url
stringlengths 49
58
| headline
stringlengths 22
176
| content
sequence |
---|---|---|
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=1 |
Jawatankuasa Kabinet perkasa industri halal negara ditubuhkan - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 12 September- Aspek pensijilan dan industri halal negara akan diperkasa ke peringkat lebih kompetitif. Ke arah itu, semua jabatan dan agensi berkaitan akan diselaras bawah satu Jawatankuasa Kabinet. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jawatankuasa itu akan diterajui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan dipertanggungjawab menyelaras sinergi dengan pihak terlibat bagi memanfaatkan sepenuhnya ekosistem halal negara. Sekali gus, mencipta peluang lebih besar dalam pasaran halal global.\"Jika negara mahu melonjak, cara kerja perlu berubah...tidak boleh kaedah lama. Sinergi badan dan jabatan mesti diselaraskan...kita ada sasaran untuk industri halal negara dan jabatan berkaitan.\"Saya telah putuskan supaya diselaraskan Jawatankuasa Kabinet dan penekanannya mesti perusahaan kecil sederhana, diberi ruang dan ada penekanan baharu memberi peluang industri kecil bertapak dengan bantuan MARA dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)...pensijilan bersama industri,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)",
"Beliau berucap pada majlis perasmian Global Halal Summit, di sini hari ini.",
"Manfaat sebaiknya sektor halal negaraPada majlis sama, Anwar juga mahu Malaysia memanfaatkan sebaiknya sektor halal kerana ia diiktiraf di peringkat antarabangsa. Jelasnya, Malaysia berasa di kedudukan tersendiri dalam bidang halal dan dipandang tinggi di mata dunia.\"Satu kerugian besar jika kita tidak beri perhatian kerana pengiktirafan telah diberikan kepada Malaysia…kejayaan dan pengiktirafan itu menyebabkan berkembangnya industri halal dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) dan MATRADE menyelaras dari sudut industri.\"Pertamanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) saya telah minta untuk menyelaras kegiatan industri termasuk pensjiilan halal...di mana dunia anggap Malaysia ke depan...diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa,\" tambahnya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=2 |
Hari Malaysia 2023, berkonsepkan perpaduan tiga wilayah yang kukuh
| [
"KUCHING, 11 September- Sambutan Hari Malaysia ke-60 pada Sabtu depan akan berkonsepkan tiga wilayah yang masih wujud dan kukuh iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membangun bersama-sama membentuk negara Malaysia pada hari ini.Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi selaku menteri bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2023 berkata keadaan negara yang harmoni pada hari ini juga akan dipaparkan semasa sambutan berkenaan.Sambutan yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching itu bakal mempamerkan suasana harmoni, aman damai dan tahap perpaduan yang tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia, walaupun mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum.\"Jadi, slogan 'Segulai Sejalai' itu amat bertepatan sekali dengan tema sambutan kita. Kita boleh bercampur gaul hidup dalam suasana aman damai dan harmoni, dalam masa sama kita dapat bergerak sehaluan.Tidak mempunyai perbezaan untuk menjejaskan usaha pembangunan negara pada hari ini sekali gus mencorak masa depan negara yang lebih baik pada masa akan datang,\" kata Julaihi kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia 2023 di Wisma Bapa Malaysia, di sini.",
"Datuk Julaihi turut menyeru semua rakyat khususnya yang tinggal di Kuching untuk hadir memeriahkan sambutan berkenaan 16 September ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=3 |
PM terima kunjungan 'Sivaji: The Boss'
| [
"KUALA LUMPUR, 11 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan pelakon terkemuka India, Rajinikanth.Pertemuan itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata beliau menghargai penghormatan yang diberikan oleh Rajinikanth terhadap perjuangannya, terutama berkaitan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.Katanya, antara yang dibincang secara santai itu adalah mengenai elemen kemasyarakatan yang diperjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak.Rajnikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau ialah 'Sivaji: The Boss'.",
"(PM terima kunjungan 'Sivaji: The Boss'/FB Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=4 |
IPT disaran turun padang bantu masyarakat selesai isu setempat- Khaled Nordin
| [
"(Datuk Seri Khaled Nordin melancarkan Program Pembangunan Komuniti Usahawan Tani dan Inovasi Sosial UPM, di sini hari ini)",
"KOTA TINGGI, 9 September- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan agar institusi pengajian tinggi (IPT) sentiasa 'turun padang' dalam usaha membantu masyarakat menyelesaikan isu setempat. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata IPT perlu proaktif dalam melaksanakan inisiatif berkenaan sekali gus memperkasa peranan dan sumbangan institusi itu dengan menyampaikan ilmu, kepakaran serta teknologi yang ada kepada masyarakat. \"Saya tekankan kerana ia memang sesuatu yang amat diharapkan oleh kementerian supaya setiap universiti dalam negara termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan libat urus dengan masyarakat melalui program 'outreach'.\"Ilmu dan kepakaran yang didapati daripada penyelidikan harus diaplikasikan oleh masyarakat,\" katanya ketika berucap melancarkan Program Pembangunan Komuniti Usahawan Tani dan Inovasi Sosial UPM, di sini hari ini. ",
"(Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)",
"Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPM Prof Dr Ismi Arif Ismail. Khaled turut memaklumkan antara perkara yang diberi perhatian ketika ini termasuk isu keterjaminan makanan yang menuntut kepakaran dan penyelidikan di IPT bagi menyelesaikan perkara berkaitan pertanian serta perladangan. Beliau turut berharap agar daerah Kota Tinggi turut menjadi makmal lapangan atau antara stesen pengembangan pertanian dan keterjaminan makanan UPM bagi melestarikan usaha berkenaan. Pada masa sama, beliau mahu ilmu dan kepakaran yang berterusan serta disusun dengan cara yang sesuai dan mudah untuk dipraktik, selain program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=5 |
Raja Muda Kedah berkenan tauliahkan 1,488 pegawai kadet Palapes
| [
"(Tengku Sarafudin Badlishah berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan PALAPES daripada 20 Universiti Awam (UA) seluruh Malaysia di Padang Kawad PALAPES UUM, Sintok)",
"SINTOK, 9 September- Seramai 1,488 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) daripada 20 Universiti Awam (UA) seluruh Malaysia ditauliahkan pada Istiadat Pentauliahan Diraja di Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat tersebut.Keberangkatan tiba Tengku Sarafudin Badlishah disambut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohamad Ab Rahman, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Naib Canselor UUM, Kolonel (Kehormat) Profesor Dr Mohd Foad Sakdan.Istiadat Perbarisan diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Muhammad Irfan Mohamad dari PALAPES Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) .Raja Muda Kedah yang mewakili Sultan Kedah, Tuanku Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam ucapan bertitah dengan pentauliahan ini dapat membantu mempertingkatkan sistem pertahanan negara.\"Melalui konsep ini, sudah pasti negara kita akan dapat melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada pertahanan negara sebagai pegawai muda sukarela yang profesional dan kompeten. Sehubungan itu, saudara-saudari seharusnya merasa bangga dan hendaklah meneruskan kesinambungan usaha bagi melengkapkan diri untuk menjadi rakyat yang boleh menyumbang kepada keamanan negara serta mempertahankan negara daripada anasir-anasir yang tidak diingini,\" titah baginda.Selesai istiadat perbarisan, Tengku Sarafudin turut berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada semua pegawai di Dewan Mu’adzam Shah disusuli dengan bacaan ikrar Taat Setia Perwira.Mereka terdiri daripada 861 Pegawai Muda Rejimen Askar Wataniah (RAW), 287 Pegawai Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan 340 Pegawai Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) .",
"(Seramai 1,488 pegawai kadet PALAPES daripada 20 Universiti Awam (UA) seluruh Malaysia ditauliahkan pada Istiadat Pentauliahan Diraja di hari ini/ FB Naib Canselor UUM)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=6 |
Dua wartawan wanita dikasari, polis masih belum terima laporan- Ayob Khan
| [
"(Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay)",
"MUAR, 9 September- Polis belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan berlaku insiden pengamal media dikasari pegawai pengiring seorang menteri ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih menunggu laporan serta penjelasan terperinci daripada kedua-dua pihak yang terlibat.\"Biasalah masing- masing menjalankan tugas .Setakat ini kenyataan dikeluarkan oleh pihak media, saya belum dapat apa-apa laporan.“Saya difahamkan insiden itu mungkin timbul ketika menteri berkenaan dalam perjalanan untuk naik kenderaan dan mungkin di belakang itu adalah sedikit insiden tolak menolak.“Setakat ini hanya kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak media (jadi) kita tunggu lah kenyataan-kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh kementerian terlibat,” ujarnya.
Beliau ditemui media semasameninjau proses pengundian PRK bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Pei Chai, Bakri di sini pada Sabtu.Semalam, Kelab Media Johor mengeluarkan kenyataan media rasmi berhubung dua insiden wartawan dikasari oleh pegawai pengiring Menteri Dalam Negeri dalam dua acara kempen parti politik berasingan di Taman Anggerik dan Taman Dahlia, Johor Bahru.",
"Dilaporkan beberapa pegawai pengiring didakwa telah menghalang kumpulan pengamal media ketika sidang media menteri berkenaan diadakan.Antaranya menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang merakam sidang media tersebut.
Selain itu bertindak mencubit belakang pinggang seorang lagi wartawan wanita beberapa kali bertujuan untuk menghalangnya melaksanakan tugas semasa sidang media.
"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=7 |
Era digital dan teknologi, Malaysia tidak harus ketinggalan
| [
"(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang pada Majlis Penutup InnoEx 2023/Foto Bernama)",
"CYBERJAYA, 9 September- Malaysia tidak harus ketinggalan dalam era digital dan teknologi yang semakin pesat.Malah perlu lebih giat mempromosikan inovasi dan teknologi tempatan agar dapat berdaya saing dengan negara-negara serantau dan di pentas dunia.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil contoh pendekatan negara lain, Malaysia perlu membangun dan memasarkan penyelesaian inovatif tempatan.Selain membimbing bakat tempatan; sekali gus menumpukan penyelesaian inovatif yang lestari.\"Malaysia menduduki tangga ke-36 daripada 132 negara dalam Indeks Inovasi Global pada tahun 2022. \"Aktiviti inovasi perlu dijadikan keutamaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan kita perlu mengambil pengajaran daripada negara-negara lain,\" katanya pada Majlis Penutup InnoEx 2023 bersempena Minggu Inovasi Cyberjaya di RekaScape, di sini hari ini.",
"Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.",
"Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan akan bertindak sebagai pemudah cara industri bagi membawa masuk lebih banyak pelaburan dalam negara.Seterusnya menyokong penggunaan teknologi melalui automasi, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin bagi meningkatkan produktiviti.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto fail Bernama)",
"Menurut beliau, sokongan akan terus diberikan bagi usaha penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) syarikat-syarikat tempatan dan syarikat pemula seperti digariskan dalam Kerangka Ekonomi MADANI.Tujuannya bagi mendorong mereka mencapai kejayaan lebih besar dan meraih pengiktirafan antarabangsa.\"Pada masa yang sama, kerajaan juga akan menyokong bakat-bakal tempatan yakni inovator kita yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di rantau ASEAN atau lebih jauh. \"Sudah tiba masanya kita julang dan bimbing inovator tempatan menempa nama di pasaran serantau dan merebut segala peluang yang ada di luar sana,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=8 |
TMM 2024: Melaka tambah kekerapan pendaratan feri di jeti ICQS
| [
"(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf mengadakan lawatan kerja di ICQS Melaka hari ini)",
"MELAKA, 8 September- Kerajaan negeri akan menambah frekuensi jadual perjalanan dan kekerapan feri mendarat di jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka, mulai tahun hadapan.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia adalah sebahagian kaedah untuk menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia terutama pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).Menurutnya, kekerapan jadual kemasukan feri akan ditambah kepada empat kali sehari.\"Kekerapan jadual sekarang ialah dua kali sehari namun kapasiti jeti ini boleh menerima empat kali pendaratan feri sehari, bergantung kepada pasang surut air laut.\"Jadi dalam kempen kita nanti, kita akan tambah kekerapan bagi menggalakkan sebanyak mungkin feri penumpang masuk ke jeti ini dan kita juga akan susun jadual dengan baik,\" katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di ICQS Melaka hari ini. Sementara itu, beliau turut mengulas perancangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam selepas operasi penerbangan pesawat komersial di situ dihentikan. “Ia merupakan satu keputusan komersil tiada kena mengena dengan kerajaan negeri. Sebab jumlah penumpang untuk datang ke Melaka amat berkurangan kerana faktor itulah kebanyakan syarikat-syarikat penerbangan tidak berminat untuk meneruskan operasi di Lapangan Terbang Batu Berendam. \"Maka kita bercadang mengubah status LTAM sebagai hab operasi penyelenggaraan, pembaikan serta baik pulih helikopter dan pesawat ringan,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=9 |
Jualan MADANI: Barang dijual murah, usahawan anggap tetap rezeki
| [
"MUAR, 6 September - Penganjuran Program Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) & Jualan Agro Madani (JAM) membuka peluang perniagaan kepada 7 peserta usahawan tempatan di daerah ini sejak Isnin lalu.Peserta yang terlibat akui program tersebut merupakan rezeki berterusan kepada mereka meskipun barangan dijual dengan murah berbanding harga pasaran.Antara jualan menerima sambutan yang luar biasa ialah 1.5 metrik tan ayam dan 400 papan telur ayam habis dijual pada setiap hari.“Katakanlah saya membawa kangkung dan sayur bayam 100 kilogram (kg), pada hari biasa agak susah nak habiskan tapi dengan program seperti ini… saya dapat habiskan jualan sayuran dalam tempoh 4 jam.“Pengunjung juga dapat menikmati harga murah dari harga pasaran dan rantaian keuntungan rezeki dapat dinikmati oleh pekebun, penjual dan pengunjung,” kata Nora Ayub yang juga peniaga sayur-sayuran dan tanaman hijau.Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu akan berakhir pada 8 September ini.Program selama lima hari itu melibatkan 15 lot kanopi dan 5 lokasi berasingan di sekitar daerah itu.",
"Program Jualan Agro MADANI bermula pada April awal tahun di setiap daerah Johor Bahru mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia- barangan Runcit, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan usahawan minuman.Pelbagai hasil agromakanan antaranya daging lembu, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, produk hasil laut serta produk sejuk beku dijual antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=10 |
China sentiasa jiran, rakan dagang penting kepada ASEAN - PM Anwar
| [
"JAKARTA, 6 September- Malaysia menegaskan pendiriannya dalam usaha melindungi kedaulatan negara dan rantau ASEAN daripada ancaman luar.",
"Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang kerjasama antara ASEAN dan China pada masa akan datang harus dibina berdasarkan kepercayaan antara dua entiti tersebut.Beliau memaklumkan, Malaysia dan rakan-rakan ASEAN sentiasa menganggap China sebagai jiran dan rakan dagang penting, khususnya dalam aspek perdagangan, pelaburan dan susunan keselamatan. \"Saya ingin menekankan di sini, kerjasama pada masa akan datang sebahagian besarnya bergantung kepada rasa kepercayaan serta dialog pelbagai hala, khususnya dalam aspek keselamatan dan mempertahankan kepentingan ASEAN dan China,\" katanya pada sesi pertemuan antara pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri China, Li Qiang sempena Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-26 di sini.Sementara itu, Malaysia sentiasa terbuka kepada usaha mengukuhkan hubungan, antaranya dengan China dan kerjasama tersebut harus bermula menerusi versi ketiga Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China.Anwar percaya negara ASEAN boleh memanfaatkan hubungan yang terjalin daripada aspek program kerajaan, kepentingan rakyat dan program pertukaran rakyat ke rakyat.Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam ucaptamanya sebagai Pengerusi ASEAN berkata, kerjasama konkrit antara China dan ASEAN adalah sesuatu yang diperlukan.",
"(Anwar Ibrahim (dua kanan) bersama pemimpin negara ASEAN lain serta Perdana Menteri China,Li Qiang (lima kiri) pada Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-26di Jakarta, Indonesia)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=11 |
Anwar bertemu pemimpin, tokoh Islam Indonesia di Jakarta
| [
"JAKARTA, 5 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan bersama para pemimpin gerakan dan pertubuhan Islam di Indonesia, semalam. ",
"Beliau berkata, siri pertemuan dan diskusi seperti itu akan terus disemarakkan demi memperkukuh kerjasama erat Malaysia dan Indonesia, serta terus memelihara persaudaraan antara gerakan dan pertubuhan Islam dari kedua-dua negara.Dalam kepadatan jadual sebelum bermula Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 hari ini dan sidang-sidang kemuncak di sini, Anwar sempat meluangkan masa berdiskusi serta bertukar pandangan bersama Ketua Umum Muhammadiyah, Haedar Nashir, Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Dr Adian Husaini dan Prof Din Syamsuddin.\"Pertemuan ini amat bermakna tatkala kami menghimbau (mengimbau) garis sejarah permulaan saya sebagai aktivis yang pernah belajar daripada hikmah tokoh Islam Indonesia seperti Bapak Mohammad Natsir dan Buya Hamka.\"Dalam perbincangan ini, kami banyak menyentuh tantangan (cabaran) pemikiran, keilmuan, dakwah dan isu yang dihadapi dunia Islam,\" kata Anwar menerusi Facebooknya.Anwar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian mereka bersama dengan 11 organisasi termasuk Ibu Khofifah Indar Parawansa, Ketua Muslimat Nadhatul Ulama (NU) serta Gabenor Jawa Timur untuk hadir dalam pertemuan tersebut.",
"Berita berkaitan:Anwar tiba di Jakarta hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43Jokowi sambut ketibaan Anwar di SenayanTemu Anwar di Jakarta pada Selasa"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=12 |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat terima kunjungan Speaker Parlimen Korea Selatan
| [
"KUALA LUMPUR, 11 September- Pengukuhan perkongsian teknologi Malaysia-Korea Selatan antara intipati perbincangan dalam pertemuan antara Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan Speaker Parlimen Korea Selatan, Kim Jin-Pyo. Johari optimis, kerjasama jitu dalam bidang berkenaan mampu memajukan kedua-dua negara dan rantau Asia secara amnya. Turut dibincangkan, kerjasama Malaysia-Korea Selatan dalam kerangka ASEAN.\"Dasarnya membincangkan bagaimana dua buah negara mencapai kejasama baik dari segi kemajuan teknnologi. Saya juga mengajak dari sudut ASEAN kerana kita jadi Pengerusi ASEAN 2025 menjanjikan peluang yang lebih baik kepada 680 juta penduduk. Bagaimana teknologi yang kita labur membangunkan rantau ini sebagai satu rantau dihormati,\" kata Johari selepas pertemuan itu di bangunan Parlimen.",
"(Tan Sri Johari optimis, kerjasama jitu dalam bidang berkenaan mampu memajukan kedua-dua negara dan rantau Asia secara amnya)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=13 |
Malaysia bersedia jadikan ASEAN lebih inovatif
| [
"JAKARTA, 5 September- Malaysia bersedia untuk menyumbang melalui Rangka Kerja Ekonomi MADANI untuk menjadikan ASEAN lebih inovatif, berdaya saing dan mampu berkembang ke pasaran serantau dan global.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ia merangkumi langkah-langkah ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan pelaburan dan mengukuhkan industri.Tambah beliau ASEAN mesti mendorong integrasi ekonomi yang lebih besar dalam ASEAN dan berusaha ke arah seni bina ekonomi serantau yang cergas.\"ASEAN telah mencapai kemajuan sosioekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, daripada mengurangkan tahap kemiskinan, kepada meningkatkan perdagangan antara wilayah dan memajukan inovasi teknologi.\"Di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, ASEAN mempunyai gabungan KDNK hampir AS$3 trilion, menjadikan kita ekonomi kelima terbesar di dunia. ASEAN diunjurkan menjadi ekonomi keempat terbesar menjelang 2030,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucapan di hari pertama sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-43)",
"Beliau menyatakan demikian sewaktu menyampaikan ucapan di hari pertama sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Pusat Konvensyen Jakarta JCC, di sini.Tambah Anwar, ASEAN harus meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, yang kini hanya pada 22.3 peratusPengaturan strategik yang lebih baik harus dilakukan untuk meningkatkan integrasi pasaran dan memudahkan pergerakan barangan, modal, tenaga kerja mahir dan perkongsian teknologi di kalangan ASEAN serta rakan kongsi luar. Perkongsian dengan rakan kongsi luar untuk menyumbang ke arah matlamat ini juga harus dipertingkatkan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=14 |
Jokowi sambut ketibaan Anwar di Senayan
| [
"(Anwar Ibrahim (dua kiri) dan isteri, Wan Azizah Wan Ismail (kiri) disambut Jokowi (dua kanan) dan isteri, Iriana (kanan) padaSidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Senayan, Jakarta/PMO)",
"JAKARTA, 5 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail tiba di Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Indonesia pada pukul 9.43 pagi waktu tempatan.Ketibaan beliau di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di Senayan dekat sini disambut Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan isteri, Iriana Joko Widodo serta Menteri Luar, Retno Marsudi.Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan yang diadakan mulai hari ini hingga Khamis di bawah Kepemimpinan ASEAN Indonesia bertemakan \"Asean Matters: Epicentrum of Growth\".Beliau akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN dan pembukaan Forum ASEAN-Indo Pasifik (AIPF) serta mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia dan rakan Indonesia di sini dalam program Temu Anwar malam ini.Semalam, Anwar melahirkan harapan bahawa penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak tahunan itu akan mengukuhkan lagi pusat ASEAN di rantau Indo-Pasifik dan menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan ASEAN dalam hubungannya dengan rakan kongsi luar.",
"(Anwar Ibrahim (kiri depan) dan isteri (kanan depan) disambut Jokowi (kiri belakang) danisteri (kanan belakang) di Jakarta)",
"Berita berkaitan:Anwar tiba di Jakarta hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43Anwar bertemu pemimpin, tokoh Islam Indonesia di JakartaTemu Anwar di Jakarta pada Selasa"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=15 |
Hubungan Malaysia, Indonesia mencakupi seni budaya
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada program 'Santai Bersama Anwar'/Foto Bernama)",
"JAKARTA, 4 September- Hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia bukan sahaja dalam bidang diplomatik dan ekonomi malah melangkaui bidang seni budaya, seiring dengan konsep Malaysia Madani.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian kepada media selepas menghadiri program bersama pempengaruh dan selebriti, di sini.Program 'Santai Bersama Anwar' dihadiri seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia termasuk Melly Goeslow dan suami Anto Hoed, Mulan Jameelah, Selvi Kitty, Kartika Putri, Habib Usman, Iman Tang dan artis Malaysia Fazura.\"Seperti mana dalam negara MADANI ini, pemerkasaan ekonomi, budaya, seni...jadi selain daripada bicara soal kerjasama dua hala diplomatik dengan Presiden Jokowi, kita juga berbicara dengan pengusaha dan pelabur.\"Saya dapat satu penghormatan kerana seniman, seniwati dan 'influncer' terkemuka Indonesia, dapat kesempatan bersama dan saya manfaatkan juga dari pengalaman mereka, cadangan untuk bukan sahaja hubungan dua hala tetapi mengajar saya tentang erti pemerkasaan seni budaya,\" kata Anwar, di sini pada Isnin.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)",
"Sementara itu, selebriti yang ditemui gembira dengan pertemuan yang diadakan.Ia sekali gus dapat menjadi medium buat mereka memberikan cadangan dan harapan kepada Perdana Menteri mengenai industri seni untuk kedua-dua negara."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=16 |
Lahad Datu, Tawau pelbagaikan tanaman tingkat sumber pendapatan - Agong
| [
"LAHAD DATU, 4 September- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar masyarakat di Lahad Datu dan Tawau mempelbagaikan jenis tanaman di kawasan masing-masing.Titah baginda, ia bukan sahaja mampu memberi khasiat kesihatan, malah dapat menambah sumber pendapatan hasil jualan.\"Tanaman seperti yang dinyatakan Raja Permaisuri Agong...kerana itu adalah hasil, boleh kita jual dengan harga berpatutan.\"Sebab itulah saya bersyukur kerana dapat juga sempat merasa makan durian kampung yang lagi sedap...lebih daripada Musang King,\" titah Seri Paduka.Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan Bersama Kira-kira 1,000 Masyarakat Lahad Datu bersempena Program Kembara Kenali Borneo, di Dewan Perdana Lahad Datu, di sini malam ini.Daerah Lahad Datu merupakan destinasi kedua persinggahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selepas Daerah Tawau.Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat ke Sandakan bagi lawatan ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, esok.",
"(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertitah pada Majlis Santapan Bersama Masyarakat Lahad Datu di Dewan Perdana malam ini/Foto Bernama)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=17 |
Rakyat Sarawak teruja nanti ketibaan konvoi diraja - Fadillah Yusof
| [
"(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/Foto Bernama)",
"SUBANG, 4 September- Sarawak bersedia menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Kembara Kenali Borneo.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkongsi keterujaan rakyat Sarawak menanti ketibaan konvoi diraja ke negeri tersebut. Beliau yakin momentum kemeriahan sambutan oleh rakyat Sabah akan diteruskan di Sarawak, selain menjadi wadah Seri Paduka Baginda berdua mendekati penduduk setempat. \"Rakyat mengharapkan supaya infrastruktur di Sabah itu diperbaiki...sama ada jalan, masalah air dan banjir dapat diselesaikan. Itu yang disampaikan sewaktu mereka berjumpa dengan Tuanku dan Tuanku sudah menyampaikan kepada YAB Ketua Menteri Sabah dan saya kira perkara ini akan sampai kepada YAB Perdana Menteri juga dan sudah pasti akan dibincang ke Kabinet bila selesai Kembara Kenali Borneo ini,\" katanya.Beliau ditemui media, di sini, sebaik tiba dari Tawau selepas menghadiri pelancaran Kembara Kenali Borneo.Konvoi berkenaan dijadual meneruskan perjalanan memasuki sempadan Sarawak, Khamis ini.",
"(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kiri) berkenan melancarkan Kembara Kenali Borneo di Dewan Masyarakat Tawau pada Ahad (3 September). Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tiga, kanan)/Foto Bernama)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=18 |
Henti polemik perkauman, semua rakyat dijamin hak sama rata - PM
| [
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan hari ini/Foto Bernama)",
"KUALA LUMPUR, 4 September- Semua pihak mesti menghentikan polemik perkauman, kerana rakyat dijamin hak sama rata dan keadilan.Merujuk modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilancarkan Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia hanya disasarkan kepada murid beragama Islam.Tiada paksaan bagi bukan Islam untuk mempelajarinya. \"Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam mata pelajaran pengajian Islam, tanyalah dulu, janganlah marah dulu.\"Kalau hari ini saya datang ke Little India, pelampau-pelampau ini akan kata Anwar ini jaga India sahaja, tidak jaga Melayu...bila bercakap soal Melayu termasuk teks minta anak-anak Islam baca hadis, akan kata Anwar ini jaga Islam sahaja...semua tidak kena,\" katanya.",
"Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan, di sini hari ini.",
"Jelas Perdana Menteri, menjadi tanggungjawab beliau sebagai pemimpin untuk memastikan Islam dihayati dan difahami dengan betul.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pelancaran Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera MADANI di Kompleks Tun Sambanthan hari ini/Foto Bernama)",
"Pada majlis itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi menaik taraf gerai dan warung di seluruh Kuala Lumpur.\"Saya telah pastikan untuk kenaikan gerai-gerai termasuk kawasan peniaga Little India ini, kita tambah peruntukan dan untuk tahun ini kita tambah RM10 juta ringgit untuk tujuan itu,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=19 |
Anwar tiba di Jakarta hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43
| [
"JAKARTA, 4 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di ibu kota Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Mesyuarat Berkaitan, di sini, yang bermula esok.Pesawat membawa beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba pada pukul 3.20 petang waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta.Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia Budi Arie Setiadi, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin.Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dari 5 hingga 7 September iaitu yang kedua dihadirinya selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo.Ini adalah sidang kemuncak pertama beliau bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.Semasa persidangan itu, 11 pertemuan dua hala telah dijadualkan termasuk dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol; Perdana Menteri Australia Anthony Albanese; Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris; Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.",
"(Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dari 5 hingga 7 September iaitu yang kedua dihadirinya selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo/Foto PMO)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=20 |
Kembara Kenali Borneo menuju Lahad Datu, Sandakan
| [
"(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenanagan bersama orang ramai ketika singgah di kedai Keropok Lekor pada Kembara Kenali Borneo hari ini/Foto Bernama)",
"TAWAU, 4 September- Hari kedua Kembara Kenali Borneo menuju ke Lahad Datu dan Sandakan.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meninggalkan Tawau kira-kira pukul 8 pagi tadi bagi menelusuri Jalan Tawau ke Lahad Datu sejauh 149 Kilometer.Di sepanjang jalan Tawau ke Lahad Datu, Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli bermesra dengan masyarakat setempat selain berkenan berangkat ke Pejabat Esscom Lahad Datu.Ia bagi meninjau pengoperasian Esscom dalam menjaga aspek keselamatan di Pantai Timur Sabah.Sementara itu, Raja Permaisuri Agong pula berkenan mencemar duli memasak Bubur Lambuk dan Udang Masak Berlada bersama PUSPANITA Cawangan Lahad Datu.Seri Paduka Baginda berdua juga berkenan bersama-sama kira-kira 1,000 masyarakat dalam majlis santapan di Dewan Perdana Lahad Datu dan menyampaikan sumbangan kepada 100 golongan asnaf serta Orang Kurang Upaya (OKU).",
"(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meneruskan perjalanan menuju ke Lahad Datu pada Kembara Kenali Borneo hari ini/Foto Bernama)",
"Selepas Lahad Datu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat meneruskan perjalanan ke Sandakan.Esok, Seri Paduka Baginda berdua dijangka akan berangkat ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.Seri Paduka Baginda berdua juga akan ke Institut Perhutanan Telupid bagi acara memancing dan majlis santapan tengah hari.Serta dijangka berkenan menghadiri Majlis Santapan Makan Malam bersama masyarakat di Pentas Kebudayaan, Pekan Kundasang pada sebelah malam.Laporan Iswadiman Shamsuddin"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=21 |
Kerajaan lulus sebahagian permohonan pekerja asing bagi tiga sektor - PM
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan pelancaran Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan SeleraMADANI di Kompleks Tun Sambanthan/Foto Bernama)",
"KUALA LUMPUR, 4 September- Kerajaan meluluskan sebahagian permohonan pengambilan tenaga kerja asing dalam tiga sektor yang sebelum ini dibekukan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia melibatkan perkhidmatan gunting rambut, perusahaan tekstil dan perniagaan emas. \"Oleh kerana keperluan segera untuk tiga kategori ini kita lulus tidak sepenuhnya dan saya minta dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Jumaat ini menteri akan bawa 'paper' supaya luluskan sebahagian,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)",
"Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D'Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan, di sini hari ini.Pada masa sama, Anwar mahu golongan belia tempatan dilatih untuk mengisi keperluan tenaga kerja sektor tersebut.\"Dan syaratnya kementerian akan pastikan kita ada 'some training' dan insentif untuk pastikan anak-anak kita dilatih dan kerja kerana kita tak boleh teruskan macam ini.",
"15,000 tenaga kerja asing diperlukan Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ketika ditemui media memaklumkan, kira-kira 15,000 tenaga kerja asing diperlukan dalam tiga sektor berkenaan.\"Walaubagaimanapun ada syarat-syarat tertentu bukan dibuka secara terbuka...mungkin kita akan melihat apakah kaedah terbaik untuk memastikan peniaga tempatan tidak teraniaya dengan kemasukan terlalu ramai pekerja asing,\" jelasnya.",
"Beliau turut menyambut baik saranan Perdana Menteri untuk melatih belia tempatan supaya berkecimpung dalam sektor tersebut.\"Kita harus melatih tenaga kerja sendiri untuk membolehkan Kementerian Sumber Manusia mewujudkan program latihan TVET kepada anak tempatan supaya mereka dapat mempelajari kemahiran yang terlibat,\" menurut beliau."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=22 |
Jangan terlalu mudah keluar hukum syarak kerana berbeza politik
| [
"KUALA LUMPUR, 4 September -Hentikan segala kempen yang menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman. Sebaliknya semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulau dan Simpang Jeram dinasihatkan bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea-idea untuk membangunkan rakyat.",
"Menerusi kenyataan media, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyeru semua pihak agar bertanggungjawab untuk menghormati kesucian agama Islam, menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam negara yang tercinta ini.",
"Beliau merujuk berita tular di media sosial berkaitan kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan hukum haram memberikan undi kepada seorang calon yang bertanding pada PRK Parlimen Pulai.",
"“Saya ingin menzahirkan rasa bimbang terhadap kecenderungan pihak-pihak yang mengeluarkan hukum berkaitan syarak dengan sewenang-wenangnya tanpa disiplin yang sepatutnya. Perkara ini boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam,\" menurut kenyataan tersebut.",
"Jelasnya, penggunaaan istilah Haram mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh didefinisikan kepada enam (6) maksud. Bagaimanapun, umumnya masyarakat di Malaysia mengaitkan penggunaan istilah haram dengan hukum syarak iaitu \"hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang mengingkarinya\".",
"Selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, Dr Mohd Naim berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghukum pihak-pihak yang tidak sealiran fahaman dengan kumpulan masing-masing.",
"“Situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara,” jelasnya.",
"Tambah Dr Mohd Naim, Malaysia mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara.",
"“Saya berharap agar kita semua menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum-hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik kumpulan.\"",
"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=23 |
PM yakin Malaysia akan jadi negara terkemuka di rantau Asia
| [
"JOHOR BAHRU, 4 September- Anjuran program pembangunan pertanian, serta program industri dan transformasi digital mampu menjadikan Malaysia sebagai negara terkemuka di rantau Asia.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin impak daripada program tersebut boleh dilihat dalam tempoh dua hingga tiga tahun.Beliau juga menyeru semua pihak agar memberhentikan aktiviti 'sakau' (mengaut keuntungan tepi) bagi memastikan negara pada landasan tepat.Selain itu, Anwar turut memberitahu, jaminan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan isu perkauman sempit dan ekstremisme dapat dibendung, serta menjana ekonomi berimpak tinggi kepada negara.\"Orang terkaya di dunia (iaitu) ELon Musk (pemilik) dengan SpaceX, Starlink, Tesla (telah) pilih Malaysia sebagai ibu pejabat bagi rantau Asia.\"(Selain itu), Infineon, syarikat besar dari German datang (ke Malaysia) beberapa bulan yang lalu, nak memutuskan hendak melabur di mana, (sama ada) Malaysia atau Texas, Amerika Syarikat (atau) Kerajaan Jerman, yang pujuk (Infineon) kembangkan syarikat di Jerman.\"Dia tanya kerajaan ini (Malaysia) stabil atau tidak, dan kita jelaskan (bahawa) kerajaan ini adalah stabil (dan) Insya-Allah akan kekal sehingga empat tahun akan datang,\" katanya semasa program Jelajah Perpaduan Madani Pulai, di sini.Anwar turut memberi jaminan kepada pelabur bahawa tiada fahaman Taliban berada di dalam negara pada ketika ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=24 |
PM tidak tolak ansur tindakan hasut rakyat
| [
"JOHOR BAHRU, 4 September- Kerajaan Perpaduan tidak akan sama sekali bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menyentuh isu 3R - isu agama, bangsa dan institusi diraja.Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua pihak perlu tahu batas kebebasan bersuara untuk berbicara dan mengkritik kerajaan.Sebarang cubaan menghasut rakyat sehingga mencetuskan konflik dalam masyarakat yang berbilang kaum tidak boleh diterima sama sekali.\"Negara kita ada rule of law (peraturan perundangan), ada undang-undang dan peraturan.\"Kamu boleh bicara apa pun, boleh kritik siapa pun, (tetapi) kritik kerajaan, ada had dia. Kamu gunakan sentimen hasut orang Melayu benci pada Cina, kamu hasut orang guna agama untuk nyatakan kita semua ini macam kafir, saya tegaskan di sini, saya tidak akan tolak ansur,\" katanya semasa hadir Jelajah Perpaduan Madani Pulai di sini.Beliau bagaimapun tidak akan terlibat dalam urusan mengambil tindakan terhadap pesalah, sebaliknya akan menyerahkan tanggungjawab kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara.Selain itu, Anwar turut menyeru semua pihak agar menghentikan perbuatan 'mengharamkan' mana-mana pihak, yang disifatkan beliau sebagai tidak masuk akal."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=25 |
Kerjasama institusi akademik Malaysia, Indonesia dilancar
| [
"JAKARTA, 3 September- Kerjasama institusi akademik antara Malaysia dan Indonesia dilancar, pada Ahad.Ia melibatkan Pusat Kajian Ikatan Malaysia-Indonesia (IKMI) Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Program Pengajian Indonesia-Malaysia (IMSP) di Pusat untuk Pengajian Asia Timur, Universitas Prasetiya Mulya Indonesia.Perasmian kerjasama bagi membina rangkaian kolaboratif antara kedua-dua negara itu dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan rakan sejawat dari Indonesia, Retno Marsudi di Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), di sini.Zambry berkata kerjasama kedua-dua universiti adalah hasil daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini pada Januari dan lawatan Presiden Joko Widodo ke Malaysia pada Jun.\"Semasa lawatan ke Jakarta, Perdana Menteri menyeru Indonesia dan Malaysia untuk terus bekerjasama dalam isu serantau bagi menjamin kepentingan politik dan ekonomi kedua-dua negara,\" katanya dalam satu kenyataan. ",
"(Perasmian kerjasama bagi membina rangkaian kolaboratif antara kedua-dua negara itu dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan rakan sejawat dari Indonesia, Retno Marsudi/Foto Kementerian Luar Negeri)",
"Kedua-dua menteri turut mengulangi bahawa Indonesia dan Malaysia perlu membangun, mengekalkan dan terus memupuk hubungan baik antara kedua-dua negara.Zambry juga menggesa institusi akademik untuk menggalakkan hubungan baik dan saling menghormati kedua-dua negara seperti yang terkandung dalam Piagam ASEAN."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=26 |
Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, medan Malaysia bincang kerjasama lanjutan negara ASEAN
| [
"(Persekitaran Pusat Kovensyen Jakarta yang akan menjadi venue utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dari 5 hingga 7 September 2023/Foto Bernama)",
"JAKARTA, 3 September- Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Jakarta, Indonesia akan bermula Selasa ini hingga 7 September.Ia akan menjadi medan membincangkan isu susulan berhubung kerjasama lanjutan dengan negara-negara Asean termasuk ekonomi dan juga aspek sekuriti makanan negara.Sidang Kemuncak kali ini merupakan sidang pertama bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Republik Korea, Amerika Syarikat dan Kanada serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir isu sekuriti makanan negara juga antara yang akan dibincang dalam sidang kali ini.Selain turut memberi fokus kepada isu dalaman ASEAN serta menyentuh isu penting dalam dan luar rantau ASEAN.\"Sidang kemuncak merupakan platform hubungan bagaimana kita melihat dalam konteks yang lebih luas...dalam masa yang sama akan kita kemukakan jalan-jalan penyelesaian.\"Dan dalam usaha negara ASEAN dan negara-negara yang berkenaan untuk kita bincangkan berdasarkan perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama...bagi kita mencapai penyelesaian dan kalau sekiranya ada konflik dan sebagainya,\" katanya dalam sidang media di sini.",
"(Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir)",
"Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 akan didahului dengan beberapa mesyuarat peringkat Menteri Luar Negeri ASEAN, esok.Zambry berharap penyertaan Malaysia dapat mengukuhkan lagi Kepusatan ASEAN di rantau Indo-Pasifik serta menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan ASEAN dalam menjalin hubungannya dengan rakan-rakan luar.Ketibaan Perdana Menteri esok akan diiringi isteri Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Pada Selasa, Perdana Menteri akan menghadiri Upacara Perasmiaan ASEAN-Indo Pacific Forum (AIPF) serta 11 Pertemuan Dua Hala sepanjang sidang berlangsung.Selain itu, pertemuan dengan rakyat Malaysia dan sahabat Indonesia juga dijadual dalam Program Temu Anwar. Penglibatan Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 merupakan komitmen teguh negara terhadap usaha pembinaan komuniti ASEAN, hubungan ASEAN dengan rakan kongsi luar serta usaha menggalakkan keamanan dan kestabilan tatkala menghadapi evolusi geopolitik serantau yang kian mencabar.Ia juga merupakan medium terbaik kepada Malaysia dalam meneruskan agenda serta mengetengahkan suara, pandangan dan kepentingan negara di rantau ini. Sekali gus dapat meningkatkan imej dan kedudukan Malaysia di mata dunia.Laporan Aiza Farina Adam dari Jakarta."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=27 |
Segerakan projek tambah baik kemudahan HSA, terutama ruang parkir - PM
| [
"JOHOR BAHRU, 3 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek tambah baik kemudahan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, terutama ruang parkir kenderaan bernilai RM500 juta disegerakan.Ini berikutan, ia menjadi faktor penyumbang kepada kesesakan di hospital tertua di negeri itu.Tegas Anwar, fasa pertama bagi pembinaan ruang parkir bertingkat perlu dimulakan tahun ini.\"Jadi kita selesaikan parkir...jadi parkir itu tidak harus mengganggu pelan perancangan pembinaan semula beberapa blok.\"Seperti kita tahu, tanah ini hampir 100 ekar tapi kalau kita guna pelan asal, tanah itu sudah mencukupi...jadi rencana sekarang ialah membangunkan beberapa kompleks bangunan tingkat tinggi supaya dapat memenuhi keperluan,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita semasa lawatan di HSA hari ini)",
"Lawatan dibuat selepas mendapat laporan mengenai kesesakan di premis berkenaan sejak sekian lama dan memerlukan peruntukan segera, bagi tujuan tambah baik.Peruntukan RM500 juta tersebut sebelum ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.Tumpuan ketika ini adalah untuk menyelesaikan isu mendesak berkaitan HSA, sebelum membuka ruang kepada cadangan pembinaan HSA2."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=28 |
Temu Anwar di Jakarta pada Selasa
| [
"KUALA LUMPUR, 2 September- Temu Anwar buat julung kali akan diadakan di luar negara pada Selasa depan di Jakarta, Indonesia.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai untuk hadir ke acara itu yang akan diadakan di Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta mulai pukul 7.00 malam.“Saya jemput semua, termasuk mahasiswa dan anak muda untuk ikut serta bersama saya dan selebritas (selebriti) terkenal Indonesia saudara Raffi Ahmad dan isteri saudari Nagita Slavina.“Saya amat berharap dapat bertemu dengan seramai mungkin sahabat dari Indonesia, selain mahasiswa dan rakyat Malaysia di Indonesia,” kata Anwar menerusi catatan dalam Facebooknya.Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang temuanwar.com.",
"Temu Anwar adalah sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri yang diadakan khusus bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda untuk mengutarakan soalan secara langsung."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=29 |
Anwar mahu skop tugas JAN diperluaskan
| [
"PUTRAJAYA, 1 September - Bidang kuasa Jabatan Audit Negara, JAN perlu diperkukuh dan diperluas, agar dapat merangkumi peranan institusi hisbah atau 'ombudsman'Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata perkara tersebut masih di peringkat perbincangan untuk memastikan perkara itu dapat direalisasikan.\"Saya kini meneliti supaya skop tugas Jabatan Audit Negara (JAN) diperkukuh dan diperluaskan upaya tidak boleh merangkul apa yang disebut Institusi Hisbah atau 'Ombudsman'.\"Perkara ini masih dalam perbincangan api yang penting kita perluaskan bidang tugas Jabatan Audit Negara,\" katanya ketika ditemui media selepas mengadakan perjumpaan bersama warga Jabatan Audit Negara di sini hari ini.Tegas Anwar, peranan audit itu perlu 'disegani' bukan sahaja audit daripada segi kewangan tetapi juga daripada segi pematuhan kepada peraturan dan prinsip bagi mengelak kecurangan sama ada dalam bentuk rasuah, ketirisan atau kecuaian.Menurut Anwar, pengabaian terhadap budaya tidak mengendahkan teguran LKAN perlu dinoktahkan terutamanya teguran terhadap salah guna kuasa, kecuaian atau penipuan.Sementara itu, Anwar juga mahu Laporan Audit Negara yang dikeluarkan setiap tahun, dibawa dan dibahaskan di Parlimen.Tambah Anwar, perkara tersebut penting bagi memastikan tiada ketirisan yang berlaku serta memperbaiki kelemahan sekiranya wujud dalam kerajaan. \"Saya akan pastikan ia dibahaskan. Kalau ada kelemahan kita baiki. Kalau ada pelanggaran kita betulkan. Kalau benar ada penyalahgunaan kuasa kita pasti ambil tindakan\", katanya dalam ucapan pada sesi perjumpaan Perdana Menteri bersama pengurusan dan warga Jabatan Audit Negara di sini, hari ini.Justeru, Kementerian Kewangan, perlu mengetuai tugas untuk meneliti semua laporan serta memastikan pematuhan dibuat semua jabatan yang terlibat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=30 |
NIMP 2030: Pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara
| [
"KUALA LUMPUR, 1 September - Pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), mengukuhkan kedudukan Malaysia, sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Memerlukan anggaran pelaburan mencecah RM95 bilion, sepanjang tempoh tujuh tahun pelaksanaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pelan berkenaan menyediakan hala tuju yang jelas untuk pembangunan sektor pembuatan.\" NIMP 2030 berpadukan pendekatan berdasarkan misi. Ia juga merupakan satu polisi bersifat horizontal yang bukan sahaja menggembleng keseluruhan ekosistem pembuatan tetapi juga seluruh negara untuk memacu transformasi perindustrian dan merealisasikan visi negara\", ujarnya ketika berucap pada pelancaran NIMP 2030 di ibu negara.Menurut Anwar, NIMP akan dilaksanakan melalui pendekatan seluruh negara yang bukan sahaja melibatkan jentera kerajaan tetapi juga sektor swasta. Justeru, tadbir urus awam-swasta bakal diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan itu tepat pada masanya dan berkesan.Dalam pada itu, Anwar menjelaskan NIMP 2030, menggunakan pendekatan berasaskan misi jelas yang akan merangsang bukan sahaja keseluruhan ekosistem pembuatan, tetapi juga memacu transformasi perindustrian. Projek-projek yang dijalankan, dijangka mempercepat pembangunan ekosistem inklusif menyepadukan perusahaan kecil dan sederhana, PKS ke dalam rantaian nilai dan meningkatkan keseluruhan industri.Tambahnya, pelan berkenaan bakal meningkatkan nilai tambahan pembuatan kepada RM587.5 bilion menjelang 2030.\"Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 61 peratus yang diperolehi oleh intervensi NMP 2030 untuk sektor berimpak tinggi E&E, kimia, EV, aeroangkasa dan bahan seperti mineral dan logam\", ujar Anwar.Pelan induk baharu itu, menyaksikan lebih banyak projek berasaskan misi, MBP dalam tempoh terdekat.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=31 |
Gilap Malaysia sebagai negara hebat - Anwar
| [
"PUTRAJAYA, 30 Ogos- Perpaduan penting dalam mempertahankan kemerdekaan negara seterusnya bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara hebat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu boleh dicapai kerana Malaysia mempunyai limpahan pekerja yang boleh diangkat sebagai pakar teknologi dan profesional yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.\"Cita-cita dan harapan kita agar negara ini harus bersatu dan merangka ekonomi Madani yang mampan serta jaminan keadilan untuk semua rakyat negara yang pelbagai kaum dan agama.\"Ia tidak mudah diurus, setiap hal akan menimbulkan kesangsian dan sensitiviti\", kata Anwar.Mari kita manfaatkan waktu yang ada di sisa-sisa hidup kita ini untuk berbuat bakti kepada diri, keluarga dan masyarakat kita. \"Yakinlah negara ini bukan biasa. negara ini punya hasil mahsul yang hebat melimpah ruah\",katanya demikian pada amanat pertama Hari Kebangsaan di hadapan lebih 7,000 hadirin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.Menurut Anwar, bagi memastikan Malaysia maju, semua lapisan rakyat perlu berjiwa merdeka dengan tidak menjadi perkakas dan dieksploitasi golongan elit untuk mengaut keuntungan peribadi.Katanya kerajaan memberi jaminan, hak setiap rakyat termasuk perkara termaktub dalam Perlembagaan seperti keistimewaan Bumiputera serta Islam sebagai agama Persekutuan terus dipertahan. Turut hadir pada program berkenaan, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri-menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan, wakil penduduk dan pelajar sekolah."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=32 |
Gaji rakyat lebih baik antara fokus NIMP 2030 - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 1 September- Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) merupakan komponen utama Ekonomi MADANI yang menyokong realisasi pembaharuan ekonomi, sekali gus bakal menyediakan peluang pekerjaan dengan kadar gaji lebih baik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pekerjaan dengan gaji yang lebih baik dan perkongsian kekayaan akan membina masyarakat yang lebih adil dan makmur.“Peluang pekerjaan bernilai tinggi penting untuk menaik dan memperluaskan masyarakat kelas pertengahan.",
"“Kerjasama awam-swasta akan dipertingkatkan dalam program TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), memastikan pemerolehan kemahiran yang diperlukan oleh industri,\" katanya semasa melancarkan NIMP 2030 di sini.",
"Pelan itu bakal menghidupkan semula sektor pembuatan bagi memastikan negara kekal berdaya saing, serta meletakkan Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau.",
"Menerusi NIMP 2030, gaji median atau penengah upah untuk sektor pembuatan dijangka naik 9.6%, mencecah RM4,510 daripada RM1,976.",
"Sektor pembuatan berdiri sebagai kuasa penting untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara dengan menjadi penyumbang penting kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang menyediakan pekerjaan bagi 2.7 juta individu.",
"Anwar berkata, kerajaan komited sepenuhnya untuk menyokong pelaksanaan NIMP 2030 yang memerlukan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tempoh tujuh tahun pelaksanaannya.",
"Pelaburan itu sebahagian besarnya daripada sektor swasta, digunakan daripada ekuiti swasta, modal dan pasaran kewangan.",
"\"Hampir 10% akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu memangkin dan memberi insentif kepada pelaburan ini melalui Dana Pembangunan Perindustrian NIMP dan Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP.",
"“Kerajaan akan memastikan ia dilaksanakan secara teliti. Kami akan menubuhkan Majlis NIMP 2030 Negara dengan penyertaan daripada wakil kementerian dan industri berkaitan,” katanya.",
"Hadir sama pada pelancaran itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak dan pemain industri.",
"(Anwar Ibrahim (tengah) bersama Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan)dalam pelancaran NIMP 2030 di Kuala Lumpur)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=33 |
PM jamin semua sekolah ada prasarana asas pada Oktober
| [
"PUTRAJAYA, 30 Ogos- Kerajaan memberi jaminan penyediaan prasarana asas yang munasabah di kesemua sekolah seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, manfaat itu melibatkan kemudahan seperti bumbung dan tandas sekolah.\"Alhamdulillah pada tahun ini, sebelum akhir tahun, secara spesifiknya pada Oktober, semua sekolah dalam negara (iaitu) Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Arab, (dan) semua tanpa kecuali, kita jamin mempunyai prasarana asas yang munasabah termasuk bumbung dan tandas.\"Bagi saya, ini jauh lebih bermakna bagi jutaan ibu bapa dan anak-anak murid (berbanding) daripada mercu tanda dan gedung hebat dan besar,\" katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan bersama Perdana Menteri di sini.Beliau menyampaikan amanat pertamanya sempena Hari Kebangsaan sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada November tahun lepas.Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia bakal menjadi negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital yang memberi ratusan ribu peluang kepada anak muda negara dalam bidang pekerjaan baharu.Ia akan terlaksana menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang bakal dilancarkan pada 1 September ini.\"Dua hari lagi kita akan luncurkan (lancarkan) Pelan Perindustrian Negara, bukan seperti pelan perindustrian yang biasa, tetapi melakukan anjakkan supaya tidak memutuskan ke arah sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, dengan transformasi digital dan memberi ruang bagi ratusan ribu anak-anak muda dalam bidang pekerjaan baru,\" katanya.Jelasnya lagi, negara telah memperoleh kembali perhatian beberapa syarikat besar seperti Tesla Inc dari Amerika Syarikat, Geely dari China serta Infineon Technologies dari Jerman yang bersetuju menjadikan Malaysia pangkalan pelaburan penting.Kerajaan juga akan melaksanakan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) sejurus selepas pelancaran NIMP 2023."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=34 |
Polis Johor tubuh pasukan pantau isu 3R di media sosial
| [
"(Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat/FOTO BERNAMA)",
"MUAR, 29 Ogos - Polis memantau penyokong parti politik yang memuat naik hantaran berkaitan isu ' 3R’ (raja, agama, dan kaum) di media sosial, tegas Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat.Menurut Kamarul Zaman, polis menubuhkan pasukan khas bagi memantau golongan itu yang cuba membangkitkan isu 3R sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram.“Dalam pemantauan kita pun, kita tubuhkan pasukan untuk menyiasat ataupun memastikan dan mengawal (hantaran di media sosial seperti) TikTok dan sebagainya.“Dan apa-apa yang berlaku yang melibatkan kesalahan kita akan buat laporan polis dan kita akan jalan siasatan.“Sama ada betul atau tidak betul itu lain cerita. Siasatan kita akan jalankan,” katanya pada sidang media di Dewan Perumahan PDRM, di sini, hari ini.Sementara itu, beliau berkata polis menerima 11 laporan sepanjang pilihan raya bagi kedua-dua kawasan itu dari 26 Ogos hingga semalam.Bagaimanapun, katanya kebanyakan laporan yang diterima polis hanya membabitkan bahan kempen PRK.",
"Namun, daripada jumlah itu 1 kertas siasatan telah dibuka melibatkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika kempen di Simpang Jeram pada 26 Ogos lalu.\"Kertas siasatan terhadap Abdul Hadi dibuka mengikut Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,\" tambah Kamarul Zaman.Katanya, setakat semalam Daerah Johor Bahru Utara menerima laporan tertinggi iaitu tujuh, diikuti Johor Bahru Selatan (tiga), Iskandar Puteri (satu).Tambah beliau, 11 permit ceramah telah diluluskan di kawasan Simpang Jeram dan dua lagi permohonan di tolak kerana berada di luar kawasan kempen.“Kekuatan anggota yang bertugas sepanjang tempoh berkempen bagi kawasan Simpang Jeram adalah seramai 381 pegawai dan anggota dan 708 terlibat semasa hari mengundi,” tambah beliau.PRK Johor bagi Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi berkenaan, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.SPR menetapkan 9 September ini bagi hari mengundi di kedua-dua kawasan itu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=35 |
RM2 bilion dana Fasiliti Peralihan Tenaga Negara - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan sebagai dana awal bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara.",
"Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bertujuan memastikan kelancaran sumber kewangan bagi projek peralihan tenaga kerana berdepan kekangan kewangan dan potensi pulangan pasaran.Projek peralihan itu merangkumi pelaburan dalam sektor kenderaan elektrik (EV), hidrogen dan teknologi pemerangkapan serta penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).\"Dalam dekad ini sahaja, kerajaan memerlukan antara RM60 bilion dan RM90 bilion untuk diperuntukkan bagi projek penting, antara lain pengembangan pengangkutan awam, pengukuhan infrastruktur grid dan latihan semula modal insan. \"Memandangkan keadaan semasa Malaysia dalam teknologi penyahkarbonan yang belum matang, kemajuan kita akan bergantung kepada sumber tenaga alternatif dan kemantapan kerjasama serantau dan antarabangsa. \"Sehubungan itu, kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Negara,\" katanya.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) hari ini/Foto Bernama)",
"Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), di sini hari ini.Kerajaan menyasarkan 70 peratus kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=36 |
Negeri belum menganggotai MKI disaran sertai segera – Sultan Selangor
| [
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hadir sama pada mesyuarat kali ke-70 itu/Foto Fath Rizal JPM) ",
"SHAH ALAM, 28 Ogos -Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan harapan supaya negeri-negeri yang masih belum menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dapat menyahut pelawaan seterusnya menganggotai platform musyawarah itu secara rasmi.",
"“Suka beta mengingatkan bahawa MKI adalah sebuah institusi yang mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, bukan sahaja daripada segi penubuhan, malah daripada segi keahliannya, titah baginda pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini. ",
"Baginda yang juga Pengerusi MKI bertitah bahawa keanggotaan utama dalam MKI adalah daripada wakil negeri-negeri yang memainkan peranan amat penting dalam menyelaras hal ehwal Islam.",
"Walaupun telah banyak kejayaan dicapai melalui rundingan di platform MKI, namun masih terdapat pelbagai perkara yang masih belum dan memerlukan penglibatan semua ahli-ahli mesyuarat mencetuskan idea dan buah fikiran bernas.",
"“Peradaban manusia yang terus berkembang memerlukan institusi agama bergerak secara lebih dinamik serta berpandangan jauh kehadapan. Ia tidak akan tersasar selagi mana berpaksikan kepada objektif hukum syarak iaitu menjaga maslahah agama, nyawa, akal dan keturunan, menegakkan kebaikan dan mencegah anasir-anasir yang membawa keburukan, titah baginda.",
"Sultan Selangor juga mahu MKI berperanan secara optimum selari fungsinya sebagaimana digariskan dalam Peraturan-Peraturan MKI 2022.",
"Pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi Majlis itu, turut hadir.",
"BERITA BERKAITANKerajaan Perpaduan sedia tambah baik hal ehwal Islam di Malaysia",
"Terdahulu dalam titah sama, baginda menyatakan rasa dukacita terhadap kecenderungan sesetengah pihak membangkitkan pendapat dan pandangan secara terbuka berkaitan beberapa isu sensitif yang seharusnya dibincangkan melalui forum MKI.",
"“Walaupun mereka menyatakan tujuannya adalah untuk menegakkan hujah, tapi kenapa sampai menimbulkan keraguan tentang kearifan para mufti yang memahami ilmu falak dan mengambil keputusan yang tidak bertepatan dengan apa yang telah dipersetujui,” titah baginda.",
"Sultan Selangor merujuk pihak yang mempertikai keadah rukyah dalam menetapkan tarikh permulaan Ramadan serta menentukan anak bulan Syawal seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat pegawai-pegawai kanan negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.",
"\"Sedangkan kaedah rukyah ini bertepatan dan selari dengan sandaran agama kita yang mengambil kira ilmu hisab dan sains astronomi moden.\"",
"Atas perkara itu, baginda menyarankan bagi mengelak sebarang kekeliruan pada masa hadapan, Jabatan Kemajuan Islam Malysia (JAKIM) mengeluarkan satu ketetapan muktamad berkaitan kaedah penentuan tarikh permulaan Ramadan serta menentukan anak bulan Syawal melalui rukyah dan hisab. ",
"(Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah/Foto Fath Rizal JPM)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=37 |
Jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang syariah perlu disegerakan
| [
"(Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto SUhairi JPM) ",
"SHAH ALAM, 28 Ogos -Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah satu Jawatankuasa Khas perlu segera ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.",
"Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah ini berikutan kebelakangan ini banyak kes yang sedang dibicarakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dicabar di Mahkamah Persekutuan, khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam membuat dan meluluskan undang-undang Islam (Syariah) serta bidang kuasa Mahkamah Syariah yang mendengarnya.",
"“Trend sebegini menggambarkan kedudukan enakmen-enakmen negeri yang melibatkan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan jenayah Syariah semakin tercabar, yang sekali gus menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negeri-negeri untuk membicarakannya,” titah baginda.",
"Sultan Selangor bertitah demikian pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini. ",
"Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi Majlis berkenaan. ",
"Justeru, baginda berpandangan penyelesaian hanya boleh dibuat melalui tindakan legislatif dengan membuat pindaan tertentu kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi membolehkan kuasa yang lebih luas diberikan kepada DUN di dalam menggubal peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam.",
"“Dengan mengambil pertimbangan keadaan yang sedang kita hadapi ini, Beta berpandangan, adalah perlu satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang persoalan undang-undang yang berbangkit berikutan dari keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi DUN dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” titah Sultan Selangor. ",
"Titah baginda, Jawatankuasa Khas itu perlu mengemukakan cadangan pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan termasuklah peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya satu penyelesaian menyeluruh terhadap isu-isu itu dapat dibuat.",
"“Jawatankuasa Khas ini hendaklah dianggotai oleh pakar undang-undang Perlembagaan, undang-undang sivil dan Syariah serta ahli-ahli akademik, dan tidak ketinggalan pengamal undang-undang yang mempunyai kelayakan, kemahiran dan pengalaman yang luas dalam kedua-dua bidang undang-undang sivil dan Syariah,” titah baginda. ",
"Susulan itu, Sultan Sharafuddin berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang turut hadir pada mesyuarat itu, dapat mengambil langkah-langkah segera bagi pembentukan Jawatankuasa Khas berkenaan dan mengemukakan syor kepada MKI, seterusnya Majlis Raja-Raja ke arah penyelesaian kepada permasalahan berkenaan. ",
"(Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70/Foto Suhairi JPM)",
"Sementara itu, Sultan Selangor memaklumkan Mesyuarat MKI pada sidang kali ini akan membincangkan satu kertas dasar berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dengan menggariskan panduan yang lengkap dan komprehensif. ",
"“Segala keputusan yang dicapai oleh MKI berkaitan isu kalimah Allah ini nanti akan diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuaratnya yang akan datang, dan dengan itu satu dasar berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dimuktamadkan,” titah baginda.",
"Sultan Sharafuddin bertitah pada 7 Jun lepas, dalam pertemuan dan perbincangan baginda bersama Perdana Menteri, baginda selaku Pengerusi MKI telah menyuarakan pandangan baginda kepada Perdana Menteri, bahawa isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat MKI.",
"“Pandangan Beta ini juga telah dipersetujui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.",
"“Hal ini selaras dengan fungsi MKI yang bertanggungjawab menasihati Raja-Raja Melayu dalam menambah baik tadbir urus hal ehwal Islam,” titah baginda..",
"Sultan Selangor bertitah baginda juga berpandangan, memandangkan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini merupakan isu yang sensitif dalam kalangan penganut Agama Islam di Malaysia serta melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh sebahagian orang Kristian di negeri Sabah dan Sarawak ini, maka ia perlu dikaji dan diteliti dengan mendalam dan dimuktamadkan segera dengan penuh hikmah dan tanggungjawab. -BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=38 |
KPM laksana penandaan opsyen mata pelajaran tangani isu kekurangan guru
| [
"BATU PAHAT, 27 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha untuk menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat dengan melaksanakan Penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru bagi beberapa subjek teras di negara ini.Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata ini susulan KPM hanya mengambil 15 guru untuk subjek major Bahasa Cina bagi tahun 2023.Katanya, angka itu sebahagian daripada 600 guru pelatih yang mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).“Hakikatnya, kekurangan guru bukan sahaja berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) malah berlaku di Sekolah Kebangsaan.“KPM kini sedang giat berusaha untuk melaksanakan proses penandaan opsyen mata pelajaran pengajaran para guru khususnya bagi SJKC dan SJKT di seluruh negara demi mendapatkan data guru mengikut mata pelajaran yang tulen serta komprehensif.“Usaha ini sangat mustahak bagi mengenal pasti dan menangani isu lebihan guru bagi opsyen Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan kekurangan guru dalam opsyen lain. “Melalui proses penandaan ini, kementerian dapat mengenal pasti isu-isu keperluan opsyen guru di SJKC dan SJKT dengan lebih terperinci dari aspek lebihan keperluan opsyen, serta tindakan susulan yang perlu diambil,” kata beliau ketika berucap pada majlis lawatan kerja ke SJKC Cheng Siu 1 & 2, di sini pada Ahad.",
"(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying/FOTO PPD Batu Pahat)",
"Tambah beliau, KPM telah selesai proses penandaan opsyen mata pelajaran pengajaran di 6 negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah serta Perlis, dan seterusnya akan diadakan di Johor pada 7 September depan.“Saya berharap dengan usaha proses penandaan opsyen mata pelajaran akan memberikan data guru mengikut mata pelajaran yang tulen demi menambah baik unjuran pengambilan guru pelatih bagi tahun depan,” katanya.Setakat 31 Januari lalu sebanyak 19,431 kekosongan melibatkan guru iaitu kira-kira 4.49 peratus.Kekosongan berlaku berikutan dari persaraan wajib guru, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=39 |
NGO bukan Islam tidak perlu bimbang Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Hui Ying
| [
"BATU PAHAT, 27 Ogos - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam di negara ini tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.",
"Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa terbuka untuk bertemu mana-mana pihak sekiranya masih keliru dengan pelaksanaan modul itu.",
"\"Ya, mereka (NGO) tak perlu risau. Tapi saya memang faham kerisauan mereka. Tapi kami mengalu-alukan mereka untuk berbincang dengan kami sekiranya mereka mempunyai sebarang persoalan yang mereka tidak faham atau sedikit keliru. Jadi kita (KPM) mengalu-alukan kedatangan mereka ke KPM untuk buat libat urus. Kita bersedia untuk berdepan atau bertemu dengan mereka.",
"\"Kita boleh selesaikan. Ini hanya satu kekeliruan sahaja. Memang hadis 40 saya rasa semua pun tahu, ini memang untuk murid-murid dan guru yang beragama Islam sahaja,\" katanya kepada pemberita selepas lawatan kerjanya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Siu 1 & 2 di Batu Pahat, Johor di sini pada Ahad.",
"(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menyerahkan replika cek kepada SJKC Cheng Sui 1 di Batu Pahat, Johor)",
"Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang mempertikaikan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi untuk pelajar Islam.Bagaimanapun, beliau berharap modul itu tidak dilaksanakan kepada pelajar yang bukan beragama Islam.Pada 26 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masyarakat bukan Islam di negara ini diminta memahami kepentingan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara.Anwar berkata pelaksanaan modul itu berkait secara langsung dengan kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, pada masa depan.Susulan itu, beliau berharap isu tersebut tidak diungkit khususnya oleh wakil-wakil masyarakat bukan Islam di negara ini.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Himpunan 40 hadis untuk umat Islam dilaksana tahun depanPM minta Koleksi Hadis 40 Imam Nawawi diedar semula ke sekolah"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=40 |
Hubungan Malaysia-Iraq diperkukuh
| [
"(Datuk Seri Zambry memaklumkan, keputusan Kabinet itu telah disampaikan semasa lawatan rasmi ke Iraq dari 23 hingga 25 Ogos lalu)",
"PUTRAJAYA, 26 Ogos- Malaysia akan membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Republik Iraq. Pengoperasian semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad yang telah ditutup sementara sejak dua dekad yang lalu akan membuka lebih banyak peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.Melalui kenyataan, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan, keputusan Kabinet itu telah disampaikan semasa lawatan rasmi ke Iraq dari 23 hingga 25 Ogos lalu.Bersempena lawatan tersebut, beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Iraq termasuk Presiden Abdul Latif Rashid.Beberapa persetujuan turut dicapai seperti menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi antara dua negara secara berterusan.Selain itu, Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia+Iraq yang telah tertangguh sekian lama akan dilaksanakan semula dengan segera.Dalam pada itu, Malaysia akan menerokai peluang meningkatkan jumlah dagangan serta mengambil bahagian dalam projek pembinaan dan pengurusan lapangan terbang, serta meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan.Malaysia turut mengalu-alukan hasrat Iraqi Airways memulakan penerbangan berkala ke KLIA dengan segera. Malaysia dan Iraq juga bersepakat menangani isu berkaitan Islamofobia secara kolektif dengan negara-negara Islam yang lain."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=41 |
Peruntukan RM400,000 bina bangunan baru Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Tanjung
| [
"ULU KINTA, 24 Ogos - Kerajaan Perpaduan akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar dan kawasan pedalaman.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan tumpuan penyediaan kemudahan asas, fasiliti dan beberapa kemudahan lain yang penting.\"Rakyat kawasan pendalaman, kampung-kampung, kawasan bandar, orang miskin, kawasan orang asli itu perlu perhatian kerajaan lebih. Ia perlu kemudahan saya kata jalan, kemudahan api, air, sekolah dan beberapa kemudahan kemudahan asas yang lain. Itu Insya-Allah kita akan bagi tumpuan,\" kata Perdana Menteri, di sini.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap padaProgram Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Tonggang, di sini)",
"Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ADUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad.Pada program itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 menerusi Kementerian Pendidikan bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Tanjung dan kerja naik taraf jalan kampung.Pihaknya juga akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikan capaian internet di kawasan tersebut di percepatkan menerusi peruntukkan RM3 juta bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).Di samping mempertimbangkan untuk penggunaan Starlink jika terdapat keperluan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=42 |
PM ucap tahniah kepada Srettha Thavisin
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Srettha Thavisin atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.",
"Dalam ucapannya itu, beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuh lagi hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang.\"Thailand adalah negara sangat penting kepada kami.\"Saya berharap kita dapat meningkatkan lagi hubungan, pelaburan, perdagangan dan berkembang dalam segala bidang,\" katanya menerusi perkongsian video di laman sosial Facebooknya.Perdana Menteri turut mengundang Srettha untuk berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat.Srettha juga berharap dapat bertemu dengan Anwar, sekali gus menzahirkan harapannya untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.Perlantikan Srettha menyaksikan buat julung kali dalam tempoh sembilan tahun, jawatan Perdana Menteri Thailand berjaya disandang oleh rakyat biasa yang turut membuka laluan kepada pembetukan kerajaan campuran baharu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=43 |
Agenda tingkatkan tatakelola diteruskan bagi hapus ketirisan, pembaziran - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan agenda untuk meningkatkan tatakelola di negara ini akan diteruskan dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran.Jelas beliau, tatakelola juga merupakan faktor penting untuk menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan, malah menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu ditekankan semasa pertemuan dengan ketua jabatan dan agensi penguat kuasa berkaitan jenayah kewangan di Kementerian Kewangan, hari ini.“Adalah dianggarkan negara mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion setahun manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.\"Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, saya arahkan kesepaduan dan kerjasama agensi kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebooknya.Beliau juga berkata, amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa.“Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) perlu menambah baik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan,” katanya.Sementara itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua anggota agensi berkaitan yang bertungkus lumus memerangi dan menumpaskan jenayah kewangan, selain menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha ini.“Adalah menjadi harapan besar buat saya dan seluruh rakyat Malaysia agar kesemua warga dan anggota agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara,” katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=44 |
Malaysia, Australia suarakan komitmen terhadap FPDA
| [
"KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Malaysia dan Australia menyuarakan komitmen terhadap Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) untuk kekal sebagai tonggak keselamatan di rantau ini.Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, ia jelas menunjukkan komited kedua-dua negara untuk bekerjasama menangani cabaran keselamatan demi kepentingan serantau.Mohamad dan Marles juga menekankan kepentingan untuk menghormati undang-undang antarabangsa termasuk kebebasan navigasi dan penerbangan.Kedua-dua negara turut menyatakan komitmen terhadap Konvensyen Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut 1982 sebagai rangka kerja perundangan komprehensif dalam sektor maritim.Ia dipersetujui menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) ke-3 disini.Turut disahkan adalah komitmen terhadap kepaksian ASEAN dalam arkitektur keselamatan serantau termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN bersama Kumpulan Kerja Pakar (ADMM PLUS EWG)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=45 |
Pemakaian batik kukuhkan identiti negara - Nik Nazmi
| [
"(Foto fail Menteri Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad)",
"JAKARTA, 23 Ogos - Pemakaian batik secara meluas dalam kehidupan harian masyarakat dapat menyumbang kepada pengukuhan identiti negara, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke Indonesia telah menyaksikan bagaimana batik diselaraskan dengan trend fesyen dalam kalangan masyarakat di sini, sekali gus meletakkan batik sebagai simbol identiti kebangsaan.“Apabila kita pergi Umrah, maaf, termasuk diri saya sendiri, mungkin kelihatan serupa dengan orang Arab, tetapi rakyat Indonesia memakai batik,” katanya.Nik Nazmi berucap di Majlis Makan Malam bersama diaspora Malaysia yang turut dihadiri Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin pada Selesa.“Jadi, mengapa kita tidak mempunyai identiti kita sendiri yang telah diadaptasi dalam budaya dan warisan kita?” Nik Nazmi bertanya, sambil menekankan, “kita mesti bangga dengan identiti kita sendiri,” katanya.",
"(Nik Nazmi pada Majlis Makan Malam bersama diaspora Malaysia di Jakarta malam tadi)",
"Beliau berkata perubahan kod etika pakaian penjawat awam yang baharu diumumkan praktikal kerana pemakaian sut dan tali leher merupakan warisan kolonial yang tidak lagi logik disebabkan suhu premis.“Gelombang haba di beberapa negara Eropah juga telah menyebabkan tali leher tidak lagi menjadi sebahagian daripada kod pakaian mereka,” katanya.- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=46 |
Felo Perdana beri pendedahan anak muda kenali sosok pimpinan negara - PM
| [
"PUTRAJAYA, 23 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan program Felo Perdana merupakan satu rencana yang memberi pendedahan kepada anak muda terhadap pemimpin negara, sekali gus sebagai persiapan untuk pimpinan pada masa akan datang.Peserta bukan sahaja dapat mengenali sosok pimpinan dalam Kerajaan Madani, malah diberi peluang untuk memahami dasar kerajaan serta menambah pengalaman.\"Satu rencana yang memberikan pendedahan kepada anak muda supaya dapat mengenali, bukan saja sosok pimpinan tetapi lebih penting hala kerja (rutin bekerja), tradisi dan budaya kerajaan dalam kerajaan serta pendedahan ini akan memberikan mereka ruang (peluang) untuk lebih memahami dasar-dasar, dan saya percaya (mereka) akan dapat menimba pengetahuan, (dan) pengalaman yang sangat penting. \"Doakan mudah-mudahan program ini yang dipilih khas dalam kalangan anak-anak dengan berprestasi baik dan cemerlang untuk mendapat pendedahan dan bagi memanfaatkan dengan sebaiknya untuk persiapan bagi pimpinan (pada) masa akan datang,\" katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Felo Perdana di Bangunan Perdana Putra di sini.",
"Majlis itu turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.Bagi edisi 2023, seramai 56 orang Felo telah dipilih dan akan memulakan tugas mulai hari ini sehingga 31 Disember 2023. Semua Felo yang dipilih telah melalui sesi orientasi bermula pada 20 hingga 22 Ogos lalu.Program Felo Perdana mula diperkenalkan pada tahun 2013 dan sejak itu seramai 763 orang Felo telah terpilih untuk menyertai program berkenaan.",
"Sementara itu, Hannah Yeoh berharap belia yang mengikuti program tersebut dapat memahami cara kerja Kerajaan Perpaduan, serta menyelami konsep Malaysia Madani dalam penugasan mereka.\"Felo Perdana untuk kali ini kami telah serahkan kepada semua kementerian. Kita ada 56 Felo Perdana yang telah melalui proses permohonan, ujian psikometrik dan temu duga serta orientasi.",
"\"Jika mereka adalah siswa akan dapat elaun bulanan RM1,000 dan (bagi) graduan RM2,000. Mereka (juga) ada cuti,\" katanya pada majlis sama.",
"Lebih 1,800 permohonan diterima bagi program Felo Perdana tahun ini dan tempoh penugasan Felo adalah antara tiga sehingga enam bulan.",
"(Anwar Ibrahim (empat, kanan) bergambar bersama felonya Muhamad Firdaus Ali (tiga, kanan) dan Dayang Nur Syazwanie Abang Redzuan (dua, kiri) serta Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri),Fadillah Yusof (dua, kanan), Hannah Yeoh (kiri) dan Mohd Zuki Ali (kanan) di Putrajaya)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=47 |
Lawatan rasmi pertama Zambry ke Iraq mulai esok
| [
"PUTRAJAYA, 23 Ogos - Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Iraq selama tiga hari bermula esok hingga Jumaat ini (25 Ogos).Dr Zambry ke republik itu atas jemputan rakan sejawatannya Dr Fuad Hussein yang juga Timbalan Perdana Menteri Hal Ehwal Antarabangsa dan Menteri Luar Iraq.Semasa lawatan itu, beliau dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas para pemimpin Iraq selain mengadakan pertemuan dua hala dengan Fuad.\"Ini bagi menyusul perbincangan yang berlangsung di luar Mesyuarat Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Peringkat Menteri Luar pada 5 Julai 2023.\"Pertemuan ini akan memberi peluang terbaik kepada Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin dengan Iraq, selain meneroka bidang kerjasama baharu yang mempunyai kepentingan bersama,” menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Rabu.",
"Pertemuan itu juga akan mengambil peluang di Baghdad untuk mengadakan sesi libat urus dengan komuniti perniagaan Iraq bagi meneroka potensi ekonomi antara kedua-dua negara.Iraq dan Malaysia merupakan rakan dagangan keenam terbesar dan sumber import ketujuh terbesar dalam kalangan negara di Asia Barat.Jumlah dagangan pada 2022 bernilai RM4.68 bilion (US$1.07 bilion), meningkat 24.3 peratus berbanding RM3.76 bilion (US$0.91 bilion) pada 2021. Lawatan Zambry ke Iraq merupakan kunjungan rasmi pertamanya ke Iraq sejak memegang jawatan itu pada 2 Dis, 2022 dan akan diiringi pegawai kanan Wisma Putra serta delegasi perniagaan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=48 |
MTHQA: Penterjemah berdepan cabaran selaras pelbagai bahasa dari 51 negara
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Ogos - Menguruskan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-63 bukan tugas dan tanggungjawab yang mudah. Menyelaras 72 orang peserta dari 51 buah negara dengan perbezaan bahasa pertuturan juga menjadi antara salah satu cabaran pasukan urusetia JAKIM sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar, Masykuri Khamid, penterjemah perlu disediakan bagi memudahkan proses yang melibatkan perincian setiap peserta.\"Contoh macam bahasa Francis seorang, bahasa Urdu seorang, bahasa Rusia seorang, dia (penterjemah) akan berkongsilah dengan mana-mana peserta yang tidak memahami.\"Kalau untuk kursus bahasa Francis ni kita jemput seorang professor daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu, mungkin kepakaran itu tidak ada pada kita, jadi kita meminjam daripada penterjemah luar,\" katanya.",
"Seramai sembilan juru bahasa atau penterjemah yang dilantik adalah dalam kalangan pegawai JAKIM sendiri yang mempunyai kemahiran bertutur dalam beberapa bahasa.Tambah Masyukri, cabaran bagi urus setia juga adalah bagi memastikan para peserta dapat menyesuaikan diri dengan jarak waktu dan juga cuaca di negara ini.Selain terlibat dengan MTHQA, para peserta juga akan dibawa melancong ke beberapa tempat menarik di sekitar ibu negara dan Putrajaya bagi mengenali budaya masyarakat di Malaysia.MTHQA memasuki hari yang ke-empat menampilkan peserta orang kelainan upaya (OKU) dari Malaysia iaitu saudara Muhammad Qayyim Nizar Sarimi pada malam ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=49 |
Ahmad Zahid tidak suka nama disebut sebagai pemberi sumbangan - Saksi
| [
"(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/FOTO BERNAMA)",
"KUALA LUMPUR, 22 Ogos - Bekas Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak suka namanya disebut atau dimaklumkan sebagai pemberi sumbangan kepada sekolah berkenaan.Azharizan Yaacob, 47, yang kini Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Hamidiyah di Bagan Datuk berkata timbalan perdana menteri itu memberitahunya bahawa prinsip beliau (Ahmad Zahid) adalah “apabila tangan kanan memberi, biarlah tangan kiri tidak mengetahui.”“Tujuan Datuk Seri (Ahmad) Zahid membantu menaja kos operasi sekolah ini kerana saya mengetahui Datuk Seri (Ahmad) Zahid adalah seorang yang amat suka untuk menyumbang kepada jalan agama khususnya bagi tujuan masjid, surau dan pendidikan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Ahmad Zahid yang diperintah membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi (YAB).Azharizan berkata beliau mengetahui bahawa pembinaan serta operasi sekolah swasta berbentuk aliran akademik dan agama itu dibiayai sepenuhnya oleh Ahmad Zahid sendiri.“Sepanjang sekolah beroperasi dari 2012, Datuk Seri (Ahmad) Zahid memperuntukkan hampir RM30 juta untuk membantu operasi sekolah tersebut dan ini tidak termasuk kos sumbangan bagi pembinaan sekolah berkenaan.“Hampir setiap bulan Datuk Seri (Ahmad) Zahid akan mengeluarkan cek daripada Yayasan Akalbudi kepada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab dengan bayaran dalam lingkungan RM170,000 ke RM200,000,” katanya dan menambah bahawa sekolah itu mula beroperasi pada 2012, namun siap sepenuhnya pada 2014.Menurut saksi pembelaan ke-12 itu, wang bulanan yang disumbang Ahmad Zahid digunakan untuk membayar bil-bil sekolah, gaji tenaga pengajar, makanan untuk pelajar dan kos operasi sekolah yang lain. Azharizan berkata kos pengoperasian sekolah itu perlu ditanggung sendiri selain bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan yang diberikan oleh Ahmad Zahid sangat membantu dalam meneruskan operasi harian sekolah.Katanya kontraktor asal pembinaan sekolah itu adalah syarikat lain sebelum kerja pembinaan sekolah diambil alih oleh syarikat Teknik Sempurna Sdn Bhd sehingga siap sepenuhnya pada 2014.",
"(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/FOTO BERNAMA)",
"Menurut saksi itu, pengurusan sekolah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri pada 2020 kerana akaun YAB dibekukan berkaitan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid di mahkamah.“Sumbangan bantuan bulanan oleh Datuk Seri (Ahmad) Zahid tidak dapat diteruskan dan menyebabkan sekolah yang mempunyai kira-kira 350 pelajar itu kekurangan dana untuk meneruskan operasi,” katanya.Menjawab soalan tambahan peguam Aiman Abdul Rahman, yang mewakili Ahmad Zahid, Azharizan berkata ekoran pembekuan akaun YAB, ibu bapa serta jemaah pengelola sekolah yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid sepakat menaikkan yuran pengajian bulanan kepada RM700 daripada RM500 yang dikenakan pada 2017.“Oleh sebab akaun Yayasan Akalbudi dibekukan, kami hilang sumber kewangan untuk menanggung operasi dan terpaksa melakukan pelbagai cara termasuk menaikkan yuran tahunan, mengurangkan gaji guru-guru, menutup penyaman udara dan menggantikan dengan kipas,” katanya.Beliau berkata pelbagai cara dilakukan untuk meneruskan operasi sekolah termasuk berhutang bagi menampung kos RM350,000 sebulan manakala kos bagi pembelajaran dan asrama di sekolah itu adalah RM1,500 bagi setiap pelajar.Selain itu, saksi berkata Ahmad Zahid juga membuat pelbagai sumbangan untuk kerja-kerja amal jariah antaranya menaja pelajar untuk kursus A-Level di Help University sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di United Kingdom, menaja 12 guru dari Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia selain sumbangan RM12 juta bagi pembinaan Masjid Terapung di Melaka.Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Khamis ini (24 Ogos). - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=50 |
NIMP 2030 dibentang dalam mesyuarat Kabinet esok
| [
"(Anwar Ibrahim (tengah) bersama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) dan Rafizi Ramli (kanan) padaTaklimat Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 di Kuala Lumpur)",
"KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet esok bagi tujuan kelulusan.",
"Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, MITI sedang memuktamadkan NIMP 2030 yang bakal meningkatkan kedudukan industri Malaysia dalam rantaian nilai global.\"Yang Berhormat (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah memberi input (idea) kepada pasukan bertugas untuk menyediakan NIMP 2030 yang Insya-Allah dilancarkan oleh beliau hujung bulan ini. \"Beliau juga telah melihat 'war room' kita, (dan) berjumpa dengan mereka yang bekerja keras selama enam bulan untuk menyiapkan NIMP 2030.\"(Jadi) kita tunggulah, esok (pelan) akan pergi ke kabinet untuk mendapat kelulusan daripada kabinet,\" katanya kepada media selepas Taklimat Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara di sini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah meninjau persiapan akhir NIMP 2030 di Menara MITI yang turut dihadiri oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican.NIMP 2030 bertujuan untuk mentransformasi sektor perindustrian untuk membantu Malaysia mencapai kepelbagaian ekonomi yang lebih tinggi, pendigitalan automasi secara agresif, matlamat karbon-sifar dan ekonomi yang lebih saksama dan inklusif."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=51 |
Selangor capai sasaran perolehan RM2 bilion
| [
"SHAH ALAM, 22 Ogos - Selangor berjaya melepasi sasaran RM2 bilion hasil perolehan pada Jumaat lalu iaitu lebih awal berbanding sasaran yang ditetapkan dalam Belanjawan 2023.Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, pihaknya menyasarkan sehingga hujung tahun ini, kutipan hasil perolehan boleh mencapai sehingga RM2.4 bilion.Katanya, unjuran lebihan sehingga akhir tahun ini dijangka berdasarkan perkembangan semasa kemasukan pelaburan dan potensi sedia ada.\"Ini bermakna sampai pertengahan bulan Ogos kita telah berjaya mencatatkan hasil yang baik dan saya percaya kalau ikut trend semasa sebenarnya bulan Ogos, bulan September pilihan raya sebagainya mungkin kita akan dapat yang lebih baik sebagaimana pencapaian pencapaian sebelum ini.\"Kita tegok apa yang ada dalam…tapi kebiasaannya kadang-kadang ada kejutan terutamanya daripada pelabur-pelabur yang datang dan sebagainya. Jadi saya boleh anggarkan minimum kita boleh dapat RM2.3 hingga ke RM2.4 billion. Tapi untuk capai RM2.5 adalah tidak mustahil,\" katanya.",
"(Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari/FOTO FB Amiruddin Shari)",
"Terdahulu beliau hadir dalam Perhimpunan Penjawat Awam Selangor dan Pelancaran Kempen Jalur Gemilang peringkat Negeri Selangor 2023 di sini.Dalam pada itu, mengenai teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin semalam yang menzahirkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang disifatkan perlahan berbanding negeri lain termasuk Pulau Pinang.Menurutnya, anjakan yang berlaku dalam ekonomi Selangor melibatkan peralihan daripada sektor pembuatan kepada perkhidmatan sekitar 0.6 dan 0.7 peratus. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=52 |
Portfolio Exco Selangor dimuktamad hari ini
| [
"SHAH ALAM, 22 Ogos - Portfolio 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan dimuktamad hari ini dan diumumkan esok selepas mesyuarat EXCO pertama.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, senarai portfolio yang dibuat pada hari ini juga diselaraskan dengan skop tugas peringkat barisan Kabinet.\"Kemudian senarai portfolio itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan cadangan dan penambahbaikan.\"Kita terpaksa selaraskan balik sesuai dengan portfolio di peringkat Persekutuan sebab ada kementerian baharu. Sebagai contoh, kos sara hidup dan perubahan iklim.\"Ini perkara yang kita akan cuba tengok sebab akhirnya tugasan kita perlu berurus tadbir dengan pihak di peringkat Persekutuan,\" katanya pada sidang media, di sini, hari ini.",
"Terdahulu beliau bersama 10 exco hadir dalam Perhimpunan Penjawat Awam Selangor di sini selepas mengangkat sumpah jawatan itu semalam.Dalam pada itu, Datuk Seri Amirudin turut mengulas pelantikan Speaker Dewan Negeri (DUN) Selangor yang akan dilakukan pada sidang pertama dewan selepas Hari Malaysia September ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=53 |
Penanaman jagung bijian mampu stabilkan harga daging, ayam - Mohamad Sabu
| [
"CHUPING, 22 Ogos- Penanaman jagung bijian mampu membantu negara mengurangkan kebergantungan import tanaman berkenaan sebagai salah satu bahan utama dalam penyediaan makanan haiwan ternakan.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, punca utama kenaikan harga daging dan ayam adalah disebabkan kos makanan ternakan yang semakin meningkat.Oleh itu, jelas beliau, sekiranya negara mampu mengeluarkan sendiri jagung bijian, ia pasti akan membantu dalam menstabilkan harga daging dan ayam dalam negara.",
"\"Kalau kita dapat capai 50% (penanaman jagung bijian dalam negara) pun sudah cukup baik, (ia juga) untuk mengurangkan pengaliran wang negara keluar,\" katanya kepada media selepas melawat Projek Tanaman Jagung Bijian di Lembah Chuping di sini.Projek berkenaan merupakan projek rintis kepada proses penanamannya dalam negara, selain iklim dan geografi di kawasan tersebut dilihat bersesuaian bagi menghasilkan jagung bijian yang berkualiti.",
"(Projek Tanaman Jagung Bijian di Lembah Chuping, Perlis)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=54 |
Hari Kebangsaan: Kerajaan negeri disaran guna logo, tema sama
| [
"(Fahmi berharap semua negeri menggunakan tema dan logo sambutan yang sama seperti diperkenalkan Kerajaan Persekutuan/BERNAMA)",
"PUTRAJAYA, 21 Ogos- Persiapan kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya, 31 Ogos ini berjalan baik. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berharap semua negeri menggunakan tema dan logo sambutan yang sama seperti diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.\"Semua negeri (diharap) turut serta guna tema sama, ini harapan kita. Masa berpolitik telah tamat, pilihan raya negeri (PRU DUN) telah selesai.\"Satu ketika dahulu, kita kibarkan bendera parti, sekarang kita kibarkan bendera Malaysia. Ini tujuan kita, tugasan kita untuk rapatkan silaturahim, eratkan hubungan sesama kita dan pupuk perpaduan,\" katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital di sini.“Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, marilah kita semua perbaharu tekad, rasa cinta dan bersama berganding bahu bersatu padu kukuhkan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia tercinta,” tambah beliau.Pada Mei lepas, Fahmi mengumumkan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini manakala Malaysia MADANI diangkat sebagai logo rasmi.Bagaiamanapun pada Sabtu lalu Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan agar kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis yang berada bawah pentadbiran PN menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri.",
"(Fahmi ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan KKD di Kementeriannya/BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=55 |
Jangan dipolitikkan Hari Kebangsaan- Ahmad Zahid
| [
"(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)",
"PUTRAJAYA, 20 Ogos- Perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak seharusnya dipolitikkan.Tegas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Hari Kebangsaan adalah acara nasional yang wajar disambut secara bersama.\"Ini bukan soal politik, sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan dan ini adalah acara nasional dan saya fikir jangan politikkan perkara ini. Saya rasa ia tidak boleh jadi ahli parlimen kalau sikapnya terlalu jumudnya begitu, jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan\", katanya.",
"(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian pada Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri Tahun 2023 di Putrajaya/BERNAMA)",
"Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.Beliau mengulas tindakan pembangkang yang dilaporkan, akan menyambut Hari Kebangsaan menggunakan logo dan tema berbeza di empat negeri ditadbir mereka.Pada Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia MADANI sebagai logo rasmi."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=56 |
Pelajar SMKA dan SMK Buyong Adil johan pidato
| [
"(Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan hadiah pertandingan pidato kepada pelajar Rafaa Ahmad Muneer (tengah)/BERNAMA)",
"IPOH, 19 Ogos- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Akhir Program Menyemai Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara bersempena Sambutan Kemerdekaan 2023.Pertandingan berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan.Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil.Program tersebut merupakan anjuran bersama Dewan Negara Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri dengan pembiayaan dan sokongan kerajaan negeri.Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian, Rafaa Ahmad Muneer dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buyong Adil, Tapah Muhammad Asyraf Rosman dipilih sebagai johan pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menengah atas.Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM750 dan piala.Selain pidato, turut diadakan Pertandingan Melukis Poster; Melukis Karikatur; Menulis Sajak; Choral Speaking; Bicara Berirama dan Menulis Esei.Program tahun ini menerima lebih 564,000 penyertaan.",
"(Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan mengaminkan doa di Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara/BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=57 |
Usaha tangani Islamofobia, tingkat kefahaman mengenai Islam - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam mempersiapkan diri dengan ilmu serta kefahaman Islam berlandaskan al-Quran. Katanya, umat Islam tidak sekadar menangkis serangan Islamofobia tetapi perlu bertindak dengan wajar tanpa sebarang penindasan dan kekerasan.\"Di Malaysia ini kita ada Islam sebagai agama persekutuan tetapi peraturan itu melarang umat Islam menghina atau mencerca fahaman agama lain dan mudah-mudahan kita dapat kembangkan semangat yang sedemikian.\"Sebab itu bila berlakunya kebakaran al-Quran di Sweden...selain daripada mengecam, saya telah mengambil keputusan untuk mengarahkan jabatan dan penerbit al-Quran untuk menerbitkan dalam semua bahasa termasuk dalam bahasa Sweden, sejuta al-Quran untuk disebarkan di Malaysia dan di seluruh dunia,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Bernama)",
"Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 Tahun 1445H/2023M di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini malam tadi.Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.MTHQA yang berakhir 24 Ogos dijangka membabitkan penyertaan 76 peserta terdiri daripada qari, qariah dan peserta hafazan dari seluruh dunia."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=58 |
Ambil langkah preventif, hindar isu 3R berlarutan
| [
"(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah)",
"KUALA KANGSAR, 19 Ogos- Usaha-usaha preventif wajib dirintis bagi menghindarkan isu-isu menyentuh agama, raja dan kaum (3R) daripada berlarutan.Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ahli-ahli Dewan Negara dan Orang Besar Jajahan hendaklah berperanan proaktif membantu usaha-usaha preventif dan langkah-langkah pembendungan yang tegas.\"Perkara-perkara menyentuh agama, raja dan kaum yang disensasikan, jika berlaku hendaklah segera dipersembahkan kepada pengetahuan beta dan mendapatkan nasihat beta. Jika perlu laporkan kepada pihak-pihak berkuasa dan badan perundangan,\" titah Sultan Nazrin bersempena Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak di Istana Iskandariah, di sini.Baginda juga bertitah, Orang Besar Jajahan perlu mendampingi golongan remaja.Adakan pertemuan, dialog dan perbincangan dengan pemimpin belia di jajahan masing-masing.Dalam majlis itu, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan pelbagai jawatan dalam agensi dan jabatan berkaitan Islam kepada 10 individu.",
"(Titah Sultan Nazrin bersempena Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak di Istana Iskandariah)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=59 |
Perkukuh agenda reformasi dalam institusi negara
| [
"KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Agenda reformasi dalam institusi negara wajar diperkukuhkan dalam memastikan tadbir urus negara dapat diutamakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Sri Azalina Othman.Katanya, ia bagi mencapai kepentingan pelbagai mekanisme terutama melibatkan penggubalan perundangan serta penyelarasan pentadbiran demi pembangunan negara.Azalina berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan kini juga telah meletakkan agenda reformasi institusi negara sebagai keutamaan.\"Malah usaha itu kekal berterusan seperti yang dijanjikan kerajaan perpaduan kini. Institusi negara juga harus dilihat sebagai contoh dalam menjalankan fungsi semak imbang supaya ia dilihat adil bagi semua pihak,\" Azalina berucap pada Program Syarahan Parlimen siri ke 3, di Bangunan Parlimen. Turut hadir Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Mantan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof.Turut diadakan sesi soal jawab bersama tetamu yang hadir dalam memberi pencerahan terhadap fungsi dalam institusi negara khususnya parlimen. ",
"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Sri Azalina Othman)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=60 |
Ekonomi MADANI digital semakin rancak
| [
"SEREMBAN, 17 Ogos - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat meningkatkan digitalisasi merentasi negeri, syarikat dan masyarakat dalam kerangka Ekonomi Digital.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Ekonomi MADANI adalah sektor ekonomi digital yang kini semakin mendapat perhatian.\"Ini penting kerana kita lihat menyediakan kesaling hubungan atau 'conectivity' memungkinkan perkhidmatan dan keterlibatan dalam ekonomi digital yang lebih meluas, usaha pihak kementerian menyediakan kemudahan internet hingga ke 3% kawasan penduduk yang langsung tidak ada kesaling hubungan sebenarnya membolehkan mereka terlibat. \"Mereka yang berada di kampung orang asli yang tidak dapat akses yang baik apabila mereka dapat menggunakan internet melalui satelit boleh membeli barang-barang dari Mydin,\" Fahmi berucap melancarkan Semarak Gemilang Malaysia MADANI OHMYDIN! Meriah Bersama sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan ulang tahun Mydin ke-66, di sini.Tambahnya, pelaburan dalam bidang ekonomi digital negara telah menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan, hampir RM24 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.Kerajaan juga berazam untuk melahirkan syarikat tempatan yang berdaya saing di pasaran antarabangsa.Pendigital bakal merubah cara sesebuah organisasi beroperasi, dengan menjadikan teknologi sebagai sebagai teras utama yang membolehkan organisasi untuk beroperasi dengan cekap serta dapat meningkatkan hasil pengeluaran dengan meminimalkan pembaziran sumber.",
"Dalam pada itu, KKD meminta Suruhanjaya Komunikas dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya memberi penekanan terhadap masalah internet di semua bangunan pasaraya Mydin termasuk di Sabah dan Sarawak.Fahmi berkata, ia bertujuan menyelesaikan masalah capaian internet di kawasan terlibat.\"Mungkin maklum kepada MCMC semua bangunan Mydin tolong bincang dengan datuk amin termasuk yang di sarawak yang kita lawat tempoh hari perlu kita pastikan isu internet dapat diselesaikan ini kalau boleh kita beri penekanan,\" kata Fahmi lagi.Kempen yang berlangsung bermula hari ini hingga 31 Oktober 2023, menawarkan penjimatan melalui diskaun barangan, pulangan tunai serta hadiah pelbagai peraduan melibatkan kos keseluruhan bernilai RM6.6 juta. Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya juga berhasrat untuk membuat istimewa kepada pengamal media yang mempunyai kad perakuan media."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=61 |
Projek naik taraf klinik kesihatan di Melaka dijangka siap pada Oktober
| [
"BUKIT RAMBAI, 17 Ogos - Projek naik taraf tujuh klinik kesihatan di Melaka dijangka siap sepenuhnya pada hujung Oktober depan.Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata projek berkenaan menelan belanja sebanyak RM3.15 juta.Beliau berkata klinik yang dinaik taraf tersebut berusia lebih 30 tahun dan memerlukan penambahbaikan seiring dengan pertambahan penduduk di satu-satu kawasan.Klinik Kesihatan terlibat antaranya tiga di Jasin, tiga di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah.\"Tujuh projek yang kita ada ini berusia lebih 30 tahun dan semua ini dan kita ada lagi senarai Insya-Allah kita akan hantar kepada kementerian jika ada peruntukan lagi untuk kita naik taraf lagi, jadi kita ada klinik dan kuarters yang akan kita naik taraf lagilah,\" kata Dr Rusdi, di sini.",
"(Dr Rusdi bercakap kepada pemberita selepas melawattapak pembinaan baru Klinik Kesihatan, di sini)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=62 |
Henti minta dan beri komisen - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Amalan meminta dan memberi komisen dalam mana-mana pelaksanaan projek pembangunan, termasuk projek perumahan perlu dihentikan segera.Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komisen tersebut harus dikembalikan kepada rakyat dalam mewujudkan keadilan sosial serta kebajikan negara.\"Ada keuntungan tiada masalah, tapi janganlah potong RM10 juta atau RM15 juta kepada pak menteri atau parti seperti amalan sebelum ini, ini yang merosakkan. \"Saya faham ramai yang marah saya kerana menyinggung hal ini tapi semua orang tahu, tanyalah pemaju di Wilayah Persekutuan...adakah saya betul atau tidak....adakah saya sengaja memperbesarkan perkara ini...hakikat semua menyatakan ini telah menjadi amalan.\"Jadi sekarang saya kata perlu hentikan ini...pulangan RM10-RM15 juta yang diberikan sebagai komisen dan bayaran itu, pulangkan kepada rakyat, itu yang saya minta rakyat faham,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)",
"Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi, di sini hari ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=63 |
Bina lebih banyak rumah mampu milik di Kuala Lumpur - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih banyak rumah mampu milik dibina di Kuala Lumpur.Ia bagi membantu golongan miskin bandar memiliki kediaman dengan harga yang berpatutan.Menurutnya, kerajaan sebelum ini hanya membuat sasaran jumlah pembinaan rumah mampu milik, tetapi sasaran tersebut tidak pernah tercapai.\"Saya sebenarnya dalam pendekatan kerajaan ini...tidak berapa menggemari, agak sinis dengan unjuran ini. Selama ini satu menteri datang 100,000 rumah, 200,000 rumah tetapi tidak berhasil. \"Sebab itu saya beritahu kepada dewan bandaraya, saya nak tahu bulan ini berapa, untuk tahun depan berapa...jadi ia lebih baik dan kita boleh buat keputusan berdasarkan unjuran itu. \"Umpama sekarang ini 10,000 diperlukan dan buat sebelum Disember. Bagi saya lebih realistik kerana pengalaman kita, janji dan politik yang lunak itu tidak pernah dilaksanakan secara tuntas,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)",
"Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi, di sini hari ini.",
"Tambah Anwar, beliau akan mengadakan perbincangan bersama pihak terlibat termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung perkara tersebut.",
"Rumah mampu milik ditawar kepada M40 dan ke bawah",
"Mengenai majlis pecah tanah yang berlangsung, Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI menawarkan 1,010 unit rumah mampu milik kepada golongan M40 dan ke bawah yang belum memiliki kediaman.Cadangan pembangunan kediaman di tapak seluas 3.4 ekar itu merangkumi 3 komponen utama.Selain Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI, ia juga melibatkan pembinaan Pusat Penjaja MADANI.Setiap unit rumah Residensi Wilayah ditawarkan pada harga RM300,000 manakala Residensi Prihatin MADANI dijual pada harga RM200,000 seunit."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=64 |
Lebih 30 rumah setinggan di SPMP Labuan bakal dirobohkan
| [
"LABUAN, 15 Ogos- Lebih 30 rumah setinggan haram yang didiami kira-kira 200 penduduk di Skim Perumahan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim, Labuan bakal dirobohkan dalam satu operasi bersepadu hujung minggu ini.Operasi akan diketuai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan (PPTGWP) dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Malaysia dan Perbadanan Labuan.Operasi meroboh rumah setinggan itu adalah tindakan agresif agensi menangani kes pencerobohan harta kerajaan, selain mengawal isu kebersihan , jenayah dan sosial seperti kes curi elektrik serta mengambil kira faktor keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.Sebagai persiapan terakhir sebelum kerja-kerja meroboh dilaksana, agensi berkenaan baru-baru ini menjalankan satu sesi pemantauan berhampiran SPMB berkenaan.Ia bagi mengenal pasti rumah-rumah setinggan yang didirikan di kawasan tidak dibenarkan.Tinjauan kru RTM mendapati masih ramai yang belum berpindah.",
"(Satu sesi pemantauan berhampiran SPMB berkenaan dilakukan)",
"Malah ada sebahagian penduduk yang ingkar dan masih menetap di kawasan tersebut. Penempatan setinggan berkenaan sebahagian besar dihuni oleh komuniti pelarian Filipina.Sebelum ini penduduk di penempatan haram itu itu diberi tempoh sehingga selepas Aidilfitri untuk meroboh rumah setinggan di sepanjang sungai dan di luar kawasan di bawah MKN."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=65 |
Malaysia hasrat perkukuh perkongsian strategik dengan China
| [
"GEORGE TOWN, 11 Ogos- Malaysia berhasrat meningkatkan hubungan diplomatik dengan China dalam usaha memperkukuh perkongsian strategik kedua-dua negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan Menteri Luar China, Wang Yi mencerminkan hubungan baik kedua-dua negara.Kedua-dua negara merancang untuk meneroka keperluan meningkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.\"Kemudian berbincang dengan menteri-menteri kanan Malaysia untuk perkuat hubungan dua hala terutama dari segi perdagangan, pelaburan, pendidikan, budaya dan dari segi strategik untuk menyelesaikan hal-hal yang boleh berbangkit.\"Dan kemudian kami juga meneroka keperluan untuk meningkatkan kerjasama penyelidikan, pendidikan,\" kata Anwar kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Wang dan perwakilan China di sini hari ini.Menurutnya, beliau berterima kasih kepada Wang kerana membantu membawa pelaburan utama China ke Malaysia.Terdahulu, Wang mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar selama kira-kira 25 minit di Hotel Eastern & Oriental sebelum disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.",
"(Malaysia hasrat perkukuh perkongsian strategik dengan China/PMO) "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=66 |
Sekatan jalan raya bermula tengah malam ini - KPN
| [
"KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara, bermula pukul 12 tengah malam ini.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan awam terjaga, selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi. \"Pihak kita telah bersiap siaga 12 tengah malam nanti, mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara.\"Sekatan jalan raya berkenaan adalah amalan biasa setiap bulan yang dilaksanakan PDRM dan orang ramai tidak perlu panik,\" katanya.",
"(Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain/Foto fail Bernama)",
"Beliau menyatakan demikian dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.Razarudin turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang provokasi, perarakan atau meraikan kemenangan selepas pengumuman."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=67 |
Kerajaan Perpaduan terus kekal, hormat keputusan PRU DUN ke-15 - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Semua parti, tidak kira menang atau kalah hendaklah mengeratkan silaturrahim demi keamanan dan kemajuan negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) adalah keputusan rakyat dan perlu dihormati.\"Hormat dalam erti kata bersedia menerima keputusan dengan baik. Kalau ada permasalahan, perundangan atau protes, perkara itu dibuat mengikut jalur, hukum dan juga peraturan yang ditetapkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),\" kata Anwar dalam sidang media di ibu negara.",
"Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan akan terus kekal malah lebih kukuh dan bekerja keras selepas PRU DUN ke-15 ini.",
"\"Kita akan terus bertungkus-lumus bekerja, berkhidmat sesuai dengan hasrat kita membangun Malaysia Madani dan dasar Ekonomi Madani yang telah kita tubuhkan baru-baru ini,\" jelasnya.PRU DUN ke-15 menyaksikan gabungan PH-BN kekal mentadbir tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) kekal di Kedah, Terengganu dan Kelantan.",
"Artikel BerkaitanPH-BN kekal kuasa di Selangor menang 29 kerusiPH terus teraju Pulau Pinang, PN kekal di KedahPAS pertahan kedudukan di Kelantan, Terengganu - SPR"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=68 |
Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan
| [
"SERI MENANTI, 14 Ogos- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang kesembilan hari ini.Aminuddin, 56, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan melafaz sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas gabungan parti Kerajaan Perpaduan, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi 31 daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan dalam PRU DUN ke-15 pada Sabtu lalu.Aminuddin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, mempertahankan kerusi DUN Sikamat selepas menewaskan calon Perikatan Nasional, Ahmad Raihan Muhammad Hilal dengan majoriti 2,662 undi.Dilahirkan pada 2 Januari 1967, beliau adalah pemegang Diploma Pengajian Perniagaan lulusan Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam, mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof dan dikurniakam lima cahaya mata berumur 15 hingga 28 tahun.",
"(Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang kesembilan hari ini)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=69 |
Kenaikan subsidi padi angkat martabat ekonomi pesawah
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan kadar Skim Subsidi Padi (SSHP) daripada RM360 per tan kepada RM500 berkuat kuasa hari ini, disambut baik semua pesawah di negeri jolokan jelapang padi sekali gus mendorong mereka lebih bersemangat untuk mengusahakan tanaman padi berkualiti.Di SEREMBAN, rata-rata pesawah yang ditemui RTM mengakui kenaikan itu dapat menambah sumber pendapatan selain meningkatkan pengeluaran padi.\"Dengan pengumuman daripada Perdana Menteri untuk menaikkan harga subsisi sedikit sebanyak membantu pesawah dari segi sumber pendapatan . Jika sebelum ini perbezaan satu tan padi adalah RM140 yang bersamaan dengan 1 hektar sawah. Kalau empat atau lima tan padi boleh mencecah dekat RM1000,\" kata Mohamad Khairul Abdul Rahim.\"Bila dinaikkan kadar subsidi kami sebagai pengusaha akan jadi lebih bersemangat untuk tingkatkan lagi hasil padi. Semakin banyak kita menghasil kuantiti padi semakin bertambah subsidi yang kami dapat,\" kata Mohamad Norazim Mustafa.Di KEDAH, komuniti pesawah di negeri itu menyifatkan kenaikan kadar SSHP dapat membantu mereka mendepani peningkatan kos pengeluaran padi.\"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana menaikkan harga subsidi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan. Kami pak tani rasa bersyukur dengan kenaikan tersebut kerana dapat membantu meringankan beban memandangkan pertanian tanaman padi sekarang terpaksa menanggung kos yang tinggi,\" kata Abu Bakar Ishak.\"Saya mengerjakan sawah seluas 16 relung (ukuran luas tanah), saya bersyukur sangat dengan pengumuman Perdana Menteri, ini akan meningkatkan lagi semangat saya mengerjakan sawah padi,\" kata Ibrahim Man.\"Kenaikan harga subsidi RM140 per tan dapat membantu petani seperti kami dari segi sumber pendapatan untuk menjalani kehidupan seharian,\" kata Asmunir Ibrahim.",
"Ibrahim Man (Kiri) dan Asmunir Ibrahim (Kanan)",
"Di MELAKA, peningkatan kadar SSPH itu ternyata memberi kelegaan kepada mereka.\"Bagi saya bertepatan apa yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri. Dengan kenaikan harga jualan mungkin pihak kilang mainkan harga dari segi pemotongan jualan kita tapi kalau kenaikan pada subsidi jualan ini dapat membantu dari segi pembelian baja dan sebagainya untuk meningkatkan lagi jualan padi, \" kata Suhaimi Mustapa.\"Setelah sekian lama kenaikan sebanyak RM140 ini merupakan kenaikan terbesar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sesungguhnya kenaikan ini amat membantu pesawah-pesawah dalam menyediakan hasil padi yang lebih baik lagi, \" kata Mohd Sabri Yusuf.Semalam Perdana Menteri mengumumkan kenaikan SSHP yang merupakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara.Tambah beliau dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah negara ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=70 |
Lebih 90% projek penyelenggaraan kuarters & premis KDN RMKe-12 giat dilaksanakan
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Ogos -Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas (Taskforce) Projek Penyelenggaraan Kuarters, Premis dan Fasiliti Agensi KDN bagi memastikan projek-projek yang diluluskan bawah Rancangan Malayisa ke-12 (RMKe-12) dapat dilaksanakan dengan segera dan memberi impak kepada penerima-penerima manfaat.",
"Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji Haji Ubi dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga 5 Ogos lalu, daripada sejumlah 640 projek, sebanyak 90.1% sedang giat dilaksanakan di tapak, manakala 9.9% masih dalam peringkat perolehan.",
"Jelasnya KDN telah menerima peruntukan Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP3 RMKe-12) sebanyak RM200 juta (Fasa 1) bagi Projek Penyelenggaraan Kuarters Agensi di Bawah KDN kepada jabatan atau agensi.",
"“Agihan seperti berikut Polis Diraja Malaysia (RM98,715,000.00), Jabatan Penjara Malaysia (RM41,000,000.00), Agensi Antidadah Kebangsaan (RM31,285,000.00), Jabatan Imigresen Malaysia (RM19,000,000.00) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (RM10,000,000.00),” menurut kenyataan tersebut.",
"Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta bagi kerja-kerja pembaikan kuarters, premis dan fasiliti bawah agensi KDN (Fasa 2).",
"Pengagihan peruntukan adalah Polis Diraja Malaysia (RM145,000,000.00), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) RM40,000,000.00 dan Jabatan Penjara Malaysia (RM15,000,000.00)",
"“Gerak kerja pelaksanaan projek bawah kelulusan Fasa 2 ini sedang rancak dimulakan dan dijangka siap dilaksanakan selewat-lewatnya Disember 2023,” menurut kenyataan sama.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=71 |
Lebih banyak pelaburan asing, sekiranya BN-PH kuasai Kelantan
| [
"PASIR PUTEH, 10 Ogos-Lebih banyak pelaburan asing dan domestik akan di bawa masuk ke Kelantan sekiranya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Kelantan Ke 15 di negeri itu, Sabtu ini.Jaminan itu diberikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut memaklumkan langkah tersebut merupakan antara tumpuan yang akan di berikan BN-PH di bawah Kerajaan Perpaduan selain pemerkasaan sektor pendidikan dan mewujudkan peluang - peluang pekerjaaan kepada rakyat negeri itu.\"Azam kita selepas kemenangan di kelantan kita akan bawa lebih banyak pelabur asing untuk datang ke sini.'Bagi peluang pekerjaan kepada anak - anak kelantan bekerja. kita tidak mahu anak Kelantan lebih ramai yang menganggur akhirnya terpaksa mencari kerja di luar. Insya-Allah tidak kurang dari 100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan dapat di wujudkan\", katanya ketika berucap pada Himpunan Jentera dan Penyokong BN-PH Pasir Puteh di Dewan Terbuka Uthmaniyah Kampung Pulau Lima di sini.Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan kedudukan agama Islam tidak pernah tergugat mahupun terancam di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya menurut beliau peruntukan terhadap institusi dan hal ehwal Islam semakin bertambah sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara November tahun lepas.",
"(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/FOTO RTM) "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=72 |
Hari ASEAN ke-56 fokus capai Matlamat Pembangunan Mampan
| [
"KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, Universiti lslam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan sambutan Hari ASEAN ke-56, pada Selasa.Sambutan Hari ASEAN bertemakan 'Promoting Regional Sustainable Growth', akan diadakan di Pusat Kebudayaan UIAM di Gombak, Selangor.Wisma Putra melalui kenyataan berkata, tema sambutan itu menggariskan kepentingan usaha-usaha bersama ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) untuk kepentingan semua.\"Ini terutamanya apabila dunia sedang berhadapan dengan geo-politik dan ekonomi global yang tidak menentu yang memberi kesan kepada kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat.\"Ini akan memberi peluang kepada UIAM untuk mempamerkan usaha Sejahtera Centre dalam menginsankan pendidikan melalui SDGs.,\" katanya menerusi kenyataan media hari ini.",
"Jelasnya, terdapat juga pameran yang melibatkan syarikat-syarikat tempatan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan mengetengahkan penyelesaian inovatif dalam agenda kelestarian.\"Ini untuk menyokong pembangunan sosial, alam sekitar dan ekonomi,\" tambahnya.Kerjasama ini juga akan dapat membantu mengetengahkan usaha pelbagai sektor di Malaysia mempromosi kemampanan dan kelestarian ke arah menyumbang kepada strategi pembangunan Malaysia dalam melaksanakan SDGs. \"Di peringkat nasional, usaha tersebut adalah lanjutan daripada usaha bersama ASEAN untuk mempromosi penglibatan komunal dalam memajukan pembangunan ekonomi mampan dan inklusif di rantau ini,\" katanya.Ini selaras dengan tema Pengerusi ASEAN 2023 “ASEAN Matters: Epicentrum of Growth”."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=73 |
Anwar bertemu Erdogan di pentas PBB September ini, bincang tangani Islamofobia
| [
"KUALA BERANG, 10 Ogos - Kerjasama Malaysia-Turkiye dalam mengatasi Islamofobia diperkukuh pada persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), September ini.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perjumpaan itu antara perkara yang diminta Presiden Recep Tayyip Erdogan menerusi panggilan telefon mereka empat hari lepas.",
"\"Erdogan kata pada saya, Anwar kita berdua mesti mengetuai pasukan Islam mempertahan Islam daripada cercaan barat sekarang ini ada Islamofobia, kita berdua Turkiye dan Malaysia kita pertahankan maruah islam. Dia (Erdogan) minta saya jumpa dia masa mesyuarat perhimpunan PBB di New York pada September,\" katanya dalam Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Telemong, di sini pada Rabu.Program itu dihadiri lebih 2,000 penyokong dan jentera Pakatan Harapan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=74 |
Pelaksanaan Cadangan Dasar Gaji Progresif jangan ambil masa terlalu lama
| [
"KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Pelaksanaan Cadangan Dasar Gaji Progresif wajar dipertimbangkan secepat mungkin sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, kata Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.Menurut beliau, pelaksanaan dasar itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di pasaran pekerja, sekali gus memastikan pekerja tidak terbeban dengan kos sara hidup.\"Saya berpendapat cadangan ini satu pengisian yang terbaik dalam waktu sekarang. Apa yang penting kita mesti terjemahkan gaji progresif sebagai satu rangka atau satu pelan tindakan supaya perkara ini dapat di laksanakan dengan cara yang terbaik.\"Ini setelah dapat persetujuan daripada semua pihak agar tidak mengambil masa yang panjang sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan,\" katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam Program Bicara Naratif di Angkasapuri malam tadi.",
"Pada 7 Julai lalu, kerajaan memberi jaminan akan mengkaji semula gaji dan elaun penjawat awam seluruh negara dalam masa terdekat.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kali terakhir kadar gaji berkenaan digubal adalah pada 2013 dan ia dilihat tidak setimpal dengan tugasan.Susulan itu, semalam Perdana Menteri mengumumkan Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk memperhalusi mekanisme pelaksanaan secara berperingkat.Beliau berkata cadangan itu sekali gus meneroka keperluan bagi memperuntuk dana sebagai insentif berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan serta keperluan dasar.Dasar itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji dapat dipertingkat dengan lebih konsisten dan pengagihannya lebih seimbang.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Dasar Gaji Progresif, pembentangan kertas putih di Parlimen pada September Kerajaan perhalusi pelaksanaan Dasar Gaji ProgresifJamin upah lebih adil, perlu dasar penentuan gaji bersesuaianCUEPACS harap kerajaan segerakan kenaikan imbuhan penjawat awam"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=75 |
Untuk rakyat, kerajaan perkenal dua pakej telekomunikasi lebih murah
| [
"KUALA LUMPUR, 7 Ogos –Sebagai penghargaan kepada rakyat, selain usaha merapatkan jurang digital, dua pakej telekomunikasi lebih murah diperkenal iaitu Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam.",
"Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan pakej tersebut yang diperkenalkan sempena Bulan Kebangsaan merupakan pakej perkhidmatan internet yang lebih murah berbanding yang tersedia dalam pasaran.",
"“Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan. Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.",
"Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120. ",
"“Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti 2 tahun berbanding hanya setahun sebelum ini,” kata Fahmi.",
"Sebagai menghargai penjawat awam, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam turut diperkenalkan dengan pemberian rebat RM10 sebulan dan terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada.",
"“Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun. Pakej ini juga akan berkuat-kuasa bermula 31 Ogos 2023,” menurut kenyataan sama.",
"Jelas Fahmi, ke dua-dua pakej itu merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.",
"“Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan,” kata Fahmi yang turut memperjelaskan langkah itu selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.",
"(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil/Foto BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=76 |
Karnival Jualan Agro Madani Melaka bakal disertai 136 usahawan
| [
"(Pengarah FAMA Melaka, Hairudin Yunos (dua, kiri) pada Program Jualan Khas Agro Madani di tapak Pasar Tani Merlimau/ BERNAMA)",
"JASIN, 6 Ogos- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka akan mengadakan Karnival Jualan Agro Madani peringkat negeri pada 30 Ogos hingga 3 September depan di Dataran Sejarah Ayer Keroh membabitkan 136 usahawan.Pengarah FAMA Melaka, Hairudin Yunos berkata karnival itu meliputi beberapa kluster iaitu Industri Makanan dan Asas Tani, florikultur, makanan segar, makanan popular, kendera saji dan Jualan Agro MADANI.Katanya, fokus utama pelaksanaan program adalah untuk memberi penjimatan antara 10 hingga 30 peratus tawaran harga lebih rendah daripada harga pasaran, di samping membantu usahawan memasarkan produk mereka.\"Selain daripada aktiviti jualan, antara tarikan utama pada program ini ialah pertunjukan bunga api sempena Malam Ambang Merdeka, forum perdana, townhall usahawan, pertandingan nyanyian lagu patriotik, petting zoo dan Muay Thai sepanjang lima hari penganjuran program itu,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini.",
"Beliau ditemui pada Program Jualan Khas Agro Madani di tapak Pasar Tani Merlimau sempena memperingati pengisytiharan sambutan Hari Peladang kali Pertama pada 6 Ogos 1972.Dalam pada itu Hairudin berkata FAMA juga menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1.2 juta sehingga akhir tahun ini menerusi Program Jualan Agro MADANI.Setakat Julai, pihaknya telah mencapai nilai jualan sebanyak RM400,000 melibatkan 50 penganjuran.Ujarnya, FAMA akan menambah operasi jualan melibatkan 250 outlet di lokasi dikenal pasti sehingga Disember melibatkan 140 usahawan tani.\"Kita juga dibantu oleh usahawan yang mengadakan jualan istimewa menyokong program kita ini dengan menjual ayam dengan pengurangan sebanyak RM3. Hari ini kita ada di seluruh Melaka, kita ada tiga 'outlet' di seluruh daerah. Kita ada di Jasin, di pasar tani Merlimau ini kita ada di Melaka Tengah di outlet peruncitan FAMA, milik usahawan kita di Duyong dan kita ada di pasar tani Alor Gajah pagi ini juga, jadi tiga tiga lokasi ini kita langsungkan serentak pada format yang sama juga,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=77 |
Muzium Agong, kongsi perjalanan sebagai YDP Agong dan Permaisuri - Tunku Azizah
| [
"KUANTAN, 5 Ogos- Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah untuk mewujudkan Muzium Agong yang bakal menempatkan pelbagai lakaran perjalanan selama lima tahun Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.Titah baginda, segala hadiah dan kurniaan selama lima tahun tersebut akan ditempatkan Muzium Agong dan dipamerkan kepada rakyat bagaimana permulaan dan pengakhiran Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.Turut dipamerkan adalah legasi peninggalan di sepanjang pemerintahan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad ketika baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong suatu ketika dahulu.\"Kita akan letak dalam Muzium Agong itu kerana Pahang sudah memberikan dua Agong kepada Malaysia. Semua itu akan dipamerkan di sana.Beta ucap terima kasih kepada kerajaan negeri kerana selalu menyokong beta termasuk usaha ini untuk dilaksana,\" titah baginda Tunku Azizah ketika mencemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran ‘Pahang In Nature’ di Muzium Seni Kontemporari (MOCA) di Kompleks Muzium Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat.",
"Pameran tersebut mempamerkan 33 hasil karya artis daripada Tengku Marina Tengku Ibrahim, selain sembilan galeri antaranya Galeri Etnografi, Taman Bunyi-bunyian dan alat-alat muzik yang mempamerkan alat muzik seperti gambus, gitar dan piano.Penubuhan MOCA pertama di Malaysia bakal memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang kepentingan menghayati dan menghargai karya seni terutamanya dalam melestarikan warisan tradisi."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=78 |
Isu kadar gaji termasuk gaji siswazah, skim saraan dibincangkan minggu depan - PM
| [
"BUKIT MERTAJAM, 5 Ogos- Kerajaan akan membincangkan isu berkaitan kadar gaji keseluruhan penjawat awam dan skim saraan termasuk isu gaji siswazah pada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Gaji yang akan dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu hadapan.Jelas perdana menteri, mesyuarat tersebut sudah ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.",
"\"Penyelarasan (gaji) itu setiap 10 tahun, sekarang sudah menjangkau 12 tahun. Jawatankuasa itu tidak bermesyuarat sebelum ini, jadi semua perkara ini (isu gaji) kita akan ambil kira (bincangkan).\"Saya telah jelaskan bahawa umumnya kadar upah gaji penjawat awam termasuk polis, tentera dan tentera tidak berpencen itu rendah.\"Semua ini kita akan masukkan (bincangkan) dan Insya-Allah tertakluk kepada keupayaan ekonomi, kita naikkan (gaji) (secara) berperingkat,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM ke-16) di Seberang Jaya.Isu gaji siswazah mendapat perhatian apabila kadar itu dianggap merosot ke paras gaji minimum.Sementara itu, kepakaran yang dimiliki Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan universiti dalam negara akan diangkat bersama kerajaan pusat untuk terus memacu kemajuan negara.Ke arah itu, beliau akan meminta pengurusan IPT terbabit agar memberikan data terperinci berkaitan kepakaran setiap institusi untuk bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan pusat.Perdana menteri berkata, menjadi satu kerugian kepada negara, sekiranya ia tidak dipraktikkan berbanding negara China yang sudah lama berbuat demikian.\"Mesti ada sinergi dengan universiti tanpa kecuali, sebaik ada kepakaran universiti mesti dimanfaatkan sepenuhnya, jika tidak ini satu kerugian buat negara.\"Jadi saya sudah minta laporan secara terperinci setiap universiti, berikan bidang-bidang tenaga akademik atau penyelidik dan kita boleh sesuaikan di jabatan (atau) kementerian berkaitan supaya sinergi ini dimanfaatkan.\"Saya lihat negara China lebih aktif memanfaatkan (perkara) ini, (bagaimanapun) kita masih lagi ikut pendekatan lama,\" katanya dalam ucapan beliau pada majlis itu.Seramai 91 individu dalam pelbagai bidang kepakaran negara termasuk Indonesia terlibat dalam PERKEM ke-16 dengan melibatkan pembentangan sebanyak 76 kertas kerja.Pensyarah Kanan Bahagian Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Abdul Rais Abdul Latiff menyifatkan persidangan itu mampu menyumbang kepada pembentukan model dasar yang lebih baik serta membantu dalam pembentukan dasar lebih stabil untuk proses pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara lebih kukuh.\"Untuk proses pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara lebih kukuh, iya, seperti dikatakan perdana menteri bahawa sumbangan ahli akademik merupakan satu sumbangan besar dalam membantu kerajaan membentuk sebuah negara berdaya tahan terutamanya dalam era ketidaktentuan geopolitik,\" katanya.",
"(Anwar Ibrahim (biru) pada Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16di Seberang Jaya, Pulau Pinang/FB Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=79 |
TVET JELITA sasar 150,000 pelajar wanita kuasai pelbagai kemahiran
| [
"KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyasarkan pengambilan seramai 150,000 pelajar wanita untuk mendaftar di bawah Program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) menjelang tahun 2026.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata program itu merupakan peluang terbaik untuk kaum wanita menceburkan diri dalam pelbagai kemahiran bagi meningkatkan ekonomi golongan wanita negara ini.\"Program ini merangkumi bidang seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, teknologi agro sehingga kepada reka bentuk fesyen, seni kreatif, industri halal dan pelbagai lagi. \"Setiap kursus direka sejajar dengan trend industri semasa dan ramalan pasaran kerja masa hadapan.\"Malah program ini juga menawarkan pakej penyediaan pengajian eksklusif hasil kerjasama dengan rakan industri yang sedia menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan mengikut keperluan pasaran.\"Program JELITA ini tidak hanya berhenti pada penyampaian latihan tetapi juga bertujuan untuk menyediakan sokongan selepas latihan,\" katanya.Tambah beliau, usaha ini diperkenalkan kerana wanita seringkali berhadapan dengan cabaran ekonomi dan sosial yang unik antaranya diskriminasi jantina, perbezaan gaji dan kesukaran untuk memasuki bidang pekerjaan yang didominasi oleh kaum lelaki.",
"(Majlis Pelancaran JELITA di Pusat Perdagangan Dunia (WTC)/FOTO Zahid Hamidi)",
"Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran JELITA di Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.JELITA menawarkan 10 bidang kemahiran dan pensijilan lebih tinggi dan luas, selain menjalinkan kerjasama dengan 74 rakan strategik bagi memastikan program dan pensijilan ditawarkan selaras keperluan industri.Antara rakan strategik bagi program JELITA adalah Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).Kedua-dua institusi itu akan berperanan sebagai penyedia latihan dan fasilitator untuk menyediakan tenaga mahir berkualiti khusus untuk wanita.Pada 27 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, mahu jurang jantina dalam pasaran buruh harus dirapatkan.Ini bagi meningkatkan kadar penyertaan buruh wanita untuk mencecah 60 peratus supaya lebih setanding dengan ekonomi serantau.Anwar berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai peluang yang saksama bagi mengecap kejayaan yang bermakna sama ada dalam kerjaya atau perniagaan mereka.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Ekonomi Madani sasar jadikan Malaysia 30 ekonomi terbesar duniaPM mahu buruh wanita cecah 60 peratus setanding ekonomi serantau"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=80 |
KPWKM sedia bantu jurugambar wanita Acacia Diana
| [
"SERDANG, 3 Ogos - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia membantu seorang jurugambar, Acacia Diana yang trauma menjadi mangsa hendap seorang lelaki tempatan, selama 8 tahun.Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan sedang menunggu laporan terperinci yang merangkumi siasatan serta kronologi kejadian.“Kami ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut, namun laporan yang terperinci masih belum diterima.\"Setelah kami terima laporan lengkap, kami akan cuba membantu,\" katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Mardi, Serdang.",
"Nancy turut menegaskan sekiranya menjadi mangsa gangguan seksual atau jenayah intip mahupun hendap, beliau menasihatkan mangsa agar tidak takut untuk membuat laporan polis secepat mungkin.“Pertama sekali, sekiranya anda menjadi mangsa ‘stalker’, buat laporan polis serta merta kerana laporan ini akan dijadikan bukti sekiranya mangsa ingin mendapatkan khidmat guaman atau sekiranya mangsa ingin mengambil tindakan lanjut terhadap pelaku.“Bagaimanapun, untuk penjawat awam, mungkin ada beberapa prosedur atau SOP yang perlu dipatuhi. Tetapi, apa yang penting, buat laporan polis terlebih dahulu,” katanya.Pada 16 Julai lalu, Acacia membuat laporan polis buat kali ketiga selepas mendedahkan dirinya diganggu oleh seorang lelaki sama dengan mesej lucah. Acacia pernah membuat tiga laporan polis berhubung kejadian yang sama iaitu pada tahun 2018, 2022 dan 16 Julai 2023.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya pada semalam."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=81 |
KKR serah tiga SST berjumlah RM527 juta kepada kontraktor projek kesihatan
| [
"KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyerahkan tiga Surat Setuju Terima (SST) kepada syarikat yang terpilih berkaitan pelaksanaan projek-projek kesihatan milik Kesihatan Malaysia (KKM).Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah keseluruhan projek kesihatan itu sebanyak RM527 juta untuk tahun ini.Katanya, projek itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan sedia ada yang dibina pada tahun 1973 yang kini sudah tidak mampu untuk menampung pertambahan bilangan pesakit dengan kadar purata 42, 500 orang setahun.SST itu untuk Projek Pembinaan Projek Pembinaan Blok Baru Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar, Perak dengan kos projek sebanyak RM20.2 juta.\"Setiap kontraktor yang menerima SST ini haruslah menyiapkan setiap projek mengikut jadual dan tanggungjawab sebagai satu amanah agar manfaat fasiliti tersebut dapat dinikmati rakyat,\" tegasnya.Beliau berkata, selaku peneraju sektor pembangunan pembinaan dan infrastruktur negara, kementeriannya berusaha menyediakan fasiliti kesihatan terbaik kepada rakyat.",
"Katanya, pengeluaran segera SST kepada syarikat telah dipilih melalui proses Perolehan Kerajaan.\"Ini antara strategi KKR untuk merancakkan semula sektor pembinaan secara tidak langsung dapat membantu dari sudut ekonomi golongan kontrator daripada pelbagai kelas termasuk kontraktor kecil G1 hingga G4,\" katanya.Tambah beliau, ini selari dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah melancarkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi Malaysia yang baharu.Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui cawangan Kerja Kesihatan terlibat dengan 163 projek fasiliti kesihatan di seluruh negara bermula dari Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK 9) 2006-2010.Sehingga 3 Julai, sebanyak 31 projek di peringkat perancangan, 4 peringkat reka bentuk, 12 di peringkat perolehan, 71 di peringkat pembinaan dan 45 projek telah berjaya diserahkan oleh JKR kepada KKM dengan nilai kos keseluruhan 163 projek yang berjumlah RM14.6 bilion.\"KKR juga terus mengambil langkah proaktif dan menggandakan pelbagai inisiatif untuk mengimbangi pertumbuhan dengan konsolidasi fiskal yang mempunyai impak secara langsung kepada rakyat, penggiat industri pembinaan dan pembangunan sektor pembinaan dalm mencapai hasrat dan kejayaan Ekonomi MADANI,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=82 |
Sarawak anjur Festival Filem Asia Pasifik tahun depan
| [
"KUCHING, 3 Ogos - Sarawak akan menganjurkan Festival Filem Asia Pasifik (APFF) tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.Beliau berkata festival itu dirancang diadakan di Miri dan perkara tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Produser Filem Asia Pasifik (FPA) Suhan Pansha dan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (FPM) Livan Tajan.“Bagi pihak kementerian, kami gembira untuk menyokong inisiatif ini kerana tiga sebab, pertama kami akan menerima lebih ramai pelancong memasuki Sarawak dan kedua, APFF meliputi 22 negara di Asia Pasifik daripada Korea Selatan dan Jepun hinggalah ke New Zealand dan Australia.“Ketiga, ia dianjurkan oleh ahli profesional yang sama yang telah menganjurkan AIFFA (Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN) dan Pansha telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah pergi ke banyak festival dan antara yang terbaik dikelolakan di rantau ini ialah AIFFA di Kuching,” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh timbalannya Datuk Snowdan Lawan pada AIFFA 2023 Filmbiz World di sini hari ini..Terdahulu, Abdul Karim berkata AIFFA Filmbiz World adalah platform bagi pakar-pakar industri filem berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam industri itu.“Sebagai perkembangan AIFFA untuk Sarawak tahun ini, saya sukacita memaklumkan satu persatuan baharu didaftarkan awal tahun ini, dikenali sebagai Persatuan Kolektif Filem Sarawak.“Antara objektifnya termasuk pembangunan bakat di Sarawak dan untuk memelihara standard industri filem dan TV Sarawak menerusi dasar kerajaan,” katanya.Pada majlis itu, Persatuan Kolektif Filem Sarawak dan Dana Filem Malindo menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang antara lain menggariskan kerjasama antara kedua-dua pihak berhubung pelaburan menerusi dana filem, selain mengenal pasti mereka yang layak untuk menerima dana tersebut di negeri ini dan juga seluruh Borneo. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=83 |
Malaysia, Brunei sepakat tandatangan tiga MoU
| [
"(Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar Ibrahim)",
"PUTRAJAYA, 8 Ogos- Sebanyak tiga memorandum persefahaman (MoU) berjaya ditandatangan menerusi pertemuan antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, di sini, hari ini. MoU pertama adalah berkenaan Perpindahan Banduan Antarabangsa (ATAS) yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan rakan sejawatannya, Datuk Seri Setia Awang Haji Ahamaddin Abdul Rahman. MoU kedua melibatkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan yang ditandatangani Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.",
"MoU terakhir adalah kerjasama dalam bidang kehakiman syariah yang ditandatangani Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohd Amran Mat Zain dan Ketua Hakim Syarie Brunei, Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Paduka Seri Setia Awang Salim Besar.",
"Lawatan negara Sultan Hassanal Bolkiah itu bertepatan dengan Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) Ke-24 yang akan dihadiri baginda dan Anwar. ALC akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala dan membincangkan isu tertunggak serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Ia sekali gus akan mengukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin lama dan kerjasama pelbagai aspek antara kedua-dua negara serta rakan kongsi di ASEAN. Tahun lalu, Brunei adalah rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia dan keenam terbesar ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM13.22 bilion (AS$2.98 bilion) peningkatan 68.4% berbanding nilai dicatatkan pada 2021.",
"(Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=84 |
Bonda Sultan Mizan mangkat 3.19 pagi tadi
| [
"KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Bonda Sultan Terengganu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Non Alsagoff Abdillah mangkat pada 3.17 pagi Khamis di Kuala Lumpur.Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar menerusi kenyataan berkata jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Mahmud pada 2.44 petang tadi dengan pesawat khas dari Kuala Lumpur.Kemudian jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir.Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Makam DiRaja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang sekitar 4 petang untuk istiadat pemakaman.Susulan itu, Tuanku Mizan Zainal memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari mulai hari ini hingga 7 Ogos.\"Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syaqiyyyah, mulai 8.15 malam ini,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=85 |
KKM dalam proses dapatkan 150,000 vaksin influenza untuk staf
| [
"PUTRAJAYA, 2 Ogos - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses mendapatkan sekurang-kurangnya 150,000 vaksin influenza untuk tahun ini.Menterinya Dr. Zaliha Mustafa berkata, vaksin itu akan diberikan kepada petugas kesihatan khususnya petugas barisan hadapan.\"Kita tengah menunggu untuk pembelian influenza vaksin,” katanya.Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kementerian Kesihatan 2023 di sini, hari ini.Jelasnya KKM terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjaga menerusi Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW.Katanya, ini merupakan platform dalam menyuntik advokasi kesihatan dan mempersiapkan warga kerja KKM ke arah tahap kesihatan terbaik demi meneruskan perjuangan dalam memperkasakan sistem kesihatan negara."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=86 |
Ahli Parlimen disaran jalani pemeriksaan kesihatan
| [
"PUTRAJAYA, 2 Ogos - Jemaah menteri dan ahli Parlimen sekali lagi dinasihatkan untuk menjalankan saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.Menurut Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa perkara itu disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat kabinet hari ini.Jelasnya bagi menggalakkan usaha itu pihaknya akan melaksanakan program serta aktiviti kesihatan khususnya saringan kesihatan pada sesi pembukaan parlimen yang akan datang.\"Kita memperingatkan semua ahli parlimen untuk menjaga kesihatan masing-masing. Saya tak pasti kalau sesi sebelum ini tapi untuk sesi kali ini memang kita telah pun mengemukakan cadangan ini.\"Cadangan itu telah dilakukan oleh speaker Dewan Rakyat tempoh hari dan kita dalam jawantankuasa ANMS juga yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri pada tempoh hari ada juga yang menyarankan untuk ahli-ahli parlimen dan semua pekerja untuk menggalakkan melakukan saringan kesihatan,\" katanya yang berharap semua ahli parlimen mengambil ikhtibar pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kementerian Kesihatan 2023 di Putrajaya.\"Contohnya baru ni apa yang berlaku kepada Allahyarham (Salahuddin), kita memperingatkan kepada semua ahli Parlimen untuk menjaga kesihatan masing-masing,” katanya.",
"Pada 23 Julai lalu, Salahuddin, 61, yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.23 malam ketika dirawat di unit rawatan rapi HSB.Allahyarham yang memulakan inisiatif Rahmah, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB pada 21 Julai lalu untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah.Pemeriksaan doktor pakar kemudiannya mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.Beliau kemudiannya menjalani pembedahan pada pagi Sabtu, sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Salahuddin meninggal dunia pukul 9.23 malamAllahyarham Datuk Seri Salahuddin, selamat dikebumikanAgong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada seluruh keluarga SalahuddinPM dukacita pemergian Allahyarham SalahuddinDatuk Seri Salahuddin selesai jalani pembedahan, kini ditempatkan di ICU "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=87 |
Polis sahkan ucapan Fahmi Fadzil tiada sebarang unsur kempen politik
| [
"SHAH ALAM, 2 Ogos - Tiada sebarang unsur kempen politik, dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang dilaporkan berlaku di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, Ahad lepas. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata ini berikutan selepas hasil penelitian rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid berkenaan. \"Pihak polis tidak mendapati sebarang unsur-unsur ucapan kempen, dalam tempoh hampir 12 minit ucapan oleh menteri itu adalah berhubung penerangan beliau berkaitan isu kumpulan muzik The 1975,\" katanya.Hussein Omar berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.Tambah beliau setakat ini seramai lapan saksi termasuk pengadu dipanggil bagi membantu siasatan.Pihak polis juga telah mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesan sedang giat dilakukan kerana membuat kenyataan tidak benar.Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.",
"Semalam, Fahmi Fadzil yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai itu sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap pihak yang memfitnahnya dan sedia memberi kerjasama dengan JAIS berkait ucapan beliau ketika berada di sebuah masjid di Rawang pada Ahad.Sebelum ini, tular gambar Fahmi di media sosial ketika berucap di sebuah masjid.Bagaimanapun, Fahmi menerusi laman Facebook menafikan dakwaan bahawa beliau sedang berkempen.Fahmi turut memberitahu dijemput oleh kariah masjid bagi mengulas berhubung isu kumpulan The 1975 dan pembatalan Festival Good Vibes.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Fahmi sedia beri kerjasama dengan JAIS"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=88 |
PM beri jaminan selesai isu miskin tegar, pendidikan kaum India
| [
"KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menyelesaikan isu kemiskinan tegar dan pendidikan yang membelenggu kaum India di negara ini.Jelas beliau, semua pihak perlu menolak kepentingan politik buat sementara waktu, tetapi perlu bekerjasama dalam menyelesaikan isu lebih penting seperti soal kemiskinan tegar.\"Dalam tempoh setahun, kita tidak perlu bercakap mengenai jawatan. Saya mahu menunaikan janji saya, terutamanya kepada masyarakat Melayu, India dan semua kaum yang miskin.\"Itu impian saya. Saya teruja untuk (menyelesaikan) perkara ini. Saya bersusah payah selama sedekad untuk membantu golongan miskin. Sebagai perdana menteri, saya akan lakukannya,\" katanya dalam pertemuan khas bersama MIC di ibu negara.Tambah Anwar, beliau bukan perdana menteri untuk satu kaum sahaja, sebaliknya perdana menteri bagi seluruh rakyat Malaysia dan memikul tanggungjawab untuk menjaga kepentingan semua pihak.Hadir sama dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; dan pimpinan kanan MIC di bahagian pusat dan bahagian.Vigneswaran juga mengumumkan bahawa MIC akan turut berkempen bersama calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15), selain mengumumkan akan bekerjasama bersama Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) serta Friends of BN.Sementara itu, komitmen perdana menteri yang mahu mengatasi masalah kemiskinan tegar dan isu pendidikan dalam kalangan masyarakat India dipuji.",
"\"Memang memberi satu semangat kepada ahli MIC, yang mana perdana menteri telah menjanjikan beberapa isu. Bukan setakat itu, selepas 50 tahun, (Anwar menjadi) perdana menteri kedua datang ke bangunan MIC. Saya ingat (ia telah memberi) motivasi kepada ketua bahagian, ketua cawangan untuk bekerja pada PRU DUN Ke-15,\" Datuk T. Mohan, Naib Presiden MIC.\"Bukan saya saja, (tetapi) seluruh warga MIC rasa gembira dengan kehadiran perdana menteri ke bangunan MIC,\" J. Dhinagaran, Pengerusi MIC Pulau Pinang.\"Beliau (Anwar) benar-benar ingin mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah (kemiskinan) dalam kadar segera seperti beliau janjikan pada akhir tahun 2023. Kita harus puji keberanian, ini satu keberanian dan memerlukan tindakan daripada seorang perdana menteri yang tepat pada masanya,\" Datuk Seri R.S. Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti.",
"(SA Vigneswaran, Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid Hamidi dan M Saravanan)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=89 |
Bantuan RM1,000 untuk jemaah haji, perumahan untuk semua antara 50 Manifesto Perpaduan Pulau Pinang
| [
"(Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan Pulau Pinang, di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena malam tadi)",
"BUTTERWORTH, 2 Ogos- Bantuan RM1,000 kepada setiap jemaah haji dari golongan B40,memperkenalkan Skim Rumah Sewa Khas kepada golongan belia, dan sumbangan komputer riba percuma kepada pelajar B40 yang memperoleh tawaran ke IPTA. Itu antara 50 manifesto Perpaduan Pulau Pinang 2023 yang dibentangkan malam tadi.Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Perpaduan negeri, Zairil Khir Johari yang membuat pembentangan itu, berkata secara keseluruhan terdapat 50 manifesto yang merangkumi 16 tema utama.Antara yang menjadi fokus ialah menyalurkan bantuan 'one off' RM1,000 kepada setiap jemaah haji golongan B40 di bawah tema 'Syiar Islam Terus Dipertahankan Berteraskan Kerangka Malaysia Madani'.Menerusi tema 'Cakna Kebajikan Rakyat' pula, pasangan yang mendirikan rumah tangga menerima bantuan 'one off' RM500 di bawah Program Mempelai Emas.Kedua-dua manifesto itu antara inti pati terbaru yang diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan.Sementara itu, Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow berkata, kesemua manifesto berkenaan membuktikan kerajaan Perpaduan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat \"Yang pastinya manifesto ini akan memperkasakan lagi negeri Pulau Pinang ke arah yang lebih gemilang dengan memastikan rakyatnya terus hidup dalam suasana aman, harmoni berlandaskan kehidupan berkualiti,\" katanya.",
"(Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow)",
"Beliau berkata demikian ketika berucap selepas Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan negeri, di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi. Kata Kon Yeow , 16 tunjang utama dalam manifesto yang diperkenalkan itu bagi memperjuangkan nasib rakyat sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir sekali lagi Pulau Pinang.\"Kita sentiasa memikul amanah yang diberikan, memastikan bahawa tiada pihak yang terpinggir atau dipinggirkan, prinsip negeri berkebajikan yang sentiasa menjadi pegangan dan pastinya kita membangun bersama-sama dalam percambahan sosio ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan,\" ujarnya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=90 |
3R tidak sepatutnya dipolitikkan, cipta jurang yang lebih besar antara kaum- Wan Rosdy
| [
"(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)",
"PEKAN, 2 Ogos- Isu gama, bangsa dan institusi Raja (3R) tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia hanya akan mencipta jurang yang lebih besar antara kaum. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata semua rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa negara ini dibina oleh masyarakat majmuk. Menurut beliau, tumpuan seharusnya terarah kepada usaha untuk membina negara dengan ekonomi yang berkembang maju. \"Kita tahu bahawa suatu ketika dulu negara kita dari segi ekonominya di rantau Asia Tenggara adalah negara yang paling berkembang dan sekarang kita dapat tahu bahawa negara yang dahulunya bawah daripada kita dari segi ekonominya sekarang telah mendahului. Negara kita banyak sangat fokus kepada isu politik yang berpanjangan. Jadi sudah sampai masanya untuk kita sama-sama memikirkan bagaimana nak bawa negara ke arah lebih maju untuk rakyat di negara kita,\" katanya.Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang 2023 di Dataran Bandar DiRaja Pekan, semalam.",
"(Datuk Seri Wan Rosdy pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang 2023 di Dataran Bandar DiRaja Pekan, semalam)",
"Jelas Wan Rosdy lagi, kemerosotan ekonomi negara dan negeri akan menjejaskan rakyat, sekali gus menyebabkan hutang negara bertambah, hilang peluang pekerjaan dan kadar pengangguran akan semakin meningkat. Justeru, beliau berharap pemimpin yang telah dipilih rakyat melalui pilihan raya perlu mengamalkan politik matang, serta merangka strategi terbaik untuk membina dan membawa negara ke hadapan supaya setaraf dengan negara maju lain."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=91 |
Prestasi negara semakin baik di pentas dunia - PM
| [
"KUALA PILAH, 1 Ogos - Prestasi negara semakin baik di pentas dunia berikutan ramai pelabur antarabangsa mula menujukkan minat untuk melabur di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar berkata, ia berikutan kestabilan politik negara dalam pelbagai aspek sekali gus menarik keyakinan pelabur.Tambah beliau, ini dibuktikan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc Elon Musk telah menyatakan persetujuan untuk membina sebuah ibu pejabat di Cyberjaya.\"Ini merupakan penghormatan besar kepada Malaysia susulan dasar ekonomi, termasuk Ekonomi Madani, yang diamalkan oleh negara.“Politik stabil untuk apa? saya tegaskan untuk membangunkan ekonomi dan tarik pelabur, dahulu pelabur tidak datang, kita tengok pembesar luar negara jarang datang ke Malaysia, “Sekarang, minggu lepas sahaja Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, sudah 49 tahun beliau tidak datang, kalau datang pun sebab persidangan antarabangsa,\" katanya.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di ceramah Jelajah Perpaduan Perdana Menteri @ Pilah di Taman Ampang Tinggi malam tadi)",
"Anwar berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan Perdana Menteri @ Pilah di Taman Ampang Tinggi malam tadi.",
" ARTIKEL BERKAITAN:Anwar, Elon Musk adakan pertemuan maya, bincang perkhidmatan satelit StarlinkAnwar dijadual adakan pertemuan secara maya dengan Elon Musk esokPerbincangan antara PM, Elon Musk melangkaui sektor EV - Tengku Zafrul"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=92 |
Agong, Permaisuri berkenan hadir Pesta Kuantan 188
| [
"(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188/FOTO BERNAMA)",
"KUANTAN, 1 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat mencemar duli ke Pesta Kuantan 188, malam tadi. Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan kerabat Diraja Pahang. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco kerajaan negeri. Pesta Kuantan 188 yang berlangsung selama tiga hari itu diadakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64, Al-Sultan Abdullah yang jatuh pada 30 Julai dan Tunku Azizah pada 5 Ogos ini. Pesta tahunan itu diserikan dengan acara potong kek dan pulut kuning oleh baginda berdua. Baginda turut dipersembahkan dengan persembahan seni silat yang diketuai oleh bekas pesilat negara dan juara dunia, Al Jufferi Jamari selain persembahan gendang perpaduan. Kemuncak program, acara konsert nyanyian oleh barisan artis tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Ameng, Aisha Retno, Santesh dan pelawak, Harith Iskander, serta penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Baginda turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama ribuan rakyat yang hadir pada malam tadi.",
"(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188/FOTO BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=93 |
DUN Melaka lulus Enakmen berkaitan antilompat parti
| [
"(Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini/ FB Ab Rauf Yusoh)",
"AYER KEROH, 31 Julai- Pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti diluluskan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.Usul berkenaan telah dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN-Tanjung Bidara) pada hari pertama Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri, di sini, hari ini.Beliau berkata rang undang-undang tersebut dicadangkan berikutan Parlimen telah meminda Seksyen 6 dan 7 Jadual Ke-8 Perlembagaan Persekutuan menerusi Seksyen 6 Akta Perlembagaan Pindaan 2022 (Akta A1663) yang berkuat kuasa 5 Oktober 2022. Katanya, pindaan Seksyen 6 Akta A1663 itu telah memadamkan Subseksyen 5 Seksyen 6 dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang mana sebelum pindaan berkenaan berkuat kuasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melepaskan keahlian dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan hilang kelayakan sebagai ADUN bagi tempoh lima tahun dari tarikh pelepasan jawatan tersebut.",
"(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)",
"Setelah pindaan itu berkuat kuasa, mana-mana ADUN yang melepaskan jawatan kini tidak lagi disekat untuk bertanding semula sebagai ADUN. Ujarnya, pindaan Seksyen 7 Jadual Ke-8 Akta A1663 pula telah memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 7A yang mana melarang ADUN untuk bertukar parti.Tegasnya, sekiranya ADUN bertukar parti politik seperti yang disenaraikan oleh Perkara 13A, mereka akan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat. \"Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan merupakan peruntukan-peruntukan penting yang perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan oleh mana-mana negeri, justeru kerajaan negeri Melaka turut mengambil langkah untuk meminda Perlembagaan Negeri Melaka bagi menyelaraskan undang-undang negeri Melaka dengan undang-undang di peringkat Persekutuan, bagi membawa dimensi baharu dalam politik tanah air kita,” katanya pada Sidang DUN Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Susulan itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan Cadangan Pindaan Perkara 6 dan 7A Perlembagaan Negeri Melaka berhubung kuat kuasa undang-undang antilompat parti pada 14 Jun lepas dan cadangan pindaan itu diluluskan Jawatankuasa Perlembagaan Negeri pada 5 Julai. Katanya pindaan itu dilaksanakan menerusi Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 yang dibentangkan hari ini bagi mendapatkan kelulusan Badan Perundangan Negeri. Rang undang-undang berkenaan diluluskan setelah mendapat sokongan 24 ADUN manakala empat ADUN tidak hadir. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=94 |
Jumlah penduduk Malaysia 33.4 juta didorong migrasi antarabangsa
| [
"PUTRAJAYA, 31 Julai –Jumlah penduduk Malaysia pada tahun ini, dianggarkan sebanyak 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada tahun lalu, meningkat kira-kira 0.7 juta dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 2.1%.",
"Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk disebabkan pertambahan bilangan penduduk Bukan Warganegara yang lebih tinggi iaitu meningkat daripada 2.5 juta (2022) kepada 3.0 juta (2023).",
"“Penduduk Warganegara meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan yang kecil iaitu 0.7% (2022: 0.6%)”,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.",
"Laporan itu memaparkan anggaran penduduk di Malaysia bagi tahun 2022 dan 2023; berasaskan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2020.",
"“Anggaran penduduk ini menggunakan kaedah komponen kohort yang meliputi kelahiran, kematian, migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa,” menurut kenyataan tersebut.",
"Jelas MOhd Uzir, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk ini turut berlaku di beberapa negara lain seperti Singapura (3.4%), Australia (1.9%), Germany (1.3%), Canada (0.7%) dan United States of America (0.5%).",
"Tambah Mohd Uzir, Tiga negeri iaitu Sabah (5.1%), W.P. Labuan (2.6%) dan Selangor (2.2%) telah melepasi kadar pertumbuhan nasional 2.1%.",
"“Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada 2023 ialah Selangor (21.6%) diikuti Johor (12.3%) dan Sabah (10.8%). Sebaliknya, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu masing-masing 0.3% dan 0.4%”, kata Mohd Uzir.",
"Sementara itu, komposisi penduduk warganegara berkurangan daripada 92.4% (2022) kepada 91.1% pada 2023. Ini menyumbang kepada peningkatan komposisi penduduk Bukan Warganegara daripada 7.6% kepada 8.9% dalam tempoh sama.",
"Peningkatan itu selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 mulai Januari 2023.",
"Tahun ini, turut merekodkan penduduk lelaki melebihi perempuan iaitu masing-masing 17.5 juta dan 15.9 juta.",
"Nisbah jantina bagi keseluruhan penduduk ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Bagi tempoh 2022-2023, nisbah jantina Warganegara kekal pada 103 manakala Bukan Warganegara menurun daripada 227 kepada 226 lelaki bagi setiap 100 perempuan.",
"Secara keseluruhan, ke semua negeri di Malaysia mencatatkan lelaki melebihi perempuan kecuali bagi negeri Perlis (99) dan W.P. Putrajaya (98).",
"Negeri yang mencatatkan nisbah jantina tertinggi adalah W.P. Kuala Lumpur dengan 115 lelaki bagi setiap 100 perempuan diikuti Johor (114), Pahang (113) dan Selangor (113).",
"Dalam perkembangan sama, komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.6% pada 2022 kepada 70.0% pada 2023.",
"“%an penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.2 % kepada 7.4% bagi tempoh sama. Manakala, komposisi penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2023 menurun kepada 22.6% berbanding 23.2 % pada 2022,” menurut kenyataan sama.",
"Manakala umur penengah penduduk Malaysia mencecah 30.7 tahun pada 2023 iaitu meningkat daripada 30.4 tahun pada tahun sebelum. W.P. Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk muda (0-14 tahun) pada 2023 tertinggi dengan 36.1%.",
"Manakala W.P. Kuala Lumpur mencatatkan komposisi penduduk umur bekerja (15-64 tahun) tertinggi dengan 75.0%. Perak kekal sebagai negeri paling tua (9.7%), manakala Johor telah muncul sebagai negeri menua (7.0%) pada 2023.",
"Keseluruhan bumiputera menyumbang 70.1 % daripada 30.4 juta Warganegara pada 2023 (2022: 69.9%). Bagaimanapun, komposisi Cina menurun kepada 22.6% (2022: 22.8%) manakala India dan Lain-lain masing-masing kekal pada 6.6% dan 0.7%.",
"“Purata kepadatan penduduk Malaysia ialah 101 orang bagi setiap kilometer persegi. W.P. Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk tertinggi dengan 8,235 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti oleh W.P. Putrajaya (2,017 orang) dan Pulau Pinang (1,718 orang).",
"“Sarawak mempunyai kepadatan penduduk terendah dengan 20 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti oleh Pahang (45 orang) dan Sabah (48 orang),” menurut kenyataan itu.",
"DOSM kini sedang menjalankan Banci Ekonomi pada tahun 2023 dan amat menghargai kerjasama daripada responden dalam memberikan maklumat kepada DOSM serta menjayakan banci tersebut. Maklumat lanjut layari www.dosm.gov.my."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=95 |
Satukan rakyat melalui program kemasyarakatan wadah perjuangan Amirudin
| [
"SUNGAI TUA, 30 Julai - 'Perpaduan rakyat tanpa dipisahkan warna politik'.Itu wadah perjuangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Calon Pakatan Harapan (Harapan) N16 Sungai Tua.Formula itu mengambil aspirasi penyatuan yang terzahir pada era 70-an, yang terbukti berjaya membina permuafakatan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa, agama dan fahaman politik.Datuk Seri Amirudin percaya, meraikan serta melupakan beberapa perbezaan, jauh lebih penting daripada keegoan mahupun perbalahan peribadi yang merencatkan kestabilan, keamanan dan kemajuan negara.",
"Selain menyatukan rakyat menerusi program kemasyarakatan melibatkan anak muda, wanita dan warga emas; agenda pembangunan sukan dalam kalangan belia turut diutamakan.Antaranya, menaik taraf fasiliti sukan termasuk padang bola di Kampung Wira Damai dengan anggaran kos melebihi RM1 juta.\"Sebenarnya dua kali telah kita cuba bangunkan (padang bola) tapi keadaan muka buminya tak stabil mungkin perlukan rumput sintetik. \"Kita akan laksanakan dengan peruntukan-peruntukan dari parlimen yang telah sedia ada. Ini tanggungjawab saya sebagai ahli parlimen, apa jadi pun saya akan laksanakan demi kebaikan rakyat,\" katanya kepada RTM.Seawal pagi, Datuk Seri Amirudin memenuhi jadual padat termasuk berkunjung ke Pasar Selayang, menyantuni penduduk dalam program Ramah Mesra Kampung Nakhoda, program KEMAS dan Perasmian Pertandingan Sepak Penalti di Kampung Wira Damai, program Ramah Mesra Bersama Penduduk Indian Settlement dan Ceramah Jelajah Madani DUN Sungai Tua.Amirudin Shari yang mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua berdepan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) kali ini.Pada PRU14, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menang dengan majoriti 11,374 di DUN Sungai Tua selepas menewaskan tiga calon lain dari BN, PAS dan Bebas yang berentap dalam pertandingan empat penjuru di DUN berkenaan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=96 |
Polis Terengganu arah alih bendera ganggu lalu lintas, keselamatan
| [
"KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Polis mengesan pemasangan bendera parti di beberapa kawasan menjejaskan pengguna lalu lintas.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan menasihatkan agar setiap jentera parti yang bertanding diminta untuk mengalihkan segera bendera dan gegantung yang tidak mematuhi peraturan demi keselamatan orang ramai.Mazli berkata bahan kempen berkenaan mengganggu lalu lintas yang boleh menyebabkan insiden tidak diingini berlaku ke atas pengguna jalan raya.\"Selepas penamaan calon, kita melihat bendera-bendera ini dipasang sepanjang jalan. Bendera-bendera yang dipasang ini agak tidak tersusun dan boleh menyebabkan gangguan kepada pengguna lalu lintas serta pemandangan pemandu.\"Pemandangan pemandu boleh terjejas kerana pemasangan bendera yang bersimpang-siur, jadi kita minta kepada semua parti, calon-calon, penyokong atau sesiapa sahaja yang bekerja untuk parti pastikan bendera yang dipasang dalam keadaan sempurna serta tidak mengganggu penglihatan, pandangan dan juga pergerakan terutamanya di kawasan jalan raya, sama ada jalan kampung, mahupun jalan utama,\" katanya kepada RTM ketika menjadi tetamu untuk siaran Berita Wilayah petang tadi.",
"(Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan menjadi tetamu untuk siaran Berita Wilayah dari Kuala Terengganu)",
"Beliau turut mengingatkan agar semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya di negeri itu supaya mengelak daripada menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama dan raja sepanjang tempoh berkempen nanti.\"Kita akan membuat pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan juga ketenteraman di negeri ini. \"Biarlah mereka (calon) yang berkempen dengan cara tertib dan juga menghormati undang-undang dan patuhan yang ada di negara ini supaya proses pilihan raya ini dapat berjalan denga lancar dan memberi manfaat kepada negara,\" tambah beliau.Hari pengundian bagi PRU DUN KE-15 enam negeri akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos depan.PRU DUN ke-15 melibatkan 36 kerusi DUN Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).PRU DUN ke-15 enam negeri itu juga akan menyaksikan sebanyak 245 kerusi DUN menjadi rebutan parti-parti bertanding pada pilihan raya negeri kali ini untuk mendapatkan mandat rakyat.",
"ARTIKEL BERKAITAN: Harapan-BN yakin dapat tawan Kedah, Terengganu kali ini - Ahmad ZahidBuat pertama kalinya MUDA dan AMANAH pertaruh calon di DUN TerengganuCalon bertanding dilarang sentuh isu 3R - Polis TerengganuPRK Kuala Terengganu, satu lawan satu PH dengan PNDUN Kijal: Bekas MB Terengganu, Ahmad Said dicabar Razali Idris PRU DUN ke-15: Pas Terengganu berhati-hati dalam kempen"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=97 |
Tambahan RM50 juta perluas program Jualan Rahmah
| [
"KUALA LUMPUR, 30 Julai - Kerajaan memperuntukan tambahan RM50 juta bagi memperluaskan insiatif Jualan Rahmah ke seluruh negara sebagai usaha menoktahkan miskin tegar golongan berpendapatan rendah.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program itu akan diperluaskan dan dilaksanakan segera secara berperingkat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Beliau menyifatkan insentif Jualan Rahmah sebagai program yang berjaya kerana menunjukkan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat.\"Kerana kejayaan awalnya, kementerian ada mengusulkan supaya kalau boleh kita perluaskan (insentif program Rahmah) di setiap kawasan DUN.\"Jika sebelum ini jualan Rahmah hanya memberi tumpuan di beberapa setiap Parlimen satu Jualan Rahmah.\"Sekarang saya minta agar ia (Jualan Rahmah) diperluaskan di seluruh DUN supaya semua pihak terutamanya miskin tegar dapat mengecapi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.\"Tentu ambil kos lebih, kalau tidak cukup saya akan bincang dengan Menteri Kewangan untuk cari wang tambahan. \"Kita lakukan ini kerana ia menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah. Tak ada makna bicara soal rahmah, tidak ada makna bicara soal perjuangan, tiada erti bicara soal kasih sayang, ihsan dan prihatin kalau soal makanan mereka (golongan berpendapatan rendah) tidak terjamin,\" katanya.",
"Pada April lalu, media melaporkan Perdana Menteri bertekad untuk menoktahkan masalah kemiskinan tegar yang didapati masih membelenggu golongan rakyat tertentu di negara ini.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam Belanjawan Madani mencatatkan seramai 130,000 keluarga miskin tegar pada tahun ini.\"Saya mesti noktahkan dan mahu sasarkan rekod memberikan keperluan asas untuk komuniti miskini ini.\"Lagipun, program ini mendapat sambutan baik sama ada di bandar mahupun luar bandar,\" jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 di sini, hari ini.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Dua juta penduduk telah menerima manfaat Jualan RahmahKonsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh - AnwarHarap pengganti teruskan inisiatif Payung Rahmah - TPM Ahmad ZahidProgram Jualan Rahmah Bergerak akan diperluaskan - Salahuddin'Kami orang biasa hanya mampu beli barang murah', mahu Jualan Rahmah Bergerak diteruskanJualan Rahmah Bergerak bantu rakyat secara bersasar - Fuziah"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=98 |
Pengganti Allahyarham Salahuddin akan diumumkan selepas PRN - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 30 Julai - Menteri baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diumumkan selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15), bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, sementara pengumuman pelantikan itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).“Belum, saya kata biar lepas PRN. Kemudian bagi masa saya fikir. Sementara ini, saudara Armizan diberi tanggungjawab memantau dan jalankan tugas, Fuziah (selaku Timbalan Menteri KPDN) pun dah faham betul (tugasan di KPDN), jadi boleh jalan,\" katanya pada sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Pavilion Bukit Jalil di sini hari ini.",
"(Majlis Penutup Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Pavilion Bukit Jalil/FOTO FB Fahmi Fadzil)",
"Pada 23 Julai lalu, Salahuddin, 61, yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.23 malam ketika dirawat di unit rawatan rapi HSB.Allahyarham yang memulakan inisiatif Rahmah, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB pada 21 Julai lalu untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah.Pemeriksaan doktor pakar kemudiannya mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.Beliau kemudiannya menjalani pembedahan pada pagi Sabtu, sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=99 |
Peluang kedua 10,000 calon tercicir SPM 2022
| [
"SUNGAI PETANI, 30 Julai - Kira-kira 10,000 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah mendaftar untuk mengambil semula peperiksaan itu pada tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.Angka itu merupakan daripada hampir 30,000 pelajar tercicir yang tidak mendaftar untuk peperiksaan itu.Fadhlina berkata, kementeriannya sentiasa komited memberi peluang kepada pelajar yang tercicir untuk mereka menduduki peperiksaan itu demi masa depan masing-masing.Oleh itu, tempoh pendaftaran SPM 2023 dilanjutkan bagi 10,000 pelajar itu mendaftarkan diri sebagai calon persendirian.\"Semasa kita ambil keputusan untuk maklumkan keciciran atau ketidakhadiran pelajar SPM yang lepas, kita dapat mengumpulkan data seramai lebih kurang (hampir) 30,000 orang.“Komitmen kita ialah melakukan intervensi terhadap 30,000 ini ke mana mereka, kenapa tak hadir, alasan dan sebagainya, alhamdulillah, kita dapat kenal pasti, apabila kita buat program dan membuka lanjutan tempoh untuk mendaftar ulangan SPM,” katanya kepada pemberita pada Program YES! Rock The School Edisi Mega Kedah 2023 di Universiti Aimst dekat sini hari ini.",
"Program itu turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu dilaporkan memandang serius terhadap laporan bahawa hampir 30,000 pelajar yang tidak menduduki SPM.Anwar mengarahkan Fadhlina meneliti secara terperinci mengenai isu tersebut supaya ia tidak berulang pada tahun-tahun mendatang.Fadhlina berkata pihaknya kini memberikan perhatian terhadap kira-kira 20,000 orang lagi yang tidak mendaftar untuk mengulang peperiksaan.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Nasib pelajar tidak ambil SPM 2022 tidak dipinggir - KPMSPM 2022 guna sistem gred pemarkahan sedia adaDaftar SPM 2023 calon persendirian dilanjutkan hingga 30 Jun 2023SPM 2022: 1,106 calon di Perak tidak hadir KPM siasat, kaji pelajar tidak ambil SPM tahun laluKPM teliti faktor penyebab ketidakhadiran pelajar duduki SPM - Fadhlina"
] |
End of preview. Expand
in Dataset Viewer.
No dataset card yet
- Downloads last month
- 6