url
stringlengths 49
58
| headline
stringlengths 22
176
| content
sequence |
---|---|---|
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=208 |
Siti Nurhaliza buat persembahan eksklusif, sasar RM1 juta dana amal
| [
"(\"Sasaran kutipan RM1 juta untuk dua malam (5 dan 6 November), semua untuk Yayasan Nurjiwa.Tetapi kalau orang perseorangan atau syarikat yang nak buat sumbangan pun boleh tidak ada masalah,kita terbuka,\" Siti Nurhaliza)",
"KUALA LUMPUR, 25 Julai- Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan janji kepada peminat dengan mengadakan persembahan eksklusif \"Music of the Soul: An evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza\" pada 5 dan 6 November depan di Dewan Plenary KLCC.Jelas penyanyi yang mesra disapa Tok Ti, hasil jualan tiket akan disalur kepada Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan bencana alam ke Palestin.\"Sasaran kutipan RM1 juta untuk dua malam (5 dan 6 November), semua untuk Yayasan Nurjiwa. Tapi kalau orang perseorangan atau syarikat yang nak buat sumbangan pun boleh tak ada masalah, kita terbuka. \"Sebab sekarang pun kita masih kutip dana di bawah Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan COVID-19 dengan kerjasama Kita Fund. Siti berkata, kutipan dana ni bukan pertama kali, kerana beliau sudah beberapa kali mengadakan persembahan amal seumpamanya.Selain itu, katanya masyarakat juga turut menyumbang menerusi tabung yang dilancarkan. \"Pada mulanya nak buat setakat musibah dan bencana saja, tapi fikir semula, sebaiknya teruskan saja dan bergabung dengan Yayasan Nurjiwa. \"Kalau diikutkan hasil dari jualan tiket, setelah kos, memang salurkan ke Yayasan Nurjiwa. Macam mana nak bahagikan, nanti pihak yayasan akan bahagikan. \"Jadi, kutipan persembahan ini juga bukan untuk sekolah kami di Gaza saja, tapi khusus untuk semua,\" katanya pada Sidang Media Music of The Soul: An Evening with Dato' Sri Siti Nurhaliza.Menurut Siti, beliau dan suami memasang impian untuk ke Gaza bagi melawat sekolah yang mereka tubuhkan itu. \"Rasa nak pergi, dan menjadi impian saya dan suami nak ke sana. Insya-Allah, bila keadaan mengizinkan.",
"(Siti Nurhaliza pada sidang media persembahan amal Music of the soul- An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan diadakan di Dewan Plenary KLCC)",
"\"Insya-Allah, nak dirikan sekolah sendiri juga. Macam yang saya cakap, apabila ada rezeki dan ramai membantu, boleh menjadi kenyataan. Lebih daripada itu kita boleh buat,\" katanya. Lebih menarik, yayasan tersebut telah membina sekolah di GAZA yang diberi nama Afwa & Afiyah sejak 5 Oktober lalu.Siti, 43, sekolah yang ditubuhkan menerusi Yayasan Nurjiwa bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu kini diuruskan oleh sahabat mereka yang juga orang tempatan di sana. \"Alhamdulillah, setiap bulan saya dan suami secara peribadi serta Yayasan Nurjiwa membuat sumbangan untuk keperluan sekolah itu. Kita nak berterusan dan semuanya daripada kami. Kalau ada rezeki lebih, contoh setiap kali saya ada persembahan, menjadi duta, memang saya peruntukan, agihan zakat saya atau apa, untuk dibahagikan juga kepada pembelajaran kanak-kanak di sekolah itu. Sekarang sudah ada hampir 50 pelajar. \"Buat masa sekarang, sekolah itu diuruskan oleh sahabat baik kami di sana. Dia akan mengemaskini apa saja aktiviti pelajar di sana, seperti pengajian, ujian, hafazan, peperiksaan, malah ketika hari jadi saya dan kedua-dua anak, mereka mengadakan doa selamat di sana. 'Sekolah ini sudah hampir setahun beroperasi. Setakat ini kami menyewa tempat dulu termasuk tenaga pengajar pun kita yang bayar. Setiap bulan memang diperuntukkan RM10,000, kadang lebih dari itu, sebab ada nak beli buku dan sebagainya. Tapi amaun itu memang tetap,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=209 |
Kenal sejak 2010, jejaka dari Sarawak pilihan Wany Hasrita
| [
"PETALING JAYA, 22 Julai - Penyanyi popular Wany Hasrita, 30, selamat bernikah dengan jejaka pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, pada pukul 9.11 malam tadi. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa. Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak. Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu berkata, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak, mereka tidak pernah isytihar menjadi kekasih namun mengambil keputusan untuk membawa hubungan ke fasa yang lebih serius.\"Jika diikutkan, saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi melalui rakan baik saya yang juga sepupunya dan waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi.“Pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mula mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram dan banyak berhubung di situ,\" katanya.Menurut Wany, dia dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini. “Bukan rahsia sebenarnya. Saya pun belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan.\"Jadi dalam perhubungan kali ini, saya mengambil pendekatan biar semuanya sudah ‘confirm’ barulah kita kongsikan. “Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial. Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormati,” katanya.",
"(Wany Hasrita selamat bernikah dengan jejaka pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 9.15 malam tadi)",
"Ditanya mengenai penerimaan suami terhadap status dirinya, Wany berkata Adib sangat memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti tanah air. “Macam dikatakan, dia bukan jenis ‘kaki media sosial’. Disebabkan itu dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan. “Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Dia memahami kerjaya saya dan tak kacau. Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga. \"Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri. Dalam masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya,” katanya. Melalui perhubungan jarak jauh selama ini, Wany berkata mereka menjalaninya dengan baik sahaja selain Adib yang juga berasal dari Kuching, Sarawak. “Kami okay saja hubungan jarak jauh. Kami menjalani hubungan ini macam biasa dan tak ada isu pun. Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. \"Sepanjang tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali. Di IG memang tak pernah letak pun gambar dia. Yang tahu saja tahu,” katanya lagi. Kira-kira 300 tetamu hadir memeriahkan majlis pernikahan terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media. Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai ini bertempat di Cheras, Kuala Lumpur."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=210 |
Wany Hasrita pilih Al-Adib Fahmi, tamatkan zaman bujang malam ini
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Julai- Penyanyi wanita popular tanah air, Wany Hasrita mengumumkan khabar gembira bakal menamatkan zaman bujangnya hari ini.Pengumuman tersebut dikongsi menerusi laman Instagramnya petang tadi.Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30 akan melangsungkan majlis akad nikah dengan jejaka pilihannya yang hanya dikenali dengan nama, Al-Adib Fahmi.Wany yang tidak memperincikan butiran majlis dalam entri Instagramnya itu, memohon doa daripada peminat dan kenalan untuk menempuh fasa baharu dalam kehidupannya.\"Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Merancang tiap sesuatu di muka bumi ini. Dengan rasa rendah hati Wany ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan di fasa yang baharu.Insya-Allah, Wany akan bernikah malam ini. Di kesempatan ini juga, Wany ingin memohon maaf andai pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua,\" tulis Wany di Instagramnya.Rata-rata warganet dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan mendoakan kelancaran majlis malam ini.Entri tersebut menerima 37,140 tontonan pelayar dan tanda pagar #AdibWany mula tular di seluruh media sosial.Wany Hasrita mula mewarnai industri muzik tanah air dengan kejayaan single sulungnya berjudul 'Menahan Rindu' dengan meraih tontonan muzik video sebanyak 37 juta di laman Youtube.",
"(Wany Hasrita berkongsi khabar gembira tersebut di Instagramnya petang tadi/IG Wany Hasrita)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=211 |
Sutradara Iran, Jafar perlu jalani semula hukuman enam tahun penjara yang tertangguh
| [
"TEHRAN, 19 Julai- Sutradara atau pengarah filem Iran terkenal, juga pemenang anugerah berprestij Jafar Panahi yang ditahan minggu lalu di sini perlu menjalani hukuman enam tahun penjara yang disabitkan pada 2010. Demikian diumumkan pihak berkuasa kehakiman pada Selasa.",
"Jafar, 62 telah memenangi beberapa anugerah di festival antarabangsa untuk filem yang dikatakan mengkritik Iran moden termasuk filem “Taxi” pemenang hadiah utama di Berlin pada 2015 dan lakon layar terbaik di Cannes menerusi filem \"Three Faces\" pada 2018.",
"Ikon gelombang baharu filem Iran itu merupakan pengarah filem ke-3 yang ditahan bulan ini, selepas Mostafa Aleahmad dan Mohammad Rasoulof, pemenang Golden Bear di Berlin pada 2020 menerusi filem \"There Is No Evil\".",
"“Jafar telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun pada 2010… dan atas sebab itu dia dimasukkan ke penjara Evin untuk menjalani hukuman di sana,” kata jurucakap badan kehakiman Massoud Setayeshi kepada pemberita.",
"(Pengarah Filem Iran, Jafar Pahani. Gambar diambil pada 30 Ogos 2010/Fail AFP)",
"Jafar ditahan pada tahun 2010, selepas didakwa menyokong protes antikerajaan. Jafar juga didapati bersalah kerana “menentang sistem propaganda” dan dikenakan hukuman penjara enam tahun, dilarang mengarah atau menulis filem juga disekat daripada meninggalkan Iran.",
"Ada juga laporan menyebut, tindakan itu susulan penerbitan sebuah filem mengenai krisis pilihan raya Presiden Iran 2009.",
"Bagaimanapun, Jafar hanya menjalani hukuman penjara selama dua bulan pada 2010, dan kemudian dibebaskan secara bersyarat serta boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Ada juga laporan menyebut Jafar dibebaskan dari penjara selepas mogok lapar.",
"Jafar ditahan semula pada 11 Julai lalu selepas dia pergi ke pejabat pendakwa raya untuk membuat semakan susulan mengenai situasi Mohammad Rasoulof. ",
"Penahanan itu dibuat selepas Jafar dan Mohammad pada Mei mengecam penahanan beberapa rakan sekerja mereka menerusi surat terbuka. -AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=212 |
J Lo, Ben Afflek berkahwin di Vegas
| [
"LOS ANGELES, 18 Julai- Pasangan selebriti Hollywood Jennifer Lopez dan Ben Affleck berkahwin hujung minggu ini di Las Vegas, 18 tahun selepas percintaan pertama mereka gagal.",
"Pasangan itu berkahwin pada hari Sabtu, menurut lesen perkahwinan yang mereka failkan di Clark County, Nevada.",
"Ia menyenaraikan pihak dalam perkahwinan itu sebagai Affleck, Benjamin Geza dan Lopez, Jennifer dan memberikan \"nama baru\" yang terakhir sebagai Affleck, Jennifer.",
"Pasangan itu masing-masing berusia 49 dan dia 52 tahun, pertama kali bertemu di set filem \"Gigli\" yang ditayangkan pada tahun 2002.",
"Mereka menjadi sensasi media ketika berpacaran tetapi menangguhkan perkahwinan yang dirancang pada 2003, kemudian mengumumkan hubungan mereka berakhir pada awal 2004.",
"\"Bennifer\" - nama panggilan umum pasangan itu daripada hubungan pertama mereka yang sangat publisiti kembali mencetuskan sensasi dalam internet tahun lalu apabila gambar mereka bersama-sama sekali lagi mula tersebar.",
"Lopez dan Affleck mengumumkan pertunangan mereka pada April.",
"Lopez menyiarkan video dirinya kelihatan emosi dan mengagumi cincin hijaunya dalam siaran medianya, \"On The JLo.\"",
"Ini adalah perkahwinan keempat untuk Lopez dan yang kedua untuk Affleck.",
"Lopez terdahulu membincangkan hubungannya yang kembali terjalin dengan Affleck dalam temu bual bersama-sama People pada Februari.",
"\"Ia adalah kisah cinta yang indah yang kami mendapat peluang kedua,\" katanya.",
"Lopez sebelum ini telah berkahwin dengan pelakon Ojani Noa, penari Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony.",
"Bersama Anthony, Lopez mempunyai sepasang anak kembar berusia 14 tahun, Max dan Emme.",
"Sementara Affleck telah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan mempunyai tiga anak Violet, 16, Seraphina, 13, dan Samuel, 10.",
"Akhbar gosip TMZ berkata pasangan itu \"seolah-olah tidak dapat dipisahkan\" sejak mereka kembali bersama, membeli-belah bersama untuk rumah dan kadang-kadang membawa anak-anak mereka bersama.- AFP",
"(Foto bertarikh 8 Februari 2022, Jennifer Lopez dan pelakon Ben Affleck tiba untuk tayangan khas \"Marry Me\" di Directors Guild of America (DGA) di Los Angeles /AFP)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=213 |
Aktor filem Godfather meninggal dunia
| [
"(Dalam gambar fail ini yang diambil pada 22 Februari 2022, pelakon James Caan tiba untuk acara tayangan perdana Ulang Tahun ke-50 \"The Godfather\" di Teater Paramount di Hollywood, California/AFP)",
"LOS ANGELES, 8 Julai- Aktor James Caan yang cukup terkenal dengan watak Sonny Corleone dalam filem ikonik, The Godfather, dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun.Pemergian Caan yang meraih pencalonan Anugerah Akademi (Oscar) bagi watak pewaris keluarga mafia dalam filem arahan Francis Ford Coppola pada 1972 itu, disahkan pengurusnya.\"Dengan kesedihan yang teramat, kami mengumumkan pemergian Caan (yang dikenali sebagai Jimmy) pada hari ini,\" kata salah seorang anggota keluarga mendiang melalui ciapan di Twitter.Pemergian Caan disahkan pengurusnya kepada AFP, namun, punca kematian tidak didedahkan.Mendiang Caan yang berkahwin empat kali, dilapor meninggalkan lima anak.Selain The Godfather, Caan membintangi filem mega lain seperti Misery, Thief dan Rollerball.Penerbit filem, Matt DelPiano menyifatkan Caan antara legenda seni terbaik.\"Bukan sahaja menjadi salah seorang aktor terbaik yang kita pernah lihat, mendiang juga lucu, setia, suka mengambil berat dan disayangi,\" katanya.",
"Caan memulakan karier lakonan sejak era 1960-an dengan membintangi banyak filem bersama pengarah hebat seperti Billy Wilder bagi filem Irma La Douce, Howard Hawks (El Dorado) and Coppola (The Rain People).",
"(Pelakon James Caan bergambar bersama isterinya pelakon Sheila Ryan (kanan)(Sheila Caan) dan pelakon Perancis-AS Lilyan Chauvin (kiri) semasa pratonton filem Funny Lady diarahkan oleh Herbert Ross di Paris, gambar fail yang diambil pada 18 Mac 1975,/AFP)",
"Mediang kemudian terjun dalam dunia televisyen (TV) pada 1970 dengan membintangi drama Brian's Song melakonkan watak Brian Piccolo.Namun, watak Corleone dalam filem klasik, The Godfather menempatkan Caan dalam liga tersendiri dengan bakat lakonan hebat.Filem The Godfather meraih tiga trofi Oscar termasuk Filem Terbaik dan Aktor Terbaik yang dimenangi Marlon Brando.Dalam kenyataan kepada AFP, Coppola menyifatkan Caan sebagai teman paling rapat dalam dunia perfileman.\"Filem dan banyak watak hebat lakonannya tidak akan dilupakan. Mendiang sentiasa menjadi sahabat, teman kolaborasi dan insan paling lucu yang pernah saya kenali.\"Saya ucap terima kasih kepada Tuhan atas anugerah ini (persahabatan dengan Caan),\" katanya kepada AFP. -AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=214 |
K-KOMM, Kerajaan Negeri akan bincang kurangkan cukai hiburan
| [
"PUTRAJAYA, 7 Julai - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan cadangan cukai hiburan. Melalui pertemuan itu Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin akan mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengenakan cukai hiburan yang terlampau tinggi kepada penggiat industri seni dan perfileman negara.“Kalau boleh kami minta PBT untuk tidak mengenakan cukai (hiburan) yang tinggi sangat, sekarang mereka (penggiat seni) perlu bayar cukai 25 peratus kepada PBT.“Kalau PBT kenakan cukai hiburan tinggi sangat, ia akan bantutkan perkembangan industri filem dan mutunya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan supertele ‘Penanggal Mak Kiah’ di sini hari ini.",
"(Zahidi ketika berucap pada majlis pelancaran supertele Penanggal Mak Kiah dan filem Flaka di Putrajaya/FOTO Aisya Yatim)",
"Zahidi berkata, duti hiburan 25 peratus bukan sahaja dikenakan bagi tayangan filem di pawagam, sebaliknya aktiviti seperti 'busking' turut dikenakan caj mahal.\"Ini suatu perkara yang tidak patut. Namun, bukan semua PBT begitu, hanya sesetengah saja.\"Jadi, saya akan berjumpa dengan kerajaan negeri untuk berbincang dengan PBT agar tidak mengenakan caj tinggi. Kalau boleh, 10 peratus cukuplah,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=215 |
Karya anak tempatan ke Festival Filem Locarno
| [
"KUALA LUMPUR, 7 Julai- Satu lagi karya anak tempatan tercalon pada festival filem berprestij dunia bagi anugerah utama, ‘Golden Leopard’.Filem terbaharu Woo Ming Jin ‘Stone Turtle’, dipilih ke Pertandingan Utama ‘Concorso Internationale’ di Festival Filem Antarabangsa Locarno, Switzerland yang akan bermula 3 hingga 13 Ogos ini.Buat kali pertama dalam sejarah, sebuah filem berbahasa Melayu akan bertanding di festival tersebut, yang merupakan antara 5 festival filem paling berprestij di dunia.Selain bertanding untuk anugerah utama, Woo Ming Jin turut bertanding untuk anugerah Pengarah Terbaik, manakala kedua-dua pelakon utamanya Bront Palarae dan bintang Indonesia Asmara Abigail masing-masing akan bertanding untuk anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.",
"Stone Turtle merupakan filem 'thriller dramatic' yang menggabungkan aksi langsung dan animasi, mengisahkan kembara masa seorang wanita dan lelaki di Pantai Timur.Diterbitkan oleh Greenlight Pictures, penggambaran bermula di Terengganu selama sebulan pada Januari lalu.Filem tersebut turut dibintangi Amerul Affendi, Maisyarah Mazlan, Samara Kenzo dan Alison Khor.",
"(Stone Turtle merupakan filem 'thriller dramatic' yang menggabungkan aksi langsung dan animasi, mengisahkan kembara masa seorang wanita dan lelaki di Pantai Timur)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=216 |
Yasin lega tuduhan edar dadah babitkan hukuman gantung ditarik balik
| [
"PETALING JAYA, 6 Julai- Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman hari ini terlepas daripada dakwaan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.Pengarah Pendakwaan Selangor Khairul Azreem Mamat memaklumkan kepada Majistret Muhammad Iskandar Zainol bahawa pihaknya turut memohon supaya Muhammad Yasin, 47, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi kesalahan itu dan dia akan dituduh dengan dua pertuduhan baharu.Peguam Ariff Azami Hussein, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff yang mewakili Muhammad Yasin tidak membantah permohonan itu.Muhammad Iskandar kemudian melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.Sebelum ini Muhammad Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pada 5.30 petang, 24 Mac lepas. Sementara itu, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan baharu.Dia didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac lepas.Pelantun lagu Mimpi Laila itu dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat, dia juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.Muhammad Yasin dituduh melakukan perbuatan itu di kediamannya pada pukul 5.30 petang, 24 Mac lepas dan pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan. Sebelum ini, di mahkamah sama, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas tuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis di kediamannya pada tarikh dan masa sama.",
"Penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini, bagi sebutan kes atas dua pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar 214 gram dadah yang dihadapinya pada 31 Mac lepas / FOTO BERNAMA",
"Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.Permohonan ikat jamin terhadap Muhammad Yasin yang ditahan di Penjara Sungai Buloh, bagi ketiga-tiga pertuduhan itu akan didengar pada 22 Ogos ini.Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Yasin berkata beliau lega selepas pertuduhan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati ditarik balik.\"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,\" katanya. -BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=217 |
MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P.Ramlee
| [
"IPOH, 6 Julai- Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) kini dalam perbincangan untuk melanjutkan tempoh hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang bakal berakhir tahun depan.Pengurus Besar MACP, Mary Yap berkata ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.“Tempoh tersebut adalah lama, seperti lagu Tan Sri P Ramlee yang akan luput akhir tahun depan dan kami dalam perbincangan untuk melanjutkannya… Kami sedang buat perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa untuk melanjutkan tempoh hak cipta,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diwakili Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin di Ipoh.",
"(Majlis MOU antara MACP dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi merealisasikan Ipoh sebagai bandaraya seni)",
"Rumaizi pula berkata MBI merupakan pihak berkuasa tempatan pertama yang memperoleh lesen MACP untuk RadioTV MBI (RTBI) .“Kerjasama strategik dan mantap yang termeterai dalam MOU ini memastikan RTBI serta acara di bawah anjuran MBI mendapat lesen yang sah daripada MACP,” katanya.MACP merupakan badan pengutip royalti berdaftar serta organisasi pengurusan kolektif yang mewakili pemunya hak cipta muzik seperti komposer, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit muzik. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=218 |
Mahkamah arah Ira Kazar tidak ganggu Puteri Sarah, masuk pernyataan pembelaan
| [
"KUALA LUMPUR, 4 Julai- Selebriti wanita, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar yang didakwa merupakan kekasih pengarah, Syamsul Yusof diarah masuk pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman dikemukakan Puteri Sarah Liyana dalam tempoh sebulan, mulai hari ini.Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad.\"Mahkamah mengarahkan pihak defendan (Ira) masuk penyataan pembelaan dalam tuntutan saman dalam tempoh sebulan.\"Jika perlu, plaintif akan menjawabnya. Jika tidak, mahkamah akan menetapkan tarikh bicara,\" katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya.Tambah Akberdin, mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi. Ia termasuklah defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.\"Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi dikekalkan mahkamah,\" kata Akberdin.Mengulas sama ada kes saman berkemungkinan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, Akberdin berkata, setakat ini belum ke arah itu lagi.Selain Akberdin, turut hadir, peguam, Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abd Latiff.Namun, Puteri Sarah dan Ira tidak hadir dan diwakili peguam masing-masing.Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan, sebelum atau pada 4 Ogos depan.\"Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif.\"Hari ini, mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,\" kata Ammar.Puteri Sarah sebelum ini bertindak memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon vateran, Kazar.",
"( Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=219 |
Wayang pacak' imbau kenangan lalu
| [
"KUANTAN, 2 Julai - 'Wayang Pacak' atau pertunjukan wayang gambar sinonim dengan Jabatan Penerangan mahu pun Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai medium menyampaikan mesej kepada rakyat secara berhibur, yang dahulunya popular zaman 70an dan 80an. Inisiatif yang dilaksanakan Unit Drama TV RTM dengan mengadakan pra-tonton drama ‘Pekan Kecil Kampung Terpencil’ di pekan Sungai Lembing seolah mengimbau nostalgia kepada penduduk selain mengambil kira lokasi penggambaran di lokasi-lokasi menarik sekitar sungai Lembing. Menurut Penolong Pengarah Unit Drama TV RTM, Sarena Mohd Salleh setelah Negara berhadapan COVID-19 selama lebih dua tahun, ‘wayang pacak’ dilihat sebagai antara medium menarik untuk diketengahkan kepada penduduk luar bandar yang amat merindui suasana tersebut. \"Sebab wayang pacak ini terkenal sebelum ini. Kita buat kembali selepas kita beralih kepada endemik, jadi sempena hari kebangsaan kami hidupkan kembali Keluarga Malaysia kesamaan kita disini. Kami unit drama meraikan penduduk di Sungai lembing ini,\" kata Sarena di sini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) sungai Lembing, Muhammad Ridzal Sukimi berharap penganjuran program ‘wayang pacak’ itu dapat dilakukan setiap tahun sebagai nilai tambah kepada aktiviti perlancongan di situ. \"Ribuan terima kasih kepada pihak RTM kerana memberi peluang kepada kami penduduk sungai Lembing merasai apa yang kita pernah rasai tahun 70an 80an iaitu wayang pacak. Saya berharap mungkin boleh bekerjasama kami dari sungai Lembing dengan pihak RTM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menjadikan program seperti ini sebagai program tahunan kita,\" kata Muhammad Ridzal.",
"Menurut Pengarah serta Penulis Skrip drama ‘Pekan Kecil Kampung Terpencil’ Wan Mohd Afzam Wan Daud, drama berkenaan digarap dengan menerapkan elemen perpaduan antara masyarakat berbilang kaum serta jalan ceritanya yang menarik. \"Untuk cerita ini pada dasarnya adalah cerita yang agak mudah, kisah percintaan yang telah putus lama kemudian pelakon wanita utama balik ke kampung bertemu dengan pelakon lelaki utama dan orang kampung yang baik hati semua cuba menyatukan percintaan mereka ini, dengan perkahwinan. Jadi ada isu konflik yang berlaku dalam perjalanan untuk menyatukan antara mereka berdua,\" kata Wan Mohd Afza. Drama berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia mengandungi 10 episod itu dijangka menemui penonton pada 10 hari terakhir sebagai ‘Countdown’ menuju ke hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti .Disiarkan setiap hari di saluran TV RTM. Ia turut membariskan barisan pelakon popular antaranya, Raja Ema, Mubarak Majid, Wani Kayrie, Noorkhiriah, Kamarool Yusoff, Bell Ngasri dan ramai lagi. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=220 |
'Konsert Tribute Seniman Negara Dato' Seri Ahmad Nawab' sebuah penghormatan
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Julai- Mencipta lagu-lagu sesuai dengan watak penyanyi, menjadi resepi yang menjadikan karya Datuk Seri Dr Ahmad Nawab kekal malar segar.Setelah tujuh dekad mengabdikan diri dalam bidang muzik, himpunan lagu beliau bakal berkumandang di Istana Budaya bermula malam ini.Sejajar dengan status beliau sebagai Seniman Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Binjamal Event selaku penerbit, mementaskan Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab di Panggung Sari.Turut terlibat dan menjadi rakan strategik bagi penganjuran konsert itu ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).Ia menjadi konsert ketiga yang mengetengahkan lagu-lagu ciptaan komposer kelahiran Pulau Pinang itu, selepas Melodi Emas pada 2002 dan Melodi Emas 2 pada 2006.Dato' Seri Dr Ahmad Nawab melahirkan rasa terharu dan menyifatkan 'Konsert Tribute Seniman Negara Dato' Seri Ahmad Nawab' adalah penghormatan dan penghargaan yang amat besar buat dirinya yang telah melibatkan diri dalam industri muzik lebih setengah abad, bermula dari 1950-an hingga kini.",
"(Pemuzik/Penggubah lagu, Dato' Seri Dr. Ahmad Nawab)",
"\"Saya rasa hendak menangis sebab terdengar semula lagu penyanyi-penyanyi di bawah didikan saya itu menyanyi dengan baik, rasa nak menangis saya pun terfikir bagaimana mana saya boleh hasilkan banyak lagu dan tiap-lagu lagu itu ada karakterkan. Jadi tulah saya duduk di belakang tadi meleleh juga lah saya penghargaan yang besar bagi saya\", katanya semasa sidang media selepas pratonton Konsert Tribute Seniman Negara Dato' Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya.Sejak penglibatannya dalam industri muzik, figura lagenda ini telah menggubah lebih 20,000 lagu termasuk lebih 200 album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara.Sementara itu, menurut Datuk Jamal Abdillah, konsert hebat ini membariskan anak didik beliau yang bergandingan dengan penyanyi generasi baharu iaitu Wany Hasrita.\"Bagi saya untuk menarik generasi sekarang ini untuk mengenali Datuk Ahmad Nawab lagu-lagi ciptaannya perlu seorang yang ramai pengikut, seperti Wany Hasrita\", katanya. Diiringi 60 pemuzik dari Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Konsert Tribute tersebut bakal mempersembahkan lebih 18 buah lagu yang dinyanyikan barisan penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khatijah Ibrahim, Shidee serta Ramlah Ram.Lebih menarik, Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab bakal membuat penampilan khas pada konsert yang bakal berlangsung hari ini hingga 3 Julai 2022."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=221 |
MGGA, MIFFEST 2022 Terima sokongan penuh MOTAC
| [
"KUALA LUMPUR, 16 Jun - Buat kali ke-5, Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi acara Malaysia Golden Global Awards (MGGA) dan Festival Filem Antarabangsa Malaysia 2022 (MIFFest).Festival gilang gemilang itu menerima hampir 200 pencalonan dari 15 buah negara selain Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut memberi sokongan penuh terhadap penganjurannya.Menurut Pengerusi MIFFest, Joanne Goh, Filem dari Amerika Syarikat bertajuk 'Edge Of The World' turut ditayangkan buat pertama kalinya yang mengisahkan kisah James Brooke dan menjalani pengambaran sepenuhnya di Sarawak.Filem popular tempatan \"Prebet Sapu\" turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Sinematografi Terbaik.",
"(Anugerah MGGA akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya/FOTO MGGA)",
"MIFFest akan berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur dari 10 hingga 15 Julai, manakala kemuncak malam Anugerah MGGA akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya.Sementara itu, percaya pada bakat yang dimiliki anak tempatan, Penerbit Filem Aron Koh kini membuka sebuah akademi seni yang memberi fokus kepada industri perfileman.Pembukaan Quinton Academy oleh bekas pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta, Universiti Lim Kok Wing itu mendapat kerjasama Akademi Filem New York yang menawarkan kursus dan sijil bertaraf antarabangsa.Quinton Academy menawarkan 10 sijil professional dengan kursus diploma dan ijazah lanjutan bakal bermula Julai ini dengan pengambilan pelajar tempatan dan antarabangsa termasuk pelajar yang akan memulakan pengajian secara dalam talian."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=222 |
K-KOMM terus ketengahkan seni warisan dikir barat
| [
"KUALA LUMPUR, 17 Jun- Mengangkat dan melestarikan seni budaya dikir barat agar tidak lapuk ditelan zaman.Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi RTM akan terus mengangkat martabat dan memperkasakan seni warisan dikir barat yang terkenal di Pantai Timur kepada Keluarga Malaysia.Timbalan Ketua Pengarah Operasi Penyiaran Jabatan Penyiaran, Putri Joliana Yaacob berkata seni warisan seperti dikir barat perlu dipertahankan, dijulang dan diturunkan daripada generasi kepada generasi.RTM akan terus menjadi platform ke arah mempopularkan seni persembahan budaya Melayu dalam mendepani gelombang persaingan muzik dari negara luar.\"RTM memang tidak ketinggalan untuk memartabatkan dikir barat ini ke serata negaralah. Memang dari dulu lagi sejak 2010 lagi saya rasa memang kita dah mulakan pertandingan ini cuma kita tangguh sekejap.\"Sejak 2015 hingga sekarang kita akan hidupkan balik budaya kita untuk dikir barat ini, jadi kita akan teruskan. RTM akan teruskan terutama sekali kita punya Datuk Ketua Pengarah orang Kelantan,kita akan terus hidupkan budaya dikir barat ini untuk anak-anak muda kita,\" kata Putri Joliana selepas Majlis Ramah Mesra Pengurusan RTM bersama Finalis Dikir Barat 2022 di Angkasapuri di sini.",
"(Putri Joliana Yaacob ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Pengurusan RTM bersama Finalis Dikir Barat 2022 di Angkasapuri)",
"Berkonsepkan 'Menjunjung Seni dan Warisan', peringkat akhir Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022 akan berlangsung esok di Auditorium Perdana, Angkasapuri.Disiarkan secara langsung di TV2 menyaksikan dua kumpulan dari Kelantan berentap merebut gelaran juara iatu Kumpulan Sirat Maharaja dari Bachok dan Kumpulan Sound Creative dari Pasir Puteh."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=223 |
Kerjasama Malaysia dengan penggiat industri perfileman luar dipertingkat
| [
"BANGKOK, 18 Jun - Malaysia mahu meningkatkan kerjasama dengan penggiat industri perfileman luar negara khususnya di negara-negara ASEAN, dalam usaha mengangkat industri perfileman negara ke tahap lebih tinggi.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Bangkok berkata beliau mahu meninjau peluang kerjasama antara penerbit dan pengedar filem di rantau itu. Annuar juga mahu melihat lebih banyak kerjasama terjalin, antara penggiat industri itu di Malaysia dan negara- negara ASEAN selain di China, India dan Korea.“Kita tidak boleh tunggu untuk mereka datang. Kita perlu bertindak proaktf untuk membawa industri perfileman ke tahap berikutnya,” katanya di sini.Tegasnya, penggiat industri perfileman perlu bertindak proaktif bagi membawa industri ke tahap lebih tinggi.",
"(Annuar dalam rangka lawatannya di Bangkok/FOTO BERNAMA)",
"Terdahulu, dalam lawatannya, Annuar mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Gross Domestic Happiness (GDH) Studio, Jina Osothsilp untuk menjalin kerjasama dengan Thailand dalam industri perfileman.",
"Malaysia dan Thailand sebelum ini telah menandatangani perjanjian secara bilateral dalam bidang-bidang seperti telekomunikasi, industri kreatif serta industri filem dan muzik.Namun berikutan pandemik COVID-19, perjanjian yang dicapai tidak dapat dilaksanakan dan oleh itu Annuar berkata beliau mahu inisiatif itu disambung semula."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=224 |
Konsert 'Search Rockin Rooftop' pukau peminat
| [
"(Ella dan Denden berduet pada konsert 'Search Rockin Rooftop' malam tadi)",
"KUALA LUMPUR, 12 Jun- Kumpulan rock legenda tanah air, Search berjaya memukau peminat dengan persembahan bertenaga dalam konsert 'Search Rockin Rooftop', di Kompleks Campbell Jalan Dang Wangi, malam tadi. Search dibarisi Kid (Gitar Utama), Din (Gitar Kedua), Yanto (Bass), Minn (Drum) dan penyanyi baharu mereka dari Indonesia, Denden Gonjalez.Hampir 3,000 peminat dari seluruh negara termasuk Singapura dan Indonesia hadir pada konsert yang bermula sedikit lewat iaitu 9.45 malam berbanding waktu asal 9.00 malam, berikutan hujan lebat. Sebanyak 16 buah lagu dihidangkan selama hampir dua jam meliputi Album Fenomena, Rampage, Karisma, Rock N Roll Pie, Mentari Merah di Ufuk Timur, Langit dan Bumi serta Gema Timur Jauh.",
"(Persembahan bertenaga Search pada konsert 'Search Rockin Rooftop' malam tadi)",
"Nyata vokalis dari Bandung, Indonesia, Denden berjaya memukau dengan mempersembahkan lagu-lagu bernada tinggi seperti Fantasia Bulan Madu.Lebih memukau peminat, ia disulami petikan gitar adik beradik, Kid dan Din yang memperlihatkan Search berada di kelas tersendiri meski kini berlainan vokalis asalnya.Pada konsert itu juga, ratu Rock Ella turut menyampaikan dua buah lagu 'Melayar Bahtera' dan 'Bayangan' berduet dengan Denden.Ramai rakan artis turut hadir memberikan sokongan antaranya Datuk Hattan, Tam Spider, Datuk Ramli Sarip, Ritz Metalasia termasuk Datuk M. Nasir yang menaikkan kumpulan itu sejak era 80-an hingga kini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=225 |
Perjumpaan dengan penggiat muzik, selesai beberapa isu - Zahidi
| [
"BAGAN DATUK, 7 Jun - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan membuat pertemuan bersama penggiat muzik tanah air terlebih dahulu bagi menyelesaikan isu dihadapi antaranya berkaitan pembayaran royalti dan kebajikan. Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pertemuan itu dibuat sebelum pihak kementerian mengambil langkah seterusnya. Jelas beliau penggiat industri muzik ketika ini tidak mempunyai badan khusus yang menyelaras kebajikan mereka seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang ditumpukan kepada pelakon. \"Masih ada yang tidak dapat kita penuhi. Ada artis-artis yang tidak puas hati dengan persatuan-persatuan mereka. Jadi kita akan adakan perjumpaan dengan artis, kita nak tahu apa cara dan kehendak mereka.",
"(Zahidi bercakap kepada media selepasmelawat penyanyi Datuk M. Daud Kilau di rumahnya, di sini hari ini)",
"\"Kita akan berjumpa untuk memberikan pandangan sebelum tubuh perbadanan industri muzik ini. Apa cadangan mereka mahukan, contohnya kalau mereka tidak puas hati nak rujuk terus dengan kementerian atau bagaimana yang mereka mahukan. Kita akan dengar,\" kata Zahidi di sini.Ketika ini tiga badan mengutip royalti muzik iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Berhad dan Recording Performers Malaysia Berhad (RPM)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=226 |
YUVAN 25 - Live in concert in KL bakal diadakan pada 16-17 Julai
| [
"(Penyanyi, penulis lagu dan komposer muzik Tamil, Yuvan Shankar Raja/BERNAMA)",
"KUALA LUMPUR, 7 Jun- Penganjur konsert di negara ini giat menyambung semula pelancongan muzik untuk memulihkan industri pelancongan tempatan pasca pandemik, dengan konsert antarabangsa India pertama dijadual diadakan pada Julai. Malik Streams Corporation Sdn Bhd akan menganjurkan konsert yang menampilkan penyanyi, penulis lagu dan komposer muzik Tamil, Yuvan Shankar Raja di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini pada 16 hingga 17 Julai. Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, berkata sambutan amat menggalakkan dengan 9,000 tiket habis dijual dalam masa kurang dua jam untuk konsert hari pertama.",
"(Yuvan Shankar Raja bergambar selepas sidang akhbar ‘Yuvan 25- Live in Concert Kuala Lumpur’, di Kuala Lumpur, 6 Jun 2022/BERNAMA)",
"“Berikutan sambutan luar biasa yang diterima kita putuskan untuk konsert itu diadakan selama dua hari.“Pada hari kedua, konsert itu akan menampilkan konsep yang berbeza daripada yang pertama, iaitu lebih kepada suasana parti,” katanya pada sidang media sempena Yuvan 25 - Live in Concert Kuala Lumpur di sini.Yuvan turut hadir pada sidang media itu.Tiket untuk hari kedua boleh didapati mulai 2.00 petang mulai 8 Jun di www.myticket.asia.Harga tiket bermula dari RM105 sehingga RM2,500.-BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=227 |
Rezeki 'Euphoria' dan 'Spider-Man', Zendaya menang anugerah MTV
| [
"LOS ANGELES, 6 Jun- Zendaya mendominasi Anugerah Filem dan TV MTV pada Ahad apabila drama remajanya \"Euphoria\" dan filem blokbuster adiwira \"Spider-Man: No Way Home\" masing-masing diundi sebagai rancangan terbaik dan filem terbaik.Anugerah itu, yang berlangsung pada permulaan musim blockbuster musim panas, diundi secara dalam talian dan menekankan populariti besar bekas bintang kanak-kanak Disney berusia 25 tahun itu.Zendaya memenangi persembahan terbaik dalam pertunjukan untuk \"Euphoria\", turut memenangi anugerah luar biasa untuk \"pertarungan terbaik\" dan anugerah baharu untuk \"hookup\" terbaik.Anugerah MTV telah lama menganugerahkan trofi patung \"popcorn emas\" dengan lidah di pipi untuk pelbagai kategori termasuk \"persembahan paling menakutkan.\"Dengan peminat tegar digalakkan untuk mengundi lebih daripada sekali untuk artis kegemaran mereka, anugerah ini cenderung untuk mengiktiraf 'hits' atau paling digemari dalam arus perdana dan komersial dengan pengikut media sosial yang besar dan setia.Oleh itu, agak mengejutkan \"Spider-Man: No Way Home\" muncul box office hit terbesar sejak pendemik melanda untuk memenangi filem terbaik.Filem itu telah memperoleh hampir AS$1.9 bilion di seluruh dunia, dan merupakan hit ketiga terbesar untuk panggung domestik yang pernah ada.Ia turut meraih anugerah persembahan terbaik dalam filem untuk teman lelaki Zendaya pada skrin dan kehidupan sebenar iaitu Tom Holland.Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menghadiri majlis itu di Santa Monica, dekat Los Angeles.Sementara itu, Jennifer Lopez menerima \"Anugerah Generasi\".Lopez juga memenangi lagu terbaik, untuk \"On My Way (Marry Me),\" manakala pemenang Grammy berusia 19 tahun, Olivia Rodrigo memenangi dokumentari muzik terbaik \"Olivia Rodrigo: driving home 2 u.\"Jack Black turut diberi penghormatan oleh MTV. Lelaki berusia 52 tahun itu mencuba pintu masuk dengan penuh bertenaga, berguling di atas pentas disusuli sorakan penonton muda, sebelum tercungap-cungap meminta \"sedikit oksigen.\"Daniel Radcliffe, yang memenangi penjahat terbaik untuk komedi pengembaraan \"The Lost City,\" bergurau bahawa loghat Inggerisnya telah membuat perubahan jahatnya menjadi mudah.\"Ini adalah loghat kejahatan tulen yang diiktiraf secara universal,\" katanya.\"Ini adalah suara yang akan menendang anak anjing atau tidak memberi Oliver Twist lebih banyak makanan.\"Saya benar-benar harus berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana hanya mempunyai pandangan jauh, selama bertahun-tahun yang lalu, untuk menjadikan saya British, supaya saya boleh membesar dengan cukup jahat untuk memenangi anugerah ini suatu hari nanti.\"- AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=228 |
Amber Heard tidak mampu bayar pampasan AS$10.35 juta kepada Johnny Depp
| [
"(Selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp, 58 (foto kanan), terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36 (foto kiri), juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country, memutuskan pelakon itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta)/Foto REUTERS)",
"WASHINGTON, 3 Jun- Pelakon Amber Heard berkemungkinan tidak dapat membayar pampasan bernilai AS$10.35 juta (RM45.39) juta kepada bekas suaminya, Johnny Depp.Peguamnya, Elaine Bredehoft, berkata anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan juri Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepada bintang Pirates Of The Caribbean itu dalam perbicaraan kes saman fitnah yang berakhir Rabu lalu.\"Oh tidak sama sekali tidak,\" katanya ketika wawancara dalam rancangan NBC's TODAY semalam, mengenai sama ada Heard akan membayar Depp seperti diperintahkan mahkamah.Bredehoft berkata, pasukan undang-undang mewakili Depp berusaha untuk melawan Heard dan menyekat bukti penting dalam perbicaraan sekali gus menghalang juri daripada memeriksa bukti dakwaan penderaan Depp.\"Beberapa perkara dibenarkan di mahkamah ini yang tidak sepatutnya dibenarkan dan ia menyebabkan juri keliru.",
"\"Keputusan itu memberi petanda buruk bagi pergerakan MeToo dan akan menghalang wanita daripada melaporkan gangguan dan penderaan seksual.\"Ia satu mesej yang mengerikan dan kemunduran ketara,\" katanya.",
"Sementara itu, Deep dalam kenyataan berkata, dia menganggap keputusan juri yang berpihak kepadanya umpama memberi semula kehidupannya yang sudah hilang sejak enam tahun lalu.",
"Juri di sebuah mahkamah di Fairfax, Virginia, kelmarin memerintahkan Heard membayar ganti rugi AS$15 juta (RM65 juta) selepas didapati memfitnah bahawa dia didera bekas suaminya itu.",
"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan jumlah itu dikurangkan kepada AS$10.35 juta (RM45 juta) selari dengan had ganti rugi punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.",
"Depp, 58, mengemukakan saman fitnah menuntut tidak kurang AS$50 juta (RM219 juta) terhadap Heard yang didakwa memfitnahnya apabila bekas isterinya itu dalam satu artikel akhbar mendakwa dia adalah 'figura awam mewakili keganasan rumahtangga.",
"Heard, 36, yang pernah membintangi filem aksi Aquaman pula mengemukakan tuntutan balas menuntut AS$100 juta (RM439 juta), dengan mendakwa Depp mencemarkan reputasinya.",
"Kedua-duanya bertemu pada 2011 ketika berlakon filem The Rum Diary sebelum berkahwin pada Februari 2015 dan mereka berpisah dan penyelesaian perceraian dimuktamadkan dua tahun kemudian. - AFP",
"((Peguam mewakili Amber Heard, Elaine Bredehoft, berkata anak guamnya akan membuat rayuanterhadap keputusan juri Amerika Syarikat (AS)/Foto REUTERS)",
"Berita berkaitanJohnny Depp menang kes saman malu terhadap bekas isteriJohnny Depp terlepas projek AS$22.5 jutaJohnny Depp saman bekas isteri, tolak tuduhan keji terhadapnyaJohnny Depp kemuka saksi tolak dakwaan kaki pukul isteriSaksi sahkan Amber Heard didiagnosis alami gangguan kecelaruan personaliti"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=229 |
Telefilem ‘kayuh’ bakal menemui penonton setia slot panggung RTM sempena hari bapa
| [
"KUALA LUMPUR, 2 Jun - Bersempena sambutan Hari Bapa pada 19 Jun depan, Unit drama TV RTM membawakan sebuah telefilem yang mengangkat tema pengorbanan, kasih sayang dan kekeluargaan bertajuk \"Kayuh\".Memaparkan pengorbanan seorang bapa tunggal mencari rezeki sebagai penarik beca lakonan Aman Graseka, drama tersebut bakal menemui penonton setia TV1 menerusi slot Panggung RTM pada 18 Jun ini.Menurut Pengarah muda, Irfan Zainaldin, biarpun tertangguh hampir dua tahun dan berdepan wabak COVID-19 semasa sesi penggambaran dilakukan, sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk menyiapkan karya sulungnya itu.",
"\"Kita jalankan penggambaran sewaktu virus Omicron tengah menular tahun lepas, ada krew kami yang terpaksa pulang di waktu akhir disebabkan jangkitan virus COVID-19, tapi alhamdulillah artis kami semua negatif jadi kami boleh sambung penggambaran seperti biasa dan alhamdulillah juga saya dapat menyiapkan naskah tersebut\"\"Saya juga berharap agar penonton yang akan melihat serta merasai sendiri naskah ini bagaimana pengorbanan seorang ayah agar kita lebih menghargai mereka,\" katanya.Selain Aman Graseka, telefilem tersebut turut dibarisi pelakon terkemuka tanahair antaranya Adam Shahz, Noorkhiriah, Ameerul Affendy, Azzahra, Hanis Kamal dan ramai lagi.'Kayuh' berkisarkan mengenai Pak Rahman seorang penarik beca yang bersifat patriotik dan pemurah berkorban membesarkan kedua orang anak lelakinya selepas kematian isterinya.Biarpun sikap Pak Rahman disenangi ramai, namun ada yang mencemburuinya hingga sanggup melakukan khianat kepadanya.Apa yang terjadi kepada Pak Rahmat? Jangan lupa tonton telefilem 'Kayuh' pada 18 Jun ini di saluran TV1."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=230 |
Johnny Depp menang kes saman malu terhadap bekas isteri
| [
"FAIRFAX, 2 Jun – Selepas menempuhi perbicaraan selama enam minggu, pelakon Hollywood, Johnny Depp, akhirnya membuktikan dirinya tidak bersalah apabila menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, hari ini.Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa wanita itu yang sering bertindak ganas.Juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country di sini, hari ini memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif.Sementara itu, Melalui kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram, Depp meraikan kejayaan memenangi kes saman malu itu.\"Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, juga mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya, berubah sama sekali.\"Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tuduhan jenayah yang palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ini mencetuskan kebencian ramai yang berterusan biarpun tiada dakwaan dibuat ke atas saya.\"Perkara ini memberi impak terhadap kehidupan dan karier saya. Enam tahun kemudian, juri beri kehidupan saya semula... Saya sangat rendah diri,\" katanya yang tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang peminat sepanjang perbicaraan berlangsung.Melalui kenyataan penuh emosi itu, Depp berharap usaha yang dilakukan bagi memulihkan maruahnya membantu insan lain yang mungkin berdepan situasi sama.Depp turut berterima kasih kepada hakim, juri, kakitangan mahkamah dan semua pihak lain termasuk kumpulan peguam yang melakukan tugas terbaik membantunya menegakkan kebenaran.- AFP",
"(Pasukan perundangan Johnny Depp berpelukan selepas juri memutuskan bahawa mereka percaya Amber Heard memfitnah bekas suaminya Johnny Depp)FOTO AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=231 |
Konsert Dewa 19 di Kuala Lumpur
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Jun - Khabar gembira buat peminat Dewa 19 dimana mereka bakal mengadakan Konsert Ulang Tahun Ke-30 Dewa 19 di Kuala Lumpur, September depan.Konsert jelajah yang bermula di Surabaya, Jumaat lalu itu bakal diadakan di 30 bandar termasuk Kuala Lumpur dan Singapura.Menurut Ahmad Dhani, mereka akan membawakan 30 lagu bersama barisan vokalis Dewa 19 seperti Ari Lasso, Once dan Ello untuk setiap konsert.Berkongsi perancangan ke arah konsert mega di Malaysia bersempena hari bersejarah Dewa 19, katanya penganjuran konsert tersebut adalah simbolik persaudaraan mereka sejak 35 tahun lalu.\"Kami juga akan membawakan lagu-lagu yang jarang sekali dimainkan sebelum ini...dari album pertama hingga album terakhir yang kesemuanya diketahui peminat Dewa 19, (Baladewa),\" katanya.",
"(Ahmad Dhani semasa sidang media di sini) ",
"Kali terakhir Dewa 19 mengadakan konsert di Malaysia pada 2 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam.Namun ia berlangsung tanpa Ahmad Dhani yang ketika itu dipenjara dan digantikan anaknya, Abdul Qodir Jaelani.Vokalis dan juga pemain keyboard Dewa 19 itu tiba di Kuala Lumpur minggu lalu ditemani isterinya, Mulan Jameela telah mengadakan persembahan di festival islamik, Garden of Eid menerusi Konsert Mini Figura Seni Tersohor Indonesia, Ahmad Dhani, bertempat di Taman Botani Perdana, malam Isnin lalu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=232 |
Dian Hashim kembali dengan single kedua berjudul Petanda
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Jun - Di bawah label KRU Music, penyanyi yang mula dicungkil bakatnya melalui sebuah program realiti, Dian Hashim kembali dengan single kedua berjudul ‘Petanda’.Jelas Dian, strategi dari pihak pengurusan KRU Music yang lebih tersusun kali ini dilihat mampu memahat namanya sebaris penyanyi-penyanyi baharu yang sedang mengorak langkah sepertinya yang sebelum ini mempertaruhkan single berjudul ‘ Aku Wanita’, dua tahun lalu.",
"(Dian Hashim dengan single keduanya berjudul Petanda)",
"Petanda hasil nukilan sepenuhnya dari komposer Neo namun turut mendapat sentuhan emas, Edry Abdul Halim dengan susunan lagu serta adunan muzik yang mantap dihasilkan di studionya di Manchester, England.Lebih mengujakan Dian, ‘Petanda’ bakal dijadikan runut bunyi bagi sebuah filem berjudul ‘7 Minggu Sebelum Kahwin’ yang dterbitkan KRU Studios dan Bloombordia arahan Eira Rahman.Single tersebut boleh distrim di semua platform digital, sementara video muzik akan ditayangkan di saluran Youtube KRU Music bermula 3 Jun 2022."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=233 |
Ada keganjilan pada kematian bintang Bollywood 'KK' - Polis
| [
"KOLKATA, 1 Jun - Polis India hari ini berkata mereka sedang menyiasat kematian bintang penyanyi Bollywood Krishnakumar Kunnath, atau lebih dikenali sebagai KK, yang meninggal dunia pada usia 53 tahun selepas konsert.Penyanyi itu meninggal dunia sejurus selepas membuat persembahan di festival kolej di Kolkata pada petang Selasa.Dia dikejarkan ke hospital dari hotelnya kira-kira jam 10:30 malam, dan disahkan meninggal oleh doktor.Menteri Belia dan Sukan India, Aroop Biswas, berkata KK telah meninggal dunia akibat serangan jantung.Tetapi polis berkata mereka sedang menyiasat sama ada KK mati sebagai \"kematian luar biasa\", dengan laporan media mengatakan terdapat kecederaan di muka dan kepalanya.Bedah siasat akan dilakukan keesokan harinya.\"Kami juga sedang berbincang dengan pihak berkuasa hotel dan meneliti rakaman CCTV untuk memahami apa yang berlaku sebelum dia dibawa ke hospital,\" kata pegawai polis Sanjoy Mukherjee.Dilahirkan di Delhi dalam keluarga India selatan, penyanyi serba boleh itu memulakan kerjayanya dengan mengiklankan 'jingle' dan merakam lagu dalam bahasa Hindi, Tamil, Telugu, Kannada, Malayalam, Marathi dan Bengali.Seperti penyanyi latar lain di India yang menjadi bintang dengan hasil mereka sendiri, lagu-lagunya telah dipaparkan dalam filem-filem di mana para pelakon penyeragakan bibir bersama vokalnya.Lagu hitsnya dari tahun 2000-an termasuk \"Aankhon Me Teri\" dari filem \"Om Shanti Om\" dan \"Khuda Jaane\" dari \"Bachna Ae Haseeno\".Perdana Menteri Narendra Modi mengetuai penghormatan kepada penyanyi itu.\"Lagu-lagunya mencerminkan pelbagai emosi (dan) menyentuh hati orang ramai dari semua peringkat umur,\" kata Modi di Twitter.\"Kami akan sentiasa mengingatinya melalui lagu-lagunya. Takziah kepada keluarga dan peminatnya.\"\"Saya tidak percaya bahawa artis berbakat seperti ini meninggalkan kami dengan cara ini. Dia mempunyai dua program berturut-turut di Kolkata,\" kata komposer Anupam Roy kepada AFP.Peminat memberi penghormatan pada kiriman Instagram yang disiarkan oleh pengurusannya dengan gambar menunjukkan KK menyanyi di hadapan orang ramai dalam suasana yang riuh rendah.Hantaran itu disertakan dengan kapsyen \"Gig mendebarkan malam ini di Nazrul Mancha ...Sayang Kamu Semua.\"\"Rehatlah legenda, anda akan sentiasa di hati kami,\" tulis seorang pengguna.\"Awak pergi terlalu cepat!!!!!!\" komen yang lain.Salah satu lagu Hindi yang dinyanyikannya pada konsert terakhir ialah \"Pal\", yang mempunyai lirik \"sama ada kita hidup atau tidak, kita akan ingat detik ini\".Industri filem India telah kehilangan beberapa tokoh dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk penyanyi superstar Lata Mangeshkar pada usia 92 pada Februari dan pelakon veteran Dilip Kumar pada 2021 pada 98.Tahun sebelumnya, India kehilangan penyanyi yang sangat disayangi S.P. Balasubrahmanyam serta pelakon Irrfan Khan, Rishi Kapoor dan Sushant Singh Rajput.Pada hari Ahad, Sidhu Moose Wala, seorang penyanyi rap yang popular dan antara diaspora India di Britain dan Kanada, ditembak mati di negeri utara Punjab. Polis percaya pembunuhan itu ada kaitan dengan jenayah terancang.- AFP",
"(Polis mengangkut mayat KK, dalam kenderaan dari sebuah hospital di Kolkata pada 1 Jun 2022 - AFP)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=234 |
M Nasir tetap memukau meski 40 tahun dalam industri
| [
"KUALA LUMPUR, 28 Mei - Berkecimpung melebihi 40 tahun dalam industri seni tanah air, ternyata sifu muzik, Datuk M Nasir, 64, masih berbisa dengan bakatnya yang luar biasa.Mana tidaknya, kemunculan figura itu memukau peminatnya yang tersendiri ketika membuat persembahan pada Konsert Satu Hari Di Hari Raya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini semalam.Keghairahan M Nasir atau nama sebenar, Mohamad Nasir Mohamed mendendangkan hampir 20 buah lagu pada malam itu, menghiburkan lebih 500 orang peminatnya setelah hampir bertahun-tahun tidak tampil dengan konsert.",
"(Datuk M Nasir mendendangkan hampir 20 buah lagu pada Konsert Satu Hari Di Hari Raya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL))",
"Persembahan cukup 'intim' selama 2 jam itu dimulakan dengan lagu Halaman Asmara dan M Nasir kelihatan mulai selesa selepas menyanyikan lagu kelima, Hijab Kekasih.Terus menjerat memori penonton menerusi rangkaian lagu medley Sentuhan Kecundang, Sampai Hati, Sekuntum Mawar Merah dan Sahabat Gua sebelum terbuai dengan lagu terakhir, Sentuhan Listrikmu.Meskipun konsert berlangsung dalam dewan tertutup dan berkonsepkan makan malam, ternyata peminatnya turut terhibur menyanyi dan menari bersama M Nasir.Konsert tersebut diadakan bagi membantu penggiat seni melalui kerjasama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).Sebahagian hasil kutipan Konsert Satu Hari Di Hari Raya itu akan diagihkan kepada penggiat seni yang kurang bernasib baik, termasuk mereka yang terkesan impak penularan pandemik COVID-19."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=235 |
Filem seram 'Sumpahan Jerunei' pikat bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film
| [
"CANNES, 21 Mei- Filem seram, 'Sumpahan Jerunei' terbitan Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd telah menarik minat beberapa bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film 2022 yang disifatkan sebagai antara pasaran filem terbesar di dunia.Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd, Datin Dr Wendy Wong berkata setakat ini, sebanyak enam pembeli dari Amerika Syarikat dan satu pembeli dari United Kingdom menunjukkan minat untuk membeli filem arahan pengarah Jason Chong itu.\"Filem ini menerima tawaran daripada banyak pengedar atau ejen. Buat sementara ini kita tengah fikir mana satu pilihan yang terbaik sekali. Ini kerana kami kena pilih satu pembeli sahaja.\"Kita punya kriteria jangan pembeli ambil 'worldwide right' kerana ramai ejen nak ambil worldwide right, kalau ambil worldwide right kita tak dapat kawal dan kita tak nak hilang pegangan Asia itu. Sekarang kita sedang dalam dilema sebab tiga pembeli yang disenarai pendek ada keistimewaan sendiri,\" katanya kepada wartawan Malaysia di sini.Menampilkan barisan pelakon terkenal dan berpengalaman antaranya Bront Palarae, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose dan Ruminah Sidek.",
"Sumpahan Jerunei dihasilkan berdasarkan kisah benar yang memaparkan sejarah kaum Melanau berkaitan adat pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak.Sementara itu, seorang lagi Pengarah Eksekutif syarikat produksi itu Datuk Nancie Foo berkata, Sumpahan Jerunei mendapat perhatian daripada pembeli antarabangsa berikutan filem berkenaan memaparkan kisah benar selain ia merupakan filem seram yang melibatkan budaya.\"Memang pembeli asing suka sangat, mereka suka tajuk asli dan budaya. Dalam filem ini memang semua adalah asli. Lokasi pun memang lokasi asal. Bila mereka (pembeli) dah dapat tiga perkara ini, mereka sudah tertarik,\" katanya.",
"(Pemilihan kawasan penggambaran yang baik, ia dapat menaikkan nama Sarawak supaya dikenali dengan mempunyai banyak kawasan alam semula jadi yang menarik)",
"Beliau berkata perbincangan bersama pembeli yang berpotensi telah pun dibuat sejak dua tahun lepas dan Marche Du Film menjadi platform untuk mereka mengadakan perbincangan lanjut serta membuat pilihan dan seterusnya memeterai perjanjian.Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=236 |
Marche Du Film platform pasarkan produk animasi Malaysia
| [
"CANNES, 19 Mei - Penganjuran Marche Du Film di Perancis menjadi platform terbaik kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mempromosi dan memperkenalkan produk animasi negara seperti Upin & Ipin, Ejen Ali, Boboiboy dan Batik Girl.Animasi tempatan, Upin & Ipin misalnya cukup popular di Indonesia dan antara contoh produk animasi negara yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa serta telah memenangi pelbagai anugerah global.Menurut Pengerusi MDEC, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad sebagai agensi peneraju yang menggalakkan lebih banyak penghasilan filem animasi, badan tersebut akan terus mempergiatkan promosi bagi membolehkan sektor animasi negara menembusi pasaran global.\"Marche Du Film di Perancis boleh menjadi platform untuk memasarkan produk animasi Malaysia. \"Negara mempunyai keupayaan dari segi teknologi dalam industri berkenaan selain mendapat promosi meluas oleh MDEC,\" katanya kepada wartawan Malaysia di sini.",
"(Pengerusi MDEC, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad)",
"Tambah beliau, pihaknya akan terus membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk memohon geran dan seterusnya menghasilkan lebih banyak filem animasi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari bermula 17 Mei lalu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=237 |
Yasin mula rawatan bipolar di hospital semalam
| [
"PETALING JAYA, 18 Mei- Penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman sudah mendapatkan rawatan penyakit bipolar yang pertama di Hospital Sungai Buloh semalam, sejak beliau berdepan dua pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar 214 gram dadah pada 31 Mac lepas.Peguam Ariff Azami Hussien yang mewakili Muhammad Yasin memaklumkan perkara itu pada sebutan kes berkenaan hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat dan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.Ariff Azami berkata rawatan psikiatri yang perlu diberikan kepada Muhammad Yasin telah diuruskan oleh pihak Penjara Sungai Buloh selepas permohonan tersebut dibuat pada tarikh sebutan lepas (31 Mac).“Anak guam (Muhammad Yasin) telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh semalam untuk mendapatkan rawatan yang dipohon walaupun sedikit lewat dibawa ke hospital. Kami rakam ucapan terima kasih kepada mahkamah dan penjara kerana memungkinkan rawatan ini.“Anak guam juga akan menerima rawatan susulan dalam tempoh enam minggu di Hospital Sungai Buloh,” kata Ariff Azami yang hadir bersama seorang lagi peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memberitahu mahkamah bahawa laporan kimia masih belum diperoleh dan memohon tarikh sebutan lain bagi menyerahkan laporan tersebut.Kedua-dua mahkamah menetapkan sebutan kes itu pada 22 Jun ini untuk penyerahan laporan kimia.Semasa memasuki mahkamah, Muhammad Yasin yang memakai baju berwarna putih menunjukkan isyarat bagus dan melambai ke arah ahli keluarga serta beberapa rakan artis yang duduk di galeri awam.Prosiding itu turut dihadiri Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan abang Muhammad Yasin, Zain.Pada 31 Mac lepas, pelantun lagu ‘Mimpi Laila’ itu didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang daripadanya kanabis boleh diperoleh sama ada secara terus atau secara tidak langsung di kediamannya di Kondominium Casa Indah, Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada pukul 5.30 petang, 24 Mac lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.Bapa kepada dua anak itu juga didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.",
"Muhammad Yasin, 47, ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau berterima kasih kepada Syed Saddiq dan rakan-rakannya yang hadir di mahkamah hari ini bagi memberi sokongan kepadanya.Kelihatan beberapa ahli kumpulan nasyid Brothers menyanyikan lagu ‘Teman Sejati’ semasa Muhammad Yasin keluar dari mahkamah.Sementara itu, Zain berkata ahli keluarga melawat Muhammad Yasin di Penjara Sungai Buloh pada setiap minggu bagi memberi sokongan kepada adiknya itu.“Kami (ahli keluarga) memberi sokongan yang tidak putus kepada Yasin sebab tak nak dia rasa kecewa dan akan pastikan dia makan ubat secara konsisten. Anak-anak dia (Yasin) juga berada dalam keadaan baik dan Yasin telefon mereka seminggu sekali,” katanya.Dalam pada itu, Syed Saddiq yang juga Pengerusi Kaukus Medical Cannabis berkata beliau telah berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperhalusi cadangan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.“Saya sebaik mungkin akan membantu dalam isu ini supaya ia dilihat daripada sudut data dan sains,” katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=238 |
Awal Ashaari didakwa khianat rosak palang pagar sebuah perumahan
| [
"PETALING JAYA, 17 Mei- Pengacara popular Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara.Ahmad Awaluddin, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.“Saya mengaku tidak bersalah,” jawab Ahmad Awaluddin yang memakai kot biru gelap ketika ditanya pengakuannya.Personaliti televisyen itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik Pengurusan Challis Damansara yang nilai kerugian dianggarkan RM600, di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, pada pukul 11.30 pagi, 16 April lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.",
"Peguam Datuk M Reza Hassan dibantu Hamizah Sobree yang mewakili Ahmad Awaluddin memohon jaminan RM3,000 atas alasan pendapatan anak guamnya sebagai pengacara tidak konsisten.“Anak guam saya menanggung isteri, dua anak serta ibu bapanya yang tua. Saya mohon jaminan yang ditawarkan oleh pendakwaan dikurangkan,” katanya.Mahkamah membenarkan Ahmad Awaluddin diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Julai ini untuk sebutan kes."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=239 |
FINAS sasar RM50 juta pelaburan asing menerusi FIMI sempena Marche Du Film 2022
| [
"KUALA LUMPUR, 15 Mei- Penyertaan dan penglibatan Malaysia di pasaran filem Marche Du Film (MARCHE 2022), adalah penting sebagai penanda aras kesungguhan Malaysia dalam mempromosi sekali gus menjual produk-produk kandungan kreatif negara ke peringkat antarabangsa.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai delegasi Malaysia ke pasaran filem itu yang diadakan di Palais des Festivals di Cannes, Perancis bermula Selasa (17 Mei) hingga 25 Mei ini.Marche Du Film merupakan sebuah pasaran filem terbesar dunia yang mengumpulkan ramai penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia untuk membina jaringan penjualan kandungan kreatif di peringkat global selain berkongsi pandangan dan prospek projek filem.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata selain mempromosi dan menjual produk kandungan kreatif negara, tujuan utama Malaysia menghadiri pasaran filem itu adalah untuk menarik pelabur asing ke negara ini melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).\"Tahun ini kami menyasarkan pelaburan asing ke dalam Malaysia melalui insentif FIMI sebanyak RM50 juta.\"FINAS berhasrat menggunakan pasaran MARCHE sebagai platform bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi penggambaran antarabangsa yang menawarkan 30% rebat tunai melalui FIMI dan tambahan sehingga lima peratus melalui ‘cultural test’,” katanya kepada Bernama.Md Nasir berkata sebanyak 13 syarikat tempatan yang menampilkan pelbagai produk kandungan kreatif seperti filem cereka, animasi, dokumentari dan lain-lain akan menghadiri MARCHE 2022 dengan 10 syarikat hadir secara fizikal manakala tiga syarikat secara dalam talian.Antara syarikat terlibat adalah Barnstorm Entertainment, Biscuits Films, Film Wallet Group, Iskandar Malaysia Studios, Jazzy Pictures dan Sarawak Media Group.“Kita juga mengadakan ‘Pavilion Malaysia’ di sana (Cannes) bagi menghimpunkan penggiat industri kreatif Malaysia di bawah satu bumbung dan memperkenalkan mereka kepada penggiat industri antarabangsa.“Ini sekali gus membuktikan kesungguhan pihak kerajaan dalam membantu penggiat industri kandungan kreatif tempatan menembusi pasaran global selepas terjejas teruk semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19,” katanya.",
"Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS),Prof Dr Md Nasir Ibrahim",
"Mengulas mengenai penyertaan negara dalam pasaran antarabangsa, Md Nasir berkata Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan FINAS telah menyertai pasaran antarabangsa sejak 2009 dengan penjualan kandungan kreatif oleh syarikat produksi tempatan yang menyertainya sepanjang 12 tahun lepas sebanyak RM600 juta.Beliau berkata nilai pelaburan yang diperoleh menerusi FIMI dari 2013 hingga tahun lepas pula sebanyak RM4 bilion.“FINAS menyasarkan pelaburan asing bagi projek-projek besar dan berprofil tinggi melalui FIMI seperti sebelum ini. Antara contoh projek yang pernah memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran adalah filem Crazy Rich Asians, Kuu Kuu Harajuku, 6 Underground dan The Mandalorian iaitu siri Star Wars.“Ini membuktikan negara luar kini sedang memberi fokus untuk menjadikan Malaysia sebagai satu daripada lokasi penggambaran bagi produksi mereka berdasarkan lokasi yang menarik, tenaga kerja berkemahiran, kemudahan produksi, hospitaliti dan insentif yang ditawarkan,” katanya.Sepanjang sembilan hari penganjuran, pelbagai program mengisi MARCHE 2022 termasuk mesyuarat bersama syarikat produksi antarabangsa, persidangan bertajuk Malaysia - The Heartbeat of Asia dan sesi pasaran produk kandungan kreatif."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=240 |
Filem kontroversi Kashmir, Singapura haramkan tayangan
| [
"(Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) India yang baru direkrut bersorak semasa perarakan di Humhama, Srinagar pada 2 Mei 2022/Fail AFP)",
"SINGAPURA, 10 Mei- Pihak berkuasa Singapura mengharamkan tayangan filem India kontroversi kerana gambaran “provokatif dan berat sebelah\" terhadap umat Islam di Kashmir.",
"Kerajaan bimbang kebenaran tayangan filem itu hanya mencetuskan ketegangan agama dan etnik di negara itu.",
"Mula ditayangkan pada Mac lalu di India, filem dengan kutipan tertinggi, \"The Kashmir Files\" menceritakan bagaimana ratusan ribu penganut Hindu melarikan diri dari wilayah Kashmir yang ditadbir India pada 1989 - 1990.",
"Plot cerita mengikuti kisah fiksyen seorang pelajar universiti yang kematian ibu dan bapanya akibat dibunuh oleh golongan militan.",
"Filem itu disokong Perdana Menteri, Narendra Modi dan kemudian dijadikan kumpulan penyokong tegar agama, membangkitkan kebencian terhadap penduduk minoriti Islam di negara itu.",
"(Pekerja membersihkan poster 'The Kashmir Files'di sebuah pawagam di New Delhi/Fail AFP)",
"Menurut penganalisis, ia amat dekat dengan agenda politik kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Modi yang sering dituduh meminggirkan dan memburukkan umat Islam di India.",
"Pengawal selia media Singapura enggan mengklasifikasikan filem itu, memberi maksud filem itu tidak boleh ditayangkan.",
"Keputusan dibuat kerana kerana filem tersebut “memberi gambaran ‘provokasi dan berat sebelah' terhadap umat Islam dan gambaran penganut Hindu dianiaya,” kata pegawai dalam satu kenyataan pada lewat Rabu.",
"Singapura dihuni kira-kira 5.5 juta penduduk majoritinya etnik Cina, diikuti komuniti Melayu dan India.",
"Data rasmi kerajaan India melaporkan, kira-kira 200,000 penganut Hindu Kashmir -- dikenali sebagai Pandit -- melarikan diri selepas didakwa berlaku keganasan yang bermula pada akhir 1980-an. Lebih 219 individu dilaporkan terbunuh dalam konflik itu. -AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=241 |
Johnny Depp terlepas projek AS$22.5 juta
| [
"AMERIKA SYARIKAT, 3 Mei - Projek bagi edisi keenam filem 'Pirates of the Caribbean' dibatalkan selepas bintang utamanya, Johnny Depp dituduh melakukan keganasan rumah tangga.Ini bermakna pelakon terkenal itu kehilangan peluang meraih bayaran AS$22.5 juta.Perkara itu didedahkan oleh ejen Depp, Jack Whigham dalam keterangannya dalam prosiding di Virginia, semalam, berkata dakwaan Heard melalui penulisan (op-ed) yang disiarkan dalam Washington Post itu disifatkan sebagai 'malapetaka' terhadap kerjaya Depp di Hollywood.Whigham yang menjadi ejen Depp sejak 2016, memberitahu mahkamah bahawa selepas 'op-ed' itu disiarkan, keadaan menjadi mustahil untuk mendapatkan projek filem studio bagi pelakon berkenaan.Beliau berkata, perjanjian sudah pun dicapai dengan Disney untuk Depp muncul dalam edisi keenam filem 'Pirates of the Caribbean' dengan watak tidak asing lagi sebagai Kapten Jack Sparrow.",
"(Depp pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan beliau terhadap Heard - Foto/AFP)",
"Menurutnya, dakwaan bekas isteri Depp, Amber Heard yang diterbitkan Washington Post membawa malang kepada kerjaya.Selepas laporan itu diterbitkan, susah baginya mendapatkan projek filem studio bagi pelakon berkenaan.Ini termasuk pembatalan kemunculan Depp dalam edisi keenam filem 'Pirates of the Caribbean' sebagai Kapten Jack Sparrow.Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard, atas penulisannya untuk kolum Washington Post itu dengan menuntut ganti rugi AS$50 juta.Heard yang juga pelakon filem 'Aquaman' pula membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta dan mendakwa dirinya mengalami penderaan serta keganasan fizikal daripada Depp. - AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=242 |
Revolusi lagu raya perlu seimbang antara budaya, agama
| [
"KUALA LUMPUR, 2 Mei- Lagu raya sudah menjadi pelengkap untuk sambutan perayaan.Ia bagai satu keperluan untuk membangkitkan ‘mood ’ lebih-lebih lagi kepada si perantau.Tidak menolak lagu malar segar yang terus mendapat tempat, namun peredaran masa turut menuntut pembaharuan terhadap lagu raya yang dekat di hati generasi masa kini.Sifu industri Muzik, Datuk M. Nasir mengakui untuk menghasilkan single raya bukan sesuatu perkara yang mudah pada masa kini, memandangkan pendengar mempunyai citarasa yang tinggi terhadap genre yang akan dibawa.\"Semua lagu raya yang sedap semua dah di buat macam dah habis modal kita nak cerita apa lagi pasal raya nak buat melodi apa lagi melainkan sekarang kita buat melodi baru, cara baru dan mungkin orang-orang lama yang suka pada lagu lama ini akan marah tak suka.\"Nak kena tahu apa itu raya, nak rasa macam mana apa itu suasana raya tu, macam mana dengan nostalgia dia dengan keramaian dengan keraian dia itu dari segi budaya. Dari segi agama pula ada lagi, jadi dia nak kena gabungkan itu semua.",
"Bagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, penghasilan lagu raya yang berpotensi untuk menjadi malar segar terletak kepada penciptanya.\"Lagu raya ini bukan setiap masa kita boleh dengar hanya masa bulan-bulan raya sahaja kan dan dia sangat istimewa, sebab itu kalau betul lah lagu-lagu raya ini kena dia punya irama, 'mood' dia sebenarnya 'mood' je raya ini dengan lagu yang senang nak orang menyanyi sama, memang boleh jadi 'evergreen',\" katanya.",
"Meskipun begitu, tidak dinafikan masih ada lagu baharu yang mampu memberi kesan mendalam kepada masyarakat dengan lirik dan melodinya.Bagaimanapun, lagu raya malar segar akan terus menjadi siulan dalam membangkitkan semangat dan nostalgia hari raya.Pelbagai elemen positif yang diterapkan dalam sesebuah lagu itu pasti membuatkan seseorang terbuai ketika mendengarnya. Tidak kira lagu lama mahupun baharu pasti ia mempunyai nilai tersendiri."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=243 |
Johnny Depp saman bekas isteri, tolak tuduhan keji terhadapnya
| [
"FAIRFAX, 20 April- Bintang \"Pirates of the Caribbean\" Johnny Depp menafikan pernah mendera Amber Heard secara fizikal ketika dia menjadi saksi pada hari Selasa pada perbicaraan pertuduhan fitnah terhadap bekas isterinya.\"Terdapat hujah dan perkara seperti itu tetapi saya sendiri tidak pernah sampai ke tahap memukul Heard dalam apa cara sekalipun,\" kata Depp kepada juri yang mendengar kes itu di Mahkamah Litar Daerah Fairfax di Virginia.\"Saya juga tidak pernah memukul mana-mana wanita dalam hidup saya,\" katanya.Depp berkata dakwaan keganasan domestik yang dibuat terhadapnya oleh Heard adalah tidak benar dan ia sememangnya mengejutkan.Ketika ditanya oleh peguamnya, mengapa dia membawa kes fitnah terhadap bekas isterinya, ini jawapan Depp.\"Saya merasakan tanggungjawab saya untuk berdiri bukan sahaja untuk diri saya sendiri, tetapi membela anak-anak saya,\" kata Depp. \"Saya mahu membersihkan anak-anak saya daripada perkara ngeri ini yang mereka perlu tahu apa yang dikatakan mengenai bapa mereka adalah tidak benar.\"\"Ia adalah pelik apabila suatu hari anda menjadi Cinderella, dan kemudian dalam 0.6 saat anda adalah Quasimodo,\" tambahnya.Depp memfailkan saman fitnah selepas Heard, yang berusia 36 tahun pada hari Jumaat, menulis ruangan untuk The Washington Post pada Disember 2018 di mana dia menggambarkan dirinya sebagai \"tokoh awam yang mewakili penderaan domestik.\"Pelakon itu tidak pernah menamakan Depp, yang ditemuinya pada tahun 2009 di set filem \"The Rum Diary,\" tetapi dia menyamannya kerana menyifatkan dia seorang pendera rumah tangga dan menuntut ganti rugi AS$50 juta.Heard, yang berkahwin dengan Depp dari 2015 hingga 2017, bertindak balas, meminta AS$100 juta dan mendakwa dia mengalami episod keganasan dan penderaan fizikal yang teruk.Depp menuduh Heard berusaha untuk \"menjana publisiti untuk dirinya sendiri\" menjelang tayangan filem \"Aquaman,\" di mana dia memainkan watak utama.- AFP",
"(Johnny Depp memfailkan saman fitnah selepas bekas isterinya Amber Heard, menulis ruangan untuk The Washington Post pada Disember 2018 yang menggambarkan dirinya sebagai \"tokoh awam yang mewakili penderaan domestik./ AFP)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=244 |
35 tahun dalam dunia seni, Hattan adakan konsert buat peminat Jun depan
| [
"KUALA LUMPUR, 15 April- Sempena 35 tahun perjalanan sebagai anak seni, penyanyi rock legenda, Datuk Hattan bakal mengadakan konsert untuk semua peminat tanah air.Konsert Hattan-35 Years Journey anjuran Mewah Event Management itu dijadual berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Jun depan.Difahamkan, tiket untuk persembahan pada 5 Jun telah habis dijual.Selain tiket konsert yang begitu laris, penyanyi kelahiran negeri adat perpatih itu, kini sedang mempersiapkan diri dengan latihan intensif sebagai persediaan untuk menyanyikan 22 buah lagu pada konsert berskala besar berkenaan.\"Saya memang ahli sukan, saya selalu main golf. Dulu kalau main golf saya naik kereta 'buggy' tapi sekarang saya jalan kakilah. Saya akan memulakan latihan intensif kat rumah lah, naik basikal semua. Hari itu saya berehat sebab PKP, saya akan sambung baliklah. Maklumlah dengan usia dah macam ni, itu penting tu, stamina kan. Hari tu dengan baru pulih dari COVID-19,\" kata Hattan ketika ditemui pemberita RTM selepas sidang medianya di sebuah hotel di ibu negara.",
"(Datuk Hattan ditemui media selepas sidang media Konsert Hattan-35 Years Journey di ibu negara)",
"Tambah Hattan, lagu-lagu hits seperti Memburu Rindu, Rendang Tak Berbuah dan Biso Bonar antara seleksi lagu yang bakal didendangkan beliau untuk semua penonton yang hadir.Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 58, antara anak seni yang disegani masyarakat dan sering mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan kehebatan vokalnya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=245 |
Kes saman pelakon Ben Amir selesai, setuju bayar RM100,000 kepada syarikat produksi
| [
"KUALA LUMPUR, 14 April- Kes saman difailkan sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Ben Amir yang didakwa melanggar perjanjian selepas enggan menjadual semula penggambaran drama yang tertangguh akibat COVID-19 diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen di sini.Penyelesaian kes itu dicapai oleh kedua-dua pihak selepas Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, selaku defendan bersetuju membayar RM100,000 kepada plaintif, Elisa Vision Sdn Bhd.Berdasarkan perintah persetujuan itu, Hakim Tasnim Abu Bakar berkata Muhammad Amir perlu membayar RM100,000 secara ansuran sebanyak lima kali iaitu RM20,000 setiap kali bayaran bermula 10 Mei ini.\"Sekiranya defendan (Muhammad Amir) gagal membayar wang itu (RM100,000), maka jumlah asal yang dituntut plaintif dalam kes saman iaitu RM211,477 perlu dikembalikan oleh defendan,\" kata hakim itu yang kemudiannya merekodkan perintah persetujuan berkenaan.Mahkamah turut merekodkan penarikan semula tuntutan balas difailkan pelakon drama 'Sweet Dreams' itu terhadap syarikat produksi tersebut. Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama kes saman itu.Pada Mac tahun lepas, Elisa Vision memfailkan saman itu setelah mendakwa pelakon berkenaan melanggar perjanjian selepas enggan menjadual tarikh baharu penggambaran drama bersiri bertajuk 'Demi'.Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif berkata penglibatan defendan dalam penggambaran drama tersebut adalah sebanyak 13 hari membabitkan 85 babak bagi tiga episod.Bagaimanapun, plaintif mendakwa ketika penggambaran di Scotland, pandemik COVID-19 mula melanda namun penggambaran masih diteruskan dengan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.",
"(Ben Amir keluar dari mahkamah Sesyen Sivil selepas Ben besedia bayar pampasan sebanyak RM100,000 secara ansuran kepada pihak produksi drama Demi dan kes tersebut dianggap selesai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur)",
"Plaintif mendakwa pada 27 Mac 2020, defendan telah pulang ke Malaysia meninggalkan kesemua krew produksi dan pelakon tanpa pengetahuan plaintif dan defendan sendiri mengakui telah melanggar jadual produksi apabila pulang awal ke Malaysia ketika ditemu bual oleh pengacara rancangan Melodi yang bersiaran pada 12 April 2020.Plaintif berhasrat menyambung penggambaran drama itu di Malaysia pada 4 Jan hingga 14 Februari 2021, namun defendan melalui surat bertarikh 14 Oktober 2020 menerusi pihak pengurusannya SJ Global telah menyatakan keengganan untuk menjadual tarikh baharu pengambaran dan menyatakan perjanjian tersebut telah ditamatkan.Oleh itu, plaintif telah mengalami kerugian dan menuntut antaranya ganti rugi RM211,477.08, faedah, kos dan relif lain yang sesuai oleh mahkamah.Sementara itu, Muhammad Amir ketika ditemui pemberita selepas prosiding hanya berkata \"selesai secara baik\" manakala penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain menzahirkan kesyukuran kerana kes saman itu dapat diselesaikan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=246 |
Persatuan industri kreatif perlu ditadbir secara profesional - Annuar
| [
"KUALA LUMPUR, 12 April - Persatuan berkaitan industri kreatif perlu ditadbir secara profesional bagi mengangkat industri berkenaan, serta menjaga tahap profesionalismenya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.Sebagai contoh, beliau berkata sistem royalti boleh diwujudkan dengan mengambil pengalaman negara luar yang menjaga komuniti penggiat industri kreatif seperti para pelakon.“Kalau kita tengok arkitek ada Pertubuhan Arkitek Malaysia, perancang bandar ada ‘Malaysian Institute of Planners’ dan ia menjadi profesional kerana mereka mempunyai persatuan yang menjaga profesionalismenya.Jadi dalam dunia seni, walaupun orang kata orang seni perlu pada kebebasan, kalau nak dijadikan itu sebagai satu profesion, saya cadangkan kena ada dia punya ‘Board of Governors’ yang mengawal etika, profesion, dan kalau itu ada, barangkali kaedah membayar royalti kepada mereka yang diiktiraf pelakon berlesen, pelakon profesional adalah lebih mudah untuk kita kawal,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Bersama Media sempena Program Khas Syawal 2022 RTM di The Vertical, Bangsar South City Kuala Lumpur, di sini.",
"(Annuar Musa bersama hos 'Borak Dulu MenKomm' Khir Rahman beserta panel jemputan, Pengarah Fairuz Loy dan pelakon Bell Ngasri)",
"Sementara itu Annuar berkata sesi “pitching” bagi penggiat industri kreatif mengemukakan karya mereka untuk Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan diadakan dalam masa terdekat.“Insya-Allah pada 20 hari bulan ini kita mula mengeluarkan iklan untuk memaklumkan kepada penggiat, penerbit dan sebagainya untuk mereka memohon atau mengemukakan cadangan karya-karya terbaharu.Pada masa sama saya mendapat pengesyoran bahawa baki daripada mereka yang tidak berjaya dalam “pitching” sebelum ini, disambung dan diambil, yang itu…kita telah pertimbangkan perkara itu,” katanya.Bagaimanapun Annuar berkata ia perlu juga dibuka kepada idea baharu memandangkan setiap hasil kreatif mempunyai tempoh tertentu, dan mereka yang tidak berjaya dalam sesi “pitching” sebelum ini boleh memodifikasi kandungan mengikut kesesuaian.Majlis yang dianjurkan pada malam ini juga bertujuan memperkenalkan Program Khas Syawal 2022 RTM yang bertemakan “Syukurnya Syawal”. Seiring tema tersebut, RTM menerusi tiga saluran utama iaitu TV1, TV2 dan TV Okey menyediakan program keagamaan, telefilem, drama bersiri, dokumentari, majalah dan hiburan khas sempena Aidilfitri.Selain program televisyen, kesemua 34 stesen radio RTM turut menawarkan pelbagai rancangan menarik untuk pendengar.-- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=247 |
Johnny Depp kemuka saksi tolak dakwaan kaki pukul isteri
| [
"(Pelakon Amber Heard bercakap dengan peguamnya pada prosiding saman terhadapnya difailkan bekas suami, johnny depp Mahkamah Daerah Fairfax di Fairfax, Virginia/FOTO AFP)",
"FAIRFAX, 14 April- Peguam pelakon Johnny Depp mengemukakan saksi bagi menolak dakwaan yang disifatkan tidak berasas bahawa Amber Heard pernah dibaling telefon yang menyebabkan lecerderaan di bahagian muka dalam satu kejadian pada Mei 2016 semasa pertengkaran sebelum pasangan itu bercerai.Ini berikutan keperluan mahkamah mengambil kira keterangan rakan lama Depp, Isaac Baruch pada hari kedua prosidng saman fitnah yang difailkan oleh bintang \"Pirates of the Caribbean\" terhadap Heard.Depp, 58, memfailkan saman itu selepas Heard, 35, menulis ruangan untuk The Washington Post pada Disember 2018 di mana dia menggambarkan dirinya sebagai ikon yang mewakili penderaan domestik.Walaupun pelakon wanita itu tidak pernah menamakan Depp, yang ditemuinya pada tahun 2009 di set filem The Rum Diary tetapi Depp menyamannya kerana sebagai lelaki yang pernah mengahwini Heard, kenyataan itu mengaitkannya sebagai seorang pendera rumah tangga.Berikutan itu, Depp menuntut ganti rugi AS$50 juta.Heard, yang berkahwin dengan Depp dari 2015 hingga 2017, bertindak balas, meminta AS$100 juta dan mendakwa dia mengalami trauma keganasan dan penderaan fizikal yang berleluasa dilakukan DeppHeard mendakwa bahawa Depp memukul mukanya dengan telefon bimbit pada petang 21 Mei 2016, semasa pertengkaran.Polis dipanggil tetapi tidak membuat laporan.Heard meminta cerai dua hari kemudian dan memohon perintah sekatan terhadap Depp pada 25 Mei, hadir di mahkamah Los Angeles dengan kesan di mukanya.Baruch, yang tinggal di bangunan yang sama dengan Depp dan Heard, memberi keterangan bahawa dia ada terserempak dengan Heard sehari selepas kejadian membaling telefon yang diadukan Heard kepadanyaBaruch, yang mengenali Depp sejak 1980 pernah ditanggung kos sewa rumahnya dan beberapa perbelanjaannya yang lain turut dilapor pernah dibayar Depp, berkata dia bertanya kepada Heard sama ada Depp telah memukulnya.\"Heard mengaku dan mengadu kepada saya Depp melemparkan telefon ke arahnya serta memukul dia,'\" kata Baruch, sambil menambah bahawa dia kemudiannya memeriksa wajah Heard.\"Saya pandang dahi dia, saya pandang sebelah mata dia, saya pandang pipi dia, saya pandang dagu dia, saya pandang sebelah muka dia, tetapi tidak nampak apa-apa,saya tidak nampak luka, lebam, bengkak atau kemerahan.\"",
"(Johnny Depp hadir prosiding kes saman terhadap bekas isterinya di Fairfax County Circuit Court, Virginia/FOTO AFP)",
"Bahkan Baruch berkata dia sempat mencium pipi sambil memeluk Heard tanpa mendengar keluhan sakit pada bahagian yang didakwa mengalami kecederaan.Selepas beberapa hari pertemuan itu, Baruch berkata dia mendapat tahu bahawa Heard kemudiannya telah meminta cerai dan dia melihat gambar wanita itu disiarkan berita dengan tanda lebam di pipinya.Katanya, sepanjang mengenali Depp dia tidak pernah mengetahui pelakon lelaki itu bersikap ganas atau menyaksikan sebarang keganasan fizikal antara pasangan itu.Peguam Heard memberitahu juri pada hari Selasa bahawa Depp mendera Heard secara fizikal dan seksual semasa bender yang menggunakan bahan api dadah dan alkohol di mana dia menjadi \"raksasa\".Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard di Amerika Syarikat selepas kalah dalam kes libel berasingan di London pada November 2020 yang dibawanya terhadap The Sun kerana menggelarnya sebagai pemukul isteri."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=248 |
'Syukurnya Syawal': RTM sajikan pelbagai program menarik Aidilfitri ini
| [
"KUALA LUMPUR, 12 April - Program Khas Syawal 2022 Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertemakan “Syukurnya Syawal” akan mewarnai rancangan televisyen tempatan bermula 3 Mei depan.Seiring tema tersebut, RTM menerusi tiga saluran utama iaitu TV1, TV2 dan TV Okey menyediakan program keagamaan, telefilem, drama bersiri, dokumentari, majalah dan hiburan khas sempena Aidilfitri.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu akan dimulai dengan siaran langsung 'Gema Takbir 2022' pada malam raya yang memaparkan topik sambutan raya dari sudut pandangan Islam diselangi takbir dan nasyid raya.\"Lebih 30 program televisyen akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan nanti.\"Selain program televisyen, 34 stesen radio RTM juga menawarkan sajian program yang unik dan menarik menerusi stesen-stesen radio RTM seluruh negara,\" katanya pada Majlis Apresiasi Bersama Media sempena Program Khas Syawal 2022 RTM di Bangsar South City Kuala Lumpur, di sini.",
"Antara program lain termasuk, 'Borak Raya', 'Raya Sakan', Konsert Minggu Ini: Datuk Seri Siti Nurhaliza serta pelbagai drama khas raya antaranya; telefilem Raya 3 Rasa', Panggung Syawal \"Ramona Bertanding Ketua Kampung\" dan banyak lagi untuk tontonan seisi keluarga.Manakala untuk stesen radio, antara program yang akan disiarkan untuk pendengar ialah 'Badindang Raya' di LABUANfm; Dokumentari Khas Aidilfitri: Wira Samudera di Nasionalfm serta drama khas di Radio Klasik berjudul 'Ketupat Palas Serunding Daging'."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=249 |
Britney Spears hamil anak ketiga
| [
"LOS ANGELES, 12 April- Artis Pop Hollywood, Britney Spears mengumumkan dia hamil anak ketiganya, pada Isnin lima bulan selepas hakim menamatkan penjagaan kontroversi yang dikatakan menghalangnya daripada mempunyai lebih banyak anak.\"Saya membuat ujian kehamilan dan saya dapati, saya sedang mengandung,\" kata penyanyi berusia 40 tahun itu di Instagram.Hakim Los Angeles pada November membubarkan konservator atau \"penjagaan\" daripada bapa Britney,yang mengatakan penyanyi itu telah dihalang daripada mengeluarkan IUD perancang walaupun dia mahukan lebih banyak anak.\"Saya berfikir, apakah yang telah berlaku dengan perut saya?, tulis Britney yang mula merujuk pasangannya Sam Asghari, 28 tahun sebagai suami, pada awalnya menganggap ia adalah hanya disebabkan makanan.Malah, Britney turut terkejut dengan perkembangan kandungannya yang dikatakan membesar dengan pantas sekali gus merasakan ia adalah kembar.Selepas kontroversi pada 2007 yang menyaksikan Britney menyerang kereta paparazzi di stesen minyak, bintang pop itu diletakkan di bawah jagaan konservator iaitu bapanya Jamie Spears, yang akhirnya bertahan selama 14 tahun.Peminat telah lama menyuarakan kebimbangan bahawa penyanyi \"...Baby One More Time\" itu tidak berpuas hati dengan bapanya sebagai penjaga, dan pada Jun 2021 dia meminta hakim Los Angeles untuk menamatkan perjanjian undang-undang yang telah menyebabkan dia \"trauma.\"Britney mendakwa bapanya menghalangnya daripada menanggalkan IUD perancang, walaupun dia mahu mempunyai kuasa ke atas kaedah kawalan kelahirannya sendiri untuk hamil, lantas mencetuskan kemarahan kumpulan hak reproduktif dan peminatnya, yang kebanyakannya sudah terlibat. dalam gerakan #FreeBritney.\"Saya ingin bergerak ke hadapan secara progresif, dan saya mahu mendapatkan perjanjian sebenar,\" Britney memberitahu mahkamah dalam perbicaraan musim panas lalu.\"Saya ingin berkahwin dan mempunyai bayi. Saya mempunyai (IUD) dalam diri saya supaya saya tidak hamil. Mereka tidak mahu saya mempunyai anak - anak lagi,\" katanya semasa kenyataan 20 minit yang tegang.Penamatan rasmi penjagaan atau konservator pada November 2021 berlaku selepas bapa penyanyi pop itu, Jamie Spears disingkirkan daripada haknya untuk menjaga kewangan dan harta pusaka Britnye pada perbicaraan pada September.- AFP",
"(Britney Spears dan pasangannya Sam Asghari / AFP)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=250 |
Cat Farish teruja sambut raya tahun ini, imbau kenangan "tidak beraya"
| [
"AMPANG, 10 APRIL- Pandemik COVID-19 membuatkan penyanyi dan juga Rapper terkenal, Cat Farish mengimbau kenangan \"tidak beraya\" yang pernah dirasainya sebelum menjadi penghibur.",
"Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli berkata, kebenaran menyambut bulan Ramadan dan Syawal kali ini adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan setelah dua tahun negara dilanda virus berbahaya itu.\"Sebenarnya tidak beraya ni pernah berlaku masa (ketika itu) Ruffage tak balik kampung. Tengok bas tak ada tiket, zaman itu dah dapat rasa tak balik kampung, Jadi macam rasa teringat zaman-zaman dulu macam kita pergi perhentian Puduraya beli tiket bas, lepas tu tak ada tiket dan terpaksa naik bas lompat. Jadi sekarang ini rasa teruja nak beraya tu macam dulu\" jelasnya dalam majlis pelancaran single 'OoTD Raya' di sini.",
"(OoTD Raya boleh didengari di platform Youtube)",
"Mengulas mengenai Single 'OoTD Raya', ia dicipta oleh Cat dengan kerjasama pengarah Ace Talent.Jelas salah seorang ahli kumpulan Unknown Momo, kepercayaan dalam pembikinan melodi yang diberikan oleh Cat dianggap sebagai penghormatan buat mereka kerana masih baharu dalam industri seni.\"Sebenarnya ini peluang besar. Kami memang bangga sangat artis lama seperti Cat Farish bagi harapan kepada kami berlima ini untuk membuat lagu raya. Dan dan dia pun beritahu lagu ini baik dan dia bangga dengan kami. Jadi kami ni baru lagi jadi kata-kata daripada artis berpengalaman ni, kami amat hargai,\" kata Momo.Jelasnya lagi single raya tersebut diyakini bakal mendapat tempat di hati pendengar masa kini kerana mempunyai keunikan tersendiri.'OoTD Raya' nyanyian kumpulan Moleque, Unknowm, Cikidot (Zarol), Aliff Idham dan Al Farabi telah dilancarkan dan boleh didengari di platform Youtube bermula Jumaat lalu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=251 |
Insiden lempang: Will Smith dilarang hadiri Anugerah Oscar selama satu dekad
| [
" (Smith mencetuskan kontroversi di pentas Oscar apabila melempang Chris Rock pada 27 Mac lalu/FOTO AFP)",
"Pada 27 Mac lalu, Smith menampar Chris Rock susulan lawak yang kurang disenangi kerana mempersenda penampilan isterinya iaitu Jada Pinket Smith yang berimej botak.Dalam gurauannya pada ketika itu, Rock menyamakan Jada Smith seperti watak G.I Jane lakonan Demi Moore.Tanpa diduga, Smith yang juga merupakan calon Oscar, naik ke atas pentas lalu melempang Rock.Penonton yang hadir pada malam itu turut terkejut dan terpinga-pinga dengan aksi Smith.Sebaik menampar Rock, Smith kembali ke tempat duduk dan menjerit ke arah Rock meminta agar nama isterinya tidak disebut.Smith memberi amaran kepada Rock supaya tidak mempersenda isterinya, sebaik sahaja dia ketika kembali ke tempat duduknya.\"Jangan sebut-sebut isteri saya!\" jerit Smith. - AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=252 |
Lempang Chris Rock, LAPD bersedia tahan Will Smith
| [
"LOS ANGELES, 1 April- Susulan insiden serangan Will Smith terhadap pelawak Chris Rock di pentas Oscar baru-baru ini, penerbit rancangan anugerah itu Will Packer mendedahkan polis bersedia bila-bila masa sahaja untuk menangkap aktor Hollywood itu.Namun, Smith bernasib baik kerana Rock enggan meneruskan laporan terhadapnya.Smith mengejutkan dunia hiburan dengan menaiki pentas semasa siaran langsung Oscars dan memukul Rock kerana jenaka tentang isteri pelakon itu.Setengah jam kemudian, Smith telah menerima anugerag pelakon terbaik untuk peranannya dalam \"King Richard\", penghormatan tertinggi industri filem untuk penghibur lelaki.Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan daripada orang dalam industri.Academy of Motion Picture Arts and Sciences, badan yang menganugerahkan Oscar, berkata pada hari Rabu Smith telah diminta meninggalkan majlis itu selepas serangan itu, tetapi dia menolak.Laporan bercanggah muncul pada Khamis mengenai butiran itu, termasuk yang mencadangkan Packer telah memintanya untuk kekal di Teater Dolby.Dalam klip ringkas, yang disiarkan pada hari Khamis di ABC sebelum wawancara penuh yang dijadualkan pada hari Jumaat, Packer menafikan telah bercakap dengan Smith.Akademi itu berkata pada hari Rabu bahawa ia sedang mempertimbangkan hukuman termasuk kemungkinan menyingkirkan keahlian Smith.Walaupun jarang dilaksanakan, namun akademi itu pernah menarik balik keahliannya.Pada 2017, produser Harvey Weinstein dibuang selepas puluhan wanita mendakwa beliau atas tuduhan serangan seksual, manakala Bill Cosby dan Roman Polanski dibuang pada 2018\"Lembaga Gabenor hari ini memulakan prosiding tatatertib terhadap Encik Will Smith kerana melanggar Piawaian Kelakuan Akademi, termasuk hubungan fizikal yang tidak sesuai, tingkah laku kasar atau mengancam, dan menjejaskan integriti Akademi,\" kata kenyataan itu.- AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=253 |
Bruce Willis undur diri dari dunia lakonan, alami Aphasia
| [
"LOS ANGELES, 31 Mac- Aktor berpengalaman Hollywood, Bruce Willis terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya lakonannya selepas didiagnosis aphasia, keadaan yang menyebabkannya kehilangan keupayaan untuk memahami atau menyatakan pertuturan.Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Instagram Willis, keluarga pelakon berusia 67 tahun itu berkata Willis baru-baru ini didiagnosis dengan afasia dan ia memberi kesan kepada kebolehan kognitifnya.\"Akibat daripada ini dan dengan banyak pertimbangan, Bruce meninggalkan kerjaya yang sangat bermakna baginya,\" menurut kenyataan yang ditandatangani oleh isteri Willis, Emma Heming Willis, bekas isterinya Demi Moore dan lima anaknya, Rumer, Scout, Tallulah, Mabel dan Evelyn.\"Kami menempuhi ujian ini sebagai sebuah keluarga yang kuat, dan mahu para peminat mengetahui perkara ini kerana kami tahu betapa dia sangat bermakna kepada anda, seperti yang anda lakukan kepadanya.Aphasia biasanya berlaku selepas strok atau kecederaan kepala, tetapi juga boleh berkembang secara beransur-ansur disebabkan oleh tumor otak yang tumbuh perlahan atau penyakit yang menyebabkan kerosakan degeneratif. Ia dirawat menerusi terapi pertuturan dan pembelajaran cara komunikasi bukan lisan.Berita mengenai Willis, salah seorang pelakon yang paling disayangi Hollywood, tersebar dengan pantas di lama sosial.Menerusi kerjaya empat dekadnya Willis telah mengumpul lebih daripada AS$5 bilion kutipan box office di seluruh dunia.Terkenal dengan filem seperti \"Die Hard,\" \"Pulp Fiction\" dan \"The Sixth Sense,\" Willis dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga telah menghasilkan filem thriller.Terbaru, Willis membintangi \"Gasoline Alley\" dan \"A Day to Die\" bulan lalu, yang dikeluarkan pada awal Mac. Willis telah pun menjalani penggambaran sekurang-kurangnya enam lagi filem yang akan ditayangkan pada 2022 dan 2023, termasuk \"Die Like Lovers,\" \"Corrective Measures\" dan \"The Wrong Place.\"- AP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=254 |
Saya masih gagah berpuasa - Mat Sentol
| [
"JOHOR BAHRU, 17 April- Pelakon dan pelawak veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abd Rashid Yahaya mengakui keadaan kesihatannya masih baik dan mampu berjalan termasuk ke bazar Ramadan meskipun menggunakan tongkat.\"Masih belum cukup tua, ramai lagi yang tua dan gagah berpuasa. Alhamdulillah saya masih mampu berpuasa,\" katanya yang kini berusia 89 tahun.Masih keletah dengan lawak jenakanya yang bersahaja dan sentiasa ramah mengisi bicara ini berkata beliau bersyukur masih diberi kesihatan dan mahu terus menjadi anak seni jika masih diberi peluang membintangi drama atau filem.Ketika ditanya adakah bersedia untuk kembali berlakon, Mat Sentol secara spontan menjawab \"Bila-bila masa,\" katanya berseloroh sambil disambut ketawa pelawat yang hadir di rumahnya di Larkin pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di kediamannya pada Ahad.",
"Anak kelahiran Muar ini pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic.",
"Menggemari masakan mi siam Singapura, Mat Sentol yang tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 60, masih menghabiskan masa lapangnya dengan menulis skrip menggunakan bahasa jawi.Seniman ini juga pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo.Malah beliau masih mempunyai ingatan yang kuat malah bait-bait lagu dan dialog iklan juga masih mampu diingatinya membuktikan kesihatannya yang baik."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=255 |
Padah mulut celupar, Chris Rock ditampar Will Smith di Anugerah Oscar 2022
| [
"HOLLYWOOD, 28 Mac- Anugerah Akademi ke-94 (Oscar) 2022 hari ini dicemari insiden panas antara pelakon, Will Smith dan pelawak, Chris Rock.Insiden malu itu terjadi susulan Chris Rock mempersenda isteri pelakon terkenal itu, Jada Pinkett Smith yang tampil ke majlis berkenaan dengan berkepala botak.Dia yang sememangnya terkenal dengan lawak sindiran pada ketika itu muncul sebagai penyampai bagi anugerah Dokumentari Terbaik.\"Wow! Will Smith bagi saya penampar,\" kata Rock selepas ditampar.Berjalan menuju ke tempat duduknya, Smith memberi amaran kepada Rock supaya tidak mempersenda isterinya.\"Jangan nak sebut-sebut nama isteri aku,\" kata Smith.Selepas ditampar, Rock sekali lagi menjelaskan kepada Smith bahawa itu hanyalah lawak mengenai filem GI Jane 2, namun Smith tetap melontarkan amaran sama.Pinkett yang berada di tempat duduk penonton hanya mampu memberikan ekspresi jelingan 'rolling eyes' sebagai tanda tidak selesa dengan lawak Rock.",
"(Pelawak, Chris Rock ditampar pelakon terkenal, Will Smith akibat menyindir penampilan isterinya, Jada Pinkett Smithdi majlis Anugerah Akademi ke-94 (Oscar) 2022 hari ini/AFP)",
"Terdahulu, Smith naik ke pentas dan menampar Rock dengan kuat dan bunyi tamparan itu dapat didengar oleh penonton.Sebelum ini, Pinkett pernah berkongsi mengenai dirinya yang menghidap penyakit alopecia atau penyakit autoimun yang menyebabkan rambutnya gugur.Media antarabangsa melaporkan, Rock kemudiannya memohon maaf kepada Smith dan turut dileraikan oleh pelakon, Denzel Washington.Will Smith yang juga pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik turut menyampaikan ucapan beremosi menyelar tindakan Rock dan memohon maaf atas keterlanjurannya di majlis yang penuh berprestij itu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=256 |
Filem DUNE rangkul 6 kategori dalam Anugerah Oscar, CODA Filem Terbaik 2022
| [
"HOLLYWOOD, 28 Mac- Anugerah Akademi ke-94 (Oscar) 2022 yang berlangsung hari ini diadakan dalam suasana gilang-gemilang.Barisan selebriti terkemuka turut hadir memeriahkan acara karpet merah mempamerkan busana cantik sebelum majlis yang cukup berprestij itu bermula.Sebanyak 13 kategori dipertandingkan, menyaksikan kemunculan muka baharu generasi muda yang turut bersaing dalam anugerah Oscar kali ini.Filem drama pekak, CODA berjaya merangkul tiga kategori dalam senarai anugerah dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik.Troy Kotsur, 54 yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik turut mencatat nama sebagai pelakon cacat pendengaran (pekak) kedua memenangi anugerah itu selepas kali terakhir dimenangi oleh Marlee Matlin pada 1987 manakala bagi kategori wanita dimenangi Ariana DeBose, 31 menerusi filem West Side Story.",
"Anugerah Pengarah Terbaik pula milik Jane Campion menerusi filem The Power of the Dog, kali ke dua mendapat pencalonan untuk kategori tersebut.Kali terakhir pada 1994, namun tewas di tahan legenda filem dunia Steven Spielberg.Bagi kategori Filem Antarabangsa Terbaik pula dimenangi pengarah Jepun, menerusi filem Drive My Car arahan Ryusuke Hamaguchi. Filem berkenaan menewaskan pencabar lain iaitu Flee (Denmark), The Hand Of Good (Itali), Lunana: A Yak in the Classroom (Bhutan) dan Worst Person in the World (Norway).Lagu nyanyian Billie Eilish dan lirik oleh FINNEAS, No Time To Die dipilih sebagai Lagu Terbaik Anugerah Oscar 2022. Lagu yang didendangkan dalam filem popular lakonan Daniel Craig sebagai \"James Bond\" itu berjaya mencuri perhatian juri.",
"Filem Summer of Soul dinobatkan sebagai pemenang Dokumentari Terbaik manakala bagi kategori Dokumentari Pendek Terbaik menjadi milik filem The Queen of Basketball.Anugerah Lakon Layar Terbaik diberikan kepada filem bergenre drama komedi, Belfast arahan Kenneth Branagh dan Filem Animasi Terbaik pula dirangkul kartun animasi berjudul Encanto.Sementara itu, Filem The Cruella berjaya membawa pulang anugerah Kostum Terbaik manakala The Long Goodbye pula dinobatkan sebegai pemenang Anugerah Filem Pendek.Filem arahan Reinaldo Marcus Green, King Richard itu berjaya mengangkat nama pelakon terkenal Will Smith sebagai Pelakon Lelaki Terbaik tahun ini manakala kategori wanita disandang Jessica Chastain menerusi filem The Eyes of Tammy Faye.Filem Michael Showalter itu turut merangkul satu lagi anugerah iaitu kategori Solekan dan Gaya Rambut Terbaik.",
"Anugerah Akademi ke-94 (Oscar) 2022 tahun ini menutup tirainya dengan filem Dune menyapu bersih enam anugerah menerusi kategori Skor Asal Terbaik, Bunyi Terbaik, Reka Bentuk Pengeluaran Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Kesan Visual Terbaik.Pencapaian itu nyata memberikan semangat buat barisan produksi filem Dune untuk mengeluarkan hasil karya yang membanggakan pada masa akan datang.-AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=257 |
Encanto muncul Filem Animasi Terbaik Oscar 2022, juga tahniah anak Malaysia
| [
"(Dari kiri ke kanan, Byron Howard, Clark Spencer, Yvett Merino dan Jared Bush, barisan produksi Encanto Filem Animasi Terbaik Oscars 2022/AFP)",
"HOLLYWOOD, 28 Mac- Filem animasi Disney, “Encanto” yang dimininati ramai kerana jalan cerita ajaib namun realistik, muncul pemenang untuk kategori Filem Animasi Terbaik Anugerah Oscars 2022.",
"Encanto berjaya menewaskan pesaing seperti Flee, Luca, The Mitchells vs. The Machines, dan Raya and the Last Dragon, lapor Agensi Berita AFP.",
"Pengarah, Jared Bush dan Byron Howard bersama Charise Castro Smith selaku penulis naskah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan filem berkenaan.",
"Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Colombia yang menjadi inspirasi filem animasi dari Disney itu.",
"Dalam perkembangan sama, The Borneo Post melaporkan anak kelahiran Malaysia, dari Kuching, Sarawak, Alvin Wee, 34, yang turut menyumbang kepada karya Encanto, memenangi trofi Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi pada Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.",
"Berkongsi kejayaannya itu, Alvin menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama pasukan Encanto yang cukup baik.",
"\"Ia adalah saingan sangat sengit dan individu bertanding pun dalam kalangan yang terbaik. Jadi, saya tidak mengambilnya mudah,” merujuk pencalonan peserta lain.",
"(Encanto Filem Animasi Terbaik Oscars 2022)",
"Perbadanan Kemajuan Filem Nasiona Malaysia (FINAS) menerusi Facebook mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerbit, penata bunyi dan bakat kreatif Malaysia yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Alvin Wee atas kemenangan beliau dalam Anugerah Cinema Audio Society (CAS) bagi kategori Penataan Bunyi Terbaik di Holywood sempena hasil kerjanya dalam filem animasi Disney, Encanto.",
"\"Pencapaian ini menjadikannya Alvin Wee sebagai rakyat Malaysia pertama yang dicalonkan dan akhirnya memenangi anugerah tersebut di Hollywood\", menurut status tersebut.",
"Anak kelahiran Kuching Sarawak itu bukan asing lagi di Hollywood kerana beliau terlibat sejak 2014 kerana pernah terlibat dalam banyak lagi filem bertaraf antarabangsa seperti No Time To Die, Mulan, Kingsman, Kung Fu Panda 3, Meg dan kandungan terbitan Netflix iaitu The Defeated.",
"(Penerbit, penata bunyi, Alvin Wee penerima Anugerah Cinema Audio Society (CAS) kategori Penataan Bunyi Terbaik di Holywood untuk hasil seni dalam filem Encanto/FINAS)",
"Encanto mengisahkan sebuah keluarga ajaib dikenal dengan nama The Madrigals.",
"Keluarga itu tinggal dalam satu rumah di sebuah bandar diberi nama Encanto yang terletak di pergunungan Colombia.",
"Ke semua anggota keluarga itu memiliki kemampuan istimewa atau ajaib, kecuali seorang iaitu antara watak utama yang diangkat dalam filem berkenaan.",
"Sementara itu, dalam acara gala Oscar pada Ahad, peserta yang hadir bertafakur sebagai sokongan kepada penduduk Ukraine yang kini berdepan pencerobohan tentera Rusia.",
"“Filem menjadi saluran penting untuk kami mengekspresi nilai kemanusiaan termasuk ketika konflik (Rusia-Ukraine), realitinya jutaan ahli keluarga di Ukraine memerlukan makanan, rawatan perubatan, air bersih dan perkhidmatan kecemasan,\" kenyataan yang tertulis pada slaid yang ditayangkan ketika malam berprestij untuk meraikan penggiat industri filem antarabangsa itu, lapor AFP."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=258 |
Pelakon veteran, Amran Tompel meninggal dunia
| [
"SEREMBAN, 26 Mac - Pelakon dan pelawak, Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun hari ini.Berita kematian Amran disampaikan bekas isterinya, Anas Salmee Syed Mohamad, 53, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang di sini pada pukul 4.43 petang tadi.Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua, masalah buah pinggang serta dalam tempoh kuarantin akibat COVID-19.Terdahulu Amran mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar.",
"(Amran Tompel menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4.43 petang di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang)",
"Allahyarham yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.Allahyarham merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=259 |
Nikki Palikat syukur ‘Sudah’ berjaya direalisasikan
| [
"KUALA LUMPUR, 26 Mac - Penyanyi Nikki Palikat bersyukur kerana dapat merealisasikan impian banyak pihak untuk menyudahkan projek ‘Sudah’ yang lebih dua tahun tergendala.Nikki menggalas tanggungjawab menyambung hasrat yang tidak sempat disiapkan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. ‘Sudah’ lagu yang membawa seribu satu cerita itu begitu indah untuk dihayati, namun sarat dengan permainan emosi.Sepatutnya ‘Sudah’ yang merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Naim Daniel itu dinyanyikan oleh Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin. Namun, kematiannnya Ogos tahun lalu sebelum sempat merakamkan lagu ini disambung oleh Nikki, salah satu bintang paling bersinar dan mencuri tumpuan 2022.Menganggap ia naskhah yang begitu istimewa, Nikki bersyukur kerana dapat memberikan yang terbaik usai proses rakaman sehinggalah pembikinan video muzik (MV) dilangsaikan sepenuhnya bulan lalu.",
"(Nikki menyambung hasrat Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin)",
"“Apabila mendapat demo lagu ini, saya cuba sedaya upaya mengkaji apa yang perlu dilakukan untuk memberikan yang terbaik ke dalam lagu ini. Saya mahu menjadikan lagu ini diterima ramai dan memberikan keselesaan juga kepada saya untuk menyanyi.” kata Nikki di sini.Lagu ‘sudah’ telah dilancarkan secara rasmi disemua platform digital mulai 25 Mac.MV pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music mulai 3 petang pada hari sama."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=260 |
Hari Seniman Negara dirai sempena hari kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
| [
"(Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tarikh kelahirannya diangkat untuk sambutan Hari Seniman Negara/FINAS)",
"KUALA LUMPUR, 22 Mac- Hari Seniman Negara disambut hari ini, ditukar dari tarikh asal pada 29 Mei bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, bagi memperingati jasa dan sumbangan seniman agung tanah air itu.",
"Pertukaran tarikh berkenaan diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan pada 16 Mac lalu.\"Signifikan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara itu adalah untuk mengangkat karya-karya seniman yang berjaya melahirkan ramai tokoh dan pakar industri kreatif itu, serta memperkenalkan Malaysia di mata dunia.“Cadangan pertukaran tarikh daripada 29 Mei ke 22 Mac tersebut telah diteliti dan pandangan serta maklum balas daripada pelbagai persatuan, pertubuhan berkaitan telah diambil, dan seterusnya mendapat kelulusan Memorandum Jemaah Menteri yang diusulkan oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (K-KOMM),” katanya dalam kenyataan berkenaan.Selain mengiktiraf kecemerlangan penggiat industri kreatif, Annuar berkata sambutan Hari Seniman Negara bertujuan, meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat terhadap peranan seni budaya dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki jati diri serta menghargai seni budaya negara tanpa mengira bangsa, khususnya ke arah penyatuan Keluarga Malaysia.\"K-KOMM berhasrat menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan dalam penganjuran Majlis Pelancaran Hari Seniman Negara pada 22 Mac.(Allahyarham P.Ramlee telah menghasilkan lebih 390 buah lagu selaku penyanyi, komposer dan penulis lirik serta terbabit dalam penghasilan 66 filem/FINAS)\"Ini bagi menghargai sumbangan dan peranan penggiat industri kreatif tanah air, dalam membangun negara menerusi aktiviti seni, kreatif dan budaya, serta usaha kerajaan memartabatkan industri kreatif ke tahap yang lebih cemerlang,\" katanya lagi.",
"(Allahyarham P Ramlee telah menghasilkan lebih 390 buah lagu selaku penyanyi, komposer dan penulis lirik serta terbabit dalam penghasilan 66 filem/FINAS)",
"Allahyarham P.Ramlee atau nama sebenar, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 ketika umat Islam meraikan 1 Syawal.P.Ramlee adalah anak kepada kepada pasangan Allahyarham Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan Allahyarham Che Mah Hussein.Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah “Chinta” pada tahun 1948 dengan memegang peranan sebagai penjahat dan penyanyi latar.",
"Bertitik tolak daripada itu, perjalanannya dalam dunia seni terus rancak berkembang. Di antara tahun 1948 hingga 1955, beliau telah berjaya membintangi 27 buah filem.",
"Di sebalik kerancakan pembabitannya dalam dunia perfileman ialah Datuk L. Krishnan, pengarah filem Melayu terkenal dari India antara tahun 1950an dan 1960an.Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re Mi (1972). Manakala lagu dan lirik terakhirnya adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur yang dicipta pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.",
"P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubah suai dan dijadikan sebagai \"Pustaka Peringatan P.Ramlee\" pada tahun 1986.",
"Pada tahun 1982, di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry).Sepanjang hayatnya, Allahyarham P.Ramlee telah menghasilkan lebih 390 buah lagu selaku penyanyi, komposer dan penulis lirik serta terbabit dalam penghasilan 66 filem sebagai pelakon, pengarah juga penulis skrip."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=261 |
Ali XPDC disedarkan, tiada darah beku di kepala
| [
"(Ali XPDC semasa temu bual bersama RTM tahun lalu/Gambar fail)",
"KUALA LUMPUR, 11 Mac- Penyanyi, Ali XPDC, 53, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas semalam kini stabil.Menurut isterinya, Sharifah Syarzana, doktor memaklumkan Ali akan disedarkan petang ini, namun buat masa ini jantung penyanyi berkenaan masih dalam pemantau pihak hospital.\"Pagi tadi pakar sudah periksa, Alhamdulillah keadaannya beransur baik, tiada darah beku dalam kepala, tiada jangkitan kuman pada paru-paru,\" katanya.\"Cuma pakar nak buat pemeriksaan lanjut jantung dia. Insya-Allah petang ini kemungkinan besar Ali akan disedarkan semula,\" katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada BDiva.Sebelum ini, Sharifah menerusi kiriman suara kepada rakannya memberitahu kesihatan Ali agak mencemaskan. Dia juga memohon semua peminat terutama rakan suaminya itu melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.Manakala Facebook Sahabat XPDC semalam memuat naik perkembangan terbaru Ali yang semakin sihat dan mula diajar melakukan aktiviti ringan.",
"(Poster Konsert Jualan Hitam 2022 XPDC yang dijadual esok ditunda ke 25 Mac ini/Foto FB Sahabat XPDC)",
"Hantaran itu memaklumkan, Ali juga dikhabarkan sudah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan di bahagiah sebelah kanannya masih lemah.\"Ali tidak dijangkiti COVID-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan, apapun Ali masih lagi tidak boleh menerima pelawat. \"Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan membuat solat hajat agar kesihatan Mohd Ali Bin Ismail kembali sembuh dan pu;lih seperti dulu,\" menurut hantaran Facebook berkenaan.Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.Mereka berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.Berhubung konsert Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting dijadual berlangsung esok, ppenganjur dalam satu kenyataan memaklumkan menunda tarikh konsert itu kepada 25 Mac ini.Sebelum ini Ali pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), selepas mengalami serangan jantung pada September lalu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=262 |
Filem pendek, buah tangan baharu Ogy Ahmad Daud
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Mac- Seniwati hebat tanah air, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud muncul dengan filem pendek pertama arahannya sepanjang tempoh 50 tahun berkecimpung dalam dunia seni yang diberi judul Asrar.Ingin karya seni tempatan diiktiraf serta tidak dipandang sepi, Ogy nekad menghasilkan filem pendek diadaptasi daripada cerpen 'Terima Kasih Tuhanku' karya Baharuddin Kahar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Menggunakan judul 'Asrar.Secebis Rahsia' ia diterbitkan oleh Syarikat Ogy Ventures & Network Sdn. Bhd dan mendapat sokongan dana mikro daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan telah dicadangkan untuk dipertandingkan di festival antarabangsa.",
"(Sidang media dan majlis pratonton filem pendek Asrar arahan Ogy)",
"Lebih menarik, Asrar dibarisi pelakon bakat baharu Ameer Rahman, Zya Nazir, Auf Razak dan Nara Rosli yang digilap dalam bengkel lakonan kelolaan Ogy sekitar Disember tahun lalu,selain turut bekerjasama dengan tenaga produksi yang rata-rata merupakan pelajar bengkel berkenaan.Filem Asrar boleh ditonton menerusi pembelian khas secara atas talian dalam laman web rasmi Ogy Venture & Network pada harga RM20 untuk langganan tontonan selama seminggu.Skrip filem berkenaan ditulis oleh bekas wartawan hiburan serta penulis lirik, Slen Fadzil. Asrar merupakan adaptasi daripada karya terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) hasil tulisan Baharuddin Kahar berjudul Terima Kasih, Tuhanku.Bagi lagu runut bunyi filem berkenaan, ia dinyanyikan oleh bekas wartawan hiburan dan personaliti televisyen, Zainal Alam Kadir bertajuk Duniaku.Duniaku adalah hasil karya Datuk Johari Salleh yang pertama kali dirakam pada tahun 1968 oleh Allahyarham S. Ahmad."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=263 |
Daqmie kini ceburi bidang tekstil
| [
"SHAH ALAM, 11 Mac- Setelah lebih 20 tahun bergiat aktif dalam bidang seni, penyanyi dan komposer Daqmie kini menceburi bidang perniagaan tekstil pula.Memperkenalkan koleksi pakaian kurta sebagai permulaan, Daqmie menganggap usaha tersebut adalah pelengkap kepada kerjayanya sebagai seorang anak seni. \"Dalam industri kreatif ini, ada tiga perkara yang kita tak boleh lari, pertama muzik, kedua fesyen dan ketiga ialah makanan. Saya keluarkan produk baju kurta ini seiring dengan perkembangan karier saya, dan saya rasa dah tiba masanya. \"Kita cuba nak adakan tiga permintaan itulah, InsyaAllah. Sebab itu kami nak menguar-uarkan jenama Pendeta by Daqmie ini sebesar-besarnya,\" kata Daqmie kepada pemberita RTM pada majlis pelancaran pakaian kurtanya, di sini.",
"(Penyanyi, Daqmie ditemui pemberita RTM selepas majlis pelancaran baju kurtanya, Pendeta By Daqmie)",
"Mengulas mengenai perjalanan karier muziknya, Daqmie kini dalam proses untuk menghasilkan lagu ramadan dan raya bersama sebuah syarikat rakaman.Beliau juga ada merancang untuk menghasilkan album penuhnya sendiri tahun ini yang akan dikaitkan dengan jenama Pendeta By Daqmie yang sedang diusahakannya itu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=264 |
AJL 36: Punca 'berpelukan', tujuh individu termasuk penganjur dikompaun RM7,000
| [
"KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tujuh individu termasuk penganjur majlis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) dikompaun RM7,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, pihak polis mengesan tindakan sekumpulan individu berpelukan itu melalui gambar yang dimuat naik sebuah portal berita.“Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut dan kesalahan dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa 4\"Semua individu berkaitan dipanggil bagi membantu siasatan kesalahan ketidakpatuhan SOP Fasa 4 PPN iaitu tiada penjarakan fizikal sebelum tawaran kompaun RM1,000 dikeluarkan kepada mereka yang terlibat,\" katanya dalam kenyataan.",
"Menurutnya, mereka dikompaun mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak COVID-19."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=265 |
Pelukan Angkasa, juara AJL 36
| [
"KUALA LUMPUR, 7 Mac- Lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 malam tadi.Kemenangan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 dan trofi.Naib juara dimenangi lagu Cinta nyanyian Marsha Milan, ciptaan oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli, hasil ciptaan Haqiem Rusli dan Datuk A Aida pula menduduki tempat ketiga. Mereka memenangi wang tunai RM30,000 dan trofi.Sementara itu, vokal Terbaik pula menjadi milik Aina Abdul dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 dan trofi.Manakala Marsha mengungguli Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM18,000 berserta trofi.",
"(Lagu Pelukan Angkasa hasil ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=266 |
Hakim lulus permohonan Kim Kardashian gugurkan nama keluarga 'West'
| [
"LOS ANGELES, 4 Mac- Hakim meluluskan permohonan selebriti Hollywood, Kim Kardashian untuk mendapatkan status bujang secara sah dan menggugurkan 'West' daripada nama keluarga.Walaupun tidak membantah, peguam Kanye West telah meletakkan tiga syarat yang ditetapkan penyanyi rap itu.Syarat pertama, yang telahmemperoleh kelulusan hakim ialah hak untuk mengembalikan semula wang yang telah dibahagikan sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia.Manakala dua syarat lain ditolak. Sebelum keputusan dicapai, West memecat pegawai perceraiannya yang keempat, Chris Melcher.",
"Kim dan West berkahwin pada 2014.Pada Februari tahun lalu, Kim memfailkan perceraian dengan Kanye atas alasan tidak sependapat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=267 |
Hadiah tiga dekad kumpulan Slam
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Februari- Meskipun sedang bertarung melawan penyakit skoliosis iaitu gejala tulang belakang melengkung, vokalis Slam, Zamani tampil bertenaga menghiburkan 1,500 penonton dalam konsert berlangsung dua jam yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Sabtu lalu.Berdepan penyakit skoliosis sejak tiga tahun lalu, bukan penghalang buat Zamani memberikan persembahan bertenaga menjadikan penantian peminat berbaloi selepas konsert tersebut tertangguh dua kali akibat pandemik COVID-19.Bagi seorang peminat yang hadir ke konsert berkenaan, Anis, ia adalah hadiah 3 dekad yang amat bermakna daripada Zamani buat semua peminat.\"Sejak COVID-19 melanda negara, ini adalah konsert pertama dapat tengok secara 'live' suasana tetap meriah mengikut SOP ditetapkan.\"Tahniah kepada Slam, memang seronok sangat. Tambah lagi bila tengok Zamani walaupun keadaan tak sihat tetapi tetap berjuang sampai habiskan masa 2 jam, 8.30 hingga 10.30 malam, hebat sangat saya rasa,\" katanya ketika ditemui RTM selepas konsert berkenaan.Bagi, seorang lagi peminat, Adeeb Salleh kosert 2 jam dengan persembahan mantap umpama tidak cukup memberi kepuasan kepadanya.\"Memang tak puas sebab tidak terasa masa berlalu sudah 2 jam, persembahan bertenaga, menghiburkan, harap Slam dapat buat lagi konsert sebegini dengan skala lebih besar. Mungkin 'mentari muncul lagi' selepas berakhir COVID-19, mudah-mudahan,\" katanya,Bagi Zamani, sambutan menggalakkan sepanjang konsert berlangsung membuatkan dirinya dan anggota lain Slam terharu atas sokongan diberikan.",
"Walaupun ada ketikanya penyanyi berusia 51 tahun itu terpaksa duduk ketika beraksi, namun, mampu bertahan selama dua jam demi peminat setia kumpulan berkenaan.\"Terima kasih atas sokongan diberikan, tak kira dalam keadaan saya 'straight' atau bengkok,\" katanya berseloroh.\"Moga malam ini memberi kenangan manis buat anda,\" katanya yang kelihatan cukup bersemangat.Selain Zamani selaku vokalis, Slam dianggotai Shah (gitar), Lili (bass), Eddie (keyboard) dan Man (drum) mempamerkan persembahan bertenaga pada malam itu.Tirai persembahan dibuka dengan lagu Biarkannya, diikuti Buat Seorang Kekasih dan lagu rancak, Manisnya Rindu.Zamani berbekalkan suara lunak, mampu memukau menerusi vokal mantap sekali gus membawa penonton larut dalam emosi saat terbuai dengan dendangan asyik pelantun lagu diberi nama Zamani Ibrahim ini.Menerusi lagu balada hits Slam seperti Tak Mungkin Berpaling, Kembali Terjalin, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarannya, Suratan dan Kurnia, Zamani membuatkan dewan turut bergema dengan suara penonton yang menyanyikan lagu kesukaan ramai bersamanya.Turut menyerikan konsert berkenaan ialah Ratu Rock, Ella yang hadir memberi sokongan dan tiga penonton lain yang diajak naik ke atas pentas untuk menyanyikan lagu Mentari Muncul Lagi bersamanya sebagai lagu penutup konsert itu.Sepanjang dua jam beraksi, Zamani menyanyikan 17 lagu rakaman kumpulan Slam sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam bidang muzik.Hadir sama menyaksikan konsert termasuklah tetamu Diraja iaitu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ajai, Along dan Musa dari kumpulan Exists, Shuib, Wany Hasrita, Haiza, Radin Era dan beberapa rakan artis lain."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=268 |
Teater Muzikal Ali Baba kembali ke pentas
| [
"AYER KEROH, 25 Februari - Selepas 10 tahun dipentaskan di Istana Budaya, Teater Muzikal Ali Baba arahan Pengarah Lokman Ghani, bakal dipersembahkan kembali di Melaka dengan memberi nafas baharu. Menariknya, pementasan kali ini hampir keseluruhannya dipersembahkan oleh pelakon-pelakon baharu yang dipilih selepas sesi uji bakat dilaksana tahun lalu. Menurut Lokman yang juga Presiden Pertubuhan Teater Negeri Melaka (PERTEM) , ini merupakan cabaran besar buatnya, namun beliau percaya dengan bakat dan minat setiap pelakon yang terpilih. Secara tidak langsung mereka dapat menimba ilmu dan mengasah bakat lakonan bersama pelakon-pelakon lama yang turut terlibat dalam pementasan berkenaan. \"Dan Alhamdulillah berkonsepkan pertukaran pengetahuan ini secara tidak langsung saya libatkan tenaga-tenaga pelakon profesional. Bersama kita membentuk mereka sebagai seorang pelakon,\" kata Lokman di sini.Teater Muzikal Ali Baba akan dipentaskan di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Melaka pada 18, 19 dan 20 Mac ini. Antara pelakon utama yang ditampilkan ialah Datuk Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman, Ashraf Muslim dan Najua P.Ramlee. Jualan tiket akan mula dibuka pada 10 Mac menerusi laman sosial Facebook JKKN Melaka."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=269 |
Program makan malam amal ‘Bunga-Bunga Cinta Misha Omar' kutip dana kebajikan
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Februari - Selepas kejayaan konsert di Panggung Sari , Istana Budaya pada 30 Oktober 2021, penyanyi bersuara lunak merdu Misha Omar malam ini tampil menjayakan program makan malam amal ‘Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner.",
"Konsert 2 jam berkonsepkan Black Tie itu diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.",
"Ia bertujuan mengutip dana yang akan disumbangkan kepada beberapa yayasan kebajikan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk anak yatim selain bantuan kemasyarakat dan modal insan.",
"Konsert amal malam ini turut diserikan dengan kemunculan artis undangan, Dafi dan Zarol Zarif."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=270 |
Filem Syahadan angkat seni bela diri silat dan warisan Melayu
| [
"PETALING JAYA,13 Februari - Berita baik buat pencinta seni budaya dan sebagai memenuhi harapan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam memartabatkan seni silat ke layar perak, filem Syahadan kini bakal ditayangkan.Ia diterbitkan dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang bertujuan mengangkat seni bela diri warisan Melayu serta mewujudkan semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.Filem pertama terbitan Trilion Marketing Sdn. Bhd. turut menampilkan pesilat negara, Al-Jufferi Jamari sebagai teraju utama dengan penglibatan pelakon veteran, Anuar Rahman.Karya Datuk Dr Fairus Hussain dan Halim Hassan ini berkisarkan tentang seorang remaja bermasalah bernama Omar yang hidup tanpa arah tujuan serta diserapi unsur hedonisme.\"Jadi kalau lihat filem ini, ia terdiri daripada pelbagai jenis silat, di Malaysia kita gabungkan daripada cekak harimau, silat lincah, silat gayung, semua kita ambil, satukan menjadi sebuah karya, jadi karya ini berdasarkan kepada masalah sosial, apabila seorang anak tidak ada ibu, apa akan jadi pada dia,\" katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Syahadan, di sini. Bersesuaian dengan maksud di sebalik nama Syahadan itu sendiri yang membawa erti permulaan cerita, filem ini akan ke layar perak dan bakal menemui penonton di 41 pawagam terpilih seluruh negara bermula 17 Februari ini.Filem ini telah menerima tawaran dari produksi serta agensi dari negara Turki yang berhajat untuk sambungan kedua dengan menampilkan barisan pelakon terkenal serta kandungan aksi yang lebih padat. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut mencemar duli berangkat ke tayangan perdana filem Syahadan yang berlangsung di TGV One Utama, semalam."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=271 |
Konsert gandingan Jamal Abdillah, Zamani, 26 Mac ini
| [
"KUALA LUMPUR, 12 Februari- Selepas lebih dua tahun tidak dapat menjayakan sebarang persembahan pentas, Datuk Jamal Abdillah akan berganding dengan Zamani bagi menjayakan konsert 'A Night To Remember”'pada 26 Mac ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.Jamal berkata, faktor kesihatan menjadi tumpuan utamanya, memandang keadaan situasi jangkitan COVID-19 yang tidak menentu ketika ini.“Perkara utama yang saya perlu beri perhatian adalah kesihatan. Sebelum menjelang konsert, sebenarnya saya ada beberapa lagi jemputan persembahan lain.“Jadi saya memang sentiasa berjaga-jaga supaya tidak hilang suara pada malam konsert,” katanya.Pada konsert itu, Jamal turut bercadang untuk menyanyikan lagu rakan-rakan artis yang telah meninggal dunia sebagai penghargaan kepada mereka.Jamal akan mempersembahkan lapan buah lagu solo, manakala Zamani bakal menyanyikan enam lagu beserta dua buah lagu duet menggabungkan kedua-dua penyanyi berkenaan. Sementara itu, Zamani pula memberitahu, beliau memilih mendendangkan lagu daripada album solonya bagi mengetengahkan kelainan berbanding konsertnya bersama Slam.\" Saya mahu tonjolkan lagu-lagu solo saya, berikan seditikt kelainan, jika ada permintaan penonton barulah saya akan selitkan satu atau dua lagu kumpulan Slam, tiada masalah, asal dapat menghiburkan penonton,\" katanyaMengakui teruja untuk mengadakan konsert ini kerana tidak mengadakan persembahan secara terbuka hampir dua tahun, namun Zamani mengakui agak bimbang dengan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.“Saya berharap segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan angka jangkitan Covid-19 yang meningkat tidak akan menjejaskan persembahan kami,” katanya.Kedua-dua penyanyi lelaki bersuara lunak yang tidak asing dalam arena seni suara tanah air itu kini sedang giat melakukan persediaan rapi untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat yang bakal hadir pada malam konsert itu.A Night To Remember' berkonsepkan ‘Pop Night’ yang menggabungkan persembahan dalam suasana makan malam yang akan diiringi oleh Ritz Metalasia dan Sham Wings sebagai pemain gitar bersama pemuzik lain secara langsung.",
"Sementara itu, Jamal juga bakal menghasilkan satu album khas bagi mengenang penyanyi lagenda Tan Sri P.Ramlee dan komposer S.Effendi. Jelas Jamal beliau kini dalam proses mengumpul koleksi lagu-lagu berkenaan.\" Saya memang sebelum ini pun banyak merakamkan lagu-lagu ciptaan S. Effendi dan lagu-lagu dendangan P.Ramlee juga, saya sememeangya antara peminat kedua-dua lagenda ini, jadi jika berkesempatan saya mahu himpunkan lagu-lagu mereka buat satu album,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=272 |
Penyanyi Apo Kono Eh Jang meninggal derita kanser
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Februari - Industri seni tanah air kehilangan penyanyi popular 1980-an, Mastura Ismail yang terkenal dengan lagu \"Apo Kono Eh Jang\" meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat kanser rahim.Berita berkenaan disahkan oleh adiknya, Ibrahim S yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Cheras Idaman, Kajang, Selangor pada 8.50 malam Rabu.Allahyarham yang lahir pada tahun 1957, memulakan karier seninya pada usia 12 tahun berduet bersama abangnya Afzainizam Ismail. Selain menyanyi, Allahyarham juga pernah berlakon drama \"Apo Kono Jang\" siaran RTM pada tahun 1988.Allahyarham Mastura meninggalkan dua orang anaknya seorang lelaki berumur 42 tahun dan seorang perempuan, 40 tahun. \"Arwah sakit kanser rahim tahap lima sejak setahun yang lalu\", katanya kepada RTM.Adiknya menyifatkan arwah seorang yang berdisiplin sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.\"Arwah seorang yang baik dan tidak banyak karenah sebagai seorang penyanyi. Arwah juga menjadi idola orang Negeri kerana arwah menyanyikan lagu-lagu Minang khususnya\".Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Long, Cheras pada Khamis sebelum Zohor."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=273 |
Janna Nick lancar lagu baru berjudul 'Gatal', beri mesej kepada penggoda
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Februari- Setelah lebih 4 tahun menyepi dari dunia nyanyian, akhirnya Janna Nick tampil mengeluarkan single ke-3 berjudul 'Gatal'. Bagi Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, agak sukar kembali merancakkan momentum kerjaya seni suaranya itu memandangkan sudah lama tidak menyanyi",
"\"Proses pembuatan lagu ‘GATAL’ ini adalah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejurus tamat PKP, saya terus buat latihan vokal dan kemudian masuk studio untuk proses rakaman. Kalau tanya berapa masa yang diambil untuk menyiapkan lagu ini, saya tak dapat berikan tempoh yang spesifik, cuma lebih kurang setahun juga.\"Saya jalani hampir setahun rasanya untuk menyiapkan 'single' kali ini. Apa yang ingin saya sampaikan ialah mesej melalui lagu 'Gatal' yang jarang diberikan perhatian,\" katanya.Janna akui, pengalaman lalu dan kritikan diterimanya, tidak pernah mematahkan semangat apatah lagi ketika mengenangkan sokongan padu para peminat yang sentiasa memberi kekuatan.Justeru, tidak mahu terus mengalah, Janna menjalani sesi latihan vokal untuk memantapkan persembahannya supaya tampil dengan pakej lengkap, bukan sekadar cantik dan bepersonaliti menarik, bahkan mempunyai kekuatan dan kualiti suara tersendiri.\"Lagu berentak pop ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza ini diserikan dengan bait-bait lirik yang seakan menolak godaan seorang lelaki yang sudah berpunya,\" katanya.“Mesej lagu ini bagi Janna sangat mudah di mana selalunya perbuatan gatal ini akan diletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja yang kebiasaannya adalah wanita, tetapi dalam lagu ini, ia cuba menyampaikan bahawa perbuatan gatal itu terjadi disebabkan oleh kedua-dua pihak, tidak kira lelaki atau perempuan.\"Gatal ini juga boleh mengakibatkan kesengsaraan dan kerosakan sesebuah perhubungan pada pengakhirannya. Lagi-lagi untuk orang yang dah berpunya dan juga pasangan suami isteri,\" jelasnya.“Ini adalah buah tangan untuk anda semua. Terima kasih banyak atas segala sokongan yang diberikan dari awal pembabitan Janna dalam industri seni. Saya sayang kamu (peminat) semua,\" pesan Janna.Lagu ‘GATAL’ terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 Januari yang lalu manakala video muzik rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Janna Nick bermula malam Rabu.Janna pernah menghasilkan single berjudul Akan Bercinta yang menjadi lagu latar drama adaptasi Coffee Prince yang hangat sekitar tahun 2017"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=274 |
Pengiktirafan terindah sepanjang lebih 50 tahun dalam dunia seni - Hail Amir
| [
"KUALA LUMPUR, 7 Februari- Penyanyi dan pelakon popular 70-an Hail Amir menyifatkan pengurniaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kepadanya yang membawa gelaran Datuk, merupakan satu pengiktirafan terindah sepanjang lebih 50 tahun menghambakan diri dalam dunia seni tanah air.Beliau yang popular dengan lagu “Wajah Kesayangan Hamba” itu berkata kurniaan tersebut adalah satu penghargaan dan ingin berkongsi kegembiraan dengan peminat setianya selama ini.\"Saya rasa amat terharu dengan penganugerahan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih mengingati dan meminati insan bernama Hail Amir ini,\" katanya.Karier seni Hail bermula sebagai penari kebudayaan di Badan Budaya di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada awal 70-an.Beliau kemudian ditawarkan watak utama dalam filem pertamanya “Jiwa Remaja” di samping Uji Rashid dan Datuk Yusof Haslam. Antara filem lain yang dilakonkannya ialah “Menanti Hari Esok”, “Ribut Barat” dan “Anita Dunia Ajaib”. Bakat beliau dalam bidang seni suara pula dikesan oleh komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab sehingga lahirnya lagu popular “Wajah Kesayangan Hamba”.Bapa kepada empat cahaya mata berasal dari Pulau Pinang itu kini masih aktif memenuhi undangan nyanyian.Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, Hail telah menghasilkan 12 album selain turut terkenal dengan nyanyian bersama rakan duetnya, Uji Rashid.Antara lagu popular pasangan duet itu ialah “Menunggu Nasi Minyak”, “Antara Matamu dan Mataku”, “Asmara Bergelora” dan “Seloka Hari Raya”.Pada istiadat di Istana Negara pagi tadi, Hail bersama 58 individu lain menerima darjah kebesaran PMW yang membawa gelaran “Datuk” sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022.Turut menerima PNW ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly dan bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee. -BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=275 |
Lata Mangeshkar dikebumi dalam Istiadat Pengebumian Negara, India berkabung 2 hari
| [
"MUMBAI, 7 Februari- Kerajaan India mengumumkan mendiang Lata Mangeshkar yang meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai organ akan diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Negara.",
"Sebagai tanda pengormatan kepada penerima anugerah tertinggi untuk orang awam, kerajaan India turut mengumumkan untuk mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama dua hari. Sepanjang tempoh itu ke semua majlis rasmi juga diarah dibatalkan.Penyanyi legenda itu yang terkenal dengan suaranya yang lunak disemadikan di Shivaji Park di sini, pukul 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) Ahad.Perdana Menteri, Narendra Modi juga dilaporkan berlepas ke Mumbai bagi menghadiri upacara terakhir mendiang.Seniwati tersohor Bollywood itu meninggal dunia pada usia 92 tahun di hospital di Mumbai Breach Candy selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak 11 Januari lalu akibat jangkitan COVID-19. Kerandanya dibalut dengan bendera India, serta diarak melalui jalan-jalan di bandar asalnya, Mumbai dengan trak yang dihiasi bunga.Beribu-ribu orang berkumpul di sekitar Taman Shivaji, di mana istiadat pengebumian dijalankan, ada di antaranya yang memanjat tembok dan pokok untuk melihat dengan lebih jelas bagi memberi penghormatan terakhir.Bercakap kepada The Indian Express, Pengarah Hospital Breach Candy, Dr Samdhani berkata, mendiang dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak 11 Januari lalu akibat jangkitan COVID-19 dan pneumonia.\"Atas faktor usia, kami berdepan dengan kesukaran. Kami telah cuba sedaya upada namun beliau berdepan dengan pelbagai komplikasi pasca COVID-19,\" katanya.Beliau memberitahu, melihat pada kegagalan satu demi satu organ mendiang sejak beberapa hari lalu, pihaknya sedar penyanyi legenda itu akan meninggalkan dunia.Mangeshkar yang lahir pada tahun 1929, memulakan karier seninya pada usia lima tahun hasil latihan bapanya, Deenanth.Setelah bapanya meninggal dunia, beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyara empat beradik dan keluarganya pada usia 13 tahun.Mendiang juga pernah dijemput kerajaan bagi menyanyikan lagu patriotik sebagai penghormatan kepada anggota tentera yang terbunuh dalam perang Indo-China pada tahun 1962.Lata Mangeshka terkenal dengan sifatnya yang sering menyanyi tanpa memakai kasut sebagai tanda hormat kepada seni nyanyi dan menulis sendiri bait lirik sebelum merakamnya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=276 |
“Semoga hari ini memberi anda ketenangan dan kedamaian." status Kryst sebelum mati
| [
"NEW YORK, 1 Februari- Penganjur Miss USA dan Miss Universe menyifatkan kematian bekas ratu cantik Amerika Syarikat, Cheslie Kryst, 30 yang ditemukan mati selepas dipercayai terjun dari tingkat 29 kondominium Orion, sebagai satu ‘kehilangan’ besar.",
"Menurut mereka, bekas ratu cantik itu sering bercakap mengenai tekanan dan kesihatan mental sebelum kematiannya.",
"Kenyataan Miss Universe dan Miss USA menyebut, “Kryst antara yang paling menyinar, menyerlah dan paling baik yang pernah kami kenali dan sentiasa menceriakan situasi.”",
"Sumber Polis New York mengesahkan pada lewat Ahad, mayat Kryst ditemukan kira-kira 7.00 pagi waktu tempatan di tingkat bawah bangunan pencakar langit di 42 Street, Manhattan.",
"“Berdasarkan laporan awal, wanita itu terjun dari lokasi tinggi dan dipercayai bunuh diri,\" kata kenyataan itu.",
"Laporan New York Post menyebut, Kryst terjun dari kediamannya di tingkat 29 Kondominium Orion.",
"Beberapa jam sebelum mayat ditemukan, Kryst memuat naik gambarnya di Instagram dengan kapsyen “semoga hari ini memberi anda ketenangan dan kedamaian.\"",
"Sejak kelahiran Kryst di Michigan pada 1991, media Amerika Syarikat sering membuat liputan mengenai kehidupannya yang berdarah campuran dan dibesarkan di North Carolina serta memperoleh ijazah undang-undang.",
"Ibunya dinobatkan sebagai Miss North Carolina pada 2002 dan Kryst juga pernah dinobatkan sebagai Miss North Carolina dan Miss USA pada 2019 ketika berusia 28 tahun, peserta paling tua memenangi pertandingan tersebut.",
"Pada tahun sama, Kryst mendapat tempat ke-10 dalam pertandingan Miss Universe. -AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=277 |
Neelofa selamat bersalin, Muhammad Bilal nama pilihan putera sulung
| [
"KUALA LUMPUR, 31 Januari-Pelakon dan usahawan, Neelofa selamat melahirkan anak lelaki sulung di sebuah hospital di ibu negara, pada pukul 3.44 petang, pada Sabtu.Khabar gembira tersebut dikongsikan suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran PU Riz, menerusi satu kenyataan.Menerusi kenyataan itu, PU Riz meluahkan kesyukuran kerana segala urusan menyambut cahaya mata pertama mereka dipermudahkan.“Assalamualaikum. Alhamdulillah, puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami, Muhammad Bilal Muhammad Haris pada 29 Januari 2022, pukul 3.44 petang.“Syukur, Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya menerusi kenyataan tersebut.Pasangan itu turut menzahirkan penghargaan buat semua yang mendoakan mereka.“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata. Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu.“Mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.Berita mengenai kehamilan Neelofa hangat diperkatakan sejak Julai tahun lalu, namun pasangan itu memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka mengenai status kandungan.Haris dan Neelofa berkahwin di sebuah hotel di ibu negara, pada 27 Mac tahun lalu.Sementara itu, laman sosial Neelofa turut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada para peminat.Selain ucapan tahniah, komen mereka antaranya mendoakan kesejahteraan Neloofa dan Muhammad Bilal."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=278 |
Penghasilan telefilem 'Mek Raya' sasar promosi tempat menarik di wilayah KETENGAH kepada pelancong
| [
"KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Ketengah Holding Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat produksi Nang Surya Studios bagi mempromosi wilayah KETENGAH, khususnya Tasik Kenyir menerusi telefilem ‘Mek Raya’. ",
"Telefilem yang akan disiarkan di RTM itu memaparkan kisah masyarakat Terengganu di mana sebahagian besar pengambaran dilakukan di sekitar Hulu Terengganu dan Tasik Kenyir. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KETENGAH Holding Sdn Bhd, Mohd Zaid Sulaiman berkata telefilem itu dirakam di pelbagai lokasi menarik termasuk di wilayah KETENGAH antaranya Pulau Orkid, Santuari Kelah, Jeti Gawi, Pulau Poh di Tasik Kenyir, Muzium Bukit Besi dan Kampung Pasir Raja.\"Kita mengharapkan dengan penajaan ini dapat mempromosi kawasan pelancongan di wilayah KETENGAH terutamanya dan Terengganu amnya. Dengan kehadiran pelancong ke negeri kita dan wilayah KETENGAH khasnya akan membantu melonjakkan rantaian ekonomi peniaga tempatan kita,\" kata Zaid kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan bagi Telemovie Mek Raya antara Ketengah Holding Sdn Bhd dan Nang Surya Group Sdn Bhd di Primula Beach Resort. Pada majlis itu pihaknya menyumbang RM50,000 untuk produksi ‘Mek Raya’. Pengarah telefilem tersebut, Rotli Md Jidin berkata 'Mek Raya' merupakan sebuah cerita berkonsepkan Keluarga Malaysia yang berbilang bangsa dan saling berkongsi budaya serta memupuk perpaduan antara kaum."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=279 |
Usia 60 tahun, Pak Nil mahu hasilkan program memberi mesej dan ilmu
| [
"KUALA LUMPUR, 30 Januari- Walaupun menjangkau usia 60 tahun pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi masih ligat dan terus aktif dalam kerjaya seninya.Mengutamakan kualiti dalam setiap hasil kerjanya, beliau kini lebih mengutamakan program-program santai yang boleh memberikan mesej dan ilmu.Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Pak Nil mengakui, manjangkau usia senior dalam arena seni beliau tidak mahu terikat dengan program ditentukan penerbit dan stesen televisyen, sebaliknya berharap diberi ruang mencorakkan kandungan programnya sendiri.\" Paknil sekarang ni dah lama menceburkan diri dalam bidang seni, tidak mungkin, tiada hak untuk memilih program-program yang mahu terlibat, Pak Nil tidak mahu buat program-program yang terlalu santai, masih boleh santai, tetapi pada wakttu sama, ada kredibiliti dan mempunyai ruang untuk menyampaikan mesej dan ilmu,\" katanya ketika ditemui pada majlis Up Close & Personal With Pak Nil dan sesi pengumumannya sebagai duta kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, di sini, baru-baru ini.Bagi selebriti yang juga aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar mempromosi jenama.Bahkan, katanya duta sesuatu produk mempunyai tanggungjawab besar untuk meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.\"Saya sedar penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu memberi kesan kepada ramai orang. Ia termasuk dalam aspek perbelanjaan ekonomi.\"Oleh itu, saya berbincang dengan Nakada untuk mengadakan sesi belian harga istimewa. Permintaan itu dipersetujui mereka dan sekali gus membolehkan orang ramai memiliki barangan jenama itu dengan harga runtuh.\"Setiap minggu saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan TikTok. Dalam tempoh itu, belian harga duta membolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan harga sehingga 70 peratus,\" katanya.Sementara itu, sebagai orang lama dalam industri, Pak Nil juga mengharapkan penggiat seni tanah air baharu tidak memandang remeh kerjaya sebagai anak seni, sebaliknya menganggap ia sebagai satu pekerjaan dan juga mata pencarian.\"Untuk bintang-bintang baharu ni pesan Pak Nil jadikan pekerjaan sebagai anak seni satu kerjaya, bukan hobi atau kerja separuh masa. Kena beringat, kalau hilang pekerjaan, kita hilang mata pencarian,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=280 |
Chris Brown disaman AS$20 juta, rogol wanita atas kapal layar
| [
"LOS ANGELES, 29 Januari- Seorang wanita menyaman penyanyi R&B Chris Brown sebanyak AS$20 juta kerana didakwa memberi dadah dan merogolnya di atas kapal layar yang berlabuh di sebuah hartanah di Miami milik P Diddy.Menurut saman sivil, yang difailkan pada Khamis, Brown menjemput wanita itu yang digambarkan sebagai koreografer, penari, model dan artis muzik ke kapal layar sejurus selepas tiba di Miami pada 30 Disember 2020.Wanita itu mendakwa minuman yang ditawarkan kepadanya ketika kejadian membuatkan dia berasa \"khayal dan secara fizikalnya tidak stabil.\"Pemfailan itu mengatakan Brown membawanya ke bilik tidur dan merogolnya walaupun wanita itu menolak.\"Peristiwa penuh trauma yang dialami oleh Plaintif yang dinamakan Jane Doe adalah satu insiden yang mengejutkan dan seharusnya menakutkan kita semua,\" kata saman itu, yang difailkan di Los Angeles.Brown, pemenang Anugerah Grammy kemudainnya membuat satu hantaran di laman Instagram selepas berita mengenai saman itu tersebar.\"Saya harap anda melihat corak [emoji topi biru] ini,\" tulisnya. Emoji topi biru digunakan untuk menunjukkan perkara yang tidak benar.\"Setiap kali saya mengeluarkan muzik atau projek 'mereka' cuba melakukan sesuatu yang tidak masuk akal.\"Brown bagaimanapun tidak menyatakan siapa \"mereka\" yang dimaksudkannya.Pada tahun 2009, Brown disabitkan bersalah memukul rakan penyanyi Rihanna, yang juga teman wanitanya sekaligus menyebabkan Rihanna terlepas Anugerah Grammy kerana kecederaan yang dialaminya.Brown juga sebelum ini dituduh merogol seorang wanita di sebuah hotel mewah di Paris. Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan tidak didakwa.- AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=281 |
Pian Cecupak meninggal dunia, ditemui terbaring di dalam bilik air
| [
"SENTUL, 27 Januari - Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, di sini pukul 8 malam semalam.Allahyarham yang berusia 52 tahun ditemui terbaring di dalam bilik air kediaman tersebut.Punca kematian masih belum dikenal pasti.Difahamkan, jenazah akan dikebumikan hari ini.Sebelum ini, Allahyarham Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.Malah Allahyarham kerap berdepan masalah semput dan sering menerima rawatan dan disahkan mengalami serangan jantung serta diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=282 |
Pereka Perancis, Thierry Mugler meninggal dunia
| [
"PARIS, 24 Januari- Pereka Perancis, Thierry Mugler yang menakluki dunia fesyen Paris pada tahun 1980-an, meninggal dunia pada Ahad.",
"Menurut ejenya, Jean-Baptiste Rougeot, Mugler meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 73 tahun.",
"“Kami dengan bersedih hati mengumumkan kematian Mr. Manfred Thierry Mugler pada Ahad, 23 Januari 2002,” menurut status Facebook di akaun rasmi pereka berkenaan.",
"Jelas Rougeot, pereka itu sepatutnya mengumumkan kerjasama baharu awal minggu ini.",
"Mugler terkenal dengan koleksi berani dan moden pada eranya; sehingga mampu bertahan berdekad lamanya.",
"Berasal daripada keluarga sederhana di Strasbourgh, pada usia 14 tahun Mugler mula tampil di Opera Nasional Rhine. Pada masa sama menyelesaikan kursus melukis di ‘Strasbourg School of Decorative Arts’.",
"Keputusan berpindah ke Paris pada tahun 1968, ketika itu berusia 20 tahun membolehkan kerjayanya terus berkembang.",
"Tampil dengan rekaan tersendiri, berani dan moden selaras perkembangan dunia fesyen membolehkan koleksinya terus mencipta nama dalam dunia fesyen.",
"Koleksi peribadi pertama Mugler muncul pada tahun 1973.",
"Pada tahun 1974, pengenalan jenama Thierry Mugler, membolehkan legenda fesyen itu terus memuncak.",
"Mugler turut mengembangkan koleksi untuk rumah fesyen dari Barcelona, Paris, Milan dan London.",
"Antara artis terkenal yang pernah menggunakan khidmatnya ialah Beyonce, Lady Gaga dan Kim Kardashian. -AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=283 |
Priyanka dan Nick Jonas timang anak melalui ibu tumpang
| [
"CALIFORNIA, 22 Januari- Pelakon Priyanka Chopra Jonas dan suaminya Nick Jonas mengumumkan di laman Instagram mereka pada Jumaat bahawa mereka menyambut anak pertama mereka bersama. Priyanka berkata anaknya dilahirkan oleh seorang ibu tumpang pada 15 Januari. \"Kami sangat gembira untuk mengesahkan bahawa kami telah menimang seorang bayi melalui ibu tumpang,\" menurut kenyataan pasangan itu. Pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau jantina bayi mereka. Pada 2018, pelakon dan pemuzik itu berkahwin di India.Mereka mengikat tali pertunangan selepas empat bulan bercinta.- AP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=284 |
Tina Turner Brazil meninggal pada usia 91 tahun
| [
"BRASILIA, 21 Januari- Penyanyi Samba Elza Soares, atau sering digelar Tina Turner Brazil, meninggal dunia pada usia 91 tahun di Rio de Janeiro pada Khamis.Suara garau dan bertenaga Soares menjadikannya salah seorang penyanyi paling popular dan terkenal di Brazil.Soares mempunyai lebih daripada 30 rekod sepanjang kerjayanya selama enam dekad.Di samping Tina Turner, diva kulit hitam itu juga dinobatkan Penyanyi Milenium oleh BBC Radio pada tahun 2000.Tidak terlepas daripada kontroversi dan tragedi peribadi, Elza Gomes da Conceicao Soares menjadi simbol tentangan dan keberanian menjelang akhir hayatnya.Anak kepada seorang buruh kasar dan tukang cuci, Soares dilahirkan di Rio de Janeiro pada Jun 1930.Bapanya memaksanya berkahwin pada usia 12 tahun dan setahun kemudian dia melahirkan anak pertamanya.Soares mempunyai tujuh anak dengan suami pertamanya tetapi dua anak pertama -- lahir pramatang dan kekurangan zat makanan -- meninggal dunia dalam usia muda.Pada usia 21 tahun, Soares sudah berstatus janda.Dia kemudian hidup selama 17 tahun bersama pemain bola sepak terkenal Garrincha, salah seorang bintang bersama Pele dari kejayaan Piala Dunia Brazil pada 1958 dan 1962.Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal dunia pada usia sembilan tahun. -AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=285 |
Tiada pengumuman nama calon sebagai duta, usah panjang berita tular di media sosial
| [
"KUANTAN, 15 Januari - Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menasihatkan semua pihak supaya tidak memanjangkan nama atau isu berkaitan lantikan duta yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini kerana ia tidak membantu dari segi hubungan baik Malaysia dengan negara luar.Beliau juga berkata Wisma Putra tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan nama calon yang sedang dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ketua perwakilan Malaysia di luar negara.\"Lazimnya, lantikan ini (ketua perwakilan Malaysia) dibuat melalui saluran diplomatik dan di Malaysia, kita hanya akan tahu apabila semuanya telah selesai dan diumumkan dengan cara yang baik dan mudah-mudahan menghasilkan hubungan bilateral yang baik,\" katanya. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Reflisia Timur Berhad di dewan KRT Cenderawasih di sini hari ini. Tanpa menyebut mana-mana nama pada sidang media itu, Saifuddin berkata proses lantikan boleh mengambil masa antara tiga ke enam bulan dan pelantikan itu adalah rasmi apabila individu berkenaan menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong. Mengulas mengenai lantikan ketua perwakilan Malaysia di luar negara, Saifuddin berkata terdapat dua kategori mereka yang boleh dilantik iaitu dalam kalangan pegawai perkhidmatan diplomatik dan bukan dalam kalangan pegawai diplomatik yang boleh meliputi bekas menteri, bekas pegawai kerajaan dan Ahli Parlimen yang masih berkhidmat. Ditanya mengenai kriteria yang membolehkan mereka bukan daripada pegawai perkhidmatan diplomatik mengisi jawatan itu, Saifuddin berkata ia melibatkan mereka yang difikirkan boleh mendatangkan hubungan baik antara kedua-dua negara selain pengalaman individu berkenaan. \"Amalan ini berlaku di banyak negara dan apabila kita memilih seorang calon, ia harus melalui proses penilaian yang ketat dan telus yang mana setiap calon akan melalui tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Setelah selesai tapisan, barulah nama calon itu akan dikemukakan ke negara penerima melalui saluran diplomatik, yang seterusnya (nama calon) akan menjalani proses kelulusan mengikut dasar dan polisi negara tersebut sebelum diperakui. Ini bermaksud ada dua tapisan perlu dilalui,\" katanya.Di sesetengah negara termasuk Malaysia, nama calon yang diterima dari negara luar akan dikemukakan ke Kabinet oleh Menteri Luar untuk dipertimbangkan manakala terdapat negara yang menetapkan supaya perkara itu memerlukan kelulusan Parlimen. Saifuddin berkata di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, negara penerima mempunyai hak mutlak untuk mempertimbangkan calon tanpa memaklumkan sebab kepada negara penghantar jika mereka menolak cadangan nama calon berkenaan.\"Dalam kebanyakan keadaan, penolakan sesebuah negara terhadap sebarang pencalonan adalah disebabkan oleh prinsip yang dipegang negara itu dan bukanlah disebabkan oleh calon tersebut dan bukan juga atas status hubungan diplomatik. Masing-masing negara ada kaedah dan kriteria tersendiri,\" katanya. - BERNAMA "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=286 |
Tiffany Haddish ditahan kerana memandu di bawah pengaruh bahan terlarang
| [
"GEORGIA, 15 Januari- Pelakon dan pelawak, Tiffany Haddish ditangkap pada Jumaat dan didakwa memandu bawah pengaruh bahan terlarang.Haddish ditahan selepas Polis Peachtree City mendapat panggilan kira-kira pukul 2:30 pagi mengenai seorang pemandu tertidur di lebuh raya, kata Penolong Ketua Polis Matt Myers dalam satu kenyataan.\"Seorang pegawai melihat kenderaan yang sepadan dengan keterangan pemanggil dan menghentikan Haddish ketika dia masuk ke halaman kediaman\", kata Myers.Haddish kemudiannya menghantar bon ASD$1,666 dan dibebaskan dari Penjara Fayette County, kata Myers. Jurucakap Haddish bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan.Haddish merupakan bintang komedi popular \"Girls Trip\" dan telah membintangi filem seperti \"The Kitchen,\" \"Night School\" dan \"Like A Boss.\" Dia juga menulis buku paling laris New York Times, \"The Last Black Unicorn\" dan menjadi hos rancangan televisyen popular \"Kids Say The Darndest Things.\" -AP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=287 |
Lata Mangeshkar dimasukkan ke ICU selepas disahkan positif COVID-19
| [
"MUMBAI, 13 Januari - Penyanyi legenda Bollywood, Lata Mangeshkar dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Mumbai selepas disahkan positif COVID-19.Ikon pementasan Hindi berusia 92 tahun itu mengalami radang paru-paru akibat jangkitan COVID-19 dan kini berada dalam pemantauan di ICU.\"Mangeshkar akan terus menerima rawatan di wad ICU di bawah pemerhatian selama 10 hingga 12 hari,\" kata doktor yang merawatnya.Legenda itu pernah menerima rawatan di hospital yang sama akibat jangkitan dada dan masalah pernafasan pada November 2019.Mangeshkar telah menyanyikan beribu lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk Hindi, Marathi dan Benggali, sepanjang kerjayanya yang telah menjangkau tujuh dekad.Beliau pernah menerima beberapa anugerah kebangsaan India, termasuk anugerah penghormatan awam tertinggi ‘Bharat Ratna’."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=288 |
Semua atlet dibenar guna kemudahan MSN meskipun digugur daripada latihan kebangsaan
| [
"KUALA LUMPUR, 11 Januari- Kesemua atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan tetap dibenarkan untuk menggunakan kemudahan di Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).Kebenaran itu diberikan ketika latihan berfasa selama enam minggu yang akan dilaksana dalam masa terdekat.Menurut Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin, pihaknya sedang mengadakan bengkel bersama persatuan sukan kebangsaan untuk membincangkan tarikh sesuai melaksanakan latihan itu.Selain itu, pihaknya turut merancang untuk menganjurkan beberapa kejohanan domestik bagi memberi atlet peluang melayakkan diri ke Sukan SEA.Tambah beliau, perincian tersebut akan dibincangkan dalam tempoh seminggu ini dan sekiranya atlet berjaya layak ke Sukan SEA, mereka akan diserap ke dalam program latihan MSN.MSN juga akan menyediakan tempat tinggal, makanan dan kemudahan lain ketika latihan berfasa tersebut kepada semua atlet yang terlibat.MSN sebelum ini menggugurkan 144 atlet kebangsaan, dan hanya mengekalkan 293 atlet bagi tahun ini, selain mengurangkan elaun latihan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=289 |
Kuota dan kos haji belum muktamad - Idris Ahmad
| [
"PUTRAJAYA, 11 Januari- Kuota dan kos haji pada tahun ini masih belum dimuktamadkan meskipun kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah haji dilaksanakan musim ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, perbincangan pihaknya dengan kerajaan Arab Saudi telah diadakan Disember lalu sebelum munculnya varian baharu COVID-19, Omicron. Kebiasaan sebelum ini, kuota haji dari Malaysia yang dibenarkan adalah seramai 30,000 jemaah. Jelasnya lagi penggiliran juga bergantung kepada pihak Lembaga Tabung Haji untuk menentukannya mengikut keutamaan jemaah yang telah disenaraikan. Beliau juga berharap agar tidak timbul kluster lain yang menyebabkan berlakunya sekatan untuk membenarkan jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji tahun ini. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada warga agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang terjejas banjir di Putrajaya. Sebanyak RM338,000 diperuntukkan kepada 338 orang warga agensi agama di bawahnya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=290 |
'Spider-Man' terus pecah panggung
| [
"LOS ANGELES, 10 Januari - Filem adiwira \"Spider-Man: No Way Home\" mencatat kutipan pecah panggung.",
"Laporan pemantau industri Exhibitor Relations menyebut, filem arahan Jon Watts itu kini mendahului senarai pecah panggung Amerika Utara dengan kutipan jualan tiket berjumlah $33 juta.",
"Di tempat kedua filem muzikal \"Sing 2\" ($12 juta) diikuti filem perisikan \"The 355\" ($4.8 juta), \"The King's Man\" ($3.3 juta) dan \"American Underdog'\" ($2.4 juta).",
"Kutipan global \"Spider-Man: No Way Home\" pula mencecah $1.42 bilion dalam tempoh empat minggu.",
"Malahan, kutipan kasar domestik yang berjumlah $669 juta setakat ini meletakkannya di kedudukan keenam senarai filem paling laris sepanjang zaman, di hadapan \"Titanic\" dan \"Jurassic Park\".",
"Filem keluaran Sony Pictures Entertainment itu dibintangi Tom Holland dan Zendaya.",
"Kos pembikinan menelan belanja $200 juta."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=291 |
PIALA FA INGGERIS - Newcastle tersingkir
| [
"LONDON, 9 Januari - Musim malang Newcastle berterusan apabila disingkirkan dari saingan Piala FA kepada kelab divisyen tiga, Cambridge, dengan kekalahan 0-1 pagi tadi.Joe Ironside menjaringkan gol tunggal perlawanan 11 minit selepas babak kedua bermula untuk membawa pasukannya ke pusingan ke-4.Penjaga gol Cambridge, Dimitar Mitov perlu diberi pujian apabila berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah. - AP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=292 |
77 pelajar Orang Asli dibawa keluar untuk memulakan sesi persekolahan
| [
"GUA MUSANG, 9 Januari - Seramai 77 pelajar Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan berjaya dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi memulakan sesi persekolahan pada Ahad. Usaha itu dilakukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli bersama pemimpin kampung serta kontraktor pengangkutan pelajar Orang Asli apabila terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka kerana masih bimbangkan wabak Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi, Ajeh Baharom berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan ada ibu bapa yang hampir setahun tidak membenarkan anak mereka ke sekolah. Katanya, namun selepas dipujuk akhirnya mereka kembali membenarkan anak mereka ke sekolah dan tinggal di asrama. Pos Tohoi terletak hampir 50 kilometer dari bandar Gua Musang dan mempunyai 800 penduduk Orang Asli."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=293 |
VTL: KL dan Singapura masih nilai risiko Omicron sama ada meneruskan kuota asal atau sebaliknya
| [
" JOHOR BAHRU, 7 Januari - Kerajaan Malaysia dan Singapura sedang menilai risiko semasa wabak COVID-19 sebelum memutuskan sama ada meneruskan kuota asal atau mengurangkan kuota 50 peratus untuk skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin, (VTL) Darat dan Udara, Singapura-Johor Bahru.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, setakat ini 37,783 orang sudah menggunakan VTL udara sejak mula dibuka pada 29 November lalu. Penangguhan yang dibuat ketika ini bukan kepada inisiatif VTL sebaliknya adalah untuk permohonan baharu keluar atau masuk.\"Tidak ada pertambahan jumlah tetapi mereka akan tunggu sehingga 21 Januari ini, yang mana pada masa itu separuh daripada kapasiti dibenarkan.",
"Mulai 21 Januari ikut perbincangan asal ialah 50 peratus daripada kapasiti asal telah dipersetujui pada 29 November\", katanya dalam sidang media selepas Majlis Meraikan Pencapaian PTP 2021 di Tanjung Pelepas. Malaysia dan Singapura telah mengambil keputusan dengan membekukan penjualan tiket penerbangan dan bas laluan VTL ke dua-dua negara sehingga 20 Januari ini. Langkah tersebut bertujuan mengurangkan risiko terdedah kepada kes import Omicron COVID-19."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=294 |
Penduduk terjejas banjir di Johor, bakal terima bantuan RM500 daripada kerajaan negeri
| [
"SEGAMAT, 3 Januari - Kerajaan Johor akan memberi bantuan kewangan RM500 kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. \"Saya akan membawa perkara ini ke Mesyuarat EXCO supaya Kerajaan Negeri menambah lagi RM500 dan kita akan bincangkan jumlah bantuan kepada mangsa banjir jika kematian berlaku,\" katanya kepada pemberita. Sementara itu, Datuk Hasni juga memaklumkan, arahan dan koordinasi antara jabatan-jabatan dan agensi memastikan bantuan dapat diberi tepat pada masanya. \"Kerajaan negeri juga akan memudah cara semua bantuan daripada pelbagai agensi\", katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=295 |
India lapor 27,553 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam
| [
"NEW DELHI, 3 Januari - Angka kes COVID-19 India meningkat kepada 34,889,132 pada Ahad, apabila 27,553 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu. Data terkini kementerian kesihatan negara itu, turut memaklumkan, 284 kematian akibat pandemik yang dilaporkan sejak pagi Sabtu. Masih terdapat 122,801 kes aktif COVID-19, berikutan peningkatan sebanyak 18,020 kes aktif dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu hari ke-5 berturut-turut jumlah kes aktif meningkat di India. \"Sebanyak 34,284,561 individu telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 9,249 orang daripadanya dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lepas.Sementara itu, data juga menunjukkan jumlah kes Omicron di India, mencecah 1,525, dengan Maharashtra dan Delhi masing-masing melaporkan 460 dan 351 kes\", menurut data kementerian tersebut.Sehingga kini, 560 pesakit Omicron telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=296 |
307 Ketua Keluarga terjejas banjir terima wang ihsan RM1,000
| [
"DUNGUN, 29 Disember - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu mengagihkan sumbangan wang ihsan kepada 307 ketua keluarga yang terjejas banjir baru-baru ini.Mereka, masing-masing menerima sumbangan wang tunai RM1,000 untuk seisi keluarga. Pengarah APM Negeri Terengganu Leftenan Kolenal Pertahanan Awam Mohd Rosman Abdullah berkata, keseluruhan agihan sumbangan dijangka selesai esok.\"Kalau nak ikut pecahan semalam, kita dah selesai mengagihkan di Besut seramai 4 keluarga. Hari ini kita buat di Setiu seramai 100 keluarga dan di Kuala Nerus pun kita buat hari ini, seramai 50 keluarga dan inshaallah esok di kemaman seramai 55 keluarga, dan satu lagi di Kuala Terengganu seramai sembilan keluarga\" katanya ketika hadir meninjau pengagihan sumbangan wang ihsan di perkarangan Dewan Orang Ramai, Kampung Pasir Raja, di sini.Daerah Dungun mencatatkan jumlah sumbangan penerima tertinggi iaitu seramai 119 orang ketua keluarga.Sebahagian besar terdiri penduduk Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor yang terletak di bahagian hulu daerah berkenaan. Diikuti daerah Setiu 100 penerima dan Kemaman, 55 penerima. Manakala seramai 20 penerima di Kuala Besut serta Kuala Terengganu dan Besut, masing-masing Sembilan dan Empat penerima."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=297 |
Tiga kes OMICRON dikesan di Negeri Sembilan
| [
"SEREMBAN, 29 Disember - Tiga kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata, kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Disember lepas.“Kes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban. Keputusan kes adalah positif dan tidak bergejala selain wanita itu telah lengkap divaksinasi pada 13 Ogos lepas,” katanya kepada Bernama di Seremban.Beliau berkata kes kedua melibatkan wanita berusia 28 tahun, yang tiba dari United Kingdom melalui pintu masuk KLIA pada 14 Disember lepas dan disaring serta dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.Menurutnya wanita yang juga telah lengkap divaksinasi pada 19 Mei lepas itu menjalani kuarantin di rumahnya di Seremban manakala keputusan kes adalah positif dan mempunyai gejala ringan.Kes ketiga pula melibatkan wanita berumur 29 tahun yang juga tiba dari United Kingdom di KLIA pada 16 Disember lepas, dan disaring dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.“Kes diarah menjalani kuarantin di kediamannya di Port Dickson dan disahkan positif. Individu berkenaan juga mempunyai gejala ringan selain lengkap divaksinasi pada 30 Mac dan menerima dos penggalak pada 22 Oktober lepas,” katanya.Kesemua kontak rapat kepada ketiga-tiga wanita itu dikenal pasti dan dilakukan ujian tindak balas polymerase chain reaction (PCR) serta diarahkan menjalani kuarantin kendiri. - BERNAMA "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=298 |
Liverpool tewas 0-1 kepada Leicester City
| [
"LONDON, 29 Disember - Liverpool tewas 0-1 menentang Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.Itu juga adalah kekalahan pertama The Reds dalam lima perlawanan terakhir liga yang telah berlangsung. Dalam perlawanan tersebut, pemain Leicester City, Ademola Lookman muncul wira buat kelab tersebut apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-59.Sementara itu, Liverpool dilihat gagal memanfaatkan beberapa peluang mendapatkan jaringan terutama menerusi Sadio Mane dan Mohamad Salah.Kekalahan Liverpool itu juga menyebabkan pasukan berkenaan terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, Manchester City.Ketika ini The Reds telah mengumpul 41 mata selepas 19 perlawanan, ketinggalan enam mata daripada pendahulu.- AFP"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=299 |
1,000 penduduk di enam kampung di Hulu Dungun diarah bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang ke-3 banjir
| [
"KUALA NERUS, 28 Disember - Lebih 1,000 penduduk di enam kampung di Hulu Dungun, Terengganu diarah bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang ketiga banjir. Met Malaysia menjangkakan daerah berkenaan dilanda banjir pada 30 dan 31 Disember. 2,800 pegawai dan anggota Pertahanan Awam kini bersiap-siaga bagi menghadapi bencana itu bersama kelengkapan aset logistik. \"Lembaran Sungai Dungun dijangka meningkat jika hujan berterusan dalam tempoh tersebut dan akan mengakitakan 6 kampung berhampiran sungai dinaiki air antaranya Kampung Pasir Raja, Jongok Batu, Jerangau dan Kuala Jengal. Jadi saya nasihatkan sentiasa perhatikan anak2 kita jangan biarkan mereka leka\",menurut kenyataan itu.Tiga pusat pemindahan sementara turut disedia untuk menempatkan penduduk di kawasan dijangka berisiko."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=300 |
14 juta penduduk bandar Xi'an dikenakan perintah kekal berada di rumah
| [
"BEIJING, 27 Disember, Varian Omicron yang lebih mudah menular, telah mengakibatkan lonjakan kes baharu di seluruh dunia, memaksa beberapa negara menguatkuasakan semula sekatan pergerakan. Di bandar Xi'an, China 14 juta penduduk dikenakan perintah kekal berada di rumah. Arahan dikeluarkan semalam ketika negara itu memperketatkan sekatan pergerakan selepas merekodkan kes tertinggi dalam tempoh 21 bulan. China melaksanakan strategi \"sifar COVID-19\", menjelang penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk, Februari depan. Ini termasuk mengetatkan kawalan di sempadan, mengenakan tempoh kuarantin panjang dan sekatan pergerakan bersasar."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=301 |
Langkah pencegahan dan kawalan COVID - 19 di China diperketat
| [
"China, 25 Disember - Pihak berkuasa China mula mengetatkan langkah pencegahan dan kawalan wabak dalam usaha membendung penularan semula COVID-19 di bandar Xi'an, Wilayah Shaanxi.",
"Penduduk kampung juga tidak dibenar meninggalkan kediaman mereka dan beberapa pusat pengurusan komuniti juga terpaksa ditutup.",
"Menurut Timbalan Suruhanjaya Kesihatan Bandar Lv Yongpeng, destinasi tumpuan pelancong itu mencatatkan 255 kes tempatan sejak pertama kali dikesan melibatkan jangkitan dari luar negara pada 9 Disember lalu.",
"Xi'an merupakan bandar mega dengan jumlah penduduk mencecah 13 juta orang - Reuters"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=302 |
Protes di Afghanistan desak aset negara diserah kembali
| [
"Afghanistan, 25 Disember - Kira-kira 200 warga Afghanistan berarak di Kabul mendesak aset negara yang dibekukan komuniti antarabangsa, diserah kembali kepada mereka.",
"Protes merupakan sesuatu yang janggal di negara itu kerana lazimnya Taliban tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.",
"Protes diadakan kumpulan dinamakan sebagai Gerakan Rakyat Afghanistan.",
"Tiada kelibat wanita kelihatan dalam perhimpunan berkenaan.",
"Demonstrasi dianjur ketika negara terbabit berdepan krisis ekonomi yang teruk.",
"Mereka mendesak kekayaan negara itu dipulangkan kembali kepada rakyat.",
"Ia membolehkan aktiviti ekonomi yang hampir lumpuh kembali berjalan.",
"Sejak Taliban kembali menguasai pentadbiran pada 15 Ogos lalu aset bernilai hampir 10 bilion dolar Amerika dibekukan pelbagai pihak antarabangsa.",
"Di bawah pentadbiran kumpulan itu, setiap perhimpunan hanya boleh dianjur sekiranya diluluskan. - AFP "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=303 |
13 PATI ditahan cuba masuk melalui laluan tikus di Bukit Kayu Hitam
| [
"KUBANG PASU, 23 Disember - Cubaan 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar untuk masuk ke negara ini melalui laluan tikus di Bukit Kayu Hitam berjaya digagalkan polis Kedah.",
"Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam kenyataannya berkata, turut ditahan 3 lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai tekong darat dan ejen untuk kegiatan penyeludupan itu .\"Mereka ditahan sepasukan Pegawai dan Anggota Cawangan Khas (Bahagian E6) IPK Kedah semalam. Kesemua PATI , 12 lelaki dan seorang wanita itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,\" kata beliau ketika ditemui pemberita di sini.Siasatan awal mendapati PATI terbabit membayar RM4,000 kepada seorang lelaki warga Myanmar di Danok, Thailand untuk masuk ke negara ini dan dibawa bekerja di kawasan Sungai Lembu, Kulim, Kedah."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=304 |
Penduduk Pahang dinasihat sentiasa siap sedia, Sungai Pahang pada paras bahaya
| [
"KUALA LUMPUR, 23 Disember - Penduduk di Pahang dinasihatkan bersiap sedia dan berwaspada susulan status air sungai yang berada pada paras bahaya. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan memaklumkan, status bahaya dan amaran itu dikeluarkan kepada empat daerah melibatkan Bera, Maran, Temerloh dan Pekan. Setakat 11 pagi tadi, paras air Sungai Pahang di kawasan Jambatan Sungai Bera dan Water Front, Bera serta kawasan Sungai Kundang, Maran berada pada paras bahaya Selain itu, status bahaya turut diletakkan di kawasan Lubuk Pasu dan Kuala Krau, Temerloh. Kawasan Paloh Hinai, Pekan pula diletakkan dalam status amaran. Orang ramai diingatkan untuk bersiap sedia dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=305 |
Hanya satu kes jangkitan positif Covid -19 dikesan di PPS Melaka
| [
"AYER KEROH, 22 Disember - Hanya satu kes jangkitan positif Covid -19 dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Melaka.Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Melaka , Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia berikutan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yangdilaksana semua agensi terlibat di PPS negeri ini.Katanya , penduduk yang terjejas banjir ditempatkan mengikut lokaliti masing-masing dan Jabatan Kesihatan Negeri melakukan saringan kesihatan Covid 19 ke atas setiap penduduk yang dipindahkan ke PPS.\"lepas pasca banjir kita hanya ada 1 kes yg terlibat mengenai mangsa yang positif di pusat penempatan sementara. Itupun berlaku di Lubok Cina tetapi mangsa tu telah dikuarantin lebih awal dan juga pada ketika ini bila kita dapat tahu mangsa juga telah dikuarantin di rumah disebabkan air tidak begitu teruk jadi mangsa telah diasingkan dan harini saya rasa dah hari ke-4 atau ke -5.\" kata Dr Muhamad Akmal selepas hadir pada Majlis Sumbangan Perayaan Krismas 2021 di Dewan Bestari , Ayer Keroh, di sini.Dalam pada itu , walaupun kes covid 19 di Melaka mencatatkan penurunan, Dr Muhamad Akmal tetap menyarankan rakyat untuk mendapatkan dos penggalak.Ia sebagai usaha melandaikan kes positif Covid 19.Ke arah itu, pemberian dos penggalak akan diperluas ke semua klinik desa dan klinik komuniti negeri ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=306 |
Negeri Sembilan peruntuk RM 4 juta bantu penduduk terjejas banjir
| [
"SEREMBAN, 21 Disember - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan peruntukan sebanyak RM 4 juta bagi membantu penduduk terjejas banjir dan pembaikan infrastruktur yang rosak akibat bencana itu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri turut memberi sumbangan sebanyak 1 ribu ringgit kepada setiap ketua keluarga yang terkesan akibat banjir. Sebanyak 3 juta ringgit akan diberi kepada anggaran 3 ribu keluarga manakala 1 juta ringgit akan digunakan bagi membantu pembaikan infrastruktur di kawasan yang perlu dibaik pulih. Beliau memberitahu dalam sidang media pengumuman bantuan segera kepada mangsa banjir di kediamannya di Seremban. Sementara itu, sebanyak 199 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara dan terdapat 96 lokasi banjir terjejas di negeri ini disebabkan oleh limpahan air sungai. Kerajaan negeri telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk membantu rakyat yang terjejas."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan?start=307 |
Gmie Screen meninggal dunia
| [
"KUALA LUMPUR, 10 Disember - Industri seni dikejutkan dengan pemergian penyanyi yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie kira-kira pukul 2.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.",
"Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Medan Sijangkang, Selangor.",
"Gmie menempa nama ketika awal kemunculan sekitar tahun 90-an dan popular dengan lagu “Bila Cinta Didusta” dan “Tak Suka Tak Apa”.",
"Terdahulu, nama Allahyarham kembali menjadi sebutan peminat muzik selepas menyertai program realiti pada 2016."
] |