"Succession\"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, drama: Julia Garner, \"Ozark\"Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, komedi: Brett Goldstein, \"Ted Lasso\"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, komedi: Sheryl Lee Ralph, \"Abbott Elementary\"Siri Antologi Terbaik: \"The White Lotus\"Pelakon Lelaki Terbaik, Siri Antologi: Michael Keaton, \"Dopesick\"Pelakon Wanita Terbaik, Siri Antologi: Amanda Seyfried, \"The Dropout\"Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Siri Antologi: Murray Bartlett, \"The White Lotus\"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Siri Antologi: Jennifer Coolidge, \"The White Lotus\"" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=178
Lagenda Mahsuri difilemkan
[ "LANGKAWI, 10 September- Lagenda Mahsuri bakal diangkat menjadi sebuah filem epik yang dijangka memulakan pengambaran awal tahun hadapan di Langkawi.  Mengangkat sejarah silam wanita yang dibunuh akibat difitnah, Setiausaha Agong Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah optimis filem berkenaan menjanjikan “sesuatu” yang pastinya mudah diterima penonton. Beliau berkata pasaran antarabangsa seperti Thailand akan mudah ditembusi berikutan keturunan Mahsuri yang ke-7 kini berada di negara gajah putih itu .  \"Langkawi itu sendiri sudah terkenal, jadi mudahlah sikit, orang di luar negara yang sudah pernah datang ke Langkawi mungkin berkata...oh ya Langkawi.\"Jadi mungkin lebih mudah untuk kita pasarkan ke luar negara terutama Thailand, sebab ye lah, susur galur itukan,\" katanya. Beliau ditemui RTM selepas Majlis Seyembara Filem Pendek dan Dokumentari Pelancongan Langkawi di Kompleks LADA, di sini.", "Seyembara julung kali itu mempertandingkan 11 kategori utama yang bertemakan mitos dan lagenda. Ia selari dengan usaha mempromosikan Langkawi sebagai sebuah pulau lagenda di Kedah." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=179
Konsert 3 generasi 'rock', berjaya
[ "(Persembahan daripada Tam Spider, Mael XPDC dan Noh Hujan dalam konsert 3 Generasi)", "KUALA LUMPUR, 4 September- Otai-otai 'rock' negara seperti kumpulan XPDC, kumpulan Spider dan Noh Salleh digabungkan dalam sebuah konsert 'Yolo Live Session : 3 Generasi'.Gabungan generasi berbeza pada itu ternyata memberi kepuasan kepada peminat muzik 'rock' tempatan.Buktinya, kumpulan Rock XPDC, Spider dan Noh Salleh berjaya menghiburkan lebih 2,500 peminat dengan lagu-lagu Hits mereka di ibu negara minggu lalu.Konsert malam itu dimulakan dengan kumpulan Spider yang tampil dengan beberapa buah lagu terkenal mereka, antaranya Anti Graviti, Kau Saja, Kacap Terlabik, Mungkinkah Terjadi dan lagu khas, Mentera Semerah Padi.Persembahan itu diteruskan oleh Noh Hujan yang tampil dengan lagu romantis yang pernah popular seperti Gelung, Renjana, Bunga di Telinga dan Angin Malam.", "(Penonton menyaksikan konsert 3 Generasi di ibu negara)", "Untuk persembahan ke-3, kumpulan XPDC tampil dengan lagu 'rock' malar segarnya seperti Raja Kertas, Hidup Bersama dan Bukan Milik aku.Walaupun Mael, vokalis kumpulan XPDC tidak mampu menghabiskan tiga lagu terakhir ianya diteruskan oleh anak lelakinya Syed israffil Syed ismail yang menyambung baki persembahannya.Lagu keramat 'Semangat Yang Hilang' dinyanyikan oleh ketiga-tiga penyanyi sebagai hadiah buat peminat yang hadir sebagai penutup konsert." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=180
Shahir, Jaskin bersatu
[ "KUALA LUMPUR, 3 September- Penyanyi, Shahir Zawawi kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Jaludin Jaskin.Shahir diijabkabulkan oleh bapa pengantin, Jaludin Nongche dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa pengantin lelaki, Zawawi Abdullah sekitar pukul 9.10 malam tadi.Majlis yang dihadiri keluarga, teman rapat dan rakan media itu menyaksikan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 kepada pengantin perempuan dengan wang hantaran bernilai RM20,000.Pasangan merpati dua sejoli itu tampil dengan busana putih pada hari pernikahan, diserikan lagi dengan gubahan cantik dulang hantaran lima berbalas tujuh.Majlis penuh bermakna itu berlangsung di sebuah premis perkahwinan tertutup di One City, Subang Jaya.Warganet serta pengikut di media sosial mula menghujani komen tahniah di media sosial Shahir dan turut mendoakan perkahwinan yang didirikan kekal sehingga penghujungnya.Shahir, atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi menghilang seketika daripada dunia seni dan kini tampil dengan single terbaharunya yang berjudul Halal.Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu juga akan melangsungkan majlis resepsinya hari ini.", "(Sekitar majlis pernikahan penyanyi, Shahir Zawawi dan Jaskin Jaludin di Subang Jaya/FB)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=181
'Cinta Tak Mengerti' sentuhan komposer seberang
[ "(Syazwan Shuhaimi ketika menyanyikan lagu 'Cinta Tak Mengerti')", "KUALA LUMPUR, 4 September- Penyanyi Syazwan Shuhaimi kembali dengan sebuah lagu baharu berjudul 'Cinta Tak Mengerti'.Lagu itu merupakan sentuhan komposer terkenal dari seberang iaitu Agie Prakasya.Biarpun hampir setahun tidak merakamkan dengan lagu baharu, jejaka ini terus aktif melakukan persembahan dan memenuhi jemputan bagi program yang telah disusun oleh pihak pengurusan.Menurut adik kepada pelakon popular, Eira Syazira genre yang ditampilkan dalam lagu itu sedikit berbeza dengan lagu sebelumnya kerana ingin tampilkan kelainan dan kemampuan yang boleh ditonjolkan selain bereksperimen dengan kemampuan vokalnya.Bagi muzik video lagu itu, ia dihasilkan di ibu negara dan masa yang diambil adalah satu hari.Penghasilannya juga adalah cetusan idea seperti drama korea.", "(Syazwan Shuhaimi bersama Syafiqah Ishak (kiri) dan Ismail Adnan (kanan) dalam Selamat Pagi Malaysia)", "Menjawab soalan berkenaan siapakah gandingan yang dirasakan sesuai untuk menyanyikan lagu bersama, beliau tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk digandingkan bersama Hael Hussaini atau Ernie Zakri.Ketika ditanya dalam Selamat Pagi Malaysia, jejaka berusia 36 tahun itu tidak pernah merancang untuk bekerjasama dengan komposer dari Indonesia dan menyatakan, \"ini merupakan satu peluang dan rezeki buat diri saya.\"Bagi saya ia merupakan satu kerjasama yang cukup baik antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.\"Beliau turut berharap agar pendengar boleh menerima buah tangan terbaharu itu dan terus menyokong karier nyanyiannya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=182
Pameran Puteri Diana di Vegas, pengunjung boleh beli pakej perkahwinan
[ "VEGAS, 3 September- Pameran baharu yang meraikan kehidupan mendiang Puteri Diana dibuka di Las Vegas pada hari Jumaat, beberapa hari selepas ulang tahun ke-25 kematiannya dalam kemalangan kereta di Paris.", "Pameran yang meraikan kehidupan Puteri Diana ini membolehkan pengunjung membeli pakej untuk majlis perkahwinan 'diraja' mereka sendiri di sini.\"Princess Diana: A Tribute Exhibition\" menampilkan lebih 700 artifak diraja asli, termasuk gaun malam dan barangan peribadi lain di The Shops at Crystals bersebelahan dengan Aria Resort & Casino.", "(Tarikan terbaru di Vegas / Foto Reuters)", "Salah satu tarikan utama ialah replika gaun pengantin Diana, yang dicipta oleh artis Belgium Isabelle de Borchgrave. Pelawat boleh berjalan melintasi kereta api sepanjang 25 kaki yang dilindungi di bawah kaca.David Corelli, kurator dan penerbit pameran itu, berkata kawasan perkahwinan pameran memberi inspirasi kepada pencipta untuk menawarkan tetamu pakej untuk perkahwinan mereka sendiri di dalam bilik \"Perkahwinan Abad Ini\", yang termasuk majlis penuh dan makan malam peribadi di antara memorabilia agung. .“Vegas adalah ibu kota perkahwinan dunia. Terdapat 120,000 majlis perkahwinan yang berlaku di bandar setiap tahun, jadi di sini kami mempunyai bilik yang menakjubkan ini meraikan perkahwinan paling terkenal sepanjang zaman dengan artifak yang sukar dipercayai mengelilingi anda,” kata Corelli.Dengan \"rekreasi rumit gaun pengantin Diana dengan tee dalam karya seni,\" katanya, \"kami fikir 'mengapa tidak mencipta salah satu daripada yang anda hanya boleh mendapatkannya dalam momen jenis Las Vegas?'\"Pameran itu bukan sahaja mempamerkan Diana. Terdapat artifak yang bersambung dengan beberapa ahli keluarga diraja, termasuk Putera Charles, Putera William, Putera Harry dan juga barangan yang disambungkan kepada Ratu Victoria dari tahun 1800-an.- Reuters" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=183
Danie Hasbullah dan Nor Shima, juara Pertandingan Bintang P. Ramlee Zon Selatan
[ "JOHOR BAHRU, 29 Ogos- Wakil Johor, Danie Hasbullah Mohd Razi dan pasangan duet, Datin Nor Shima Kadir muncul juara Pertandingan Bintang P. Ramlee peringkat Zon Selatan, yang berlangsung di Auditorium Permata Sari, RTM Johor, malam tadi. Mereka seterusnya akan mewakili zon selatan ke pertandingan akhir Bintang P. Ramlee yang dijangka berlangsung di Kuching, Sarawak pada Oktober nanti. Danie yang membawakan lagu Mengapa Derita daripada filem Keluarga 69 serta lagu duet, Resam Dunia, Bujang Lapok menewaskan lima lagi peserta untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000. Beliau berharap dapat melakukan persiapan mencukupi sebelum ke pertandingan akhir nanti, walaupun bakal berdepan saingan sengit daripada juara zon masing-masing. \"Perbezaan membawakan lagu seniman ini adalah dari segi suara kemudian keserasian dengan pasangan serta kawalan teknik vokal amat penting dalam sebuah penyampaian. Untuk persediaan, saya ada masa yang agak singkat namun Insya-Allah saya akan usaha sehabis baik tambahan pula, saya diberi pasangan yang sangat profesional untuk kita bekerjasama,\" kata Danie Hasbullah kepada pemberita RTM selepas pertandingan tersebut. Pertandingan Bintang P. Ramlee peringkat Zon Selatan yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live dan saluran Youtube Johorfm itu turut menyaksikan Mohd Soffhi Mohamed dan pasangan duet, Shaidatul Nadira Shaharum dari Melaka, muncul naib juara. Satu lagi wakil Melaka, Yasser Fikri Abu serta Nordiana Noraizam pula tempat ketiga.Johor, Melaka serta Negeri Sembilan masing-masing menghantar dua wakil serta pasangan duet bagi merebut satu slot ke pertandingan akhir, Oktober depan.", "(Wakil Johor, Danie Hasbullah Mohd Razi dan pasangan duet, Datin Nor Shima Kadirditemu ramah RTM selepas sesi penyampaian hadiah)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=184
Nak menyanyi boleh, tapi bersyarat - Jamal Abdillah
[ "(Datuk Jamal Abdillah ketika memberi ucapan perasmian produk kosmetik)", "KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Mengulas isu semasa berkenaan sesetengah usahawan yang mula menerbitkan lagu sendiri, Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah berkata beliau bersedia untuk berduet dengan sesiapa sahaja kerana beliau yakin setiap individu mempunyai bakat tersendiri.Namun, \"ada bersyarat, syarat saya tu kena penuhi, menyanyi boleh tapi kena menyanyi mengikut muzik, jangan sumbang, buat betul-betul maksudnya buat sunguh-sungguh la.\"Menurut penyanyi yang popular dengan lagu 'Azura' ini berpendapat, \"siapa-siapa pun boleh nyanyi sebenarnya, tak ada masalah. \"Orang boleh nilai sama ada seseorang itu penyanyi atau seorang yang mencari publisiti untuk perniagaannya atau digunakan untuk berkarya.\"Tidak mencari populariti, pemilik suara emas ini juga sangat berhati-hati dalam kolaborasi kosmetik bersama Zarania Beauty.Ini kerana beliau tidak mahu berdepan permasalahan di kemudian hari kerana ia berkenaan karier seni dan perniagaannya.Bercerita mengenai dunia popular, beliau menjelaskan, itu semua sudah dirasai suatu ketika dahulu. Beliau ditemui ketika melancarkan produk kosmetik di ibu negara.", "(Datuk Jamal Abdillah ketika pelancaran kosmetik bersama Zarania Beauty)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=185
Konsert terakhir Noraniza Idris Oktober depan
[ "(Noraniza Idris ketika ditemui pemberita RTM)", "KUALA LUMPUR, 28 Ogos- 36 tahun bergelar anak seni, Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal mementaskan konsert terakhir yang cukup eksklusif pada 21 hingga 23 Oktober depan.Pahit maung bergelar anak seni, tidak mematahkan semangat beliau dalam memartabatkan irama Malaysia ke peringkat tertinggi.Anak kelahiran Kluang, Johor ini juga menyatakan, \"Biarlah Kak Ani nak bagi yang satu pengakhiran yang gembira, yang ekslusiviti itu satu konsert yang bukan mudah mudah untuk kita lancarkan sebab kosnya tinggi, bukan konsert biasa.\"Konsert yang berdurasi selama 120 minit ini juga menggunakan khidmat seramai 300 individu yang melibatkan pengarah muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS, barisan pemuzik kelas A bertaraf filharmonik, kemunculan 40 pasukan artis budaya tetap, artis budaya jemputan, kumpulan tenaga kreatif yang mahir dalam teknologi persembahan dan banyak lagi.Konsert Malai Solo ini menelan kos RM3 juta dan bakal diadakan di Panggung Sari Istana Budaya.", "(Noraniza Idris ketika Sidang Media Malai Solo Noraniza Idris)", "Ketika ditemui, beliau turut, \"nak jadikan satu impian yang orang kata kenangan yang kita akan tinggalkan satu impak yang sangat terkesan kepada hati semua orang.\"Orang akan ingat Noraniza Idris inilah satu-satunya konsert, tidak ada dua.\" Tambahnya.Idea dan konsep konsert Malai Solo ini adalah idea daripada Noraniza Idirs sendiri, manakala Ahmad Saifulizam atau Gbam sebagai pengarah konsert, Mohd Seth Hamzah sebagai pengarah persembahan dan Siso Kopratasa sebagai pengarah artistik.Harga tiket bermula RM299 sehingga harga VVIP bernilai RM1599 yang telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu melalui www.ilassotickets.com." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=186
Tarikh dan lokasi pementasan Teater Muzikal ‘Moyang Salleh’ diubah
[ "KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Pementasan Teater Muzikal ‘Moyang Salleh’ yang sepatutnya dijadual berlangsung pada 26 hingga 31 Ogos di Istana Budaya di sini, diubah tarikh dan lokasi pementasannya.Penerbitnya Siti Salbiah Zahari berkata sebaliknya ia akan dipentaskan pada 23 hingga 25 Sept di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS).Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Karyawan Negeri Sembilan berkata pementasan di Istana Budaya itu tidak dapat dilaksanakan berikutan penajaan pihak produksi yang tidak mencukupi bagi menampung kos produksi.", "\"Kepada yang telah membeli tiket dan ingin membatalkan pembelian, boleh menghubungi 011-13297822 (Ilassoticket.com) dan 018-2755981 (Urus setia) untuk keterangan lanjut. Mereka yang ingin terus menonton, boleh dibawa ke hadapan untuk tarikh baharu persembahan,\" katanya dalam satu kenyataan.Beliau memohon maaf atas kesulitan serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat Teater Muzikal Moyang Salleh yang menantikan persembahan berkenaan serta semua yang menyokong industri seni dan budaya tanah air.Teater ‘Moyang Salleh’ memaparkan perjuangan pahlawan Negeri Sembilan dalam memperjuangkan kedaulatan Jelebu satu ketika dahulu yang dihasilkan oleh Karyawan Negeri Sembilan dengan kerjasama Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu. - BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=187
Semarakkan potensi besar Industri perfileman negara
[ "KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Industri kreatif terutama sektor perfileman negara mempunyai potensi besar untuk melangkah lebih tinggi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.Beliau berkata, perkara itu mampu direalisasikan sekiranya keseluhuran ekosistem industri perfileman disemarakkan sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.\"Pasaran tak besar jangan kita kecilkan lagi, kita satu Keluarga Malaysia besarkan pasaran bukan hanya satu segmen mengikut kaum tapi kita pergi rentas sempadan supaya dapat pasaran lebih besar dengan kita bentuk kerjasama dengan ada skrip yang sesuai untuk pasaran global.\"Saya yakin anda semua boleh lakukannya,\" kata Annuar selepas menyaksikan tayangan khas Filem AirForce The Movie di sini.", "(Tan Sri Annuar ditemui selepas menyaksikan tayangan khas Filem AirForce The Movie)", "Menurut beliau kementeriannya bersama FINAS akan melakukan perubahan dasar sekiranya perlu demi memajukan industri perfileman negara.\"Saya beri jaminan bahwasnya industri perfileman kita angkat kedudukanya...bantuan-bantuan sedia ada dan kurangkan karenah birokrasi, permudah segala proses,\" katanya.Dalam pada itu, beliau turut berharap dalam pembentangan Bajet 2023 kelak akan ada beberapa pengumuman tertentu yang mampu menjadi pemangkin kepada Industri kreatif." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=188
AIM-23, 11 September
[ "(Barisan artis ketika sidang media AIM-23)", "KUALA LUMPUR, 4 September- Seramai 105 calon telah disenarai pendek daripada sejumlah 21 kategori bagi Anugerah Industri Muzik 23.Rancangan anugerah muzik tempatan paling berprestij anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia itu bakal diadakan pada 11 September depan. Seramai 113 orang juri yang terlibat dalam penilaian calon dan bagi setiap kategori dinilai oleh tujuh hingga10 orang juri yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.Maestro muzik, Datuk Mokhzani Ismail, selaku Ketua Juri AIM 23, berkata \"populariti ialah yang ke-2, kualiti mengatasinya.\"Setiap kali penjurian dilakukan, bahagian kualiti yang akan dititikberatkan.\"", "(Datuk Mokhzani Ismail, Ketua Juri AIM 23)", "Aufahanie, seorang pendatang baharu dalam industri hiburan turut, \"bersyukur dengan rezeki yang diberikan.\"Lagu Aufa baru dihasilkan dengan komposer Amylea dan alhamdulillah, Aufa berjaya tercalon.\"Seorang lagi bakat muda yang semakin menyerlah dalam nyanyiannya, Vanessa Reynauld berkata, \"rasa sangat dihargai dan pencalonan ini memberi makna yang cukup besar kepada saya.\"Kerja keras selama ini akhirnya terbayar.\" Jelasnya ketika ditemui pemberita.", "Datuk Mokhzani Ismail turut dibantu oleh Datuk Acis, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Afdlin Shauki, Omar K, LY, Fauzi Marzuki, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Mas Idayu dan Noryn Aziz." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=189
Aisha Retno pertaruhkan 'Sutera'
[ "(Aisha Retno ketika menyampaikan lagu 'Sutera')", "KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Penyanyi muda berbakat besar, Aisha Retno kini tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul 'Sutera'. Idea untuk mengeluarkan lagu ini timbul sejak tiga bulan lepas.Lagu Sutera ini mengisahkan tentang pemerkasaan wanita supaya jangan terus putus asa dalam kehidupan.Sebelum ini, penyanyi berdarah jawa sering membawakan lagu balada dan RnB. Aisha juga, \"berguru dengan ibunya untuk mempelajari teknik sinden dengan betul dalam lagu Sutera.\"Bahagian sinden dalam lagu ini bukanlah mantra yang membawa maksud pemujaan, \"dia just ayat-ayat yang memberi semangat kepada kita dan kiasan dan lagu ini.\"Karya ini adalah gabungan sulung bersama seorang penerbit muzik, MFMF, \"Aisha dah lama idamkan bekerjasama dengan MFMF daripada dulu lagi.\" Katanya dalam program Selamat Malam Malaysia.Selepas menyertai sebuah pertandingan di stesen televisyen swasta, Aisha berpendapat MFMF merupakan calon yang sesuai untuk bekerjasama dalam penghasilan lagu Sutera.Ini juga merupakan karya pertama Aisha dan bereksperimen dalam penulisan lagu selain genre balada dan RnB. Ketika ditemu ramah oleh Nadhir Nordin, Pengacara Selamat Malam Malaysia, beliau juga memaklumkan lagu Sutera ini boleh didengari di semua platform muzik digital.", "(Aisha Retno ketika ditemu bual oleh Nadhir Nordin dalam Program Selamat Malam Malaysia)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=190
Konsert Raihan, November depan
[ "(Kumpulan Raihan mempersembahkan lagu sempena sidang media 'Konsert Garis Masa Raihan')", "KUALA LUMPUR, 4 September- Kumpulan nasyid legenda yang sudah melewati 26 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air, Raihan akan kembali dalam menjayakan Konsert Garis Masa Raihan pada 26 November depan di Stadium Malawati, Shah Alam.Konsert yang bakal dipersembahkan kepada khalayak itu mensasarkan kehadiran 7,000 penonton.Kali terakhir kumpulan itu mengadakan konsert di tanah air adalah sekitar tahun 2000.Konsert Garis Masa Raihan itu, merupakan hadiah buat peminat nasyid tempatan.Menurut Che Amran salah seorang anggota Raihan, \"kami sangat gembira kerana masih ada orang percaya dan yakin peminat Raihan masih mengikuti dan Raihan masih boleh buat persembahan.\"", "(Kumpulan Raihan ketika sidang media 'Konsert Garis Masa Raihan')", "Abu Bakar turut menambah, \"paling utama kami fokus kepada persembahan kami nanti sebab persembahan itu kemungkinan sekitar hampir 2 jam dan lebih kurang 15 ke 20 buah lagu bakal dinyanyikan.\"Memang kena banyak persediaan dan konsep kita berbeza kerana banyak peralatan dan juga vokal kami.\" Jelasnya ketika ditemui pemberita.Harga tiket serendah RM95 sehingga RM500 bagi tiket VIP.Kumpulan ini juga pernah meledakkan irama nasyid di Malaysia dengan lagu-lagu ketuhanan seperti, Iman Adalah Mutiara, 12 Bulan Islam dan 25 Rasul." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=191
Irfan Haris hadir dengan 'Bisik'
[ "(Irfan Haris dalam klip video Bisik)", "KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Penyanyi yang cukup sinonim dengan melodi mendayu-dayu, Irfan Haris, hadir dengan single terbaharu berjudul ‘Bisik’, hasil ciptaannya sendiri bersama abang dan sepupunya.Lagu ciptaan bersama Haiqal Iskandar dan Ubaidillah ini tercetus sekitar empat tahun lalu ketika dirinya sedang berduka dan bersedih selepas perpisahan dalam percintaan.Sebelum dilancarkan lagi, lagu tersebut terlebih dahulu popular aplikasi tik tok.Kemunculan bakat muda ini turut menghiasi industri seni tempatan dan mewujudkan saingan kepada bakat sedia ada.Bakat nyanyian Irfan Haris dicungkil dalam sebuah program realiti kanak-kanak di sebuah stesen televisyen swasta pada tahun 2011.Kini, beliau terus mengembangkan bakatnya dengan kemampuan yang dimiliki.", "(Salah satu babak Irfan Haris dalam klip video Bisik)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=192
Aina Abdul terus bereksperimen
[ "(Aina Abdul ketika menyanyikan lagu Terus Hidup dalam Program Selamat Malam Malaysia)", "KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Penyanyi yang selalu tampil dengan imej unik dan karya menarik, Aina Abdul terus bereksperimen dengan karya terbaharu berjudul 'Terus Hidup'.Kisah disebalik lagu ini adalah berkenaan, \"perasaan apabila anda berada dalam situasi yang anda rindu tapi anda tidak boleh berbuat apa-apa\".Beliau turut menambah, \"mungkin orang itu dah pergi meninggalkan anda ataupun, jodoh tak panjang. \"Macam tu jadi aina nak menjadi lagu yang I can dedicate to anybody that i miss in my life.\" Katanya ketika ditemu bual dalam Program Selamat Malam Malaysia yang dihoskan oleh Nadhir Nordin.Video muzik ini juga dihasilkan oleh seorang bakat muda, Shukor Sham yang merupakan juruvideo bagi lagu 'Terus Hidup'.Kata-kata di awal permulaan muzik video tersebut juga merupakan isi hati Aina sendiri selepas perbincangan bersama juruvideo muda tersebut. Perjalanan muzik Aina terus berkembang apabila beliau berjaya mewujudkan jenamanya tersendiri dalam industri muzik tempatan. Muzik video 'Terus Hidup' boleh ditonton di laman youtube Aina Abdul dan semua platform muzik digital.Sehingga kini, video muzik tersebut mencatat lebih 500,000 tontonan di youtube setelah dimuatnaik dalam tempoh lapan hari.", "(Aina Abdul bersama Nadhir Nordin, Pengacara Program Selamat Malam Malaysia)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=193
Ning Baizura tidak mahu ambil pusing
[ "(Ning Baizura ketika ditemui pemberita RTM)", "KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Baru-baru ini tular satu klip video mengenai persembahan Ning Baizura ketika menyanyikan lagu 'Awan yang Terpilu' sehingga ada yang mempertikaikan bakatnya sebagai penyanyi professional.Dalam klip video tersebut menunjukkan keadaan vokalnya yang penuh emosi membuatkan suaranya sedikit terganggu.Dalam satu kenyataan, Ning Baizura menjelaskan \"Saya dah 30 tahun menyanyi dik, banyak lagi kontroversi kat luar sana nak buat saya menangis, nak buat saya mengaku penyesalan apa ke dah macam-macam saya lalui.\"Jelas pemilik suara soprano itu, dia enggan mengambil peduli atas komen yang diberi kerana ia perkara yang tidak serius sehingga mampu menganggu emosinya.Tambah beliau, \"Kalau betul-betul anda akui anda adalah peminat industri muzik, anda harus buat semakan terlebih dengan menonton video penuh tersebut, saya terangkan.\"Penyanyi berusia 47 tahun itu turut berterima kasih kepada golongan remaja khasnya apabila membuatkan klip video pendek itu tular, sekali gus meningkatkan bilangan mengkiutnya di media sosial.Terdahulu, lagu ciptaan Lin Li Zhen dan Loloq itu pernah mengangkat popularitinya turut menerima beberapa anugerah tempatan sekitar tahun 2005.", "(Ning Baizura ketika melakukan peragaan di sebuah majlis di ibu negara)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=194
Kyesha Sahana Gomez juara Bintang Kecil Negeri Sembilan
[ "(Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban)", "SEREMBAN, 21 Ogos- Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Negeri Sembilan telah sampai ke kemuncaknya dengan menobatkan murid dari Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban, sebagai juara.Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim berkata, pihaknya bersedia untuk memberi saingan sihat kepada peserta dari negeri-negeri lain dengan tekad mengekalkan gelaran juara yang dimenangi Negeri Sembilan pada edisi lalu.\"Kelainan pada pemenang kita ni, dia bukan berbangsa Melayu, berbangsa India dan cukup mahir dalam lagu Bahasa Melayu jadi saya rasa Negeri Sembilan membawa satu cabaran agak lain pada kali ini untuk kita pertandingkan di Kedah nanti dan seterusnya di Sarawak .\"Kali ini, Negeri Sembilan bersedia untuk ke peringkat seterusnya dan kita akan mencabar negeri lain untuk Pertandingan Akhir Bintang Kecil,\"katanya.Seramai lapan peserta bertanding ada Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.Johan dirangkul Kyesha Sahana Gomez, yang membawa pulang wang tunai RM2,000, piala dan sijil.Naib johan pula milik Ryan Fitri yang memenangi wang tunai RM1,000, piala sijil.\"Saya rasa sungguh gembira, ini kali pertama saya menyertai Bintang Kecil dan saya sangat gemuruh.\"Saya tidak ada banyak masa untuk membuat persiapan, baju pun dijahit dalam tempoh empat hari,\" kata Kyesha.", "(Juara Bintang Kecil Negeri Sembilan, Kyesha Sahana Gomez)", "(Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=195
JLo dan Ben Affleck buat majlis perkahwinan mewah disaksikan rakan-rakan dan keluarga
[ "WASHINGTON, 21 Ogos- Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck mengadakan majlis pernikahan buat kali kedua dalam tempoh sebulan lebih dalam satu majlis mewah di estet bertaraf bintang \"Good Will Hunting\", lapor media AS.Pasangan kekasih A-list itu sudah pun berkahwin di Las Vegas pada pertengahan Julai, tetapi menjadikannya rasmi sekali lagi, meraikannya bersama rakan-rakan dan keluarga di hartanah milik Affleck seluas 87 ekar (35 hektar) di negeri Georgia tenggara AS.Antara artis Hollywood yang hadir pada majlis tiga hari itu ialah rakan lama Affleck, Matt Damon dan pengarah Kevin Smith.Para tetamu memakai serba putih manakala Lopez memakai pakaian Ralph Lauren buatan Itali, menurut Fox News.Pasangan itu masing-masing berusia 50 dan 53 tahun pertama kali bertemu di set filem \"Gigli\" pada tahun 2002.Mereka menjadi sensasi media ketika berpacaran tetapi menangguhkan perkahwinan mereka yang dirancang pada 2003, kemudian mengumumkan hubungan mereka berakhir pada awal 2004.\"Bennifer\", nama panggilan umum pasangan itu dari hubungan pertama mereka yang mendapat liputan luas media mencetuskan sensasi internet tahun lalu apabila gambar mereka bersama-sama sekali lagi mula beredar.Lopez dan Affleck mengumumkan pertunangan mereka pada April.Lopez menyiarkan video dirinya kelihatan emosi dan mengagumi cincin hijau dalam siaran akhbarnya, \"On The JLo.\" Media AS melaporkan bahawa cincin itu adalah berlian hijau zamrud.Ini adalah perkahwinan keempat untuk Lopez dan yang kedua untuk Affleck.Lopez turut bercakap mengenai hubungannya dengan Affleck dalam temu bual dengan People pada bulan Februari.\"Ia adalah kisah cinta yang indah yang kami mendapat peluang kedua,\" katanya.- AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=196
Terengganu, wakil Zon Timur ke Pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat kebangsaan 2022
[ "(MD Wahidul Zaman (kiri) dan Shaira Nur Azmina, Juara Pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Timur 2022)", "KUANTAN, 21 Ogos- Peserta dari negeri Terengganu, dipilih sebagai Juara Pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Timur 2022 yang berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Lagu berjudul Barang Yang Lepas Jangan Dikenang dan Puteri Bersiram, nyata membawa tuah kepada MD Wahidul Zaman Baharuddin dan Shaira Nur Azmina Mohd Nasir. Bagi MD Wahidul Zaman, 37 tahun, beliau tidak menyangka penyertaan kali kelima bagi dirinya dalam pertandingan itu, sekali lagi membawanya ke pentas final. Sebelum ini, beliau pernah tiga kali berentap di pentas akhir termasuk dua kali memperoleh tempat ketiga. “Memang tidak sangka sebenarnya kerana semua peserta memberi saingan yang sengit. Kami pun tidak menjangkakan mendapat tempat pada malam ni, Alhamdulillah rezeki kami, \"katanya. Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya Terengganu itu berkata, beliau dan pasangan duetnya, Shaira Nur Azmina, 26 tahun, akan mula melakukan persiapan rapi sebelum beraksi di pentas final. “Untuk saya ini kali pertama saya masuk Bintang P Ramlee. Alhamdulillah tak sangka tahun ni rezeki berpihak kepada kami,” kata Shaira.Beliau berkata demikian ketika di temubual selepas diumumkan sebagai Juara Pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Timur 2022, menewaskan lima pasangan lain, termasuk peserta dari negeri Pahang dan Kelantan. Hadiah disampaikan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud. Pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat kebangsaan 2022 akan berlangsung di Sarawak, 15 Oktober depan, melibatkan Zon Selatan, Timur, Utara, Tengah, Sabah dan Sarawak; dengan enam pasangan peserta akan beraksi.", "(Pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Timur 2022 berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=197
Album 'Pink Venom' Blackpink dahului carta di 69 negara
[ "SEOUL, 20 Ogos- Single terbaru kumpulan K-pop BLACKPINK \"Pink Venom\" mendahului carta iTunes di 69 negara di seluruh dunia, menurut YG Entertainment hari ini.Setakat hari ini, lagu itu menduduki tempat pertama dalam carta Lagu Teratas iTunes di Amerika utara, Amerika selatan, Eropah, Asia dan Oceania.Lagu itu juga menjadi pilihan utama di perkhidmatan penstriman muzik domestik seperti Melon, Bugs, Vibe dan Genie.Video muzik lagu itu mencecah 70 juta tontonan hanya dalam masa 15 jam selepas dimuat naik di YouTube.", "Single terbaru kumpulan K-pop BLACKPINK \"Pink Venom\" / FOTO FB BLACKPINKOFFICIAL", "Single itu akan dimuatkan dalam \"Born Pink\", album studio kedua kumpulan itu yang dijangka dikeluarkan pada 16 September. Album itu sudah menerima tempahan awal lebih 1.5 juta hanya dalam tempoh kurang seminggu. -BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=198
Aizat Amdan nikahi pengurusnya
[ "KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Dengan sekali lafaz, penyanyi popular, Aizat Amdan dan pilihan hatinya, Elyssa Alia Ilias sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan yang diadakan di A-Park,Puchong,Selangor pada jam 9:17 pagi tadi.Pada majlis tersebut , Aizat atau nama sebenar,Muhamad Aizat Amdan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Ilias Moideen.Aizat menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dulang manakala mas kahwin bernilai RM300.Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.Bersempena hari bahagia mereka, Aizat turut mendedikasikan lagu Hanya Kita Dua yang dicipta tiga tahun lalu buat isteri tercintanya.", "(Aizad dan isterinya pada sidang media selepas selesai majlis akad nikah)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=199
Nazatul dan Ameerezul, juara Bintang P.Ramlee 2022 Zon Utara
[ "IPOH, 7 Ogos- Lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' dan 'Air Mata di Kuala Lumpur' membawa tuah kepada peserta Perak, Mohd Ameerezul Maula Abd Aziz dan Pulau Pinang, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin. Mereka dinobat sebagai Juara pertandingan Bintang P. Ramlee 2022 Zon Utara yang berlangsung di Auditorium Perak FM, semalam. Selaku juara, Mohd Ameerezul Maula dan Noor Nazatul Farahin masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala dan hamper.", "(Juara Bintang P.Ramlee (Lelaki) Zon Utara 2022, Mohd Ameerezul Maula Abd Aziz)", "Hadiah disampaikan Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed. \"Saingan untuk tahun ni sangat-sangat sengit daripada Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan juga Langkawi. Masing-masing dah lakukan yang terbaik, begitu juga dengan saya, saya pun dah cuba yang terbaik. Saya rasa amat bertuah dan rasa bersyukur dengan kemenangan ini. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana, semua peserta memang hebat-hebat belaka,\" kata Mohd Ameerezul kepada RTM.", "\"Tak sangka boleh menang sebab persaingan cukup hebat. Jadi, saya cuba yang terbaik dengan sokongan daripada ahli keluarga serta rakan-rakan yang banyak membantu saya. Alhamdulillah, saya gembira sangat hari ini,\" kata Nazatul kepada RTM.", "(Juara Bintang P.Ramlee (Wanita) Zon Utara 2022, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin)", "Mereka akan mewakili Zon Utara ke peringkat akhir yang akan diadakan di Sarawak, Oktober depan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=200
Bandar media rangsang pertumbuhan industri kreatif
[ "KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Bandar Media di Angkasapuri bakal mengubah lanskap penyiaran selari Pelan Transformasi RTM.Projek menaik taraf Kompleks Penyiaran ini sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi kreatif serta membuka lebih banyak ruang dalam bidang penerbitan penyiaran.Siang tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menghadiri sesi taklimat projek berkenaan oleh syarikat Media City Development Sdn Bhd.Tan Sri Annuar juga melakukan lawatan ke tapak projek pembangunan Bandar Media itu yang dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.", "Turut mengiringi, Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud", "Projek itu sebelum ini bernilai RM1.2 billion berjaya dikurangkan kosnya kepada RM860 juta.", "Bandar Media ini dijangka dapat menyediakan infrastruktur penyiaran yang canggih dan berteknologi tinggi selaras perancangan kerajaan untuk terus membangunkan perkhidmatan siaran televisyen digital.Pembangunan projek itu mengambil contoh kejayaan projek pembangunan Bandar Media di luar negara seperti Dubai, Sydney dan Manchester." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=201
Judith Durham meninggal pada usia 79 tahun
[ "SYDNEY, 6 Ogos- Penyanyi lagu rakyat Australia, Judith Durham yang merupakan penyanyi utama kumpulan hit 1960-an The Seekers, meninggal dunia pada usia 79 tahun.Durham, dilahirkan pada tahun 1943 di Melbourne, mendapat kemasyhuran antarabangsa dengan lagu-lagu popular seperti \"Georgy Girl\" dan membuat siri lagu-lagu 'cover' .Berita kematian legenda lagu rakyat Australia itu dikongsi Menteri Seni, Tony Burke sambil mengenang lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Duham.Tony Burke turut menceritakan satu pertunjukan oleh Durham pada 1967 yang dihadiri oleh satu persepuluh daripada keseluruhan penduduk Melbourne pada masa itu.Selain daripada \"Georgy Girl\", lagu \"The Carnival is Over\", telah terjual lebih daripada satu juta salinan di Britain sahaja dan menduduki tempat teratas carta selama berminggu-minggu.Di Australia, lagu The Seekers masih menjadi siulan anak muda iaitu lagu \"I am an Australian\", yang juga menjadi lagu tema penyiar awam ABC negara itu.-AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=202
Rempuh rumah orang, aktres Anne Heche kritikal
[ "LOS ANGELES, 6 Ogos- Aktres Amerika Syarikat, Anne Heche telah dimasukkan ke hospital dalam dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbabit dalam satu kemalangan pada Jumaat.Jabatan Bomba Los Angeles melaporkan bahawa sebuah kenderaan melanggar sebuah rumah dua tingkat di kejiranan Mar Vista di Los Angeles, \"menyebabkan kerosakan harta benda dan mencetuskan kebakaran besar.Wanita dewasa yang ditemui di dalam kereta itu \"dibawa ke hospital kawasan oleh paramedik LAFD dalam keadaan kritikal,\" katanya.Media AS mengesahkan laporan awal oleh penerbitan gosip selebriti TMZ bahawa wanita di dalam Mini Cooper biru itu adalah Heche.Pelakon berusia 53 tahun itu pada mulanya merempuh garaj bangunan pangsapuri sebelum melarikan diri, menurut imej yang dikumpul oleh TMZ.Kereta yang sama kemudiannya merempuh dan mengakibatkan kerosakan yang teruk pada rumah di Mar Vista. Kebakaran yang berlaku mengambil masa 65 minit untuk dipadamkan oleh 59 anggota bomba.Heche membintangi beberapa filem dari tahun 1990-an termasuk \"Six Days, Seven Nights,\" \"Donnie Brasco\" dan \"I Know What You Did Last Summer.\"Heche juga terkenal dengan peranannya dalam 'soap opera' \"Another World,\" yang menyaksikannya memenangi Daytime Emmy pada tahun 1991.-AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=203
Noh Salleh dan Mizz Nina sah bercerai
[ "KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isteri, Mizz Nina sah bercerai selepas 11 tahun bersama.Berita duka tersebut dimuat naik di media sosial, Instagram masing-masing malam ini tanpa berkongsi tarikh sebenar perceraian.\"Saya dan Nina ingin berkongsi pengumuman penting.\"\"Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing,\" kata kenyataan yang dipetik daripada Instagram Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh bin Salleh.Noh dan Nina atau nama sebenarnya, Shazrina binti Azman menyeru peminat untuk terus mendoakan mereka dalam tempoh idah dan elak mencipta sebarang spekulasi, dalam masa sama menghormati privasi mereka.\"Kita hanya boleh merancang tetapi perancangan Allah lebih baik. Banyakkan berdoa untuk kami terutama dalam tempoh idah ini.\"Kami menghargai sekiranya semua orang menghormati privasi kami.Tambah kenyataan itu lagi, mereka kekal berkawan dan mendoakan yang terbaik untuk sama sama lain.Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mempunyai seorang anak angkat yang dikenali Musa, diambil pada Mac lalu.", "(Noh Salleh dan Mizz Nina/Foto IG Selebriti)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=204
Awie teruskan konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial@Awie Ride fasa dua
[ "KUALA TERENGGANU, 27 Julai- Penyanyi dan pelakon legenda rock tanah air, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meneruskan konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial@Awie Ride fasa dua ke Terengganu. Konvoi fasa dua yang disertai 36 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dijadual berada di tiga negeri di pantai timur melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang. Kempen berkenaan bertujuan memberi kesedaran mengenai risiko penipuan 'scammer' khususnya kepada masyarakat luar bandar.", " (Penyanyi dan pelakon legenda rock tanah air, Awie)", "Sepanjang penjelajahan itu, pihaknya akan berkongsi informasi termasuk menyampaikan ceramah mengenai kesedaran bahaya dan mencegah jenayah 'scammer' itu. Pihaknya bekerjasama dengan PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri. \"Semua rakyat Malaysia terkawal kalau kita tidak hapuskan sepenuhnya, dapat kurangkan pun, Alhamdulillah, dan kita tahu rata-rata orang kita terleka dan terlalai dan kadang-kadang tidak percaya, mereka kata beranggapan lebih bagus daripada penipu-penipu alam maya ini sebenarnya tidak bagus.\"Teknologi kini lebih dahsyat, dan baru-baru ini mereka rupanya penipu melalui satu info habis semua duit dalam akaunnya, Jadi perkara ini sangat berbahaya,\" kata Awie selepas berkongsi pengalaman dan informasi berkaitan jenayah komersil terutama berkaitan penipuan di media sosial ataupun 'scammer' di pasar raya terbesar di sini." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=205
Bahrain negara terbaharu haramkan filem "Thor: Love and Thunder"
[ "MANAMA, 29 Julai- Teluk Bahrain menyertai negara-negara Asia Barat yang lain dalam mengenakan larangan pawagam terhadap filem terbitan Marvel Stuidos, Thor: Love and Thunder yang menampilkan watak biseksual dan gay.\"Kementerian Penerangan telah memutuskan untuk menghentikan tayangan salah satu filem yang ditayangkan di dewan pawagam demi memelihara dan menjaga nilai moral masyarakat,\" kata kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas.Kementerian tidak menyatakan judul filem yang diharamkan, tetapi tayangan \"Thor: Love and Thunder\" telah dihentikan.Filem itu menyaksikan \"Valkyrie\", lakonan Tessa Thompson, meluahkan perasaan romantis yang jelas terhadap watak wanita yang lain.", "Kuwait juga telah mengharamkan filem itu, menurut media tempatan yang memetik kementerian penerangannya sebagai menganggap keputusan itu sebagai \"adegan yang membabitkan watak homoseksual\".Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, syarikat penerbitan filem utama telah mengalami sekatan yang sama di rantau Teluk yang kaya minyak tetapi konservatif.Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah satu-satunya negara Teluk yang masih menayangkan filem Thor walaupun pada Jun lalu ia telah mengharamkan filem animasi Disney-Pixar \"Lightyear\", sebuah filem yang menampilkan dua wanita berkucupan.April lepas, Arab Saudi meminta beberapa babak dalam filem Disney, \"Doctor Strange in the Multiverse of Madness\" dipotong kerana mengandungi unsur \"LGBTQ\".Filem tersebut akhirnya tidak ditayangkan di negara itu. -AFP" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=206
Zainol Roslan juara pertandingan akhir Bintang P. Ramlee peringkat Selangor
[ "Selangor, 25 Julai - Lagu Kwek Mambo membawa tuah kepada kakitangan swasta, Zainol Roslan apabila berjaya menjuarai pertandingan akhir Bintang P. Ramlee peringkat Negeri Selangor. Pasangannya Nabilah Mohammad yang membawa lagu duet Sedangkan Lidah Lagi Tergigit pula memenangi kategori Bintang Saloma.Mereka berdua membawa pulang wang tunai, sijil dan seterusnya akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat Zon Tengah dalam pertandingan itu. Zainol membawa pulang RM2,000 manakala Nabilah RM700.", "(Zainol Roslan juara pertandingan akhir Bintang P.Ramlee peringkat negeri Selangor)", "\"Alhamdulillah, yang pertama sekali rezeki la Alhamdulillah sebab saya dah puas mencuba kali ini rezeki saya dan yang saya harapkan manjadi la dan semua peserta bagus rezeki saya dengan pasangan,\" katanyaHadiah di sampaikan Pengarah Bahagian Program Radio Nor'ain Bakir yang diiringi Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor Zamani Ibrahim. Pertandingan yang berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam itu menyaksikan tujuh peserta bersama-sama pasangan masing-masing berentap dalam memberikan persembahan yang terbaik." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=207
Lagu 'Permataku' untuk anak syurga saya - Azmi Saat
[ "(Lagu \"Permataku\" sudah berada di semua platform digital dan video muzik (MV) pula boleh ditonton melalui YouTube saluran Indigital Music mulai jam 3 petang semalam)", "KUALA LUMPUR, 24 Julai- Diuji kehilangan cahaya mata yang dinantikan selama 10 tahun hampir dua tahun lalu,vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat tidak berputus asa berusaha untuk mendapatkan lagi zuriat.Selepas pemergian anak sulung, Allahyarham Khairul Afnan selepas tiga hari dilahirkan, September tahun lalu,Azmi kini bagaikan sudah berdamai dengan takdir.Bangkit daripada kesedihan itu, Azmi tampil dengan sebuah naskhah solonya berjudul Permataku. Lagu berkenaan merupakan hasil karya Ajai serta lirik oleh Fedtri Yahya.“Sebenarnya lagu ini sudah ada sebelum anak saya lahir lagi. \"Saya dan Ajai berbincang untuk merakamkan sebuah lagu sempena kelahiran orang baharu ketika itu.", "“Apabila anak hanya sempat melihat dunia seketika sahaja, kami ada berbincang semula mengenai lirik dan sebagainya.\"Daripada perbincangan itulah kami mengubah sedikit hujung lagu ini sebagai ‘tanda’ kehilangan.", "(Dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai, \"Permataku\" merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan edaran Indigital Music)", "\"Lagu ini bukanlah terlalu sedih menceritakan tentang kehilangan, ia juga tentang pereasaan gembira bila kita ada orang baharu dalam hidup, ia adalah lagu cinta.\"Dari segi emosi saya dapat mengawalnya supaya tidak menganggu penyampaian lagipun rakaman dibuat ketika kehilangan sudah berlalu lebih 3 bulan.\"Saya hanya mengingati momen gembira seperti saat menyambut dan melaungkan azan ke telinganya ketika rakaman lagu. Nikmatnya tetap ada, walaupun hanya dapat memegangnya seketika,\" katanyaBercerita lanjut keinginan mendapatkan anak, buat masa ini, penyanyi lagu Hanya Nama Mu itu tidak mahu menekan isterinya, Nazira Muhammad kerana enggan emosinya terus terganggu disebabkan masih bersedih atas kehilangan cahaya matanya itu.\"Kami akan terus mencuba mendapatkan cahaya mata, jadi, tiada istilah berputus asa. Kami tiada halangan untuk mendapatkan anak lagi.", "\"Cuma, saya tidak mahu terburu-buru, isteri pula belum bersedia selepas pemergian arwah Khairul Afnan.\"Kesedihan saya selama ini lebih kepada mengenangkan isteri. Dia tidak boleh tidur nyenyak apabila kehilangan arwah.\"Selepas pengebumian arwah, isteri banyak mengigau mengenangkannya. Jadi, peranan saya menenangkan perasaannya.Apapun sejak kebelakangan ini, saya nampak keadaan isteri semakin baik dan kembali ceria, emang untuk melupakan seratus peratus agak mustahil, setiap dua minggu kami tetap akan pergi melawat kubur anak kami,\" katanya.Sementara itu, ketika ditanya berhubung perkembangan penerbitan album penuh Caliph Busker, Azmi mengakui kumpulan itu sudah merakamkan beberapa buah lagu.\"Kami mahu buat pemilihan lagu yang betul-betul sesuai supaya album Caliph Busker dapat benar-benar diterima. \"Kami cuma masih menunggu material yang baik dan masa yang sesuai sebelum lancar album ini nant,\" katanya," ]