url
stringlengths 49
58
| headline
stringlengths 22
176
| content
sequence |
---|---|---|
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=201 |
256 kes buang bayi direkodkan dalam tempoh dua tahun
| [
"(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri)",
"KUALA LUMPUR, 27 Jun - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan sebanyak 256 kes pembuangan bayi direkodkan berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah itu direkodkan bagi tempoh dua tahun sepanjang 2020 hingga 2022 Katanya, kementerian komited menangani isu tersebut dengan melaksanakan pelbagai advokasi dan kesedaran bagi memupuk keprihatinan dalam kalangan masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).\"Usaha ini adalah untuk membantu orang awam khususnya remaja untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah masalah sosial seperti mengandung luar nikah dan sebagainya,\" katanya menjawab soalan Senator Amir Md Ghazali di Dewan Negara hari ini.Senator Amir bertanya berapakah bilangan kes buang bayi yang direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 mengikut pecahan negeri dan rancangan pihak kementerian untuk mengatasi isu pergaulan bebas sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.Oleh itu, katanya LPPKN telah melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) yang telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan dikemas kini pada 2022.Tambah beliau, di bawah pelan tindakan itu, sebanyak 18 Pusat Remaja KafeTEEN telah diwujudkan bagi meningkatkan akses maklumat, perkhidmatan kesihatan reproduktif serta khidmat kaunseling psikososial dan program pendidikan dan pembangunan kemahiran untuk remaja.Pelaksanaan itu akan yang ditekankan menerusi pendidikan formal di sekolah atau tidak formal di luar sekolah.Katanya sehingga kini lebih 840,00 remaja telah menerima manfaat daripada program di pusat tersebut."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=202 |
Hati-hati dengan keracunan karbon monoksida ketika musim cuti
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Jun - Menjelang sambutan Aidiladha pada Khamis ini, pakar menasihati orang ramai yang bercadang memandu jauh agar membawa kenderaan mereka untuk diperiksa, selain mengelak tidur di dalam kenderaan dengan pendingin hawa dihidupkan. Yang ditakuti mereka ialah keracunan monoksida, yang bukan sekadar menyebabkan ramai pengguna kenderaan jatuh sakit tetapi juga meninggal dunia. Dalam keadaan negara dilanda gelombang haba sekarang, pengguna kenderaan berkemungkinan besar menetapkan alat pendingin hawa pada paras tertinggi dan menutup tingkap kenderaan semasa berhenti rehat. Insiden itu menimpa empat pelajar kolej yang masing-masing berusia 21 tahun, kira-kira tiga tahun lalu. Mereka yang dalam perjalanan pulang dari bercuti di Pulau Jerejak, memutuskan untuk berhenti rehat di sebuah stesen minyak.Empat gadis terbabit tertidur dalam keadaan pendingin hawa dan enjin kenderaan dihidupkan sertap tingkap tertutup rapat. Malangnya, sistem ekzos kenderaan mereka mengalami kebocoran mengakibatkan gas karbon monoksida dipam masuk ke dalam kabin kereta.Tiga daripada mereka meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida. Seorang disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi semasa dalam perjalanan ke hospital. Dua lagi, iaitu pasangan kembar, menjalani rawatan hiperbarik, namun hanya seorang - Nor Aqilah Mohd Safwan - berjaya diselamatkan.Walaupun banyak laporan tentang kematian sebegini, kes keracunan karbon monoksida yang menurut pakar boleh dicegah terutama di kawasan beriklim panas seperti Malaysia, masih berlaku.Yang terkini ialah pada 24 April lalu apabila empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak, tidak sedarkan diri akibat keracunan karbon monoksida, menyebabkan kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar palang tol di Bentong, Pahang. Orang ramai dan pihak polis berjaya menyelamatkan kesemua mereka.Pakar mengakui kes karbon monoksida yang disahkan di Malaysia adalah rendah, namun kata mereka, angka itu tidak tepat kerana kes dedahan tidak berbahaya jarang dilaporkan. Menurut mereka, mungkin disebabkan angka yang dilaporkan itu rendah, maka masyarakat mengambil mudah tentang isu ini.“Saya rasa rakyat mungkin tahu serba-sedikit tentang isu ini, namun mereka tidak faham bagaimana insiden berlaku. Jadi, amat perlu ditingkatkan kesedaran,” kata Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, pakar perunding perubatan dalaman dan perubatan respiratori di Sunway Medical Centre Velocity.",
"(Tiga tahun lalu, empat pelajar kolej tertidur dalam keadaan pendingin hawa dan enjin kenderaan dihidupkan sertap tingkap tertutup rapat)",
"FAKTOR BAHANG Karbon monoksida merupakan bentuk keracunan yang paling biasa berlaku. Di peringkat global, dianggarkan sebanyak 137 kes keracunan monoksida berlaku dalam tempoh 25 tahun lalu dengan 4.6 kematian bagi setiap sejuta penduduk, menurut laporan Epidemiologi Keracunan Karbon Monoksida Seluruh Dunia pada 2020 oleh Mattiuzzi C dan Lippi G.Dr Nurul berkata Malaysia tidak mempunyai angka rasmi tentang kes keracunan karbon monoksida walaupun ada beberapa kes dilaporkan selama ini.Walaupun kebanyakan kes melibatkan kereta dan kematian pula diklasifikasikan sebagai “mati mengejut” yang merangkumi kematian akibat kemalangan dan bunuh diri, ada beberapa kes yang membabitkan kediaman. Contohnya pada 2015, dua pekerja binaan di Sabah mengalami keracunan karbon monoksida daripada generator berasaskan petrol yang dihidupkan selama berjam-jam di dalam bilik mereka yang tertutup. Kedua-duanya bagaimanapun selamat.Presiden Persatuan Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik Asia Dr Andrew Ng memberitahu Bernama di Malaysia amat jarang ditemukan kes yang teruk.“Dalam tempoh tiga tahun lalu (sejak saya bertugas di hospital sekarang), kami hanya menerima kira-kira lima kes,” katanya.Tambah beliau, ini tidak bermakna orang ramai selamat daripada mengalami keracunan karbon monoksida. Sebaliknya, ini kerana doktor hanya merawat pesakit jika keracunan yang dialami adalah teruk. Dr Nurul berkata kadar insiden keracunan karbon monoksida di Malaysia mungkin rendah berbanding negara sejuk berikutan iklimnya yang panas. Bilik dan bangunan di Malaysia juga biasanya mempunyai pengudaraan yang baik disebabkan ada banyak tingkap.“Risiko sangat rendah kerana kita tidak menggunakan alat pemanas. Cuma apabila kita lakukan aktiviti di dalam tempat tertutup dan melibatkan pembakaran arang seperti barbeku, barulah wujud risiko,” katanya, menambah beliau hanya merawat dua kes dalam tempoh 20 tahun.Oleh sebab iklim Malaysia adalah panas dan kering, tidak banyak ruang untuk berlaku keracunan karbon monoksida berbanding negara empat musim. Di negara yang lebih sejuk, insiden lebih lazim disebabkan oleh kewujudan radiator, pendiang api, alat pemanas dan garaj tertutup.Bagaimanapun, ada risiko yang dikongsi Malaysia dan negara lain. Sebarang pembakaran tidak lengkap karbon dalam bahan api berisiko menyebabkan keracunan karbon monoksida bagi sesiapa yang menghela wasap itu. Selain sistem ekzos kenderaan, sumber lain gas karbon monoksida ialah dapur gas dan ketuhar, pemanggang, generator, mesin pemotong rumput dan asap tembakau.Pada Januari tahun ini, polis Sabah menemukan seorang wanita meninggal dunia di dalam keretanya, berkemungkinan besar disebabkan oleh keracunan karbon monoksida. Polis turut menemukan arang yang telah dibakar di dalam kereta itu. GEJALA Walaupun ruang untuk mengalami keracunan itu kecil, pakar berkata karbon monoksida masih berbahaya disebabkan oleh ciri-ciri gas tersebut yang tidak berbau, tidak boleh dirasa serta tidak berwarna.“Jadi, anda akan alami gejala secara perlahan-lahan. Anda rasa mengantuk, mamai, anda tidak akan rasa apa-apa. Ketika itu, keadaan sudah terlambat,” kata Dr Ng yang terlibat dalam merawat Nor Aqilah.Menurut Mayo Clinic, gejala lain termasuk sakit kepala, lemah, pening, loya atau muntah, sesak nafas, kebingungan dan penglihatan kabur.Dr Nurul memberitahu Bernama, selain sukar dikesan, sel darah merah atau hemoglobin kita amat “suka” akan karbon monoksida.“Apabila terdapat banyak karbon monoksida di udara, gas ini akan bersaing dengan oksigen dan selalunya karbon monoksida akan menang kerana gas itu mempunyai afiniti (kecenderungan) untuk bergabung dengan hemoglobin 200 kali ganda lebih tinggi berbanding oksigen,” katanya. Tambah beliau, gas itu boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada organ tatkala beredar dalam darah, termasuk kerosakan otak dan jantung, serta maut.Dr Ng berkata keracunan karbon monoksida berlaku lebih kerap berbanding yang dilaporkan kerana insiden itu agak sukar untuk didiagnosis, terutama kes tidak berbahaya. Hal ini kerana kadar karbon monoksida selalunya telah berkurang apabila pesakit tiba di hospital.“Katakanlah mereka ditemukan tidak sedarkan diri di rumah dan terus diberikan bantuan oksigen oleh paramedik. Apabila mereka sampai, apabila kita ambil darah mereka, mungkin karbon monoksida sudah tidak ada, namun kita tidak boleh kata (bukan kes) keracunan karbon monoksida,” katanya.Sehubungan itu, tegas beliau, adalah lebih baik bersedia terhadap kemungkinan berlaku keracunan daripada menyesal di kemudian hari. Beliau menyarankan orang awam mengambil tahu tentang gejala dan situasi yang berkemungkinan berlaku keracunan karbon monoksida seperti merokok di kawasan bertutup, serta mengambil langkah sewajarnya.Keracunan ringan boleh diatasi dengan sekadar keluar mengambil udara segar, manakala kes yang teruk pula, antaranya memerlukan oksigen tulen dan rawatan dalam kamar hiperbarik.",
" TIP KESELAMATAN Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengesyorkan pengguna kenderaan menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan termasuk mengesan kebocoran dalam sistem ekzos sebelum memulakan pemanduan jarak jauh. Nasihat itu adalah untuk kenderaan lama dan baharu.Selain itu, pakar berkata pengudaraan adalah kunci utama dalam memastikan keselamatan penumpang ketika perjalanan dan juga di rumah. Mereka juga menyarankan pembelian alat pengesan karbon monoksida.MIROS mencadangkan penukaran mod aliran udara di dalam kereta atau menurunkan tingkap sekali-sekala.Dr Ng memberitahu Bernama membuka satu tingkap di belakang dan di bahagian depan akan menggalakkan kemasukan angin.“Paling selamat ialah membuka tingkap, mematikan enjin dan pendingin hawa, maka tiadalah ancaman karbon monoksida, tetapi pastikan berada di kawasan teduh,” katanya. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=203 |
PM bertemu beberapa pemimpin pertubuhan Islam Laos
| [
"Vientiane, 26 Jun - Setibanya di Laos, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Islam Laos di sini.",
"Anwar yang tiba di ibu negara Laos petang tadi, bertemu dengan penasihat eksekutif Persatuan Mempromosikan Perpaduan Zakkir Malimar serta naib presiden Pertubuhan Islam Laos Imam Sofi Sengsone dan naib presiden pertubuhan itu Med Komphavong, di sebuah hotel di sini.Pertemuan tersebut amat bermakna bagi komuniti Islam di negara ini khususnya dalam usaha menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa tempatan.",
"Turut hadir pembantu naib presiden pertubuhan itu Azizullah Khan Thamahaksa.",
"Sesi yang bermula pukul 8.10 malam itu berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan perbincangan berkisar kepada isu-isu Ummah.",
"Pertemuan tersebut turut membincangkan isu-isu ummah terutamanya yang dihadapi oleh lebih 900 orang umat Islam di negara itu.",
"Zakkir ketika ditemui selepas mesyuarat tertutup itu berkata antara yang dibincangkan adalah mengenai terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Lao, pendidikan untuk kanak-kanak Islam Laos, pertukaran ilmu dan budaya.",
"\"Perkara yang kami ingin lakukan ialah memohon untuk membantu menterjemahkankan Al Quran.. Selain itu kami inginkan pendidikan bahasa inggeris kepada anak-anak. Apa yang penting kami mahu umat Islam di Laos mendapat peluang belajar di Malaysia,\" kata Zakkir Malimar di sini.\"Beliau mahu membantu sebelum kami meminta bantuan, beliau amat memberi perhatian pada kepentingan umat Islam di Laos. Beliau memaklumkan kedutaan Malaysia di sini akan memberi bantuan untuk seperti mendapatkan biasiswa.\"Beliau mahu komuniti yang baru memeluk Islam mendalami Islam sama seperti individu yang lahir sebagai Islam.\" kata Azizullah Khan Thamahaksa.Turut bersama-sama dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=204 |
Kunjungan ke Laos perkukuh hubungan persahabatan, kerjasama - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 26 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kunjungan beliau ke Laos memberi peluang kepada beliau dan rakan sejawatan Dr Sonexay Siphandone untuk memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara. Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata kunjungan yang bermula hari ini turut membolehkan momentum positif dibina sebelum Laos mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Indonesia tahun depan.“Selain bertemu pemimpin serta komuniti Islam Laos, saya juga akan mengadakan pertemuan bersama rakyat Malaysia yang menetap di negara ini (Laos) sekali gus berpeluang berkongsi dasar serta aspirasi Malaysia MADANI bersama mereka.“Semoga lawatan ini dapat membawa manfaat buat kedua-dua negara,“ kata perdana menteri. Anwar bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi dari Kuala Lumpur tiba di Vientiane petang tadi untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi dengan negara anggota ASEAN.",
"Lawatan sulung Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu adalah atas jemputan Siphandone.Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Laos melonjak 425 peratus daripada AS$48.7 juta (RM202.5 juta) pada 2021 kepada AS$255.6 juta (RM1.13 bilion) pada 2022, dengan peratus paling tinggi disumbangkan menerusi peningkatan dalam permintaan bagi produk elektronik Malaysia.Malaysia merupakan penyumbang pelaburan langsung asing (FDI) keempat terbesar Laos tahun lepas selepas China, Thailand dan Vietnam, terutamanya dalam sektor tenaga, zon perdagangan bebas, automotif dan sektor perbankan.Malaysia dan Laos telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1 Julai 1966. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=205 |
PM tiba di Laos untuk lawatan rasmi dua hari
| [
"VIENTIANE, 26 Jun- Perdana Menteri selamat tiba di Vientiane, Laos untuk memulakan lawatan rasmi selama dua hari.Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay disambut Ketua Pejabat Perdana Menteri Laos, Alounxay Sounnalath dan isteri; Timbalan Menteri Luar Laos, Phoxay Khaykhamphithoune; Naib Gabenor Vientiane, Phounkhong Bannavong dan beberapa pegawai tertinggi kerajaan Laos.Turut bersama menyambut ketibaan Perdana Menteri; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri; Timbalan Ketua Setiusaha Kementerian Luar, Datuk Norman Mohamad serta Duta Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud dan isteri.",
"(Perdana Menteri selamat tiba di Vientiane, Laosuntuk memulakan lawatan rasmi selama dua hari)",
"Esok Perdana Menteri dan isteri bersama delegasi Malaysia akan diberi Sambutan Rasmi oleh Perdana Menteri Laos, Dr. Sonexay Siphandone dan isteri di Bangunan Pejabat Perdana Menteri.Terdahulu Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry dalam sidang media berkata lawatan Perdana Menteri ke Laos akan memberi peluang kepada pemimpin kedua-dua negara membina momentum positif sebelum Laos mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Indonesia pada tahun hadapan.Sementera itu, kedua-dua Perdana Menteri dijadual menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama, Perjanjian Persefahaman dan Upacara Pertukaran Surat Niat (LOi).Laos merupakan rakan kongsi strategik penting bagi Malaysia di rantau Asia Tenggara. Kedua-dua negara mempunyai jalinan kerjasama erat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kewangan, perbankan, pendidikan, pertahanan dan bekalan tenaga. Kunjungan rasmi kali ini membuka ruang kepada penerokaan kerjasama baharu selain memperluas kerjasama yang sedia terjalin.Laporan Jasmaidy Aroff."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=206 |
Had usia kenderaan Institut Memandu dilanjutkan 10 tahun
| [
"PUTRAJAYA, 26 Jun-Kerajaan akan melanjutkan had usia penggunaan kenderaan di Institut Memandu (IM) daripada tujuh tahun kepada 10 tahun.Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kelonggaran tersebut wajar kerana kebanyakan Pusat Memandu terkesan sewaktu Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\"Kita longgarkan sedikit dasar kita daripada had usia kenderaan itu daripada tujuh kepada 10 tahun dan permintaan tersebut munasabah.\"Namun, kita perlu nyatakan kepada semua pengusaha agar menjaga keselamatan kenderaan yang merupakan tanggungjawab masing-masing\", katanya selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3, Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini hari ini.Tambah Anthony lagi, MOT tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen IM, jika berlaku pengabaian penjagaan keselamatan kenderaan yang terlibat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=207 |
Malaysia sedia bantu Laos sempena Pengerusi ASEAN 2024 - Zambry
| [
"VIENTIANE, 26 Jun - Malaysia sedia membantu Laos dalam persiapan negara itu sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.Pendirian tersebut dinyatakan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam sesi mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Laos, Saleumxay Kommasith di sini.Dr Zambry mengadakan kunjungan hormat terhadap Saleumxay di Kementerian Luar Negeri Laos sempena lawatan rasmi Perdana Menteri bermula petang ini. \"Malaysia dan Laos berkongsi banyak kepentingan bersama, terutamanya dalam konteks kerjasama ASEAN. \"Kami juga berpeluang mengadakan perbincangan yang menyentuh isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama antaranya perihal ekonomi, perdagangan, pelancongan, tenaga dan pendidikan,\" katanya kepada media Malaysia, di sini hari ini.",
"(Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir)",
"Selain membincangkan kepengerusian ASEAN, kedua-dua mereka turut menyentuh isu-isu dua hala kepentingan bersama antaranya ekonomi, perdagangan, pelancongan, tenaga dan pendidikan. Dr Zambry turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Laos ke atas persiapan dan kemudahan kepada delegasi sempena Lawatan sulong Perdana Menteri ke Laos.Perdana Menteri dijangka tiba di ibu negara Laos petang ini bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Dalam lawatan pertama beliau ke negara ini, Anwar antara lain akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin utama Laos antaranya Presiden Dr Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Dr Sonexay Siphandone."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=208 |
NETR percepat usaha peralihan tenaga
| [
"KUALA LUMPUR, 26 Jun-Kerajaan sedang merangka Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara NETR dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen , HETR bagi mempercepat usaha peralihan tenaga negara.Pelan yang dijangka dilancarkan pada separuh ke dua tahun ini, merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mencapai sasaran Sumbangan Nasional yang Ditentukan NDC .Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut penting untuk dicapai memandangkan NDC juga terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Tenaga Negara 2021-2040.\"Bagi melaksanakan dasar ini dengan jayanya agar mendapat manfaat sepenuhnya daripada kemajuan sosioe-konomi negara , kerajaan sedang membangunkan beberapa pelan hala tuju strategik.\"Paling penting ialah Pelan NETR yang akan menggariskan strategi menyeluruh dan insentif berimpak tinggi dalam usaha mempercepatkan usaha peralihan tenaga\", katanyaketika berucap merasmikan Persidangan Energy Asia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=209 |
Seorang anggota TUDM maut, dua jurulatih cedera ketika latihan menembak
| [
"GEMAS, 25 Jun- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan seorang anggotanya maut manakala dua jurulatih cedera ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas tengah hari tadi.TUDM menerusi satu kenyataan memaklumkan mangsa merupakan penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan kelas 1 Siri 78/23, meninggal dunia di tempat kejadian.",
"Manakala dua jurulatih mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas sebelum dirujuk ke Hospital Segamat.“Pihak TUDM telah menghubungi waris anggota yang terlibat dan menyerahkan kes kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan,” menurut kenyataan itu.TUDM juga akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.Katanya maklumat perkembangan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=210 |
Hospital Pasir Gudang dijangka siap lebih awal
| [
"Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon (empat, kiri) pada Penyerahan Peralatan Wad di Hospital Sultanah Aminah hari ini/ BERNAMA)",
"JOHOR BAHRU, 25 Jun - Pembinaan Hospital Pasir Gudang akan dapat disiapkan lebih awal dan dijangka memulakan operasinya pada 2025.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, kerja-kerja pembinaan hospital itu kini mencapai 40.47 peratus.\"Mudah-mudahan hospital tersebut boleh disiapkan sebulan atau dua bulan lebih awal dan dapat memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di sekitar Pasir Gudang,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Aset Bukan Perubatan di Wad Bunga Raya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di Johor Bahru hari ini.",
"(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon)",
"Pembangunan Hospital Pasir Gudang di Bandar Seri Alam bermula pada September 2020, namun tergendala seketika kerana peralihan kerajaan negeri sebelum pembinaannya disambung semula.Ia merupakan hospital awam ketiga di daerah ini akan membantu mengurangkan kesesakan di HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI).Projek bernilai RM375 juta itu bakal dilengkapi 304 katil, lapan bilik bedah dan 65 bilik konsultasi bagi rawatan pesakit luar.Selain itu turut menyediakan pusat rawatan harian, 30 kerusi dialisis, farmasi pandu lalu, 16 bilik bersalin, 34 kuarters jururawat dan hampir 1,000 ruang parkir. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=211 |
60% SSR beras menjelang 2030 disasarkan di Sarawak
| [
"KUALA LUMPUR, 26 Jun - Kerajaan Negeri Sarawak mensasarkan pencapaian 60% Kadar Sara Diri (SSR) beras menjelang tahun 2030, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin, di sini.Perancangan kerajaan untuk pengeluaran hasil beras termasuklah usaha membangunkan kawasan baharu bagi memperluaskan industri penanaman padiSelain melaksanakan Program SMART Sawah Berskala Besar bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran dan mengurangkan kebergantungan terhadap import beras dari luar negara.Tambahnya, Sarawak juga memiliki pelbagai jenis padi tempatan yang berkualiti tinggi seperti padi Bario, Bajong dan Biris yang berpotensi untuk dibangunkan.\"Pada masa ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak sedang berusaha untuk membawa masuk benih MR297 dari Semenanjung Malaysia untuk ditanam oleh pesawah tempatan. \"Sekiranya ia berjaya dilakukan, benih ini dapat mendatangkan hasil yang lebih tinggi iaitu 5 tan metrik/hektar berbanding penggunaan benih padi yang digunakan oleh para pesawah pada masa ini yang hanya sekitar 3.5 tan metrik/hektar,\" kata Foong, di Dewan Negara.",
"Tahun lalu, jumlah kawasan penanaman padi di Sarawak dianggarkan berjumlah 78,000 hektar meliputi 42,000 hektar kawasan padi sawah dan selebihnya kawasan padi bukit.Manakala anggaran pengeluaran beras pula berjumlah 85,000 tan metrik dan hanya 34% daripada keperluan beras Sarawak."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=212 |
Paras air empangan Bukit Merah meningkat
| [
"IPOH, 25 Jun - Paras air Empangan Bukit Merah meningkat sebanyak 7.49 meter hari ini namun masih berada pada paras berjaga-jaga.Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Ahmad Shahrir Md Naziri berkata paras air di empangan tersebut ialah 6.99 meter pada Rabu lepas.\"Ini adalah kesan daripada taburan hujan di dalam kawasan tadahan yang menyebabkan peningkatan pada paras empangan tersebut.\"Sekiranya paras air meningkat sehingga paras pada 7.62 meter atau lebih, pihak JPS negeri akan membuat penilaian semula sama ada proses catuan akan diteruskan atau tidak,\" katanya.Ahmad Shahrir berkata status semasa bekalan pengairan adalah pada peringkat catuan manakala bekalan domestik kepada loji-loji rawatan air setakat ini masih normal dan berada dalam bekalan yang mencukupi. \"Kompatmen penanaman padi yang masih terjejas akibat paras empangan pada tahap asas berjaga-jaga pengairan ialah kompatmen D,E,F,G dan H seluas 12,405 hektar,\" katanya.Beliau berkata pihaknya telah mengambil inisiatif untuk menghantar 10 unit pam bergerak ke kawasan yang terjejas serta tiga unit pam yang disediakan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian.Menurut beliau pihaknya telah memohon lima unit pam tambahan kepada JPS Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=213 |
Konvoi Madani Jejak Raja Melewar jejaki sejarah Negeri Sembilan
| [
"REMBAU, 25 Jun- Sebanyak 180 buah motosikal berkuasa tinggi menyertai Program Konvoi Madani Jejak Raja Melewar anjuran Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia.Menurut Presiden dan Pengasas Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia, Datuk Nazri Kamal pengisian program dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai institusi sistem beraja di Negeri Sembilan, di samping dapat memberi pengalaman menarik buat peserta.\"Tujuan program konvoi ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta. Kita bukan sahaja disertai 'bikers' dari dalam negara, ada juga dari Singapura dan Indonesia, maka mereka boleh belajar dan mengetahui tentang adat dan resam Negeri Sembilan ini terutama mengenai Adat Perpatih,\" katanya.",
"(Presiden dan Pengasas Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia, Datuk Nazri Kamal)",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Konvoi Madani Jejak Raja Melewar di Muzium Astana Raja, Rembau.Dalam pada itu peserta dari luar negara turut menyambut baik program yang dianjurkan.\"Saya melihat program ini sangat positif ya, pertama kita boleh bersilaturahim tiga negara antara Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan hobi yang sama iaitu permotoran dapat berkumpul di satu tempat, di sini untuk mengenali sejarah dan kebudayaan yang masih utuh dan kita boleh belajar masa lalu,\" kata peserta dari Indonesia, Hasan Aminudin.\"Alhamdulillah, jadi kita dapat tahu tentang sejarah di Negeri Sembilan , mengenai Raja- raja Melayu yang kami di Singapura tidak begitu memahami tentang sejarah di sini,\" kata peserta Singapura, jasni Yusoff."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=214 |
166 individu terima darjah kebesaran sempena Keputeraan Sultan Terengganu
| [
"KUALA TERENGGANU, 25 Jun - Seramai 166 individu menerima pingat Darjah Kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-61. Istiadat pengurniaan pingat berlangsung di Istana Syarqiyyah, di sini, hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan pengurniaan pingat kepada mereka antaranya penjawat awam yang telah menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan negeri Terengganu.Seramai empat individu menerima Pingat Jasa Cemerlang (PJC), diikuti 147 penerima menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat Lama Berjawatan, PLB seramai 13 penerima dan Bintang Lama Berjawatan, (BLB) seramai 2 penerima. Turut berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail yang diiringi Menteri besar, Datuk' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.18 Jun lalu, 111 individu telah dikurniakan Darjah kebesaran, Bintang dan Pingat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61 Keputeraan baginda.",
"(Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin/FOTO UPDI)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=215 |
DUN Kedah bubar pada 28 Jun
| [
"ALOR SETAR, 25 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan pada Rabu, 28 Jun ini, sekali gus memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, di sini, pagi tadi.PRN pada tahun ini melibatkan enam negeri termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.DUN Kedah memiliki 36 kerusi dengan Perikatan Nasional (PN) memiliki komposisi kerusi tertinggi iaitu 21 kerusi; PAS mempunyai 15 kerusi diikuti Pari Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan enam kerusi.PH pula memiliki 10 kerusi DUN, Barisan Nasional memiliki dua kerusi dan Parti Pejuang Tanah Air memiliki dua kerusi.Februari lalu, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=216 |
Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada
| [
"(Kumpulan upahan Wagner berhampiran ibu pejabat Daerah Tentera Selatan di bandar Rostov-on-Don, Rusia pada 24 Jun/FOTO Reuters)",
"KUALA LUMPUR, 25 Jun - Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia dan Belarus dinasihatkan supaya terus berwaspada susulan pengisytiharan operasi memerangi pengganas (CTO) di Moscow dan wilayahnya pada Sabtu.Kedutaan Malaysia di Rusia dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Twitter menggesa rakyat Malaysia di ketiga-tiga negara itu mendaftar atau mengemas kini maklumat terkini mereka kepada kedutaan melalui e-mel (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) dan nombor telefon; +7 (495) 419 9898/99 atau +7 (906) 746 1333 (pegawai bertugas).“Pendaftaran adalah penting untuk memastikan maklumat yang berkaitan dan kemas kini daripada Kedutaan/Kerajaan Malaysia dapat disampaikan dengan efektif dan seefisien mungkin.“Kedutaan sedang memantau dengan teliti situasi semasa di negara ini dan menggesa semua rakyat Malaysia, khususnya pelajar di Moscow, Kursk, St. Petersburg dan Volgograd supaya sentiasa berwaspada dan bertenang, mengehadkan pergerakan di luar rumah, mengelakkan kawasan sesak, sentiasa membawa dokumen peribadi (termasuk pasport) dan memastikan dokumen perjalanan adalah sah dan mudah diakses.“Bagi rakyat Malaysia yang merancang untuk pergi ke Rusia, mereka dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting, sehingga keadaan bertambah baik,” menurut kenyataan itu.",
"(Kumpulan separa tentera Wagner berada di atas kereta kebal di bandar Rostov-on-Don di Rusia/FOTO REUTERS)",
"Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata menerusi ciapan di Twitternya, “Kementerian memantau dengan teliti situasi di Rusia susulan pergolakan yang disebabkan pemberontakan bersenjata. “Kedutaan sedang berhubung rapat dengan semua 755 rakyat Malaysia yang berdaftar dan meminta mereka bertenang, mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal berada di dalam rumah.”Ketegangan semakin memuncak di Rusia selepas kumpulan upahan Wagner, yang diketuai Yevgeny Prigozhin, juga pernah menjadi sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin, melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Rusia.Prigozhin berkata pejuangnya akan mara ke Moscow, mendorong Kremlin meningkatkan langkah keselamatan merentasi pelbagai wilayah di negara itu, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.Dalam perkembangan terbaharu, Prigozhin kemudian mendakwa pejuangnya memutuskan untuk berundur bagi mengelakkan pertumpahan darah ketika mereka berada kira-kira 200 kilometer (124 batu) dari Moscow, manakala Presiden Belarus Alexander Lukashenko berkata beliau mengadakan perbincangan dengan ketua Wagner dengan persetujuan Putin, dan Prigozhin menerima perjanjian untuk “mengendurkan ketegangan.”- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=217 |
Lokasi stesen minyak tanpa subsidi di JB sedang dikaji- Salahuddin
| [
"(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub)",
"JOHOR BAHRU, 24 Jun - Kerajaan sedang mengkaji lokasi sesuai bagi membangunkan stesen minyak tanpa subsidi di Johor Bahru.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kajian terperinci perlu dibuat pihaknya memandangkan Johor bersempadan dengan Singapura, selain banyak kenderaan dari republik itu mengisi petrol di bandar raya ini.\"Menerusi projek rintis di dua stesen minyak tanpa subsidi yang dibuka di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, ia dapat menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.\"Di Johor Bahru ini, kita sedang buat kajian terperinci kalau ada tempat sesuai, kita akan buka untuk mengelakkan atau meminimumkan aktiviti pembelian minyak bersubsidi oleh kenderaan asing,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di Kempas.Pada 18 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.Kata Ahmad Zahid, KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutamanya di Kelantan dan akan disusuli dengan Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor.Salahuddin turut mengingatkan bahawa kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95 termasuklah mengisikannya ke dalam tong bagi kegunaan kenderaan lain kerana subsidi petrol hanya diberikan kepada rakyat Malaysia."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=218 |
Lingkaran Tengah Utama (LTU): 54 peratus telah siap dibina
| [
"(Datuk Seri Wan Rosdy (kanan) bersama Datuk Seri Abdul Rahman pada Pembukaan LTU Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap, Raub hari ini)",
"RAUB, 24 Jun- Sebanyak 54 peratus daripada hampir 300 kilometer (km) laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong telah siap. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya yakin sasaran siap keseluruhan LTU pada 2026 dapat dicapai berdasarkan kepada perkembangan semasa pembinaan. \"Walaupun kita meletakkan sasaran siap tahun 2026, pada lawatan saya dan pertemuan dengan kontraktor, kita mahu kalau mereka boleh laksanakan, sasaran ini dapat dicapai lebih awal iaitu 2025,\" katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pembukaan LTU Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap, Raub hari ini.Pembukaan LTU itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Pembukaan Seksyen 5B sepanjang 16km itu siap dua bulan lebih awal. ",
"(Pembukaan LTU Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap di Raub)",
"Sementara itu, Wan Rosdy berkata dengan pembinaan LTU, pengguna yang berulang alik ke Pantai Timur tidak perlu lagi melalui bandar Bentong dan Raub terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah, sekali gus ia mengurangkan kesesakan.\"Pembinaan lebuh raya secara automatik juga membawa limpahan ekonomi dan menjadi nilai tambah serta selari dengan fokus kerajaan negeri mahu meningkatkan ekonomi di kawasan Pahang Barat.\"Penyediaan infrastruktur seperti ini juga dapat menarik pelabur datang, kerana mereka menilai kemudahan yang ada sebelum membuat keputusan untuk melabur,\" katanya. Dianggarkan sekitar 500,000 kenderaan akan menggunakan LTU pada waktu puncak termasuk menjelang Aidiladha pada minggu hadapan. Pembukaan rasmi Seksyen 5B bermula tengah malam ini, selepas mula dibina pada 14 Mac 2018 melibatkan kos RM294.6 juta.Sebelum ini, pengguna jalan raya dari ibu negara atau Bentong perlu melalui Jalan Laluan Persekutuan 8 iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang untuk ke bandar Raub yang mengambil masa 45 minit dengan jarak lebih 30km.Namun kini dapat dipendekkan kepada 18.6km dengan masa 15 minit. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=219 |
PerantiSiswa: 381,251 tablet diagihkan seluruh negara setakat ini
| [
"(Menteri KKD, Fahmi Fadzil pada 'Jelajah Saya Digital 2023 di Kelantan' dekat UiTM Cawangan Kampus Machang)",
"MACHANG, 24 Jun -Sebanyak 381,251 tablet telah diagihkan ke seluruh negara menerusi inisiatif PerantiSiswa yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sejak September 2022. Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata pengagihan kemudahan itu bertujuan untuk membantu dan memastikan kelancaran proses pembelajaran mahasiswa dan pelajar daripada keluarga B40.Di Kelantan sahaja, seramai 29, 609 penerima inisiatif PerantiSiswa telah dikenal pasti dan sehingga kini 24,525 tablet telah diedarkan. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 'Jelajah Saya Digital 2023 di Kelantan' dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kampus Machang.Hadir sama, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.Sementara itu, mengenai 'Kempen Saya Digital', Fahmi berkata ia dianjurkan bagi mempersiapkan rakyat dengan kemahiran digital untuk memperkasakan ekonomi digital.",
"(Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil)",
"Ini terutamanya melibatkan golongan B40, warga emas, komuniti rentan sosioekonomi, pelajar dan usahawan.\"Program eUsahawan 'Saya Digital Bisnes' yang merupakan satu daripada teras Kempen Saya Digital telah berjaya melatih seramai 27,595 usahawan di Kelantan dengan jumlah jualan terkumpul melebihi RM1.1 bilion.\"Selain itu, portal MyDIGITAL.KKD merupakan sebuah pusat sehenti yang dibangunkan oleh KKD dalam usaha pendigitalan pelbagai perkhidmatan kerajaan untuk rakyat,\" katanya. Ujar Fahmi, program yang dihadiri hampir 500 mahasiswa dan usahawan tempatan itu merupakan program turun padang untuk meningkatkan literasi kemahiran digital rakyat agar seiring dengan visi menuju Dekad Keemasan Digital sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=220 |
Pelajar teruja PM 'turun' USIM dengar luahan
| [
"(Anwar Ibrahim dalam Program Temu Anwar di USIM dekat Nilai, Negeri Sembilan)",
"NILAI, 24 Jun- Kira-kira 3,000 peserta terdiri daripada mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), pelajar Tingkatan 6 dan orang awam turut serta dalam Program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.Salah seorang mahasiswa, Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Baharin mengakui teruja kerana dapat menyuarakan pendapat dan persoalan terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\"Bila mana saya mengadu, dan Datuk Seri (Anwar) menulis (catat) masalah, isu (dikemukan) di depan mata saya. Saya sendiri sokong sepenuhnya apa yang dibawa kerajaan hari ini. \"Namun, saya berharap tulisan itu bukan sekadar tulisan yang biasa, bahkan ia diharap ada insiatif atau tindakan susulan daripada pihak kerajaan,\" katanya di sini.Shamsul turut mengakui, gagasan Madani yang dibawa Anwar sesuai bagi univerisiti.Sementara itu, bagi mahasiswa, Chan Jia You memaklumkan, program yang diadakan telah membuktikan kerajaan hari ini mudah didekati rakyat.\"Ia adalah satu perkara yang baik kerana memberi gambaran kerajaan mudah didekati. Ia juga sangat mengujakan bagi setiap pelajar, bukan pelajar IPT sahaja tetapi pelajar sekolah boleh menyuarakan pertanyaan dan terus mendapat jawapan,\" katanya.Bagi mahasiswa, Tasnim Tuah pula, dia menyatakan berbesar hati dengan kehadiran Anwar yang memaklumkan akan membawa setiap masalah yang didengar beliau kepada Jemaah Menteri.\"Datuk Seri (Anwar) datang sendiri ke USIM untuk mendengar luahan pelajar dan mahasiswa. Saya rasa berbesar hati. Datuk Seri beritahu akan kemukakan masalah dan pandangan kepada Jemaah Menteri. Secara tidak langsung, Datuk Seri mendengar luahan rakyat sebab program ini ada orang luar juga yang datang,\" katanya.",
"(Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Baharin, Chan Jia You dan Tasnim Tuah)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=221 |
iTTV e-Learning: Pakej Tuisyen Rahmah pertama di Malaysia
| [
"JOHOR BAHRU, 24 Jun- Inisiatif kerajaan di bawah payung Rahmah diperluaskan lagi dengan memperkenalkan pakej Tuisyen Rahmah secara dalam talian menerusi iTTV e-Learning bermula hari ini.Pakej tersebut dijangka akan dapat dimanfaatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara khususnya keluarga kurang berkemampuan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia dilaksana bertujuan membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan tambahan.\"Pakej ini menyasarkan murid sekolah bermula daripada tahun empat sehingga tingkatan lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan.\"Pihak pengendali turut memberikan harga diskaun sehingga 50 peratus kepada pelajar seluruh negara yang berminat.\"Ini sudah pasti akan menggembirakan ibu bapa dan pelajar-pelajar yang tidak perlu bergerak ke mana-mana tapi duduk di rumah secara online akan mendapat pembelajaran melalui Pakej RAHMAH ITTV E-Learning ini,\" katanya.",
"(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub)",
"Tambah Salahuddin, Pakej Rahmad iTTV e-Learning bermula serendah RM5 sebulan kepada murid tahun empat sehingga RM15 sebulan buat pelajar tingkatan empat dan lima mengikut subjek masing-masing, berbanding harga biasa yang mencecah RM22 sebulan.Beliau berkata demikian pada sidang medi selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, di Johor Bahru hari ini.Hadir sama, Pengerusi iTTV Education Sdn Bhd, Datuk Aziz Bakar. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah adalah manifestasi keprihatinan dan kasih sayang Kerajaan Perpaduan kepada rakyat Malaysia. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=222 |
Johor FAMA Fest sasar RM5 juta nilai eksport produk agromakanan ke pasaran global
| [
"JOHOR BAHRU, 23 Jun - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor menyasarkan nilai eksport agromakanan negara sebanyak RM5 juta dalam program Johor FAMA Fest 2023 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tahun ini.Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata bagi tujuan itu, FAMA membawa agen pemasar dari negara Singapura, Hong Kong dan Kemboja bagi memperluaskan pasaran produk agromakanan negara ke pasaran global.\"Ini adalah inisiatif bagi mempromosikan produk-prdouk keluaran makanan dan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh para usahawan industri makanan dan pengusaha pertanian.\"Seramai 45 usahawan pemasar yang terdiri daripada usahawan tempatan akan membuat jualan selama empat hari di AEON Bukit Indah Johor Bahru bermula semalam hingga 25 Jun ini,\" katanya selepas merasmikan program Johor Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Fest 2023 di Aeon Bukit Indah hari ini.Katanya, program itu juga menawarkan makanan warisan dan popular negeri Johor seperti mee rebus, otak-otak, pepes, jus avokado dan lain-lain lagi bagi menarik kehadiran pengunjung.\"FAMA turut menyasarkan nilai jualan sebanyak RM200 ribu menerusi penganjur program ini dan dijangka seramai 50 ribu orang pengunjung akan menghadiri program ini.\"Jualan Agro Madani juga turut diadakan bagi memudahkan para pengunjung mendapatkan barangan keperluan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk pertanian dengan harga yang berpatutan,\" katanya.",
"FAMA berjaya mencatatkan potensi nilai eksport bernilai RM93.7 juta melalui program galakan pasaran di luar negara tahun ini sehingga Mei 2023.Ia melibatkan agen pemasar negara Emiriah Arab Bersatu, Jepun, China, Hong Kong, dan Kemboja.Sementara itu, Pengerusi FAMA, Amnuddin Zulkipli berkata bekalan keterjaminan makanan bagi sambutan Hari Raya Aidiladha adalah mencukupi.Tambahnya, FAMA akan mengadakan Jualan Aidiladha Madani di 203 lokasi bermula pada hari Ahad ini di Stadium Shah Alam, Selangor dengan jualan sasaran sebanyak RM11 juta."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=223 |
KEMAS peruntuk RM18.9 juta bantu orang kampung jadi usahawan rintis
| [
"KUALA TERENGGANU, 23 Jun - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memperuntukkan sebanyak RM18.9 juta tahun ini untuk bagi membantu penduduk luar bandar terlibat dengan program keusahawanan. Ketua Pengarahnya, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata, ia bagi melatih usahawan-usahawan rintis di seluruh negara untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi hidup.Beliau berkata, pihaknya akan mengenal pasti dan membantu mereka yang berkelayakan dengan menyediakan latihan dan bantuan peralatan.Antara bidang fokus KEMAS adalah latihan kemahiran iaitu jahitan, masakan, dandanan diri, seni tangan dan komputer.\"Kita menumpukan kepada peserta khususnya di peringkat kampung dan akan bantu bimbing mereka dengan memberi latihan serta peralatan.\"Pada masa sama, kita menyasarkan mampu melahirkan kira-kira 1,500 peserta dalam bidang kemahiran di seluruh negara setiap tahun,\" katanya ketika ditemui pada program Jom Masuk Kampung di Kampung Pulau Manis di sini, hari ini.",
"Ahmad Kamal Idris berkata, pihaknya menyediakan kursus jangka pendek dan jangka panjang meskipun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\"Mereka boleh mengikuti program yang disediakan seperti kursus komputer yang sampai ke tahap dua Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).\"Program yang kita tawarkan ini khusus untuk penduduk luar bandar yang mahu menceburi bidang usahawan, namun tidak mempunyai modal dan peralatan,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=224 |
Cukai taksiran rumah mampu milik di KL dikurangkan 25%
| [
"KEPONG, 23 Jun- Pengurangan cukai taksiran sebanyak 25% diberikan kepada pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur bermula penggal kedua tahun ini (Julai hingga Disember 2023).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas 2014 sehingga kini.Anwar menyifatkan keputusan itu diambil sebagai mengambil kira keluhan yang diterima serta komited membantu mengurangkan beban rakyat.",
"\"Setelah mendengar keluhan ramai daripada kawan-kawan, termasuk pekerja, yang jaga lif, polis bantuan, polis dan di peringkat bawah ini. Mereka minta supaya diberi pengurangan.\"Jadi, saya setuju untuk bagi pengurangan mulai penggal kedua 2023, sebanyak 25% daripada cukai taksiran yang ada sekarang ini,\" katanya di sini.Pengurangan cukai taksiran tersebut memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur.Anwar berucap pada majlis Temu Mesra Bersama Pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Projek Perumahan Penjawat Awam Metropolitan (PPAM) Kepong dan Perasmian Tempat Letak Kereta (TLK) Bertingkat Taman Tasik Metropolitan di sini.TLK siap dibina pada April 2020, dengan ketinggian tujuh tingkat dan berkeluasan 256,985 kaki persegi yang mampu menempatkan sejumlah 497 buah kereta. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berharap kemudahan TLK dapat dimanfaatkan sebaik mungkin khususnya pengunjung Taman Tasik Metropolitan Kepong, serta mampu mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar taman tersebut."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=225 |
Industri perlu terus cari jalan perbaiki amalan lestari - Nik Nazmi
| [
"KUALA LUMPUR, 23 Jun - Pihak industri perlu terus memperbaiki amalan lestari mereka ke arah mendukung ekonomi hijau, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata industri juga boleh mendapat manfaat dengan mempromosikan amalan lestari seperti inovasi dalam proses pengeluaran dan penggunaan tenaga secara berkesan, yang boleh mengurangkan kos perniagaan sambil menjaga alam sekitar. “Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan industri-industri untuk meningkatkan pemuliharaan alam sekitar termasuk pembiayaan untuk mempromosi penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi hijau, program latihan dan insentif untuk mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Tetapi kami juga sedar akhirnya jalan terbaik untuk melangkah ke hadapan, adalah bagi perniagaan dan industri untuk menyedari sendiri bahawa kelestarian adalah langkah kemajuan,” beliau berkata dalam ucapan perasmian pada Majlis Penyampaian Anugerah Bunga Raya Perdana Menteri (PMHA) di sini, semalam.Tambahan pula, beliau berkata institusi seperti PMHA adalah sebuah platform penting untuk mengiktraf kepatuhan pemain industri terutamanya sektor awam di atas usaha mereka ke arah amalan terbaik dan kelestarian.",
"Mengulas tentang penyampaian anugerah itu, Nik Nazmi berkata anugerah itu akan menjadi inspirasi kepada semua industri untuk terus berusaha ke arah kelestarian alam sekitar.“Saya ingin mengucapkan tahniah lagi kepada penerima PMHA 2021/2022. Semoga ini merupakan permulaan kepada perkara yang lebih baik untuk anda semua dalam perjalanan menuju kelestarian. Saya yakin pencapaian luar biasa syarikat-syarikat ini akan memberikan inspirasi kepada yang lain untuk berjaya seperti mereka demi kebaikan negara dan planet yang kita sayangi,” katanya. Pada majlis itu, Bakun Hydro Power Generation memperoleh anugerah tertinggi, Piala Cabaran dalam PMHA 2021/2022 yang disampaikan Nik Nazmi. Sejumlah 22 syarikat juga memperoleh pencapaian cemerlang dan luar biasa sepanjang kitaran 2021/2022 dalam kategori Anugerah Pencapaian Cemerlang antaranya Heraeus Materials (M) Sdn Bhd, Petronas Dagangan Berhad and Hengyuan Refining Company Berhad.Bagi kategori Anugerah Projek Khas, pemenangnya ialah Top Glove Sdn Bhd (Kilang 30) selaku pemenang emas diikuti Petronas Gas Berhad Regasification Terminal Sg. Udang (perak) dan Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (gangsa) yang mengetengahkan projek alam sekitar terbaik masing-masing. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=226 |
Dasar keselamatan data, siber ditambah baik
| [
"(Fahmi dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Digital Malaysia 2023)",
"KUALA LUMPUR, 22 Jun- Dasar dan undang-undang berkaitan aspek keselamatan data dan siber yang lebih baik sedang digubal, termasuk pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga sedang meneliti rang undang-undang Omnibus bagi mewujudkan dasar digital negara yang lebih komprehensif, sekali gus memperkukuh sektor ekonomi digital negara.Jelasnya, Malaysia perlu bekerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek kedaulatan data dan fungsi mudah alihnya.\"Sekiranya di peringkat ASEAN kita dapat mengusahakan satu protokol perkongsian dan kedaulatan data yang membolehkan lebih banyak negara ASEAN mewujudkan undang-undang memudahkan dan membolehkan perkongsian data antara negara anggota.\"Ini bagi saya akan melengkapkan ekosistem ekonomi digital bukan hanya bagi Malaysia tetapi di rantau Asia Tenggara,\" kata Fahmi selepas merasmikan Persidangan Persatuan Digital Malaysia 2023 di sini.Tambahnya, pengukuhan ekosistem ekonomi digital memungkinkan berlakunya dekad emas digital bagi negara sekaligus menjadikan Malaysia 'Harimau Digital Asia'.",
"(Dasar keselamatan data, siber ditambah baik)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=227 |
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 3) mula dibayar Isnin ini
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Jun – Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR3) akan mula disalurkan secara berperingkat pada Isnin ini, 26 Jun 2023. Lebih 8 juta golongan B40 layak menerima sumbangan itu.",
"“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023. Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini.",
"Pembayaran STR 3 membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion; setiap yang layak akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan.",
"Bayaran akan dikreditkan terus ke akuan penerima bermula pada 26 Jun 2023 sehingga 5 Julai 2023 bagi penerima yang mempunyai akaun bank manakala penerima tiada akaun bank, pembayaran tunai dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), juga bermula 26 Jun 2023 termasuk di Sabah dan Sarawak.",
"Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada bulan Januari dan April lepas. Ketiga-tiga fasa STR itu melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023.",
"Manakala pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November 2023. Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun 2023.",
"“Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023.” menurut kenyataan tersebut.",
"Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my.",
"(Pegawai LHDN Negeri Sembilan membantu orang ramai mengemas kini maklumat peribadi untuk pembayaran STR2/Foto fail BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=228 |
Pertukaran budaya medium penting perkukuh hubungan Malaysia, Indonesia - Fahmi
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Jun - Pertukaran budaya adalah medium penting bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Beliau berkata pertukaran budaya mampu menjadi jambatan antara identiti bangsa kedua-dua negara serumpun itu meskipun budaya semakin ditenggelami oleh kehidupan moden masyarakat kini.“Bila kita hidup di kawasan bandar, begitu mudah kita terpisah dengan identiti kita. Terbawa-bawa dengan budaya dunia moden sehingga kita lupa budaya adat resam.“Usaha Universiti Malaya (UM) dan Universitas Negeri Padang untuk merealisasikan program malam ini mesti kita puji. Ini menjadi jambatan dalam perjuangan jati diri bangsa dan mempromosikan budaya sebagai medium memperkuat hubungan antara dua negara kita,” katanya ketika merasmikan Program Hubungan Budaya Malaysia-Indonesia 2023 di Panggung Eksperimen UM hari ini.",
"Program anjuran Fakulti Seni Kreatif UM dan Universitas Negeri Padang, Indonesia dengan kerjasama Persatuan Warga Tigo Luhah Tanjung Tanah Malaysia itu bertujuan mendedahkan kepada umum warisan budaya masyarakat Malaysia dan diaspora Indonesia, khususnya suku Kerinci.Fahmi turut merasmikan Persatuan dan Kumpulan Kesenian Diaspora Kampung Kerinchi sebagai perlambangan asimilasi budaya yang diwarisi oleh masyarakat diaspora hasil hubungan budaya rakyat kedua-dua negara jiran itu. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=229 |
Jaringan perniagaan Malaysia-Turkiye terus diperkukuh
| [
"(Majlis Makan Malam dan Dialog anjuran MUSIAD sempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 buah syarikat daripada Republik Türkiye/FB Anwar Ibrahim)",
"PUTRAJAYA, 20 Jun- Republik Turkiye kekal menjadi salah satu rakan dagangan penting Malaysia di rantau Asia Barat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejumlah enam projek pembuatan dengan pelaburan Turkiye telah dilaksanakan di Malaysia.Jumlah pelaburan bernilai US$123.2 juta atau RM429.2 juta. Kerajaan Malaysia akan terus memperkukuh jaringan perniagaan dengan Turkiye serta mengalu-alukan syarikat-syarikat dari negara berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di Malaysia.Anwar menghadiri majlis makan malam dan dialog anjuran Independent Industrialists and Businessmen's Associaton (MUSIAD) malam tadi.Majlis makan malam itu bersempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 buah syarikat dari Turkiye. Menurut Anwar menerusi laman Fecbooknya, beliau turut berkesempatan berjumpa dengan Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel; Naib Pengerusi MUSIAD, Davut Altunbas dan Pengerusi MUSIAD Malaysia, Sabri Yardimci.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jaringan perniagaan Malaysia-Turkiye terus diperkukuh/FB Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=230 |
Bekalan daging lembu korban mencukupi
| [
"SEGAMAT, 20 Jun - Bekalan daging lembu di Johor Bahru mencukupi dan dijangka tidak berdepan masalah peningkatan harga sempena sambutan Sempena Hari Raya Aidiladha.Menurut Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, harga seekor lembu yang dijual antara RM5,000 hingga RM6,000 juga masih munasabah.\"Seramai 2, 576 peternak lembu tempatan turut bersedia membekalkan keperluan haiwan tersebut sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada lembu import.\"Tiada sebarang laporan yang diterima berhubung peningkatan harga lembu yang didakwa mencecah RM7,000 seekor di negeri ini.\"Setakat ini harga jualan lembu di Johor direkodkan sekitar RM5,000 sehingga RM6,000 seekor. Malah di Segamat, ada penternak yang dilaporkan menjual seekor lembu dengan harga RM4,500,\" katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif Ternakan Lembu Pedaging Jabatan Veterinar Johor di Pejabat Veterinar Segamat di sini pada Selasa.Dalam pada itu, terdapat 192 pusat penyembelihan di seluruh Johor yang menerima permit kebenaran sembelihan sementara bagi Aidiladha."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=231 |
TH jadi sumber rujukan negara lain dalam urusan haji
| [
"MEKKAH, 20 Jun - Kelebihan serta reputasi yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dalam proses mengendalikan operasi haji di tanah suci sentiasa menjadi sumber rujukan negara lain.Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saled Syed Abdul Rahman berkata, ini termasuk menjadi rujukan negara Thailand yang mempunyai bilangan minoriti penganut Islam untuk jemaah menunaikan Rukun Islam kelima di Mekah.Syed Saled menambah menerusi pertemuan tahunan antara TH bersama rombongan haji Thailand itu menjadi medan pertukaran pandangan serta perkongsian ilmu bagi menambah baik pengurusan haji.\"Melalui pertemuan tahunan ini, turut dibincangkan adalah melibatkan pengurusan dana TH yang kukuh seterusnya melaksanakan urusan haji dengan baik setiap kali musim haji tiba.\"Tabung haji mempunyai dana kukuh supaya kita boleh membuat urusan penempahan bilik hotel, penempahan penerbangan, \" katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.",
"Ibu Pejabat TH di Mekah sebelum itu menerima kunjungan dan lawatan rombongan haji dari Beksah Thailand yang diketuai Zakee Abdulaziz Pitakkumpun.Menurut Zakee, sistem pengurusan haji yang efektif oleh TH memberi manfaat kepada Thailand, dalam usaha mereka menambah baik perkhidmatan kepada jemaah haji negara berkenaan.Ia termasuk konsep menabung oleh bakal jemaah haji yang bermula daripada usia muda.\"Saya akui Malaysia merupakan contoh terbaik berbanding beberapa negara Islam yang lain dari segi pengurusan haji untuk mendidik rakyat bermula daripada usia muda khususnya menabung demi kepentingan agama termasuk menunaikan haji,\" katanya dalam pertemuan itu.Pada Mei lalu, TH dan syarikat Mashariq Holdings yang berpangkalan di Mekah, memeterai kontrak selama tiga tahun sebagai usaha menangani kenaikan kos ibadah haji setiap tahun serta meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah Malaysia, terutama pada waktu puncak haji atau masyair."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=232 |
KPKM teliti cadangan penubuhan Agensi Makanan Malaysia
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Jun - Cadangan untuk menubuhkan agensi sekuriti makanan negara sedang diteliti dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan sebagai agenda nasional, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.Katanya, bagi merealisasikan hasrat tersebut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu melihat secara holisitik yang akan memberi implikasi kepada perundangan, kewangan, sumber manusia dan penyelarasan semula fungsi antara kementerian.\"Idea penubuhan agensi itu dicetuskan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) awal tahun ini, sebagai salah satu inisiatif mengurangkan kos sara hidup rakyat.\"Kajian awal KPKM mendapati penubuhan agensi sekuriti makanan negara hendaklah dilihat secara holistik merangkumi empat aspek utama iaitu elemen ketersediaan, kebolehcapaian, keselamatan makanan dan pemakanan serta kestabilan dan kemampanan,\" katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Tambah beliau, KPKM turut melaksanakan infrastruktur yang moden dan cekap, memberikan insentif, sokongan dalam bentuk nasihat dan teknikal kepada pengeluar makanan.Katanya ia sebagai satu usaha dan komited kerajaan dalam memastikan sistem makanan negara mantap dan berfungsi dengan cekap dan produktif.Selain itu, geran, dana pembiayaan, pengecualian cukai, subsidi dan akses pasaran serta padanan perniagaan, juga diberikan kepada pihak pengeluar makanan.Beliau menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Agensi Makanan Malaysia dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan sebagai agenda nasional.",
"(Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=233 |
Uggah gesa pengguna jaga aksesori keselamatan projek LPB
| [
"SARIKEI, 20 Jun - Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini menasihatkan pemandu supaya mematuhi peraturan semasa menggunakan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) berikutan beberapa siri aduan dan isu kecurian aksesori amaran keselamatan di tapak pembinaan di sepanjang lebuh raya itu.Beliau juga meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor projek pembinaan LPB di negeri in supaya menggantikan penghadang plastik, lampu berkelip dan papan tanda keselamatan yang dicuri atau rosak serta meningkatkan pemantauan peralatan keselamatan sebaik sahaja ia diganti atau diperbaiki.“Saya minta pasukan (pembinaan lebuh raya) mengkaji semua (isu) ini dan terus memantau keadaan...bukan hanya membaiki dan melupakannya….Minta kerjasama pengguna lebuh raya supaya biarkan peralatan keselamatan ini,” katanya selepas meninjau Kontrak Pakej kerja 06 (WPC06) LPB dekat Jakar, di sini, pada Isnin.Beliau mengulas aduan bahawa kehilangan peralatan keselamatan - kemungkinan besar disebabkan oleh pemandu kenderaan yang mengalihkan penghadang untuk membuat pusingan U bagi mengelak daripada perlu menempuh jarak jauh untuk membuat pusingan P.",
"Menurutnya tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan beberapa kemalangan jalan raya di bahagian lebuh raya yang belum siap itu.Aduan mengenai tahap keselamatan LPB dipersoalkan berikutan kemalangan di Kilometer 52, Jalan Sibu-Bintulu dekat Selangau pada 5 Jun lalu yang mengorbankan lima orang termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas laluan bahagian Jakar dinaiki air selepas hujan lebat.“Pemandu kenderaan perlu mematuhi papan tanda jalan dan had laju untuk memastikan keselamatan diri. JKR dan kontraktornya perlu mengambil serius aduan dan kebimbangan orang ramai, mencari penyelesaian dan membetulkan keadaan segera,” katanya.Hadir sama dalam tinjauan tersebut ialah Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Tiong Sii dan wakil rakyat Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=234 |
Sultan Selangor perkenan bubar DUN Jumaat ini
| [
"KLANG, 19 Jun- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan semua calon dan penyokong parti politik tidak membangkitkan isu agama dan kaum sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri yang bakal diadakan kelak.Baginda juga menitahkan calon-calon dan penyokong supaya tidak memainkan isu sensitif yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat khususnya di negeri ini.Titah baginda dikeluarkan selepas Istiadat Pengisytiharan Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Dalam titah itu, Sultan Sharafuddin berkenan menetapkan tarikh Istiadat Pengisytiharan Pembubaran Dewan Negeri Selangor lebih awal kerana baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin akan berangkat menunaikan ibadah haji, esok.Baginda juga akan menjalani rawatan dan pembedahan pada 28 Julai depan di London dan dijangka kembali ke tanah air pada 15 Ogos nanti. Terdahulu Sultan Sharafuddin berkenan membubarkan Dewan Negeri, setelah menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pagi tadi. ",
"(Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan bubar DUN Jumaat ini/Selangor Royal Office)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=235 |
Akta Omnibus bakal dibentang
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Jun - Satu Akta Omnibus akan dibentangkan bagi memudahkan urusan perkongsian data antara kementerian selain menjamin keselamatan perkongsian data peribadi menerusi Pangkalan Data Utama (PADU).Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, akta itu juga bagi memastikan integrasi data antara kementerian dapat dilaksana tanpa perlu meminda akta berasingan.\"Sebab itu kerajaan akan membentangkan Akta Omnibus mengenai keselamatan data dan perkongsian data yang meliputi semua agensi kerajaan terlibat supaya kita tidak perlu meminda setiap akta terbabit di setiap perkonsgian data jabatan kerajaan.\"Akta omnibus ini bukan sahaja bagi memastikan perkongsian data ini satu kewajipan yang akan berlaku dengan baik ia juga memastikan proses perkongsian data itu akan berterusan mengikut undang-undang demi menjamin padu iini akan kekal sebagai pengkaln data kerajaan yang berterusan,\" kata Rafizi menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook, dalam sidang Dewan Negara hari ini.",
"Tambahnya, langkah itu bagi memperkemas pelaksanaan PADU daripada aspek keselamatan perkongsian data antara jabatan dan kementerian.PADU menyediakan ekosistem butiran data berkaitan pendapatan isi rumah dengan gabungan maklumat daripada pangkalan data sosial dan kebajikan seperti eKasih dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=236 |
Tiada unsur jenayah dalam kes Nazlan - Anwar
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Jun- Hasil Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendapati tiada sebarang bukti kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali.Perkara itu turut dipersetujui Jabatan Peguam Negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SPRM telah melakukan siasatan dengan teliti selepas menerima laporan kes rasuah membabitkan hakim berkenaan.\"Alasan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah relevan kerana memuktamadkan kes ini, bahawa sumber wang yang dikatakan telah diseleweng dari SRC International Sdn Bhd tidak relevan bagi tujuan pembuktian pertuduhan melibatkan kesalahan jenayah pecah amanah.\"Elemen penting untuk dibuktikan pertuduhan tersebut adalah sama ada tertuduh mempunyai dominasi terhadap dana yang diselewangkan.\"Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa tidak ada kaitan di antara pekerjaan terdahulu hakim Nazlan di Maybank dengan pertuduhan tersebut. Sumber dana yang diselewangkan itu tidak relevan, juga diakui peguam defendan, jika sumber wang diseleweng tidak relevan, maka peranan dan pekerjaannya di Maybank adalah tidak relevan,\" katanya di Dewan Negara.Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Kesavadas A Achyuthan Nair mengenai status siasatan SPRM ke atas Datuk Seri Mohd Nazlan melibatkan konflik kepentingan dalam kes rasuah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.",
"(Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali/Foto fail Bernama)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=237 |
SPRM bebas pengaruh politik
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Jun- Sebarang siasatan dan dakwaan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu ketirisan dan rasuah tidak dipengaruhi mana-mana kuasa politik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap tindakan dibuat berdasarkan laporan dan fakta.Ia sejajar dengan peranan SPRM yang melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang.\"Orang anggap tuduhan siasatan bermotif politik, harus melihat fakta bukan berdasarkan sentimen politik hingga mengelirukan rakyat.\"Kalau nyata dari segi kes berprofil tinggi dan ada alasan kukuh, itu tugas SPRM dan Pejabat Peguam Negara, jadi masyarakat kena beri sokongan padu untuk bersihkan negara daripada penyakit rasuah,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)",
"Perdana Menteri berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan, Persidangan Dewan Negara.",
"Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair berhubung isu siasatan rasuah melibatkan bekas-bekas Perdana Menteri."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=238 |
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 29 Jun
| [
"KUALA LUMPUR, 18 Jun-Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis 29 Jun 2023.",
"Demikian diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Haji Mohd Aseral Jusman.\"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023.\"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023,\" katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebentar tadi."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=239 |
PM ucap tahniah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah
| [
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto fail Bernama)",
"KUALA LUMPUR, 18 Jun- Perdana Menteri merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.Ia bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-81 hari ini.Menerusi catatan di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.\"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Kedah Darul Aman dengan adil dan saksama.\"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Daulat Tuanku,\" katanya.",
"(Anwar turut mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan/FB Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=240 |
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat hari bapa
| [
"KUALA LUMPUR, 18 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa.Ucapan itu dimuatkan dalam catatan Facebook Istana Negara.Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.Tema sambutan tahun ini ialah \"Terima Kasih Ayah\".",
"(Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat hari bapa)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=241 |
Ahli politik diingatkan agar tidak terbabit dalam perolehan aset tentera
| [
"BUTTERWORTH, 17 Jun-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada ahli politik, dan ejen luar supaya tidak mencampuri urusan perolehan aset ketenteraan.Menurut Perdana Menteri, keputusan berkaitan perkara tersebut wajar diputuskan sendiri oleh pihak tentera sendiri bagi memastikan dasar pertahanan negara sentiasa kukuh.“Kalau nak beli kapal, senapang, biar ambil keputusan profesional daripada bahagian masing-masing, orang-orang politik, ejen-ejen luar jangan masuk campur.\"Apabila ia sudah diputuskan, kita akan bincang dengan Kementerian Kewangan mengenai kos (pembelian) dan kita runding terus antara kerajaan-kerajaan untuk mengelakkan ketirisan\", katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama warga Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini.Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembinaan rumah penjawat awam termasuk tentera.Jelasnya lagi, proses baik pulih kerosakan kediaman sedia ada akan dimulakan pada tahun hadapan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=242 |
Misi ke Minggu Teknologi London berjaya - Fahmi
| [
"LONDON, 16 Jun- Sebanyak RM8.3 bilion komitmen pelaburan daripada sembilan syarikat United Kingdom (UK) diraih Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Minggu Teknologi London. Beberapa perjanjian persefahaman dan pertukaran kerjasama turut dimeterai, selain sejumlah siri jalinan rangkaian turut dijalin.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyifatkan, misi ke London itu sebagai berjaya.\"Banyak yang telah kita berjaya dengar, dapatan yang kita peroleh, cabaran dihadapi sektor ekonomi digital termasuk aspek inovasi dan teknologi baharu.\"Begitu juga, peluang syarikat-syarikat Malaysa untuk kita bawa keluar ke Eropah melalui UK, dan syarikat-syarikat UK yang boleh kita bawa ke Malaysia,\" katanya kepada pemberita di sini.Tambah beliau, bagi meneruskan momentum kejayaan, beberapa perkara akan diperhalusi, antaranya pembangunan infrastruktur dan prasarana bersesuaian.Sementara itu, peluasan perkhidmatan 5G dwirangkaian turut dititikberatkan.Beberapa akta juga dicadang untuk digubal bagi memudahkan operasi pelaburan dan perniagaan pemain industri antarabangsa.\"Beberapa perkara ini kita perlu lakukan. Saya percaya saya telah beri beberapa arahan kepada MDEC dan beberapa agensi lain, perlu kita usahakan dengan kadar segera, supaya banyak daripada keuntungan, keterlibatan syarikat malaysia dan UK ini membuahkan hasil dan limpahan ekonomi kepada Malaysia,\" katanya.November ini, giliran Malaysia menjadi tuan rumah menerusi Malaysia Digital Expo (MDX) 2023 yang dijadual berlangsung selama seminggu dengan menghimpunkan pemain industri tempatan dan antarabangsa.",
"(Fahmi Fadzil (kiri) dalam Minggu Teknologi London)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=243 |
BMT lambang komitmen kerajaan, manfaat 318,750 pekebun kecil
| [
"KUALA LUMPUR, 16 Jun - Seramai 318,750 pekebun kecil getah bakal menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini, dengan bayaran RM800 seorang.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah itu melibatkan 232,427 pekebun kecil getah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan 86,323 pekebun kecil getah di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, permohonan bagi bantuan dengan nilai peruntukan keseluruhan RM256 juta itu, dibuka bermula semalam (15 Jun) sehingga 15 September depan.",
"\"Program BMT 2023 melambangkan komitmen Kerajaan Malaysia Madani untuk menyokong kehidupan pekebun kecil dan penoreh getah, bagi mengatasi cabaran kewangan semasa musim tengkujuh.\"Kerajaan mengharapkan pekebun kecil dan penoreh getah mendapat manfaat sepenuhnya, menerusi program ini, katanya menerusi catatan terkini di Facebooknya pada Jumaat.Ahmad Zahid berkata, BMT disampaikan kepada pemilik kebun getah kecil yang menguruskan kebun sendiri manakala pemilik kebun yang menjadi ahli kepada Projek Tanam Semula Berkumpulan juga layak menerima bantuan itu.Beliau berkata, penoreh getah yang bergantung pada penorehan getah sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah kebun getah juga termasuk dalam senarai penerima bantuan.Selain itu, Ahmad Zahid berkata individu yang berdaftar dengan RISDA dan berada dalam Sistem Pembangunan Pekebun Kecil (e-SPeK), juga layak menerima bantuan itu.Permohonan atau urusan mengemas kini BMT 2023 boleh dibuat melalui laman sesawang www.pekebunkecilrisda.gov.my."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=244 |
Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar UAE
| [
"(Anwar Ibrahim (kanan) dan Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan (kiri) di Parlimen, Kuala Lumpur)",
"KUALA LUMPUR, 15 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan di Parlimen, hari ini.Lawatan Sheikh Abdullah itu bersempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia selama dua hari bermula semalam.Ketibaan beliau dan deligasi UAE di Bangunan Persidangan Sementara Parlimen pada pukul 2.40 petang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Pertemuan kira-kira sejam itu tertumpu kepada perbincangan mengenai pelbagai isu meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-UAE serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.Lawatan rasmi itu susulan daripada lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan ke Malaysia pada bulan lepas.UAE merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.Pada tahun 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5% dari RM22.33 bilion kepada RM38.73 bilion berbanding tahun sebelumnya.",
"(Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan, Anwar Ibrahim dan Dr. Zambry Abdul Kadir)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=245 |
Perlu permit untuk terbangkan dron sepanjang gawai bazaar, perarakan ‘Niti Daun’ – Polis
| [
"KUCHING, 15 Jun - Polis Sarawak melarang orang awam menerbangkan dron tanpa permit sepanjang program Gawai Bazaar dan Perarakan ‘Niti Daun’ sempena sambutan Gawai Dayak yang bermula esok petang sehingga Sabtu.Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pengendali dron perlu mendapatkan kelulusan permit daripada pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia dan jika gagal berbuat demikian polis tidak akan teragak-agak menyekat frekuensi penerbangan dron itu.“Hanya unit dron TVS sahaja yang dibenarkan untuk membuat liputan udara semasa aktiviti berlangsung atas faktor keselamatan,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak, di sini hari ini.Mohd Azman berkata selain itu, enam jalan utama di sekitar bandar raya akan ditutup mulai esok pada pukul 4 petang hingga 5 petang untuk sesi raptai, manakala pada Sabtu bermula 10 pagi hingga 5 petang.",
"“Antara jalan yang ditutup dan dilencongkan bagi tujuan perarakan adalah bulatan Sri Aman atau susur masuk Jalan Padungan, susur masuk ke Jalan Abell, Jalan Petanak, Jalan Padungan, Jalan Wawasan, Jalan Carpenter, Jalan Old Court House dan Jalan Gambir,” katanya.Beliau berkata seramai 289 orang pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang program itu berlangsung bagi memastikan kelancaran program.Orang awam yang ingin menyaksikan perarakan itu dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan iaitu di bangunan Saujana, medan letak kereta Plaza Merdeka, bangunan Medan Pelita, sekitar bangunan Tun Jugah dan medan letak kereta Top Spot. -BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=246 |
Pembinaan ORS mampu selesaikan gangguan bekalan air
| [
"KUALA LUMPUR, 15 Jun-Pembinaan Kolam Takungan Hiliran atau Off River Storage (ORS) berupaya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air.Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ORS merupakan alternatif bagi sumber air dan diguna pakai bagi menghadapi fenomena perubahan iklim.Jelasnya, ORS berperanan sebagai kolam penyimpanan air mentah di kawasan hilir dan pinggir sungai serta berhampiran loji bagi kegunaan penduduk setempat.\"Air-Air dari sungai disimpan dahulu dan digunakan untuk tebatan banjir agar air-air tersebut tidak masuk ke dalam lembangan sungai.\"Kita juga boleh menggunakan sumber tersebut sebagai bekalan air untuk digunakan.\"Contohnya di Sungai Rasau yang melibatkan tebatan banjir dan sumber air itu juga digunakan untuk mengurangkan tekanan Sungai Klang yang menjadi sumber utama membekalkan air\", katanya ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan wakil Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berhubung komitmen Kerajaan memastikan negara tidak mengalami impak buruk rentetan fenomena iklim global yang tidak menentu.",
"(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad/FOTORTM)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=247 |
Rosmah dapat pasport untuk lawat anak di Singapura
| [
"PUTRAJAYA, 15 Jun - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkannya melawat anaknya, Nooryana Najwa Mohd Najib dan keluarga di Singapura.Panel tiga hakim diketuai Datuk P. Ravinthran berkata memandangkan tiada bantahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn terhadap permohonan itu, mahkamah sebulat suara membenarkan perintah yang dimohon oleh isteri bekas Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak itu.“Memandangkan tiada bantahan daripada pihak pendakwaan, permohonan ini dibenarkan,” kata Ravinthran yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azman Abdullah.Terdahulu, peguam Datuk Jagjit Singh berkata anak guamnya memohon kebenaran mahkamah untuk mendapatkan pasport antarabangsanya bagi membolehkannya melawat anak perempuannya itu yang kini menetap di Singapura selepas berkahwin dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbaye.\"Kami memberi aku janji akan memulangkan pasportnya (Rosmah) (kepada mahkamah) dalam tempoh seminggu selepas kembali pada 7 Julai,\" kata Jagjit.",
"Beliau berkata Rosmah akan kembali ke negara ini sebelum rayuan kes rasuah membabitkan projek hibrid solar yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 11 Julai ini.Rosmah memfailkan notis usul itu pada 2 Jun melalui Tetuan Akberdin & Co, bagi membolehkannya ke luar negara selama empat minggu mulai 6 Jun hingga 7 Julai. Pasportnya kini ditahan mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat jaminannya dalam kes hibrid solar itu. Ini adalah kali ketiga Rosmah diberi kebenaran sementara mendapatkan pasport antarabangsanya untuk ke Singapura, kali pertama pada 15 Okt 2021 untuk melawat Nooryana yang melahirkan anak keduanya serta pada 21 Mac, untuk melawat anak dan cucunya yang tidak sihat.Pada 1 Sept 2022, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.Mahkamah turut memerintahkan Rosmah, 71, dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. Rayuan itu akan didengar selama empat hari bermula 11 Julai ini. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=248 |
KKM-KPM jalin kerjasama pemberian dos penggalak COVID-19
| [
"KUALA LUMPUR, 15 Jun - Kementerian Kesihatan akan memulakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi pemberian dos penggalak COVID-19 di sekolah melibatkan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.Ini susulan jumlah penerima golongan berkenaan yang kurang memberangsangkan dengan jumlah 7,163 penerima iaitu 2 peratus sejak ia mula disyorkan pada tahun lalu.Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, ia sebagai langkah mengurangkan pembaziran vaksin yang sedang dihadapi kementerian ketika ini.\"Angka rendah ini juga faktor penyumbang pembaziran sebabkan vaksin luput dan pelupusan vaksin ni dalam angka besar 8.5 juta, disebabkan ini kerajaan...sangat risau dan inginkan apakah berlaku terhadap pembaziran ini.\"KKM sudah mengemukakan Kertas Putih perolehan penggunaan vaksin dan nyatakan beberapa perkara dan ketidak aturan berlaku telah ditegur oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) tentang perolehan pada kerajaan lepas,\" katanya di Dewan Rakyat hari ini.",
"Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin berhubung langkah meningkatkan keyakinan rakyat terutama kanak-kanak terhadap pengambilan dos penggalak.Setakat ini, hanya 2.5 peratus populasi bersamaan 824,835 rakyat Malaysia mendapatkan dos penggalak kedua.Pada 8 Februari lalu, Anwar dalam satu sidang media memaklumkan KKM akan membentangkan Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 dan kos berkaitan, yang sebahagiannya dipercayai tidak mengikut peraturan dan ditandatangani tanpa persetujuan Peguam Negara.Susulan kenyataan itu, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, yang bertanggungjawab terhadap perolehan vaksin COVID-19 ketika pandemik, menafikan dakwaan terbabit dengan menegaskan semua perolehan yang dibuat ketika pentadbiran PN dibentangkan kepada Kabinet dan diketahui AGC."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=249 |
PM mahu RUU Keselamatan Siber digubal segera
| [
"KUALA LUMPUR, 15 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Rang Undang-Undang Keselamatan Siber digubal segera dalam mendepani ancaman keselamatan siber.Anwar menegaskan Malaysia harus menelusuri cabaran era digital yang menuntut kesiapsiagaan terbaik seluruh jentera kerajaan dalam hal tersebut.\"Perihal ini menjadi keutamaan bukan sahaja di dalam negara tetapi turut mencakup ehwal yang lebih besar di peringkat global kerana alam siber dan komunikasi digital meresapi pelbagai aspek dalam kehidupan.\"Justeru Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar suatu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.\"Saya menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap keselamatan negara termasuk di dalam domain digital dan eko-sistem siber,\" katanya melalui kenyataan hari ini.",
"Katanya, sehubungan itu, Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA, MKN) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi tonggak untuk menggembleng usaha dan ikhtiar merentas pelbagai entiti kerajaan serta pihak industri di dalam hal ini.\"Entiti dalam eko-sistem siber akan terus mengekalkan kuasa yang membolehkan mereka melaksanakan fungsi masing-masing.\"Pada masa yang sama, fungsi tugas beberapa entiti teras berkaitan keselamatan siber akan diselaraskan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan memaksimakan kecekapan,\" katanya lagi.Tambah kenyataan itu lagi, RUU Keselamatan Siber akan memberi NACSA, MKN punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber.Katanya, RUU itu juga akan menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi NACSA, MKN sejajar dengan hasrat yang termaktub dalam Arahan MKN No. 26 PengurusanKeselamatan Siber Negara dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=250 |
EUDR: TPM Fadillah akan bertemu Florika Fink 28 Jun ini
| [
"KUALA LUMPUR, 15 Jun - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan Fink-Hooijer bertanggungjawab meneliti dan merangka penyediaan isu pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR). \"Saya akan bertemu dengan Florika pada 28 Jun ini di pejabat saya di Putrajaya..Florika Fink merupakan Ketua Pengarah yang akan meneliti dan merangka EUDR secara keseluruhan. \"Dalam pertemuan di Putrajaya itu nanti, saya akan menegaskan lagi pendirian-pendirian yang Malaysia bawa semasa di Brussels, Belgium selain menjelaskan pandangan negara ini secara khusus terhadap pelaksanaan EUDR,\" katanya di Dewan Rakyat hari ini.",
"(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika lawatan rasmi dan misi perdagangan ke Kesatuan Eropah (EU) ke Brussels pada 29 Mei lalu/FOTO FB Fadillah Yusof)",
"Jawapan merujuk hasil lawatan kerja ke Eropah dalam menangani isu diskriminasi minyak sawit serta bantuan segera penoreh dalam menangani musim panas dan penyakit daun yang menjejaskan hasil susu getah.Beliau turut memaklumkan ke pengetahuan dewan... Misi Bersama Malaysia dan Indonesia ke EU sebagai berjaya dalam menyampaikan kebimbangan negara pengeluar sawit berkenaan mengenai pelaksanaan EUDR secara kolektif melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).Pada masa sama, respons positif yang diterima daripada misi tersebut juga diharap dapat meleraikan kebimbangan Malaysia dan Indonesia terhadap pelaksanaan EUDR yang dikhuatiri boleh menjejaskan sektor sawit kedua-dua negara."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=251 |
Penggunaan teknologi baharu mampu tingkat SSL Sabah
| [
"KUALA LUMPUR, 15 Jun-Sistem pengairan penanaman padi dan penggunaan teknologi antara aspek yang perlu pertingkatkan bagi membantu negeri Sabah mencapai sasaran kadar sara diri (SSL).Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata inisiatif sedemikian penting bagi membolehkan kadar pengeluaran beras tempatan di negeri itu dipertingkatkan terutamanya bagi mencapai sasaran kadar SSL 75 peratus di Sabah menjelang 2025.\"Kena usahakan menaik taraf sistem pengairan di Sabah. Infrastuktur sangat penting bagi mencapai tujuan tersebut (SSL).\"Saya yakin ia boleh dilaksana dengan keluasan sawah, benih baharu dan komitmen petani.\"Kita boleh capai SSL 100 peratus dengan penerapan teknologi\", katanya demikian ketika menjawab soalan wakil Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berhubung inisiatif bagi memperkasa tanaman padi di Sabah.Sementara itu mengulas isu berkaitan tindakan Vietnam mengurangkan eksport beras ke negara ini, Mohamad Sabu menjelaskan tindakan tersebut tidak menjejaskan bekalan beras dalam negara.Katanya lagi, ketika ini hasil beras dalam te meliputi 70 peratus, manakala hanya 30 peratus beras yang diimport.Menurutnya lagi, 30 peratus beras import meliputi pelbagai negara dan tidak hanya bergantung kepada Vietnam semata-mata. \"Bagi Malaysia, sumber import beras adalah dari pelbagai sumber. Antaranya India, Myanmar, Kemboja, Pakistan dan Thailand.\"Justeru, jika Vietnam mengurangkan eksport, ia tidak akan menjejaskan beras di negara ini\", katanya di Parlimen hari ini.",
"(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu/FOTO RTM)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=252 |
Anwar mahu mekanisme subsidi bersasar dilakukan secepat mungkin
| [
"KUALA LUMPUR, 15 Jun-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mahu mekanisme subsidi bersasar termasuk diesel dan petrol RON95 dilakukan secepat mungkin. Namun, beliau mengakui pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar yang mahu dilakukan kerajaan itu adalah tidak mudah.\"Terdapat pasukan yang sedang memperhalusi mekanisme subsidi bersasar. Namun, terdapat cadangan yang kita tidak setuju terutamanya berkaitan keberkesanan implementasi yang dilihat rumit.\"Subsidi diesel sangat sukar.Kadang-kala pemamndu boleh memindahkannya dari kenderaan kecil kepada kenderaan besar.Segalanya perlu diperhalusi. Kita sedang memperhalusinya. Saya ingin memberi komitmen berkaitan hal ini. Saya mahukan ia dilakukan secepat mungkin\", katanya lagi.Tambah Anwar lagi, kerajaan sedang berusaha ke arah itu dengan meneliti beberapa cadangan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar terbabit bersifat efektif.Sementara itu beliau turut memaklumkan kerosakan yang berlaku di kawasan penjaja tersebut akan segera dibaik pulih.\"Ada beberapa kawasan perlukan pembersihan akibat dinaiki air parit dan kita akan baiki bumbung segera tahun ini\", katanya demikian kepada media selepas melawat Pusat Penjaja MADANI, di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=253 |
Teknologi A.I: Malaysia perlu perkasa tenaga mahir dan sistem
| [
"LONDON, 12 Jun-Beberapa langkah sedang dikenal pasti bagi memperluas dan mempromosi teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah hal berkaitan tenaga berkemahiran dan pembangunan sistem.Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, teknologi AI pesat membangun dan diguna pakai secara meluas di seluruh dunia.Tambahnya, bagi mengelak daripada ketinggalan, Malaysia wajar turut serta.Bagaimanapun, beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi meningkat dan memperluas penggunannya.\"Antara yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia ialah perkara berkaitan modal, kewangan, peralatan, pembangunan infrastruktur dan institusi bersesuaian.\"Ia penting demi pertumbuhan ekonomi dan inovasi digital mampan, selain penerokaan teknologi baharu\", katanya selepas melawat gerai pameran Minggu Teknologi London di sini.",
"Artikel berkaitan:Kuasa A.I untuk kebaikan meski ada keburukan",
"(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=254 |
Elaun sara hidup pelajar tajaan JPA dinaikkan
| [
"(Datuk Seri Anwar ketika menyampaikan amanat kepada para pelajar Tajaan JPA diInstitusi Pengajian Tinggi pada Progran Bicara Siswa Cakna Madani/BERNAMA)",
"KUALA LUMPUR, 13 Jun- Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Datuk Seri Anwar berkata kenaikan elaun itu melibatkan kenaikan 15% kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara, kecuali pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan pada 7 November tahun lepas. Selain itu ia melibatkan kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.\"Kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai 2023 yang akan memanfaatkan 43,595 orang pelajar.\"Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar-bandar besar,\" menurut kenyataan itu.Inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian, di samping memastikan penawaran penajaan kerajaan kekal releven dan berprestij.",
"(Datuk Seri Anwar (tengah) bergambar kenangan bersama para pelajar tajaan JPA di Institusi Pengajian Tinggi pada Progran Bicara Siswa Cakna Madani/BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=255 |
Malaysia sasar pelaburan ekonomi digital capai RM130 bilion menjelang 2025
| [
"LONDON, 12 Jun - Minggu Teknologi London yang menghimpunkan pemain industri digital dunia membuka tirai.Tidak terlepas penglibatan Malaysia menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan diketuai Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Minggu Teknologi London yang berlangsung di Queen Elizabeth Two Centre dirasmikan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak.Lebih 30,000 pengunjung dan pemain industri digital disasar hadir termasuk syarikat pemula dan pelabur.Peluang dimanfaat negara selari inisiatif Malaysia Digital.Penglibatan Malaysia dalam Minggu Teknologi London kali ini meneruskan kesinambungan daripada penyertaan pada edisi penganjuran tahun lepas.Nilai pelaburan digital mencecah berbilion ringgit dijangka diraih menerusi penglibatan dalam sektor tumpuan inisiatif Malaysia Digital.Beberapa peluang baharu dijangka diraih menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MDEC dengan UK-ASEAN Business Council dan International Data Center Authority yang bekerjasama dengan Commonwealth Enterprise and Investment Council.Turut jadi perhatian, pengumuman pelaburan daripada 10 syarikat United Kingdom.\"Yang bagus bagi Malaysia yang kita lihat sekarang ini, banyak pelaburan yang masuk bersifat pusat proses data atau bidang perkhidmatan. Ini memberi kita satu peluang untuk jadikan Malaysia hub pusat proses data atau perkhidmatan,\" kata Fahmi, di sini.",
"Dalam festival digital ini, Fahmi turut mengadakan sesi meja bulat bersama tokoh dan eksekutif perniagaan. Beliau juga dijadual menyampaikan ucaptama selain menjadi ahli panel forum.Selaras kedudukan sebagai hub pelaburan teknologi digital strategik Malaysia menyasarkan sektor pelaburan ekonomi digitalnya mencapai RM130 bilion menjelang 2025.Laporan disediakan Yunus Mohd Nor."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=256 |
Pembinaan rumah penjawat awam, fokus kerajaan tahun hadapan
| [
"SHAH ALAM, 12 Jun- Pembinaan rumah penjawat awam baharu dan membaiki rumah rosak, akan menjadi fokus kerajaan tahun hadapan.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pelaksanaannya akan dimulakan selepas isu tandas dan kemudahan asas di sekolah selesai.\"Saya fikir lebih baik daripada membazir hal-hal yang lain, sebab itu saya kata, kita tegaskan hasil pun bertambah...dan hasil ini digunakan terutama untuk membela rakyat miskin. \"Baiki sekolah anak-anak kita, klinik-klinik desa, perubatan supaya keluarga kita, ibu bapa kita diberi layanan setimpal yang baik...ini termasuk perumahan penjawat awam,\" katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena Majlis Amanat Khas Perdana Menteri, di sini hari ini.Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=257 |
Perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia dijelaskan di Parlimen
| [
"(Datuk Seri Anwar berkata segala pertanyaan berkait hal itu akan dijawab semasa sesi PMQ dalam persidangan Dewan Rakyat esok)",
"PUTRAJAYA, 12 Jun- Isu berbangkit berhubung perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani beberapa hari lalu akan dijelaskan di Parlimen. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata segala pertanyaan berkait hal itu akan dijawab semasa sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) dalam persidangan Dewan Rakyat esok.\"Saya akan jawab di Parlimen dan biar mereka ada di situ untuk hujah esok saya ingat, esok PMQ. Saya harap mereka hadir,\" kata Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini.Terdahulu, wujud dakwaan Perdana Menteri mengabaikan nasihat pakar maritim agar perjanjian itu tidak ditandatangani kerana membabitkan soal kedaulatan negara.Perjanjian itu ditandatangani ketika lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menyaksikan pertukaran enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara di Kompleks Seri Perdana, di sini.",
"(Datuk Seri Anwar (kiri) ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MTEN)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=258 |
200 hektar kawasan tanaman koko baharu dibuka
| [
"(Datuk Sri Fadillah semasa menghadiri sesi santai bersama pengusaha tanaman koko bersempena Program Trek Komoditi 2023 (Zon Utara Semenanjung))",
"KODIANG, 12 Jun- Kementerian Perladangan dan Komoditi menerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) merancang untuk membantu petani membuka kira-kira 200 hektar kawasan tanaman koko baharu di seluruh negara, tahun ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata daripada jumlah itu, 80 hektar akan dibuka di Semenanjung, 110 hektar di Sabah dan 10 hektar di Sarawak.Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pada masa ini, jumlah keluasan tanaman koko negara adalah seluas 5,985 hektar meliputi 3,444 hektar di Sabah, 1,454 hektar di Sarawak dan 1,087 hektar di Semenanjung.\"Kementerian melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) terus komited dalam melaksanakan program bagi merancakkan pengeluaran biji koko.\"Antaranya mempertingkat keluasan penanaman bagi menjamin kelangsungan sektor koko negara.\" kata Fadillah semasa menghadiri sesi santai bersama pengusaha tanaman koko bersempena Program Trek Komoditi 2023 (Zon Utara Semenanjung) di sini. Sesi tersebut berlangsung di kediaman salah seorang pekebun kecil koko, Zulkifli Romli di Kampung Kubang Menerong di sini.Zulkifli telah mengusahakan tanaman koko sejak tahun 2015 menerusi program pembangunan koko LKM.Bersempena lawatan itu, Fadillah turut melawat tapak pemprosesan biji koko termasuk kotak pemeraman biji koko basah dan pelantar pengering.Di Kedah, terdapat 14 pekebun koko melibatkan kawasan seluas 4.38 hektar di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.",
"(Datuk Sri Fadillah berkata 200 hektar kawasan tanaman koko baharu dibuka)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=259 |
EUDR dilihat diskriminasi sekat perniagaan dan industri sawit negara
| [
"BALING, 11 Jun - Pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan beberapa peraturan lain yang diperkenal Eropah dilihat satu bentuk diskriminasi yang bertujuan menyekat perniagaan dan industri sawit negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, peraturan tersebut selain Perjanjian Hijau Eropah merupakan cadangan untuk menyekat kemasukan produk negara ini yang lebih produktif, progresif dan kompetitif berbanding produk yang dihasilkan di Eropah. \"Misal kata minyak sawit, berbanding minyak sawit dengan soya, dia perlukan tanah yang lebih besar untuk menghasilkan minyak dan dia terpaksa buang, tanam semula. Kelapa sawit kita tanam hari ni berlanjutan hingga 25 tahun. Makna kos kita lebih rendah. Jadi untuk tingkatkan mereka bersaing, dia perkenalkan banyak perkara yang bagi kita boleh menyebabkan kos perniagaan yang lebih mahal,\" kata Fadillah, di sini.",
"(Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi bercakap kepada pemberitaselepas menghadiri program Sembang Getah Warung bersama lebih 150 pekebun kecil getah di Kampung Charok Gorok, di sini)",
"Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Indonesia mengenai amalan diskriminasi itu yang turut memberi kesan kepada industri sawit di negara tersebut. Baru-baru ini, Fadillah dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO) Indonesia Dr Airlangga Hartarto telah menyertai misi bersama ke Kesatuan Eropah untuk melindungi kepentingan sektor minyak sawit kedua-dua negara. Misi itu adalah bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC). Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo semasa mengadakan lawatan kerja ke Malaysia baru-baru ini dilaporkan turut mahu kolaborasi lebih erat di antara kedua-dua negara dalam menentang diskriminasi terhadap minyak sawit."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=260 |
Malaysia pacu pelaburan digital di London - MDEC
| [
"LONDON, 11 Jun - Pelaburan digital langsung asing (FDI) berbilion ringgit dijangka disumbang menerusi penyertaan dalam Minggu Teknologi London yang menghimpunkan pemain industri digital dunia.Misi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu diketuai Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata penyertaa Malaysia dilihat selari inisiatif strategik nasional iaitu Malaysia Digital. Selain Malaysia, Minggu Teknologi London turut disertai pelbagai syarikat digital terkemuka dan beberapa pemimpin dunia.Antara intipati penting misi ialah pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri digital antarabangsa.",
"\"Kita dapat buka mata dunia kepada produk dan keluaran Malaysia untuk diambil dan diimport dari negara-negara di sini dibawa dan memperdagangkan perkhidmatan yang dibawa seperti ekonomi digital islam dan juga yang lebih khusus seperti kesihatan iaitu teknologi kesihatan, bandar pintar dan pertanian,\" Kata Mahadzir.Tambah Mahadzir, usaha mempererat hubungan dengan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ekonomi digital dunia khususnya syarikat berpengkalan di United Kingdom turut menjadi tumpuan.Beliau berkata, penglibatan berterusan dengan beberapa syarikat digital negara itu menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi digital Malaysia yang disasar mencapai RM130 bilion menjelang 2025."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=261 |
Harga pengaktifan IPG dipertimbang untuk dinaikkan
| [
"KUALA KANGSAR, 10 Jun - Kerajaan sedia pertimbang untuk menaikkan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi menjamin kelangsungan para pekebun kecil getah di negara ini.Bagaimanapun perkara itu, perlu dilihat kepada kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya.Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya akan melakukan perbincangan bersama Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.\"Input untuk perladangan sekarang ini naik khususnya baja dan sebagainya, disitulah mereka melihat bahawa untuk balik modal mereka melihat bahawa RM3 itu apa yang mereka harapkan. \"Jadi saya akan bawa kepada peringkat kerajaan kabinet dan akan mencadangkan Kementerian Kewangan untuk melihat samada boleh mempertimbang kan tidak mengikut kemampuan sedia ada kerajaan,\" kata Fadillah di sini.",
"(Fadillah bercakap dalam sidang media selepasMajlis Perasmian Program Trek Komoditi KPK 2023 Zon Utara di SMK Clifford, di sini)",
"Pada pembentangan Bajet 2023, kerajaan telah bersetuju meningkatkan harga lantai getah dari RM2.50 kepada RM2.70 dengan peruntukan sebanyak RM350 juta.",
"Sementara itu, Kuala Kangsar dipilih menjadi lokasi pertama bagi pelaksanaan Program Trek Komoditi Kementerian Perdagangan dan Komoditi (KPK) 2023 peringkat Zon Utara, kerana daerah itu menjadi lokasi penanaman pokok getah pertama di Tanah Melayu.",
"Fadillah yang juga Menteri KPK berkata, Trek Komoditi KPK 2023 yang dilaksanakannya itu menjadi medium kepadanya untuk menyantuni pekebun kecil dan pemain industri komoditi secara langsung.\"Jadi kita akan dapat menyelami dan memerhati sendiri apa yang berlaku di peringkat akar umbi ataupun di peringkat lapangan dan itulah nanti kita dapat nilaikan dimana kita boleh tambah baik dan kali ni bukan saja kita mendengar daripada sosial media daripada luahan-luahan tetapi kita dapat berjumpa dan berinteraksi dan itu yang kita mahukan supaya kita dapat betul-betul merasai nadi rakyat,\" katanya lagi.Trek Komoditi KPK 2023 bakal diteruskan ke Zon Sabah dan Sarawak pada Julai dan Ogos depan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=262 |
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji
| [
"PUTRAJAYA, 10 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan istiadat mengarak Panji-Panji sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Istiadat berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi.Kenderaan diraja yang membawa Seri Paduka berdua tiba kira-kira pukul 8.30 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.Istiadat dimulakan dengan perbarisan mempersembahkan 'Hormat Diraja' Negaraku diikuti Tembakan Kehormatan 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai Leftenan Kolonel Mohammad Asri Che Wil dan Terbang Lintas oleh lima helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Sebanyak lima Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diarak oleh tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM) melibatkan Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja dan Kor Armor Diraja.Di samping Panji-Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Istiadat melibatkan 131 pegawai dan 1,087 anggota lain-lain pangkat.Ia turut diserikan dengan penglibatan lima buah pesawat ATM iaitu 3 buah Helikopter EC725AP, sebuah Agusta 109 dan sebuah Superlynx yang membuat formasi terbang lintas hormat dengan membawa Bendera Jalur Gemilang, Bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM diketuai Mejar Mohd Husni Mohd Tarmizi.",
"Seri Paduka Baginda seterusnya memeriksa perbarisan diikuti pembukaan medan oleh pancaragam dan kemudian Pengiring Panji-Panji mengambil Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong disusuli lagu Negaraku (naskhah ringkas) dan berlangsung Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong.Perbarisan mengarak panji-panji merupakan satu istiadat gilang gemilang kepada ATM yang merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi ATM terhadap Raja dan Negara. Keseluruhan perbarisan pada pagi ini diiringi gabungan Pancaragam Pusat Angkatan Tentera Malaysia di bawah pimpinan Leftenan Kolonel (DOM), Muhamad Nor Azizan Yahaya. Istiadat diakhiri dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku bersekali lintas helikopter ATM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=263 |
Malaysia-Indonesia sepakat pertahan kepentingan kelapa sawit
| [
"PUTRAJAYA, 8 Jun- Malaysia dan Indonesia sepakat mempertahankan kepentingan kelapa sawit yang berhadapan ancaman kempen antisawit. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua kementerian dari kedua-dua negara atas usaha sama mereka mencapai kata sepakat.\"Ada aspek Jokowi tekankan begitu tegas G7 dan beberapa forum antarabangsa lain pelihara kepentingan urusan dagang pengeluaran sawit bukan syarkat besar tapi pekebun kecil. Kita sambut baik kerana pertama kalinya satu suara Indonesia-Malaysia menyuarakan pertahankan kepentingan kelapa sawit,\" kata Anwar dalam sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Kompleks Seri Perdana di sini. \"Terkait dengan kolaborasi untuk melawan diskriminasi kelapa sawit dan komoditi lain, saya sangat hargai baru-baru ini dilakukan secara bersama Malaysia dan Indonesia. Kerjasama ini harus diperkuat, jangan sampai komoditi yang dihasilkan kedua-dua negara didiskriminasi negara lain,\" kata Joko Widodo.Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO) Indonesia, Dr Airlangga Hartarto menyertai misi bersama ke Kesatuan Eropah bagi melindungi kepentingan sektor minyak sawit kedua-dua negara.Kunjungan itu dibuat bawah kerangka Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).",
"(Malaysia-Indonesia sepakat pertahan kepentingan kelapa sawit)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=264 |
Presiden Jokowi mulakan lawatan kerja ke Malaysia
| [
"(Kunjungan Jokowi ke Malaysia merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada 8 dan 9 Januari lalu/JAPEN)",
"SEPANG, 7 Jun- Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi selamat tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 3.40 petang tadi bagi memulakan lawatan kerja beliau ke Malaysia.Beliau yang diiringi isteri, Iriana Joko Widodo disambut Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Hermono.Delegasi tertinggi republik itu turut disertai menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.Presiden Jokowi kemudian memeriksa kawalan kehormatan setempat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Mohd Nor Zhafran Al-Ahmad.Kunjungan Jokowi ke Malaysia merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada 8 dan 9 Januari lalu.Dalam lawatan ini, beliU akan turut mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu-isu dua hala yang tertunggak.Selain itu, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang ditandatangani wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan dari kedua-dua buah negara.",
"(Presiden Jokowi mulakan lawatan kerja ke Malaysia/JAPEN)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=265 |
Pertemuan Anwar-Jokowi selesai isu berlarutan
| [
"(Jokowi (kiri) Anwar Ibrahim (kanan) dalam sidang media bersamadi Kompleks Seri Perdana, Putrajaya)",
"PUTRAJAYA, 8 Jun- Hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia serta pemimpin kedua-dua negara berjaya mencari titik noktah dalam menyelesaikan pelbagai isu berlarutan.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa memorandum persefahaman (MoU) berjaya dimeterai menerusi lawatan kerja Presiden Joko Widodo dan delegasinya ke Malaysia hari ini.\"Kerjasama dua hala ini telah sampai ke satu tahap yang sangat membanggakan dan akan memberi faedah dan manfaat, bukan sahaja kepada pemerintah serta kerajaaan tetapi kepada rakyat Malaysia dan Indonesia,\" katanya dalam sidang media bersama di Kompleks Seri Perdana, di sini.Presiden Joko Widodo turut berharap hubungan akrab serta kesepakatan antara dua negara dapat diteruskan supaya proses rundingan bagi isu persempadanan lain dapat diselesaikan segera. “Sudah banyak disampaikan Anwar. Pertama, saya sambut baik penyelesaian rundingan sempadan laut di Laut Sulawesi dan bahagian selatan Selat Melaka.“Selepas 18 tahun (rundingan), ia berjaya diselesaikan. Alhamdulillah, Anwar dibantu barisan menteri.” katanya.Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Joko Widodo yang lebih dikenali Jokowi dalam memberi kerjasama bagi memudahkan proses penyelesaian isu tersebut.“Ini hubungan sangat akrab serta memudahkan dan saya berbangga dengan pimpinan kedua-dua negara hari ini, kita dapat selesaikan satu isu yang telah kita runding selama berpuluh tahun,” jelas Anwar.Anwar dan Jokowi turut menyaksikan pertukaran enam instrumen perjanjian dua hala.Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April.",
"(Jokowi (kiri) Anwar Ibrahim (kanan) dalam sidang media bersamadi Kompleks Seri Perdana, Putrajaya)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=266 |
Malaysia menang pertikaian tuntutan kumpulan Sulu
| [
"KUALA LUMPUR, 6 Jun- Mahkamah Rayuan Perancis pada Selasa mengekalkan permohonan Malaysia menolak 'Partial Award' yang dikeluarkan penimbang tara Gonzalo Stampa pada Mei 2020, berhubung tuntutan yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan tersebut bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.\"Keputusan itu bermakna pihak menuntut tidak boleh bergantung kepada tuntutan palsu mereka di Perancis untuk apa jua tujuan. \"Mahkamah Rayuan Paris mendapati bahawa penimbang tara Stampa tersalah mempertahankan bidang kuasanya,\" kata Azalina dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.",
"(Datuk Seri Azalina Othman Said/Foto fail Bernama)",
"Kejayaan itu sekali gus menutup peluang kumpulan Sulu daripada terus membuat tuntutan tidak berasas terhadap Malaysia.\"Keputusan itu juga bakal membatalkan tuntutan AS$15 bilion oleh kumpulan Sulu,\" tambahnya.Dalam pada itu, tegas Azalina, Malaysia sedang berusaha agar pembatalan itu direkodkan dalam keputusan mahkamah secepat mungkin, sekali gus meranapkan usaha pihak penuntut.Sebelum ini, tuntutan kumpulan Sulu dicapai Gonzalo Stampa menerusi Mahkamah Timbang Tara Paris.Mereka juga pernah menyasarkan aset Malaysia di Perancis dan Luxembourg, tetapi tidak berjaya.Tambah Azalina lagi, kerajaan akan terus mengambil semua tindakan yang perlu untuk menamatkan tuntutan dan memastikan kepentingan serta kedaulatan Malaysia dilindungi sepanjang masa."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=267 |
MKI bincang isu penggunaan kalimah Allah, Ogos ini
| [
"PUTRAJAYA, 7 Jun- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak dibincangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Ogos ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata baginda sebagai Pengerusi MKI turut berkenan hasil perbincangan itu diangkat untuk pertimbangan dan penelitian Majlis Raja-Raja pada bulan Oktober.Menurutnya Sultan Sharafuddin memperkenankan perkara itu ketika beliau menghadap baginda hari ini dan mengadakan perbincangan bersama berhubung isu berkenaan.Dalam sesi menghadap tersebut, beliau menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan menghormati undang-undang yang berkuat kuasa di negeri-negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri.Kerajaan Persekutuan juga menghormati peranan Majlis Raja-Raja dalam menentukan perkara berkaitan Islam di peringkat Persekutuan.Perdana menteri berkata pandangan baginda selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada Mei lalu iaitu isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemaskan dan diperjelas kepada MKI yang berperanan menasihati Majlis Raja-Raja.Terdahulu Anwar menyembah maklum kepada Sultan Sharafuddin berhubung keputusan kerajaan dalam kes Jill Ireland melawan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan.Kata beliau kerajaan memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang mengehadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.",
"(MKI bincang isu penggunaan kalimah Allah, Ogos ini/Selangor Royal Office)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=268 |
Hubungan akrab Malaysia-Indonesia berjaya selesaikan isu tertangguh
| [
"PUTRAJAYA, 8 Jun- Malaysia dan Indonesia berjaya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah, melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka yang telah tertangguh selama 18 tahun.Presiden Indonesia, Joko Widodo berharap menerusi hubungan akrab dan kesepakatan ini, proses rundingan bagi isu persempadanan lain dapat diselesaikan dengan segera. \"Tadi sudah banyak disampaikan Anwar, yang pertama saya menyambut baik penyelesaian rundingan sempadan laut di Laut Sulawesi dan bahagian selatan Selat Melaka setelah 18 tahun proses rundingan. Selepas 18 tahun berjaya diselesaikan, alhamdulillah,\" kata Joko Widodo dalam sidang media di Putrajaya.\"Itu sangat akrab serta memudahkan dan saya berbangga dengan pimpinan dua-dua negara hari ini, kita dapat selesaikan satu isu yang telah kita runding selama berpuluh tahun,\" kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berada di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari mulai semalam.",
"(Datuk Seri Anwar berkata hubungan akrab Malaysia-Indonesia berjaya selesaikan isu tertangguh)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=269 |
Tuntutan Sulu: Kemenangan buat rakyat Malaysia - Fahmi
| [
"KUALA LUMPUR, 7 Jun- Keputusan Mahkamah di Perancis yang memihak kepada Malaysia dalam isu tuntutan kumpulan Sulu, bukan hanya kemenangan kepada pihak kerajaan, malah seluruh rakyat Malaysia.",
"Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia membuktikan tiada pihak lain yang boleh menggunakan mahkamah luar negara mengganggu gugat kedaulatan negara.\"Jadi ini dengan secara muktamadnya mematikan segala usaha daripada pihak yang biadap ini untuk cuba merampas harta dan aset negara.\"Saya percaya dengan keputusan ini, di negara lain juga di rantau Eropah tidak akan membenarkan mahkamah mereka digunakan sebagai platform oleh pihak tidak bertanggungjawab dan biadap ini, seterusnya akan menjamin keselamatan aset-aset kita,\" katanya.",
"(Fahmi (tengah) pada sidang media di ibu negara hari ini)",
"Beliau bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Program Hour of Code #MYgirlscan 2023 di Sekolah Kebangsaan Bangsar, di sini hari ini.Katanya, kejayaan itu juga hasil kerjasama semua pihak dalam memastikan segala hujah dan maklumat dapat disampaikan secara menyeluruh di mahkamah."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=270 |
Ibadah haji manifestasi syiar perpaduan
| [
"(Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan kepada 357 bakal Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji TH/BERNAMA)",
"SEPANG, 6 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap umat Islam di Malaysia terus bersatu hati tanpa melihat pada sebarang perbezaan yang boleh memecah-belahkan kesatuan ummah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Baginda bertitah perbezaan warna kulit , bahasa, kaum, pangkat dan darjat bukan lagi jurang pemisah antara umat Islam yang berhimpun di tanah suci.\"Perhimpunan haji merupakan satu manifestasi syiar perpaduan ummah yang maha agung untuk kita jadikan teladan dan pengajaran di negara kita.\"Lantaran itu, saya menyeru kepada para bakal haji dan seluruh rakyat Malaysia agar mengambil pengajaran daripada kesatuan dan perpaduan ummah dalam perhimpunan terbesar manusia di dunia ini untuk sama-sama kita jadikan teladan serta pedoman dalam membentuk semangat perpaduan dan ikatan ukhuwah di negara Malaysia yang kita cintai ini, \" titah baginda dalam Majlis Mengucapakan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Musim 1444H/2023M di sini. Baginda juga menasihati para jemaah agar memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelaksanaan ibadat haji dan menggunakan peluang yang diberi dengan memperbanyak amalan wajib dan sunat sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang telah diberi.Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berkenan bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji.",
"(Yang di-Pertuan Agong bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra bersama jemaah haji /BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=271 |
Kerusi pembangkang kosong ketika sesi perbahasan LKAN 2021
| [
"KUALA LUMPUR, 6 Jun- Sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 petang ini, tidak disertai ahli parlimen pembangkang apabila ke semua mereka mengosongkan tempat duduk masing-masing, ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul membahaskan LKAN itu.",
"Perkara itu dilihat berterusan sehingga ke sesi perbahasan. Susulan itu Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing mahu perkara tersebut direkodkan.",
"“Pertama saya memohon sesi perbahasan ini merekodkan ketidakhadiran ke semua ahli parlimen pembangkang pada sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada pukul 2.47 minit petang. Semua kerusi pembangkang kosong.",
"(Azalina ketika membentangkan usul perbahasan LKAN di Dewan Rakyat)",
"Ketika sesi pembentangan usul itu, Azalina berkata LKAN membangkitkan isu ketakteraturan serius dalam perakaunan, penjagaan wang awam atau simpanan awam serta pengurusan aktiviti kerajaan dan syarikat kerajaan yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi diaudit.",
"Jelas Azalina menyedari akan cabaran yang dihadapi oleh Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya, ia memerlukan perhatian serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberikan perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam LKAN dapat dilaksanakan dengan berkesan.",
"\"Dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor dalam LKAN dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terbabit,” kata Azalina.",
"Untuk rekod LKAN itu telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis, 16 Februari 2023 terdiri daripada, pertama LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai aktiviti kementerian, Jabatan Kerajaan Persekutuan dan badan-badan berkanun persekutuan, ke dua LKAN Tahun 2021 mengenai pengauditan, pematuhan kementerian dan jabatan persekutan dan ke tiga LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.",
"Setakat 4.30 petang dan berdasarkan kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong tiada seorang pun ahli parlimen pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan tersebut.",
"ARTIKEL BERKAITANBentang dan bahas LKAN di parlimen atas kepentingan awam - Johari"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=272 |
Bentang dan bahas LKAN di parlimen atas kepentingan awam - Johari
| [
"KUALA LUMPUR, 6 Jun- Keputusan untuk membentang dan membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Parlimen dibuat atas kepentingan awam. ",
"Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menjelaskan, laporan itu perlu dibicarakan secara terbuka untuk tindakan pada masa hadapan.",
"“Soalnya sekarang ini ialah kita ingin membincangkan satu laporan yang tidak pernah dibuat dan inilah permintaan dari bawah (rakyat) supaya kita membincangkan kedudukan wang negara dan bagaimana bertindak pada masa hadapan,” tegas Johari.",
"“Untuk maklum saya adalah bekas pegawai kerajaan (PTD), saya juga bekas ahli Dewan Rakyat, saya juga mendengar keluhan ramai pegawai-pegawai dan rakyat yang meminta supaya laporan audit ini dibicarakan secara terbuka.",
"Tambahnya, apa yang berlaku ialah PAC membuat laporan, seterusnya pertanyaan atau inquiry PAC. Namun agak malang memandangkan tidak banyak perkara disebut PAC dilaporkan kepada awam.",
"“Sebab itu apabila saya jumpa pegawai-pegawai PAC… saya merasakan bahawa laporan ini harus dibincangkan di dalam dewan ini,” jelas Johari lagi.",
"(Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul)",
"Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong telah membuat keputusan supaya usul tersebut dibenarkan untuk dibahaskan.",
"“Dalam isu berkenaan laporan ketua audit ini Majlis Dewan Rakyat dan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) masing-masing boleh memainkan peranan mereka berlandaskan peraturan mesyuarat. Oleh itu saya membenarkan isul ini dibahasakan di dewan ini,” katanya.",
"Sebelum itu usul mengenainya dibangkitkan Ketua Whip Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang menyatakan Laporan Ketua Audit Negara itu tidak perlu dibahaskan dan hanya perlu dibentangkan di atas meja ahli Parlimen sahaja.",
"“Semakan dan kajian menunjukkan sepanjang Dewan Rakyat di negara ini, tidak pernah laporan Ketua Audit dibentang untuk dibahaskan berdasarkan peruntukan Perkara 107 Fasal 1.",
"“Atas dasar itu, kami berpandangan bahawa usul untuk membolehkan laporan Ketua Audit Negara 2021 dibahaskan adalah bertentangan dengan peraturan mesyuarat dan Perlembagaan.",
"“Oleh itu, pembangkang mohon arahan untuk Yang di-Pertua Dewan Rakyat menyatakan apakah asas laporan Ketua Audit dibahaskan?” soalnya Takiyuddin pada penghujung sesi soal jawab lisan hari ini.",
"Usul itu juga menjadikan Dewan Rakyat kecoh apabila ke semua ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju terhadap usul tersebut dibahaskan, manakala ahli Parlimen blok kerajaan mahu sebaliknya iaitu usul dibahaskan di Dewan Rakyat bagi mengetahui ketirisan yang berlaku dalam tempoh tersebut.",
"Antara yang bangun menyokong ialah Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer. Beliau menyatakan pembangkang sengaja tidak mahu perkara tersebut dibahaskan kerana berlaku ketirisan sepanjang pentadbiran kerajaan dahulu.",
"“Saya percaya pihak pembangkang tidak mahu laporan audit dibahaskan kerana berlaku ketirisan ketika darurat diisytiharkan, ketika pimpinan Yang Berhormat Pagoh, Banyak ketirisan dilaporakan dalam laporan itu,” jelas Rayer."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=273 |
Jangan jadikan isu agama sebagai polemik, perbalahan politik
| [
"(Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda)",
"KUALA LUMPUR, 4 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik.Titah baginda, semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, selain perlu juga menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.Namun demikian, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai.Tegas Seri Pasuka, semangat penuh toleransi rakyat Malaysia dalam kemajmukan yang ada sebenarnya adalah asas kekuatan utama negara.\"Bagi membina sebuah negara yang gagah perkasa, maju jaya, berwibawa, dan bermaruah, kita semua hendaklah membuang agenda retorik perpecahan dan sebaliknya bersatu hati untuk mengemudi negara ke arah pembentukan masa hadapan yang lebih baik. \"Rakyat Malaysia yang beta hormati sekalian, bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi beta, izinkan beta menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang beta sanjung sekalian atas ucapan tahniah dan doa yang telah dipersembahkan bersempena hari keputeraan rasmi beta,\" titah Al-Sultan Abdullah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.Seri Paduka turut menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana ini adalah tahun kelima baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut hari yang penuh bermakna itu bersama rakyat Malaysia. Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa bersyukur kerana Hari Keputeraan Rasmi Baginda disambut dalam suasana landskap negara yang stabil dan sentosa.Pada tahun lalu, Pilihan Raya Umum yang ke-15 dan proses pembentukan kerajaan Persekutuan telah berlangsung dengan penuh lancar serta dalam suasana yang aman dan damai.Ini adalah bukti jelas bahawa amalan demokrasi yang diamalkan semenjak tujuh dekad lalu masih kekal subur di negara ini. Baginda bertitah agar amalan demokrasi ini terus menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian negara.",
"(Jangan jadikan isu agama sebagai polemik, perbalahan politik)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=274 |
PM seru kerajaan negeri indahkan warung angkat martabat peniaga kecil
| [
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui peniaga di D'Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini/FOTO DBKL)",
"KUALA LUMPUR, 3 Jun - Semua kerajaan negeri perlu mempunyai pelan komprehensif yang jelas dalam usaha memperbaiki infrastruktur gerai makanan di seluruh negara.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu sebagai memberi penghormatan ihsan kepada golongan berpendapatan rendah untuk menukar wajah suram medan selera, gerai dan warung mreka secara menyeluruh.Tambah Anwar pelaksanaan itu memerlukan kerjasama antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.Katanya, ini seiring usaha yang sedang giat dijalankan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menaik taraf serta mengindahkan gerai penjaja di sekitar kawasan ibu negara.\"Saya telah berbincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, menteri besar dan ketua menteri, agar mereka mempunyai dasar yang sama dalam membangun kemudahan medan selera, gerai atau warung yang menyumbang kepada pendapatan rakyat terbanyak.“Saya harap dalam beberapa bulan ini kita dapat lihat kerajaan negeri dan juga majlis perbandaran berkaitan keluar dengan rencana sendiri mengenai usaha membangun kemudahan ini di seluruh negara,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan D'Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak di sini hari ini.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan D'Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini/FOTO DBKL)",
"Anwar berkata beliau akan berbincang dengan beberapa menteri besar, ketua menteri bahawa semua kawasan termasuk di Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar harus mempunyai dasar yang jelas.\"Saya harap dalam beberapa bulan ini kita dapat melihat rencana ini dilaksanakan bukan sahaja di Kuala Lumpur, Putrajaya, atau Labuan.\"Tetapi (dasar pembangunan peniaga kecil) ini juga (perlu dilaksanakan) di Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.\"Semua negeri ini ada rencana supaya mengangkat martabat dan memberikan penghormatan kepada golongan berpendapatan kecil,\" katanya.Terdahulu, Anwar merasmikan D'Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak yang sebelum ini dikenali sebagai Anjung Selera Jalan Jujur, Bandar Tun Razak.Infrastruktur di medan selera itu telah ditambahbaik oleh DBKL seperti pembinaan semula 24 gerai berkunci dan 3 unit kiosk bagi peniaga, kemudahan surau, dan tandas.Selain itu, DBKL turut menaiktaraf rumah sampah yang lebih kondusif, penyediaan ruang bumbung yang lebih tinggi kepada pengunjung serta pembinaan ruang parkir kenderaan sebanyak 48 petak yang ditawarkan kepada persatuan peniaga.",
"(D'Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak yang sebelum ini dikenali sebagai Anjung Selera Jalan Jujur, Bandar Tun Razak/FOTO DBKL)",
"Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pengurangan kadar sewa asal sebanyak 50 peratus kepada RM200 berbanding RM400 sebelum ini.Pengurangan kadar sewa itu sebagai usaha meringankan beban melibatkan 23 peniaga di premis tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Wilayah Perskutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Datuk Bandar DBKL Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=275 |
PM ucap tahniah Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong
| [
"KUALA LUMPUR, 4 Jun- Perdana Menteri mewakili Kerajaan Perpaduan, merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, esok.",
"Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan semoga Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agung, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat serta hidayah dan berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.\"Semoga baginda kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara.\"Seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara yang tercinta,\" kata Anwar.Katanya beliau dan seluruh rakyat akan terus memberi ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=276 |
Manfaatkan perpustakaan terokai kepelbagaian ilmu - Pemangku Raja Perlis
| [
"ARAU, 3 Jun - Rakyat disaran menerokai pengetahuan menerusi kepelbagaian bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menjadi kerugian jika kemudahan sedemikian, tidak digunakan sebaik mungkin.Baginda bertitah, masyarakat boleh mengunjungi hub komuniti yang terdekat agar celik dan cakna dengan ilmu pengetahuan terkini supaya tidak ketinggalan.\"Kini, penggunaan pelantar media sosial seperti facebook, Instagram, TikTok dan Twitter adalah begitu meluas dan seharusnya menggunakan pelantar-pelantar sebegini untuk menyebarkan dan berkongsi tentang kebaikan dan manfaat yang boleh didapati di hub komuniti, \" titah baginda ketika merasmikan Hub Komuniti @ Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.",
"(Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)",
"Keberangkatan tiba baginda merangkap Canselor bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr. Ir Zaliman Sauli.Hub Komuniti @ PTSFP adalah salah satu inisiatif berimpak dalam memperkasa strategi libat sama dan pembangunan komuniti. Melalui deklarasi inisiatif Hub Komuniti, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra komited untuk merangka, melaksana dan meluaskan impak sumber maklumat, fasiliti, perkhidmatan dan kepakaran untuk kesejahteraan komuniti.PTSFP menawarkan akses kepada jutaan teks penuh e-jurnal, e-buku dan lebih 100,000 objek digital bahan pembelajaran dan penyelidikan yang dihasilkan oleh warga UniMAP."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=277 |
AGC selar surat peguam kumpulan Sulu, prosiding masih berjalan
| [
"PUTRAJAYA, 3 Jun – Jabatan Peguam Negara (AGC) menyelar sekeras-kerasnya dan menganggap surat, tuntutan dan sindiran terhadap Kerajaan Malaysia oleh peguam Paul H Cohen yang mendakwa sebagai waris kumpulan Sulu, sebagai melampau. Menerusi surat bertarikh 28 Mei itu, peguam berkenaan menuntut bayaran segera iaitu sebelum 2 Jun bagi Final Award yang dikatakan berjumlah sebanyak AS$16.412 bilion termasuk 10 peratus faedah serta AS$3.502 bilion bagi bayaran peguam dan ahli pakar serta AS$4.026 bilion bagi kos timbang tara.",
"\"Dalam hal ini, adalah melampau bagi penuntut untuk membuat tuntutan bayaran bagi Final Award yang dikatakan itu sedangkan prosiding undang-undang masih lagi berlangsung,\" kata AGC menerusi kenyataan pada Jumaat.AGC berkata, berikutan itu satu laporan polis dibuat pada 1 Jun lalu terhadap Paul H Cohen atas kenyataan dan dakwaan tidak adil yang dibuat terhadap Peguam Negara.\"Tindakan ini membolehkan siasatan yang sewajarnya dijalankan bagi apa-apa kesalahan jenayah yang dibuat di bawah undang-undang Malaysia.\"Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala tuntutan berkenaan bagi memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara,\" kata AGC."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=278 |
Isu Laut China Selatan kekal jadi keutamaan - Menteri Pertahanan Malaysia
| [
"SINGAPURA, 3 Jun - Isu Laut China Selatan kekal menjadi keutamaan Malaysia sehingga hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.Malaysia, akan terus bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk memperhebat rundingan dengan China bagi merealisasikan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan, katanya.Mohamad berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas “Breakfast Talk: Five Power Defence Arrangements (FPDA)” yang dihoskan oleh rakan sejawatnya dari Singapura Dr Ng Eng Hen di luar Dialog Shangri-la ke-20, di sini, hari ini.Mohamad berkata Malaysia terus berhasrat menjadi rakan kongsi yang dipercayai dan berhubung dengan ahli FPDA bagi memastikan keamanan dan kemakmuran rantau ini.FPDA ialah satu siri hubungan pertahanan dua hala antara Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.“Malaysia melihat keperluan bagi FPDA mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau melalui kerjasama pertahanan terhadap cabaran mendesak mengenai ancaman keselamatan bukan tradisional,” kata Mohamad.Beliau berkata Malaysia mencadangkan FPDA sebagai laluan untuk kerjasama strategik dan pertahanan yang lebih besar dalam latihan dan pembinaan kapasiti.“Malaysia akan bekerjasama rapat dengan ahli FPDA untuk meneruskan kerjasama dalam memperkukuh industri pertahanan, memajukan teknologi bersama, dan menjalankan latihan bersama,” katanya.Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan empat negara anggota untuk mengesahkan komitmen bekerjasama dalam domain keselamatan serta pertahanan konvensional dan bukan konvensional.\"Malaysia kekal komited bahawa FPDA akan melakukan apa yang perlu untuk menzahirkan komitmen itu,\" kata menteri itu.Mohamad berkata Malaysia akan mengukuhkan kedudukannya dalam FPDA, antara lain, mengadakan komunikasi strategik dengan empat anggota lain, termasuk mesyuarat tetap antara Menteri Pertahanan negara anggota bagi membincangkan keselamatan global semasa dan masa depan.Beliau berkata walaupun FPDA dan ahli-ahlinya menikmati hubungan rapat antara satu sama lain, \"Malaysia tidak akan berpihak dan menegaskan kedudukan negara tidak bersekutu (non-aligned state).\"",
"Turut hadir pada sidang media itu ialah Dr Ng, Timbalan Perdana Menteri Australia dan Menteri Pertahanan Richard Marles, Menteri Pertahanan New Zealand Andrew Little, dan Setiausaha Negara United Kingdom bagi Pertahanan Ben Wallace.Secara berasingan, Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) memaklumkan bahawa Menteri-menteri mengesahkan komitmen negara mereka terhadap FPDA dan mengiktiraf kemajuan ketara yang telah dicapai sejak penubuhannya.\"Mereka membincangkan kepentingan FPDA sebagai pengaturan yang membina dan aman, yang menjadi sauh untuk keselamatan dan kestabilan serantau,\" menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.Menteri-menteri juga bersetuju bahawa FPDA menyediakan platform penting untuk tentera negara anggota mengukuhkan operasi dan meningkatkan kerjasama melalui latihan tetap seperti Exercise Bersama Shield dan Exercise Bersama Lima.Menteri-menteri seterusnya bertukar pandangan tentang kaedah meningkatkan perkaitan FPDA dengan mengukuhkan nilai operasi latihan di kawasan konvensional, dan meningkatkan kerjasama dalam domain bukan konvensional bagi menghadapi cabaran keselamatan kontemporari.Ditubuhkan pada 1971, FPDA terus memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama serantau, dan menyumbang secara konstruktif kepada kerangka keselamatan serantau melalui pengendalian latihan, dialog dan platform interaksi profesional, menurut kementerian itu. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=279 |
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
| [
"PUTRAJAYA, 31 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang menyambutnya dengan penuh meriah setiap tahun. Kedua-dua perayaan itu disambut bagi menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang melimpah ruah serta hasil tuai yang bertambah.\"Dalam kesempatan yang sama, saya ingin menyatakan penghargaan kepada sekumpulan masyarakat Borneo yang baru-baru ini berarak dalam pakaian tradisional mereka di ibu kota dalam usaha mengetengahkan serta menggariskan budaya masyarakat Borneo yang tentunya membentuk aspek kepelbagaian budaya di Malaysia,\" menurut catatan Facebook beliau. Tambah beliau, usaha memberi kefahaman dengan tujuan menjelmakan rasa cinta dan kasih sayang serta memperkukuh kerukunan semestinya terus didukung. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak.",
"(PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=280 |
Misi ke EU, UK martabat industri minyak sawit negara
| [
"LONDON, 3 Jun - Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof ke Brussel dan London berjaya memarbatkan industri minyak sawit negara.Ini dibuktikan apabila United Kingdom (UK) memberi komitmen untuk mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam tempoh terdekat.Manakala Kesatuan Eropah (EU), terbuka untuk mendengar padangan negara mengenai pelaksanaan peraturan bebas penebangan hutan (EUDR).Datuk Seri Fadillah menjelaskan, reaksi positif turut diterima pada pertemuan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa UK, Nigel Huddleston serta Menteri luar, komanwel dan pembangunan UK, Andrew Mitchell.",
"\"Komitmen daripada kedua-dua Menteri di UK sangat positif, bahkan mereka sudah berikan komitmen bahawa MSPO kita akan menjadi sebahagian daripada dokumen yang akan diiktiraf dalam proses usaha wajar,\" kata Fadillah.Bercakap kepada media Malaysia di London, Fadillah yakin penerimaan MSPO oleh UK akan membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi London dan kuala lumpur.Beliau berkata, MSPO yang diperkenalkan pada 2013 telah mengalami evolusi dan berkembang menjadi skim pensijilan yang komprehensif dan boleh diterima di peringkat antarabangsa.Dalam pada itu, bagi EU, setakat ini mereka menerima pandangan Malaysia mengenai kekangan yang bakal dihadapi pekebun kecil tempatan jika EUDR dilaksanakan kelak.\"EU lebih kepada untuk melindungi industri mereka sendiri, lebih kepada pendekatan empayar industri mereka, begitulah cara kita melihatnya supaya mahu mengekang kos menjalankan perniagaan yang lebih mahal kepada pesaing supaya mereka mampu bersaing,\" katanya.Misi mengadakan pertemuan dengan EU adalah misi bersama Indonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).Malaysia mempunyai kira-kira 700,000 pekebun kecil dalam bidang pertanian, dengan kira-kira 450,000 pekebun kecil terlibat dalam sektor minyak sawit.Laporan disediakan Farahiah Zubir di London."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=281 |
Sasar nisbah pelajar aliran sains tulen dan sains sosial, 60:40
| [
"KUANTAN, 31 Mei - Kementerian Pendidikan (KPM) mensasarkan untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar aliran sains tulen berbanding sains sosial, bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam merealisasikan hasrat itu, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi menanam rasa minat mengenai subjek itu diperingkat awal kepada anak-anak, supaya subjek itu tidak asing kepada mereka.Pensyarah Pahang Skills Development Centre (PSDC), Syahrina Zainudin berkata, subjek itu perlu diberi pendedahan lebih untuk menarik minat mereka bereksperimentasi dengan sains. \"Tidak minat sebab mereka rasakan sains itu perkara asing, jadi mereka tidak boleh bayangkan, kita perlu beritahu atau orang kata pendekatan yang mereka boleh rasa mereka boleh pegang, mereka boleh melihat, mereka boleh alami sendiri secara semulajadi perkara yang dia belajar,\" kata Syahrina di sini. Selain itu, gologan pendidik juga perlu memperbanyakkan ruang bagi membolehkan pelajar menjalankan amali di makmal serta menggunakan alat bantu mengajar yang lebih kreatif. \"Kita boleh permudahkan daripada segi banyakkan praktikal, apabila kita banyak praktikal dia akan lebih menggalakkan kreativiti pelajar , jadi pemikiran pelajar untuk menyelesaikan masalah itu lebih orang kata, ialah sekarang ini soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kan jadi dia pun lebih meluas untuk berfikir,\" katanya lagi.",
"Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini turut sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memperkasa dan memupuk minat sains dan teknologi dalam kalangan pelajar. Inisiatif penubuhan pasukan khas itu adalah bagi menyemai minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi terutama dalam kalangan pelajar luar Bandar, seperti yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=282 |
Kerajaan perkemas data mangsa banjir
| [
"DUNGUN, 30 Mei-Kerajaan akan memperkemaskan sistem pengkalan data bagi memudahkan pendaftaran Insurans Rahmah kepada semua mangsa banjir di seluruh negara.Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kesemua data-data berkenaan akan dikumpul menerusi kerjasama agensi-agensi bertanggungjawab seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Katanya lagi, pengumpulan data itu bakal mengambil masa sekitar enam bulan bagi mengumpul dan menyelaras data-data tersebut.\"Beri kami masa tempoh enam bulan untuk pihak kami menyelaraskan data-data tersebut.\"Melalui data yang tepat akan memudahkan syarikat insuran menawarkan pakej yang bersesuaian kepada mangsa banjir.\"Kita mahukan kediaman serta kenderaan mangsa banjir dapat diinsuranskan dengan pakej menarik dan tidak membebankan,\" katanya.Sehubungan itu, beliau meminta penduduk yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir supaya segera mendaftar demi melengkapkan data terbabit.\"Setakat ini ada dua atau tiga syarikat insurans menawarkan minat untuk menyediakan pakej membantu mangsa banjir.\"Minggu depan ada beberapa lagi syarikat insurans yang akan mengemukakan pakej mereka dan kerajaan sebolehnya mahukan pakej yang murah dan tidak membebankan mereka yang mencarum serta mendapat perlindungan yang setimpal,\" katanya.Datuk Seri Salahuddin berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Monsun Timur Laut-MTL 2022/2023 kepada penduduk terjejas banjir bagi daerah Dungun di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun. Pada majlis ini seramai 300 penduduk terjejas banjir pada Disember 2022 dan Januari lalu menerima bantuan wang ihsan MTL berkenaan.",
"(Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub/ FOTO RTM)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=283 |
Isu pelatih tak dibayar elaun, PM tunggu laporan KSM
| [
"KUALA LUMPUR, 30 Mei-Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang meneliti laporan berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang menunggu laporan berkenaan perkara itu, daripada Kementerian terbabit.\"Laporan itu sudah sampai ke Kementerian kewangan dan saya akan ambil tindakan sewajarnya.\"Laporan itu sudah dibawa. Kementerian Sumber Manusia (KSM) sudah ambil dan telah diangkat. Saya cuma tunggu laporan\", katanya selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.Tambah beliau, sebarang cadangan bagi mewujudkan akta khas untuk melindungi kebajikan pelajar pelatih, akan diteliti.Beliau menjawab pertanyaan media berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang menjalani latihan industri di kementerian, agensi , jabatan kerajaan serta syarikat swasta tidak dibayar elaun.",
"(Perdana Menteri, Datuk seri Anwar ibrahim/FOTO RTM)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=284 |
Cadangan Akta Khas lindung pelajar latihan industri sedang diperhalusi
| [
"KUALA LUMPUR, 30 Mei - Cadangan Akta Khas bagi melindungi pelajar latihan industri sedang diperhalusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah seterusnya akan diambil sejurus kertas cadangan itu dibawa ke Kementerian Kewangan.\" Semalam kita bertemu KSM dan KPT untuk memperhalusi cadangan untuk akta khas bagi melindungi pelajar praktikal. Insya-Allah apabila dapat kertas itu ke Kementerian Kewangan (MOF) saya akan mengambil tindakan. 'I’m waiting for the report' daripada KSN,\" kata Anwar di sini.",
"(Anwar ditemui media selepas Majlis perasmianSeminar Fikrah Siddiq Fadzil 'Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia ', di sini)",
"Dalam perkembangan lain Anwar berkata pemimpin perlu memahami Perlembagaan Persekutuan agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan tidak menimbulkan sebarang sandiwara politik.Katanya, perjanjian lama perlu dihormati memandangkan ia adalah mutakhir dan jelas.\"Walaupun ada perjanjian seratus tahun atau seribu tahun dulu, ia adalah perjanjian muktahir, pertubuhan persekutuan dalam melayu, Malaysia dan itu jelas. Saya nak ucap dari sandiwara politik lain tapi dari segi sebagai seorang Menteri Besar, saya fikir ia wajar dari undangan. Saya apabila komen ini berdasarkan ulasan Peguam Negara yang cukup keras iaitu menghormati perjanjian pelembagaan yang diperkenankan oleh semua Raja- raja Melayu termasuk Sultan Kedah,\" Anwar mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=285 |
Mesyuarat mengenai EUDR diyakini akan membuahkan hasil - Fadillah
| [
"BRUSSELS, 30 Mei - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi yakin mesyuarat mengenai Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang berlangsung di sini akan membuahkan hasil dengan penglibatan peringkat lebih tinggi.Menurut beliau, selama ini penglibatan adalah hanya di peringkat pegawai.\"Kini komitmen adalah daripada peringkat kementerian. Bukan sahaja kementerian (malah) saya datang untuk mewakili kerajaan Malaysia, bukan sahaja sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi tetapi juga Timbalan Perdana Menteri,\" katanya kepada media Malaysia pada sidang media di sini.Misi mengadakan pertemuan dengan EU adalah misi bersama Indonesia, yang merupakan pengeluar terbesar minyak sawit.\"Justeru, itu menunjukkan komitmen kita terhadap kemampanan dan bukan sahaja yang baik untuk Malaysia tetapi seluruh dunia,\" tambahnya.Ini merupakan lawatan rasmi pertama Fadillah dan misi ke EU adalah misi bersama dengan kerajaan Indonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).Awal tahun ini, Fadillah dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO) Indonesia, Airlangga Hartarto telah sama-sama bersetuju untuk melindungi kepentingan sektor minyak sawit dengan memperkukuh usaha dalam menangani diskriminasi terhadap minyak sawit.Jika digabungkan, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih 80 peratus kepada pasaran minyak sawit global.",
"Sebagai sebahagian daripada misi itu, mereka akan bertemu Pesuruhjaya Alam Sekitar, Lautan dan Perikanan, Virginijus Sinkevičius, Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah, Josep Borrell-Fontelle serta Naib Presiden Eksekutif Eropah untuk Perjanjian Hijau dan Pesuruhjaya Tindakan Iklim Dasar, Frans Timmermans.Menteri-menteri itu juga akan bertemu dengan Naib Presiden Parlimen Eropah Heidi Hautala dan Pengerusi Perdagangan Antarabangsa, Bernd Lange. Selain itu, turut dijadualkan ialah majlis makan tengah hari bersama pemimpin industri dan ketua pegawai eksekutif.\"Malaysia bersedia untuk membantu EU,\" kata Fadillah.“Apa yang kita mahukan adalah lebih banyak penglibatan kerana keputusan yang diambil oleh mereka memberi kesan kepada Malaysia bukan sahaja pada perspektif ekonomi atau perdagangan tetapi juga kepada pekebun kecil.”Malaysia mempunyai kira-kira 700,000 pekebun kecil dalam bidang pertanian, dengan kira-kira 450,000 pekebun kecil terlibat dalam sektor minyak sawit.Oleh itu, penglibatan adalah penting dan pada masa yang sama Malaysia juga mahu EU mengiktiraf semua tindakan yang diambil oleh kerajaan selama ini.Malaysia menekankan keperluan untuk pendekatan yang seimbang antara mencapai matlamat pembangunan dan cita-cita iklim. Matlamat Pembangunan Lestari/Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDGs) kekal sebagai keutamaan utama bagi Malaysia.Malah, definisi kelestarian PBB amat jelas iaitu kemampanan atau kelestarian sosial dan ekonomi berada pada tahap yang sama dengan alam sekitar. Dalam kebanyakan takrifan kemampanan, terdapat juga kebimbangan terhadap kesaksamaan sosial dan pembangunan ekonomi.Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah antara inisiatif kemampanan, katanya.Fadillah menambah dalam kalangan pengilang, 96 peratus telah mencapai pensijilan MSPO manakala dari segi perladangan 98 peratus, termasuk pekebun kecil.Terdapat dua jenis pekebun kecil - satu yang diselenggarakan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) serta satu lagi kebanyakannya milik keluarga.\"Kita juga membantu mereka (milik keluarga) untuk memastikan mereka diperakui.\"Minyak sawit adalah sumber minyak sayuran yang paling efisien.Pokok kelapa sawit memerlukan tanah yang jauh lebih sedikit untuk menjana hasil yang sama berbanding dengan minyak-minyak lain.\"Jika anda bercakap tentang penebangan hutan, secara perbandingan dengan kacang soya atau biji sesawi dan sebagainya, minyak sawit masih paling produktif dari segi penggunaan tanah,\" katanya.Minyak sawit menghasilkan lebih banyak minyak setiap hektar berbanding mana-mana tanaman minyak sayuran utama lain, iaitu 3.3 tan sehektar. Sebagai perbandingan, kacang soya menghasilkan hanya 0.4 tan sehektar.Malaysia juga mempunyai Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) dan amalan Pengurusan Hutan Lestari (SFM), dengan tujuan untuk memudahkan akses ke pasaran tunggal EU. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=286 |
Peruntukan RM20 bina litar drag tak pernah diluluskan Parlimen
| [
"KUALA LUMPUR, 29 Mei-Peruntukan RM20 juta bagi membangunkan satu litar lumba drag di setiap negeri tidak pernah dibahas dan diluluskan di Parlimen.Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan memaklumkan, hal ini kerana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membubarkan Parlimen selepas pembentangan belanjawan sekali gus menyaksikan bajet tersebut tidak pernah disalur kepada kementerian itu.“Selain itu, bajet tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak KBS. RM20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri.“KBS amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat untuk membina litar berdasarkan konsep sekadar ada. Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag merupakan perlumbaan di platform yang baik dan bermanfaat, namun keselamatan pelumba, penonton dan semua terlibat perlu diberi keutamaan,” menurut kenyataan itu.Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi memberi maklum balas kepada Ismail Sabri yang menyarankan agar kerajaan ketika ini, menerusi KBS meneruskan pembinaan litar drag di setiap negeri yang bernilai RM20 juta seperti cadangan kerajaan terdahulu.Bagaimanapun, menurut kenyataan itu KBS kekal proaktif dalam mencari kaedah memastikan sukan permotoran dapat terus dilaksana dalam keadaan terkawal dan selamat walaupun kekangan kewangan ketika ini menghalang usaha pembinaan baharu litar permotoran khasnya litar drag.“Antara usaha dilakukan adalah melalui projek menaik taraf serta memperbaiki kemudahan sedia ada di bawah KBS seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang mencapai spesifikasi antarabangsa serta Litar Lumba Tangkak di Johor bagi penggiat sukan permotoran tempatan.“KBS turut bekerjasama dengan Persatuan Bermotor Malaysia (MAM) dalam memastikan operator serta penganjur sukan permotoran ini dapat melaksanakan program atau aktiviti mereka di litar yang selamat dengan membuat penyenaraian litar-litar kekal yang telah disahkan serta menyediakan spesifikasi minimum bagi litar sementara,” katanya.Pada masa yang sama KBS menerusi Jabatan belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan MAM sedang giat membangunkan garis panduan sukan bermotor termasuk perlumbaan drag dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif seterusnya mengurangkan risiko perlumbaan. -BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=287 |
Malaysia cadang wujud wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura
| [
"ISKANDAR PUTERI, 28 Mei - Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, sudah ada cadangan awal daripada pihak kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan kerajaan Singapura, menerusi pertemuan berkala ketiga-tiga pihak, namun belum lagi diangkat sebagai cadangan rasmi.“Sekarang saya rasa masa sesuai untuk bawa idea dan perbincangan itu dan mulakan (perbincangan) untuk melakukannya secara formal,” kata beliau, di sini.Bagaimanapun, beliau berkata cadangan itu akan diangkatkan pada mesyuarat kabinet terlebih dahulu sebelum dibawa ke Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijangka diadakan pertengahan Julai ini.Terlebih dahulu, pada sesi dialog libat urus, Rafizi dalam ucapannya berkata Johor akan terus menjadi antara pemacu ekonomi negara terbesar pada masa hadapan, susulan potensi dan kedudukan strategiknya di rantau ini.",
"Dalam ucapannya, beliau berkata negara memberi fokus kepada sektor peralihan tenaga, Johor adalah berpotensi menjadi penerima manfaat terbesar terutama dengan kedudukannya bersebelahan Singapura",
"(Rafizi bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggalRancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini)",
"\"Johor akan jadi salah satu negeri yang paling berpotensi mendapat laba daripada projek aktiviti peralihan tenaga melibatkan tenaga boleh baharu. Dalam pada itu, Pengerang bukan sahaja dijadikan pusat kimia dan petrokimia tetapi juga perintis kepada tenaga ammonia dan hidrogen,\" katanya.",
"Dalam pada itu Rafizi berkata, kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.Jelasnya, kerajaan akan terus memantau perkembangan mata wang tempatan itu.Beliau berkata penyusutan nilai ringgit dua minggu ini disifatkan banyak dipengaruhi oleh hasil perbincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran.“Setakat ini terlalu awal untuk menetapkan bahawa kejatuhan mata wang ringgit untuk satu dua minggu ini akan ada kesan kepada projection (unjuran pertumbuhan ekonomi).“Kita perlu menunggu data-data perdagangan dan ekonomi dalam bulan hadapan, dua bulan lagi kerana yang mempengaruhi unjuran pertumbuhan itu bukan sangat melibatkan kadar nilai ringgit tetapi lebih kepada aktiviti perdagangan (seperti) eksport, import, harga minyak dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini.Tambahnya, terlalu awal untuk menetapkan bahawa kejatuhan mata wang ringgit untuk satu dua minggu ini akan ada kesan kepada unjuran pertumbuhan ekonomi.Bagaimanapun, beliau berkata situasi nilai ringgit sekarang juga turut membawa kebaikan, contohnya pendapatan negara dan juga sektor minyak memandangkan penentuan harga adalah dalam nilai dolar Amerika.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan perkembangan terkini yang menyaksikan penyusutan mata wang tempatan.Pada tahun ini, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar empat hingga lima peratus"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=288 |
Peranan surat khabar masih penting - Anwar
| [
"IPOH, 28 Mei - Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata walaupun media sosial kini mengambil alih peranan akhbar fizikal, namun beliau masih berpandangan surat khabar mempunyai peranan yang lebih tinggi dan wajar berbanding media sosial. \"Saya masih mewakili fikiran lama, saya masih setiap hari selain melihat sedikit perkembangan di media sosial, saya masih wajib membaca surat khabar setiap hari,\" katanya ketika berucap merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sini.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Timbalannya Teo Nie Ching. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan HelmiBertemakan “Media Bebas Tunjang Demokrasi”, kira-kira 1,000 pengamal media menghadiri majlis yang diadakan untuk mengiktiraf peranan media itu. Dalam pada itu, Anwar berkata tugas seorang wartawan itu bukan sekadar perakam idea, sebaliknya pencetus idea yang berteraskan nilai.“Bila berkata bicara negara ini MADANI, demokrasi, maknanya kita nak terapkan nilai, bukan fahaman sempit yang boleh melemah dan mematikan semangat atau pecah belahkan rakyat.Jadi pembentukan nilai dan MADANI itu penting, ini (MADANI) istimewa dan unik kerana menekankan nilai dan akhlak itu mendasari pemikiran, pembangunan, kebebasan kewartawanan dan lain lain, jadi saya gesa rakan-rakan untuk sebarkan maklumat berdasarkan ilmu dan nilai,” katanya.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat pameran yang diadakan sempenaHAWANA 2023 diiringi Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Roslan Ariffinbagi merasmikan sambutan HAWANA 2023 di Hotel Casuarina hari ini/FOTO BERNAMA)",
"Anwar juga berkata media negara ini perlu kekal bebas sepenuhnya dari sebarang bentuk pengaruh dan tekanan, bagaimanapun perlu mengelak daripada mengeluarkan unsur-unsur yang mengungkit permusuhan kaum dan agama.Pada majlis hari ini juga, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan permulaan RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena HAWANA 2023 bagi menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.Anwar turut menyampaikan sumbangan daripada tabung berkenaan kepada tiga wartawan veteran di Perak iaitu bekas pemberita bebas Ou So Ha @ Ou Kok Meng, 74, pemberita sambilan akhbar Tamil Malar V Maniam, 76 dan Editor portal berita Independent.my Haron Shafei, 65.Terdahulu di bawah inisiatif sama Haslinda Ahmad, balu kepada jurukamera TV3 Perak, Allahyarham Rosli Abu Bakar, turut menerima sumbangan itu. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=289 |
Peruntukan RM5 juta kepada MBM
| [
"PORT DICKSON, 28 Mei - Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) setahun bagi memperkasa golongan muda untuk memacu negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu diberikan memandangkan beliau berpuas hati terhadap prestasi yang ditonjolkan dan berharap agar MBM tidak mempunyai masalah kewangan.\"Pembinaan, permintaan supaya pentadbiran MBM dan program-program itu, tidak ada kekangan daripada segi kewangan. Kita bantu secara yang mampu, tetapi oleh kerana memandangkan saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan rakan-rakan menunjukkan kesungguhan mereka, termasuk dalam menjayakan Negara Madani, dengan keyakinan, dengan ilmu, dengan nilai, dengan ihsan, maka saya setuju supaya diberikan peruntukan RM5 juta,\" kata Anwar di sini.",
"(Anwar ketika berucap padaMajlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan, di sini)",
"Menurut beliau, MBM mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mewakili persatuan, kaum, dan agama, sekaligus boleh mendidik belia mengenai semangat perpaduan.Pada majlis berkenaan, beliau turut menyempurnakan pelancaran Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia.Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh Tseow Suan.Anwar berkata MBM perlu memperincikan laporan mengenai hala tuju, menerusi peruntukan yang diumumkan itu, dan beliau mahukan dalam tempoh sebulan ini, MBM memberikan laporan mengenai rancangan pertubuhan itu bagi menambah keanggotaan para belia.\"Keduanya memastikan penyertaan wanita di semua peringkat termasuk pimpinan MBM, bermula dengan penyertaan 30 peratus, dan ketiganya memperhebatkan program, ekonomi, latihan serta kebajikan termasuk kesedaran belia dalam menunaikan tanggungjawab mereka dalam negara ini,\" katanya.Beliau berkata para belia perlu mempunyai keyakinan, idealisme, berprinsip, menghormati antara satu sama lain dan tolak segala rasuah.\"Anak muda sekarang mesti sedar bahawa masa depan mereka tentukan, dengan syarat mereka mempunyai komitmen, sikap mahu menimba ilmu dan menolak kemungkaran, tolak rasuah dan kezaliman dan angkat martabat rakyat,\" katanya.Bersempena Hari Belia Negara kali ini yang bertemakan 'Ini Masa Kita', Anwar berkata jangan ada pula yang menggunakan agama dan kaum untuk merosakkan negara.Anwar yang pernah memimpin MBM pada era 70-an berkata menerusi semangat dan prinsip MBM terdahulu, ia menyebabkan beliau tegas untuk memerangi rasuah pada hari ini.Perdana Menteri turut melancarkan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia, dan selari dengan dasar nasional terkini di majlis hari ini. MPBM2030 dibangunkan berdasarkan aspirasi golongan belia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 memberikan penekanan kepada empat teras, 11 objektif, 14 strategi dan 39 inisiatif. Model ini disasarkan dapat melahirkan warganegara belia yang dinamik, kompeten, berdaya saing dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa kini serta perubahan masa hadapan.Sementara itu Perdana Menteri berkata syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd dan Petronas dicadangkan supaya dilibatkan dalam program latihan belia yang memberikan tumpuan dalam aspek kepemimpinan.Anwar berkata beliau akan membawa cadangan berkaitan program latihan di institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke peringkat Jemaah Menteri untuk diluluskan dalam masa terdekat.\"Saya akan bawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat supaya agensi-agensi terlibat, baik Perkeso, Khazanah, Petronas; untuk turut terlibat dalam program latihan di institut latihan belia di bawah KBS,” katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=290 |
KPT bakal laksana pendidikan secara anjal
| [
"KOTA TINGGI, 28 Mei - Pelaksanaan pendidikan secara anjal bakal dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk melaksanakan sesi pembelajaran beberapa tahun di universiti dan di rumah secara dalam talian.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamed Khaled Nordin berkata perubahan tersebut bagi menarik lebih ramai golongan muda melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Perubahan lain yang dibincangkan ialah tempoh sebahagian kursus dipendekkan dari empat tahun kepada tiga tahun, selain kemasukan ke Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), berdasarkan kepada keputusan peperiksaan awam. \"Kita akan tekankan juga kepada latihan industri dan latihan di tempat kerja, maknanya tidak semuanya mesti dalam kelas, kalau latihan di tempat kerja beberapa bulan dalam industri di luar, di lapangan,\" kata Khaled, di sini.",
"(Khaled bercakap kepada pemberita selepas Program Semarak Komuniti bersamaUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, di sini)",
"Jelasnya lagi, jumlah permohonan kemasukan ke universiti awam dari tahun 2020 hingga 2022 meningkat hingga 85 peratus."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=291 |
Pupuk nilai membaca, realisasi aspirasi Malaysia Madani
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Mei- Pemupukan nilai membaca dalam masyarakat penting ke arah merealisasikan Malaysia Madani.Ia senada dengan konsep pertama dan kedua aspirasi itu, iaitu ‘Kemampanan’ dan ‘Kesejahteraan’.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim budaya membaca juga perlu dimulakan secara serius di peringkat ibu bapa.\"Budaya membaca ini budaya iqra', maknanya tradisi membaca dan ilmu itu sebati dan serasi dengan kefahaman kita tentang Islam. \"Negara Malaysia dan Malaysia Madani tidak mungkin terangkat tanpa akhlak, tanpa nilai dan tanpa kesediaan anak-anak untuk membudayakan ilmu melalui pembacaan yang luas.\"Media sosial saya tidak boleh pertikai kepentingannya tetapi percayalah kalau nak menjadi manusia dan insan yang ada nilai, akhlak berilmu mesti mulakan tradisi membaca secara serius,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini/Foto Bernama)",
"Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.Program yang berlangsung selama 10 hari hingga 4 Jun itu menyasarkan 900,000 pengunjung dan menghimpunkan 211 syarikat pempamer dalam industri perbukuan dari dalam dan luar negara seperti China.",
"Majlis Buku Kebangsaan terima penglibatan besar delegasi ChinaSementara itu, Anwar berkata penglibatan besar delegasi China dalam Majlis Buku Kebangsaan bukti peningkatan persahabatan antara Malaysia dan republik itu.\"Majlis Buku Kebangsaan kali ini mendapat penyertaan besar, delegasi yang besar dari republik China dan ini menunjukkan satu kesediaan persahabatan yang meningkat di antara kita dan negara China."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=292 |
Tuntutan kumpulan dakwa waris Kesultanan Sulu: Laporan polis dibuat
| [
"PUTRAJAYA, 26 Mei- Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud membuat laporan polis terhadap kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.Ia berikutan tuntutan difailkan kumpulan itu melalui Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion. “Ketua Pengarah BHEUU JPM membuat laporan ini kerana tuntutan ini merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara,” menurut kenyataan Sekretariat Khas JPM. Kenyataan itu menyebut, rentetan daripada insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada 2013, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kumpulan Royal Sulu Force (RSF) sebagai entiti pengganas yang terbabit dalam tragedi pencerobohan tersebut.Seorang daripada penuntut, Fuad A. Kiram juga diklasifikasikan sebagai pengganas bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAATFUAA) pada 6 April 2023. Menurut kenyataan itu, laporan polis dibuat dengan mengambil kira wujudnya elemen sabotaj terhadap ekonomi dan ancaman kepada keselamatan negara melalui tindakan agresif penuntut yang dipercayai menyalah guna proses timbang tara antarabangsa.Dengan membuat laporan polis, dipercayai satu siasatan jenayah akan dimulakan oleh pihak berkuasa demi menjamin keamanan, keselamatan dan kestabilan negara.",
"(Tuntutan kumpulan dakwa waris Kesultanan Sulu: Laporan polis dibuat/Foto fail)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=293 |
Sempena Hawana, pengamal media diperkenan baca khutbah Jumaat
| [
"IPOH, 23 Mei- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan pengamal media di negeri Perak diberikan penghormatan untuk membaca Khutbah Jumaat di beberapa masjid sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang diadakan di sini pada 27 sehingga 29 Mei ini.Salah seorang daripada mereka merupakan Penerbit Rancangan RTM Perak, Mohd Fahmi Mohd Nor.Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam satu kenyataan memaklumkan perkenan itu bagi mengiktiraf peranan penting para wartawan kepada kepada negara.Baginda menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri Perak esok (26 Oktober 2023) bertemakan 'Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-Nilai Islam'.\"Baginda memperkenankan pengamal media diberikan peluang dan penghormatan membaca Khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Perak pada 26 Mei 2023,\" menurut kenyataan itu.",
"(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah)",
"Terdahulu Jabatan Penyiaran Perak serta Persatuan Pengamal Media Perak telah mengemukakan tiga nama pengamal media kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak untuk mendapat tauliah membaca khutbah di tiga buah masjid di negeri Perak.Mohd Fahmi yang juga Wartawan RTM Perak mendapat perkenan tauliah oleh Sultan Perak untuk membaca Khutbah Jumaat di Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh.Selain itu, Editor Rencana Agama dan Sastera, Berita Harian, Mohd Nazmi Yaacob akan membaca khutbah di Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II). Manakala, wartawan Sinar Harian Perak Saifullah Ahmad pula akan membaca khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=294 |
RM500 juta laksana program penstabilan harga minyak masak 2023
| [
"(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh ketika sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat hari ini) ",
"KUALA LUMPUR, 25 Mei- Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) pada tahun ini.Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, tahun lalu peruntukan bagi program tersebut adalah sebanyak RM400 juta.Jelasnya, jumlah peruntukan untuk menyediakan minyak sawit bersubsidi itu tertakluk kepada harga minyak sawit mentah (cpo).\"Sekiranya harga cpo meningkat maka dana yang diperlukan untuk melaksanakan program juga turut meningkat jumlah peruntukkan yang diperlukan adalah berdasarkan ketetapan dasar bagi menyediakan sebanyak 60 ribu metrik tan sebulan atau kira-kira 60 juta paket sekilo, sebulan, jelas Fuziah ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.",
"Lip Eng meminta pihak kementerian menyatakan berapa dana wang dan tan subsidi minyak masak yang telah diluluskan pada tahun 2022 dan 2023 serta syarikat diluluskan.Tambahnya, peruntukan dikemas kini bagi menyediakan kos pada 2022 adalah sebanyak RM2.42 bilion dan pada tahun ini sebanyak RM1.6 bilion tertakluk kepada pergerakan pergerakan naik turun harga cpo.KPDN telah melantik 366 syarikat pembungkus di seluruh negara bagi membekalkan minyak masak bersubsidi dalam pasaran."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=295 |
Skim Latihan Industri buka peluang pelatih dapat pekerjaan
| [
"KUALA LUMPUR, 24 Mei - Seramai 3,787 bilangan pelatih menerima manfaat menerusi Skim Latihan Industri yang dilaksana Kementerian Sumber Manusia dari Januari hingga April 2023.Timbalan Menteri, Mustapha Sakmud berkata, jumlah itu melibatkan bantuan kewangan RM7.42 juta.Pelaksanaan insentif itu telah membantu pelajar menjalani latihan industri dengan pelbagai syarikat; seterusnya mendedahkan mereka dengan alam pekerjaan.Turut dilaksanakan Inisiatif Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP).\"Kriteria pelaksanaan MySIP menetapkan latihan industri adalah sekurang-kurangnya selama 10 minggu dan pelatih industri dibayar elaun bulanan minima sebanyak RM500.00 sebulan bagi pelatih industri SKM-1 hingga SKM-4, dan minima RM600.00 bagi SKM-5 Diploma, Sarjana Muda, sarjana dan Sarjana Kedoktoran (PHD). \"Di pihak syarikat, inisiatif MySIP ini memberikan pelepasan cukai berganda ke atas elaun bulanan yang dibayar kepada pelatih industri, dan pelepasan cukai sehingga RM5,000 kepada pelatih industri,\" katanya menjawab pertanyaan wakil Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.Pada tahun lalu, lebih 700 syarikat menerima manfaat daripada insentif tersebut termasuk Petronas.Berdasarkan Laporan Trend MySIP 2022, sebanyak 33 peratus daripada pelatih industri mendapat tawaran pekerjaan pertama di syarikat mereka selepas menjalani latihan industri.",
"(Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=296 |
LIMA' 23: Perkukuh Malaysia sebagai hab serantau aeroangkasa, maritim
| [
"LANGKAWI, 24 Mei -Pengajuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 23) berupaya memperkukuh Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menerusinya objektif Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia mampu direalisasikan.",
"\"Saya berbangga kerana negara kita memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri aeroangkasa dan marin. \"Pada 2021 sahaja ia bernilai hampir AS$300 bilion dalam aeroangkasa dan AS$170 bilion dalam maritim,\" kata Anwar ketika berucap selepas melakukan lawatan ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.Datuk Seri Anwar sebelum itu melakukan lawatan ke pameran statik yang mempamerkan beberapa aset pertahanan udara antaranya F/A18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di landasan terbang atau tarmac berhadapan MIEC.Anwar turut meluangkan masa bertemu barisan pasukan udara yang terlibat dengan pertunjukan aerobatik membabitkan lima buah negara.Ini termasuk Indonesia, China, Korea Selatan, Rusia dan Emiriah Arab Bersatu. Sementara itu, Anwar turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Kebangsaan Korea Selatan, Lee Jong-sup.Pertemuan yang berlansung selama setengah jam itu membincangkan pelbagai perkara mengenai isu semasa dan industri pertahanan kedua-dua negara.Turut sama pada pertemuan tersebut, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Jong-sup yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia sempena LIMA’ 23 turut melawat pameran di MIEC dan dijadual pulang ke Korea Selatan, hari ini.Beberapa perjanjian persefahaman (MOU) turut dimeterai antara Malaysia dan Korea Selatan menerusi pameran dwitahunan ini, selain mengadakan penerbangan persahabatan TUDM dan Black Eagles. Selain Lee Jong-sup, Anwar turut menerima kunjungan Menteri Pengangkutan dan Penerbangan Awam Somalia, Fardowsa Osman Egal."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=297 |
Kekang ketirisan subsidi bahan api, nelayan perlu isytihar hasil pendapatan
| [
"KUALA LUMPURM 24 Mei - Kerajaan komited dalam memastikan bantuan subsidi bahan api nelayan benar-benar digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan.Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meletakkan syarat nelayan perlu mengisytihar hasil pendapatan sebelum membuat pembelian diesel bersubsidi.Menurut Timbalan Menteri, Chan Foong Hin, penguatkuasaan dan pemantauan dijalankan berterusan agar tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan dalam Ops Tiris.Ops Tiris dilancarkan selama enam bulan bermula 1 Mac sehingga 31 Ogos depan bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.\"Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan antaranya Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam, Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi memantapkan lagi tadbir urus korporat dan tatakelola berkaitan pengurusan penyaluran minyak bersubsidi di peringkat LKIM dan persatuan nelayan,\" katanya menjawab pertanyaan wakil Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.Tambahnya kecekapan kaedah agihan, jualan di jeti atau pusat jualan juga dipertingkat selain memerlukan sokongan padu komuniti nelayan untuk melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan kepada pihak berkuasa."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=298 |
LIMA '23: PM luang masa lawat pameran di MIEC pada hari ke-2
| [
"LANGKAWI, 24 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).Beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira pukul 8.35 pagi tadi.Ketibaan Perdana Menteri diringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.Beliau kemudian melawat pameran statik pesawat yang menampilkan beberapa aset pertahanan udara milik TUDM.Datuk Seri Anwar turut bertemu barisan pasukan udara yang terlibat dengan pertunjukan aerobatik membabitkan lima buah negara iaitu Indonesia, China, Korea Selatan, Rusia dan Emiriah Arab Bersatu.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) melihat aset ketenteraan yang dipamerkan ketika mengadakan walkabout sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) di Tarmac Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini/FOTO BERNAMA)",
"Usai di landasan terbang atau TARMAC, Perdana Menteri dan isteri kemudian memasuki dewan utama MIEC yang melibatkan pelbagai pavilion dan reruai.LIMA edisi kali ini menampilkan 525 pempamer mewakili 140 syarikat seluruh dunia.LIMA ‘23 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” bermula semalam hingga 27 Mei ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=299 |
Wang Tidak Dituntut (WTD) kini cecah RM11.2 bilion - Ahmad Maslan
| [
"(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan/FOTO BERNAMA)",
"KUALA LUMPUR, 24 Mei - Sebanyak RM11.2 bilion jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) yang diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) sehingga 30 April lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.Ahmad berkata 70 peratus daripadanya adalah wang dalam akaun bank yang tidak aktif melebihi tujuh tahun.Manakala, dua lagi kategori termasuk wang lebihan dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat bagi tempoh dua tahun atau lebih.\"Definasi wang tak dituntut ini ada tiga. Pertama, wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus, dividen dalam tempoh setahun atau lebih.“Kedua, wang dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat ada lebihan dalam tempoh dua tahun atau lebih.“Ketiga paling banyak sekali iaitu 70 peratus daripada 11.2 bilion ini ialah wang dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih,\" kata Ahmad dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.",
"Sehingga semalam, sebanyak RM3.3 bilion Wang Tidak Dituntut sudah dikembalikan kepada rakyat.Menurutnya, rakyat boleh mendapat kembali wang berkenaan dalam masa empat belas ke tiga puluh hari sekiranya melengkapi dokumen yang diminta.Katanya, rakyat boleh membuat semakan dan menuntut wang wang terbabit melalui laman sesawang Jabatan Akauntan Negara di www.JANM.my atau melalui portal E-GUMIS.“Siapa-siapa nak tuntut tak perlu sediakan ejen. Tak perlu buat pembayaran. Boleh terus ke portal tersebut dan mereka akan proses,” kata Ahmad."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=300 |
Beli minyak subsidi: KPKM syaratkan nelayan isytihar hasil pendapatan
| [
"KUALA LUMPUR, 24 Mei-Langkah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mensyaratkan setiap nelayan perlu mengisytiharkan hasil pendapatan sebelum membuat pembelian minyak bersubsidi, merupakan salah satu langkah bagi memastikan bantuan subsidi itu digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan.Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, Penguatkuasaan dan pemantauan terhadap penyaluran minyak diesel bersubsidi nelayan juga akan dijalankan secara berterusan agar tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.\" Ops Tiris bertujuan memastikan pelaksanaan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.\"Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan jabatan Kerajaan dan agensi penguatkuasaan antaranya APMM, PDRM, KASTAM, Imigresen, LHDN, LKIM dan DOF\", katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal di Parlimen hari ini.Tambah Foong Hin, kecekapan kaedah agihan, jualan di Jeti dan pusat jualan juga akan dipertingkatkan selain komitmen dan sokongan komuniti nelayan dalam melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan kepada pihak berkuasa.",
"(Timbalan Menteri KPKM, Chan Foong Hin/FOTO RTM)"
] |