url
stringlengths
49
58
headline
stringlengths
22
176
content
sequence
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=401
STAM 2022 catat peningkatan dengan gred purata nasional 3.13
[ "BANTING, 18 April - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 menunjukkan peningkatan dengan gred purata nasional adalah 3.13 berbanding 3.15 pada 2021.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagi gred purata STAM tahun 2022 bagi sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula adalah 2.91 berbanding 2.92 tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 0.01.", "\"Pencapaian peperiksaan STAM bagi sekolah KPM telah menunjukkan kualiti yang lebih baik. Saya percaya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih semua pihak dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru, penyediaan kemudahan bilik darjah yang kondusif, bekalan buku teks dan lain-lain keperluan yang menyokong proses pembelajaran murid,” katanya pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2022 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Banting, di sini.Fadhlina berkata, calon peperiksaan STAM Tahun 2022 yang berdaftar adalah 4,634 orang meliputi calon sekolah KPM seramai 1,363 orang; Sekolah Menengah Agama Negeri (1,941 orang); Sekolah Menengah Agama Rakyat (259 orang); Sekolah Menengah Swasta (36 orang) dan calon persendirian (1,035 orang).Tambah Fadhlina, sijil peperiksaan STAM bukan sahaja diiktiraf untuk kemasukan ke program Ijazah Pertama di Universiti Al Azhar Al Sharif, Mesir tetapi juga untuk kemasukan ke universiti tempatan.\"Sijil STAM turut mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). \"Ini bermakna pemegang sijil STAM juga layak untuk memasuki pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam seperti pemegang sijil STPM,\" katanya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=402
Gangguan bekalan air jejas persiapan Aidilfitri
[ "KUALA KEDAH, 18 April- Masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku dikhuatiri menjejaskan persiapan hari raya kira-kira 30,000 penduduk sekitar Pekan Kuala Kedah.Masalah tersebut kian meruncing sejak akhir-akhir ini apabila bekalan air sering terputus.Pengerusi Pertubuhan Gagasan Generasi Gemilang Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Harun berkata, masalah gangguan bekalan air ketika musim perayaan sering berlaku di beberapa kawasan di Kuala Kedah sejak beberapa tahun lalu.Malah kawasan perumahan seperti Taman Selat dan Taman Bersatu sudah beberapa hari tidak menerima bekalan air paip.\"Jadi saya meminta pihak kerajaan negeri segera memulihkan bekalan air kepada penduduk di kawasan Kuala Kedah. Kalau kita tak dapat bagi air terutama sekali ketika menyambut hari raya Aidilfitri maka susahlah rakyat. Jadi kita bersimpati dengan rakyat di Kuala Kedah ni,\" katanya.", "(Pengerusi Pertubuhan Gagasan Generasi Gemilang Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Harun)", "Abdul Mutalib yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Singgah Sahur  di Kampung Kubang Bongor, Kubang Rotan, Kuala Kedah, malam tadi.   Sempena program itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan dan warga emas." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=403
Op Selamat: Polis Melaka tumpu 13 kawasan panas
[ "(Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah pada Majlis Berbuka Puasa BersamaPengamal Media di IPK Bukit Beruang, Melaka/ FB Polis Melaka)", "MELAKA, 18 April- Polis Melaka akan memberi tumpuan kepada 13 kawasan panas kerap berlaku kemalangan di negeri itu bagi pelaksanaan Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ia membabitkan lima kawasan di Melaka Tengah dan masing-masing empat kawasan di Jasin dan Alor Gajah.Katanya, bagi daerah Melaka Tengah, kawasan 'hotspot' kemalangan adalah di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Jalan Umbai-Sungai Udang, Jalan Mufti Haji Khalil, Jalan Batang Tiga-Bukit Rambai-Tanjung Minyak dan Jalan Sungai Udang-Selandar.\"Di Alor Gajah pula membabitkan Jalan Rembia-Kendong, Jalan Alor Gajah-Tampin, Masjid Tanah-Bukit Sedanan dan Lubuk China-Hutan Percha.\"Manakala di daerah Jasin, tumpuan operasi adalah di Jalan Tehel-Bemban-Chabau, Jalan Merlimau-Jasin, Jalan Serkam-Kesang Tua dan Jalan Gapam-Bemban, katanya.Beliau memaklumkan pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media di Dewan Parameswara, Mes Ibu Pejabat Polis (IPK) di Bukit Beruang, Melaka, malam tadi.", "(Datuk Zainol turut menyampaikan cenderahati kepada semua pengamal media yang hadir/ FB Polis Melaka)", "Zainol berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka akan meningkatkan rondaan, pemantauan, omnipresence dan penguatkuasaan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan.Penguatkuasaan Op Selamat yang bermula 20 hingga 27 April ini bagi membudayakan pematuhan undang-undang serta peraturan lalu lintas dalam kalangan pengguna jalan raya seterusnya mengelak kemalangan.\"Seramai 22 pegawai dan 177 anggota akan bertugas memastikan kelancaran trafik sepanjang Op Selamat di negeri ini yang mana kita menjangkakan 48,930 kenderaan akan memasuki Melaka dua hari sebelum Aidilfitri,\" katanya lagi.Dijangkakan sebanyak 81,550 kenderaan akan berada di jalan negeri sepanjang dua hari pertama Hari Raya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=404
Krisis Sudan: Kerajaan sedaya upaya bawa pulang 29 rakyat Malaysia
[ "(Seorang penunjuk perasaan membawa bendera di Khartoum, Sudan/REUTERS)", "KUALA LUMPUR, 17 April - Kerajaan kini berusaha sedaya upaya membawa pulang 29 rakyat Malaysia di Sudan ke tanah air dengan selamat susulan konflik di negara itu.Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya telah berhubung dengan beberapa negara sahabat seperti Arab Saudi, Turkiye, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, China dan Amerika Syarikat serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu proses membawa rakyat Malaysia keluar dari Sudan sebaik keadaan mengizinkan.Zambry berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Pada masa ini beliau memaklumkan keadaan di Sudan masih lagi tegang akibat pertempuran antara kedua-dua pihak bertelagah yang dilapor masih sengit terutama di kawasan strategik di Khartoum.\"Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum masih belum dibuka kembali dan ini menyukarkan perancangan untuk membawa keluar rakyat-rakyat asing dari pelbagai negara termasuklah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Dalam pada itu, Putra telah mengaktifkan “Operasi Sudan” yang bertugas 24 jam sejak krisis di Sudan berlaku.\"Pasukan khas disertai beberapa agensi telah membuat persiapan dan perancangan rapi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Sudan dipelihara.\"Kesemua 29 rakyat Malaysia mengikut nasihat dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum supaya terus berada di tempat masing-masing,\" katanya.", "Tambah beliau, pasukan khas juga sedang berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum mengenai kaedah paling selamat untuk menambah bekalan keperluan asas, khususnya makanan dan ubat-ubatan kepada kesemua mereka di Sudan.Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dalam hantaran di laman Facebook Istana Negara menyarankan agar kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.\"Situasi di Sudan terlalu kompleks. Ini membabitkan perbalahan politik antara dua pihak utama 'Transitional Sovereignty Council'.\"Berdasarkan laporan diterima, kedua-dua pihak masih belum mencapai kata sepakat untuk menamatkan pertempuran bersenjata yang sudah meletus sejak dua hari lalu.“Malaysia berharap pemimpin kedua-dua kumpulan terbabit dapat mendengar rayuan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan pertempuran dengan serta-merta sekali gus kembali ke meja perundingan bagi mencari titik persefahaman untuk menyelesaikan segala isu atau perbalahan berbangkit,” katanya.Konflik di Sudan, yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan kerajaan memantau rapi konflik berlaku di Sudan dan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu sekiranya situasi semasa memberi risiko kepada keselamatan mereka." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=405
PM setuju cadangan Sarawak wujudkan penerbangan butik
[ "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari TunOpeng pada Majlis Perasmian Rais Hotel dan Convention Centre Kuching dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim hari ini/ Foto BERNAMA)", "KUCHING, 17 April - Prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak yang cemerlang telah memberi keyakinan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersetuju dengan hasrat Sarawak menubuhkan syarikat penerbangan butik milik sendiri.Beliau bukan sahaja meneliti prestasi perjalanan semua negeri-negeri khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur, permasalahan yang dihadapi, hasil serta keupayaan sesebuah negeri itu, malah percaya pengurusan yang lemah sesebuah kerajaan negeri boleh menjadi beban bukan sahaja kepada rakyat malah juga kerajaan persekutuan.Anwar memuji pengurusan kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berjaya meletakkan Sarawak ke hadapan dalam pelbagai inisiatif seperti industri gas hidrogen dan penggunaan kereta elektrik.", "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg meletakkan tangan sebagai gimik Majlis Perasmian Rais Hotel dan Convention Centre Kuching dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim hari ini/ Foto BERNAMA)", "\"Tetapi saya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan meneliti perjalananan negeri-negeri, prasarananya, infrastrukturnya dan permasalahan yang dihadapi, soal hasil negeri, keupayaan negeri, projek-projek besar yang dijalankan oleh negeri, itu kita teliti dan saya tegaskan di sini dari rekod Kementerian Kewangan, memang di antara, bukan di antara mungkin negeri yang paling ke depan dalam banyak perkara termasuk soal pengurusan dan tataurus kerajaan sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Abang Jo (Abang Johari) dan rakan-rakan,\" kata beliau semasa berucap pada Majlis Perasmian Hotel dan Pusat Konvensyen Raia, di sini hari ini. Justeru, Anwar yakin cadangan kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik akan dapat meyediakan kos perkhidmatan yang lebih berpatutan kepada rakyat terutamanya melibatkan penerbangan di antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah.Beliau memberitahu bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet kerajaan persekutuan pada Rabu ini." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=406
Kerajaan pantau tahap keselamatan rakyat Malaysia di Sudan - PM
[ "KUALA LUMPUR, 17 April - Kerajaan sentiasa memantau tahap keselamatan rakyat Malaysia di Sudan.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bersedia untuk membawa pulang sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang dan membahayakan keselamatan rakyat Malaysia.\"Kita masih pantau dan laporan maklumat tadi pagi dan kita masih lagi rasa keadaan untuk rakyat Malaysia terkawal tapi sebaik sahaja kita rasa ada risiko kita akan bawa mereka pulang, Insya-Allah,\" kata beliau ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain, di sini hari ini.", " (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemu bual media selepas Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Kuala Lumpur)", "Konflik di Sudan yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan menasihati rakyat Malaysia di Sudan supaya berjaga-jaga dan tidak mengambil risiko untuk keluar buat sementara." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=407
Pasukan petugas 1MDB teliti semula penyelesaian Goldman Sachs - PM
[ "KUALA LUMPUR, 17 April- Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berperanan menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal itu kini memberi penumpuan kepada perjanjian dengan Goldman Sachs.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan khas diketuai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu berpendapat perjanjian berkenaan harus dirungkai semula.\"Saya bersetuju (dirungkai semula), kerana dari awal saya anggap perjanjian ini dibuat secara gopoh gapah, maka ia timbulkan banyak persoalan, kerana kita harus diberi banyak.\"Umpamanya dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), dengan mereka dahulu nak selesai dengan jumlah yang kecil, bila kita bertegas, kita dapat AS$1.8 bilion, itu besar.\"Sebab itu saya kata, orang kadang pandang remeh soal ketelusan dan ketegasan tapi ini soal menyelamatkan wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.", "(Anwar Ibrahim melancarkan Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) danHikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasadan Pustaka, Kuala Lumpur)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=408
Yok Hantar Jajan Raya 3.0: Santuni golongan asnaf, veteran RTM Johor
[ "JOHOR BAHRU, 16 April- Golongan asnaf dan bekas kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor dibantu menerusi Program Yok Hantar Jajan Raya 3.0, hari ini. Exco Pendidikan Penerangan dan Komunikasi, Norliza Noh berkata program tersebut dijalankan bagi menghargai pengikut dan pendengar setia RTM terutama Johorfm.\"Ini merupakan program CSR untuk kita bantu mereka yang sangat memerlukan. Jadi kita pilih di bulan Ramadan ini bagi persiapan mereka untuk menyambut Hari Raya sekurangnya dapat mengurangkan kesusahan dan bebanan mereka di sana,\" katanya.", "(Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh)", "Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Yok Hantar Jajan Raya 3.0 di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor.Program selama tiga hari sehingga 18 April ini dijalankan secara berperingkat ke-10 daerah bermula dengan Johor Baharu diikuti Kulai dan Segamat.Program tersebut akan tamat di Pontian, Batu Pahat dan Kluang pada Selasa ini.Program turut mendapat kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, KPJ Johor Specialist, Naurah Care Malaysia, Southern Lion Sdn Bhd, Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd dan Yayasan Jcorp." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=409
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Vishu
[ "KUALA LUMPUR, 15 April- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan Selamat Menyambut Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar masyarakat berkenaan dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.\"Selamat Menyambut Vishu. Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Malayalee di Malaysia,\" tulis catatan itu.Vishu yang disambut hari ini menandakan hari pertama Zodiak Tahun Baharu dalam kalendar masyarakat Malayalee, hari pertama bagi bulan dipanggil Medam." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=410
Laluan penyuraian trafik, jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis bermula Sabtu hingga 2 Mei
[ "(Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool)", "GUA MUSANG, 15 April- Laluan penyuraian trafik di jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis akan dilaksanakan bermula Sabtu sehingga 2 Mei ini bagi menguruskan pertambahan kenderaan sempena Aidilfitri.Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata, perubahan itu ialah dengan menjadikan sebahagian daripada laluan sebagai jalan sehala.Katanya, bermula malam ini proses memasang penghadang dan termasuklah tanda arah jalan sehala dilakukan bagi mengurangkan konflik kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan.\"Bermula malam ni kita akan mula pasang penghadang dan sebagainya supaya selepas ini dia akan jadi lebih jalan sehala supaya nak kurangkan konflik kereta yang bergerak dari arah bertentangan dan mengurangkan lintasan yang akan boleh menyebabkan konflik dan kemalangan. Ini usaha kita untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi keselamatan pihak pengguna insyallah walaupun kita tahu memang ada kesesakan,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) FT2747 di Gua Musang, Kelantan.", "(Datuk Ir. Ahmad Redza di Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) FT2747 di Gua Musang FB JKR Malaysia)", "Ujar Ahmad Redza, JKR menjangkakan kesesakan jalan bermula Selasa ini.Bagi pengguna jalan raya yang akan pulang ke Kota Bharu, laluan alternatif lain dicadangkan adalah dengan melalui Lebuhraya PLUS - Kuala Kangsar dan melalui FT004 - Jeli - Tanah Merah - Pasir Mas dan Kota Bharu.Alternatif kedua pula menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui Terengganu ke Kota Bharu. Selain itu, pengguna jalan raya juga boleh melalui laluan Simpang Pulai - Jeli - Gua Musang - Kuala Krai - Kota Bharu." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=411
Aidilfitri: SWM Melaka tumpu 89 lokasi hotspot, elak longgokan sampah tidak terkawal
[ "AYER KEROH, 15 April- Sebanyak 89 lokasi panas penempatan tong sampah berpusat di Melaka diberi tumpuan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dalam usaha mengelakkan longgokan sampah yang tidak terkawal pada sambutan Aidilfitri ini.Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai kawasan berkepadatan tinggi dan kawasan tumpuan pelancong iaitu di Melaka Tengah (53 lokasi), Alor Gajah (15 lokasi) dan Jasin (21 lokasi).\"Selain kutipan tong sampah berpusat, SWM Environment turut memberi tumpuan kepada operasi berjadual sisa domestik dan pukal, operasi berjadual pasar awam serta pembersihan pusat bandar, pantai dan tempat awam.\"Operasi khas ini akan bermula 17 sehingga 24 April melibatkan 651 tenaga kerja dan 113 jentera pelbagai kegunaan,\" katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka bersama media dan taklimat berkaitan Strategi Operasi Hari Raya Aidilfitri di Ayer Keroh, malam tadi. ", "(Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin)", "Hadir sama Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka, Khairuladha Ab Mutalib dan Pengurus Kawasan Perkhidmatan SWM Enviroment Melaka, Norariffin Nordin.Mengulas lanjut, Norlisam berkata seramai 651 tenaga kerja akan terlibat dalam operasi tersebut dengan menggunakan 113 unit jentera milik SWM Environment.Katanya kerjasama dan sokongan semua pihak amat diharapkan agar operasi yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur selain pihaknya menyarankan agar orang ramai mengamalkan kaedah pelupusan sisa pepejal dengan betul.\"Selain itu kita berharap masyarakat dapat memanfaatkan perkhidmatan kutipan tambahan seminggu sekali bagi pelupusan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula bagi mengelakkan longgokan sampah terutama di kawasan perumahan,\" katanya.Dalam pada itu beliau berkata sempena sambutan Aidilfitri, orang ramai juga digalakkan untuk menyertai kempen KITARecycle untuk peluang memenangi hampir 28,000 Recycle Point (RP) yang ditawarkan menerusi Jom KITARecycle, Jom Raya! dari 1 April sehingga 31 Mei.\"Mereka boleh mendaftar sebagai ahli melalui aplikasi KITARecycle di Google Play dan Apps Store dan info lanjut mengenai program KITAReycle boleh didapati di https://kitarecycle.com,\" katanya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=412
Tata kelola baik, jumlah pendapatan negara mula meningkat - PM
[ "SUNGAI PETANI, 14 April- Ketegasan kerajaan menjalankan pentadbiran dengan tata kelola baik, akan memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam jangka masa panjang.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan itu bersandarkan jumlah pendapatan negara yang mula meningkat beberapa bulan kebelakangan ini.\"Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meingkat, melonjak naik dalam masa dua, tiga bulan ini...cukup tinggi dan angka kita akan umumkan kemudian.  \"Jadi maknanya bila kita lakukan satu sikap pendirian kita yang tegas, 'peniaga-peniaga' besar, saudagar kaya yang jarang nak bayar cukai penuh, semua bayar sekarang. Kerana kita tunjuk jangan tolak ansur...orang bawahan kena bayar cukai, kaya cuba elak...kita bagi isyarat dua, tiga bulan lalu dan hasil kita melonjak naik.\"Saya sebut juga kepada penjawat awam...kalau hasil meningkat...insya-Allah kalau dalam tempoh setahun, dua tahun keadaan itu berubah dengan pesat seperti mana kita lihat pelaburan dari negara China, semalam rombongan dari Amerika Syarikat...pelaburan itu bertambah, saya beri jaminan insya-Allah keutamaan bila ekonomi kita baik akan naikkan gaji dan elaun penjawat awam keseluruhan,\" katanya.", "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)", "Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri Madani, di sini hari ini.Anwar yakin jika pendapatan negara terus meningkat, kerajaan mampu untuk memulangkannya kepada penjawat awam dalam bentuk kenaikan gaji dan elaun. Untuk itu, penjawat awam terutamanya agensi penguat kuasa perlu memastikan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugasan meskipun berhadapan cabaran dari anasir luar." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=413
Penceramah agama di Pahang wajib ada tauliah
[ "(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah/FOTO Jabatan Agama Islam Pahang)", "LIPIS, 14 April - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar penceramah di negeri Pahang perlu mempunyai tauliah.Baginda mengingatkan bahawa hanya mereka yang benar-benar mahir dan mempunyai pengetahuan luas mengenai agama Islam yang diberikan tauliah untuk mengajar atau ceramah di masjid atau surau di seluruh negeri ini.Titah baginda, bagi memastikan kesucian agama Islam terus terpelihara daripada sebarang anasir penyebaran ajaran salah, fitnah-memfitnah dan bersangka buruk yang boleh menimbulkan kesan negatif terhadap agama, masyarakat dan negara maka penceramah tauliah diperlukan.Justeru, pihak pentadbir masjid dan surau diminta mengawasi mana-mana pihak yang mahu mengambil peluang sebagai langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam.", "“Bagi memastikan kesucian agama Islam terus terpelihara daripada sebarang anasir penyebaran ajaran salah, fitnah-memfitnah dan bersangka buruk yang boleh menimbulkan kesan negatif terhadap agama, masyarakat dan negara maka tauliah diperlukan.", "“Biarlah mereka yang bertauliah dan mahir dapat menyebarkan ilmu agama di negeri ini. Pihak pentadbir masjid dan surau diminta terus mengawasi mana-mana pihak yang mahu mengambil peluang sebagai langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam,” titah Seri Paduka.", "Baginda bertitah demikian ketika berangkat dan merasmikan Masjid Baharu Benta yang diberi nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini malam tadi.Turut berangkat,  Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri,  Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang yang juga ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak serta barisan EXCO Negeri Pahang dan pemipin setempat.Dalam pada itu baginda turut menyentuh tentang peranan masyarakat dalam mempertahankan kesucian, kemuliaan serta keharmonian institusi masjid.Masyarakat perlu mengimarahkan masjid dengan kelas dan aktiviti keagamaan dan menyatukan umat Islam di kawasan masing-masing.Baginda turut berharap agar masjid menjadi tempat untuk berkongsi ilmu demi kemajuan hidup dan ekonomi umat Islam sejagat." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=414
PM umum "berita baik" Selasa depan
[ "PERMATANG PAUH, 14 April- Beri peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir menerusi tatakelola yang baik dan menghentikan rasuah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Pilihan Raya Negeri tidak akan memberi kesan kepada kerajaan Persekutuan namun peluang itu perlu diberikan agar dapat mempertahankan negara pada masa akan datang. \"Kita percaya bagi kesempatan kita stabil politik, kita kerja sebagai satu pasukan hadapi Pilihan Raya Negeri dengan cukup yakin walaupun ia tidak akan mengesankan kerajaan Persekutuan \"Tetapi bagi tempoh kita untuk beberapa tahun ini untuk membuktikan pertama tatakelola yang baik, hentikan amalan 'sakau-menyakau'. Dengan hasil kita yang baik beri keadilan kepada orang yang berkorban untuk mengawal dan meningkatkan ekonomi negara. Orang-orang itu kita mulakan dengan penjawat awam. Itu sahaja berita baik saya nak sampaikan.\"Ada beberapa pengumuman lain saya akan buat pada hari Selasa, yang disebut sedikit berita baik tambahan itu hari Selasa,\" kata Anwar dalam Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Pulau Pinang di UiTM Permatang Pauh di sini.", "(Datuk Seri Anwar umum \"berita baik\" Selasa depan)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=415
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital meningkat bulan ini
[ "PUTRAJAYA, 14 April - Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) pada awal bulan ini menunjukkan trend peningkatan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.Bagaimanapun, beliau berkata trend itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital.Tambahnya, kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital meningkat 17.6 peratus pada awal April berbanding Mac lepas.\"Majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan komorbid.“Walau bagaimanapun kebanyakan kes bergejala ringan, stabil dan situasi COVID-19 kekal tidak membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis berhubung situasi terkini COVID-19 di Malaysia.", "Dr Zaliha berkata setakat awal tahun hingga Selasa lepas (11 April), kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan hanya 0.3 peratus berbanding gelombang Delta dengan CFR yang tinggi iaitu sebanyak 2.1 peratus.Tambah beliau, sebanyak 63.8 peratus melibatkan pesakit berumur 60 tahun dan ke atas manakala 90.7 peratus adalah dalam kalangan individu dengan komorbid.“Kematian pesakit yang tidak pernah divaksinasi adalah enam kali lebih tinggi berbanding pesakit yang mendapat satu dos penggalak,” katanya.Beliau berkata, meskipun dalam kesibukan membuat persediaan musim perayaan yang akan tiba, masyarakat digalakkan untuk memakai pelitup muka apabila hadir ke tempat awam yang sesak dan sempit yang mana penjarakan fizikal sukar diamalkan seperti di bazar Ramadan dan ketika sambutan hari raya.“KKM terus memantau situasi COVID-19 serta varian terdapat di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus COVID-19,” katanya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=416
Laporan awal program ekonomi sempadan tunjuk hasil positif - Anwar
[ "KUALA LUMPUR, 14 April - Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 1 Tahun 2023 yang diadakan semalam antara lain mendengar pembentangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai hasil awal projek rintis Program Ekonomi Sempadan (Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi).Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan mesyuarat itu semalam, berkata pelbagai kesan serta impak positif diperoleh daripada projek rintis yang dilaksanakan di Perlis dan program tersebut adalah usaha KPDN untuk mengatasi ketirisan minyak petrol serta diesel terutama di kawasan berhampiran sempadan negara.“Laporan awal menunjukkan subsidi kerajaan dapat diselamatkan kerana penjualan minyak petrol dan diesel ini tidak melibatkan peruntukan subsidi. Malahan peluang untuk meningkatkan pendapatan negara juga tinggi melalui cukai jualan yang dikenakan ke atas kenderaan asing,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.Beliau berkata KPDN merekodkan kes penyelewengan yang rendah di Perlis sepanjang tempoh projek rintis dilaksanakan setakat ini manakala isu trafik sesak di stesen minyak di negeri itu juga telah reda dengan pelaksanaan tersebut.Anwar berkata KPDN akan mengeluarkan perincian pencapaian projek rintis itu sepanjang dua bulan pelaksanaannya serta dalam kajian kemungkinan untuk dipanjangkan ke negeri lain.Perdana Menteri berkata selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mempergiat Program Pembangunan Pemasaran dengan menyasarkan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) sebanyak 2,000 lokasi pada tahun ini berbanding 1,000 lokasi tahun lepas.“Jualan ini dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan pengguna termasuk peniaga kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah kerana dibawa terus dari sumber bekalan,” katanya.", "Beliau berkata FAMA juga mengadakan Jualan Khas Ramadan Madani di 268 lokasi seluruh negara terdiri daripada pasar tani, pasar tani kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok selain Jualan Khas Syawal Madani di 113 outlet pemasaran FAMA bermula 15 April ini yang memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bahan bagi persediaan Aidilfitri.Anwar berkata pada mesyuarat itu, KPDN turut membentangkan status inisiatif Rahmah iaitu Jualan Rahmah di 16 pasar raya besar dan rangkaiannya melibatkan 118 kawasan Parlimen serta 8,223 lokasi manakala 71,400 Bakul Rahmah diedarkan oleh 10 penyumbang utama kepada penerima miskin tegar.Beliau berkata Menu Rahmah pula telah dilaksana di 1,706 premis makanan dan restoran selain Bazar Ramadan Rahmah yang disertai 913 peniaga di 41 lokasi. Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap tertinggi, Perdana Menteri berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama-sama PROTON dan PERODUA pula telah melancarkan Pakej Rahmah bagi servis kenderaan bermotor pada harga jauh lebih murah.“Ini merupakan usaha Kerajaan Malaysia MADANI serta semua pihak terutama pemain pelbagai industri seperti peruncitan, makanan dan minuman, tekstil, perhotelan, perkilangan berasaskan makanan dan yang terkini automotif bagi membantu rakyat Malaysia MADANI,” katanya.Anwar berkata mesyuarat itu turut mengambil maklum pembentangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia bagi melaksanakan satu lagi inisiatif RAHMAH dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada satu tarikh lain.Selain itu, beliau berkata Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan KPDN sedang memperinci kaedah subsidi lebih bersasar dan satu kertas pembentangan akan diangkat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada mesyuarat seterusnya.Pada masa sama, Perdana Menteri menempelak dakwaan yang menyatakan beliau tidak lagi fokus kepada agenda menangani kos sara hidup dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan liar semata-mata.Anwar berkata beliau dibantu oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri melalui beberapa jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan (JPP) NACCOL yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah dua kali bersidang.“Selepas ini, beliau akan mempergiat usaha pemantauan dan pelaksanaan dasar serta strategi Kerajaan Malaysia MADANI dengan mengadakan mesyuarat setiap bulan,” katanya.Perdana Menteri juga berkata adalah wajar semua pihak bersama-sama dengan kerajaan menggembleng usaha membantu rakyat serta mengurangkan polemik kerana kos sara hidup adalah agenda nasional dan menuntut pendekatan seluruh negara. - BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=417
Nahas Sabah Air: Australia bebas dedahkan laporan
[ "KUALA LUMPUR, 13 April-Pihak berkuasa Australia bebas untuk mendedahkan laporan nahas pesawat Sabah Air yang berlaku pada Jun 1976.Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya juga telah menghubungi kerajaan Australia berhubung perkara berkenaan.\"Kerajaan Australia menghormati kerajaan Malaysia kerana insiden tersebut berlaku di sini (Malaysia). Mereka (Kerajaan Australia) bertanyakan pandangan dan pendapat bagi mendapatkan kebenaran bagi mendedahkan laporan tersebut.Kerajaan Malaysia tidak mempunyai halangan atau bantahan berkaitan perkara tersebut. Semua terpulang kepada kerajaan Australia untuk menedeahkan laporan tersebut\", ujarnya.Semalam, laporan siasatan akhir nahas pesawat Sabah Air atau ‘Double Six’ dikelaskan sebagai dokumen terbuka dan boleh diakses di laman web Kementerian Pengangkutan.Berdasarkan laporan berkenaan, tiada bukti menunjukkan sebarang unsur sabotaj, kebakaran atau letupan yang telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens serta beberapa anggota kabinet." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=418
Tiada unsur sabotaj dalam tragedi pesawat Sabah Air
[ "KUALA LUMPUR, 12 April - Tiada bukti menunjukkan terdapat unsur sabotaj, kebakaran atau letupan dalam tragedi pesawat Sabah Air terhempas pada 1976.Nahas itu mengorbankan Ketua Menteri, Tun Fuad Stephens dan beberapa anggota Kabinet negeri Sabah. Laporan siasatan akhir nahas yang telah dinyahklasifikasi dan dikeluarkan hari ini merumuskan bahawa kemungkinan punca nahas adalah disebabkan kedudukan pusat graviti pesawat di luar had buritan kapal.Ia mengakibatkan kolum kawalan tidak lagi boleh digerakkan ke hadapan manakala bahagian muncung pesawat terangkat apabila sayapnya melepasi 25 darjah ketika hampir mendarat.Menurut laporan itu, tiada bukti bahawa wujud kerosakan pada pesawat atau sistemnya sebelum nahas kerana ia telah diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan.Tiada bukti juga bahawa keadaan cuaca menyebabkan berlakunya tragedi tersebut.\"Pemuatan bagi penerbangan itu didapati tidak dilakukan dengan betul sehingga menyebabkan kedudukan graviti pesawat berada di luar had buritan sebagaimana yang telah ditetapkan.\"Pergerakan kolum kawalan ke hadapan adalah bagi menurunkan muncung pesawat atau menghalangnya daripada terangkat. Jika hentian hadapan dicapai ketika muncung pesawat terangkat maka sudah pasti berlaku hilang kawalan akibat ketiadaan kelajuan dan kestabilan di udara,\" menurut laporan itu.", "(Tiada unsur sabotaj dalam tragedi pesawat Sabah Air/Fail Arkib)", "Dalam tragedi itu yang juga dikenali sebagai 'Double Six,' sebuah pesawat ringan buatan Australia jenis Nomad 9M-ATZ kendalian Sabah Air membawa sekumpulan kenamaan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah pada 6 Jun 1976. Laporan itu juga menyebut, adalah jelas prosedur operasi yang dilakukan oleh juruterbang syarikat terbabit tidak mematuhi piawaian profesional.Pasukan penyiasat yang diketuai ketua pemeriksa Jabatan Penerbangan Awam Omar Saman turut mendapati bahawa tiada pelan penerbangan IFR (Instrument Flight Rules) dikemukakan seperti yang ditetapkan oleh Manual Operasi bagi penerbangan VVIP.", "BERITA BERKAITANLaporan siasatan akhir nahas Sabah Air boleh diakses", "Menyentuh perihal juruterbang, laporan itu mendapati lelaki berusia 42 tahun berkenaan memiliki lesen menerbangkan pesawat tersebut.Tiada bukti menunjukkan dia berada bawah pengaruh alkohol atau dadah kecuali mengambil ubat antimalaria dikenali sebagai klorokuin.Pada 5 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan untuk mendedahkan laporan akhir tragedi Double Six dibuat selepas mengambil kira tuntutan keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian itu.Laporan siasatan akhir nahas kini boleh diakses dan dimuat turun menerusi laman web Kementerian Pengangkutan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=419
MYSaveFood bakal diperluas ke pasar malam selepas Aidilfitri – Fuziah
[ "MERLIMAU, 12 April- MYSaveFood Ramadan akan diteruskan ke kawasan pasar malam seluruh negara selepas Hari Raya Aidilfitri ini.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, ia selepas melihat kejayaan inisiatif program mengurangkan pembaziran makanan di tapak bazar Ramadan itu.“Kita lihat program MYSaveFood ini amat berjaya dan kita dah ada prosedur operasi standard (SOP), jadi selepas ini ia akan dipanjangkan pula ke pasar malam dengan kerjasama persatuan-persatuan peniaga.“Kita akan libatkan juga kita punya Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di bawah KPDN yang boleh manfaatkan makanan elok yang berlebihan daripada pasar malam selepas hari raya nanti,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pada Program Kempen Menyelamatkan Pembaziran Makanan MYSaveFood di Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Bandar Baru Merlimau.Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Chin dan Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar.", "(Fuziah mendengar penerangan daripada sukarelawan Pemuda GEMA mengenai SOPMYSaveFood di Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Bandar Baru Merlimau)", "Semalam, KPDN melaporkan lebih 18 tan makanan dan minuman yang dijual peniaga di bazar Ramadan diselamatkan dan kemudiannya diagihkan kepada golongan memerlukan di seluruh negara sejak awal Ramadan lalu.Mengulas lanjut, Fuziah berkata, peniaga yang ingin menderma secara sukarela di bawah program MYSaveFood tanpa mengharapkan insentif itu juga akan dilindungi undang-undang.Tambahnya, antara SOP ditetapkan setiap makanan yang didermakan itu masih elok dan boleh dimakan dalam tempoh dua jam sebelum ia basi." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=420
Dedah fakta sebenar, kerajaan lancar Malaysia-SuluCase.gov.my
[ "KUALA LUMPUR, 12 April– Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat tepat berkaitan kes tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia, dengan merujuk ke laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my.", "Kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyebut \"memandangkan Malaysia kini sedang berhadapan dengan prosiding di beberapa buah negara Eropah (Sepanyol, Perancis, Luxembourg, dan Belanda), adalah penting bagi memastikan penyebaran maklumat kes ini adalah tepat sekali gus menafikan penyebaran berita yang tidak benar dan palsu.\"", "Laman web itu diperkenalkan kerajaan Madani menerusi menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), Kementerian Luar Negeri, dan Kementerian Komunikasi dan Digital. ", "“Pada pukul 1.40 petang hari ini telah melancarkan laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my, sebuah repositori maya bagi semua maklumat berkaitan kes tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia,” jelas kenyataan itu.", "Pelancaran laman sesawang itu juga sebagai satu langkah kerajaan untuk memberikan naratif sejarah dan kronologi kes perundangan di pelbagai bidang kuasa yang betul dan sahih.", "(Datuk Seri Azalina Othman Said/Foto Bernama)", "“Terdapat pelbagai kemusykilan pada “fakta-fakta” kes yang dikemukakan oleh pihak yang mendakwa diri mereka sebagai waris Sultan Sulu. Antaranya, sehingga kini, tidak ada apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa penuntut-penuntut ini benar-benar waris kepada Sultan Sulu.", "“Ia berbeza dengan kes Kerajaan Malaysia, yang mana adanya laporan Suruhanjaya Cobbold 1963 di mana Sabah telah membuat pilihan untuk bersama-sama dengan Semenanjung dan Sarawak bagi membentuk Negara Malaysia,” memetik kenyataan tersebut.", "Laman sesawang tersebut akan dikemas kini selari dengan perkembangan semasa kes yang sedang berlangsung, serta boleh diakses dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol, dan Tagalog.", "Ini bagi membolehkan pelbagai pihak serta media antarabangsa mengikuti dan memahami kes ini melalui fakta dan informasi sebenar yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia.", "Kerajaan berharap rakyat Malaysia akan mengakses serta mengikuti kes tersebut dengan teliti melalui laman sesawang yang dibangunkan itu kerana sebarang keputusan yang memihak kepada pihak penuntut akan mempunyai kesan besar dan serius kepada kedaulatan dan keselamatan negara.", "Pada masa sama, Kerajaan Malaysia juga akan terus memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan, dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan tersebut." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=421
YDPA berkenan berbuka puasa bersama warga ATM
[ "KUALA LUMPUR, 12 April- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan di ibu negara.Program disertai 1,200 warga ATM.Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada pukul 6.50 petang disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan Panglima ATM diikuti sesi penyampaian ampun kurnia oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kepada 50 anak yatim.Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah sebelum Seri Paduka Baginda berdua berangkat pulang.Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.", "(Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama ATM di Masjid Khalid Al Walid/BERNAMA))" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=422
KPDN cadang wujud direktori peniaga Menu Rahmah
[ "SENAWANG, 12 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah menerima sebanyak 901 pendaftaran dari peniaga Bazar Ramadan Rahmah (BRR) bagi melaksanakan inisiatif Menu Rahmah. Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beliau menjangkakan pada tahun hadapan jumlah peniaga akan meningkat sekali ganda dengan sistem pendaftaran yang lebih efisyen serta mempergiatkan lagi promosi mengenai inisiatif berkenaan.\"Susulan sambutan mengalakkan itu kementerian bercadang untuk membangunkan pangkalan data yang lebih komprehensif bagi memperluaskan Menu Rahmah untuk dipasarkan di pasar malam dan pasar harian,\" katanya selepas mengadakan tinjauan mesra dan melancarkan BRR dan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) Peringkat Negeri Sembilan di BRR Bandar Prima, Senawang, di sini, hari ini.Salahuddin berkata kementerian akan pastikan bahawa peniaga dapat meneruskan aktiviti mereka untuk berniaga di Bazar Ramadan, pasar malam atau pasar harian.", "Selain itu beliau turut prihatin dengan keluhan beberapa peniaga yang mengalami masalah penjualan makanan Menu Rahmah pada skala yang kecil.\"Saya ada mendengar keluhan itu, kita hantar pegawai berjumpa dan temu bual mereka, boleh dikatakan yang mengadu itu kes terpencil kerana melalui pemerhatian kita, mungkin lokasi penyediaan menu belum dikenali dan perkara itu diambil perhatian supaya dapat pergiatkan promosi menu tersebut,\" tambah beliau.Terdahulu, Salahuddin menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah iaitu sepersalinan pakaian kepada 50 anak yatim dan asnaf serta menyampaikan sumbanganSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada 10 asnaf dari Taman Satria Senawang." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=423
Syed Saddiq tidak beritahu kutipan program raih dana ganti wangnya
[ "KUALA LUMPUR, 11 April - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak pernah memaklumkan kepada sesiapa bahawa kutipan wang melalui dua program meraih dana yang dianjurkan oleh parti Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) adalah untuk menggantikan wangnya yang didahulukan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata sebagai seorang lelaki yang berhati-hati dan berpelajaran, Syed Saddiq seharusnya memberitahu bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali yang menguruskan akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) bahawa wang hasil kutipan akan digunakan untuk menggantikan wang miliknya (Syed Saddiq). Dua program meraih dana tersebut adalah “Makan Amal Muo” dan “Fund Raising Battle for Johor”, masing-masing diadakan pada 7 dan 8 April 2018 telah berjaya mengutip dana sebanyak RM120,000.“Jika benar wang hasil majlis meraih dana tersebut bertujuan untuk perjalanan kempen, apa salahnya wang tersebut disimpan di dalam akaun ABBE dan hanya dikeluarkan kepada Syed Saddiq berdasarkan penggunaan dan jika ada baki, wang tersebut boleh digunakan oleh ahli Armada lain untuk tujuan kepentingan parti.“Namun, Syed Saddiq telah mengarahkan keseluruhan RM120,000 dipindahkan terus ke dalam akaun Maybank peribadi miliknya,” katanya ketika berhujah di akhir kes pembelaan Ahli Parlimen Muar itu yang berdepan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.Wan Shaharuddin berkata mahkamah wajar membuat dapatan berdasarkan perlakuan Syed Saddiq yang dari awal telah jelas menunjukkan niatnya untuk menyalahgunakan wang RM120,000 tersebut untuk diri sendiri.Hujah Wan Shaharuddin lagi, pembelaan Syed Saddiq merupakan suatu penafian semata-mata tanpa sebarang sokongan apabila sepanjang prosiding pembelaan, tertuduh sama sekali tidak menafikan wujudnya komunikasi antara beliau dan Rafiq Hakim mengenai arahan pemindahan wang RM120,000 yang merupakan hasil majlis meraih dana ke akaun Maybank peribadi tertuduh.“Tertuduh juga tidak menafikan bahawa Rafiq Hakim telah melakukan pemindahan wang RM120,000 itu melalui empat kali transaksi, masing-masing bertarikh 8, 11, 12 dan 21 April 2018.“Beliau juga tidak menafikan bahawa wang yang dikatakan hasil daripada majlis meraih dana tersebut tidak pernah dibelanjakan bagi maksud kempen PRU14 sehinggalah wang RM100,000 dipindahkan melalui dua kali transaksi ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB) miliknya, masing-masing pada 16 dan 19 Jun 2018,” katanya.", "(Syed Saddiq Syed Abdul Rahman/FOTO BERNAMA)", "Pihak pendakwaan menutup kesnya pada 27 Sept tahun lalu, selepas memanggil 30 saksi dalam perbicaraan yang bermula 21 Mei dan antara saksi pendakwaan ialah ibu dan bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta Rafiq Hakim iaitu bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.Sementara itu, pada 28 Okt tahun lepas, Syed Saddiq diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberi keterangan membela diri selama dua hari bermula 22 Feb lepas dan lima individu memberi keterangan sebagai saksi pembelaan antaranya bekas Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Ulya Aqamah Husamudin, bekas Pegawai Khas Syed Saddiq, Mohamed Amshar Aziz dan bekas Setiausaha Peribadi Syed Saddiq, Siti Nurul Hidayah.Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid akan menyampaikan keputusan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.Anak kelahiran Johor Bahru itu, didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.Beliau juga berhadapan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. - BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=424
Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin tolak keganasan, kekejaman - Zambry
[ "(Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh menyerahkan memorandum kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir/FOTO KLN)", "PUTRAJAYA, 10 April - Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin, berpaksi kepada keadilan dan menentang sebarang isu keganasan serta kekejaman.Katanya, beliau telah beberapa kali bercakap mengenai isu Palestin termasuk di wawancara bersama dengan pihak Al-Jazeera.\"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang menyalahi undang-undang dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa,\" katanya menerusi kenyataan pada Isnin.Beliau turut berharap pihak antarabangsa dapat merungkai sesuatu penyelesaian mengenai isu yang seperti tiada kesudahan ini.Zambry berkata beliau turut menerima penyerahan memorandum Pemuda UMNO berhubung pendirian mereka yang mengutuk isu serangan Israel terhadap Palestin.\"Saya mengambil maklum usul yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta segala cadangan yang diberikan,\" katanya.Kunjungan barisan kepimpinan Pemuda UMNO pada petang tadi diketuai Dr Muhamad Akmal Saleh dan barisan Exconya.Pada Rabu, Polis Israel menyerang puluhan umat Islam di pekarangan Masjid al-Aqsa sebelum subuh.Tindakan zalim itu mencederakan sekurang-kurangnya 12 jemaah dan menangkap kira-kira 350 yang lain.", "(Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima kunjungan barisan kepimpinan Pemuda UMNO petang tadi/FOTO KLN)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=425
Pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform terima duit raya Jumaat ini
[ "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Rahmah di pekarangan Bank Simpanan Nasional Meru hari ini/ Foto BERNAMA)", "IPOH, 10 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform juga diawalkan ke tarikh 14 April ini.\"Manfaatnya hampir 1 juta penerima termasuk kalangan pesawah padi, pekebun kecil getah, nelayan. Dan saya tambah baru-baru ini sukerelawan beruniform, maknanya Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis.\"Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi penyerahan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Meru Raya, di sini hari ini.Tambahnya, bantuan khas kewangan tersebut akan memanfaatkan hampir 1 juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis.", "Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turun padang melihat proses penunaian STR Fasa Dua di BSN Cawangan Meru Raya.Beliau turut menyampaikan STR secara tunai kepada beberapa penerima. Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pembayaran STR Fasa dua dilaksanakan mulai 5 April 2023 bagi membantu rakyat melakukan persiapan menyambut Aidilfitri." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=426
'Duit Raya' dan gaji penjawat awam dibayar Jumaat ini - PM Anwar
[ "KUALA LUMPUR, 10 April - Penjawat awam dan pesara akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 14 April ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar berkata bayaran itu diawalkan berbanding 17 April selepas mendengar rayuan daripada penjawat awam dan masyarakat.\"Saya terima banyak permohonan, 17 April ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. Jadi kita awalkan, selewatnya 14 April kita selesaikan. \"Bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang dijadualkan pada 17 April ini, atas permintaan penjawat awam kita awalkan pada 14 April -- dapat gaji bolehlah belanja untuk persiapan menyambut Aidilfitri dan akhir Ramadan,\" katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya, Ipoh petang tadi.Perdana Menteri juga berkata bayaran pencen untuk pesara turut diawalkan pada tarikh yang sama. ", "“Ini akan manfaat hampir 1 juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform meliputi Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba serta Sukarelawan Polis,\" katanya.Terdahulu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Zulkapli Mohamed, berkata kerajaan bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA 2023 daripada 17 April kepada 14 April.\"Sukacita dimaklumkan bahawa mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi,\" katanya dalam kenyataan hari ini.Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut untuk pembayaran emolumen bulan April penjawat awam.", "Terdahulu tular di Whatsapp surat pekeliling mengenai perubahan tarikh bayaran emolumen bulan April serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitiri 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara.Semalam, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya tarik pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April.Dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian BKKA merupakan langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan kontrak akan menerima RM700 manakala BKKA sebanyak RM350 pula akan diberikan kepada pesara perkhidmatan awam. " ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=427
Jangan bina kediaman atas tanah wakaf kubur- Maidam
[ "KUALA TERENGGANU, 12 April- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam)Terengganu akan mengambil tindakan termasuk menghalang pembinaan bangunan di atas tanah kubur yang diwakafkan.Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Ismail berkata sebarang bentuk pembangunan, terutama pembinaan kediaman, tidak boleh dilakukan di atas tanah di wakaf untuk tanah perkuburan.Menurutnya, Maidam pernah mengalihkan kubur ke lokasi lain selepas mendapati tanah yang dikatakan diwakafkan tidak berdaftar di bawah enakmen wakaf perkuburan.\"Kita akui, ada dalam kalangan masyarakat terdahulu mewakafkan tanah miliknya sebagai tanah perkuburan, tetapi siasatan mendapati, tanah diwakafkan itu dibuat secara lisan tanpa diketahui ahli keluarga lain,\" katanya.\"Setakat ini, kita mempunyai puluhan ribu lot tanah yang diwakafkan secara sah dan mengikut enakmen tanah wakaf untuk dijadikan tanah perkuburan.\"Tanah yang sudah diwakafkan di bawah enakmen itu tidak boleh dan ditegah daripada dibangunkan dengan projek bangunan termasuk kediaman walaupun oleh ahli keluarga pewakaf,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas berucap pada Majlis Apresiasi Pewakaf dan majlis berbuka puasa bersama pewakaf di Kuala Terengganu, semalam.", "(Yang Dipertua Maidam Terengganu, Datuk Shaikh Harun Ismail)", "Tambah Shaikh Harun, terdapat 949 orang pewakaf di seluruh Terengganu.Daripada jumlah itu, katanya, 234 orang bersetuju mewakafkan secara tunai melalui potongan gaji bulanan dengan jumlah transaksi terkumpul berjumlah RM603,000.Dalam perkembangan lain, Shaikh Harun memaklumkan bantuan bencana Maidam untuk 3,000 penduduk terjejas banjir akan diagihkan mulai Sabtu ini.Setiap keluarga terlibat bakal menerima bantuan bencana berjumlah RM500 seorang.\"Mangsa banjir yang mengalami kerosakan kediaman boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan membaikpulih kerosakan.\"Maidam turut bersetuju membiayai kos sewa kediaman kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal,\" katanya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=428
147 Orang Asli mohon deklarasi hak milik tanah
[ "TEMERLOH, 10 April - Seramai 147 Orang Asli dari suku kaum Semai memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut deklarasi bahawa mereka adalah pemegang hak milik adat dan pemegang hak penggunaan tanah di Kampung Pos Lanai, Kuala Lipis, dekat sini. Mereka menamakan kerajaan negeri Pahang selaku defendan pertama disusuli Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dan kerajaan Malaysia. Semua mereka selaku plaintif yang diwakili peguam Harneshpal Singh Bhullar memfaikan saman itu pada Ogos 2021 dan kes dibicarakan kali pertama di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Mat Nor hari ini. Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif memohon deklarasi supaya kerajaan negeri Pahang diarahkan untuk mewartakan tanah seluas kira-kira 14,418 hektar yang terletak di Mukim Ulu Jelai dan Hutan Simpan Ulu Jelai sebagai kawasan Orang Asli atau rizab Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1954. Plaintif juga memohon mahkamah mengeluarkan deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai hak untuk mengurangkan atau memusnahkan hak plaintif terhadap tanah itu atau melaksanakan aktiviti yang boleh menjejaskan tanah tersebut. Dalam permohonan itu, plaintif mendakwa mereka adalah penduduk di tanah tersebut, diwarisi daripada nenek moyang, yang digunakan untuk menyara kehidupan menerusi aktiviti seperti pertanian dan mengutip hasil hutan, selain mengekalkan hubungan tradisional dengan kawasan berkenaan.Mereka mendakwa berlaku beberapa insiden pencerobohan terhadap tanah itu sejak 2013 antaranya bagi cadangan pembinaan empangan hidroelektrik, pembalakan dan kajian cadangan perlombongan nadir bumi, yang didakwa plaintif akan menyebabkan kerosakan tanah dan kesulitan kepada mereka.Pembinaan empangan itu bagaimanapun dibatalkan pada Oktober 2018. Sehubungan itu, plaintif turut menuntut deklarasi bahawa semua langkah atau peninggalan (omissions) defendan berhubung pembinaan empangan, kelulusan pembalakan dan kajian cadangan perlombongan tersebut adalah bertentangan undang-undang, tidak sah dan terbatal. - BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=429
Ahmad Zahid mohon gugurkan 47 pertuduhan Yayasan Akalbudi
[ "(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sebutan perbicaraan membela dirinya di Mahkamah Tinggi hari ini/FOTO BERNAMA)", "KUALA LUMPUR, 10 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, memohon Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, untuk menangguhkan prosiding hari ini sementara menunggu keputusan Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun (berhubung representasi itu).“Kami telah menulis surat representasi pada Januari dan kami telah menghantar kesinambungan dan representasi baharu dengan beberapa fakta dan bukti baharu berhubung pertuduhan itu kepada AGC pada Februari.“Pihak pendakwaan telah menjawab, mereka tidak mempunyai bantahan (untuk menangguhkan perbicaraan) bagi pihak mereka, memandangkan representasi itu mempunyai 200 halaman dan mereka memerlukan masa untuk mempertimbangkannya,” katanya.Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berkata beliau mendapat arahan daripada Idrus untuk tidak membantah permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.“Dalam surat representasi yang dikemukakan kepada kami, terdapat beberapa peringkat iaitu pertama pada Januari, kemudian pada 14 Feb ada beberapa dokumen diserahkan kepada kami yang kesemuanya lebih 200 muka surat.“Selepas meneliti representasi yang panjang lebar dan mengandungi isu kompleks, kami diarahkan untuk tidak membantah permohonan tersebut (tangguh bicara) kerana pihak pendakwaan memerlukan masa yang munasabah untuk mempertimbangkan (representasi),” katanya.Ditanya Sequerah berapa lama masa yang diperlukan untuk meneliti representasi tersebut dan membuat keputusan, Abdul Malik berkata pihaknya memerlukan lebih masa kerana permohonan penangguhan perbicaraan disertakan bersama surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki kepada Idrus bertarikh 20 Feb.", "(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sebutan perbicaraan membela dirinya di Mahkamah Tinggi hari ini/FOTO BERNAMA)", "Menurut Abdul Malik, surat tersebut menyatakan bahawa SPRM menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti baharu yang dikemukakan pihak pembelaan.“Pihak kami tidak menerima maklumat berhubung siasatan lanjut SPRM, bagaimanapun pendakwaan memerlukan keputusan siasatan berkenaan untuk memutuskan permohonan representasi.“Kami tidak tahu sama ada mereka (SPRM) sudah memulakan siasatan atau belum, oleh itu bagi melengkapkan keseluruhan proses, kami memerlukan hasil keputusan siasatan,” katanya.Selain itu, Abdul Malik berkata pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya keputusan representasi diputuskan sebelum tarikh perbicaraan seterusnya.Hamidi kemudian berkata pihaknya memohon perbicaraan selama 16 hari iaitu pada April hingga Julai yang telah ditetapkan sebelum ini dilapangkan sementara menunggu maklum balas daripada peguam negara terhadap representasi tersebut.Sequerah membenarkan perbicaraan kes hari ini ditangguhkan dan melapangkan tarikh perbicaraan pada April hingga Julai.Mahkamah juga mengekalkan tarikh perbicaraan pada Ogos iaitu 1 hingga 3, 7 hingga 10 dan 21 hingga 24 manakala tarikh baharu perbicaraan ditetapkan pada 4 hingga 8 Sept, 30 dan 31 Okt, November pada 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 manakala Disember pada 11 hingga 15.Ahmad Zahid yang berpakaian sut hitam tiba di mahkamah pada 9 pagi.Perbicaraan kini di peringkat pembelaan. Pihak pembelaan setakat ini telah memanggil enam saksi termasuk Ahmad Zahid sendiri untuk memberi keterangan. - BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=430
CUEPACS cadang gaji diawalkan 14 April
[ "KUALA LUMPUR, 9 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.\"CUEPACS yakin bahawa kerajaan mampu melaksanakan perkara tersebut kerana ia tidak melibatkan proses yang sukar selain dapat memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan sendiri.\"CUEPACS juga menyeru agar majikan di peringkat swasta turut berbuat demikian sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga pekerja,\" katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata CUEPACS juga berharap pembayaran gaji awal itu turut melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh penerimaan gaji iaitu 17 April ini.Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata akan mempertimbang supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri. Adnan berkata CUEPACS menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap perkara itu kerana inisiatif bayaran gaji awal dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam.\"Khususnya bagi mereka yang pulang ke kampung, mereka boleh membuat pembelian lebih awal berbanding saat-saat akhir pada minggu terakhir Ramadan,” katanya. - BERNAMA", "(Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat/FOTO JPA)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=431
Projek pembangunan baharu perlu beri manfaat kepada rakyat
[ "KUALA LUMPUR, 8 April- Kelulusan projek pembangunan baharu di kawasan ibu kota hanya akan diberikan sekiranya projek itu mengikut kerangka pemikiran baharu kerajaan perpaduan.Ini bagi memastikan rakyat biasa turut dapat menikmati sebarang pembangunan yang dilaksana di kawasan bandar.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau sudah banyak membekukan projek-projek baharu yang hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu.\"Kalau tak sampai bila? Kerajaan tidak mampu nak belanja keseluruhan untuk rakyat berpendapatan rendah, rumah-rumah. Jadi kalau kita luluskan satu tapak, dia ada 10 ekar dia dapat tujuh ekar untuk projek harga tinggi satu flat 3, 5, 10 juta itu dia buat kita jangan halang tetapi syaratkan supaya ada projek bagi faedah rakyat biasa. \"Kalau tidak orang miskin tidak boleh duduk di Kuala Lumpur. Kalau tiada perubahan dalam hal ini org miskin kena balik ceruk tok kun (luar bandar)\" katanya ketika ketika berucap dalam Program Nur Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.Seramai 300 asnaf dan fakir miskin Parlimen Lembah Pantai menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM200.", "(Datuk Seri Anwar berkata projek pembangunan baharu perlu beri manfaat kepada rakyat)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=432
Raja Perlis dibenarkan keluar dari Hospital Putrajaya
[ "PUTRAJAYA, 8 April- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah dibenarkan keluar dari Hospital Putrajaya pada pukul 3.30 petang semalam setelah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan pada Sabtu, 1 April yang lalu.Baginda yang diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid akan bersemayam dan mendapatkan rawatan pemulihan selanjutnya di Istana Perlis, Kuala Lumpur sehingga baginda pulih sepenuhnya.Demikian pemakluman oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut kenyataan Istana Arau.Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid menitahkan ucapan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kepada pasukan kesihatan terutama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta seluruh warga Hospital Putrajaya yang mempersembahkan perkhidmatan dan komitmen baik sepanjang tempoh baginda menjalani pembedahan dan menerima rawatan di hospital berkenaan.Ucapan terima kasih daripada baginda berdua juga ditujukan kepada seluruh rakyat negeri Perlis dan semua kaum kerabat serta kenalan yang sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keafiatan baginda.", "(Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail)", "Pada 4 April lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli juga turut mengadap baginda di Hospital Putrajaya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=433
Al-Azhar kubu pertahanan akidah umat Islam
[ "KUALA LUMPUR, 8 April- Pemerkasaan pendidikan, kefahaman dan fikrah Islam yang dipelopori alumni Universiti Al-Azhar, Mesir begitu signifikan sebagai kubu pertahanan akidah umat Islam sejak berzaman.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tradisi dan sumbangan besar Al-Azhar Asy Syariff berjaya memartabatkan para ilmuwan Islam sekali gus diiktiraf di peringkat global. Jelasnya, para ilmuwan Universiti Al-Azhar berupaya memperluas dakwah, mempertingkat kesedaran dan pengisian ilmu khususnya dalam kalangan masyarakat MADANI.\"Saya percaya dengan tradisi ilmu dan khazanah Al-Azhar serta sumbangan besar bukan sahaja di Malaysia, pendidikan Islam, kefahaman Islam, kesederhanaan Islam, fikrah Islam dipelopori alumni Al-Azhar seluruh dunia dapat mempertahankan kubu pertahanan aqidah dan mental umat sejak berzaman dan seantero dunia,\" kata Anwar semasa berucap secara maya bersempena Hari Al-Azhar Sedunia malam tadi.Perjumpaan itu diharap membuahkan kejayaan sekali gus memartabatkan umat Islam hasil pemahaman manhaj Islam yang sebenar.Program sambutan itu diadakan bersempena genap 1,083 tahun penubuhan Universiti Al-Azhar dan sambutan Hari Al-Azhar Sedunia di peringkat global.", "(Al-Azhar kubu pertahanan akidah umat Islam)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=434
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis khatam al-Quran, tahlil
[ "MARAN, 8 April- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis khatam al-Quran sempena sambutan Nuzul Quran dan bacaan tahlil Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah serta berbuka puasa di Masjid Jamek, Chenor, di sini, tadi.Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda.Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.Turut menyerikan majlis itu ialah 100 pelajar Maahad Tahfiz Al-Furqan Maran serta pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan. Majlis dimulakan dengan bacaan khatam al-Quran, yasin dan tahlil dipimpin oleh Johan Qari Kebangsaan 2003, Datuk Ahmad Faizul Ghazali sementara bacaan doa tahlil pula dipimpin oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.", "Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.Baginda berdua kemudiannya turut berkenan berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=435
Pewartaan PSKL 2040 ditangguhkan sehingga 31 Mei – Anwar
[ "(Bandaraya Kuala Lumpur/FOTO Pexels Pok Rie)", "KUALA LUMPUR, 8 April - Pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) ditangguhkan bagi membolehkan sesi libat urus dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga 31 Mei ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, DBKL perlu mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan dalam satu tempoh yang mencukupi selain mendapatkan maklum balas sewajarnya dalam penyempurnaan pelan berkenaan.“Kendatipun begitu, saya juga mengambil perhatian akan pandangan yang berkehendakkan supaya pewartaan dokumen ini ditangguhkan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pihak berkepentingan yang lain untuk menyatakan pandangan terhadap pelan pemajuan bandaraya Kuala Lumpur.“Dalam hal ini saya telah mempertimbangkan dan bersetuju pewartaan PSKL 2040 ditangguh bagi membolehkan pelanjutan sesi libat urus dilaksanakan sehingga 31 Mei 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Perdana Menteri menyatakan keputusan tersebut dibuat selepas mempengerusikan sesi pembentangan draf PSKL 2040 oleh DBKL, semalam.Katanya beliau mengambil maklum bahawa proses penyediaan dokumen telah dilaksanakan mengikut keperluan yang diperuntukkan di dalam Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) dengan teratur." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=436
Anwar dalam Lembaga Pengampunan untuk timbang permohonan Najib
[ "SHAH ALAM, 8 April - Tiada konflik kepentingan bagi kerajaan untuk menyemak permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar berkata beliau turut berada dalam Lembaga Pengampunan itu serta menjelaskan bahawa pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong.“Tiada konflik kepentingan (di pihak saya). Proses (pengampunan) perlu diikuti dan keputusan muktamad adalah atas budi bicara Agong dan tidak perlu dibahas secara awam kerana proses itu mesti dilalui,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Rights To The City: Kita Untuk Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, di sini hari ini. Katanya, terlalu awal untuk mengulas permohonan pengampunan Najib kerana Umno baru semalam memohon Agong untuk mengampunkan bekas perdana menteri itu selain tiada sebarang kertas atau proses dilaksanakan setakat ini.“Saya tidak mahu menghalang sesiapa dalam perkara itu, tetapi apa sahaja proses di mahkamah adalah amat bebas, ia perlu dipatuhi dan dihormati. Akhirnya apa sahaja keputusan, ia adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong semata-mata,” katanya.Semalam, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan parti itu telah memohon Agong mempertimbangkan untuk memberi pengampunan kepada Najib.Menerusi kenyataan semalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan memohon menghadap Agong bagi mempersembahkan memorandum berhubung perkara itu.Menurut Asyraf, Umno akan mempersembahkan warkah rayuan kepada Agong beserta memorandum yang ditandatangani oleh seluruh kepimpinan Umno terdiri daripada 191 bahagian termasuk Wanita dan sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno.", "(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan program Kita Untuk Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung baru Hicom, Shah Alam/FOTO FB Anwar Ibrahim)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=437
MAIPs salur sumbangan RM4.475 juta bantuan zakat fitrah
[ "KUALA LUMPUR, 8 April- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan berjumlah RM4.475 juta bantuan zakat fitrah tahun ini.", "Sumbangan berkenaan disalurkan kepada 11,189 orang penerima dalam kalangan asnaf fakir miskin di 102 buah kariah masjid di seluruh Perlis.", "Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan semua agar setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh MAIPs hendaklah sentiasa realistik dan menepati keperluan yang dihasratkan oleh rakyat.", "(Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)", "MAIPs juga disaran agar sentiasa bersedia dengan perubahan kehidupan rakyat masa kini serta sentiasa mengambil pendekatan yang relevan, progresif dan berorientasikan hasil, dengan mengekalkan teras ajaran agama, bertunjangkan prinsip al-Quran dan sunnah.", "Baginda bertitah pada Majlis Iftar Jamaie Ahli Majlis dan Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Majlis berkenaan merupakan acara tahunan anjuran MAIPs sebagai satu medium interaksi bagi menghimpunkan pelbagai tokoh dalam memberikan sumbangsaran terhadap prestasi dan pencapaian MAIPs.", "Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi anakanda-anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana serta Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=438
Bantuan e-wallet akan diperluas kepada semua mahasiswa - PM
[ "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada Sesi Dialog Bersama MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia sempena lawatannya ke UiTM, hari ini/ Foto BERNAMA)", "SHAH ALAM, 7 April - Kerajaan akan memperluaskan bantuan e-wallet 2023 kepada semua mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT).Itu jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua mahasiswa.\"Saya akan putuskan supaya e-wallet itu boleh dimanfaatkan oleh semua mahasiswa,\" Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan berhubung bantuan mahasiswa yang hanya membabitkan mereka yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun sahaja.Mengenai akses internet di universiti, Perdana Menteri berkata perkara itu antara rancangan segera yang akan dilakukan kerajaan.", "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Moderator Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Yusuf Hassan ketika berucap pada Sesi Dialog Bersama MPP UiTM Se-Malaysia di Anjung Seri Budiman UiTM, hari ini/ Foto BERNAMA)", "\"Oleh kerana ia melibatkan universiti nanti saya bersama dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan adakan rancangan segera supaya akses internet ini dipenuhi di semua kampus seluruh negara,\" kata beliau.Terdahulu, Anwar menghadiri program Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini.Program yang dihadiri lebih 200 mahasiswa itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi mendapatkan input serta pandangan mahasiswa bagi bersama-sama membangunkan Malaysia Madani.Selain itu, ia juga menjadi platform bagi beliau membincangkan pelbagai isu secara santai bersama anak muda." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=439
Serangan Israel sengaja, tidak boleh dimaafkan - Khaled
[ "KUALA LUMPUR, 8 April - Serangan rejim Zionis terhadap umat Islam di tapak suci Masjid Al-Aqsa, Palestin adalah tindakan terkutuk yang tidak boleh dimaafkan.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kekejaman itu sengaja dilakukan terhadap penduduk Palestin setiap kali menjelang bulan Ramadan, salah satu bulan mulia umat Islam.", "\"Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan baru-baru ini terhadap jemaah yang sedang melakukan ibadat di dalam tapak suci Masjid Al Aqsa.Seluruh dunia Islam berasa amat sedih dan marah dengan kekejaman yang tidak berkesudahan terhadap saudara kita di Palestin.", "\"Kejadian setiap tahun pada bulan Ramadan itu tidak lain dan tidak bukan satu tindakan yang disengajakan yang tidak boleh dimaafkan, tidak sopan dan kurang ajar. Ia adalah pelanggaran berat hak sivil kemanusiaan yang bermaruah serta kebebasan beribadat agama yang tidak membahayakan orang lain,\" katanya menerusi kenyataan.Mohamed Khaled berkata, sejak awal tahun ini, apabila sayap pelampau Zionis berkuasa dalam entiti Israel, rakyat Palestin berdepan tekanan dan kebimbangan disebabkan pelbagai dasar sekatan dikenakan kerajaan Israel.Katanya, semua dasar rejim Israel yang baharu dengan melaksanakan sekatan, pencerobohan dan serangan yang ditujukan kepada rakyat Palestin adalah tindakan mengerikan yang mesti dihentikan segera.Beliau juga menuntut supaya dihentikan provokasi dan serbuan ganas terhadap jemaah di Al-Haram Al-Sharif selain menggesa supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) memainkan peranan sewajarnya bagi mengurangkan ketegangan di kawasan terbabit.Berhubung penahanan rakyat Palestin yang tidak bersalah, beliau membantah tindakan sedemikian.\"Kami bersolidariti menyokong rakyat Palestin dan ingin menegaskan kepentingan Masjid Al-Aqsa sebagai tempat suci Islam.\"Saya percaya kita harus berusaha untuk hidup bersama secara aman, menghormati kepercayaan antara satu sama lain dan memberikan layanan berperikemanusiaan atas nilai kehormatan diri,\" katanya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=440
Ihtifal KAFA, perkukuh penguasaan kurikulum murid
[ "(Majlis pelancaran Ihtifal KAFA peringkat kebangsaan 2023 di  Seremban)", "SEREMBAN, 8 April- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi penganjuran Ihtifal Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Ogos ini. Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said berkata, ikhtifal ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum dan latihan pengukuhan kepada murid-murid KAFA dalam menguasai kurikulum KAFA JAKIM berasaskan elemen kesenian dan juga kreativiti.\"Jadi mereka ada kelebihan, bila ada kemampuan mereka untuk berjaya di ikhtifal ini, itu satu kelebihan kepada mereka, kita mengharapkan ini produk-produk pelajar-pelajar KAFA ini.", "(Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Ruslan Said)", "\"Contohnya adik Ahmad Azfar merupakan satu contoh, hasil KAFA ini, ikhtifal KAFA ini telah berjaya membuka mata untuk membawa adik Ahmad Azfar tadi ke peringkat antarabangsa\", katanya pada majlis pelancaran Ihtifal Kelas Al Quran dan fardu Ain (KAFA)  peringkat kebangsaan 2023 di  Seremban, Negeri Sembilan.Negeri Sembilan telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran ikhtifal KAFA kali ke-8 dan Politeknik Nilai Negeri Sembilan telah dipilih sebagai lokasi penganjuran.Antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, bercerita kisah al-Quran, Khat dan tambahan pada tahun ini akan dipertandingkan dua lagi acara iaitu nasyid dan jawi.Ahmad Azfar Azraei dari Melaka yang menjadi johan acara Tilawah Al-Quran pada Ihtifal KAFA tahun lepas telah dipilih untuk mewakili negara ke Algeria dan telah dinobatkan sebagai johan pada pertandingan peringkat antarabangsa itu baru-baru ini.Menurut Ruslan, kejayaan Ahmad Azfar telah membuktikan bahawa murid-murid KAFA merupakan murid-murid yang mempunyai potensi besar untuk digilap sehingga mampu mengharumkan nama negara." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=441
Skim pinjaman bercagar KWSP penambahbaikan untuk kelulusan pembiayaan
[ "KUALA LUMPUR, 7 April - Fasiliti pembiayaan kewangan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu bentuk penambahbaikan kepada pemohon bagi meningkatkan kadar kelulusan pinjaman.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat (M) Bhd. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia juga memberi peluang kepada pencarum dengan keperluan mendesak untuk mendapat pembiayaan kewangan.Menjelaskannya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia beliau berkata, cagaran akaun dua sebagai syarat pinjaman sebenarnya mewujudkan situasi menang-menang sama ada kepada peminjam, mahupun institusi perbankan yang meluluskan pembiayaan.\"Kalau terma perbankan ini...'secured financing', atau pinjaman itu mempunyai satu sandaran. Justeru apabila pihak bank menilai sesuatu permohonan pembiayaan tersebut, maka sokongan seperti ini sudah pasti akan menambah 'score'nya , untuk mendapat fasiliti pembiayaan daripada pihak bank. \"Pinjaman tersebut mempunyai satu sokongan. Jadi, dari segi risikonya itu rendahlah. Sudah pasti penilaian pihak bank terhadap peminjam tersebut ataupun pelanggan tersebut berbeza. Soal kadar faedah ataupun kadar keuntungan, kita panggil 'profit rate' atau kadar keuntungan sekitar 4% hingga 5%masih lagi mendatangkan suatu bentuk margin keuntungan yang baik dan apatah lagi ada juga jangkaan bahawa kadar dasar semalaman ataupun OPR itu bakal dikekalkan. Jadi kalau perkara itu berlaku, sudah pasti keuntungan bagi pihak bank masih lagi terjamin,\" kata Dr Mohd Afzanizam, di sini. Bagi Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, konsep pinjaman bersyarat itu membolehkan pencarum kekal mendapat manfaat jangka panjang untuk persaraan.", "(Dr Ahmed Razman ketika menjadi tetamu dalam Selamat Pagi Malaysia)", "Selain mendapat aliran tunai bagi menyelesaikan kebuntuan kewangan, ia turut mengekalkan simpanan, yang membolehkan pencarum terus menikmati dividen tahunan.\"Simpanan ahli itu kekal dalam akaun dua yang membolehkan mereka mendapat manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka. Dan satu lagi ciri unik dalam fasiliti ini ialah mereka boleh buat permohonan awal untuk melunaskan pinjaman mereka itu pada umur antara 50 hingga 55 tahun. \"Bermakna, walaupun pinjaman itu 10 tahun, mereka boleh selesaikan pinjaman itu kurang daripada 10 tahun melalui pengeluaran dalam akaun 2. Kalau terus keluar maknanya kita kehilangan manfaat untuk dapat dividen setiap tahun dan juga tidak dapat menggunakan akaun 2 untuk maksud lain. Pada hari tua nanti, masih lagi ada ruang untuk mereka menambahkan simpanan melalui akaun 1 dan akaun 2 dan juga apabila mereka bersara, komitmen hutang ini pun dapat dilangsaikan melalui permohonan awal pengeluaran bersyarat tersebut,\" katan Dr Ahmed Razman." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=442
FELCRA Berhad umum keuntungan projek berjumlah RM183 juta
[ "NEGERI SEMBILAN, 7 April - Seramai 68, 437 peserta Felcra Berhad di seluruh negara akan menerima agihan Keuntungan Boleh Agih Akhid Projek Peserta 2022 yang berjumlah RM182.7 juta.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini sekali gus membantu meringkan beban mereka untuk menyambut Aidilfitri.Jumlah tersebut melibatkan 616 projek untung dan prestasi bayaran akhir itu dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah, kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum dikuatkuasakan kerajaan.\"Jumlah agihan keuntungan tahunan projek peserta FELCRA Berhad 2022 telah meningkat kepada RM501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM475,207,280 iaitu peningkatan sebanyak 5.54% atau RM 26,349,354.", "\"Bayaran bagi keuntungan boleh agih ini akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini,\" katanya sewaktu berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sembilan di Kompleks Pentadbiran dan Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jelebu di Simpang Pertang di sini malam tadi.", "(Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek kepada wakil Wilayah Felcra di Simpang Pertang Jelebu, Negeri Sembilan/FOTO FB MB Negeri Sembilan)", "Tambahnya, langkah berkenaan dapat membantu peserta melalui pelbagai program keusahawanan selain mampu memberi pendapatan sampingan lumayan kepada peserta.Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyampaikan replika cek agihan keuntungan itu kepada wakil-wakil Wilayah Felcra di seluruh negara selain menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pusat-pusat tahfiz di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=443
Malaysia tidak akan terikat hutang dengan China - Loke
[ "KUANTAN, 7 April- Menerima pelaburan dari negara China melalui Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) tidak akan mengakibatkan Malaysia terikat hutang dengan negara kuasa besar itu, sebaliknya pembiayaan terutama melibatkan projek berskala besar perlu dilihat sebagai kerjasama strategik dua negara.", "Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dan Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan antara projek yang menerima pelaburan besar.\"Apabila kerajaan melaksanakan sesuatu projek, ia sudah tentu ada kelebihannya. Jadi, ia tidak boleh dilihat sebagai satu perangkap untuk negara berhutang kepada mana-mana pihak ataupun negara China.\"Ini merupakan satu pilihan kerajaan, apabila kita (kerajaan) menandatangani sesuatu perjanjian, itu jadi satu komitmen yang kita kena bertanggungjawab,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun MCKIP ke-10 yang diadakan di Hotel Hyatt, di sini.Justeru menurutnya, setiap negeri di Malaysia yang menerima manfaat infrastruktur itu perlu memaksimumkan nilai projek berkenaan di negeri masing-masing.Projek ECRL dengan landasan sepanjang 688 kilometer membabitkan kos sebanyak RM55 bilion dan pembinaannya dilakukan oleh syarikat China Communications Construction Company (CCCC), yang dijangka beroperasi pada tahun 2027.Beliau mengulas kenyataan media barat berkaitan amaran 'perangkap hutang' kepada negara membangunkan melalui BRI yang dipromosikan China sejak tahun 2008.Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan telah menerima cadangan daripada Kerajaan Pahang untuk projek pembinaan lapangan terbang baharu di negeri itu.Ketika ini, cadangan tersebut masih dalam proses perbincangan lanjut." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=444
Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi, China
[ "KUALA LUMPUR, 7 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, China, Liu Ning dan delegasi di Putrajaya pada Khamis.Anwar menerusi catatan di Facebook berkata antara perkara yang dibincangkan adalah pencapaian perkongsian sinergi di bawah inisiatif ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ dalam menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana aktiviti hiliran kepada komuniti perniagaan tempatan.Tambahnya, kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian daripada program lawatan rasmi TYT Liu Ning ke Malaysia.\"Kunjungan ini bagi meraikan sedekad pencapaian hubungan usaha sama dalam pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP).“Kedua-dua taman perindustrian ini telah dibangunkan berlandaskan konsep ‘Dua Negara, Taman Berkembar’, di mana MCKIP merupakan taman perindustrian pertama yang dibangunkan secara bersama di luar negara oleh China,” jelas Anwar.", "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, China, Liu Ning dan delegasi di Putrajaya pada Khamis/FOTO Facebook Anwar Ibrahim)", "Beliau turut menekankan tentang peranan Taman Perindustrian Berkembar sebagai usaha untuk mengukuhkan kerjasama merentasi industri menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berimpak tinggi.Pada pertemuan itu juga Anwar menyentuh bidang-bidang strategik lain, termasuk industri hijau, perdagangan barangan halal dan minyak sawit yang akan memberikan faedah kepada kedua-dua negara.“TYT Liu Ning turut menjemput syarikat Malaysia untuk melabur di CMQIP bagi mengakses pasaran China menerusi taman perindustrian tersebut.“Kerajaan Wilayah Guangxi juga menawarkan pelbagai insentif untuk menarik pelaburan dari syarikat Malaysia dalam sektor yang berpotensi tinggi,” katanya.Untuk rekod, MCKIP mencatakan pelaburan terkumpul bernilai RM30.1 bilion untuk 19 projek dan mewujudkan lebih 17,000 peluang pekerjaan sepanjang dekad yang lalu." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=445
84 produk makanan sempena Aidilfitri disita JKNJ
[ "(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon)", "JOHOR BAHRU, 6 April- Sebanyak 84 produk makanan sempena perayaan Aidilfitri disita Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) setakat semalam.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, semua produk makanan yang bernilai RM957.01 itu disita kerana menjual makanan melebihi tarikh luput, tin kemek atau pembungkusan yang bocor atau rosak.Ujarnya, hasil pemantauan dalam tempoh dua minggu ini juga menyaksikan dua peniaga bazar di Mersing diarah tutup tidak kurang 14 hari selepas gagal mematuhi peraturan pengendalian makanan.\"Sebanyak dua aduan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan telah diterima dari pengunjung bazar Ramadan sehingga semalam.\"Aduan ini sedang disiasat dan jika benar berlaku perlanggaran ke atas mana-mana Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pihak jabatan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada dikenakan kompaun atau diarahkan tutup tidak lebih dari 14 hari untuk tujuan pembersihan.\"Dalam tempoh sama, sebanyak 3,429 premis Bazar Ramadan sudah diperiksa dari keseluruhan 8,708 premis yang disediakan. Hasilnya di dapati 98 peratus premis yang diperiksa mempunyai tahap penilaian kebersihan yang baik,\" katanya.Beliau berkata demikian pada program tinjauan mesra (walkabout) dan lawatan bazar Ramadan Smart Pandan di Johor Bahru.", "(Ling Tian Soon pada program tinjauan mesra (walkabout) dan lawatan bazar Ramadan Smart Pandan di Johor Bahru)", "Turut hadir Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu.Setakat ini, 3 ribu 429 peniaga bazar ramadan diperiksa daripada 8 ribu 708 premis yang disediakan.Menurut Tian Soon, dalam tempoh itu juga sebanyak 152 Notis 32B dengan tawaran kompaun bernilai RM 26,800 dikeluarkan kepada pengusaha premis kerana tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.\"Aktiviti persampelan terpilih juga dibuat ke atas makanan yang berisiko tinggi di premis bazar, di mana sebanyak 77 sampel diambil untuk dianalisa di makmal bagi mengetahui tahap pencemaran mikrobiologi.\"Sekiranya keputusan adalah tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985, tindakan pendakwaan boleh dikenakan ke atas pengusaha makanan.\"Peniaga yang diberi notis kompaun ini kebanyakannya melakukan kesalahan tidak memakai pelitup kepala, tidak memakai apron, kuku tangan panjang, tidak menutup makanan yang dijual dan beberapa kesalahan lain berhubung isu kebersihan,\" katanya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=446
Laporan akhir nahas Sabah Air didedahkan minggu depan
[ "PUTRAJAYA, 5 April- Laporan akhir nahas Sabah Air yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah; Tun Fuad Stephens pada 6 Jun 1976 telah diubah status mengikut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 (Akta 1988).Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan minggu depan.\"Jemaah menteri telah mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan juga tuntutan yang dibuat oleh keluarga waris yang menginginkan maklumat terperinci. Ia selaras dengan dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan.\"\"Oleh demikian, kita memutuskan bahawa laporan akhir siasatan Pesawat Udara Sabah Air akan diturun taraf,\" kata Anwar dalam sidang media selepas Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.Nahas berkenaan yang turut dikenali sebagai Tragedi Double Six membabitkan pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia yang dikendalikan Sabah Air.Pesawat itu yang dalam penerbangan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. 10 lagi individu turut terkorban termasuk empat menteri.", "(Laporan akhir nahas Sabah Air didedahkan minggu depan)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=447
Perlu laksana mekanisme tertentu, elak ketirisan bantuan
[ "KUALA LUMPUR, 5 April - Rakyat perlu bersedia berdepan kemungkinan berlaku pemansuhan atau perubahan kepada pemberian subsidi pada masa depan.Felo Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma menjelaskan, selain bertujuan mengelak ketirisan, mekanisme tertentu perlu dilaksana supaya ia hanya memanfaatkan golongan sasar yang layak dan memerlukan.\"Subsidi ini ada dua pendekatan. Satu, yang 'direct' yang terus dan ini yang dikata bersasar. Yang satu dikata tidak langsung ataupun 'blanket subsidi', itu yang diberi kepada semua orang tanpa mengira pendapatan tinggi ataupun rendah. Jadi ini yang sering menjadi kerisauan, ia disasarkan tetapi tidak menepati 'target'nya.", "(Dr Madelinemembincangkan isu berkenaan dalam rancanganSelamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri)", "Kumpulan disasarkan. Kita nak hapuskan subsidi, bukan hapus mungkin di'face out'. Kalau boleh digantikan kepada subsidi bersasar. Kita perlu mendidik diri kita dan juga rakyat umum bahawa subsidi ini akhirnya ia akan berlaku perlu di 'face out'. Maknanya daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar ataupun subsidi itu akan ditarik balik. Jadi, dalam jangka masa panjang, besar kemungkinan banyak subsidi akan ditarik balik,\" kata Dr Madeline, di sini.Melihat kepada keperluan jangka masa panjang Dr Madeline berkata, pengkelasan kumpulan pendapatan yang layak menerima subsidi juga perlu diperhalusi semula.Langkah itu pada masa sama, dapat mengurangkan beban perbelanjaan fiskal negara, dengan memberi tumpuan subsidi kepada kelompok tertentu.\"Kalau kita tengok dua aspek yang penting di sini ialah satu pengkelasan, siapa yang patut menerima subsidi. Pengkelasan itu memang ada usaha ke arah untuk di 'classify' supaya tidak lagi menggunakan pengkelasan itu sebab pengkelasan itu adalah berdasarkan pendapatan. \"Dan walaupun perbezaan pendapatan RM0.01, ia meletakkan seseorang itu dalam kelas yang mana. Bayangkan, B40 dengan M40. Bezanya RM0.10. Sebab dia menggunakan satu garis. Jadi, itu satu ye. Yang kedua ada yang mengatakan sebenarnya pengkelasan itu sudah tidak sesuai lagi digunakan. Besar kemungkinan kerajaan mungkin akan mengkelaskan semula, tiada lagi B40, M40 dan T20. Mungkin ada kelas baru, menurut Dr Madeline lagi." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=448
DIPKN dilancar pada Pameran Antarabangsa Maritim, Aeroangkasa LIMA'23
[ "KUALA LUMPUR, 4 April- Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) akan dilancarkan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.Jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, selain itu, satu rang undang-undang berkaitan industri pertahanan akan dibentangkan di Parlimen.\"Industri pertahanan ini amat besar, berbilion ringgit. Jadi jika kita boleh jayakan dengan baik, diatur, diurus dengan baik dan ada akta, maka kementerian yakin Malaysia boleh menjadi negara pengeluar aset pertahanan.\"Ketika ini situasinya masing-masing buat hal sendiri. Jadi industri ini tidak akan ke mana-mana. \"Banyak negara seperti Indonesia, Turkiye, Thailand, UAE (Emiriah Arab Bersatu) dah ada dasar mereka, ada agensi yang dikawal selia kerajaan sebab itu industri mereka berkembang dan maju,\" katanya.", "(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan)", "Tambahnya lagi, DIPKN adalah satu dasar penting kepada industri pertahanan serta garis panduan kepada Kementerian Pertahanan dalam aspek menjadikan Malaysia sebagai pengeluar aset ketenteraan.Datuk Seri Mohamad menjawab soalan tambahan Senator Mohd Apandi Mohamad." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=449
Penerangan dan promosi Malaysia Madani dipergiat
[ "KUALA LUMPUR, 5 April - Penerangan dan promosi terhadap konsep Malaysia Madani akan giat dilaksanakan ke seluruh pelusuk negara, termasuk Sabah dan Sarawak.Usaha pemahaman konsep ini penting kepada rakyat dalam menuju Malaysia baharu yang megah di persada dunia.", "(Datuk Ugak Anak Kumbong menjawab pertanyaanSenator Datuk Ahmad Datuk Seri Ibrahim, di Dewan Negara)", "\"Melalui Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12), pada tahun 2023, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri telah luluskan peruntukan sebanyak RM4.6 juta untuk melaksanakan Pelan Komunikasi dan Promosi Agenda Malaysia Madani.\"Untuk menyebarluaskan maksud sebenar Malaysia Madani kepada rakyat melalui pelbagai medium seperti TV, Radio, percetakan papan iklan, penerbitan ilmiah, pembikinan video, promosi di media sosial dan sebagainya,\" kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong.Tambah beliau Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini sedang melaksanakan penyebaran konsep Malaysia Madani serta beberapa program mempromosikan perpaduan dalam Agenda Malaysia Madani turut dijalankan Kementerian Perpaduan Negara." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=450
Projek cari gali di Laut China Selatan, diteruskan - PM
[ "KUALA LUMPUR, 4 April - Petronas akan meneruskan projek cari gali di Laut China Selatan meskipun berdepan isu pertindihan tuntutan dengan China.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mengganggap bahawa projek tersebut ketika ini berada dalam wilayah negara.Beliau berkata, perkara tersebut telah beliau bangkitkan semasa pertemuan empat mata dengan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang dalam lawatannya ke Beijing, baru-baru ini.", "\"Memang perkara ini dibangkitkan kerana terdapat tuntutan bertindih oleh kedua-dua pihak di Laut China Selatan, terutama kebimbangan China dan kerana Petronas menjalankan kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang dituntut China.\"Perkara ini saya sebut sendiri kepada Presiden dan Perdana Menteri China, bahawa Malaysia menganggap ini kawasan Malaysia, maka Petronas akan teruskan cari gali di kawasan itu.\"Bagaimanapun, jika China rasa ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan,\" katanya pada sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat.Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai sama ada Perdana Menteri ada berbincang dengan pemimpin China mengenai keselamatan di rantau ini, terutama kehadiran tentera China di Laut China Selatan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=451
Bayaran tambahan PIBG tidak dibenarkan - KPM
[ "KUALA LUMPUR, 3 April- Semua sekolah diingatkan tidak mengenakan sebarang bentuk bayaran tambahan dalam sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pematuhan kepada garis panduan yang telah disediakan.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan peraturan itu terkandung melalui Surat Pemakluman Sumbangan Persatuan Ibu Bapa-Guru pada 15 September 2021.\"KPM yakin dengan peranan yang dimainkan oleh PIBG dalam memastikan kemajuan serta pembangunan murid dan sekolah serta guru. \"Ibu bapa atau penjaga murid adalah digalakkan untuk memberi sokongan kepada PIBG dalam apa-apa juga aktiviti yang dirancang termasuk dalam usaha mendapatkan dana untuk membantu sekolah dalam aspek pengurusan program sekolah,\" katanya.", "Dalam masa sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memantau dan memastikan sekolah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan supaya tidak membebankan ibu bapa.Beliau menjawab soalan yang dikemukan Senator Datuk Dr Dominac Lau di Dewan Negara." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=452
RUU berkaitan kawalan produk rokok dijangka dibentang pada Mei
[ "KUALA LUMPUR, 4 April- Rang Undang-undang (RUU) berkaitan kawalan produk rokok termasuk rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik akan dibentangkan pada Mei dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bagi memperhalusi secara komprehensif kesan penggunaan produk berkenaan menurut aspek perundangan.Jelas beliau, meskipun alat rokok elektronik atau vape dinyahsenarai daripada Akta Racun 1952, kerajaan tetap bertegas dalam menggariskan syarat penjualan produk tersebut.\"Apakah kerajaan bertegas akan memperkenalkan undang-undang seperti yang disebut oleh Kementerian Kesihatan (KKM) tempoh hari? Saya jawab ya.Keputusan kami jelas, akan memperkenalkannya, kelewatan itu, saya mohon maaf kerana ramai ahli parlimen yang meminta dikaji semula beberapa peruntukan, bukan ditolak sama sekali,\" katanya di Parlimen.", "Datuk Seri Anwar menjawab soalan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.Tambah Perdana Menteri, kerajaan akan mempergiatkan kempen kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Yayasan Sukarelawan Siswazah, Majlis Belia Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=453
Malaysia bakal jadi pusat serantau Geely - PM
[ "KUALA LUMPUR, 4 April - Syarikat automotif terkemuka dari China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bakal menjadikan Malaysia sebagai pusatnya bagi rantau Asia Pasifik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pengerusi Geely dijangka membuat pengumuman mengenai perkara itu semasa lawatannya ke Malaysia bulan depan.", "\"Geely yang merupakan investor terbesar sekarang untuk mengadakan latihan program khas bagi anak-anak tempatan, sebahagian di Malaysia dan sebahagian di China. Jadi harus ada latihan khas bagi mereka...Geely juga bersetuju untuk memulakan tahun ini,\" katanya di Parlimen.Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dan DRB Hicom Berhad memeterai perjanjian induk (HOA) yang menyasarkan pembangunan hab kenderaan generasi masa hadapan di Tanjong Malim, Perak.HOA dimeterai semasa lawatan Perdana Menteri ke Beijing, baru-baru ini." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=454
Kementerian, jabatan kerajaan disaran anjur majlis ilmu - Anwar
[ "PUTRAJAYA, 3 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian dan jabatan kerajaan menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan.Beliau juga turut meminta pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menyelaraskan penceramah-penceramah bagi pengisian majlis berkenaan. \"Sebab itu kalau boleh diadakan majlis-majlis yang saya usulkan maklum kepada Tan Sri KSN supaya semua jabatan, kementerian agensi ada majlis singkat waktu Zohor dari pukul 1.00 tengah hari sehingga Zohor itu dengan tazkirah yang menumpu kepada satu-dua ayat al-Quran dan menelaah supaya dapat menghadam,\" katanya.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama para hadirin pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini / FOTO BERNAMA", "Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulan Perdana Menteri bersama Jabatan Perdana di Putrajaya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=455
KKM pertimbang kadar bayaran imunisasi kanak-kanak tiada sijil kelahiran
[ "KUALA LUMPUR, 3 April- Kementerian Kesihatan sedang membuat pertimbangan bagi mengurangkan kadar bayaran untuk perkhidmatan imunisasi kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran.Antara cadangan yang dinyatakan menterinya, Dr Zaliha Mustafa ialah kadar bayaran tersebut sama seperti yang dikenakan kepada kanak-kanak warganegara Malaysia.\"KKM sebenarnya kini dalam proses pertimbangan untuk pemberian perkhidmatan imunisasi kepada kanak-kanak bukan warganegara Malaysia yang tiada Sijil Kelahiran Malaysia pada kadar yang sama seperti yang diberikan kepada kanak-kanak warga Malaysia. \"Bagaimanapun kelulusan kuasa diberikan kepada KSU kementerian untuk menangguhkan (remit) sebahagian atau keseluruhan daripada mana-mana perubatan selaras dengan Seksyen 15, Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014,\" katanya.", "Jelas beliau setakat ini kadar yang dikenakan kepada kanak-kanak bukan warganegara ialah sebanyak RM80 bagi pendaftaran dan suntikan vaksinansi.Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Zurainah Musa." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=456
Malaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark
[ "PUTRAJAYA, 3 April- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji dan berulang membakar al-Quran di Denmark pada 24 Mac dan 31 Mac.Dalam kenyataan dikeluarkan Wisma Putra hari ini, perbuatan keji itu bukan kali pertama dilakukan di Denmark pada tahun ini. Kerajaan Denmark dilihat masih enggan menghentikan perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima, walaupun mendapat bantahan dan kecaman yang disuarakan oleh umat Islam di seluruh dunia.“Perbuatan Islamofobia yang dilakukan pada Ramadan ketika umat Islam dituntut untuk bersabar itu disifatkan bertujuan menyebarkan kebencian dan hasutan untuk keganasan.“Malaysia menyeru kerajaan Denmark mengambil tindakan tegas ke atas pelaku tersebut dan tidak mengistilahkan perbuatan keji berkenaan sebagai kebebasan bersuara.", "“Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengerah usaha dalam memastikan kitab suci agama dihormati sepenuhnya dan dilindungi di samping mengambil tindakan penting dalam memerangi Islamofobia serta menggalakkan hubungan harmoni dan semangat hidup bersama secara aman di kalangan individu berbilang agama selaras dengan asas-asas Hak Asasi Manusia,” kata kenyataan itu hari ini.Sejak beberapa bulan kebelakangan ini terdapat tokoh atau kumpulan Islamofobia di utara Eropah dan negara-negara Nordik, terutamanya di Denmark dan Sweden yang bertindak membakar al-Quran atau merancang untuk melakukannya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=457
Kejayaan besar di China hasil kerjasama rentas kementerian - Anwar
[ "PUTRAJAYA, 3 April- Lawatan rasmi ke negara Cina baru-baru ini disifatkan sebagai satu kejayaan luar biasa yang telah dicapai oleh Perdana Menteri.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia disebabkan oleh usaha berterusan pasukan terdiri daripada menteri dan pegawai kerajaan.“Kita tengok umpamanya, bagaimana penjawat awam menyusun acara dan mendapatkan hampir 50 syarikat gergasi terbesar yang bernilai berpuluh bilion dolar.“Ini kerana usaha yang dibuat bukan sahaja oleh Kementerian Luar, tapi semua kementerian terkait berbincang dan menemui mereka sebelum ada pertemuan itu,\" katanya.Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi jaminan sekiranya kepesatan itu dikekalkan dari segi tadbir urus, tata kelola dan imej yang baik, dipercayai masa depan negara akan lebih cerah.Tambah beliau, beberapa syarikat dari China buat kali pertama bersetuju untuk memilih Malaysia sebagai hab serantau.Perkara tersebut telah memberi satu lonjakan baharu terhadap imej negara.Bagaimanapun, perincian berhubung perkara tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.", "\"Saya merasakan seolah-olah ada lonjakan baharu mengenai imej dan harapan Malaysia kerana ada beberapa syarikat terkemuka, mungkin dalam beberapa hari akan saya umum.\"Mereka telah memutuskan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau selain China dan ini merupakan kali pertama beberapa syarikat memilih Malaysia sebagai hub serantau,\" katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.Terdahulu, lawatan rasmi Perdana Menteri ke China menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi iaitu bernilai RM170 bilion." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=458
PM yakin kerjasama Malaysia-Arab Saudi terus ditingkatkan
[ "KUALA LUMPUR, 3 April- Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan penghargaan atas undangan kerajaan Arab Saudi untuk melawat negara itu dalam tempoh yang singkat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.Lawatan rasmi ke negara Asia Barat itu pada 22 hingga 24 Mac lepas merupakan lawatan negara luar ASEAN pertama beliau selepas mengangkat sumpah memegang jawatan pada 24 November tahun lepas. Menerusi hantaran di Facebook rasminya malam ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan hubungan Malaysia-Arab Saudi termasuk dalam urusan perniagaan, perbankan dan kegiatan Islam terjalin dengan sangat baik.“Saya percaya kerjasama Malaysia-Arab Saudi akan terus diperkasakan menerusi pelbagai lapangan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya. Dalam lawatan rasmi tiga hari ke negara itu, Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.Beliau turut mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam, di Jeddah dan menyaksikan majlis menandatangani tiga Perjanjian Persefahaman melibatkan syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.Anwar dan delegasi juga sempat mengerjakan umrah di Makkah dan ziarah di Madinah serta beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah, Makkah dan Madinah dalam program iftar.Pada tahun 2022, Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar, destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar negara di rantau Asia Barat dengan jumlah dagangan dua hala berjumlah RM45.52 bilion (US$10.26 bilion), peningkatan sebanyak 159.2% berbanding tahun sebelumnya.Daripada jumlah itu, eksport negara ke Arab Saudi meningkat sebanyak 43.8% berjumlah RM7.28 bilion (US$1.66 bilion), manakala, jumlah import negara dari Arab Saudi mencatatkan peningkatan 205.8% kepada RM38.24 bilion (US$8.60 bilion)." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=459
JKNJ mungkin ambil tindakan tatatertib jika doktor kontrak sertai mogok
[ "JOHOR BAHRU, 2 April - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berkemungkinan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap doktor kontrak di negeri itu sekiranya didapati mengambil bahagian dalam mogok yang dijangka berlaku serentak di seluruh negara esok.Pengarah JKNJ Datuk Dr Aman Rabu berkata bagaimanapun, tindakan itu hanya akan diambil selepas teguran dan nasihat diberikan kepada mereka.Beliau berkata pengarah hospital di setiap daerah juga telah dinasihatkan untuk memastikan setiap pegawainya hadir menjalankan tugas esok.“Perkhidmatan berjalan seperti biasa, itu jaminan kita. Kalau berlaku (mogok esok) tindakan akan diambil terhadap mereka yang ambil bahagian dalam mogok itu, sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan (KKM).“Kita akan beri nasihat dan teguran (dahulu), kalau langgar juga, mungkin ambil tindakan tatatertib,” katanya pada sidang media selepas menyertai operasi pemantauan bazar Ramadan di Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon.Dr Aman berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat sama ada terdapat mogok dalam kalangan doktor kontrak di Johor esok, sekali gus memberi jaminan dan memastikan perkhidmatan kesihatan berjalan dengan lancar.Sementara itu, Ling berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi doktor kontrak di negeri itu dan menyampaikan hasrat mereka kepada KKM.“Walaupun ia bukan bidang kuasa negeri, tetapi sebagai wakil kerajaan negeri, saya masih terbuka untuk mendengar rintihan doktor kontrak supaya dapat sampaikan hasrat mereka kepada pihak kementerian. “Mudah-mudahan saya harap doktor kontrak, saya yakin dan percaya, mereka masing-masing ada hati dan berjiwa rakyat, berjiwa membantu pesakit,” katanya.- BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=460
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 10 negeri petang ini
[ "KUALA LUMPUR, 2 April - Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan 10 negeri bakal dilanda ribut petir atau hujan lebat hingga pukul lima petang ini.Amaran itu dikeluarkan menerusi laman web jabatan itu pada 1.45 tengah hari tadi.Antara negeri yang dijangka dilanda ribut petir adalah seluruh Pulau Pinang manakala Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.Di Perak pula membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.Di Kelantan kawasan terbabit adalah Jeli, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.Di Pahang, kawasan terbabit adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.Di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Tambunan) Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=461
Lawatan ke China bawa pulangan besar
[ "(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama para pengamal media dari Malaysia pada hari terakhir lawatan rasminya ke China/BERNAMA)", "BEIJING, 1 April- Kerajaan mempertahankan kunjungan rasmi ke luar negara amat bermanfaat kepada rakyat, selain menjadi usaha terbaik bagi memperkasa ekonomi negara.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar turut beranggapan mereka yang mengkritik siri lawatan kerajaan ke luar negara sebagai tidak cakna kepada perkembangan semasa.Menurut beliau tumpuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan pemimpin China serta sambutan daripada tokoh-tokoh perniagaan dan industri China terhadap lawatannya ini menunjukkan keakraban hubungan kedua-dua negara.“Sambutan dan tumpuan yang diterima hebat dan luar biasa. Saya anggap ini satu perkembangan sangat positif.", " (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama para pengamal media dari Malaysia pada hari terakhir lawatan rasminya ke China/BERNAMA)", "\"Kunjungan ini memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada media Malaysia dalam satu sidang akhbar di akhir lawatan rasmi beliau ke China di sini malam ini. Katanya, lawatan rasminya ke China kali ini membawa pulangan pelaburan terbesar dalam sejarah dengan nilai pelaburan China ke Malaysia sebanyak 170.7 bilion ringgit.Ia melibatkan pelaburan syarikat-syarikat China merangkumi sektor perumahan, pendidikan, pertanian, teknologi dan tenaga. " ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=462
Yok Donga Be (YDB) kini berwajah baharu
[ "SEREMBAN, 1 April- Sempena sambutan ulang tahun ke-77 RTM, Rancangan Stesen Kembar Zon Selatan, Yok Donga Be (YDB) kini berwajah baharu.Selaras dengan slogan, Teman Setia anda, stesen radio RTM zon Selatan menyuntik revolusi dalam segmen YDB dengan pengisian yang lebih dekat dengan pendengar.Gabungan tiga stesen radio RTM Zon Selatan iaitu JOHORfm, MELAKAfm, dan NEGERIfm, yang berkonsepkan stesen berkembar iaitu yok donga be, kini berwajah baharu dan semestinya menjanjikan pengisian yang lebih ceria, interaktif dan segar untuk para pendengarMendapat respon positif daripada pendengar setelah hampir empat tahun bersiaran, YDB terus memantapkan program dengan pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan.Antara fokus adalah dari segi teknikal ekoran siaran itu turut disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook.Pengisiannya juga lebih kreatif dan interaktif, berkaitan berita tempatan, sektor pelancongan dan perkongsian budaya ketiga-tiga negeri berkenaan.\"Supaya kita mewujudkan satu keseragaman diantara tiga tiga stesen dan dengan penyampaian yang lebih segar jadi untuk negeri fm dia ada satu transformasi stesen negeri dimana kita akan menarik lebih ramai orang  untuk mengikuti  media social kita dan siaran radio kita,\" kata Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim.\"Di pihak JOHORfm Insyaallah kita akan turut menguatkan program ini jadi kita mengharapkan juga agar zon selatan menjadi lebih kukuh dari segi kerjasama antara stesen,\" ujar Pengarah Jabatan Penyiaran Johor, Ramlee Johari.\"Untuk di negeri Melaka kami lebih menonjolkan banyak program-program yang berkaitan dengan pantun dondang sayang yang terkenal di Melaka dan pelancongan amat sinonim dengan negeri Melaka jadi seperti kata orang kalau melawat Melaka seperti  melawat Malaysia,\" jelas Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali.", "(Dari kiri: Ramlee Johari (Pengarah Jabatan Penyiaran Johor), Kamal Roslim (Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan) dan Mohd Yusni Mohamed Ali (Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka)", "Dalam pada itu, pembaharuan YDB turut menampilkan penyampai radio yang baharu iaitu Dj YK dan Dj Jaja dari NEGERIfm, Dj Lily Khalid dan Dj Cik Merah dari JOHORfm manakala MELAKAfm menampilkan Dj Chegu Murni dan Dj Elfie.Laporan, Nur Zuhairah Mohamad Zamri" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=463
Kluang Bandar Bahagia 2022: MPK utamakan suara masyarakat
[ "KLUANG, 1 April- Komunikasi dua hala antara Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dengan masyarakat menjadi fokus penting, sebelum pihak berkuasa tempatan itu membuat perancangan dan keputusan mewujudkan persekitaran kondusif.Merakyatkan program dilaksanakan bagi menjadikan MPK sebuah PBT mesra rakyat.Sekali gus membolehkan ia menerima pengiktirafan Bandar Bahagia 2022 pada 20 Mac lalu.Daerah Kluang yang berkeluasan lebih 2,800 kilometer persegi ini terletak di tengah-tengah negeri Johor dan dikelilingi semua daerah, kecuali Muar.Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain melalui rangkaian jalan raya dan kereta api.Bandar Bahagia 2022 ini dikelilingi Hutan Rekreasi Gunung Lambak dan Hutan Lipur Gunung Berlumut, selain terkenal dengan perusahaan kopi.Seramai 235, 715 penduduk direkodkan di bawah pentadbiran MPK.Yang Dipertua MPK, Azurawati Wahid berkata, masyarakat diberi peluang menyuarakan idea bagi perancangan bandar Kluang menerusi libat urus atau sesi dialog awam.\"Penyampaian perkhidmatan kerajaan itu mesti dirasai dan diterima masyarakat bermakna pihak PBT bukan sendiri ianya mesti bersama- sama masyarakat supaya mereka dapat menerima apa yang telah disampaikan, dilaksanakan pihak PBT. Perancangan pihak PBT perlulah selari dengan keperluan masyarakat, kemudahan awam dan infrastruktur mesti mempunyai daya tahan yang mampu menarik masyarakat,\" katanya.", "Tambah Azurawati, MPK juga memperkasa integriti secara berterusan melalui mekanisme semak dan imbang.Selain itu juga bersiap siaga berdepan bencana alam dan ancaman bagi memastikan rakyat selamat dan bahagia dengan mewujudkan bilik gerakan.Seiring dengan pendigitalan, MPK turut memperkasa inisiatif masyarakat tanpa tunai menerusi aplikasi e-khidmat dan Jompay, selain memberi respon pantas dan cekap terhadap setiap aduan.Laporan, Nur Aqeela Arbaen " ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=464
Sektor perniagaan Malaysia berada pada landasan tepat, terus berkembang
[ "BEIJING, 1 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis masa depan sektor perniagaan Malaysia berada pada landasan tepat untuk terus berkembang.Keyakinan itu disuarakan beliau hasil Mesyuarat Meja Bulat bersama pelabur berprofil tinggi Malaysia-China, di sini.“Saya memberi jaminan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, urusan pelaburan dan perniagaan akan dipermudah.Ini penting bagi memastikan sektor berkenaan dapat dioptimumkan, sekali gus mencapai kemajuan yang lebih mendalam,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Malaysia-China di sini.Mengulas lanjut, Datuk Seri Anwar juga menzahirkan hasrat untuk meneruskan iltizam menjadikan Malaysia sebagai 'Harimau Asia' hasil peluang perdagangan yang kukuh antara Malaysia dengan China.\"Saya rasa masa depan industri perniagaan Malaysia adalah membanggakan dan saya sangat optimis dengan komitmen perniagaan antara China dan Malaysia.\"Daripada pengalaman saya, ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak pernah dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdapat begitu ramai kapten industri terkemuka yang berkumpul bersama. Ini adalah permulaan baharu bagi Malaysia.” ujarnya lagi.", "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Perniagaan Malaysia-China di Beijing / Foto BERNAMA)", "Sementara itu, Perdana Menteri menyifatkan lawatan rasmi beliau ke negara tembok besar itu setakat ini amat membuahkan hasil termasuk melibatkan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping.Jadual lawatan rasmi beliau petang ini akan diteruskan dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier China, Li Qiang." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=465
Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bilion dari China
[ "BEIJING, 1 April- Malaysia meraih komitmen pelaburan berjumlah RM170 bilion, tertinggi dalam sejarah hasil pelaburan China.Pulangan pelaburan itu diperoleh daripada pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) melibatkan syarikat Malaysia dan China sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara tembok besar itu.“Kita telah mencapai komitmen sebanyak RM170 bilion dan saya perlu berterima kasih kepada para pelabur kerana memberi kerjasama dan keyakinan kepada Malaysia. Ini adalah untuk masa depan Malaysia,” katanya.Perdana Menteri mengumumkan perkara itu dihadapan ribuan pelabur pada Forum Perniagaan Malaysia-China di Beijing.", "(Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA)", "Antara syarikat yang terlibat merangkumi sektor perumahan, pembinaan, pendidikan, teknologi, pertanian, dan tenaga. Pemeteraian memorandum berkenaan disaksikan oleh Datuk Seri Anwar, yang juga Menteri Kewangan.Turut hadir ialah Menteri Perdagangan, Antrabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Selain, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pelancongan dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=466
PM gesa perniagaan Malaysia di luar negara permudah pelaburan asing ke Malaysia
[ "BEIJING, 1 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa perniagaan Malaysia di luar negara untuk membantu membina semula ekonomi negara dengan menggalakkan dan memudahkan lebih banyak pelaburan ke dalam negara. \"Isu utama ialah bagaimana kita (perlu) membina semula negara kita melalui pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing yang besar.“Anda boleh melabur di luar negara tetapi apa yang diperlukan ialah memfokuskan semula pelaburan ke Malaysia. Kini adalah masanya,\" katanya pada majlis iftar yang dihadiri lebih 300 orang terdiri daripada ahli perniagaan Malaysia dan pemimpin komuniti Islam di China, di sini malam tadi.Acara itu, dihoskan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia di China (Maycham China) dan Kedutaan Malaysia di China, diadakan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke sini pada minggu ini.", "(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiriMajlis Iftar anjuran Malaysia-China Chamber of Commerce, semalam)", "Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut meminta barisan menteri yang mengiringi beliau dalam lawatan itu untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudah kemasukan pelaburan ke Malaysia.\"Kepada kalangan rakan sekerja saya di sini, pesanan saya jelas. Kita perlu melaksanakan apa juga langkah yang diperlukan serta wajar untuk memudahkan dan melancarkan usaha menjalankan perniagaan dalam menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara,\" katanya.Mengulas pertemuan beliau dengan Presiden China Xi Jinping, Anwar turut menyuarakan kekaguman di atas sikap rendah diri pemimpin dan negarawan kanan tersebut.Perdana Menteri telah melakukan kunjungan hormat ke atas Xi di Great Hall of the People di sini, petang tadi. - BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=467
Bilangan pekerja tenaga buruh meningkat, kadar penganggur berkurang - DOSM
[ "KUALA LUMPUR, 1 April - Bilangan pekerja tenaga buruh pada Januari 2023 meningkat sebanyak 473,200 atau 3.0 peratus lebih tinggi pada asas tahun ke tahun kepada 16.16 juta orang berbanding Januari tahun lalu iaitu 15.69 juta orang, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia menunjukkan pemulihan pasaran buruh yang kukuh berikutan pembukaan semula ekonomi dan manfaat yang diperoleh daripada pemulihan aktiviti sosial dan perniagaan.\"Selari dengan itu, nisbah guna tenaga kepada penduduk, yang mengukur kapasiti ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga meningkat 0.5 mata peratus pada Januari 2022 bersamaan 66.2 peratus,\" katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Sementara itu, beliau menambah kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 3.6 peratus. Katanya, bilangan penganggur berkurang sebanyak 12.4 peratus atau 84, 300 orang dengan mencatatkan 596,100 orang pada Januari tahun lalu iaitu 680,400 ribu orang.Sementara itu, inflasi Malaysia pada Januari 2023 mencatatkan peningkatan lebih perlahan 3.7 peratus berbanding 3.8 peratus pada Disember 2022.\"Momentum pemulihan dijangka berterusan walaupun pada kadar yang lebih perlahan,\" katanya.", "(Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=468
PM lakukan kunjungan hormat terhadap Presiden China
[ "BEIJING, 31 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden China Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat di sini petang tadi.Menurut laporan wartawan Syamimi Saripan, Perdana Menteri disambut Presiden Xi Jinping sebelum kedua-dua pemimpin memulakan mesyuarat yang berlangsung hampir sejam. Perbincangan tertumpu pada langkah-langkah baharu yang boleh diambil untuk menyemarakkan lagi hubungan dua hala, selain membincangkan pendekatan lebih konkrit dalam mengukuhkan perdagangan dan kerjasama politik. Turut bersama Anwar dalam kunjungan hormat itu; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.  Selain itu; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pelancongan dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.  Anwar antara pemimpin asing pertama melawat China dan bertemu  Xi selepas beliau dipilih semula sebagai Presiden China untuk penggal ketiga pada 10 Mac lalu.", "(PM lakukan kunjungan hormat terhadap Presiden China)", "Selesai pertemuan dengan XI, Anwar dan delegasinya mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Zhao Leji juga di Dewan Besar Rakyat.  Perbincangan tertumpu pada kerjasama peringkat ahli Parlimen kedua-dua negara.  Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan rasmi sulungnya selama tiga hari di sini hingga esok bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala Kuala Lumpur-Beijing.  Esok, hari penting bagi Perdana Menteri yang dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Li Qiang, sebaik selesai upacara sambutan rasmi di Dewan Besar Rakyat.Perbincangan kedua-dua pemimpin esok akan tertumpu pada pemerincian langkah-langkah yang boleh diambil khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.  Anwar dijangka menyentuh mengenai projek-projek yang akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.  ", "(PM lakukan kunjungan hormat terhadap Presiden China)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=469
Agong rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan
[ "(Yang di-Pertuan Agong berkenan menyempurnakan majlis pemasyhuran Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini/FOTO Istana Negara)", "LABUAN, 31 Mac - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan memasyurkan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun di sini hari ini.Baginda disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar.Turut hadir Senator Datuk Seri Anifah Aman, Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman dan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.Baginda tiba di masjid pada pukul 12.15 tengah hari tadi dalam rangka lawatan tiga hari ke Wilayah Persekutuan itu bermula hari ini hingga 2 April.Detik bersejarah perasmian masjid itu disaksikan hampir 1,000 penduduk kampung yang berkumpul seawal 11.30 pagi tadi.Baginda turut menunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebelum menyertai jemaah lain menunaikan solat Jumaat di ruang solat utama masjid itu.Masjid tersebut dibina selama 34 bulan pada 5 Mac 2019 di atas tanah seluas 2.56 hektar yang dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kos sebanyak RM8 juta.Masjid itu mampu menampung kapasiti jemaah sehingga 1,500 orang pada satu-satu masa. Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf.", "(Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=470
China rakan dagang terbaik Malaysia
[ "BEIJING, 31 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas dengan pendirian Malaysia untuk terus mendukung China sebagai rakan dagang terbaik buat negara.Beliau juga menolak persepsi sesetengah pihak bahawa Malaysia bersifat berat sebelah terutama melibatkan hubungan dagangan dengan negara itu.“Saya bersetuju dengan inisiatif yang dilakukan oleh Presiden China, Xi Jinping untuk meluaskan jajahan, termasuk nilai-nilai kemanusiaan dan tamadun.China adalah rakan dagang yang penting kerana negara ini merupakan pelaburan utama bagi sektor perdagangan antarabangsa,” katanya ketika berucap di Universiti Tsinghua, Beijing.", "(Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Universiti Tsinghua, Beijing)", "Sementara itu, Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah negara kecil, Malaysia juga sentiasa terbuka menjalin kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) ekoran hubungan baik antara kedua-dua negara yang telah terjalin selama ini.“Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mesra kepada Malaysia, kami merupakan negara kecil dan tiada siapa yang perlu menentukan hala tuju negara kami.Sekiranya AS ingin terlibat menyumbang kepada negara, ia adil. Namun, tiada siapa yang harus mempengaruhi kami,” katanya lagi." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=471
Tiga orang maut dalam nahas jalan raya di Pontian
[ "PONTIAN, 30 Mac- Tiga orang maut dan dua orang lagi cedera dalam kemalangan di kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah - Parit Kudus, Pontian Johor, 5.20 petang tadi.", "Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohamad Shofee Tayib berkata, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan di kepala.Beliau berkata kemalangan berpunca apabila pemandu kereta Proton Saga gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh kereta Perdana di laluan bertentangan.Akibatnya, kereta Proton Saga itu terjunam ke dalam parit dan semua mangsa ditemui tersepit.Mereka yang cedera merupakan seorang lagi penumpang kereta Proton Saga dan pemandu Proton perdana.\"Namun polis masih belum dapat mengesahkan identiti ketiga-tiga mangsa itu. Siasatan sedang dilakukan oleh pegawai penyiasat,\" katanya ketika dihubungi.Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "(Nahas yang membabitkan dua kenderaan dan menyebabkan tiga orang maut di Pontian/Foto PDRM)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=472
Kawalan keselamatan di ESSZONE tidak akan dilonggarkan - Acryl
[ "KOTA KINABALU, 31 Mac - Menjangkau 10 tahun penubuhannya, kawalan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) tidak akan dilonggarkan sama sekali meskipun kawasan berkenaan kini berada dalam keadaan yang selamat dan tenang.Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata meskipun keadaan terkawal namun pihaknya tidak akan bersikap sambil lewa dan akan terus memperkasa aspek keselamatan di kawasan itu.", "\"Pihak berkuasa akan terus melipatgandakan usaha supaya kita tidak terperangkap dalam keadaan tidak bersiap sedia, itu yang sangat mustahak. Alhamdulillah, apa yang kita alami sekarang ini adalah keadaan tenang dan terkawal.\"Ini tidak bermakna kita boleh melonggarkan langkah-langkah keselamatan yang telah pun kita letakkan sepanjang tempoh 10 tahun,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas antara Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah yang bersara wajib kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun yang memangku jawatan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kepayan, di sini, semalam.Penubuhan ESSZONE, yang terletak di kawasan Timur Sabah diumumkan pada 25 Mac 2013 dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang bakal menyambut ulang tahun penubuhan ke-10 pada 1 April ini merupakan agensi bertanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan itu.Penubuhan dua entiti penting keselamatan itu dibuat bagi meningkatkan tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah terutama selepas pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013 yang menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala 68 pengganas ditembak mati." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=473
Persaingan teknologi harus jadi agenda utama dalam forum antarabangsa
[ "HAINAN, 30 Mac- Persaingan teknologi harus menjadi agenda utama pada mesyuarat peringkat tertinggi dalam forum antarabangsa, selain isu keselamatan dan ekonomi.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selari dengan persaingan semasa yang tertumpu kepada teknologi canggih seperti yang dipamerkan industri semikonduktor.Jelas beliau, meski wujud persaingan, namun perlu ada ruang untuk berkolaborasi.\"Menyedari setiap negara perlu memelihara hak cipta intelektual dan cuba berada di hadapan, beberapa langkah berwaspada atau syarat harus diwujudkan.", "\"Ia supaya persaingan itu tidak membawa kepada perpecahan dalam dunia teknologi yang akan membawa kepada peningkatan kos dan menghalang kemajuan,\" katanya ketika ucaptama sesi pembukaan pleno Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 di sini yang turut dihadiri Perdana Menteri China Li Qiang.Tambah Anwar, Malaysia telah memperkenalkan konsep Malaysia Madani sebagai wadah aspirasi negara melangkah ke depan berdasarkan acuan sendiri untuk melahirkan masyarakat madani selari nilai ketamadunan.Falsafah nasional itu berpaksikan enam nilai iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan insan.", "(Anwar Ibrahim ketika ucaptama sesi pembukaan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023di Hainan hari ini)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=474
Dunia perlu fokus nilai penyatuan sebagai umat manusia
[ "HAINAN, 30 Mac- Dunia perlu fokus kepada nilai yang menyatupadukan setiap insan sebagai umat manusia dan bukan nilai yang memecahkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, etika, keikhlasan dan integriti ketika berurusan dalam situasi bilateral dan multilateral perlu diutamakan. Jelasnya, konsep akauntabiliti demokratik perlu diterapkan lebih dari sekadar melaungkan slogan “demokrasi” yang acap kali digunakan untuk melabel sesuatu negara sewenang-wenangnya.\"Pada hemat saya, “akauntabiliti demokratik” menuntut pemimpin untuk bertanggungjawab ke atas rakyat keseluruhan dalam menyediakan gaya hidup yang terbaik, ketelusan dalam membuat keputusan, dan secara keseluruhannya amalan tadbir urus baik dan berkesan,\" katanya ketika ucaptama sesi pleno, Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 di sini, hari ini.Tambah Anwar lagi, rakyat marhaen yang terbeban kos sara hidup dan cabaran semasa juga tidak harus dipinggirkanGaji kekal menjadi punca utama pendapatan bagi majoriti populasi dunia, namun berdasarkan Laporan Gaji Global 2022-2023 terbitan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), gaji dan kuasa beli isi rumah telah menurun mendadak berikutan COVID-19 dan inflasi global. Justeru ujarnya, dunia perlu bekerjasama dalam solidariti ke arah merapatkan jurang, mempromosi kesaksamaan sosial dan meningkat taraf hidup semua.", "(Anwar Ibrahim ketika ucaptama sesi pembukaan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023di Hainan hari ini)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=475
Persaingan teknologi perlu jadi agenda antarabangsa
[ "HAINAN, 30 Mac- Persaingan teknologi perlu menjadi antara agenda utama mesyuarat peringkat tertinggi dalam forum antarabangsa selain isu keselamatan dan ekonomi.", "Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persaingan yang tiada halangan mesti memberi laluan kepada kerjasama yang penuh semangat.Menerusi ucapatama sesi pleno Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 di sini Perdana Menteri berkata, perlumbaan semasa teknologi canggih seperti persaingan industri semikonduktor boleh menyebabkan situasi produktif dan destruktif.\"Persaingan boleh menjadi sama ada produktif atau merosakkan. Menyedari setiap negara perlu memelihara hak cipta intelektual dan cuba berada di hadapan.\"Beberapa langkah waspada atau syarat harus diwujudkan supaya persaingan tidak menyebakan perpecahan di dalam dunia teknologi dan menghalang kemajuan,\" kata AnwarSementara itu, Perdana Menteri mahu konsep akauntabiliti demokratik diterapkan dalam berurusan sesama rakan dalam situasi bilateral dan multilateral.\"Pada hemat saya, akauntabiliti demokratik menuntut pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat keseluruhan dengan menyediakan gaya hidup terbaik, ketelusan dalam membuat keputusan serta amalan tadbir urus yang baik dan berkesan.Dunia juga disaran bekerjasama dan bersolidariti ke arah merapatkan jurang, mempromosi kesaksamaan sosial dan meningkat taraf hidup.Forum tersebut turut dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang.", "(Datuk Seri Anwar berkata persaingan teknologi perlu jadi agenda antarabangsa)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=476
Ribut landa UUM, pokok tumbang menyebabkan kerosakan bangunan, kenderaan
[ "SINTOK, 30 Mac- Ribut yang melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang semalam, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang menimpa kenderaan di kawasan parkir.Angin kencang dan hujan lebat selama lebih kurang 30 minit itu turut menumbangkan pokok di beberapa laluan sehingga menutup laluan di sekitar kampus.Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian menerusi talian MERS 999 pada pukul 5 petang dan sepasukan APM Kubang Pasu terus dikejarkan ke kawasan berkenaan.Kejadian ribut itu juga menyebabkan beberapa kerosakan struktur bumbung dan kaca di bangunan akademik di situ turut pecah.Bagaimanapun setakat ini tiada insiden kecederaan dilaporkan dan Pusat Kawalan Operasi Daerah Kubang Pasu mengambil tindakan membersihkan pokok tumbang serta kawasan terjejas.", "(Sepasukan APM Kubang Pasu ke tempat kejadian bagi membersihkan pokok tumbang)" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=477
Rakyat sambut baik penguatkuasaan Akta Antigangguan Seksual 2022
[ "KUALA LUMPUR, 29 Mac- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] secara berperingkat.KPWKM memaklumkan penguatkuasaan Akta 840 itu membabitkan takrifan gangguan seksual, elemen kesedaran dan pencegahan mengenai gangguan seksual kepada masyarakat.Pelbagai reaksi positif masyarakat mengenai penguatkuasaan Akta 840.\"Saya seorang wanita dan juga seorang ibu. Dengan adanya akta ini akan dapat mempertingkatkan tentang kedudukan undang-undang di negara kita, dapat meningkatkan kesedaran dan juga interversi mengenai hak-hak wanita dan juga kanak-kanak, nasib wanita dan kanak-kanak akan terbela\", kata pengarah sebuah syarikat swasta, juga merupakan seorang ibu, Aznita Ab Ghani. \"Saya rasa bagus di luluskan.Tambahan lagi, wanita akan cepat melaporkan, jadi mereka akan rasa selamat dan rasa apa-apa laporan mereka buat itu akan di ambil tindakan dengan segera\", kata pekerja swasta, Pawaimalan.", "\"Bagi saya akta ini diluluskan sangat bagus, bagi kesedaran kepada masarakat sejagat umum di luar sana bagi kesedaran. Tambahan pula kanak-kanak di bawah umur mereka tiada tempat untuk mengadu, jadinya dari segi konteks keluarga memang bagus juga untuk mereka dapat punya hak masing-masing, anak-anak sendirilah, kata Muhamad Syafiq Ikmal.Manakala Perunding Motivasi, Eliza Fiza Zulkifle, berkata akta ini memupuk kesedaran kepada masyarakat dan ianya perlu di pupuk sejak di alam persekolahan.\"Pendidikan seksual sebenarnya harus di beritahu di sekolah supaya anak-anak tahu contoh hubungan batasan hubungan anak ayah anak abang anak perempuan dengan bapa saudara sebab kita lihat kes di Malaysia ini banyak perkara-perkara seperti itu yang berlaku.\"Jadi bagi saya kefahaman dengan mengambil kira gangguan seksual, kita perlu tahu, wanita perlu didik, hak anak-anak tentang gangguan seksual\", katanya selepas menjadi tetamu dalamrancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=478
Anwar tiba di Hainan, lawatan rasmi 2 hari
[ "HAINAN, 29 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Hainan, China untuk lawatan rasmi dua hari sempena Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023. Pesawat Khas yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao pada pukul 5.30 petang waktu tempatan.Anwar diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ngar Kor Ming. Ketibaan Anwar dan delegasi disambut oleh Naib Gabenor Hainan, Chen Huaiyu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Nushirwan Zainal Abidin dan Konsulat Jeneral Malaysia ke Guangzhou, Suraya Ahmad Pauzi.Acara pertama beliau ialah menghadiri Majlis Iftar bersama komuniti muslim di Hainan dan kira-kira 70 orang delegasi Malaysia yang menyertai BFA 2023 di Hotel Boao Golden Coast.", "Beliau kemudiannya dijadual menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi pengendali projek utama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC).Manakala esok, Anwar dijangka akan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Singapura Lee Tsien Loong sebelum menyampaikan ucapan pada sesi pembukaan plenary BFA 2023, yang turut dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=479
Lawatan PM ke Beijing bakal raih pelaburan besar
[ "KUALA LUMPUR, 30 Mac- Jadual padat menanti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Beijing bermula petang ini.Datuk Seri Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbang  Antarabangsa Ibu Kota Beijing kira-kira pukul 4.30 petang.Lawatan rasmi pertama perdana menteri ke Tanah Besar itu sejak menerajui kerajaan pada 24 November lalu adalah berbekal misi mempertingkat hubungan dan kerjasama dua hala, selain bertujuan menyambut ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China tahun ini.Anwar turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.Perdana menteri akan memulakan program pertama di Beijing hari ini dengan majlis berbuka puasa yang akan dihadiri lebih 200 rakyat Malaysia di China dan delegasi Malaysia.Terdahulu, dalam sidang media bersama Menteri Luar Datuk Seri Zambry memaklumkan, lawatan kali ini bakal menyaksikan sejumlah pelaburan besar dibawa masuk ke dalam negara.Sekurang-kurangnya, 14 memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai melibatkan kerjasama kerajaan dengan kerajaan dan perniagaan dengan perniagaan, sekali gus memberi impak kepada ekonomi, pelaburan dan pertanian.", "(Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Qionghai Bo’ao, Hainan semalam, bersempenalawatan rasmi ke Republik Rakyat China/Foto FB Anwar Ibrahim" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=480
SJKP manfaatkan golongan sasar
[ "KUALA LUMPUR, 29 Mac - Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang mengantikan Program Skim Rumah Pertamaku (SRP) boleh memberi manfaat kepada golongan sasar, kata Ahli Dewan Negara Senator Mohd Hasbie Muda.Melalui pelaksanaannya ia dapat membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.\"Sebenarnya kerajaan telah memperkenalkan SJKP dan skim ini sebenarnya tidak banyak berbeza dgn SRP , sebenarnya kerajaan melihat sekarang ini ramai dalam kalangan anak muda mereka tiada 'payslip' jadi mereka sukar untuk membuat pinjaman perumahan jadi kerajaan meilhat itu isu yang besar dan skim ini mempermudahkan pembeli membeli rumah pertama,\" kata Mohd Hasbie, di sini.", "(Mohd Hasbie menyatakannya ketika menjadi tetamu dalamProgram Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media)", "Tambah Mohd Hasbie lagi, sebanyak RM5,000 nilai pinjaman sediakan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad yang dijangka bakal memberi manfaat kepada hampir 20,000 peminjam yang memerlukan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=481
Lawatan PM ke China, jangka bawa pelaburan besar kepada negara
[ "BEIJING, 29 Mac- Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China bakal menyaksikan pengumuman jumlah pelaburan besar negara itu ke Malaysia.Ini termasuk 14 Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan dimeterai meliputi aspek perdagangan, pelaburan dan pertanian.Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Perdana Menteri dijadual akan terlibat dalam Mesyuarat Meja Bulat bersama pelabur berprofil tinggi dan tokoh korporat China pada 1 April nanti.Diikuti Forum Perniagaan yang membabitkan 1,000 peserta, sekali gus dijadual memeterai 11 MoU antara syarikat Malaysia-China.  Tiga lagi memorandum akan ditandatangani menerusi Mesyuarat Dua Hala Malaysia-China bersama Tuan Yang Terutama Premier Li Qiang.\"Perbincangan kedua-dua pemimpin akan tertumpu kepada pemerincian langkah yang boleh diambil khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan. \"Dijangkakan bahawa mereka akan menyentuh projek-projek tertentu yang akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,\" katanya pada sidang media, di sini.", "(Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir/Foto Bernama)", "Lawatan kali ini juga disifatkan sebagai bersejarah dengan mengambil kira undangan yang diterima Perdana Menteri oleh Kerajaan China; bertujuan memupuk hubungan rapat dengan Kerajaan Perpaduan.Malah gagasan Malaysia Madani turut senada dengan hasrat Presiden Xi Jinping yang tekad membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.Di samping itu, dengan keberadaan sejumlah besar tokoh-tokoh korporat dari Malaysia dan China, lawatan itu juga telah berjaya mengukuhkan lagi jalinan perdagangan di antara kedua-dua negara,\" tambah Zambry.Perdana Menteri dijadual tiba di Beijing esok, kira-kira 4.30 petang.Program pertama beliau merupakan Majlis Iftar, melibatkan lebih 200 rakyat Malaysia di China dan deligasi Malaysia.China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar semenjak 2009.  Nilai perdagangan antara Malaysia dan China pada tahun 2022 telah mencecah 17.1 peratus dari jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trilion. Jumlah perdagangan antara Malaysia dan China bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM487.13 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021. Jumlah eksport ke China pula meningkat sebanyak 9.4 peratus berjumlah RM210.62 bilion (USD47.84 billion), manakala, jumlah import daripada China mencatatkan peningkatan sebanyak 20.7 peratus berjumlah RM276.50 billion (USD62.78 billion), berbanding tahun sebelumnya.  Manakala nilai pelaburan daripada China bernilai RM9.6 billion (USD2.2 billion) yang telah membuka peluang-peluang pekerjaan kepada 6,193 orang pada tahun 2022." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=482
Lima klinik kesihatan sedang dibina di Sarawak
[ "KUALA LUMPUR, 29 Mac - Lima klinik kesihatan kini dalam proses pembinaan di Sarawak bagi memberi akses perkhidmatan kesihatan kepada komuniti pedalaman dan luar bandar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata kelima-lima pembinaan klinik itu adalah di Lubok Antu, Julau, Serian, Lawas dan Daro, Sarawak.\"Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 16 buah lokasi termasuk daerah-daerah di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai perkhidmatan klinik kesihatan dan bergantung kepada jabatan pesakit luar.\"Keperluan klinik-klinik ini kita berikan tumpuan khusus dan kita berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Menteri Kewangan akan meneruskan peruntukan khusus bagi meningkatkan serta menaik taraf fasiliti klinik di pedalaman dan juga di luar bandar,\" katanya.Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ali Biju (PN-Saratok) mengenai usaha kementerian mengatasi isu kekurangan klinik kesihatan luar bandar di Sabah dan Sarawak supaya rakyat mendapat akses rawatan kesihatan yang sewajarnya pada sesi soal jawab.", "Sementara itu, Lukanisman berkata dalam usaha untuk menarik lebih ramai pegawai perubatan untuk berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, kementerian merancang untuk menyediakan sekurang-kurangnya penempatan atau kuaters yang bersesuaian untuk mereka.\"Selain itu, kita sedang berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan agar kerajaan negeri juga membantu dari sudut penyediaan infrastruktur dengan sedikit 'perks' (insentif) kepada para doktor yang mahu berkhidmat di luar bandar,\" katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) tentang inisiatif dilakukan kerajaan bagi meningkatkan bilangan pegawai perubatan yang berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. - BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=483
Mogok doktor kontrak, perlu dipertimbang - Dr. Noor Hisham
[ "(Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah)", "KUALA LUMPUR, 29 Mac- Penganjuran mogok boleh menyebabkan perkhidmatan kesihatan terjejas selama mana ianya dianjurkan dan tindakan itu perlu dipertimbangkan dengan teliti.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan bahawa mogok bukan suatu jalan penyelesaian terbaik dan permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama serta cara yang lebih berhemah.", "Dr Noor Hisham menerusi kenyataan media mengulas mogok doktor kontrak yang dikatakan bakal berlangsung dari 3 hingga 5 April ini.", "“Ini memandangkan perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan kritikal, terutama kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat. Maka saya berpandangan mogok terutama secara tidak terancang, mungkin bukan suatu jalan penyelesaian yang terbaik terhadap apa jua permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional lain”, kata Dr. Noor Hisham.", "Tambahnya, buat masa ini Kementerian Kesihatan hanya menerima hebahan mengenai mogok tersebut melalui saluran media sosial sahaja.", "“Kementerian ini tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok tersebut,” katanya.", "Dr. Noor Hisham juga mahu perkhidmatan kesihatan di negara ini perlu terus dianggap sebagai sektor kritikal, begitu juga bagi petugas kesihatan disebabkan kompleksiti sektor tersebut, serta cabaran, risiko dan jerih perih yang perlu dihadapi oleh anggota kesihatan dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawab mereka.", "“Umum diketahui bahawa sebahagian besarnya adalah bawah Sektor Awam, dan Perkhidmatan Kesihatan merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada kemakmuran serta pertumbuhan ekonomi negara,”katanya.", "Justeru, tanpa sistem kesihatan yang utuh dan warga kerja perkhidmatan kesihatan yang terus memberikan perkhidmatan, tidak mungkin negara boleh terus maju ke hadapan. Ini jelas menunjukkan bahawa kesihatan adalah salah satu daripada hak asasi manusia, dan perkhidmatan kesihatan perlu terus diutamakan.", "Mengambil contoh pandemik COVID-19, Dr. Noor Hisham berkata, COVID-19 telah mengajar kita bahawa tanpa sistem kesihatan yang berdaya tahan, negara tidak mungkin dapat mengawal wabak tersebut dengan baik dan orang ramai tidak mungkin dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti kebiasaan.", "“Kemakmuran yang kita kecapi kini sudah tentu banyak disumbangkan oleh pakar dan anggota kesihatan dalam pelbagai peringkat sama ada dalam sektor pencegahan atau kesihatan awam mahupun yang bertugas di sektor klinikal dan penyelidikan.", "“Masing-masing mereka mempunyai peranan yang sangat penting. Berkat pengorbanan yang dilakukan oleh anggota kesihatan sebelum ini, rakyat dapat menjalankan pekerjaan mereka semula, kita dapat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga dan kenalan, Ramadan dapat disambut seperti biasa, kegembiraan perayaan dapat dirasai dan pelbagai lagi”, katanya.", "Beliau juga mahu, perkhidmatan kesihatan seharusnya perlu terus berdaya tahan kerana cabaran akan datang termasuk risiko krisis atau pandemik mungkin lebih hebat dan kompleks daripada apa yang dilalui sebelum ini.", "Atas perkara itu, petugas kesihatan kata Dr. Noor Hisham yang merupakan aset utama perkhidmatan kesihatan perlu terus diberi perhatian, termasuk imbuhan sewajarnya buat perkhidmatan mereka.", "“Kerajaan dari semasa ke semasa telah memberi respon atau bertindak terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan. Antaranya mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya.", "“Skim kesihatan yang lain juga diambil peduli dan ditambah baik. Saya percaya, Kerajaan dari semasa ke semasa akan memastikan bahawa segala permasalahan dan permintaan ini diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara,” menurut kenyataan tersebut." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=484
Bantuan Khas Aidilfitri RM200 untuk pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan
[ "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) di Dewan Negara, hari ini) ", "KUALA LUMPUR, 29 Mac - Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan. Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan bantuan yang berjumlah RM170 juta tersebut dapat meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri.\"Saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200 lagi tambahan daripada telah diumumkan, ini akan menelan belanja sebanyak RM170 juta,\" kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) di Dewan Negara, di sini hari ini.", "Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan bantuan sehingga RM300 sebulan kepada golongan nelayan.Belanjawan 2023 juga menyediakan sumbangan tunai kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan semusim.Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=485
RUU Perbekalan 2023 dibentang di Dewan Negara
[ "KUALA LUMPUR, 29 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Negara.Pembentangan bermula pukul 10.30 pagi tadi.Sebelum ini, Belanjawan 2023 Malaysia Madani dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari dan dibahaskan serta diluluskan di peringkat dasar.Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus.Manakala RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.Selepas dibentangkan, Belanjawan 2023 akan dibahaskan oleh ahli Dewan Negara di peringkat dasar dan jawatankuasa kementerian sebelum diluluskan.", "(Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Negara/Foto Bernama)", "Tidak kurangkan peruntukan kerajaan negeriDalam pembentangannya, Perdana Menteri turut menyangkal kenyataan fitnah yang mendakwa sesetengah negeri menerima peruntukan kurang.Tegas beliau, kerajaan tidak mengurangkan sebarang peruntukan malah ditingkatkan tahun ini.\"Saya harap hentikan soal tohmahan fitnah bahawa kita kurangkan atau kita anak tirikan, tidak boleh kerana saya jadi Menteri Kewangan bagi rakyat Malaysia, bukan bagi negeri-negeri yang menyokong Kerajaan Perpaduan.Tambahnya, pemberian dan bantuan kewangan Persekutuan kepada kerajaan negeri ditadbir pembangkang juga telah meningkat.Sejumlah RM1.43 bilion diperuntukkan bawah Belanjawan 2023 kepada negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=486
Lawatan rasmi ke China, PM hadiri BFA 2023 di Hainan
[ "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto fail Bernama)", "HAINAN, CHINA, 28 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin tertinggi negara yang akan menghadiri Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 di Hainan, China.Forum yang memfokuskan isu-isu di Asia dan ekonomi serantau itu berlangsung selama empat hari bermula hari ini.BFA kali ini menampilkan tema Ketidaktentuan Dunia: Perpaduan dan Kerjasama Untuk Kemajuan di Sebalik Cabaran.Antara jadual BFA 2023 hari ini ialah sesi sidang media persidangan tahunan BFA diikuti perbincangan topik landskap baharu perindustrian dan rantaian bekalan.BFA 2023 diteruskan dengan mesyuarat majlis penasihat BFA, perbincangan meja bulat bersama usahawan swasta, perkongsian peluang pembangunan serta rundingan budaya.Esok Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao pada pukul 3.00 petang dan akan menghadiri Majlis Iftar bersama komuniti muslim di Hainan.Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi \"China Communications Construction Company\" CCCC.Beliau dijangka memberi ucapan pada sesi pembukaan plenary BFA, pada Khamis.", "(Bendera Malaysia dinaikkan bersama bendera negara-negara yang menyertai \"Boao Forum For Asia\" di hadapan tempat persidangan yang bermula pada 28 hingga 31 Mac ini/Foto Bernama)", "Lawatan rasmi Anwar ke China bermula esok merupakan lawatan antarabangsa kesembilan beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada November tahun lalu.Selepas lawatan kerja dua hari ke Hainan, Perdana Menteri akan berangkat ke Beijing, China.Hubungan diplomatik antara Malaysia dan China terjalin sejak 1974.Malah perdagangan antara kedua-dua negara juga mencatatkan prestasi cemerlang, tahun lepas.Jumlah perdagangan tahun lalu mencatat keuntungan sebanyak RM876 bilion iaitu meningkat 15.6 peratus pada tahun ke tahun.Jumlah itu juga kali pertama dalam sejarah melepasi RM863 bilion.Justeru lawatan Perdana Menteri kali ini sudah semestinya bakal menterjemah lembaran baharu terutama sektor perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China.Laporan wartawan Dian Fatiha Maknoh" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=487
Tidak wujud kartel, monopoli dalam industri gula - KPDN
[ "KUALA LUMPUR, 28 Mac- Tidak wujud kartel atau monopoli dalam industri gula, tetapi duapoli iaitu syarikat MSM dan CSR.Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, kerajaan mengawal harga gula putih bertapis iaitu RM2.85 untuk gula kasar dan RM2.95 untuk gula halus.Jelasnya lagi, selain dari kedua-dua jenis gula tersebut, kerajaan tidak mengawal gula perang, gula kristal, gula icing dan gula batu.\"Izinkan saya beri sedikit penjelasan berkenaan kegunaan istilah yang selalu diguna pakai oleh ahli-ahli parlimen yang kadang-kadang tidak menepati. \"Yang pertama berkenaan perkataan monopoli. Monopoli bermakna hanya ada satu pemain sahaja dalam satu-satu industri. Jadi semua industri yang disebut oleh Tasek Gelugor seperti simen, ayam, telur, gula ini bukan monopoli. \"Yang kedua monopoli tidak menyalahi undang-undang kerana Malaysia tidak ada undang-undang antimonopoli. \"Yang ketiga monopoli jadi salah apabila industri salah guna kedudukan mereka yang dominan dan mereka mendominasikan keadaan dalam pasaran,\" katanya.Beliau menjawab pertanyaan wakil Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan.", "(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh)", "Tambahnya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sentiasa memantau pasaran bagi memastikan syarikat dominan tidak membuli pemain industri yang kecil dan mengekalkan iklim persaingan yang sihat di Malaysia demi kebaikan pengguna dan ekonomi negara.Setakat ini, MyCC sedang aktif menyiasat lebih dari 500 syarikat atas dakwaan terlibat dalam kartel tipan bida berkaitan perolehan kerajaan melibatkan lebih RM2 billion.Perolehan-perolehan kerajaan yang menjadi fokus penyiasatan MyCC sekarang adalah sektor perkhidmatan, makanan, pembinaan dan pembekalan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=488
Jabatan Peguam Negara diarah kaji penubuhan badan bebas
[ "KUALA LUMPUR, 28 Mac- Jabatan Peguam Negara telah diarahkan mengkaji untuk menubuhkan satu badan bebas sebagai mekanisme bagi menyiasat dakwaan atau tuduhan terhadap semua agensi penguatkuasaan.Ia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu penting kerana jika ada sebarang tuduhan, terdapat badan bebas untuk menyiasatnya.\"Sekarang saya sudah minta Jabatan Peguam Negara mengkaji semua cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua badan penguatkuasaan, kalau ada tuduhan khas untuk pegawai SPRM, Jabatan Imigresen, Kastam atau polis, maka ada badan bebas dalam bentuk sama ada suruhanjaya namun saya belum pasti. \"Tetapi sudah ada arahan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kemuka cadangan supaya badan penguatkuasaan ini tak siasat sendiri, tetapi ada badan lain bebas yang akan menyiasat,\" katanya.", "Berita berkaitan:5 badan pemantau bebas, profesional dilantik perkukuh kedudukan SPRM", "Beliau menjawab soalan tambahan Wakil Damansara Gobind Singh Deo yang meminta sama ada akan wujud satu badan bebas untuk menyiasat pegawai tertinggi seperti SPRM sekiranya ada sebarang pertuduhan atau aduan." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=489
5 badan pemantau bebas, profesional dilantik perkukuh kedudukan SPRM
[ "KUALA LUMPUR, 28 Mac- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan tugas tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak serta tidak tertakluk di bawah arahan Perdana Menteri di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima badan pemantau bebas dan profesional telah dilantik bagi memperkukuh kedudukan SPRM.Badan itu ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan Pencegahan Rasuah.\"Saya tidak bermasalah untuk menimbang syor transpercu antarabangsa dan lain-lain saya tidak fikir kita harus menggunakan perubahan semata-mata dengan syor ini.", "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)", "\"Kita juga tentulah sebaik ada pekembangan syor ini haruslah dikemukakan pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk meneliti supaya keupayaan SPRM itu dapat ditingkatkan dan tidak ada kekangan campur tangan, dibimbangi akan menjejaskan usaha pelaksanaan membanteras rasuah,\" katanya.Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan wakil Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang meminta Perdana Menteri menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor daripada Transparency International Malaysia (TI-M) supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah bidang kuasa parlimen dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=490
Lawatan PM ke Kemboja berjaya kukuh hubungan dua hala, bincang pelbagai isu
[ "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di akhir lawatan rasmi sehari keKemboja/ Foto BERNAMA)", "PHNOM PENH, 28 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan lawatan rasmi sehari di Kemboja dan lawatan tersebut disifatkan berjaya memperkukuh hubungan diplomatik kedua negara, khususnya dalam bidang sumber manusia dan perdagangan.Dalam konteks hubungan dua hala, Perdana Menteri dan rakan sejawatannya, Hun Sen senada dalam menggalakkan lebih banyak pertukaran lawatan bagi meneroka lebih banyak dimensi kolaborasi baharu.Menerusi industri halal misalnya, Malaysia menzahirkan komitmen membantu Kemboja dalam mengembangkan pasaran ke peringkat global.Turut diperhalusi, urusan pengambilan tenaga kerja domestik dan formal menerusi dua memorandum persefahaman (MoU).\"Perbincangan dua hala dengan Hun Sen yang menyentuh isu perdagangan dan beberapa MoU ditandatangani ada beberapa usul khususnya tentang mengajak syarikat Malaysia seperti Axiata mengembangkan syarikat di sini, termasuk peningkatan penggunaan buluh tempatan di sini,\" kata Anwar ketika bercakap kepada media Malaysia di penghujung lawatannya, di sini.", "(Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kemboja disifatkan berjaya memperkukuh hubungan diplomatik kedua negara, khususnya dalam bidang sumber manusia dan perdagangan/Foto FB Anwar Ibrahim)", "Kerjasama kerajaan Kemboja dalam membantu menyelesaikan kes membabitkan mangsa penipuan pekerjaan antara bukti keseriusan hubungan utuh antara dua negara.Isu serantau seperti Myanmar juga antara yang dibincangkan dalam kunjungan kali ini.\"Kita bincang pasal isu Myanmar yang cukup rumit, kita nak pendekatan yang komprehensif tanpa menyinggung kedudukan dalaman ketegangan politik Myanmar,\" jelas Perdana Menteri.Meskipun ini merupakan lawatan rasmi yang singkat namun ia disifatkan komprehensif dalam memuktamadkan dimensi baharu perkongsian serta titik kesepakatan berkaitan isu serantau demi kemakmuran bersama.Laporan Sazswani Samsu." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=491
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
[ "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen) ", "PHNOM PENH, 28 Mac - Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata pihak Kedutaan Malaysia di sini akan menguruskan pembebasan kesemua 12 individu berkenaan hari ini.\"Ini maklumat terbaharu yang diterima, selain daripada yang diumumkan sebelum ini, berita terbaharu ada 12 lagi berjaya dibebaskan,\" katanya pada sidang media di akhir lawatan rasmi sehari ke Kemboja. Pada sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Anwar berkata setakat ini 287 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air.", "(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di akhir lawatan rasmi sehari ke Kemboja/ Foto BERNAMA)", "Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim memberitahu Bernama berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua 12 individu itu berada dalam senarai nama yang dilaporkan hilang. Beliau berkata pihaknya akan ke lokasi mangsa hari ini untuk urusan membawa pulang semua mereka.\"Sekiranya keluarga telah melengkapkan semua dokumen termasuk tiket penerbangan balik, mungkin semua mangsa dapat pulang ke tanah air pada hari Sabtu atau Ahad,\" katanya. -BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=492
Raja Kemboja terima menghadap PM
[ "KUALA LUMPUR, 28 Mac - Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu. Anwar menerusi hantaran di Facebook malam tadi memaklumkan beliau telah menyampaikan hasrat kerajaan Malaysia untuk terus memperkukuhkan jalinan hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 66 tahun lepas, pada sesi itu. Perdana Menteri turut mengadakan kunjungan ke atas Presiden Senat Kemboja, Say Chhum dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja, Heng Samrin dan bertukar-tukar pandangan.", "(Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja/ Foto FB Anwar Ibrahim)", "“Dalam kepadatan jadual, saya sempat menyantuni diaspora Malaysia dalam satu majlis di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh selain menyampaikan hasrat kerajaan agar kebersamaan dan kesepaduan terus dituntut meski berada di luar negara,” katanya. Anwar tiba di Kemboja untuk lawatan rasmi sehari bagi memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan negara itu sejak 1957. Lawatan rasmi dan sulung Perdana Menteri ke negara itu adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. -BERNAMA" ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=493
Program Jelajah Ramadan MELAKAfm: Rapatkan ukhuwah antara masjid dan masyarakat
[ "MELAKA, 27 Mac- Sebanyak 44 kit makanan dan wang tunai diagihkan kepada tiga masjid dan golongan yang memerlukan di sekitar Melaka menerusi Program Jelajah Ramadan edisi 2023  MELAKAfm.Penerbit program, Mohammad Asrul Edzuandy Mustapa berkata kit makanan dan wang tunai berkenaan adalah sumbangan daripada kerajaan negeri Melaka dan juga rakan strategik jabatan itu .Ujarnya , pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dalam program itu termasuk gotong-royong menyediakan bubur lambuk , pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.\"Untuk di negeri Melaka, tiga buah masjid di pilih iaitu Masjid Al-Ansar Kampung Baru , Masjid An-Nikmah Bukit Piatu , Masjid An-Nur Peringgit kami juga menyampaikan bantuan kepada 15 orang penerima asnaf, kurang upaya lima orang di masjid. Di samping itu juga kami mengunjungi rumah Kompleks Anak Yatim Al -Zahrah bagi menyelami kehidupan anak -anak yatim seramai 29 orang yang tinggal di kompleks tersebut,\" katanya.", "(Penerbit program, Mohammad Asrul Edzuandy Mustapa)", "Sementara itu , Pengerusi Masjid An Nikmah Bukit Piatu , Syed Aziz Syed Mohd berharap dengan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam mengeratkan ukhuwah di antara masjid dan masyarakat. “Peringkat Masjid An- Nikmah Bukit Piatu ini mengucapkan ribuan terima kasih dan kami berharap program seperti ini dapat dilaksanakan pada saban tahun dan pihak kami menerima kunjungan pihak- pihak yang berkaitan,\" katanya." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=494
PM ucap terima kasih kepada Kemboja, bantu selesai isu penipuan pekerja
[ "PHNOM PENH, 27 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kemboja atas usaha dan kerjasama membantu menyelesaikan isu penipuan tawaran pekerjaan rakyat Malaysia di negara itu.Jelasnya, kepimpinan dan sokongan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen amat bermakna kepada ratusan keluarga di Malaysia untuk membawa pulang 287 mangsa yang terbabit.\"Kepimpinan Kemboja yang begitu cemerlang dari segi memberi sokongan dan kerjasama penuh dalam usaha ini. \"Jadi terima kasih banyak, ia amat bermakna kepada ratusan keluarga yang terpengaruh dengan isu penipuan tawaran pekerjaan ini,\" katanya.", "(Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) pada sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Peace Palace, Phnom Penh)", "Beliau menyatakan demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Peace Palace, di sini hari ini.Pertemuan empat mata Perdana Menteri bersama rakan sejawatannya itu akan tertumpu kepada pelbagai usaha ke arah memperkukuh hubungan kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi dan kestabilan politik serantau." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=495
KPWKM pandang serius isu penderaan kanak-kanak
[ "KUALA LUMPUR, 27 Mac- Isu penderaan kanak-kanak di pandang serius Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementeriannya di bawah agensi seliaanya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara turut bertanggungjawab kepada isu berkenaan.Salah satunya langkah segera diambil mewujudkan garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).  \"Melalui garis panduan ini, pegawai pelindung JKM mempunyai rujukan dan panduan secara terperinci dalam proses membuat syor pihak yang layak menjadi OYLS sebelum diputuskan oleh mahkamah.\"Selain itu, pegawai pelindung JKM terus diberikan pendedahan serta latihan berterusan dalam usaha mempertingkat dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran,\" katanya.", "Jelas beliau, Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak turut ditubuhkan kepada orang yang layak dan sesuai diperingkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang akan dipengerusikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.Beliau menjawab soalan yang dikemukakan wakil Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi di Dewan Rakyat, Parlimen." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=496
GFSI: Malaysia berada di kedudukan ke-41
[ "KUALA LUMPUR, 27 Mac- Berdasarkan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) yang dikeluarkan oleh Economist Impact (EI), Malaysia berada di kedudukan ke-41 dengan skor 69.9.Dalam kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-8, dan ke-2 dalam kalangan negara Asia Tenggara.Timbalan Menteri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kedudukan tersebut akan meningkatkan tahap keterjaminan makanan negara dan kedudukan Malaysia dalam GFSI bagi memastikan sistem makanan negara terus kekal rentan dalam pelbagai keadaan. \"Dalam hal ini, pelbagai langkah telah diambil antaranya menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk membincangkan hala tuju dan cadangan penyelasaian ke atas isu berkaitan sekuriti makanan. \"Memandangkan empat kategori GFSI-Affordability, Availability, Quality & Safety serta Sustainability & Adaptation, ianya melangkaui bidang kuasa mana-mana satu kementerian, Jawatankuasa Kabinet ini, yang merupakan kerangka rentas kementerian.Ianya menjadi platform yang tepat bagi Kerajaan Perpaduan menyusun strategi dan menggerakkan usaha bagi menambah baik prestasi negara,\" katanya.", "(Timbalan Menteri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin)", "Tambahnya lagi, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus secara berkala dengan kementerian serta agensi yang bertanggungjawab terhadap empat dimensi sekuriti makanan yang dinilai bagi memperbaiki skor GFSI.Sesi libat urus juga akan diadakan dengan pelbagai organisasi antarabangsa yang menjadi sumber rujukan maklumat dan data GFSI bagi memahami kaedah penilaian yang dilaksanakan serta memberi penjelasan mengenai situasi sebenar negara.Chan Foong Hin menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=497
PM tiba di Phnom Penh untuk lawatan kerja sehari
[ "PHNOM PENH, 27 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja bagi lawatan rasmi sulung ke negara itu.Jadual padat menanti Perdana Menteri, hari ini ke arah memperkukuh hubungan dua hala lebih 6 dekad.Ketibaan Anwar disambut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.Mewakili Kerajaan Kemboja, Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Othsman Hassan selaku Menteri Pengiring.Lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen akan dimulakan dengan sambutan rasmi di Peace Palace Phnom Penh kira-kira 11.15 pagi, waktu tempatan.Pertemuan empat mata Perdana Menteri bersama rakan sejawatanya akan tertumpu kepada pelbagai usaha ke arah memperkukuh hubungan kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi dan kestabilan politik serantau.", "(Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja bagi lawatan rasmi sulung ke negara itu/Foto PMO)", "Anwar seterusnya dijadual menyaksikan acara menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan perburuhan sektor domestik dan formal yang akan ditandatangani Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.", "Pemeteraian kedua-dua MoU akan memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor perburuhan, sebelum mengadakan sidang media bersama rakan sejawatannya, Hun Sen.Perdana Menteri turut dijadual bertemu Presiden Senat dan Presiden Senat rakyat Kemboja bagi memperkasa badan legislatif di kedua negara.Selain pertemuan dengan Diaspora Malaysia yang terdiri daripada ahli perniagaan dan para pelabur dari Malaysia.Simbolik penyerahan 1,500 naskhah Al-Quran dalam tulisan Khmer bagi menggalakkan usaha mendalami Kalamullah juga akan diserahkan kepada Komuniti Melayu Champa.Pada akhir lawatan, Perdana Menteri dijadual menyantuni ulama dan masyarakat Islam dengan menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Terawih di Masjid Al-Serqal." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=498
22,327 pengambilan guru secara "one-off" dalam tempoh 3 tahun - KPM
[ "KUALA LUMPUR, 27 Mac- Dari tahun 2021 hingga Januari 2023, Kementerian Pendidkan (KPM) telah melaksanakan pengambilan seramai 22,327 guru melibatkan sebanyak 148 bidang pengkhususan melalui kaedah \"one-off\" dan kluster mata pelajaran sebagai strategi untuk memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi. Beberapa bidang pengkhususan diberi perhatian antaranya adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik dan Sejarah. Jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, urusan pengambilan tersebut akan berterusan bagi tahun 2023 dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah.\"Lanjutan daripada itu, penyediaan unjuran ambilan guru baharu tahun 2023 hingga 2027 bagi bekalan sekolah menengah dan sekolah rendah, KPM telah disediakan berdasarkan data pada 31 Disember 2022. \"Data unjuran ambilan guru baharu sekolah KPM secara keseluruhan bagi tahun 2023 hingga 2027 adalah antara 16,886 hingga 20,081 guru.", "(Timbalan Menteri Pendidikan / Lim Hui Ying)", "\"KPM akan sentiasa menyemak data unjuran dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan,\" katanya.Tambahnya lagi, urusan pengambilan dilaksanakan melalui Pihak Berkuasa Melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang dijalankan sepanjang tahun.Lim Hui Ying menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=499
Program Pemulihan Khas dilaksana di sekolah rendah
[ "KUALA LUMPUR, 27 Mac- Bagi memastikan murid sekolah rendah menguasai literasi dan numerasi, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya ialah Program Pemulihan Khas. Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, guru pemulihan dengan kerjasama guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik memberi bimbingan yang bersesuaian kepada murid yang terjejas semasa pandemik COVID-19 dalam aspek penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M).\"Selain itu, KPM juga mengadakan Program Bantu Baca bagi semua murid sekolah rendah memperkukuhkan kemahiran membaca. \"Program ini dilaksanakan secara kolaboratif melibatkan pelatih Institut Pendidikan Guru yang menjalani latihan praktikum di sekolah, pelajar matrikulasi dan murid sekolah berasrama penuh dengan kerjasama komuniti setempat. \"KPM juga memugarkan semula pelaksanaan Program Bimbingan 3M (PROBIM) bagi murid sekolah menengah (kelas peralihan hingga Tingkatan 5) supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum menamatkan persekolahan,\" katanya.", "(Timbalan Menteri Pendidikan / Lim Hui Ying)", "Tambahnya lagi, KPM telah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi (PLaN) untuk memastikan murid menguasai sekurang-kurangnya tahap minimum.Selain itu, PLaN juga menyediakan bahan bantu belajar murid serta item pentaksiran untuk menyokong pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Lim Hui Ying menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas." ]
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=500
Subsidi bersasar, harga barangan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
[ "KUALA LUMPUR, 27 Mac- Persoalan berkaitan subsidi bersasar, harga barangan serta jaminan keselamatan makanan negara antara dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) bertanyakan Menteri Kewangan mengenai bila subsidi bersasar seperti diumumkan Perdana Menteri pada 27 November 2022 dijangka dilaksanakan.Soalan itu dikemukakan semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, dengan Radzi juga ingin tahu sama ada kerajaan boleh memberi jaminan bahawa harga barangan tidak akan meningkat apabila subsidi bersasar dilaksanakan.Pang Hok Liong (PH-Labis) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan jumlah nilai makanan import bagi tahun 2018 hingga 2022 dan langkah yang telah atau akan diambil bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan makanan negara.Turut dijangka menjadi tumpuan, pertanyaan V. Ganabatirau (PH-Klang) kepada Menteri Perpaduan Negara mengenai bagaimana Kerajaan MADANI akan memastikan pembelaan kepada semua kaum dan agama apabila berlaku pendakwaan terpilih terhadap penghinaan sesuatu kaum dan agama.Beliau juga ingin tahu sama ada Kerajaan MADANI akan berlaku adil dalam memastikan segala penghinaan terhadap semua kaum dan agama dihentikan.", "Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengemukakan soalan kepada Menteri Pendidikan mengenai status pengambilan guru baharu pada tahun 2022 serta perincian pengambilan guru mengikut opsyen mata pelajaran bagi 2016 hingga 2022 dan unjuran pengambilan guru bagi 2023 hingga 2027.Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa. -BERNAMA" ]