title
stringlengths 5
182
| body
stringlengths 104
38.4k
|
---|---|
covid-19-perodua-tangguhkan-seluruh-operasi-sehingga-31-mac | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Covid-19: Perodua Tangguhkan Seluruh Operasi Sehingga 31 Mac
Posted on March 17, 2020 by Amirul Azreen
Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perodua telah menangguhkan semua operasi seluruh negara sehingga 31 Mac ini.
Penangguhan tersebut menyaksikan segala perihal melibatkan penghantaran dan penyerahan kereta baharu termasuk servis dan perkhidmatan hanya akan kembali beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Pihak Perodua turut akan menghubungi pelanggan sekiranya perlu bagi memberi penjelasan teliti.
Usaha Perodua selaras dengan usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19 yang setakat ini telah pun meragut dua nyawa dengan 673 kes direkodkan berdasarkan info dikongsikan outbreak.my.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
modenas-tawar-harga-lebih-rendah-bagi-pulsar-rs200-dan-dominar-d400 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Modenas Tawar Harga Lebih Rendah Bagi Pulsar RS200 Dan Dominar D400!
Posted on March 9, 2020 by Amirul Azreen
Modenas Pulsar RS200
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan harga baharu bagi Pulsar RS200 dan Dominar D400 dengan penurunan lebih dari 10 peratus.
Modenas Pulsar RS200 kini ditawarkan pada RM9,990 (penurunan 12 peratus) sementara Dominar D400 yang sebelum ini ditawarkan pada RM15,488 kini berharga RM13,788.
Modenas Dominar D400
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, harga baharu tersebut berpunca daripada penurunan kos pengeluaran.
“Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran kami, pihak MODENAS telah berjaya mengurangkan kos pengeluaran bagi model Modenas Pulsar RS200 dan juga Modenas Dominar D400, lantas menjadikan kedua-dua model popular ini lebih mampu milik bagi semua peminat jentera dua roda di Malaysia,” jelasnya.
Pulsar RS200 merupakan motosikal jenis streetbike yang menawarkan rekaan ala sportsbike namun dengan tempat duduk menegak dan selesa manakala Dominar D400 merupakan jentera berkonsepkan ‘touring’.
Kedua-dua model ini merupakan hasil kerjasama daripada Modenas dan Bajaj Auto.
Dalam perkembangan sama, MODENAS turut merancang untuk melancarkan antara lima hingga lapan model baharu tahun ini – yang dijangka melibatkan penjenamaan semula beberapa jentera Kawasaki.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
5-motosikal-yang-buat-dompet-menangis-tak-berlagu | Moto Malaya
5 Motosikal Yang Buat Dompet Menangis Tak Berlagu
Posted on June 20, 2020June 20, 2020 by Amirul Azreen
Kita semua pernah alami situasi ini, lepak di kedai mamak lewat malam, pesan lima ais kosong dan satu roti petak – sebab kononnya kalau pesan roti canai mesti yang dipanaskan daripada minggu lepas.
Ketika sedang khusyuk ‘squad battle’ sementara kawan disebelah sibuk tumpang layan – disebabkan kuota internet dia dah habis – tiba-tiba si polan memulakan satu topik perbincangan.
“Kalau korang ada duit lah kan, motor apa yang korang nak beli?”
Saat itu, masing-masing mula membetulkan tempat duduk dalam percubaan membuat analisis paling terhebat abad ini.
Mokhtar membuka persidangan meja plastik dengan jentera pertama diikuti Soh, Santokh, Hassan dan Zainal.
BMW HP4 Race kata Mokhtar
BMW Motorrad memperkenalkan HP4 Race sekitar tahun 2017 dengan harga sekitar RM520,000 sekaligus muncul antara motosikal paling mahal di pasaran tempatan dan dunia.
Dibina khas untuk kegunaan di litar sahaja (track legal), BMW mendakwa jentera ini merupakan model paling eksklusif pernah dihasilkan pengeluar Jerman itu dan menawarkan 215hp dan 121Nm. Menariknya, model ini hanya menggunakan RON98 ke atas.
Aprilia RSV4 FW-GP kata Soh
Tak diperkenalkan untuk pasaran tempatan tetapi Aprilia RSV4 FW-GP ini ditawarkan pada harga USD83,000 (RM354,200). Menariknya, dengan setiap pembelian jentera 250hp ini, Aprilia menawarkan penghantaran ke rumah di samping beberapa ‘jajan’ lain antaranya, racing suit dan paddock pass ke MotoGP!
ARCH KRGT-1 kata Santokh
Apakah persamaan di antara filem Speed, The Matrix dan John Wick? Ketiga-tiganya filem ikonik lakonan Keanu Reeves yang juga pemilik syarikat ARCH Motorcycles.
Menggunakan enjin V-Twin 2,032cc, KRGT-1 ditawarkan pada harga USD85,000 (RM354,200)! Menariknya, ARCH membina KRGT-1 mengikut spesifikasi pelanggan sendiri.
Kawasaki H2R kata Hassan
Meskipun tidak semahal barisan jentera yang diutarakan Mokhtar, Soh dan Santokh namun H2R menawarkan kuasa yang sangat tinggi, sekitar 326hp.
Dibina khas untuk kegunaan litar, H2R dilengkapi dengan sistem six-speed dog ring MotoGP dan ECU perlumbaan dan ditawarkan pada harga USD55,000 (RM234,712).
Ducati Panigale Superleggera V4 kata Zainal
Enggan mengalah, Zainal mencadangkan Panigale Superleggera V4 yang lahir di kilang Borgo Panigale.
Terhad kepada 500 unit seluruh dunia, Panigale Superleggera V4 ini mampu menghasilkan 224hp pada 15,250rpm dan 118Nm pada 11,750rpm.
Dibuka untuk jualan, jentera ini ditawarkan pada harga USD100,000 (RM414,000) model ini didatangkan dengan penyerap hentakan Ohlins dengan spring titanium, brek Brembo Stylema R dan merekodkan 1 minit 52.45saat di litar Mugello.
Kemudian selesai sudah sesi meja bulat lima sekawan dengan waktu menghampiri Subuh dengan masing-masing mula buka dompet untuk membuat bayaran sebelum Zainal buka mulut, “Tong-tong boleh? Tak cukup RM2 ni,”.
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
sepang-8-hours-penuh-drama-yart-yamaha-muncul-juara-sulung | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Sepang 8 Hours Penuh Drama, YART Yamaha Muncul Juara Sulung
Posted on December 14, 2019December 14, 2019 by Amirul Azreen
SUMBER: FIMEWC
Selepas lebih lima jam perlumbaan diberhentikan, perlumbaan sulung Sepang 8 Hours akhirnya menyaksikan pasukan YART Yamaha muncul juara pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Perlumbaan yang dijadualkan bermula pada jam 1 tengah hari tadi terpaksa ditunda sehingga lewat petang susulan hujan lebat.
SUMBER: FIMEWC
Meskipun terdapat beberapa tinjauan dilakukan oleh kesemua 50 pelumba dengan pemantauan ‘Safety Car’ namun keadaan hujan yang tidak berhenti memaksa perlumbaan ditunda sehingga jam enam petang.
SUMBER: FIMEWC
Bagaimanapun, perlumbaan dalam kalendar FIM Endurance World Championship (EWC) ini terpaksa dimulakan dengan pengemudian Safety Car sekaligus ketiadaan permulaan ikonik yang memerlukan pelumba berlari ke jentera masing-masing.
Sebaik dimulakan selepas beberapa pusingan, berlaku insiden perlanggaran melibatkan pelumba Petronas SIC, Michael van der Mark dan Mike Di Meglio dari pasukan F.C.C. TSR Honda France.
SUMBER: FIMEWC
FCC TSR Honda France kemudian medahului baki perlumbaan sebelum Di Meglio terbabas lantas membuka peluang kepada YART Yamaha yang diterajui Niccolo Canepa, Broc Parks dan Karel Hanika.
Tempat kedua jadi milik pasukan Honda Asia Dream Racing With Show diikuti BMW Motorrad EWC ketiga.
Sementara itu, PETRONAS SIC Racing Team yang diterajui Michael van der Mark, Franco Morbidelli dan Hafizh Syahrin terpaksa berpuas hati dikedudukan kesembilan.
Pada masa sama, Hafizh, selaku pelumba ketiga, tidak dapat turun beraksi gara-gara perlumbaan bermula lewat.
Advertisements |
vios-challenge-syafiq-ali-curi-tumpuan-freddie-ang-juara-perlumbaan-dua | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
toyota
Toyota
UMW Toyota
Vios Challenge: Syafiq Ali Curi Tumpuan, Freddie Ang Juara Perlumbaan Dua
Posted on February 16, 2020February 18, 2020 by Amirul Azreen
Perlumbaan dua Vios Challenge kategori Super Sporting menyaksikan Freddie Ang daripada pasukan Telagamas Toyota muncul juara.
Dia berjaya mengetepikan cabaran William Ho yang terpaksa akur di tempat kedua sementara Boy Wong lengkapkan podium dengan kedudukan ketiga.
Bagaimanapun, pujian harus diberikan terhadap pelumba M7 Japan Project Team, Syafiq Ali yang memandu jentera no.7.
Meskipun beraksi di litar yang agak sempit namun situasi itu tidak menyekat peluang Syafiq yang mempamerkan pemanduan mantap untuk menamatkan aksi di tempat keempat.
Dia menampilkan aksi agresif sehingga menarik sorakan pengunjung yang hadir di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.
Ketika perlumbaan berbaki 5 lap, Syafiq cuba mencari ruang untuk merampas kedudukan ketiga daripada Boy Wong namun gagal tatkala pelumba itu bijak menutup ruang.
Meskipun begitu, prestasi Syafiq harus diberikan pujian tatkala berjaya memperbaiki keputusan di perlumbaan pertama apabila dia menamatkan aksi di tempat ketujuh, semalam.
Dalam perkembangan sama, pendahulu kejuaraan Super Sporting, Tengku Djan Ley terpaksa akur dengan keputusan perlumbaan dua apabila menamatkan aksi di kedudukan terakhir.
Dia mempamerkan pemanduan garang di awal perlumbaan namun insiden berlanggar dinding konkrit menyebabkan tayar kanan jenteranya rosak lalu memberi kesan terhadap prestasinya hari ini.
Berikut keputusan penuh perlumbaan dua Super Sporting:
Advertisements |
honda-adv-150-diperkenalkan-di-giias-2019 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Honda ADV 150 Diperkenalkan Di GIIAS 2019
Posted on July 19, 2019July 19, 2019 by Amirul Azreen
Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 (GIIAS) membuka tirai dengan memperkenalkan Honda ADV 150, sebuah skuter ‘adventurer’ yang sebelum ini diperkenalkan menerusi model skuter yang lebih besar, Honda X-ADV.
Meskipun didatangkan dengan enjin 150cc namun sekali pandang, jelas Honda ADV 150 memiliki reka bentuk paling unik di dalam kelasnya.
Seperti model abangnya (X-ADV), rekaan keseluruhan ADV 150 turut tampak agresif.
Honda ADV 150 turut didatangkan dengan paparan digital penuh dan lampu LED di bahagian depan dan belakang.
Meskipun bersaiz kecil namun model ini turut dilengkapi dengan cermin penghadang angin boleh laras dan ruang simpan yang luas di bawah tempat duduk.
Pada masa sama, Honda ADV 150 turut dilengkapi dengan fork teleskopik dan penyerap hentakan Showa di bahagian belakang dan beberapa ciri keselamatan penting, antaranya ABS.
Perbezaan paling ketara ADV 150 dengan X-ADV adalah penggunaan rim aloi berukuran 14 inci depan dan 13 inci di belakang namun masih didatangkan dengan tayar ‘dual-purpose’.
Honda ADV 150 dilengkapi dengan enjin 149.3cc SOHC satu silinder dengan sistem Idling Stop yang menghasilkan 14hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 6,500rpm.
Disebabkan model ini mendapat enjin 150 pastinya ia akan menjadi saingan kepada Yamaha NVX seandainya Honda membawa masuk jentera ini ke pasaran Malaysia.
Advertisements |
rapid-kl-perjelas-isu-kembalikan-bas-mini | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Rapid KL Perjelas Isu Kembalikan ‘Bas Mini’
Posted on August 30, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: Rapid KL @ Facebook
Penggunaan nama ‘Bas Mini’ telah mencetuskan kekeliruan dikalangan orang awam yang rata-rata menyangka bas berwarna ‘pink’ yang gah satu ketika dulu akan kembali mewarnai jalan raya di ibu kota.
Bercakap di sidang media yang diadakan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij menjelaskan bahawa terma ‘bas mini’ yang diguna pakai hanyalah merujuk kepada penggunaan bas Rapid yang lebih kecil.
Sumber: Rapid KL @ Facebook
Bas yang akan diguna pakai adalah berukuran lapan meter dan merupakan versi mini kepada bas yang berukuran 10 dan 12 meter sedia ada dan bukannya mengembalikan bas berwarna ‘pink’ yang telah pun menamatkan operasi lebih 21 tahun lalu.
“Bagi sesi percubaan, kami akan menggunakan bas berukuran lapan meter berhawa dingin dengan 27 tempat duduk.
Sumber: Rapid KL @ Facebook
“Bas ini khas digunakan untuk laluan yang sempit atau di kawasan penempatan yang rendah serta untuk jarak yang pendek,” jelas Yazurin.
Sementara itu, Yazurin turut menjelaskan ‘bas mini’ tersebut akan menggunakan sistem tanpa tunai menerusi penggunaan kad Touch N’Go serta pas My100 dan My50.
Bas mini Rapid KL akan merangkumi laluan T300 iaitu dari hab Bukti Indah ke Ampang Point menerusi Jalan Rasmi dari pukul 5.30 petang ke 11.40 malam setiap hari.
Advertisements |
vios-challenge-tengku-djan-kuasai-pusingan-pertama-super-sporting | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Vios Challenge: Tengku Djan Kuasai Pusingan Pertama Super Sporting
Posted on February 15, 2020 by Amirul Azreen
Pusingan pertama Vios Challenge kategori Super Sporting berakhir dengan menyaksikan Tengku Djan Ley meneruskan dominasi di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Selaku pendahulu kejuaraan, Tengku Djan mempamerkan dominasi sepanjang perlumbaan dan langsung tidak tergugat meskipun berlaku kemalangan ketika di awal perlumbaan sehingga memaksa safety car untuk keluar.
Pelumba pasukan 23 Motors itu menamatkan perlumbaan dengan 1 minit 15.615 saat.
Meskipun menamatkan aksi di kedudukan selesa namun Tengku Djan menyifatkan saingan kali ini bukan mudah.
“Perlumbaan hari ini sangat panas, litar ini bukanlah mudah untuk dikuasai. Tetapi selepas beberapa pusingan saya berjaya mendapatkan rentak untuk memastikan mendahului perlumbaan hingga ke lap terakhir.
“Tambahan pula, permukaan litar yang tidak rata – sejak edisi pertama Vios Challenge – sedikit menyukarkan perlumbaan,” jelasnya.
Sementara itu tempat kedua jadi milik Mark Darwin (Laser Motor Racing) dengan 30’16.520s diikuti Brendan Paul (Dream Chaser) ketiga dengan 30’38.409s.
Bagi Brendan, meskipun diekori rapat Boy Wong namun dia berjaya mengekalkan ketenangan untuk menduduki tempat ketiga.
”
“Saya sedar apa yang penting adalah mengekalkan kedudukan dan memastikan tiada pelumba lain dapat memintas saya,” katanya.
Advertisements |
beli-nissan-x-trail-atau-serena-s-hybrid-nikmati-perlindungan-sehingga-rm100000 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Beli Nissan X-Trail Atau Serena S-Hybrid, Nikmati Perlindungan Sehingga RM100,000!
Posted on February 11, 2020 by Amirul Azreen
Pembeli Nissan X-Trail dan Serena S-Hybrid akan mendapat pelan perlindungan FWD Protect Direct percuma selama setahun hasil kerjasama di antara Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan FWD Takaful Berhad.
Pelan takaful keluarga itu menawarkan jumlah perlindungan bernilai RM100,000!
FWD Protect Direct merupakan pelan takaful dalam talian yang menawarkan perlindungan penuh buat seisi keluarga dalam satu pelan.
Pelanggan boleh memilih sama ada pelan:
individu
pasangan
keluarga (sehingga dua orang anak)
ibu bapa tunggal (sehingga dua orang anak)
Pelan FWD Protect Drive ini merupakan inisiatif FWD Takaful Berhad untuk membantu pelanggan melindungi seluruh keluarga tanpa perlu bersusah payah menguruskan beberapa sijil.
Orang ramai yang membuat pembelian X-Trail atau S-Hybrid dari 1 Februari hingga 30 April 2020 akan menerima kad FWD Takaful beserta kod unik.
Kod ini akan membantu pelanggan dalam mengaktifkan perlindungan FWD Protect Drive secara percuma untuk setahun.
Penebusan harus dibuat sebelum 30 Mei 2020.
Dalam perkembangan lain, Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan yang berlangsung pada dua hujung minggu 15 – 16 Februari dan 22 – 23 Februari di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.
Advertisements |
toyota-gazoo-racing-festival-kembali-untuk-pusingan-ketiga-di-batu-kawan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Toyota Gazoo Racing Festival Kembali Untuk Pusingan Ketiga di Batu Kawan!
Posted on February 6, 2020 by Amirul Azreen
Pulau Pinang bakal menjadi saksi Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival pusingan ketiga yang akan berlangsung pada 15-16 Februari ini di Stadium Batu Kawan.
Aksi TGR kali ini akan menyaksikan para pelumba termasuk selebriti tanah air bersaing dalam tiga kategori, Super Sporting, Sporting dan Promotional.
Ini merupakan aksi terakhir – selepas dua aksi sebelumnya di Kuala Terengganu dan Bandar Malaysia – sebelum acara kemuncak berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada Aprili ini.
Ketua Sukan Permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama, menyifatkan aksi di Pulau Pinang penting dalam menentukan juara musim ini.
“Perlumbaan di Pulau Pinang sangat penting sebagai penentu bagi pelumba musim ini.
“Bagi sesetengahnya, ini adalah peluang terakhir untuk memanfaatkan pengalaman mereka berlumba di litar jalanan dan berharap dapat mengungguli cabaran sekaligus mendahului kejuaraan.
“Bagi yang lain pula, ia merupakan medan sengit di laluan sempit untuk terus menyalakan api persaingan mereka sebagai bekal ke pusingan terakhir di dalam litar kekal nanti,” katanya.
Aksi tumpuan terarah kepada kategori Super Sporting yang ketika ini didahului Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley sementara pelawak dan selebriti terkenal, Nabil Ahmad mendahului kategori Promotional.
Bagi pengunjung yang hadir, pelbagai aktiviti disediakan antaranya pameran GR Supra, Toyota KE-10 1968 yang telah direstorasi selengkapnya, pameran kereta retro oleh Art of Speed serta pameran motosikal dan cenderahati Harley-Davidson, Aprilia, Vespa dan Moto Guzzi. Aktiviti kanak-kanak pula termasuk pertandingan bey blade, jualan model kereta Hot Wheels serta pertandingan senapang Nerf.
Advertisements |
vios-challenge-hayden-enggan-ambil-risiko-fokus-aksi-pusingan-kedua | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Vios Challenge: Hayden Enggan Ambil Risiko, Fokus Aksi Pusingan Kedua
Posted on February 15, 2020 by Amirul Azreen
Hayden Haikal terus mendahului kejuaraan Vios Challenge kategori Sporting selepas berjaya mengetepikan saingan dari Kenneth Koh dan Adam Khalid.
Pelumba berusia 16 tahun – yang mewakili S&D Motorsports – itu mempamerkan pemanduan mantap untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 28 minit 35.455 saat.
Tempat kedua jadi milik Kenneth (Panglima City Racing Team) dengan 28’40.334s diikuti Adam (Crestmax Motorsports), 28’41.163s.
Meskipun hujung turun dihujung perlumbaan namun Hayden akui tidak terlalu memberi kesan terhadap prestasi keseluruhannya.
“Hujan turun di hujung perlumbaan jadi tidak terlalu memberi kesan tetapi ini adalah satu perlumbaan segala boleh berlaku.
“Sasaran saya adalah untuk mengutip mata dan tidak akan mengambil risiko termasuk perlumbaan esok,” katanya.
Sementara itu, Kenneth meluahkan rasa berpuas hati dengan prestasi jentera hari ini.
“Saya gembira dengan tetapan kereta kami tetapi disebabkan kami terlibat dengan kemalangan yang agak teruk sebelum perlumbaan ini jadi kami cuba mencari resepi terbaik kali ini,” jelasnya.
Perlumbaan pusingan dua bersambung esok di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Advertisements |
kilang-ducati-di-borgo-panigale-kembali-beroperasi | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Kilang Ducati Di Borgo Panigale Kembali Beroperasi
Posted on April 27, 2020 by Amirul Azreen
Selaras dengan protokol untuk menangani penularan Covid-19 di tempat kerja, Ducati telah menghentikan operasi kilang sejak 13 Mac lalu.
Susulan perkembangan positif di negara itu, kerajaan Itali telah membenarkan beberapa syarikat termasuk Ducati untuk kembali beroperasi bagi membantu ekonomi negara.
Hanya pekerja yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka di rumah – bahagian pengeluaran dan pemasangan – dibenarkan kembali ke kilang sementara mereka yang berkhidmat di bahagian pemasaran, komersil, IT, pengurusan, kewangan, pembelian dan logistik harus kekal di rumah.
Ducati turut mengolah waktu bekerja daripada 8 jam ke dua shif 7 tujuh jam dalam usaha mengurangkan jumlah pekerja di kilang dalam satu masa.
Bukan itu sahaja, selaras dengan usaha kerajaan Ducati turut menguatkuasakan pemakaian topeng muka ketika bekerja.
Ducati turut mendedahkan keputusan menghentikan operasi pada Mac dan April telah memberi kesan negatif terhadap penjualan.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
fakta-tentang-engine-management-system-menurut-abang-faisal | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Fakta Tentang Engine Management System Menurut Abang Faisal!
Posted on April 27, 2020 by Amirul Azreen
Penunggang motosikal di Malaysia memang gemar melakukan pengubahsuaian tak kira apa jenama dan jenis motosikal yang diguna pakai.
Ini juga termasuk bagi para pemilik motosikal Modenas Pulsar NS200, RS200 dan Dominar D400.
Bagaimanapun, ramai yang tak sedar bahawa pengubahsuaian jentera mampu memberi kesan terhadap sistem elektronik motosikal terutamanya ECU, sensor dan actuator.
Kerosakkan ini boleh menyebabkan penunggang motosikal menanggung kerugian ribuan ringgit untuk melakukan baik pulih enjin.
Usah gusar, Pengarah Teknikal Modenas Power Store Kota Damansara, abang Faisal akan menerangkan berkenaaan dengan Engine Management System (EMS) bagi motosikal Modenas Pulsar NS200, RS200 dan Dominar D400.
http://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2020/04/Facebook-10.mp4
Bagi yang berminat untuk menghantar jentera untuk proses diagnostik hubungi +60128003470 untuk membuat janji temu.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
royal-enfield-photon-nampak-klasik-tapi-elektrik | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Royal Enfield Photon: Nampak Klasik Tapi Elektrik
Posted on April 6, 2020 by Amirul Azreen
Memasuki tahun 2020, para pengeluar motosikal dah sibuk menceburi penghasilan jentera elektrik tetapi tiada sesiapa pun yang menjangkakan Royal Enfield akan turut serta dalam arena tersebut.
Hakikatnya, Royal Enfield tidak langsung merancang untuk menghasilkan motosikal elektrik sebaliknya jentera yang diberi nama Royal Enfied Photon ini dihasilkan oleh Electric Classic Cars di England.
Apa yang berlaku adalah Electric Classic Cars mengambil jentera RE Bullet 500 kemudian membuang keseluruhan bahagian enjin lalu digantikan dengan bateri Lithium-ion 2.5 kWh LG Chem yang menyalurkan kuasa ke motor elektrik 13 kW.
Menurut laporan India’s Autos Blog, Photon mampu merekodkan kelajuan maksima 112 km/j dan mampu pergi sejauh 128 hingga 160 km jika ditunggang pada kelajuan sekitar 80 hingga 90 km/j.
Berdasarkan angka tersebut, Royal Enfield Photon ini menyamai kuasa yang ditawarkan Bullet 350.
Bagi yang berminat, Royal Enfield Photon ini ditawarkan pada harga USD20,000 (RM87,390).
Jika Royal Enfield berniat untuk terjun ke penghasilan motosikal elektrik namun mengekalkan DNA klasik sedia ada pastinya akan mewujudkan daya tarikan tersendiri.
Advertisements |
netizen-berang-aeon-credit-hanya-tangguh-bayaran-sebulan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Netizen Berang AEON Credit Hanya Tangguh Bayaran Sebulan
Posted on April 1, 2020April 1, 2020 by Amirul Azreen
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu, orang ramai diarahkan untuk duduk dirumah dalam usaha membendung Covid-19.
Situasi terbabit turut memberi kesan terhadap status kewangan lantas kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi motosikal, kereta, rumah dan sebagainya selama enam bulan dalam usaha meringankan beban tanggungan orang ramai.
Menerusi pengumuman di laman Facebook AEON Credit Service, badan peminjam itu mengumumkan penangguhan selama satu bulan.
Sebagai Institusi Bukan Bank, AEON Credit tidak termaktub dengan pelaksanaan penangguhan selama enam bulan oleh Bank Negara.
Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan ketidakpuasan hati netizen yang mendakwa AEON Credit tidak memahami kepayahan dihadapi peminjam sewaktu PKP.
Menurut AEON Credit, penangguhan satu bulan itu berkuatkuasa 1 April 2020 dan tiada caj tambahan dikenakan terhadap pelanggan.
Pada masa sama, pihak yang akan terus terkesan dengan bayaran balik pinjaman boleh menghubuni AEON Credit bagi melaksanakan penstrukturan semula bayaran balik.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
lexus-es250-dan-rx300-dilancarkan-harga-dari-rm299888 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Lexus ES250 Dan RX300 Dilancarkan – Harga Dari RM299,888
Posted on September 10, 2019 by Amirul Azreen
Lexus Malaysia memperkenalkan Lexus ES 250 dan RX 300 di majlis pelancaran yang berlangsung di The International Gallery, KLGCC, hari ini.
Ini merupakan penampilan kedua ES250 di Malaysia sejak dipertontonkan di Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS) 2018.
Lexus ES 250
Didatangkan dengan enjin 2.5L 4 silinder Dynamic Force, model ini menghasilkan 204 HP pada 6,600 rpm dan 243 Nm pada 4,000 hingga 5,000 rpm.
Segala kuasa itu disalurkan menerusi transmisi 8 kelajuan Direct Shift yang menawarkan pemanduan lancar.
Ciri menarik yang terdapat pada Lexus ES 250 :
Panel paparan 12.3-inci jenis EMV
Meter kombinasi digital TFT 7-inci
Sistem Heads-up Display terbesar dalam kelas kenderaan
Lexus Safety System+
Pre-Collision Autonomous System
Dynamic Radar Cruise Control
Lane Tracing Assist (LTA)
Adaptive High Beam System (AHS)
Road Sign Assist (RSA)
Parking Support Brake System
Panoramic View Monitor
Pada masa sama, Lexus mendakwa model generasi ketujuh ini menawarkan ruang dalam yang luas dan bahagian kabin yang lebih terperinci.
Faktor keselamatan turut diberi penekanan menerusi Lexus Safety System+ yang sebelum ini pertama kali diperkenalkan pada NX300 2019.
Lexus Safety System+ merangkumi:
Lane Tracing Assist (LTA),
Lane Departure Alert (LDA)
Pre-Collision System (PCS)
Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Stop and Go.
Bagaimanapun, varian Luxury didatangkan dengan lampu depan LED bi-beam dengan sistem Adaptive High Beam.
Lexus ES 250 boleh didapati dengan harga:
ES250 Premium – RM299,888
ES250 Luxury – RM332,888
Lexus RX300
Lexus RX300 telah didatangkan dengan rekaan serba baharu dan pelbagai ciri terkini terutamanya paparan sentuh dengan kemampuan sambungan ke telefon pintar.
Dibahagian luar, rekaan bumper depan dan dan belakang kini tampak lebih dinamik ditambah dengan panel rocker yang menonjolkan rupa sangat kukuh.
Lexus RX300 turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan antaranya:
Sistem BladeScan Adaptive Highbeam (AHS)
Lexus Safety System+ (rujuk Lexus ES250)
Kesemua varian RX300 didatangkan dengan enjin 2L 4-silinder 16-valve dengan twin turbocharger yang mampu menghasilkan 235hp pada 4,800rpm dan 350 Nm pada 4,000rpm.
Enjin ini turut dilengkapi ESTEC dan D-4ST yang membantu dalam mengekalkan tahap efisien termal sekaligus membuatkan pembakaran minyak juga lebih efisien.
Lexus RX300 ditawarkan pada harga:
RX300 Premium – RM399,888
RX300 Luxury – RM424,888
RX300 F Sport – RM439,888
Advertisements |
425-unit-toyota-corolla-altis-bakal-jadi-kereta-peronda-baharu-pdrm | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
425 Unit Toyota Corolla Altis Bakal Jadi Kereta Peronda Baharu PDRM!
Posted on February 20, 2020February 25, 2020 by Amirul Azreen
Portfolio kereta kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diperkembang dalam bentuk Toyota Corolla Altis yang akan bertindak selaku kereta peronda.
Go Auto Sales Sdn Bhd telah mempamerkan unit prototaip kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.
Go Auto bakal membekalkan lebih 425 unit kereta peronda kepada PDRM bagi menggantikan Proton Wira serta Waja secara berperingkat.
Setiap unit diserahkan akan didatangkan dengan lima tahun servis percuma di samping dilengkapi pelbagai ciri penting antaranya, Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Intergrated Light Sound System), Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), dan alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi.
Pendedahan kenderaan prototaip ini bertujuan untuk mempercepatkan usaha dalam menyerahkan kesemua unit tersebut kepada PDRM.
Difahamkan, 100 unit pertama akan diserahkan menjelang APEC 2020.
Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin mendedahkan pihaknya akan membuat penyerahan kurang dua bulan dari sekarang.
“Ini merupakan tender kedua diperoleh Go Auto, sebelum ini kami sudah berjaya menghantar
200 unit kenderaan pacuan empat roda (4×4), pada tahun lalu dan penghantaran dilakukan lebih
awal dari jadual.
“Ketika ini pihak Go Auto sedang menunggu keputusan terakhir dari Kementerian Kewangan
bagi pembekalan tersebut,” jelasnya.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
ramai-anggap-pilih-quartararo-satu-kesilapan-razlan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
motogp
Ramai Anggap Pilih Quartararo Satu Kesilapan – Razlan
Posted on August 29, 2019October 10, 2019 by Amirul Azreen
Siapa sangka Petronas Sepang Racing Team (SRT) mampu melakar nama di pentas MotoGP sejak membuat keputusan untuk naik ke kelas premier bersama Yamaha setahun yang lalu.
Kini pasukan yang mempertaruhkan Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli itu berjaya menempah nama sebagai antara pasukan yang paling mencuri tumpuan apabila telah pun mengutip 161 mata – Quartararo (92 mata), Morbidelli (69 mata) – setakat ini.
Pengurus pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) di saingan MotoGP, Dato Razlan Razali akui terkejut dengan keputusan yang dipaparkan pasukannya apatah lagi perlumbaan masih berbaki tujuh pusingan.
“Kami langsung tidak menjangka akan berada dalam kedudukan ini seleas 12 pusingan. Pada awalnya, kami mensasarkan kedudukan enam terbaik bagi Franky (Morbidelli) sementara Fabio (Quartararo) akan muncul pelumba muda terbaik.
“Tetapi kami tidak menyangka mereka mampu mencapai tahap ini, jadi kami sangat gembira,” jelas Razlan.
Razlan juga tidak dapat menyembunyikan keterujaannya terhadap prestasi semasa Quaratararo meskipun pada satu ketika ramai yang mempersoal tindakan Petronas SRT mengambil pelumba muda dari Perancis itu.
Sumber: Fabio Quartararo @ Twitter
“Kejutan terbesar tahun ini datangnya dari Quartararo. Ketika kami mengumumkan dia sebagai pelumba kedua, ramai yang bercakap kami telah membuat pilihan yang salah tetapi dia berjaya membuktikan sebaliknya.
“Dia sememangnya pelumba yang berbakat,” ulas Razlan lagi.
Sementara itu, Razlan turut berasa bangga dengan prestasi Petronas SRT dalam ketiga-tiga kelas – MotoGP, Moto2 dan Moto3.
“Pasukan Moto3 telah wujud sejak 2015 sementara Moto2 baru memasuki usia setahun. Meskipun kedua-dua pasukan ini berdepan pelbagai cabaran namun mereka masih mampu mengekalkan keserasian sebagai satu pasukan.
“Sebagai rakyat Malaysia, kami bangga kerana wujudnya sebuah pasukan MotoGP Malaysia. Secara tidak langsung menjadikan kami duta Malaysia yang bangga kerana dapat berkongsi kenyataan ini di serata dunia. Saya bangga dapat mewakili negara di padok,” katanya.
Pada masa sama, Razlan akui ramai pihak seakan cuba mengorek rahsia kejayaan Petronas SRT di saingan MotoGP namun dia menjelaskan kejayaan ini bukanlah satu magis malah ia hasil daripada pengalaman yang ditawarkan beberapa individu penting.
“Setiap individu menawarkan pengalaman serta sumbangan maksimum kepada pasukan. Sebagai contoh, Johan Stigefelt pakar dalam menguruskan perihal logistik sementara Wilco Zeelenberg memiliki banyak pengalaman di pentas MotoGP dan Yamaha.
“Setiap individu memainkan peranan dengan baik dan kami sentiasa berkomunikasi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Mungkin itulah rahsia kami.”
Serentak dengan itu, Razlan tidak sabar untuk menyaksikan Petronas SRT MotoGP beraksi buat julung kalinya di Sepang di samping mahu pasukan menampilkan aksi mantap di Moto2 dan Moto3.
“Ini merupakan aksi sulung Petronas SRT beraksi di laman sendiri sebagai pasukan MotoGP. Kami menjangkakan kedua-dua pelumba menampilkan aksi baik dan jika (Khairul Idham) Pawi sempat kembali di Moto2, saya yakin dia juga mampu melakar keputusan cemerlang.
“Kami telah pun menjangkakan seramai 200,000 kunjungan pengunjung di Sepang dan 150,000 akan memenuhi hari perlumbaan. Kami tidak sabar untuk beraksi,” tambahnya lagi.
Advertisements |
10-tahun-di-motogp-tapi-masih-perlu-berhutang-lorenzo-sindir-semula-zarco | Moto Malaya
10 Tahun Di MotoGP Tapi Masih Perlu Berhutang? Lorenzo Sindir Semula Zarco
Posted on February 19, 2020February 19, 2020 by Amirul Azreen
Sumber: Jorge Lorenzo @ Twitter
Baru-baru ini, pelumba Avintia Ducati, Johann Zarco menyifatkan tindakannya untuk keluar lebih awal daripada KTM membuktikan dia tidak mengejar duit seperti Jorge Lorenzo.
Ketika sesi temubual bersama akhbar Sepanyol, Marca, Zarco menjelaskan dia enggan memilih jalan sama seperti Lorenzo, yang menghabiskan baki kontrak bersama Repsol Honda meskipun bergelut.
“Lorenzo mengutamakan duit sebab itu dia sanggup kekal sehingga tamat musim. Tetapi saya tidak mempunyai mentaliti seperti itu.
“Saya tidak mengutamakan duit seperti dia. Saya pun beli rumah secara berhutang, dia pula tinggal di negara yang tidak perlu membayar cukai. Di Perancis, saya perlu membayar cukai dan rumah. Saya ada banyak sebab untuk kekal di KTM demi mendapatkan bayaran tetapi itu bukan keutamaan,” jelas Zarco.
Menyedari perkara itu, Lorenzo kemudiannya membuat jawapan balas menerusi Instagram Story miliknya.
“Saya tidak gemar bercakap tentang situasi ekonomi orang lain, semua orang ada hak masing-masing dalam melakukan apa yang perlu.
“Tetapi disebabkan dia berminat untuk bersuara tentang isu yang tiada kaitan dengannya, jadi saya rasa Zarco perlu bertanyakan kepada diri sendiri kenapa dia perlu berhutang sedangkan telah 10 tahun berada dalam arena MotoGP, menang dua kejuaraan dunia dan pernah menandatangani kontrak bersama pasukan factory KTM?” katanya.
Pedih.
Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
gara-gara-simpati-mekanik-oku-ini-bergelut-sara-keluarga | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Gara-Gara Simpati, Mekanik OKU Ini Bergelut Sara Keluarga
Posted on November 25, 2019 by Amirul Azreen
Baru-baru ini, seorang mekanik di Melaka membuat luahan di Facebook apabila simpati yang diterimanya oleh orang ramai mula memberi kesan terhadap perniagaannya.
Pak Busu, seorang mekanik OKU (orang kurang upaya) mendedahkan dia kini bergelut untuk menyara keluarganya gara-gara orang ramai simpati dengan keadaan fizikalnya.
Bagaimanapun, Pak Busu menegaskan dia tidak memerlukan simpati sebaliknya mahu mencari rezeki agar dapat menjaga isteri dan membesarkan dua anaknya.
“Orang ramai enggan menghantar kereta mereka untuk dibaiki kerana bersimpati dengan saya.
“Jangan kesiankan saya, sebaliknya kesiankan anak dan isteri saya yang berlapar.
“Ini tanggungjawab saya untuk mencari rezeki demi keluarga saya. Saya perlu memberi duit belanja sekolah, bayar bil air dan elektrik serta duit sewa,” jelas Pak Busu dalam perkongsiannya di Facebook.
Dia turut menggesa agar orang ramai menghantar kenderaan mereka yang rosak ke bengkelnya IM Auto Garage di Jalan Batu Hampar agar dia dapat menyara keluarganya.
Perkongsian tersebut telah pun merekodkan lebih 5 ribu ‘share’ dan lebih 600 komen.
Advertisements |
keluarga-touring-harley-davidson-berkembang-dengan-electra-glide | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Keluarga Touring Harley Davidson Berkembang Dengan Electra Glide!
Posted on November 18, 2019 by Amirul Azreen
Electra Glide Standard
Harley Davidson Motor Company melancarkan barisan model bagi tahun 2020 termasuk model baharu bagi segmen Touring, Electra Glide Standard.
Harley-Davidson Electra Glide Standard menawarkan pengalaman tunggangan yang diinspirasikan daripada Harley-Davidson Grand American Touring.
Direka khas bagi yang gemar menunggang jarak jauh, jentera baharu ini membolehkan penunggang untuk membebaskan diri daripada kesibukan kota sambil menikmati pengalaman tunggangan yang selesa.
Electra Glide Standard ditawarkan dengan harga RM132,400.
Road Glide Special
Selain daripada Electra Glide, Harley Davidson turut memperkenalkan beberapa model lain antaranya Road King, Road King Special, Street Glide Special, Road Glide Special dan Ultra Limited.
Road King
Pelancaran model baharu ini termasuk dengan pengenalan kepada beberapa teknologi terkini menyumbang ke arah inisiatif Harley Davidson untuk melahirkan generasi penunggang motosikal baharu.
Street Glide Special
Antara ciri baharu yang terdapat pada keluarga Touring Harley Davidson adalah Reflex Defensive Rider System.
Menurut Johan Kleinsteuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Markets, dia yakin model baharu ini akan menarik minat penunggang motosikal di Malaysia.
“Minat mendalam terhadap jentera Harley Davidson di Malaysia sedang meningkat dan tahun 2020 merupakan masa tepat untuk mereka mencari jentera baharu.
“Dengan harga bermula serendah RM62,800, kami yakin pelanggan berminat dengan pengalaman tunggangan yang ditawarkan Harley Davidson,” jelasnya.
Advertisements |
kawasaki-zx-25r-bakal-masuk-pasaran-indonesia-harga-sekitar-rm29673 | BERITA ANTARABANGSA
Kawasaki
Moto Malaya
Kawasaki ZX-25R Bakal Masuk Pasaran Indonesia , Harga Sekitar RM29,673
Posted on September 9, 2019 by Amirul Azreen
Sebelum ini, setiap kali topik mengenai Kawasaki bakal menghasilkan sebuah jentera 250cc 4 silinder timbul, rata-rata menyifatkan itu hanya sekadar khabar angin yang tidak berasas.
Bagaimanapun, menurut perkembangan terbaru oleh iwanbanaran.com, jentera yang diberi nama Kawasaki ZX-25R itu disahkan akan dihasilkan di Jepun menerusi divisyen Motorcycle & Engine, Kawasaki Heavy Industries malah akan di bawa masuk ke pasaran Indonesia sebagai unit CKD (Completely Knocked Down).
Kawasaki ZX-25R akan didatangkan dengan fork terbalik – seperti yang terdapat di ZX-6R – di bahagian depan dan monoshock Uni-Trak di bahagian belakang.
Difahamkan, ZX-25R akan dijual di pasaran Indonesia dengan harga sekitar IDR 100 juta hingga IDR 130 juta (RM29,673 hingga RM38,575).
Pada masa sama, Kawasaki ZX-25R dijangka akan dilengkapi pelbagai sistem terkini antaranya ‘ride-by-wire, mod tunggangan dan traction control.
Sebelum ini, enjin DOHC, 16-valve, 4 silinder itu didakwa mampu menghasilkan 59.1hp tetapi merujuk kepada laporan iwanbanaran.com, model ini akan menghasilkan antara 41 hingga 45hp dengan rev limiter berada di sekitar 16,000 hingga 19,000 rpm.
Jentera ini turut akan didatangkan dengan kerangka tubuluar, yang terdapat pada Kawasaki H2.
Kawasaki ZX-25R dijangka akan diperkenalkan di Tokyo Motor Show, Oktober ini dan akan memasuki pasaran Indonesia tahun depan.
Persoalannya, adakah kita akan melihat jentera ini di pasaran Malaysia pada 2020?
(SUMBER: Iwanbanaran.com)
Advertisements |
insiden-salah-masuk-laluan-motosikal-tak-sengaja-atau | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Insiden Salah Masuk Laluan Motosikal, Tak Sengaja Atau…
Posted on December 6, 2019 by Amirul Azreen
Kebelakangan ini, kerap kali media tempatan melaporkan insiden kereta memasuki laluan motosikal sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.
Semalam, seorang pengguna Facebook, Sayuti Laniaz memuat naik rakaman video yang memaparkan sebuah kereta jenis Mercedes telah memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menuju ke Subang Jaya.
Meskipun menimbulkan kemarahan netizen terutamanya yang menggunakan motosikal ada juga yang berpendapat pemandu tersebut kemungkinan tidak sengaja tersilap masuk ke laluan terbabit.
Persoalannya, adakah simpang masuk ke lorong motosikal sukar untuk dibezakan atau pemandu tersebut sememangnya berniat untuk menggunakan laluan tersebut untuk mengelak kesesakan jalan raya?
April lalu, dalam satu kejadian di laluan motosikal di Tambak Johor menghala ke Singapura, sebuah kereta jenis Honda Jazz telah memasuki laluan motosikal lalu menyebabkan kemalangan.
Ketika dalam percubaan untuk mengundurkan kereta, sebuah motosikal Suzuki GSX S1000 telah menghentam bahagian belakang kereta tersebut lalu menyebabkan penunggang mengalami cedera parah.
Apabila isu keselamatan membabitkan pemandu kereta dibangkitkan, ada pihak yang menggesa agar pihak kerajaan mengharamkan motosikal bawah 200cc bagaimanapun, apakah tindakan yang harus diambil terhadap pemandu yang membahayakan nyawa penunggang dan pembonceng motosikal?
Advertisements |
grabbike-bakal-dilancarkan-grab-mula-rekrut-penunggang | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
GrabBike Bakal Dilancarkan, Grab Mula Rekrut Penunggang
Posted on November 26, 2019 by Amirul Azreen
Grab difahamkan bakal memulakan perkhidmatan e-hailing motosikal apabila mula memuat naik iklan merekrut penunggang bagi servis GrabBike.
Menurut entri terbaru di laman sesawang Grab, syarikat perkhidmatan e-hailing itu menjeaslkan program tersebut selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan yang membenarkan syarikat e-hailing untuk menjalankan program terbabit selama enam bulan bermula Januari 2020.
Difahamkan program tersebut hanya akan dijalankan di sekitar Lembah Klang dengan pemohonan dibuka sehingga 2 Disember ini.
Antara syarat dikenakan bagi yang berminat adalah:
Motosikal tidak lebih dari 5 tahun (dari tarikh pendaftaran JPJ)
Penunggang mempunyai lesen memandu penuh
Calon terpilih akan dimaklumkan dalam tempoh lima hari bekerja atau sebelum 9 Disember.
Advertisements |
ujian-pra-musim-quartararo-sekali-lagi-terpantas-ktm-lakar-kejutan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
motogp
Yamaha
Ujian Pra-Musim: Quartararo Sekali Lagi Terpantas, KTM Lakar Kejutan
Posted on February 8, 2020 by Amirul Azreen
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi melakar masa terpantas di hari kedua ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Ini merupakan kali pertama Quartararo beraksi dengan jentera spesifikasi Factory YZR-M1.
Pelumba Perancis itu pada awalnya menghabiskan kebanyakan masa di kedudukan bawah sebelum melonjak naik dengan catatan masa 1 minit 58.572saat memperbaiki catatan semalam – 1’58.945s.
Sementara itu, wakil Pramac Ducati, Jack Miller kedua terpantas hari ini dengan +0.069 saat.
Bagaimanapun, keputusan mengejut berjaya dilakar kem KTM menerusi pelumba uji, Dani Pedrosa yang muncul ketiga terpantas dengan 1′ 58.662s.
Wakil Suzuki, Joan Mir yang menduduki tempat kesembilan semalam berjaya memperbaiki catatan masa pada hari kedua dengan 1’58.731s untuk menduduki tempat keempat.
Bagaimanapun, tumpuan terarah kepada kemajuan ditonjolkan KTM setakat ini dengan Pol Espargaro turut muncul lebih pantas hari ini berbanding semalam dan mengisi kedudukan kelapan.
Berikut keputusan penuh hari kedua:
Advertisements |
benelli-trk-251-dan-leoncino-250-kini-di-malaysia-harga-dari-rm13888 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Benelli TRK 251 dan Leoncino 250 Kini Di Malaysia – Harga Dari RM13,888
Posted on August 23, 2019 by Amirul Azreen
Bagi pemegang lesen B2 dan penunggang yang mahu berjinak dengan ‘motor besar’, anda kini berpeluang memilih di antara sebuah motosikal jenis adventure dan scrambler.
Benelli TRK 251
Direka khas bagi penunggang yang mahu memulakan pengembaraan, Benelli mendakwa TRK 251 mampu mendominasi laluan mencabar meskipun dikendalikan penunggang novis.
Enjin satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan double overhead camshaft ini mampu menghasilkan 20.0kW pada 10,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.
Ciri lain yang terdapat pada TRK 251:
wet multi-plate clutch
pressure splash lubrication
electronic fuel injection
long acting catalyst
oxygen sensor exhaust sistem
tangki 18L
Bagi memastikan keutuhan jentera, TRK 251 turut didatangkan dengan kerangka steel trellis.
Benelli Leoncino 250
Bagi si hispter yang mencari jentera penuh gaya dan mampu milik, Leoncino 250 adalah jawapan untuk anda.
Leoncino 250 merupakan adik kepada Leoncino 500 yang telah pun dipasarkan ke Malaysia lebih awal. Menariknya, Benelli masih mengekalkan reka bentuk sama ke dalam versi lebih kecil ini.
Lahir daripada Centro Stile Benelli di Itali , rupa keseluruhan Leoncino menampakkan lagi legasi pengeluar motosikal Itali itu.
Leoncino 250 dilengkapi enjin thumper 249cc yang mampu menghasilkan 25hp pada 9,000rpm dan 21Nm pada 7,500rpm.
Ciri lain yang terdapat pada Leoncino 250
electronic fuel injection
TLI ignition
dual overhead camshafts
Inverted 41mm front forks
rear swingarm with a central mono-shock
kaliper depan empat piston (280mm)
kaliper belakang satu piston (240mm)
paparan digital penuh
Kedua-dua TRK 251 dan Leoncino 250 ditawarkan pada harga RM13,888 dan RM14,688 bagi versi ABS.
Advertisements |
super-soco-bakal-masuk-pasaran-malaysia | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Super Soco Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
Posted on April 20, 2020 by Amirul Azreen
Super Soco TC
Jenama motosikal elektrik China, Super Soco, dikhabarkan bakal melebarkan sayap ke Malaysia.
Perkara itu didedahkan menerusi akaun Instagram @supersoco_malaysia yang baru sahaja diwujudkan empat hari lalu.
Berdasarkan akaun tersebut – sekiranya benar – jenama motosikal elektrik dari China itu akan memasuki pasaran negara dalam masa terdekat!
Soco merupakan sebuah syarikat yang baru diwujudkan pada 2015 namun bingkas bertapak dalam arena mobiliti elektrik hasil kerjasama nama besar antaranya Xiaomi dan Ducati.
Super Soco TS
Ketika ini, Super Soco menawarkan tiga model motosikal elektrik, TC, TS dan CUx.
Super Soco CUx
TC menawarkan motosikal jenis cafe racer sementara TS dan CUx memperagakan motosikal jenis naked dan skuter.
Pastinya menari untuk melihat jenama motosikal elektrik bertapak di Malaysia sekaligus menawarkan lebih banyak pilihan berbanding motosikal petrol sedia ada.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
motogp-petrucci-akui-ducati-bergelut-ketika-ujian-pra-musim | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
motogp
MotoGP: Petrucci Akui Ducati Bergelut Ketika Ujian Pra-Musim
Posted on February 10, 2020 by Amirul Azreen
Danilo Petrucci
Pelumba Ducati, Danilo Petrucci akur bergelut untuk menyaingi kelajuan yang dipamerkan pelumba lain.
Ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berakhir semalam dengan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mendominasi catatan masa terbaik bagi ketiga-tiga hari.
Petrucci menamatkan hari terakhir ujian pra-musim di kedudukan keenam sementara pelumba satelit Pramac Ducati, Francesco Bagnaia, mencatat keputusan yang lebih baik untuk menduduki kedudukan keempat dengan 1 minit 58.502 saat.
Andrea Dovizioso
Rakan sepasukan, Andrea Dovizioso turut gagal melakar catatan masa 10 terbaik apabila sekadar menduduki tempat ke-12 dengan masa 1 minit 58.859.
Bagaimanapun, kedua-dua wakil Ducati itu bergelut untuk mengekalkan catatan masa bawah 1 minit 59 saat lebih daripada 10 lap sementara Maverick Vinales (Yamaha), Marc Marquez (Honda), Alex Rins (Suzuki) termasuk Espargaro (KTM) berjaya merekodkan catatan masa yang lebih konsisten.
Pol Espargaro
“Fokus Maverick (Vinales) dan Marc (Marquez) mungkin berbeza dan saya berasakan mereka pelumba yang laju, (Aleix) Espargaro turut pamer tunggangan yang pantas termasuklah Rins dan Quartararo.
“Mereka berjaya mengekalkan catatan masa bawah 1’59s lebih daripada 10 lap dan kami bergelut untuk menyamai catatan ini,” jelasnya kepada motorsport.com.
Ujian pra-musim kedua akan diteruskan di Litar Losail, Qatar sebelum aksi pembukaan tirai bermula di litar sama pada 8 Mac ini.
Advertisements |
pkpb-disambung-empat-minggu-lagi-sehingga-9-jun | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
PKPB Disambung Empat Minggu Lagi Sehingga 9 Jun
Posted on May 10, 2020May 10, 2020 by Amirul Azreen
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awalnya dijadualkan berakhir pada 12 Mei.
Lanjutan empat minggu itu merupakan usaha kerajaan dalam memastikan jumlah kes positif Covid-19 kekal pada kadar rendah termasuk menambah kawasan hijau seluruh negara.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa pergerakan antara negeri atau balik kampung sempena Aidilfitri tidak dibenarkan namun ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu masa.
Bagaimanapun, aktiviti rumah terbuka dan jamuan besar masih tidak dibenarkan.
Sementara itu, kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan yang duduk berjauhan antara satu sama lain untuk bertemu keluarga.
Bagaimanapun, pasangan terkesan perlu membuat permohonan terlebih dahulu menerusi aplikasi Gerak Malaysia.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
honda-raikan-tahun-baharu-dengan-kempen-2020-starts-now | BERITA TEMPATAN
Honda
Moto Malaya
Honda Raikan Tahun Baharu Dengan Kempen ‘2020 Starts Now’
Posted on January 7, 2020January 7, 2020 by Amirul Azreen
Bagi menyambut tahun baharu dan sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, Honda perkenalkan kempen ‘2020 Starts Now’.
Seiring dengan sambutan ini, orang ramai kini boleh menikmati pelbagai bonus ekstra termasuk pulang ke kampung dengan keselesaan dan kemudahan terbaik yang ditawarkan kenderaan Honda.
Kempen ‘2020 Starts Now’ menawarkan ganjaran sehingga RM10,000 yang meliputi Prosperity Rebate, Bonus Ekstra RM888 dan hadiah eksklusif.
Bagi menikmati ganjaran ini, orang ramai hanya perlu mendaftar kenderaan Honda – Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, HR-V, HR-V Hybrid, BR-V, CR-V dan Odyssey – di antara 1 hingga 31 Januari 2020.
Tahun lalu – Januari hingga November 2019 – Honda Malaysia merekodkan lebih 78,000 unit penjualan di samping mengekalkan status selaku jenama Non-National Car no.1 pada November.
Bagi memudahkan servis selepas jualan, Honda Malaysia menawarkan lebih 100 pengedar seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut bagi kempen ‘2020 Starts Now’sila layari www.honda.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.
Advertisements |
4-mentaliti-yang-perlu-diubah-penunggang-motosikal-di-malaysia | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
4 Mentaliti Yang Perlu Diubah Penunggang Motosikal Di Malaysia
Posted on October 30, 2019 by Amirul Azreen
Rata-rata pengguna motosikal sekarang sibuk memfokuskan cara untuk mencantikkan dan melajukan motosikal tetapi bila tanya tentang aspek penjagaan terutamanya bahagian enjin, masing-masing melopong.
Hakikatnya, penjagaan enjin adalah aspek paling penting bagi setiap motosikal, untuk apa buat pinjaman tiga hingga tujuh tahun kalau enjin hanya mampu tahan setahun dua sahaja?
Jadi pentingnya untuk mengubah konsep pemikiran ini seandainya mahu jentera yang dibeli dengan duit mak ayah atau dari poket sendiri tidak lebur semata-mata gara-gara tak ambil berat penjagaan enjin.
Berikut empat pendekatan yang perlu diubah penunggang motosikal di Malaysia.
1. Buang cermin sisi tambah ekstra 5hp
Ketika ini, ramai yang gemar mengubah suai motosikal untuk tampak lebih cantik sehingga ada yang sanggup buang cermin sisi kononnya boleh tambah hp.
Nak ubah YSuku jadi Panigale V4R pun boleh tapi buat apa kalau bahagian enjin tidak dijaga?
Shell menawarkan jalan penyelesaian terbaik dengan Shell Advance AX7 15W-50 (separa-sintetik) dan Ultra 15W-50 (sintetik-penuh).
Shell Advance AX7 15W-50 (separa-sintetik) dan Shell Ultra 15W-50 (sintetik-penuh) berupaya untuk memastikan prestatsi enjin kekal di tahap optimum meskipun menunggang dalam keadaan cuaca panas tanpa memecahkan dompet anda.
Minyak Motosikal Shell Advance paling ngam kerana berkeupayaan untuk memastikan prestasi enjin kekal di tahap optimum meskipun menunggang dalam keadaan cuaca panas. Gegaran enjin dan bunyi bising juga di kurangkan bagi memastikan tunggangan lebih selesa!
2. Beli ‘online’ lebih murah
Ramai yang menganggap beli minyak enjin secara ‘online’ adalah lebih menjimatkan kerana murah daripada yang dijual di pasaran.
Tetapi berapa pasti minyak yang dibeli itu adalah tulen dan bukannya tiruan?
Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan minyak di pengedar rasmi kerana dijamin 100 peratus tulen.
Kalau mencari minyak enjin tulen dengan harga mampu milik, bergegas ke pengedar rasmi minyak enjin Shell dan dapatkan Shell Advance AX7 15W-50 dan Ultra 15W-50 yang hanya berharga RM33.90 serta RM68.30!
3. Servis dengan bengkel bawah pokok pun dah cukup
Bukan menidakkan kepakaran atau pengalaman mekanik bengkel bawah pokok tetapi dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan daripada bengkel yang mematuhi piawaian terbaik.
Shell Advance Branded Workshop menawarkan perkhidmatan terbaik dengan mekanik berpengalaman luas yang mampu mengendalikan pelbagai jenis motosikal.
Menariknya, Shell Advance Branded Workshop turut menawarkan Shell Advance AX7 15W-50 dan Ultra 15W-50 yang dijamin 100 peratus tulen.
4. Semua jenama minyak enjin pun sama saja
Hakikatnya, setiap minyak enjin mampu menjalankan tugas sebagai pelincir enjin tetapi berapa pasti minyak yang direka itu benar-benar bersesuaian dengan cuaca dan senario jalan raya di Malaysia?
Shell Advance AX7 dihasilkan di Malaysia dan didatangkan dengan label ‘Buatan Malaysia’ sekaligus menjamin tahap efisien yang lebih tinggi untuk para penunggang motosikal di negara ini.
Bukan itu saja, Shell Advance AX7 15W-50 juga didatangkan dengan tahap kepekatan tinggi yang turut menepati piawaian API SM dan JASO MA2. Tahap kepekatan tinggi pula sesuai untuk memberi perlindungai enjin suhu tinggi.
Jadi tidak hairanlah mengapa Shell Advance 15-50 cukup popular dikalangan penunggang motosikal YSuku yang rata-rata mencari minyak enjin yang cukup gah untuk menangani ‘kelajuan’ jentera popular di Malaysia itu.
Pada masa sama, Shell Advance turut menawarkan dua jenis minyak 15W-50 – separa-sintetik dan sintetik-penuh!
Buat apa berbelanja lebih untuk minyak enjin yang belum pasti bersesuaian dengan keaadaan di Malaysia sedangkan hanya perlu membelanjakan RM33.90 untuk Shell Advance AX7 15W-50 (separa-sintetik) dan Ultra 15W-50 (sintetik-penuh)?
Pengguna motosikal dinasihatkan untuk mengubah mentaliti ini dan mula memberi keutamaan kepada penjagaan enjin agar motosikal kesayangan tampil lebih Fattah-stik!
Bagi yang bercadang untuk ke bengkel Advance Branded Workshops untuk mendapatkan Shell Advance AX7 15W-50 (separa-sintetik) atau Ultra 15W-50 (sintetik-penuh), ada kejutan menanti anda kerana pelakon terkenal dan duta Shell Advance, Fattah Amin, mungkin menyambut anda di pintu masuk!
Advertisements |
triumph-dedahkan-street-triple-r-2020-118hp-77nm | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Triumph Dedahkan Street Triple R 2020 – 118HP, 77Nm!
Posted on February 12, 2020February 12, 2020 by Amirul Azreen
Beberapa bulan sejak Triumph Malaysia melancarkan Street Triple RS di Litar Antarabangsa Sepang, November lalu, kini tiba masa untuk Street Triple R membuat penampilan.
Triumph Street Triple R 2020 kini diperkenalkan dengan beberapa kemas kini terbaru terutamanya bahagian enjin dan gaya rekaan.
Selain daripada perubahan estetik, Street Triple kini didatangkan dengan enjin 765cc patuh Euro5 namun masih lagi menawarkan kuasa sama, 118hp pada 12,000rpm dan 77Nm pada 9,400rpm.
Chasis Street Triple sememangnya antara ciri utama yang paling mencuri tumpuan selain daripada tunggangan yang selesa dan penuh kawalan.
Bagi model 2020, Triumph mempertingkatkan lagi pengalaman tunggangan dengan kombinasi kaliper Brembo M4 Monoblock, fork Showa Big Piston dan penyerap hentakan belakang Showa.
Bukan itu sahaja, jentera baharu ini turut didatangkan – secara standard – dengan Triumph Shift Assist up and down quickhshifter.
Antara ciri baharu yang terdapat pada Street Triple R 2020:
ABS dan Traction Control
Lampu LED berkembar
Gaya sporty dan kontemporari
Warna dan grafik baharu
Slip on silencer Arrow
Menariknya, Triumph turut menawarkan pilihan Low Ride Height (LRH), tetapan tempat duduk serendah 780mm daripada tetapan standard, 825mm sebelum ini.
Advertisements |
supreme-x-lamborghini-masuk-pasaran-2-april-ini | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Supreme X Lamborghini Masuk Pasaran 2 April Ini
Posted on March 30, 2020 by Amirul Azreen
Bagi kaki ‘hypebeast’ dan ‘hypebae’ di luar sana yang mengikuti perkembangan jenama Supreme pastinya mengetahui bahawa bagi keluaran Minggu 6 Spring/Summer 2020 berkait dengan kolaborasi bersama Lamborghini.
Selepas bertahun-tahun khabar angin mengenai kerjasama ini tersebar, akhirnya Supreme X Lamborghini bakal dipasarkan 4 April ini secara atas talian menerusi supremenewyork.com.
Meskipun sebelum ini setiap barangan Supreme akan dipasarkan di kedai fizikal namun disebabkan perintah berkurung di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan United Kingdom, Supreme X Lamborghini hanya akan dipasarakan secara atas talian.
Tahun lalu, Supreme turut berkolaborasi dengan Honda dan Fox Racing bagi edisi Fall/Winter 2019.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
ducati-panigale-v4-25-anniversario-916-kini-di-malaysia-rm359900 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916 Kini Di Malaysia – RM359,900!
Posted on January 31, 2020 by Amirul Azreen
Tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-25 sejak Ducati 916 menjadi ikon perlumbaan motosikal moden terutamanya di pentas Kejuaraan Superbike Dunia.
Ducati 916 SBK berjaya merekodkan 120 kemenangan dan enam kejuaraan dunia dengan empat daripadanya dilakar pelumba lagenda, Carl Fogarty.
Sehingga kini Fogarty merupakan gandingan terbaik 916 dalam sejarah SBK.
Bagi meraikan ulang tahun jentera ikonik bersama pelumba ikon ini, maka lahirlah Panigale V4 25° Anniversario 916.
Dengan hanya 500 unit dihasilkan – unit ke-11 berjaya memasuki pasaran Malaysia – jentera edisi terhad ini dibina dengan menggabungkan teknologi Panigale V4S dan V4R.
Ini bermakna, Panigale V4 25° Anniversario 916 ini dilengkapi spesifikasi Ducati Corse antaranya dry clutch, Ducati Quick Shift EVO 2 dan Ducati Traction Control EVO 2.
Sekali imbas, perkara pertama yang jelas menonjol adalah pilihan warna yang diinpirasikan daripada Ducati 996 SBK – juara SBK 1999.
Bagaimanapun, antara ciri yang paling menarik adalah penggunaan rim ‘forged magenesium’ daripada Marchesini Racing dan ekzos titanium daripada Akrapovic dan beberapa komponen lain yang menggunakan gentian karbon.
Meskipun lahir sebagai ‘collectors item’ namun jentera unik ini tidak boleh dipandang remeh kerana Panigale V4 25° Anniversario 916 dilengkapi enjin 1,103cc dan menjana 214hp pada 13,000 rpm dan 124Nm pada 10,000 rpm.
Seperti jentera V4S dan V4R lain, Panigale V4 25° Anniversario 916 ini turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan terkini antaranya:
Bosch Cornering
ABS EVO
Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
Ducati Slide Control (DSC)
Engine Brake Control (EBC) EVO
Auto Tyre Calibration
Menariknya, jentera ini turut sesuai digunakan untuk tunggangan harian dengan valve clearance adjustment boleh dilakukan selepas setiap 24,000km.
Bagi yang berkenan, jentera istimewa ini boleh ditinjau di Ducati Petaling Jaya namun dukacitanya dimaklumkan jentera berharga RM359,900 – sebelum cukai dan insurans – ini telah pun dirisik orang.
Advertisements |
kawasaki-zx-25r-pasaran-indonesia-terima-tempahan-april-ini | BERITA ANTARABANGSA
Kawasaki
Moto Malaya
Kawasaki ZX-25R: Pasaran Indonesia Terima Tempahan April Ini!
Posted on March 15, 2020March 15, 2020 by Amirul Azreen
Jentera yang paling mencuri tumpuan sejak tahun lalu, Kawasaki ZX-25R akhirnya bakal menerima tempahan bermula April ini bagi pasaran Indonesia.
Jentera tersebut pada awalnya dijadualkan untuk dilancarkan di Kawasaki Bike 2020 pada 4 April namun dibatalkan gara-gara Covid-19.
Bagaimanapun, penerimaan tempahan tetap diteruskan dengan jentera tersebut akan ditayangkan di Kawasaki Indonesia pada tarikh sama.
Pengesahan itu dibuat sendiri pihak Kawasaki Indonesia seperti yang dilaporkan iwanbanaran.com.
Kawasaki ZX-25R mencuri tumpuan tatkala menawarkan enjin 250cc dengan empat silinder berbanding dua silinder yang ditawarkan jentera lain dalam pasaran ketika ini.
Kawasaki Indonesia turut memuat naik video memaparkan pelumba Kawasaki Racing Team (KRT), Jonathan Rea dan Alex Lowes menunggang uji ZX-25R tersebut.
Dalam perkembangan lain, Modenas bakal melaksanakan beberapa penjenamaan semula jentera Kawasaki bawah 700cc selepas meterainya kerjasama Kawasaki Heavy Industries (KHI) yang kini memiliki pegangan saham 30 peratus.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Roslan Roskan, lapan jentera akan diperkenalkan tahun ini.
Adakah pihak yang bertanggungjawab untuk membawa masuk Kawasaki ZX-25R kini digalas Modenas?
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
saya-akan-kembali-jorge-lorenzo | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Saya Akan Kembali – Jorge Lorenzo
Posted on December 19, 2019 by Amirul Azreen
Bekas pelumba Repsol Honda dan juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo, memberi bayangan akan kembali ke paddock MotoGP.
Meskipun mengumumkan persaraan baru-baru ini namun Lorenzo memaklumkan dia akan kembali semula ke paddock.
Ketika temubual dengan Red Bull Servus TV, Lorenzo berkata, “Saya pasti akan kembali ke paddock semula, saya akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
“Jika saya diberikan peluang untuk hidup dalam dunia MotoGP tetapi tidak lagi perlu menghadapi tekanan, sudah tentu peluang itu akan disambar,” katanya.
Buat masa ini tiada belum dapat dipastikan sama ada pelumba berusia 32 tahun akan kembali selaku penunggang uji atau akan terlibat dalam pengurusan pasukan.
Bagaimanapun, pastinya menarik untuk melihat kelibat Lorenzo di pentas MotoGP selepas ini.
Advertisements |
bengkel-heels-wheels-padam-stigma-terhadap-wanita-di-jalan-raya | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Bengkel ‘Heels & Wheels’ Padam Stigma Terhadap Wanita Di Jalan Raya
Posted on August 27, 2019 by Amirul Azreen
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dengan sokongan daripada PROTON, Petron dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah meganjurkan bengkel penyelenggaraan kereta bagi wanita.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkasakan wanita dengan ilmu untuk menjaga kenderaan serta keselamatan diri sendiri dan anak-anak.
Dilancarkan oleh Timbalan KPWKM, YB Hannah Yeoh, bengkel ini turut menyaksikan penglibatan lebih 60 staf Jabatan Pembangunan Wanita.
Bengkel ini memfokuskan terhadap menyuntik ilmu penjagaan kenderaan serta kepentingan Child Restraint System (CRS) dan juga cara pemasangan yang betul.
Hannah Yeoh turut mengetengahkan kepentingan bengkel ini susulan keputusan kajian yang membimbangkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
“Menurut kajian oleh MIROS, 58 peratus kematian membabitkan kanak-kanak dan bayi berpunca daripada kemalangan jalan raya yang boleh dielakkan dengan penggunaan kerusi kanak-kanak.
“Jadi saya amat teruja kerana bengkel ini memfokuskan terhadap kepentingan penjagaan kenderaan termasuk penggunaan CRS yang akan diwajibkan bermula tahun depan.
“Penggunaan CRS dapat mengurangkan kadar kemalangan maut yang menyumbang kepada kematian kanak-kanak dan bayi,” jelasnya.
Sementara itu, menurut kajian Bosch AA yang dijalankan pada 2018 mendapati hanya 1 peratus wanita yang tahu apa yang perlu dilakukan ketika kereta rosak.
Bengkel ini turut menyaksikan Bosch mengajar teknik mudah kepada peserta bagi penjagaan kenderaan yang melibatkan bateri, pengelap cermin, minyak enjin dan tayar.
Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Pang Yoon Kong yakin ilmu penjagaan kereta mampu merendahkan risiko kereta rosak dan kemalangan jalan raya.
“Penjagaan kereta dan keselamatan jalan raya adalah fokus utama kami kerana kami percaya dua faktor ini amat penting dalam memperkasakan golongan wanita di Malaysia.
“Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, bengkel ‘Heels & Wheels’ akan memberi inspirasi pada wanita untuk menjaga kereta tanpa perlu bantuan daripada orang lain,” katanya.
Bengkel ini turut menyaksikan sesi penyampaian keselamatan kenderaan oleh PROTON serta Petron Malaysia dan JKJR.
Advertisements |
triumph-malaysia-lancar-racun-baharu-street-triple-rs-2020 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Triumph Malaysia Lancar ‘Racun’ Baharu, Street Triple RS 2020!
Posted on November 1, 2019November 1, 2019 by Amirul Azreen
Fast Bikes selaku pengedar rasmi Triumph Motorcycle Malaysia melancarkan Triumph Street Triple RS 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, sempena Shell Malaysia MotoGP 2019, hari ini.
Model yang julung kalinya dilancarkan pada 2007 itu kini menawarkan prestasi dan kuasa yang lebih tinggi dan agresif.
Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd dan Triumph Motorcycles Malaysia, Dato Razak Al-Malique menyifatkan Street Triple RS 2020 sebagai streetbike berprestasi tinggi terbaik terutamanya dengan penggunaan enjin 765cc yang diinspirasikan daripada enjin Triumph di Moto2.
Menariknya, Triumph Street Triple RS 2020 ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga yang sama – RM67,900!
“Meskipun terdapat pelbagai penambahbaikan dan naik taraf namun kami teruja kerana dapat menawarkan jentera baharu ini tanpa sebarang kenaikan harga bermula Januari 2020 ini,” jelas Dato Razak.
Ciri terbaru pada Triumph Street Triple RS:
Enjin 765cc patuh piawaian Euro 5
122hp pada 11,750rpm dan 79Nm pada 9,350rpm
gearbox serba baharu dengan klac slip & assist
lampu depan LED dengan Daytime Running Lights (DRL)
paparan TFT dengan MyTriumph Connectivity
Triumph Shift Assist
Lima mod tunggangan
Orang ramai yang berminat untuk melihat Triumph Street Triple RS 2020 dengan lebih dekat boleh singgah di booth Triumph di SIC atau kunjungi Triumph Malaysia!
Advertisements |
e36-bmw-m3-milik-paul-walker-dilelong-dengan-harga-rm1-57-juta | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
E36 BMW M3 Milik Paul Walker Dilelong Dengan Harga RM1.57 Juta!
Posted on January 21, 2020 by Amirul Azreen
E36 BMW M3
Sebuah kereta BMW pada era 90an telah terjual di tapak lelongan dengan harga USD385,000 (RM1.57 juta).
Model E36 BMW M3 itu – merupakan versi ‘lightweight’dengan hanya 120 unit dihasilkan di dunia – merupakan milik mendiang pelakon Fast & Furious, Paul Walker.
Jadi tidak hairanlah, model ini merekodkan angka penjualan yang tinggi.
Nissan Skyline R32
Jentera terbabit merupakan satu diantara 21 unit koleksi milik Paul Walker yang dilelong oleh Barrett Jackson.
Mustang Boss 302S
Beberapa koleksi lain yang turut dijual adalah Nissan 370Z yang dipaparkan dalam Fast & Furious 5, Nissan Skyline R32, Mustang Boss 302S, Ford Bronco Eddie Bauer Edition, Toyota Tundra Access Cab, Audi S4 dan sebuah wagon Chevy Chevelle 1964.
Lelongan amal ‘Paul Walker Collection’ itu berjaya merekodan penjualan lebih USD2.3 juta (RM9.3 juta).
(SUMBER: TopGear)
Advertisements |
ladies-ride-camp-edisi-kedua-berlangsung-meriah-di-pulau-pangkor | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Ladies Ride & Camp Edisi Kedua Berlangsung Meriah di Pulau Pangkor!
Posted on September 18, 2019 by Amirul Azreen
Edisi kedua Ladies Ride & Camp telah berlangsung baru-baru di Pulau Pangkor menyaksikan 22 peserta bersama wakil GIVIBELLA menyemarakkan Women Riders World Relay.
Konvoi memulakan perjalanan dari Kilang GIVI Bukit Beruntung yang turut menyaksikan penyerahan baton oleh Bad Girls Throttle bagi Women Riders World Relay.
Menariknya edisi kali ini, khemah diletakkan di tepi pantai sekaligus memberi peluang kepada peserta untuk melakukan aktiviti beriadah sambil mengenali antara satu sama lain.
Hari kedua dimulakan dengan aktiviti senaman yang diketuai pengajar Bella sebelum disusuli aktiviti ‘island hopping’.
Waktu malam kemudiannya diraikan dengan BBQ yang disediakan oleh para peserta sendiri sambil masing-masing berkongsikan pengalaman menunggang jentera dua roda.
Kejayaan edisi kedua Ladies Ride & Camp membuktikan GIVIBELLA terus komited dalam mempromosikan aktiviti menunggang motosikal dikalangan kaum hawa.
Advertisements |
hadkan-kelajuan-ke-180km-j-volvo-tegaskan-tiada-sebab-untuk-pergi-lebih-laju | Moto Malaya
Hadkan Kelajuan Ke 180KM/J, Volvo Tegaskan Tiada Sebab Untuk Pergi Lebih Laju
Posted on June 22, 2020June 22, 2020 by Amirul Azreen
Baru-baru ini, Volvo membuat keputusan untuk memperkenalkan had kelajuan 180 km/j bagi semua model dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya.
Senario itu turut mencetuskan pelbagai persoalan dengan ada yang menyokong dan sebaliknya.
Bagaimanapun, menurut ketua Volvo Cars Safety Centre, Malin Ekholm, 180km/j sudah cukup laju.
“Tiada sebab untuk pergi lebih laju daripada 180km/j. Semua orang bercakap tentang isu memandu dengan laju tetapi kami ingin menunjukkan bahawa kami serius dalam menangani masalah ini.
“Kami akan melaksanakan dialog mendalam mengenai perkara ini,” jelas Ekholm.
Dia turut mendedahkan rata-rata pelanggan Volvo menyambut baik usaha tersebut.
“Sebab utama mereka memilih Volvo adalah kerana kami memberi fokus terhadap keselamatan,” tambahnya.
Pada masa sama, Ekholm menjelaskan Volvo tidak merancang untuk menjelaskan apakah kelajuan yang selamat untuk dipandu.
“Saya menghadiri Persidangan Keselamatan Jalan Raya UN di Stockholm dan semua pihak termasuk ahli politik, penguatkuasa traik dan NGO bercakap tentang kelajuan.
“Kami mendapati semua pihak cuba memainkan peranan dalam hal ini dan sebagai pengeluar kenderaan, menghadkan kelajuan adalah usaha kami,” katanya.
Sementara itu, Volvo turut akan memperkenalkan Care Key, yang membenarkan pemilik untuk menghadkan kelajuan kereta apabila dipinjamkan ke orang lain. – Autocar
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
honda-bakal-perkenalkan-honda-cub-125-versi-scrambler | BERITA TEMPATAN
Honda
Moto Malaya
Honda Bakal Perkenalkan Honda Cub 125 Versi Scrambler
Posted on September 27, 2019 by Amirul Azreen
Saban tahun, EICMA menjadi medan pilihan bagi pengeluar motosikal untuk mempamerkan jentera konsep atau model baharu tetapi kebelakangan ini, Tokyo Motor Show semakin menjadi pilihan utama bagi pengeluar motosikal Jepun.
Bagi edisi 2019, Honda bakal memperkenalkan CT125 – sebuah motosikal konsep yang berlandaskan Honda C125 namun telah disuntik dengan ciri scrambler.
Honda sebelum ini pernah menghasilkan motosikal jenis ‘trail cub’ pada 1964 ,beberapa tahun selepas Honda Cub dilancarkan. Tahun lalu, pengeluar motosikal Jepun itu melancarkan Honda Super Cub – versi yang telah dinaik taraf.
Difahamkan, CT125 bakal ditayangkan bersama-sama pelancaran Honda CRF1100L Africa Twin.
Menariknya, rekaan keseluruhan CT125 tampak lebih garang dengan bahagian enjin kini terdedah sementara bahagian ekzos menampilkan rekaan yang terdapat pada Honda Monkey 125.
Bahagian depan juga didatangkan dengan sistem penyerap hentakan yang tampak lebih agresif sementara bahagian belakang dilengkapi dengan rak besi.
(SUMBER: Ride Apart)
Advertisements |
elak-bayar-parking-pemandu-honda-civic-sanggup-ikut-rapat-kereta-depan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Elak Bayar ‘Parking’, Pemandu Honda Civic Sanggup Ikut Rapat Kereta Depan
Posted on October 3, 2019 by Amirul Azreen
Adalah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk mengharapkan sesuatu yang percuma tetapi bagi senario yang berlaku di kompleks beli belah Mid Valley, seorang pemandu sanggup ikut rapat kereta depan supaya dapat keluar tempat letak kereta tanpa perlu membayar satu sen!
Rakaman video yang dikongsikan di laman Facebook We Are Malaysian itu menjadi tular tatkala netizen menyelar sikap pemandu tersebut.
Tidak menyedari tindakannya dirakam kamera kereta depan, dia dengan selambanya mengekori rapat kereta depan disebabkan nak jimat beberapa ringgit.
Ada segelintir netizen yang berpendapat kemungkinan pemandu telah kehilangan tiket tempat letak kereta atau sudah kehabisan duit untuk bayar kerana telah membeli kereta tersebut.
Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat tindakan tersebut adalah taktik geng pencuri kereta di kawasan tempat letak kereta pusat membeli belah.
(SUMBER: We Are Malaysians @ Facebook)
Advertisements |
hyosung-perkenalkan-gv-300-s-bobber-300cc-v-twin | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Hyosung Perkenalkan GV 300 S Bobber – 300cc V-Twin!
Posted on May 8, 2020 by Amirul Azreen
Pengeluar motosikal Korea, Hyosung bakal melancarkan GV 300 S Bobber sebuah motosikal berkonsepkan bobber untuk pasaran Eropah.
Menawarkan ketinggian tempat duduk hanya 710mm, rekaan keseluruhan bobber ini tampak praktikal untuk kegunaan harian.
Hyosung GV 300 S Bobber dikuasakan dengan enjin 300cc V-Twin yang menghasilkan 30hp pada 8,500rpm dan tork sekitar 25.6Nm pada 6,000rpm.
Model ini ditawarkan pada harga sekitar EUR4,990 (RM23,390).
Hyosung sememangnya terkenal dengan penggunaan enjin bersesaran kecil tetapi V-Twin sekaligus menghasilkan bunyi yang sedap didengar.
Pasaran Malaysia mendapat motosikal Hyosung menerusi penjenamaan semula oleh Naza Bikes.- Bike Wale
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
motogp-musim-2019-berakhir-marquez-hadiahkan-kejuaraan-berganda | BERITA ANTARABANGSA
Honda
Moto Malaya
motogp
Yamaha
MotoGP: Musim 2019 Berakhir, Marquez Hadiahkan Kejuaraan Berganda
Posted on November 17, 2019November 17, 2019 by Amirul Azreen
Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia.
Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda.
Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12 musim ini.
Turn 6 has also caught out @Petrux9! ?
That could secure the Teams Championship for @HRC_MotoGP! ?#ValenciaGP ?? pic.twitter.com/VKyL8tx6Cm
— MotoGP™ ?? (@MotoGP) November 17, 2019
Pada masa sama, kegagalan pelumba Ducati, Danilo Petrucci untuk menamatkan perlumbaan susulan kemalangan dan Andrea Dovizioso sekadar menduduki tempat keempat, membenarkan Marquez menutup defisit dua mata sekaligus menghadiahkan pasukannya kejuaraan dunia.
Another @marcmarquez93 masterclass in progress! ??#ValenciaGP ?? pic.twitter.com/JxdUP4I4Ha
— MotoGP™ ?? (@MotoGP) November 17, 2019
Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dan Jack Miller ketiga.
Strong move from @marcmarquez93! ?
Can @FabioQ20 respond? ?#ValenciaGP ?? pic.twitter.com/ACoBYRdjQ6
— MotoGP™ ?? (@MotoGP) November 17, 2019
Dalam perkembangan sama, Jorge Lorenzo berjaya menamatkan perlumbaan terakhirnya di kedudukan ke-13 selepas mengumumkan persaraan akhir musim ini.
Aksi Moto2 menyaksikan pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Binder muncul juara diikuti Thomas Luthi kedua dan Jorge Navarro ketiga.
Manakala saingan Moto3 menyaksikan pelumba berusia 16 tahun, Sergio Garcia (Estrella Galicia 0.0) menyambar tempat pertama diikuti Andrea Migno (Mugen Race) kedua dan Xaier Artigas (Leopard Impala Junior Team) ketiga.
Advertisements |
apa-sebenarnya-fungsi-abs-tanya-si-polan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Apa Sebenarnya Fungsi ABS? Tanya Si Polan
Posted on November 29, 2019 by Amirul Azreen
Kebanyakan motosikal moden ketika ini didatangkan dengan Anti-lock Braking System (ABS) tetapi masih ada segelintir daripada penungggang motosikal yang tidak tahu apakah fungsi ciri tersebut.
Bagi kami di MotoMalaya, sejak bertenggek di Modenas Powerstore Kota Damansara, rata-rata pelanggan yang masuk akan bertanyakan soalan ini, “Apa sebenarnya fungsi ABS?”
Pada masa sama, ada juga yang mempersoalkan mengapa harga sebuah motosikal yang mempunyai keupayaan ABS lebih mahal berbanding yang tiada ABS.
Sebagai contoh, harga bagi sebuah Modenas Pulsar NS200 sekitar RM9,300 namun Pulsar RS200 – yang memiliki ABS – berharga RM11,350 meskipun kedua-duanya mengguna pakai enjin yang sama.
Apa sebenarnya ABS?
‘Threshold braking’ merupakan teknik memperlahankan jentera dengan cara yang paling cepat sambil mengekalkan kuasa brek di tahan optimum.
Bagaimanapun, teknik ini sukar dicapai kerana memerlukan skil dan latihan yang kerap jika tidak tayar akan mudah terkunci.
Malah, setiap jentera mempunyai tahap ‘threshold braking’ yang berbeza jadi amat sukar untuk menentukan tahap membrek yang efisien agar tidak berlakunya kemalangan.
ABS berfungsi sebagai mekanisme keselamatan yang memastikan jentera membrek pada kadar selamat ketika sedang cuba memperlahankan kenderaan.
Menariknya, jentera dengan ABS akan memastikan cubaan membrek tidak akan membawa sehingga tayar terkunci.
Bagaimana ABS berfungsi?
Modenas Pulsar RS200 ABS
Sebagai penunggang motosikal, insiden terpaksa membrek dengan mengejut gara-gara berdepan pengguna jalan raya yang ‘tak sekolah’sudah menjadi senario harian di Malaysia.
Bagi jentera yang tiada ABS, tayar pasti akan terkunci ekoran menekan brek dengan kuat lalu boleh menyebabkan jentera hilang kawalan lalu terbabas namun, jentera dengan ABS dapat mengelakkan masalah tersebut berlaku.
ABS sentiasa memantau kelajuan dan keadaan tayar dan jika modul tersebut mengesan senario membrek yang tidak normal, ‘solenoid valve’ akan melepaskan tekanan piston pada pad brek – buka dan tutup tanpa henti – sehingga kelajuan tayar depan dan belakang kembali serasi.
Sebagai penunggang, anda hanya perlu menekan brek sekuat mungkin dan fokus mengawal jentera kerana insiden tayar terkunci tidak akan berlaku.
Penting atau tidak ABS?
Hakikatnya, ABS membolehkan jentera berhenti dan membrek dengan lebih efisien dan kelebihan ini sangat penting bagi setiap penunggang yang saban hari berdepan situasi jalan tak rata dan pemandu kereta yang gemar menukar laluan tanpa mengambil kira kehadiran motosikal lain.
Sementara itu, bagi yang berminat untuk mendapatkan Modenas Pulsar NS200 namun gusar kerana ketiadaan ABS, kami difahamkan Pulsar NS200 versi 2020 akan didatangkan dengan sistem ABS! Nantikan maklumat rasmi mengenai model baharu ini dari pihak Modenas dan Bajaj.
Advertisements |
pusat-pameran-ducati-kedua-terbesar-di-asia-tenggara-kini-di-petaling-jaya | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Pusat Pameran Ducati Kedua Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Petaling Jaya!
Posted on February 6, 2020 by Amirul Azreen
Bagi memberikan pengalaman terbaik kepada para Ducatistis, Next Bike Sdn Bhd – pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia – melancarkan pusat pameran Ducati serba baharu di Petaling Jaya.
Menariknya, pusat pameran baharu ini merupakan kedua terbesar di Asia Tenggara dan menempatkan pusat servis antara yang terbesar di Asia – menawarkan lapan tapak servis yang mampu mengendalikan lebih 450 unit motosikal sebulan.
Pengunjung juga dapat merasai pengalaman pembelian yang kini dipertingkat dengan identiti korporat terbaru di samping menikmati tawaran baharu antaranya Ducati Apparel Tech dan aksesori.
Menariknya, Scrambler Camp turut dinaik taraf dan menawrakan Apparel Tech serta aksesori khas.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Automotive Group Naza Corporation, Dato Nik Hamdan Nik Hassan berkata, “Ducati dicipta untuk mereka yang meminati kelajuan. Disebabkan setiap model menawarkan aura yang berbeza, kami mahu Ducatistis untuk menikmati pengalaman 360 darjah.”
Pusat pameran ini turut menawarkan ruang ‘lepak’ yang lebih luas dan selesa bagi menempatkan pelanggan ketika menunggu jentera masing-masing diservis.
Orang ramai yang hadir juga boleh menyaksikan dengan lebih dekat model Ducati terkini antaranya Panigale V4S, 916 Anniversaroi, Monster 821 dan Hypermotard 950 serta Diavel 1260S.
Majlis pelancaran turut menyaksikan kehadiran dua pelumba MotoGP Ducati, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci yang kini di Malaysia bagi sesi ujian pra-musim yang akan membuka tirai pada 7 hingga 9 Februari ini.
Advertisements |
geely-drb-hicom-sumbang-peralatan-perubatan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Geely, DRB-Hicom Sumbang Peralatan Perubatan
Posted on May 1, 2020 by Amirul Azreen
Memahami situasi kerajaan dalam memerangi penularan Covid-19, Geely Holding Group bersama rakan strategik tempatan DRB-Hicom telah menyumbang peralatan perubatan kepada kerajaan.
Peralatan tersebut adalah dalambentuk topeng muka tiga lapisan, pakaian pelindung (PPE) dan mesin ventilator AD 700 PL.
Semua peralatan terbabit akan diedarkan ke 55 hospital seluruh negara.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Geely menyumbang peralatan perubatan melalui Yayasan Kebajikan Li Shufu yang sebelum ini membekalkan peralatan ke kawasan terjejas di China.
“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab secara sosial, kami mempunyai peranan untuk menyokong kebajikan setiap syarikat yang beroperasi di bawah kami.
“Saya sangat berbesar hati kerana kami mempunyai sumber dan keupayaan logistik untuk menghantar bekalan yang diperlukan ke kawasan yang dilanda wabak ini. Kami akan membantu masyarakat dan pihak berkuasa terutama dari segi perubatan untuk mengatasi penularan wabak ini seboleh
mungkin,” jelas Pengerusi Geely, Li Shufu.
Sebelum ini, PROTON turut meminjamkan 50 unit Proton X70 dan menghasilkan lebih 60,000 unit pelindung muka kepada petugas barisan hadapan.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
pemenang-bulan-jun-diumumkan-tiga-lagi-yamaha-y15zr-menanti | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
motogp
Yamaha
Pemenang Bulan Jun Diumumkan, Tiga Lagi Yamaha Y15ZR Menanti
Posted on July 26, 2019 by Amirul Azreen
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) meraikan pemenang bulan Jun untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza.
Ahmad Shafiq Sharifudin, 23 tahun merupakan pemenang bertuah bagi bulan Jun dan membawa pulang sebuah jentera Yamaha Y15ZR.
Motosikal tersebut telah diserahkan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Mohd Bahrin Mohd Yunus di PETRONAS Tanah Liat.
Shafiq – yang bertugas sebagai pelatih kesihatan – hanya membelanjakan sebanyak RM70 dengan membeli minyak pelincir Sprinta F700.
Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza telah pun bermula sejak Mac lalu dan akan berlanjutan sehingga 30 September 2019.
Tujuh buah Yamaha Y15ZR ditawarkan bagi hadiah bulanan sementara tiga buah Yamaha R25 menanti pemenang tempat kedua. Yamaha R6 ditawarkan sebagai hadiah utama yang bernilai lebih RM100,000.
Setiap motosikal ditawarkan turut tampil dengan livery PETRONAS Yamaha SRT yang beraksi di MotoGP.
Berikut senarai pemenang setakat ini:
Mac : Sahrulnaim bin Sahrahan
April : Mohd Arif bin Mohmad Yasin
Mei : Muhamad Faez bin Aju
Jun : Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin
Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy
Advertisements |
aprilia-perkenalkan-baby-tuono-660cc-95hp | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Aprilia Perkenalkan ‘Baby’ Tuono – 660cc, 95hp!
Posted on November 6, 2019 by Amirul Azreen
Tak cukup dengan mendedahkan RS660 di EICMA 2019, Aprilia turut bertindak menayangkan buat julung kalinya jentera konsep Tuono 660!
Mengguna pakai enjin sama yang terdapat pada RS660, Tuono 660 menghasilkan 95hp – kurang 5hp daripada RS660.
Bukan itu sahaja, Aprilia turut mendedahkan versi 46hp turut bakal diperkenalkan tahun depan!
Tuono 660 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri elektronik terkini seperti yang didapati pada RS660 antaranya:
Traction control
Cornering ABS
Engine braking control
Kaliper brek Brembo
Lampu depan LED
Dijangkakan Aprilia Tuono 660 akan diperkenalkan ke pasaran dunia pada 2021.
Advertisements |
petronas-bersama-lewis-hamilton-lancar-petronas-syntium-with-cooltech | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Petronas Bersama Lewis Hamilton Lancar Petronas Syntium With Cooltech
Posted on September 24, 2019October 10, 2019 by Amirul Azreen
Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan barisan minyak Petronas Syntium dengan Cooltech serba baharu yang berupaya menangani kepanasan enjin yang melampau sekaligus memastikan prestasi yang optimum.
Pengalaman lebih 20 tahun dalam arena Formula 1 serta 5 kejuaraan dunia menjadikan Petronas antara peneraju dalam menghasilkan minyak enjin terbaik untuk jentera empat roda.
Barisan minyak enjin Petronas Syntium dengan Cooltech merangkumi Petronas Syntium 7000 Ultimate Series yang turut menampilkan minyak enjin khas untuk kenderaan hibrid – Petronas Syntium 7000 Hibrid dengan Cooltech.
Antara kelebihan Petronas Syntium dengan Cooltech:
Lebih stabil
Penggunaan minyak lebih efisien
Prestasi enjin kekal optimum
Elak daripada kegagalan enjin
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Timbalan Presiden Pemasaran Petronas, Dato Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Mokhtar menyifatkan minyak baharu ini memfokuskan terhadap mengoptimumkan prestasi enjin.
“Menerusi pengalaman kami dalam Formula 1 kami menghasilkan minyak yang terbaik untuk enjin petrol dan hibrid,” jelasnya.
Sementara itu, kejayaan Petronas dalam menghasilkan minyak berkualiti turut mendapat pujian daripada lima kali juara dunia Formula 1, Lewis Hamilotn.
“Petronas Syntium memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan enjin kekal dalam suhu terbaik sekaligus membantu kami merekodkan keputusan yang cemerlang.
“Kerjasama di antara pasukan teknikal selama ini cukup mengagumkan, saya rasa lega kerana mendapat satu pasukan yang terbaik dalam menyediakan minyak untuk enjin kami,” jelasnya.
Advertisements |
razlan-mahu-quartararo-dan-morbidelli-beraksi-di-sepang-8-hours | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Yamaha
Razlan Mahu Quartararo Dan Morbidelli Beraksi Di Sepang 8 Hours
Posted on July 26, 2019July 26, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: Fabio Quartararo @ Twitter
Pelumba MotoGP, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli dikhabarkan akan beraksi di Sepang 8 Hours hujung tahun ini.
Menurut laporan Crash.net, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato’ Razlan Razali mahu menyaksikan kedua pelumba pasukan Petronas Yamaha itu beraksi dalam pertandingan sulung yang akan berlangsung pada 14 Disember ini.
“Kami di SIC mahu menyaksikan pelumba MotoGP beraksi di Sepang 8 Hours. Ketika ini kami sedang berbincang dengan pengurus mereka.
“Kedua-dua pelumba (Quartararo dan Morbidelli) mempunyai kelapangan pada bulan Disember. Pada masa sama saya berasakan perlumbaan ini baik untuk mengekalkan kecergasan mereka ketika musim cuti MotoGP.
Sumber: Fabio Quartararo @ Twitter
“Saya juga telah memperjelaskan kepada mereka, ‘ini adalah acara Endurance World Championship (EWC) sulung kami jadi kami mahu kamu beraksi’. Ketika ini kami masih belum membuat keputusan tentang pelumba ketiga,”jelasnya.
Pada masa sama Razlan turut berpeluang menampilkan EWC sulung dengan barisan ‘all-star’ sekiranya setiap pelumba daripada pasukan Petronas Yamaha Sprinta dapat turun padang antaranya, Jonas Folger, Khairul Idham Pawi, Mattia Pasini dari Moto2 dan Ayumu Sasaki serta John McPhee dari Moto3.
Sementara itu, wakil tunggal negara dalam kelas premier MotoGP, Hafizh Syahrian turut mempunyai kelapangan pada bulan Disember apabila kontraknya bersama KTM tamat musim ini.
(SUMBER: Crash.net)
Advertisements |
gs-trophy-2020-trio-negara-tamatkan-saingan-di-tempat-ke-18 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
GS Trophy 2020: Trio Negara Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-18!
Posted on March 13, 2020March 13, 2020 by Amirul Azreen
Pasukan Malaysia menamatkan saingan BMW Motorrad International GS Trophy 2020 di kedudukan ke-18.
Trio negara, Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar Mohd Alghaus – yang merupakan juara kelayakan Asia Tenggara – antara 23 pasukan yang bertanding dalam pengembaraan lebih 3,000 kilometer.
GS Trophy edisi ketujuh ini yang berlangsung selama lapan hari menyaksikan pasukan negara mengembara di bahagian utara dan selatan New Zealand.
Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menyifatkan penyertaan pasukan Malaysia sebagai satu kebanggaan.
“Kami bangga dapat menyaksikan pasukan Malaysia beraksi di peringkat dunia kerana mereka bukan sahaja mewakili negara malah seluruh Asia Tenggara buat julung kalinya,” jelasnya.
Pada masa sama, selaku pelumba, Norizuan beranggapan beraksi di GS Trophy 2020 sebagai satu pencapaian tertinggi buat mereka bertiga.
“Mewakili Malaysia di International GS Trophy 2020 merupakan pencapaian terbesar kami. Meskipun bergelut di peringkat awal tetapi selepas bekerja keras kami muncul sebagai penunggang yang lebih baik.
“Saya percaya ini adalah objektif utama GS Trophy, menyatukan semua penunggang BMW. Bukan mudah untuk menamatkan kesemua peringkat sehingga ke garisan penamat,” jelasnya.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
motogp-aprilia-bingung-iannone-digantung-18-bulan | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
MotoGP: Aprilia Bingung Iannone Digantung 18 Bulan
Posted on April 2, 2020April 2, 2020 by Amirul Azreen
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Aprilia Racing, Massimo Rivola mengakui rasa terkilan dan bingung dengan penggantungan 18 bulan yang dikenakan terhadap Andrea Iannone.
FIM memutuskan untuk menggantung Iannone setelah dia gagal ujian doping – positif bahan terlarang jenis steroid – dalam ujian rawak yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia.
Menurut kenyataan FIM semalam, Iannone digantung bermula 17 Disember 2019 sehingga 16 Jun 2021 sekaligus menyaksikan dia akan terlepas musim 2020 dan beberapa aksi awal 2021.
Bagaimanapun, Rivola berpendapat pelumba itu sewajarnya dibebaskan daripada penggantungan tatkala hakim telah pun menerima bahawa pengambilan steroid itut tidak disengajakan menerusi makananan yang telah tercemar.
“Hakim telah pun menerima bahawa Iannone tidak sengaja jadi keputusan menggantung pelumba itu tidak masuk akal,” jelasnya.
Sementara itu, Rivola beri jaminan akan terus menyokong Iannone sehingga rayuan dibuat meskipun kontrak pelumba itu akan berakhir hujung tahun ini.
Iannone boleh membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
isu-brek-brembo-aprilia-rsv4-dan-tuono-di-as-turut-terkesan | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Isu Brek Brembo, Aprilia RSV4 Dan Tuono Di AS Turut Terkesan
Posted on May 8, 2020 by Amirul Azreen
Piaggio Group Amerika telah memanggil semula dua unit Aprilia, RSV4 dan Tuono susulan masalah pad brek Brembo.
National Highway Transportation Safety Administration (NHTSA) memanggil semula lebih 3,287 unit – melibatkan RSV4 dan Tuono – yang dijual di Amerika Syarikat.
Model yang terlibat adalah:
Aprilia Tuono 1100 RR dan RF (2017-2020)
Aprilia RSV4 1000 RF (2017-2020)
Aprilia RSV4 1000 RR (2017-2020)
Berdasarkan laporan sebelum ini, Brembo telah mengumumkan terdapat masalah membabitkan pad brek yang mudah terhakis sekaligus memberi kesan terhadap sistem membrek motosikal.
Antara yang terkesan adalah Ducati 1299 Superleggera dan beberapa model Triumph.
Dijangkakan beberapa model lain yang mengguna pakai Brembo turut akan dipanggil semula dalam tempoh terdekat.- NHTSA
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
sangka-catatan-masa-lebih-pantas-jangkaan-zarco-meleset | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
motogp
Sangka Catatan Masa Lebih Pantas, Jangkaan Zarco Meleset
Posted on February 8, 2020 by Amirul Azreen
Pelumba Avintia Ducati, Johann Zarco mengakui jangkaannya meleset apabila menyangka mampu merekodkan catatan masa lebih pantas ketika ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
SIC merupakan platform sulung Zarco dalam menguji jentera Avintia selepas tidak terlibat dalam aksi ujian di Valencia dan Jerez, November lalu.
Zarco mendakwa senario dilepaskan KTM lebih awal di samping masa pendek ketika bersama LCR Honda menjejaskan aksi sulungnya.
“Saya mengharapkan keputusan yang lebih baik, pada awalnya saya menyangka akan merekodkan masa yang lebih pantas.
“Tetapi banyak perkara yang saya pelajari selepas 54 lap. Saya perlu bertenang dan cuba memahami jentera Ducati dengan lebih baik,” jelasnya.
Zarco bergelut ketika bersama KTM sehingga bekas pasukannya itu menyifatkan moral pelumba itu memberi kesan negatif terhadap seluruh pasukan.
Bagaimanapun, dia kini menegaskan Ducati memberi sokongan penuh terhadap dirinya.
“Saya banyak mendapat sokongan dari Ducati, mereka benar-benar mengambil info penting dari saya. Pada masa sama, mereka juga memberitahu saya untuk mengambil masa dalam menyesuaikan diri,” tambahnya.
Hari kedua ujian pra-musim Winter Test bersambung hari ini.
(SUMBER: Motorsport)
Advertisements |
kawasaki-bakal-lancar-model-z-dengan-enjin-supercharge | BERITA ANTARABANGSA
Kawasaki
Moto Malaya
Kawasaki Bakal Lancar Model Z Dengan Enjin Supercharge
Posted on September 17, 2019 by Amirul Azreen
Kawasaki Eropah telah memuat naik sebuah video berdurasi 11 saat yang memaparkan seolah-olah bilah kipas berpusing sebelum berakhir dengan logo ‘Z’.
Meskipun video tersebut tidak menawarkan maklumat lain namun difahamkan, bilah kipas tersebut didakwa merujuk kepada enjin supercharge yang terdapat pada model H2, H2R dan H2SX.
Saksikan ‘teaser’ tersebut di bawah:
Bagaimanapun, logo ‘Z’ yang dipaparkan itu sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa varian super naked Kawasaki bakal mendapat suntikan enjin supercharge!
Namun, belum pasti sama ada Kawasaki bakal mengguna pakai enjin sama seperti H2 iaitu 998cc inline four.
Ketika ini, terdapat beberapa model membarisi keluarga ‘Z”antaranya Z1000, Z900, Z650, Z400 serta Z250.
Menurut laporan Motorcycle.com, Kawasaki bakal memperkenalkan beberapa model baharu di Tokyo Motor Show dan di EICMA tahun ini.
(SUMBER: Motorcycle.com)
Advertisements |
cagiva-akan-dilahirkan-semula-sebagai-pengeluar-motosikal-elektrik | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Cagiva Akan Dilahirkan Semula Sebagai Pengeluar Motosikal Elektrik
Posted on February 3, 2020 by Amirul Azreen
Cagiva
Jenama motosikal yang pernah terkenal pada suatu ketika, Cagiva, akan kembali semula dengan memperkenalkan beberapa jentera baharu.
Bagaimanapun, Cagiva akan dilahirkan semula sebagai syarikat motosikal elektrik seperti yang dilaporkan electrek.co.
Ditubuhkan pada 1978, Cagiva menempah nama selaku pengeluar motosikal Itali yang popular namun beberapa kali melalui penstrukturan semula sebelum menjadi anak syarikat milik MV Agusta.
Tahun 2012 merupakan tahun akhir Cagiva menghasilkan model baharu.
Sementara itu, MV Agusta sendiri turut bergelut dengan masalah kewangan namun kembali stabil dibawah pimpinan Presiden Timur Sardarov.
Tatkala masa depan MV Agusta tampak positif, mereka kini bercadang untuk melibatkan diri dalam penghasilan motosikal elektrik dan berniat menghidupakan jenama Cagiva sebagai pelopor utama syarikat dalam arena itu.
Difahamkan, Cagiva akan memperkenalkan jentera elektrik baharu dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Baru-baru ini, Sardarov mendedahkan pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat berpangkalan di China, Loncin, dalam menghasilkan jentera MV Agusta 350cc.
VOGE ER 10
Pada masa sama, Loncin turut memperkenalkan sebuah jentera elektrik, VOGE ER 10 yang diperkenalkan kepada umum di EICMA 2019.
Mungkin kerjasama ini sedikit sebanyak akan menyumbang kepada penghasilan jentera elektrik oleh Cagiva? Kongsikan pendapat anda.
(SUMBER: electrek.co)
Advertisements |
keluarga-m-bertambah-dengan-bmw-330i-m-sport-baharu | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Keluarga M Bertambah Dengan BMW 330i M Sport Baharu
Posted on September 18, 2019 by Amirul Azreen
“Kami telah memperkenalkan sedan sport premium generasi ketujuh yang terlaris di dunia pada awal tahun ini, lalu mengukir tanda aras yang baharu dalam segmen kenderaan berkenaan,” demikian kenyataan dibuat Pengarah Urusan, BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.
BMW 330i M Sport – yang dipasang di Kulim, Kedah – dijangka akan meningkatkan lagi permintaan model tersebut yang sebelum ini merekodkan penyerahan sebanyak 350 unit dalam masa enam bulan bagi varian import.
Meskipun lahir di Kulim, BMW 330i M Sport masih mengekalkan DNA sebuah jentera premium Jerman dengan teknologi tinggi seperti varian import.
Seperti model BMW lain, perbezaan ketara yang terdapat pada model ini adalah gril ‘kidney’yang lebih besar serta set lampu belakang ang dipasang dalam bentuk L.
BMW 330i M Sport didatangkan dengan enjin 2.0L petrol TwinPower Turbo yang menghasilkan 258 hp dan 400 Nm pada 1,550rpm serta mampu merekodkan 0-100 km/j di bawah 5.8 saat.
Segala kuasa ini disalurkan menerusi transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan yang dikemas kini.
Model ini turut tampil dengan ciri aerodinamik terbaik dalam kelasnya dengan ‘drag coefficient’ berjumlah 0.23.
Antara ciri menarik terdapat pada BMW 330i M Sport:
BMW Intelligent Personal Assistant
Kunci Digital
Park Assist dan Reverse Assist
BMW Live Cockpit Professional
Pelanggan yang berminat boleh memilih warna di antara:
Alpine White
Black Sapphire
Mineral Grey
Portimao Blue (Januari 2020)
Sunset Orange (Mac 2020)
Pada masa sama, BMW turut menawarkan pemilikan premium yang menyeluruh:
Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
Servis Dalam Talian BMW
Singgah ke pengedar rasmi BMW menyaksikan BMW 330i M Sport yang bernilai RM288,000 dengan lebih dekat.
Advertisements |
kapcai-custom-buka-langkah-sulung-dengan-ride-amal | Moto Malaya
Kapcai Custom Buka Langkah Sulung Dengan ‘Ride’ Amal
Posted on June 22, 2020June 22, 2020 by Amirul Azreen
Selaras dengan objektif merevolusikan arena kapcai di Malaysia, Kapcai Custom memulakan langkah sulung dengan menganjurkan ‘ride’amal ke PAYSUM (Lembaga Pengurusan dan Kebajikan Anak Yatim Miskin) di Melaka.
Seramai 20 ‘rider’ termasuk kenderaan sokongan memulakan perjalanan dari Solaris Dutamas sehingga ke R&R Seremban untuk bertemu dengan wakil PAYASUM sebelum kembali ke atas jalan untuk ke tempat terbabit.
Meskipun terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat, namun konvoi memastikan semuanya berjalan lancar.
Bahan keperluan lebih RM600 telah diserahkan kepada rumah anak yatim tersebut sebelum menikmati makan tengah hari di Pak Man Asam Pedas.
Ini merupakan ride amal pertama dianjurkan Kapcai Custom namun lebih banyak lagi acara seperti ini akan dilaksanakan dengan sokongan daripada komuniti kapcai.
Untuk maklumat terperinci layari www.kapcaicustom.com atau layari laman Facebook Kapcai Custom.
Jangan lupa untuk melanggan Kapcai Custom dan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR.
Advertisements |
mb-perak-beralih-ke-lexus-es-sebagai-kenderaan-rasmi | Moto Malaya
MB Perak Beralih Ke Lexus ES Sebagai Kenderaan Rasmi
Posted on June 24, 2020June 24, 2020 by Amirul Azreen
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menaik taraf kereta rasminya daripada Toyota Camry kepada Lexus ES.
Kereta baharu tersebut telah dilihat ketika kunjungan rasminya ke SMK Methodist (P) dan SMJK Sam Tet ketika pembukaan semula sekolah bagi tingkatan 5 dan 6 hari ini.
Dia yang ditemui oleh kumpulan wartawan dalam kunjungannya menjelaskan bahawa Camry tersebut telah diserahkan kepada salah seorang Exco kerajaan negeri.
Menurutnya, kerajaan negeri telah membeli beberapa unit Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi Exco termasuk tiga pegawai kanan namun salah satu daripadanya telah dijual kepada bekas Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Rohana Abdul Malek.
Sebanyak 16 unit Toyota Camry dibeli pada Jun tahun lalu bagi kegunaan Exco dan pegawai kerajaan menggantikan Proton Perdana yang dibeli pada 2014.
Pada masa sama, Ahmad Faizal turut mendedahkan pihaknya telah menerima diskaun di antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi pembelian Lexus ES model 2019 terbabit.
Difahamkan, kerajaan negeri kini dalam proses menjual beberapa unit kenderaan rasmi yang tidak digunakan antaranya sebuah Mercedes Benz S Class. – – Sinar Harian
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
netizen-sedih-tapak-go-kart-batu-3-diarah-tutup-serta-merta | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Netizen Sedih, Tapak Go-Kart Batu 3 Diarah Tutup Serta-Merta
Posted on February 27, 2020 by Amirul Azreen
Arena go-kart popular di Lembah Klang, Batu3Karting mengumumkan penutupan serta-merta setelah beroperasi lebih dua tahun.
Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Batu3Karting, namun apa yang memeranjatkan mereka telah diarahkan tutup di samping hanya diberikan notis pendek.
Menawarkan keterujaan perlumbaan go-kart dan MiniGP, pusat Batu3Karting sentiasa dipenuhi pengunjung tatkala terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menuju ke Subang Jaya.
Netizen yang juga pengunjung tetap tapak go-kart itu turut berkongsi Batu3Karting sebagai pusat go-kart yang menawarkan fasiliti dan kemudahan lengkap serta selamat kepada pengunjung.
Sementara itu, rata-rata netizen mengharapkan Batu3Karting akan kembali beroperasi.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
jds-suspension-lancar-penyerap-hentakan-j3-monoshock-edisi-terhad | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
JDS Suspension Lancar Penyerap Hentakan J3 Monoshock Edisi Terhad
Posted on August 1, 2019 by Amirul Azreen
Pengeluar penyerap hentakan dari Taiwan, JDS Suspension melancarkan produk edisi terhad,JDS J3 Monoshock yang lahir dengan kerjasama juara kategori Underbone 150cc Asia Road Racing (ARRC) 2018, Md Helmi Azman daripada SCK Racing Team.
Penyerap hentakan serba baharu ini dihasilkan bagi meningkatkan tahap keselamatan sekaligus memberi pengalaman tunggangan lebih selesa.
Monoshock merupakan komponen yang penting terutamanya dalam memastikan tunggangan yang selesa. Bagaimanapun, setiap penyerap hentakan yang terdapat dalam pasaran dihasilkan secara besar-besaran lantas menyukarkan penunggang motosikal untuk membuat tetapan sendiri.
Menggunakan kepakaran yang ada, JDS Suspension menghasilkan penyerap hentakan dan monoshock yang membenarkan penunggang membuat tetapan mengikut cita rasa sendiri.
Produk baharu ini boleh didapati dalam pasaran bermula hari ini dan boleh didapati bagi model Yamaha R25 dan Yamaha NVX.
Ketua Pegawai Operasi JDS Suspension, Kidd Lee Wei Yang meluahkan rasa teruja dengan produk baharu ini terutamanya kerjasama dengan Helmi.
“Kami gembira dapat menjalinkan kerjasama dengan Helmi dalam menghasilkan produk baharu ini kerana kami telah menawarkan produk kami kepadanya bagi pasukan SCK Racing Team,” katanya.
Sementara itu, Helmi mengakui JD Suspension telah banyak membantunya dalam perlumbaan ARRC.
“Saya menjadi pelumba yang lebih baik dan berkeyakinan di atas litar dengan produk mereka,” jelasnya.
Berikut ciri yang terdapat pada J3 Monoshock:
spring preload
rebound adjustable
compression adjustable
Ukuran panjang bagi penyerap hentakan: 245 – 345mm
JD Monoshock Edisi Terhad boleh didapati dengan harga RM,1480 (tanpa spring fork) dan RM1,580 (dengan spring fork).
Advertisements |
vespa-primavera-s-se-150-sprint-s-150-dilancarkan-dari-rm16900 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Vespa Primavera S SE 150, Sprint S 150 Dilancarkan – Dari RM16,900!
Posted on June 9, 2020 by Amirul Azreen
Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resourecs Sdn Bhd melancarkan Vespa Primavera S Special Edition 150 dan Sprint S 150 di Gasket Alley, hari ini.
Kedua-dua model Vespa tersebut merupakan barisan terbaru yang ditawarkan kepada pelanggan bagi tahun 2020.
Primavera S Special Edition kini tampil lebih sporty dan pengayaan yang berani menerusi pilihan warna dan rekaan yang lebih menonjol.
Model ini turut didatangkan dengan rim 12 inci yang diperbuat daripada aloi aluminium dengan rekaan lima jejari, lampu LED depan dan belakang termasuk DRL, sistem anti-pencuri (Immobilizer) dan ABS.
Bagi memudahkan penunggang, model ini turut dilengkapi dengan pengecas USB.
Vespa Primavera didatangkan dengan enjin iGet 150cc dengan penyejukkan udara dengan bahagian ekzos dan bekas transmisi direka khas agar menjaminkan tunggangan lancar dan senyap.
Sementara itu, Vespa Sprint S 150 kini ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu yang merangkumi Yellow Sole, Black Opaco dan White Innocenza di samping yang tersedia popular Grey Materia.
Model ini turut didatangkan dengan enjin iGet 150cc satu silinder empat lejang dengan sensor barometric bagi menjaminkan tunggangan selesa dan tahan lasak di kawasan bandar.
Kedua-dua model ini bleh didapati di semua pengedar rasmi Vespa seluruh negara dengan harga:
Vespa Primavera S Special Edition 150 – RM18,300
Vespa Sprint S 150 – RM16,900
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
kkm-terima-50-unit-proton-x70-bantu-tangani-wabak-covid-19 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
KKM Terima 50 Unit Proton X70, Bantu Tangani Wabak Covid-19
Posted on March 31, 2020 by Amirul Azreen
Selaras dengan langkah kerajaan membendung penularan Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (PROTON) menyumbang 50 unit X70 kepada Kementerian Kesihatan.
Penyerahan Proton X70 itu merupakan inisiatif PROTON dalam membantu barisan hadapan menangani wabak Covid-19.
Menurut PROTON, kenderaan terbabit akan digunakan sebagai pembawa pasukan perubatan ke tempat kerja dan kawasan ‘hot spots’ dalam negara yang memerlukan bantuan.
Dalam perkembangan lain, NAZA turut mengorak langkah sama menghulur bantuan kepada kerajaan dengan menyumbang RM1.25 juta ke tabung Covid-19.
Usaha itu merupakan inisiatif NAZA dalam membantu barisan hadapan Kementerian Kesihatan termasuk mereka yang terkesan dengan wabak ini.
Setakat ini, Malaysia telah merekodkan 2,626 kes dengan 37 kematian disahkan.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
bmw-r1250-gs-berat-250kg-tapi-seimbang-bagaikan-atlet-gimnastik | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
BMW R1250 GS: Berat 250KG Tapi Seimbang Bagaikan Atlet Gimnastik
Posted on August 8, 2019August 8, 2019 by Amirul Azreen
Teringat lagi saat BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW R1250 GS dan R1250 GS Adventure ketika BMW Night Fuel yang berlangsung di Bandar Malaysia, Julai lalu. Saat kemunculan kedua-dua model tersebut di atas pentas membuatkan bulu roma meremang tanpa kawalan.
Ketika itu, sesi monolog bermula,”Alangkah seronoknya kalau dapat menunggang dua kuda liar ini”. Lebih sebulan kemudian, dialog dalam hati itu seakan mendapat panggilan apabila BMW Group Malaysia menghubungi MotoMalaya – menerusi Wahid Ooi dari BikesRepublic – dan memaklumkan bahawa mereka ada dua jentera yang ingin kami uji.
Tidak lain dan tidak bukan, dua kuda liar yang asalnya sekadar angan-angan Mat Jenin kini menjadi realiti. Jentera ‘Adventure’ (ADV) ikonik BMW kini bakal menjadi ‘milik’ MotoMalaya untuk tempoh 168 jam.
Mata kedua-dua BMW R1250 GS dan R1250 GS Adventure yang disinari Daytime Running Light (DRL) menyapa penglihatan lalu menusuk ke jiwa. Sesi kedua monolog bermula,”Tak sabar aku nak jinakkan kuda liar ini di atas permukaan bertar dari Cyberjaya ke Kuala Lumpur. Tetapi mampukah aku?”
Hati mula gundah-gulana kerana ini adalah perjalanan sulung MotoMalaya dengan BMW R1250 GS atau GS secara amnya.
Demi memahami intipati dan jiwa jentera ikonik BMW ini, BMW R1250 GS jadi pasangan pertama dan ketepikan R1250 GS Adventure buat sementara waktu.
Perasaan pertama, kuda liar ini didatangkan dengan tangki 20 liter dan berat 250 kilogram dan angka itu mungkin mengejutkan tetapi bukan bagi mereka yang telah mentelaah salasilah GS sebelum ini.
Hakikatnya, GS dan muatan berat berpisah tiada tetapi berat itu menjadi ghaib saat nadi bersesaran 1,254 cc dihidupkan dan roda bersaiz 19 inci depan dan 17 inci belakang mula mengorak langkah.
Jentera bernilai RM116,500 – setanding dengan harga seekor kuda sebenar – bukan sahaja tampil lebih jinak malah mendatangkan aura seakan bersedia untuk beraksi dalam sukan ekuestrian.
Perkataan STABIL melompat keluar dari celah-celah membran otak lalu disampaikan ke lidah bagi mencetuskan sesi monolog ketiga,”Mana pergi berat tadi? Macam mana boleh jadi seimbang sangat?”
Sepanjang sesi tunggangan, BMW R1250 GS meperlihatkan keseimbangan yang mengagumkan umpama atlet gimnastik yang ‘menari’di atas apparatus batang titian.
Selain daripada peranan kedudukan enjin boxer, magis sebenar BMW R1250 GS berlaku dengan bantuan sistem baharu yang diberi nama teknologi ShiftCam.
Jika ahli silap mata lebih gemar berahsia daripada berkongsi magis mereka, BMW mengambil langkah lebih berani apabila meluahkan segala rahsia mengenai teknologi baharu ini.
Teknologi ShiftCam membuatkan peralihan daripada prestasi enjin yang rendah ke tinggi (partial load ke full load) tanpa sebarang perasaan tersengguk sekaligus mencernakan pergerakkan yang efisien dan lancar. Sifat yang jarang sekali ditonjolkan jentera ADV kini berada di dalam GS.
Entah bagaimana ahli sihir (jurutera) di kilang BMW melakukannya tetapi apa yang pasti teknologi ShiftCam memastikan piawaian Euro 5 berjaya dicapai tanpa perlu mengorbankan kuasa dan imej GS.
Saksikan video dibawah bagaimana magis ShiftCam berlaku:
Keterujaan itu kemudiannya disalurkan menerusi pulasan pendikit dan saat itu bukan satu, bukan dua tetapi 136 kuasa kuda dapat dirasai serta-merta yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.
Ketika ini, sesi meremang bulu roma buat kali kedua berlaku dan ketika sedang lemas dalam keterujaan, pandangan di hujung mata menangkap paparan TFT berukuran 6.6 inci yang dengan jelas menunjukkan kelajuan ketika itu telah mengjangkau angka haram di sisi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan polis.
Selain daripada memaparkan maklumat penting seperti speedometer, odometer dan gear indiciator, paparan TFT – yang didatangkan secara standard bagi GS dan GSA – turut bertindak sebagai pusat hiburan mini. Sesuatu yang tidak akan dijumpai pada seekor kuda liar sebenar.
Paparan baharu ini membenarkan sambungan kepada telefon pintar yang boleh digunakan bagi memilih muzik, mengawal navigasi dan membuat serta menjawab panggilan telefon.
Meskipun 136 ekor kuda yang disumbat dalam enjin boxer kali ini tidak lagi digandingkan dengan brek Brembo namun penggunaan brek Hayes empat pot di bahagian depan – dijenamakan semula sebagai BMW – memberikan jaminan yang sama.
Hanya persoalan mengenai pertukaran daripada Brembo ke Hayes kekal menjadi teka-teki yang tidak dapat kami rungkaikan.
Tidak cukup R1250 GS dijinakkan dengan teknologi ShiftCam, BMW turut menyuntik Dynamic Braking Control (DBC) bagi menjaminkan keselamatan yang lebih jitu.
“Percayalah..” kata Siti Nurhaliza, sistem DBC amat diperlukan bagi mengendalikan jentera berat. Ciri keselamatan ini memastikan pendikit dilepaskan secara automatik dalam keadaan ‘panic-stop’.
BMW dakwa komputer mampu mengesan jika penunggang memegang pendikit dengan erat ketika sedang membrek dengan kuat. Tetapi kami pula dakwa ada ‘jin’ yang melakukan tugas tersebut kerana bunyinya agak sofistikated dan terlalu canggih!
Sementara itu, keselesaan tunggangan turut dirungkai menerusi penggunaan Dyamic ESA yang turut terdapat pada model sebelumnya – R1200 GS dan GSA.
Jika pemandu kereta manual risau gelongsor ke belakang ketika di bukit, apatah lagi bagi sebuah bas mini beroda dua dari Jerman ini dan kerana itulah BMW R1250 GS dan GSA didatangkan dengan Hill Start Control yang boleh diaktifkan dengan menekan brek depan dua kali.
Kesemua faktor ini membuatkan BMW R1250 GS layak digunakan sebagai kuda harian apatah lagi penunggang boleh memilih di antara empat mod – Rain, Road, Dynamic dan Enduro – bagi menyesuaikan jentera dengan cara tunggangan masing-masing.
Secara peribadi, kami jatuh cinta dengan mod Dynamic kerana berbanding Rain dan Road, mod ini menyerlahkan lagi kuasa sebenar GS.
Jika ada yang memiliki sifat ingin tahu dan bertanyakan ‘Kenapa tidak menggunakan mod Enduro?’
Jawapan kami, tiada kelapangan untuk membawa kuda liar ini ke permukaan ‘off-road’ tetapi selepas menyaksikan sendiri keupayaan model sebelum ini R1200 GS di GIVI Rimba Raid beberapa minggu lalu kami berpuas hati untuk hanya menjalankan sesi ujian di atas permukaan bertar.
Tidak dapat dinafikan BMW GS merupakan jentera yang mampu merungkai makna motosikal ADV. Meskipun didatangkan dengan harga yang tinggi tetapi kami jangka senario itu langsung tidak akan memberi kesan terhadap pemilik lama dan baharu untuk memastikan model ikonik ini akan terus memalingkan kepala setiap pengguna jalan raya.
Advertisements |
penunggang-kawasaki-h2-temui-ajal-di-jalan-sungai-koyan | Moto Malaya
Penunggang Kawasaki H2 Temui Ajal Di Jalan Sungai Koyan
Posted on July 5, 2020July 5, 2020 by Amirul Azreen
Seorang penunggang motosikal maut di Jalan Sungai Koyan-Pos Betau, hari ini.
Mangsa, Mohd Fadzly Abdul Hamid mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Lipis, mangsa yang berasal dari Segamat, Johor menunggang motosikal jenis Kawasaki H2 bersama rakan konvoi lain menuju ke Cameron Highlands sewaktu kejadian.
Difahamkan, jentera mangsa hilang kawalan ketika sedang menyelusuri selekoh.
“Motosikal mangsa melanggar tembok longkang dan impak daripada kejadian tersebut menyebabkan mangsa tercampak lebih 5 meter,” jelasnya. – Sinar Harian
Advertisements |
sayur-di-tanah-besar-lebih-segar-antara-alasan-diterima-petugas-di-jambatan-pulau-pinang | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Sayur Di Tanah Besar Lebih Segar, Antara Alasan Diterima Petugas Di Jambatan Pulau Pinang
Posted on March 23, 2020 by Amirul Azreen
Anggota polis dan tentera menerima pelbagai alasan ketika menahan kereta yang cuba menyeberangi jambatan Pulau Pinang ke tanah besar.
Dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini.
Ketika dalam PKP, orang ramai tidak boleh keluar dari rumah melainkan mempunyai alasan kukuh namun terdapat segelintir yang masih gagal mengikut arahan tersebut.
Seorang pemandu memberitahu dia hendak ke Bukit Mertajam untuk membeli sayuran segar sebelum diarahkan untuk patah balik dan membeli sayur di pulau.
Kemudian, terdapat seorang lelaki lingkungan 50an memberi alasan hendak ke tanah besar untuk tujuan makan malam dan akan balik ke pulau selepas selesai.
Pihak berkuasa turut mengarahkannya untuk patah balik di samping berkata, “Kami akan tahan sekiranya masih berdegil.”
Terdapat juga yang cuba menyeberang ke tanah besar dalam usaha mendapatkan makanan pilihan.
Lebih 100 kenderaan ditahan dalam operasi sekatan jalan yang diadakan di LebuhrayaTun Dr Lim Chong Eu bagi menyekat kenderaan yang tidak mempunyai alasan kukuh daripada menyeberangi jambatan Pulau Pinang.
Setakat semalam, 90 peratus rakyat Malaysia telah pun mematuhi PKP berbanding 60 peratus pada hari pertama.
(SUMBER: The Star)
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
nikmati-ron95-euro4m-di-semua-stesen-minyak-bhpetrol-berdekatan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Nikmati RON95 Euro4M Di Semua Stesen Minyak BHPetrol Berdekatan!
Posted on January 11, 2020 by Amirul Azreen
Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah menaik taraf RON95 ke standard Euro4M sekaligus selaras dengan arahan kerajaan yang mahu semua syarikat petrolium untuk menjual RON95 mengikut piawaian Euro4M bermula 1 Januari, 2020.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Azizul Azily Ahmad menjelaskan semua stesen minyak telah pun mendapat stok minyak terbabit.
“Lori tangki kami telah pun menghantar minyak RON95 Euro4M ini disetiap stesen minyak seluruh negara pada minggu akhir 2019.
“Kami berbangga kerana dapat menawarkan minyak baharu ini kepada semua rakyat Malaysia,” jelasnya.
Bagi mengikuti piawaian Euro4M, kandungan sulfur di dalam minyak terbabit telah dikurangkan kepada 50ppm berbanding 500ppm yang dibenarkan bagi Euro2M.
Kandungan sulfur yang rendah akan menghasilkan emisi ekzos yang lebih bersih sekaligus menjaga alam sekitar.
“Minyak BHPetrol Inifiniti kini lebih bersih dan memiliki gred lebih tinggi Kami telah mensertakan sekali pakej bahan tambahan eksklusif tanpa sebarang caj dikenakan kepada pelanggan agar mereka dapat menikmati prestasi lebih optimum,” tambah Azizul.
Orang ramai boleh menikmati minyak baharu ini disemua 400 stesen minyak BHPetrol seluruh dunia.
Advertisements |
wtcr-2019-guerrieri-gigit-jari-kejuaraan-musim-2019-jadi-milik-michelisz | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
WTCR 2019: Guerrieri Gigit Jari, Kejuaraan Musim 2019 Jadi Milik Michelisz
Posted on December 15, 2019December 15, 2019 by Amirul Azreen
SUMBER: FIAWTCR
Johan Kristoffersson mempamerkan pemanduan cemerlang untuk memenangi Perlumbaan 3, World Touring Car Cup (WTCR) 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Kristoffersson muncul pemenang meskipun memulakan perlumbaan di kedudukan ke-22!
Menariknya, perebutan kejuaraan di antara Norbert Michelisz dan Esteban Guerrieri akhirnya menemui penamat dengan Michelisz muncul selaku juara WTCR 2019.
SUMBER: FIAWTCR
Meskipun Esteban Guerrieri kembali menghidupkan peluang selepas menjuarai Perlumbaan 2 namun kegagalan menamatkan aksi di Perlumbaan 3 menyaksikan kejuaraan jadi milik Michelisz.
Pelumba INKL.COM Münnich Motorsport Honda itu bersaing sengit dengan Michelisz sebaik perlumbaan dengan kedua-duanya mengekori rapat di peringkat awal perlumbaa.
Bagaimanapun, harapan untuk merampas kejuaraan dari Michelisz tidak kesampaian apabila terpaksa bersara awal dari perlumbaan selepas terlibat dalam pelanggaran dengan Kristoffersson.
Selesa dengan ketiadaan Guerrieri di litar, Michelisz menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.
Sementara itu, tempat kedua jadi milik Mikel Azcona daripada PWR Racing dan Kevin Ceccon daripada pasukan Alfa Romeo Giulietta Veloce TCR, ketiga.
Advertisements |
trade-in-helmet-lama-dan-nikmati-diskaun-rm400-bagi-hjc-is-17 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
‘Trade-In’ Helmet Lama Dan Nikmati Diskaun RM400 Bagi HJC IS-17!
Posted on May 15, 2020 by Amirul Azreen
HJC Helmet Malaysia memperkenalkan Program Trade-In untuk rakyat Malaysia.
Menerusi program ini, orang ramai yang memiliki helmet lama – tak kira jenama – boleh ‘trade-in’ helmet tersebut dan nikmati diskaun RM400 bagi HJC IS-17 bernilai RM1,0009!
Program ini berjalan di semua pengedar rasmi helmet HJC seluruh negara selagi stok masih ada.
Berikut ciri yang terdapat pada HJC IS-17:
Advanced Polycarbonate Compact Shell
One-Touch Integrated Smoke-Tinted Sunshield
Optically-superior Anti-scratch Pinlock face shield
Rapid-fire Shield Replacement System
CS Advanced Channeling Ventilation System
Sementara itu, program ini turut boleh dinikmati di Modenas Power Store Kota Damansara.
Sementara itu, HJC Helmet Malaysia turut menawarkan diskaun sehingga 30 peratus sempena promosi Aidilfitri.
KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
rebat-rm7000-menanti-pemilik-ford-ranger-wildtrak-baharu | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Rebat RM7,000 Menanti Pemilik Ford Ranger WildTrak Baharu!
Posted on April 15, 2020 by Amirul Azreen
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengendar tunggal Ford di Malaysia menawarkan rebat tunai RM7,000 bagi setiap pembelian Ford Ranger WildTrak, bermula hari ini.
Menyedari Ford Ranger WildTrak dengan enjin 2.0L Bi-Turbo sebagai trak pikap kegemaran rakyat Malaysia, rebat tunai ini merupakan inisiatif SDAC dalam meringankan beban kewangan bagi orang ramai yang berminat untuk memiliki jentera idaman mereka.
“Kami tahu bahawa Ford Ranger WildTrak memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Oleh itu, kami menawarkan rebat tunai sebanyak RM7,000 bermula hari ini, dan kami berharap ini dapat mengurangkan beban kewangan kepada pelanggan kami yang berhasrat untuk menjadi pemilik Ford Ranger WildTrak kebanggaan mereka,” jelas Pengarah Urusan, SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.
Sementara itu, pelanggan juga berpeluang merebut Promosi Rangkaian Ford Ranger XLT yang sedang berlangsung sehingga 31 Mei ini.
Menerusi promosi ini, pelanggan turut berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM9,000 bagi Ranger XLT 2.2L, RM8,000 bagi Ranger XLT Special Edition dan RM7,188 bagi XLT Plus.
Bagi pelanggan yang berminat, anda boleh menghubungi SDAC-Ford menerusi Jurujual Digital – WhatsApp +60192041200 – di antara jam 9 pagi hingga 4 petang.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
myperodua-nation-kembali-20-september-ini-di-setia-alam | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
MyPerodua Nation Kembali 20 September Ini Di Setia Alam!
Posted on September 11, 2019 by Amirul Azreen
Karnival Perodua, MYPerodua Nation 2019 bakal berlangsung di Setia City Oval Lawn, Setia Alam pada 20 hingga 22 September ini.
Karnival tersebut yang diadakan setiap tahun sejak 2017, dijangka bakal menarik lebih 25,000 pengunjung.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menjanjikan minggu lebih menarik kali ini.
“Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Setelah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjikan hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronokkan buat semua.
“Dengan tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk e-hailing, pelajar dan graduan, serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua.” jelasnya.
Segala rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua antaranya:
Perodua Total Protect Plus
Kenderaan Pra-Milik Perodua
Aksesori GearUp
Minyak Tulen Perodua
UFirst
Sementara itu, kanak-kanak turut akan disajikan pelbagai aktiviti menarik.
“MYPerodua Nation memberi kami peluang untuk mendekati para pelanggan yang dihargai supaya kami boleh memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan lebih mendalam. Kami amat berbesar hati untuk bertemu para pengunjung sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung,” tambah Dato Zainal.
Advertisements |
eicma-2019-husqvarna-kembali-sertai-moto3-bersama-max-racing | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
EICMA 2019: Husqvarna Kembali Sertai Moto3 Bersama Max Racing
Posted on November 8, 2019 by Amirul Azreen
Ketika pengeluar lain menjadikan EICMA 2019 sebagai medan memperkenalkan model baharu bagi 2020, Husqvarna mempunyai perancangan tersendiri apabila mengumumkan keputusan untuk kembali ke Moto3 musim depan.
Pasukan Max Racing, milik empat kali juara dunia 250cc, Max Biaggi, akan mengguna pakai Husqvarna FR 250 GP bagi saingan Moto3 2020 termasuk dengan sokongan penuh daripada pasukan Husqvarna Factory.
Sementara itu, Max Racing akan mempertaruhkan Romano Fenati dan Alonso Lopez bersama jentera baharu tersebut.
Pernah dengar nama Fenati? Dia merupakan pelumba yang digantung daripada menyertai sebarang perlumbaan apabila bertindak menekan brek tangan Stefano Manzi dalam saingan Moto2 di Misano musim lalu.
FIM turut bertindak menggantung lesen perlumbaannya sehingga hujung musim 2018 malah disingkirkan daripada pasukannya, Marinelli Snipers.
Bagaimanapun, Marinelli membuat kejutan apabila kembali menandatangani Fenati bagi musim 2019.
Kini, pasukan Max Racing bakal mempertaruhakn jentera baharu dengan Fenati sebagai pelumba tonggak.
Advertisements |
g-310-rr-antara-empat-model-bakal-dilancarkan-bmw-di-eicma | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
G 310 RR Antara Empat Model Bakal Dilancarkan BMW Di EICMA?
Posted on October 12, 2019 by Amirul Azreen
BMW Motorrad bakal menghangatkan lagi EICMA 2019 apabila bakal memperkenalkan empat model baharu.
Ketika ini masih tiada kepastian model apa yang akan diperkenalkan namun terdapat dakwaan salah satunya mungkin melibatkan BMW R18 yang kini sudah pun dalam proses penghasilan secara besar-besaran.
Menurut Ride Apart, satu lagi model yang ‘mungkin’ ditayangkan adalah BMW F 850 GS atau F 850 RS/XR.
Difahamkan, BMW S 1000XR yang telah dikemas kini dengan teknologi ShiftCam juga mungkin diperkenalkan kepada orang ramai pada 5 November ini.
XR telah pun berada dalam pasaran dari tahun 2015 dan sehingga kini masih tiada model kemas kini dilancarkan.
Sumber: Autocar India
Sebelum ini, BMW Motorrad pernah menayangkan BMW G 310 RR Concept di Jepun dan kemungkinan model itu antara empat jentera yang akan ditayangkan di Milan, bulan depan.
(SUMBER: Ride Apart)
Advertisements |
shell-malaysia-perkenalkan-shell-helix-hx8-0w-20-khas-untuk-kereta-moden | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Shell Malaysia Perkenalkan Shell Helix HX8 0W 20, Khas Untuk Kereta Moden!
Posted on November 5, 2019 by Amirul Azreen
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan Shell Helix HX8 0W 20 yang menawarkan minyak sintetik penuh dengan kelikatan rendah bagi memenuhi keperluan enjin kereta moden.
Shell Helix HX8 0W 20 merupakan pilihan tepat bagi pemandu yang mahu menikmati perbatuan lebih.
Produk baharu ini menjaminkan prestasi enjin kekal optimum namun masih menjimatkan penggunaan bahan api dan mampu melindungi enjin meskipin ketika dihidupkan dalam keadaan sejuk.
Teknologi Flexi Molecule membantu melindungi enjin berdasarkan cara pemanduan sekaligus pemandu dapat menikmati hayat enjin yang lebih panjang dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.
Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, menyifatkan Shell Helix HX8 0W 20 sebagai bukti Shell dalam menghasilkan produk inovatif bagi memenuhi kehendak pelanggan.
“Kini minyak pelincir dengan kelikatan rendah semakin menjadi pilihan di seluruh dunia di mana banyak syarikat pengeluar kereta telah bertukar kepada
produk-produk gred kelikatan rendah bagi penggunaan pertama kereta.
“Shell Helix HX8 baharu menawarkan prestasi premium minyak enjin sintetik sepenuhnya pada harga yang berpatutan supaya pemilik kereta dapat memberikan yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” jelasnya.
Bagi yang berminat, orang ramai boleh singgah ke stesen minyak Shell berdekatan untuk mendapatkan Shell Helix HX8 02 20 dengan harga RM199 bagi pek 4 liter dan RM53.90 bagi pek satu liter.
Pada masa sama, Shell Malaysia sedang menawarkan potongan RM25 bagi setiap varian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards (SHARE).
Advertisements |
larangan-keluar-antara-negeri-berkuatkuasa-12-malam-ini-ketua-polis-negara | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Larangan Keluar Antara Negeri Berkuatkuasa 12 Malam Ini – Ketua Polis Negara
Posted on March 17, 2020 by Amirul Azreen
Orang ramai dilarang untuk membuat perjalanan ke luar negeri bermula 12 malam ini menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Larangan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin dalam satu ucapan khas malam tadi.
Menurut Tan Sri Abdul Hamid Bador, orang ramai yang mahu membuat perjalan dari satu negeri ke negeri yang lain perlu mendapatkan surat pelepasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Larangan tersebut selaras dengan usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19 yang setakat ini telah meragut dua nyawa dengan 673 lagi disahkan menghidap wabak terbabit.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
cfmoto-perkenalkan-300sr-pesaing-baharu-segmen-250-300cc | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
CFMoto Perkenalkan 300SR, Pesaing Baharu Segmen 250-300cc
Posted on March 9, 2020 by Amirul Azreen
Pengeluar motosikal China, CFMoto mengorak langkah baharu bagi tahun 2020 dengan memperkenalkan 300SR, jentera segmen sportbike.
Datang dalam dua versi, 250 dan 300cc, 300SR dijangka bakal memberi saingan sengit terhadap Yamaha R25, Ninja 250, dan KTM RC 390.
Menggunakan enjin sama yang terdapat pada versi naked – 300NK – namun keseluruhan rupa 300SR tampak jauh berbeza dengan kehadiran fairing dan rekaan lampu depan yang menonjol.
Enjin 300cc satu silinder terbabit mampu menghasilkan 29hp pada 8,750rpm – Yamaha R25 menjana 35.5hp – dan 23.5Nm pada 7,250rpm.
Bagaimanapun, ketika ini tiada maklumat rasmi sama ada 300SR akan didatangkan dengan sistem penyerap hentakan KYB yang diguna pakai pada NK400 dan NK650.
(SUMBER: Visordown)
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
dari-angkasawan-ke-penghantar-makanan-dr-sheikh-muszaphar | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Dari Angkasawan Ke Penghantar Makanan – Dr Sheikh Muszaphar
Posted on April 23, 2020 by Amirul Azreen
Dr Sheikh Muszaphar Shukor melakar nama selaku angkasawan pertama negara pada 2007 bagaimanapun ramai yang tidak mengetahui dia turut menjadi pemilik Restoran Rebung bersama Datuk Ismail Ahmad (Chef Ismail).
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa bermula 18 Mac lalu, Restoran Rebung tutup sebelum kembali beroperasi minggu lepas dengan menawarkan servis penghantaran makanan.
Menggunakan motosikal jenis Honda EX-5, Dr Sheikh Muszaphar membuat keputusan untuk menghantar makanan dengan sendiri kepada para pelanggan.
Dia turut memuat naik gambarnya berbaju Melayu sambil mengenakan bag penghantar makanan.
View this post on Instagram
Pic – Being a delivery Boy Not many knew that I co-own Rebung Restaurant with Chef Ismail way back since 2003 and it has bloomed ever since . I remembered going to Pasar Borong Selayang at 0400 am during those days buying fresh seafood everyday for the past 6 months during our start up . I remembered sending Lemang & Rendang & Dodol in the wee hours of morning Raya for the past 2 years . Those were the days. And Alhamdulillah – after 17 years Rebung still standing strong with 80 staffs achieving many Awards – Best Malay Food for 5 consecutive years . We even shifted from Bangsar Park to Botanical Park in 2018 for a more spacious 5 storey parking space and could accommodate upto 500 pax . – Syukur Alhamdulillah … I’m a man who is passionate on food . And Rebung is focused on Authentic Malay Food especially Negeri Sembilan . There’s no doubt the food is mouth watering – Haha puji Restaurant sendiri . We started opening again last week during this MCO and I personally put my feet on the ground to deliver food . Memang Best . Just sharing . Salam Everyone … Love As Always … @rebung_taman_botani For order kindly WhatsApp 011 2790 6993 PS – Anyone been to Rebung ? Do share – TQ
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on Apr 22, 2020 at 12:42am PDT
“Restoran Rebung telah kembali beroperasi minggu lalu dan saya membuat keputusan untuk menghantar makanan sendiri,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.
Restoran Rebung terkenal dengan makanan tradisional Melayu dan sempena bulan puasa, restoran tersebut menawrakan pakej Ramadan yang akan dihantar terus kepada pelanggan.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
bosan-dengan-warna-merah-ducati-perkenalkan-panigale-v2-white-rosso | Moto Malaya
Bosan Dengan Warna Merah, Ducati Perkenalkan Panigale V2 White Rosso
Posted on July 2, 2020July 2, 2020 by Amirul Azreen
Ducati memperkenalkan Panigale V2 dengan pilihan warna putih ‘White Rosso’.
Panigale V2 merupakan varian lebih ‘mampu milik’ berbanding model V4 dan merupakan motosikal segmen sportsbike pertengahan menggantikan model sebelumnya Panigale 959.
Kini Ducati menawarkan pilihan warna baharu bagi Panigale V2 dalam bentuk ‘White Rosso’ yang menggabungkan elemen warna White Silk dengan Ducati Red.
Meskipun warna putih terserlah namun elemen Ducati Red masih jelas terpampang di bahagian fairing, lampu depan dan rim.
Panigale V2 masih mengekalkan ciri ‘single-sided swingar’ ikonik seperti yang ditawarkan varian V4 termasuk enjin 955cc Superquadro dengan silinder berkembar yang menjana sekitar 155hp pada 10,10750rpm dan 104Nm.
Menariknya, sistem elektronik yang terdapat pada V4 turut ditawarkan pada varian V2 antaranya:
ABS Bosch Cornering EVODucati Traction Control EVO 2Ducati Wheelie Control EVOEngine Brake Control EVOSelectable Riding Modes (Street, Sport, Race)Ducati Data Analyser + GPS (DDA+ GPS)Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2Ducati Lap Timer GPS (DLT GPS)Ducati Multimedia System (DMS)
Panigale V2 ini telah pun diperkenalkan tahun lalu ketika kami menghadiri Ducati World Premier 2020 di Rimini, Itali dan hanya menanti masa untuk dilancarkan di pasaran Malaysia.
Advertisements |
honda-vietnam-perkenalkan-winner-x-sport-abs-2020 | BERITA ANTARABANGSA
Honda
Moto Malaya
Honda Vietnam Perkenalkan Winner X Sport ABS 2020
Posted on April 27, 2020April 27, 2020 by Amirul Azreen
Pasaran super moped Vietnam menerima ahli keluarga baharu apabila Honda Vietnam (HVN) memperkenalkan Winner X Sport ABS bagi tahun 2020.
Antara ciri yang dikemaskini adalah pilihan rekaan grafik dan warna baharu dengan bahagian fairing jelas memaparkan tulisan Sport.
Pada Julai tahun lalu, pelancaran Honda Winner X bingkas mendapat tempat dikalangan peminat motosikal Vietnam dengan lebih 114,000 unit berjaya dijual.
Sementara itu,perlu diingatkan varian Winner X sedia ada telah pun didatangkan dengan sistem Anti-lock Brake System (ABS) sementra varian Winner X Sport ABS ini hanya menawarkan rekaan grafik dan warna baharu.
Bahagian nadi masih lagi sama dengan enjin 150cc satu silinder PGM-FI DOHC yang menawarkan sekitar 15.4hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm pada 6,500rpm.
Menariknya, HVN menawarkan Winner X Sport ABS dari VND 48,990,000 (RM9,124).
Sementara itu, Boon Siew Honda mendakwa rata-rata peminat moped di Malaysia memilih untuk Honda RS150R V2 mengikut rekaan Honda Supra GTR 150 di Indonesia berbanding Winner X Vietnam lantas menjelaskan mengapa versi Vietnam ini tidak dibawa masuk.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
kanak-kanak-5-tahun-ditahan-memandu-dalam-perjalanan-nak-beli-lamborghini | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Kanak-Kanak 5 Tahun Ditahan Memandu, Dalam Perjalanan Nak Beli Lamborghini
Posted on May 7, 2020 by Amirul Azreen
Pegawai polis Utah Higway Patrol mendakwa telah menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang sedang memandu kereta.
Menurut info yang dikongsikan di Twitter Utah Highway Patrol, kanak-kanak tersebut meninggalkan rumah selepas bertekak dengan emaknya.
One of our Troopers in Weber Co. initiated a traffic stop on what he thought was an impaired driver. Turns out it was this young man, age 5, somehow made his way up onto the freeway in his parents’ car. Made it from 17th and Lincoln in Ogden down to the 25th St off-ramp SB I-15. pic.twitter.com/3aF1g22jRB
— Utah Highway Patrol (@UTHighwayPatrol) May 4, 2020
Perselisihan itu berlaku ekoran kanak-kanak tersebut kecewa si emak enggan melunaskan permintaannya untuk membeli sebuah Lamborghini.
Dia kemudiannya bertindak memandu kereta milik ibunya untuk ke California dengan tujuan untuk membeli kereta jenama Itali itu.
Bagaimanapun, pihak polis mendapati kanak-kanak itu hanya memiliki USD3 (RM12.97) di dalam koceknya.(bagi seorang kanak-kanak berusia 5 tahun, USD3 sudah dianggap sebagai satu jumlah yang besar)
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
motogp-apa-nasib-protege-valentino-rossi-bagi-musim-2020 | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Yamaha
MotoGP: Apa Nasib ‘Protege’ Valentino Rossi Bagi Musim 2020?
Posted on February 3, 2020 by Amirul Azreen
Franco Morbidelli
Ketika Dato’ Razlan Razali merekrut Franco Morbidelli bagi pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), dia dilihat sebagai masa depan baharu MotoGP dan Yamaha.
Bagaimanapun, ketika tahun 2019 sepatutnya menjadi milik Morbidelli, sebaliknya yang berlaku apabila pelumba berusia 25 tahun itu tenggelam di sebalik bayang-bayang rakan sepasukan, Fabio Quartararo, yang lima tahun lebih muda.
Fabio Quartararo
Meskipun mendapat jentera YZR-M1 dengan spesifikasi kelas A berbanding kelas B yang diguna pakai Quartararo, Morbidelli gagal memberi saingan malah dibezakan 77 mata dengan rakan sepasukannya di akhir musim 2019.
Quartararo merekodkan tujuh podium dan enam petak pertama di samping menamatkan musim lalu dikedudukan kelima keseluruhan.
Pernah diangkat sebagai ‘pengganti’ Valentino Rossi, lagenda MotoGP itu turut melabelkan Morbidelli sebagai protege yang mampu menggugat kedudukannya musim lalu.
Valentino Rossi
“Dia menunjukkan aksi yang mantap ketika penampilan pertama bersama jentera Yamaha. Saya yakin tahun depan dia mampu memberi saingan.
“Dia cukup gemar dengan Yamaha, kerana jentera ini mesra penunggang,” katanya dalam satu temubual bersama Autosport pada 2018.
Memasuki tahun 2020, tugas berat menanti Morbidelli apatah lagi Quartararo disahkan akan ke pasukan factory Yamaha bergandingan dengan Maverick Vinales pada 2021.
Persoalannya, apakah nasib Morbidelli?
Jika Rossi membuat keputusan untuk bersara hujung musim 2020 bersama Yamaha, kedudukan Morbidelli di Petronas SRT mungkin terselamat namun jika Rossi memutuskan untuk kekal semusim lagi di MotoGP, Petronas Yamaha SRT menjadi destinasi paling relevan.
Luca Marini
Tambahan pula, terdapat desas-desus Luca Marini daripada SKY Racing Team VR46 Moto2 mungkin akan ke Petronas Yamaha bagi musim 2021.
Tidak hairan jika bagi 2021, Petronas Yamaha mempertaruhkan Rossi-Marini.
Melainkan, Morbidelli membuka diari 2020 dengan prestasi meyakinkan sepertimana dilakukan Quartararo musim lalu.
Peluang pertama Morbidelli akan hadir ketika ujian pra-musim rasmi MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang pada 7 hingga 9 Februari ini.
Advertisements |
honda-rebel-1100-dalam-pembikinan | BERITA ANTARABANGSA
Honda
Moto Malaya
Honda Rebel 1100 Dalam Pembikinan?
Posted on March 11, 2020 by Amirul Azreen
Sumber: YoungMachine
Ketika Honda Rebel 500 dilancarkan di Malaysia tiga tahun lalu, jentera itu mencuri perhatian tatkala menawarkan motosikal segmen pertengahan berkonsepkan bobber.
Meskipun tidak sepopular jentera 500cc lain terutamanya CB500X namun menariknya, Rebel 500 masih menawarkan ciri praktikal.
Selepas tiga tahun, tiada model dikemaskini yang ditawarkan Honda bagi Rebel 500 kecuali memperkenalkan warna baharu pada hujung 2018.
Sehingga kini Rebel 500 hanya melakar nama selaku jentera segmen pertengahan namun segalanya mungkin berubah.
Menurut laporan YoungMachine, Honda bakal melancarkan sebuah motosikal cruiser berasaskan enjin 1100cc Africa Twin.
Jika YoungMachine mendedahkan Honda menghasilkan Africa Twin CRF1100L enam bulan sebelum pelancaran ini bermakna info yang disampaikan kali ini boleh dianggap sahih.
Malah, paten jentera terbabit turut dikongsikan dan jelas kelihatan enjin parallel-twin sepertimana yang terdapat pada Africa Twin.
Sudah pasti, perbezaan paling ketara adalah rangka jentera yang dipaparkan, meskipun tidaklah menyerupai Rebel 500 namun hampir pasti terarah kepada sebuah model cruiser.
(SUMBER: YoungMachine)
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
hyundai-sime-darby-motors-umum-harga-baharu | Moto Malaya
Hyundai Sime Darby Motors Umum Harga Baharu
Posted on June 19, 2020June 19, 2020 by Amirul Azreen
Selaras dengan langkah kerajaan mengumumkan pengecualian cukai jualan bagi setiap kenderaan baharu, Hyundai Sime Darby Motors mendedahkan harga baharu bagi semua model.
Harga baharu ini – yang melibatkan semua model tahun 2020 sahaja – adalah seperti berikut:
Harga baharu ini berkuatkuasa sehingga hujung tahun ini.
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
al-kisah-zizan-razak-berguru-dengan-pengejar-impian-cub-prix | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Al-Kisah Zizan Razak Berguru Dengan Pengejar Impian Cub Prix
Posted on June 9, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Zizan Razak nak timba ilmu ‘riding’ berharga,
Siapa lagi paling layak nak mengajar dia,
Melainkan rider Cub Prix kita.
Begitulah permulaan kisah pelawak terkenal Malaysia, Zizan Razak, yang tekad untuk meningkatkan ilmu tunggangan.
Bagi seorang ‘rider’ YSuku, menghafal keadaan jalan sepanjang 45 kilometer Lebuhraya Persekutuan mungkin mudah tapi kalau jadi ‘rider’ sejati, kena kenal luar dalam semua jenis litar termasuk ‘off-road‘.
Selepas letih berjalan mendaki,
Zizan tiba di Most Fun Gym sendiri,
Tak sabar nak kotorkan diri,
Sesi berguru dengan rider Cub Prix.
Belum sempat Zizan ambil nafas, tiga pelumba Cub Prix dah tercegat nak turunkan ilmu tapi apa yang Zizan tak tahu, Ahmad Afif Amran, Muhammad Haziq Muhammad Fairues dan Muhammad Akid Aziz ada TIGA aturan wajib ikut.
Kalau korang juga nak belajar cara-cara untuk meningkatkan kemahiran menunggang motosikal, kenalah ikuti tips-tips dalam video ini. Percaya atau tidak, belajar menunggang ‘off-road’ sangat membantu dalam memperbaiki tunggangan sebab itu pelumba MotoGP selalu layan ‘off-road‘.
1. Teknik Membrek
Aturan wajib di litar lumpur,
Akid guru pertama nak kongsi kisah,
Teknik membrek paling termasyhur.
Boleh buat lawan menangis darah.
Tak cukup dengan tiga aturan, Zizan perlu patuh dengan tiga syarat utama membrek. Kemahiran membrek ini adalah antara perkara paling penting yang korang akan belajar apabila mulai belajar menunggang motosikal.
Pertama, kedudukan badan perlu berada dalam keadaan menegak bagi memastikan pusat graviti ketika membrek berada dalam keadaan stabil. Korang wajarlah elak sengetkan badan semasa menunggang.
Kedua, jangan brek sehingga tayar depan terkunci lalu menyebabkan kemalangan seperti ‘lowside’. Kita kena tahulah cara membrek menggunakan brek depan dan belakang dengan betul. Ia dapat membantu mengawal kestabilan motosikal. Kalau korang kerap berhadapan masalah ini, boleh cuba berlatih membrek tayar depan dan belakang.
Ketiga, elak daripada membrek terlalu kuat sehingga tayar belakang terangkat supaya tidak mencetuskan kemalangan. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan motor sebab tekanan tayar depån lebih besar berbanding tayar belakang.
2. Kawal Pecutan
Selepas mahir syarat pertama,
Zizan beralih ke guru kedua,
Haziq turun dengan ilmu di dada,
Kawal pecutan kemahiran dia.
Dalam perlumbaan setiap saat adalah getir, terutamanya ketika hendak memulakan perlumbaan.
Insiden tayar ‘spin’ atau tayar depan terangkat boleh menyebabkan kehilangan cengkaman lantas kehilangan masa.
Malah, aksi ‘wheelie’ juga bukan sekadar menghilangkan masa berharga tetapi boleh menyebabkan kemalangan ngeri. Sebab itulah pelumba MotoGP pun tak sibuk nak ‘wheelie’!
3. Kawal Pengambilan Selekoh
Tiba masa syarat terakhir,
Nak lengkap sudah ilmu rider Zizan,
Tinggal nak ambil selekoh selembut air,
Oleh guru ketiga Afif Amran.
Aspek paling penting dalam nurani pelumba motosikal adalah menguasai selekoh.
Mahir dengan syarat pertama, pengambilan selekoh akan jadi mudah.
Brek sebelum tiba di selekoh kemudian kembali membuka ‘throttle’ sebaik nak keluar dari selekoh bagi mencapai cengkaman dan pecutan terbaik.
Kedua-dua faktor ini perlu dilaksanakan secara lembut dan tidak terlalu memaksa agar pengambilan selekoh berlaku dengan efisien.
Zizan Razak berjaya lengkap tiga syarat,
Dengan bantuan guru pilihan,
Ilmu tunggangan Zizan kini lebih kuat,
Dengan kehadiran PETRONAS Pengejar Impian.
Demikian kisah Zizan Razak bersama PETRONAS #PengejarImpian mendalami ilmu menunggang secara profesional dan selamat. Nak jadi yang terbaik perlu menuntut daripada individu hebat.
Kalau nak sertai Zizan dalam misi menyempurnakan tiga syarat oleh pelumba Cub Prix, layan video di atas!
Advertisements |
desmo-cup-2020-30-pemilik-ducati-rebut-status-raja-desmo-malaysia | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Desmo Cup 2020: 30 Pemilik Ducati Rebut Status ‘Raja Desmo’ Malaysia
Posted on February 23, 2020 by Amirul Azreen
Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) dengan kerjasama Malaysia Speed Festival (MSF) melancarkan Desmo Cup 2020 yang akan berlangsung dari Mac hingga November tahun ini.
Memasuki musim kedua, Desmo Cup 2020 akan menyaksikan hampir 30 pemilik Ducati di Malaysia berentap di dalam tiga kategori; Superbike, Super Sports dan Super Naked.
Desmo Cup sentiasa mencuri tumpuan tatkala satu-satunya kejuaraan tempatan yang menawarkan peluang menyaksikan bukan sekadar model Panigale malah Multistrada, Hypermotard, Monster dan Streetfighter berlumba!
Dalam perkembangan sama, penganjuran Desmo Cup kali ini menyaksikan pertubuhan Desmo Racing, yang kini bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perlumbaan tersebut.
Selain daripada MSF, Desmo Cup 2020 juga menerima sokongan daripada GIVI, Welly World Cycle dan Country Heights.
DOCM merupakaan kelab pemilik Ducati yang komited dalam menawarkan ahlinya pengalaman Ducati terbaik menerusi pelbagai acara – antaranya Desmo Cup.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
sembilan-pemenang-bertuah-bawa-pulang-kereta-honda-baharu | BERITA TEMPATAN
Honda
Moto Malaya
Sembilan Pemenang Bertuah Bawa Pulang Kereta Honda Baharu!
Posted on September 28, 2019 by Amirul Azreen
Honda Malaysia meraikan sambutan pencapaian penjualan 900,000 unit dengan acara besar-besaran yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini sehingga esok.
Tumpuan utama acara terarah kepada penyerahan model Honda – Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord – kepada sembilan pemenang bertuah.
Dua pemenang pertama telah pun diumumkan sebelum ini dan mereka membawa pulang Honda Civic dan HR-V.
Baki tujuh pemenang lagi telah diumumkan hari ini.
Berikut senarai penuh pemenang:
Mohamad Adib Fida’iy bin Mohamad Hanapi – Civic
Lim Hong Ngee – HR-V
Nik Siti Nurhidayah Juhan – HR-V Hybrid
Yasmoon binti Osman – City
Fong Yee Wern – City Hybrid
Ee Shi Lin – Jazz
Chester Lim – CR-V
Lim Hock Kuang – BR-V
Muhamad Abdul Hadi Junus – Accord
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berbesar hati dengan sokongan diberikan terhadap jenama itu.
“Kami amat berbesar hati dengan sokongan yang diterima daripada pelanggan untuk menjadikan Honda sebagai jenama dipercayai di Malaysia.
“Kami amat gembira kerana berjaya mencatat angka penjualan 900,000 unit sejak ditubuhkan pada 2002.
“Kempen kali ini lebih istimewa kerana julung kalinya Honda Malaysia berganding bahu bersama jenama popular, Astro Radio, Tealive dan Unifi untuk menyerahkan sembilan kereta kepada para pemenang.
“Untuk kmpen ini sahaja kami menerima lebih 122,000 peserta dalam tempoh dua bulan!” jelasnya.
Sejak Honda Malaysia memperkenalkan versi CKD menerusi CR-V pada 2003, model CKD merekodkan penjualan tertinggi dengan 95 peratus penjualan berbanding CBU hanya 5 peratus.
Ketika ini, Malaysia mempunyai lebih 98 pengedar sah Honda di seluruh negara.
Advertisements |
motogp-danilo-petrucci-hampir-pasti-sertai-ktm | Moto Malaya
MotoGP: Danilo Petrucci Hampir Pasti Sertai KTM
Posted on June 22, 2020June 22, 2020 by Amirul Azreen
Danilo Petrucci yang bakal tamat kontrak bersama Ducati hujung musim ini dikhabarkan semakin hampir berhijrah ke KTM dalam usaha untuk terus kekal di kelas premier.
Tempat Petrucci di Ducati bakal diambil alih Jack Miller bagi musim 2021.
Pada awalnya, Petrucci dicanang akan sertai Aprilia bagi menggantikan Andrea Iannone yang kini menjalani penggantungan 18 bulan susulan gagal ujian doping.
Pada masa sama, Ducati turut berminat untuk meletakkan Petrucci di WorldSBK dalam usaha menggugat dominasi Jonathan Rea dari Kawasaki.
Bagaimanapun, segalanya berubah apabila tonggak KTM, Pol Espargaro dikatakan akan ke Repsol Honda bagi 2021 menggantikan Alex Marquez.
Sekiranya Petrucci ke KTM menjadi, dia bakal menawarkan pengalaman penting dikalangan pelumba muda lain, Brad Binder, Iker Lecuona dan Miguel Oliviera.
Sementara itu, pengurus Petrucci, Alberto Vergani kini mendedahkan pihaknya sedang menanti langkah seterusnya daripada KTM.
“Kami menyaksikan segalanya di KTM, mereka memiliki fasiliti yang mengagumkan melebihi jangkaan kami,” jelasnya. – Visordown
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
sic-umum-ceo-baharu-netizen-gesa-formula-1-dikembalikan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
SIC Umum CEO Baharu, Netizen Gesa Formula 1 Dikembalikan
Posted on April 8, 2020 by Amirul Azreen
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan Azhan Shafriman Hanif sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Dato Razlan Razali.
Razlan meninggalkan jawatan dipegangnya lebih 11 tahun itu bagi memberi perhatian penuh terhadap pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT).
Bagaimanapun, sebaik SIC mengumumkan pelantikan tersebut, laman Facebook rasmi mereka dihujani komen netizen yang menggesa CEO baharu itu mengembalikan sukan Formula 1.
Tahun 2017 merupakan kali terakhir Malaysia menganjurkan F1 sejak kali pertama melakukannya pada 1999.
Ketika itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa F1 memakan perbelanjaan yang besar.
“Kos terlalu tinggi dan pada 1999, Malaysia negara pertama di Asia selain Jepun yang menganjurkan F1 namun kini sudah terlalu banyak venue,” jelasnya menurut express.co.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika itu, Datuk Seri Nazri Aziz turut mendedahkan Malaysia menanggung kerugian lebih RM 300 juta setiap tahun bagi setiap penganjuran F1 dan tidak dapat mendapat pulangan.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
tempuh-14000km-dari-rantau-panjang-ke-tanah-suci-dengan-yamaha-135-lc | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Tempuh 14,000KM Dari Rantau Panjang Ke Tanah Suci Dengan Yamaha 135 LC
Posted on August 19, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: Gi Mekoh Nga Mutor @ Facebook
Tatkala penunggang motosikal lain sibuk membuat perancangan untuk menunggang ke Thailand dan negara jiran lain, tiga individu telah berjaya menempuh tunggangan selama 87 hari untuk tiba di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.
Diami Yusof, 60, Mohd Fadli Abdul Rashid, 43 dan Ahmad Zainali Zulkifli, 65 menyifatkan pengembaraan mereka sebagai “Gi Mekoh Nga Mutor” – pergi Mekah dengan motosikal – sebagai ‘ride’ paling bermakna dalam hidup mereka.
Diami – lebih dikenali sebagai Abang Mat – bercadang untuk meneruskan projek tersebut tahun depan.
“Meskipun berdepan pelbagai cabaran kami tidak putus asa. Kami berharap dapat merancang satu lagi projek tapi kali ini dengan lebih ramai penglibatan penunggang motosikal,”katanya.
Sumber: Gi Mekoh Nga Mutor @ Facebook
Menurut laporan NST, ketiga-tiga penunggang tersebut berdepan insiden yang tidak dapat dilupakan apabila salah seorang daripada mereka kehabisan minyak ditengah-tengah padang pasir berhampiran sempadan Pakistan-Iran.
Insiden tersebut berlaku 10 hari selepas mereka memulakan perjalan di Rantau Panjang, pada 10 November tahun lalu.
Sumber: Gi Mekoh Nga Mutor @ Facebook
Mereka bertiga turut mendapat iringan daripada 30 pegawai tentera dan polis selama 25 hari perjalanan daripada Pakistan ke sempadan Iran.
Menggunakan motosikal jenis Yamaha 135 LC, ketiga-tiga penunggang telah menempuh lebih 14,000 kilometer merentasi tujuh negara – Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan Saudi Arabia.
(SUMBER: NST)
Advertisements |
rossi-morbidelli-hampir-pasti-gandingan-baharu-petronas-srt-2021 | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Yamaha
Rossi-Morbidelli Hampir Pasti Gandingan Baharu Petronas SRT 2021
Posted on May 10, 2020May 10, 2020 by Amirul Azreen
Baru-baru ini, Datuk Razlan Razali mengesahkan pasukannya, Petronas Sepang Racing Team (SRT) sedia menerima cadangan penyertaan Valentino Rossi bagi musim 2021.
Kini, timbul laporan media mendakwa Rossi hampir pasti berhijrah ke Petronas SRT musim depan.
Juara dunia sembilan kali itu (tujuh kali di kelas premier) kehilangan tempatnya bersama Factory Yamaha selepas pasukan itu memikat Fabio Quartararo dari Petronas SRT.
Sekiranya, Petronas SRT berjaya memeterai perjanjian bersama Rossi, pelumba berusia 41 tahun itu akan digandingkan bersama Franco Morbidelli.
Morbidelli menamatkan musim 2019 di kedudukan ke-10 keseluruhan sementara Quartararo lebih cemerlang di kedudukan kelima selepas merekodkan enam petak pertama dan tujuh podium meskipun baru dalam musim sulung di kelas premier.
Musim ini, Quartararo diberi peluang berlumba dengan jentera spesifikasi factory sebagai persediaan untuk musim depan.
Difahamkan, perjanjian di antara Rossi dan Petronas SRT akan diumumkan dalam masa terdekat.- GP One
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
gopro-hero-8-dengan-hypersmooth-2-0-action-camera-terbaik-2019 | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
GoPro Hero 8 Dengan Hypersmooth 2.0, ‘Action Camera’ Terbaik 2019?
Posted on October 2, 2019October 2, 2019 by Amirul Azreen
Bagi seorang penunggang motosikal, penggunaan sebuah ‘action camera’ adalah perkara wajib, lebih-lebih lagi bagi seorang ‘motovlogger’.
Sejak melancarkan Hero 4 sehinggalah ke Hero 7 tahun lalu, GoPro menjadi pilihan nombor satu penggemar ‘action camera’.
Tonton video GoPro Hero 8 dibawah:
Bagaimanapun, status GoPro tergugat sementara apabila DJI memperkenalkan DJI Osmo Action yang dilengkapi dengan teknologi penstabilan imej, Rocksteady, tahun ini.
Menyedari perkara itu, GoPro melancarkan Hero 8 dengan teknologi penstabilan imej Hypersmooth 2.0 yang menjaminkan kualiti video yang jauh lebih mantap!
Sejak Hero 5, kamera GoPro tidak lagi memerlukan sarung kalis air tatkala mampu pergi sedalam 33 kaki namun untuk dipasang kepada sebarang ‘mounting’, paling kurang perlu memakaikan bingkai khas.
Senario itu bukan lagi satu isu bagi Hero 8 yang dilengkapi dengan tempat ‘mounting’ khas yang mampu disambungkan terus ke sebarang pemasang.
Hero 8 juga lebih nipis berbanding Hero 7 (28.4mm lwn 33mm) namun lebih lebar dan tinggi (66.3mm x 48.6mm lwn 62.3mm x 44.mm).
Bagaimanapun, berbanding model Hero lain, pelindung lensa Hero 8 tidak lagi boleh ditanggalkan dan digantikan dengan pelindung baharu seandainya tercalar.
Untuk menjadikan Hero 8 lebih menarik, GoPro turut melancarkan beberapa aksesori tambahan antaranya Media Mod yang didatangkan dengan mikrofon shotgun, 3.5mm dan mic port dan slot untuk pemasangan lampu LED 200 lumen – yang pastinya sesuai untuk kaki vlogger.
Sementara itu, masih belum diketahui lagi sama ada isu yang melanda model sebelumnya, Hero 7, seperti mudah ‘freeze’ atau ‘hang’ serta cepat panas telah diatasi bagi Hero 8.
Advertisements |
dani-pedrosa-nafi-ganti-zarco-di-ktm | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Dani Pedrosa Nafi Ganti Zarco Di KTM
Posted on August 16, 2019August 16, 2019 by Amirul Azreen
Zarco mengakui dia tidak gembira di KTM dan membuat keputusan untuk berhenti bagi mencari semula “senyuman” yang telah lama hilang.
Sementara itu, Pedrosa turut mengesahkan dia tidak akan kembali ke MotoGP sebagai pengganti Zarco selepas bersara hujung musim lalu dan kini bersama KTM sebagai ‘test rider’.
Dalam perkembangan lain, Valentino Rossi memilih Andrea Dovizioso sebagai pilihan juara musim ini meskipun ketinggalan 58 mata dibelakang pendahulu, Marc Marquez.
Desmo Dovi mempamerkan tunggangan mantap di GP Austria baru-baru ini dan berjaya mengetepikan Marquez di selekoh terakhir untuk muncul juara di litar yang menjadi kegemaran Ducati.
Saingan MotoGP akan kembali minggu depan di litar Silverstone.
Advertisements |
tempahan-toyota-corolla-altis-dibuka-harga-dari-rm128888 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Tempahan Toyota Corolla Altis Dibuka – Harga Dari RM128,888!
Posted on September 12, 2019 by Amirul Azreen
UMW Toyota mengumumkan tempahan untuk Toyota Corolla Altis serba baharu kini di buka bermula hari ini.
Terdapat dua varian pilihan ditawarkan – 1.8G dan 1.8E – dengan masing-masing berharga RM136,888 dan RM128,888.
Menurut UMW Toyota, model tersebut telah menjalani perbaharuan daripada segala aspek berdasarkan Toyota New Global Architecture (TNGA) yang memfokuskan terhadap prestasi, pemanduan dinamil dan keselesaan.
Sistem keselamatan turut dipertingkat dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang juga didatangkan dengan ciri berteknologi tinggi.
Toyota Corolla merupakan nama yang telah sebati dengan rakyat Malaysia sejak dipasang di sini sekitar 50 tahun yang lalu.
Bagi maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau singgah di pengedar Toyota rasmi terdekat seluruh Malaysia.
Advertisements |
kami-akan-berlumba-pada-januari-2021-jika-perlu | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
“Kami Akan Berlumba Pada Januari 2021 Jika Perlu”
Posted on March 16, 2020 by Amirul Azreen
Demikian kenyataan dibuat Presiden FIM, Jorge Viegas selepas kalendar perlumbaan MotoGP 2020 terpaksa ditunda susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.
Aksi pembukaan di Litar Losail, Qatar menyaksikan ketiadaan kelas premier tatkala negara itu mengenakan kuarantin dua minggu bagi pengunjung luar.
Thailand, Amerika Syarikat dan Argentina turut mengikut langkah dengan membatalkan aksi MotoGP dalam usaha membendung penyeraban Covid-19.
Senario ini sekaligus memaksa FIM menunda kalendar MotoGP sehingga Mei dengan Litar Jerez bakal menjadi tuan rumah aksi pembukaan musim 2020.
Bagaimanapun, tatkala krisis koronavirus berterusan, dijangka penangguhan dan perubahan jadual tidak dapat dielakkan.
Ketika ini, aksi MotoGP memerlukan sekurang-kurangnya 13 perlumbaan berlangsung bagi mencapai status kejuaraan dunia dan Viegas berasakan FIM perlu membenarkan sekiranya kalendar 2020 di panjangkan ke tahun 2021.
“Jika perlu, itu yang perlu kami lakukan. Kami mahu memastikan MotoGP mengekalkan status selaku kejuaraan dunia. Jika perlu kami akan panjangkan ke Januari 2021,” jelasnya.
Sementara itu, Viegas berasakan impak koronavirus lebih besar terhadap aspek kesihatan dan ekonomi berbanding sukan permotoran.
Itali antara negara paling terkesan dengan Covid-19 dengan kerajaan telah mengisytiharkan darurat dan penutupan seluruh negara.
Ducati telah mengarahkan penutupan sementara bagi mencari strategi terbaik menangani masalah ini sementara Ferrari dan Lamborghini menutup sepenuhnya kilang mereka sehingga hujung bulan ini.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
shell-tawar-500-botol-1l-shell-advance-ax7-secara-percuma | Moto Malaya
Shell Tawar 500 Botol 1L Shell Advance AX7 Secara Percuma!
Posted on July 7, 2020July 8, 2020 by Amirul Azreen
Bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak Mac lalu, Shell menawarkan 500 botol minyak enjin separah sintetik secara percuma kepada semua pemilik jentera dua roda.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada permulaan kempen #AtasiSegalanya bagi tahun 2020.
Menerusi kempen ini, orang ramai berpeluang menikmati kualiti ditawarkan minyak separa sintetik Shell Advance AX7 15W 50 dan 10W 40.
Bagi menikmati tawaran percuma ini – yang telah pun bermula sejak 26 Jun lalu hingga 11 Julai ini – orang ramai hanya perlu menekan pautan ini SHELL MALAYSIA dan jawab soalan mudah untuk berpeluang mendapatkan pek 1 liter secara percuma.
Shell Advance AX7 merupakan minyak enjin yang menawarkan penjimatan bahan api terbaik di samping mengurangkan kos selenggara jentera.
Dalam perkembangan sama, dengan setiap pembelian pek 1 liter Shell Advance AX7 daripada bengkel rasmi, orang ramai akan menerima bandana secara percuma!
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian minyak enjin motosikal Shell Advance, layari www.shell.com.my/advance.
Advertisements |
kawasaki-zx-25r-ekzos-yoshimura-seakan-gandingan-orkestra-menjadi | BERITA ANTARABANGSA
Kawasaki
Moto Malaya
Kawasaki ZX-25R, Ekzos Yoshimura Seakan Gandingan Orkestra Menjadi!
Posted on May 17, 2020 by Amirul Azreen
Teringat lagi bila Metallica digandingkan dengan San Francisco Symphony Orchestra, gabungan tersebut menghasilkan melodi yang cukup gah.
Kini melodi menjadi turut didengarkan 14,220 kilometer dari California, menerusi Kawasaki Indonesia.
Dalam tempoh beberapa bulan ini, Kawasaki Indonesia sering memuat naik beberapa video berkaitan Kawasaki ZX-25R di laman YouTube.
Bagaimanapun, video terbaru paling mencuri tumpuan apabila jentera 250cc 4-silinder tersebut dipasang ekzos Yoshimura.
Video berdurasi 1 minit 53 saat itu memaparkan bunyi yang dihasilkan dan ternyata cukup mengujakan.
Dengarkan bunyi 4-silinder ZX-25R menerusi ekzos Yoshimura di bawah!
Kawasaki dijangka melancarkan ZX-25R tahun ini.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
aia-family-drive-perlindungan-untuk-pemandu-dan-ahli-keluarga-tersayang | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
AIA Family Drive: Perlindungan Untuk Pemandu Dan Ahli Keluarga Tersayang
Posted on February 10, 2020February 10, 2020 by Amirul Azreen
AIA General berhad menawarkan perlindungan komprehensif berkonsepkan kekeluargaan menerusi Family Drive yang bukan sahaja melindungi pemandu dan penumpang malah ahli keluarga.
AIA Family Drive merupakan insurans yang melindungi kerugian dan kerosakan kenderaan yang berpunca daripada pemandu/pemilik serta pihak ketiga.
Antara perlindungan yang ditawarkan adalah:
Perlindungan kemalangan diri – pemandu atau ahli keluarga yang menggunakan kereta yang telah dilindungi AIA Family Drive akan mendapat perlindungan sehingga RM250,000.
Perlindungan terhadap liabiliti undang-undang – melibatkan pemandu dan pihak ketiga yang mengalami kecederaan/kematian serta kerosakan harta benda.
Perlindungan automatik – terhadap semua pemandu yang memandu kenderaan ketika berlakunya kemalangan/kecederaan/kematian.
Bagi meringkan lagi beban, pelanggan yang berdaftar dengan AIA Family Drive akan menerima Elaun Kesulitan sebanyak RM600 sekiranya kereta terlibat kemalangan.
AIA Family Drive turut menawarkan bantuan Roadside Assist yang lengkap seperti berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIA General Berhad, Eric Chang memaklumkan Family Drive lahir daripada permintaan pasaran ketika ini.
CEO AIA General Berhad, Eric Chang
“Penyelidikan pasaran yang kami jalankan telah mengenal pasti pelbagai kebimbangan pelanggan terutamanya dari segi peningkatan trend dalam kalangan mereka yang berkeluarga yang risau akan keselamatan keluarga mereka dan kesulitan yang dihadapi akibat kemalangan.
“Family Drive adalah antara pelan dan polisi insurans inovatif yang pertama daripada pelbagai produk yang bakal dilancarkan oleh AIA General Berhad,” jelasnya.
Advertisements |
sebut-perkataan-n-sewaktu-perlumbaan-virtual-pelumba-nascar-ini-dibuang-pasukan | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Sebut Perkataan “N” Sewaktu Perlumbaan Virtual, Pelumba NASCAR Ini Dibuang Pasukan
Posted on April 15, 2020 by Amirul Azreen
Pelumba pasukan Chip Ganassi Racing telah menamatkan kontrak pelumba, Kyle Larson, gara-gara mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sewaktu perlumbaan virtual, Ahad lalu.
Pengumuman pemecatan pelumba itu diumumkan menerusi akaun Twitter, Chip Ganassi Racing.
“Selepas perbincangan, Chip Ganassi Racing membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pelumba Kyle Larson.
“Kenyataan dibuat Larson terlalu sensitif dan tidak boleh diterima apatah lagi bagi sebuah organisasi perlumbaan,” jelas pasukan itu.
Larson mengeluarkan perkataan berbaur perkauman itu sewaktu strim langsung perlumbaan iRacing menerus platform Twitch.
Dia didapati mengeluarkan perkataan “N***r” sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Tindakan pelumba berusia 27 tahun itu turut menyaksikan beberapa penaja menarik diri antaranya McDonald’s dan Credit One Bank.
Sementara itu, Larson turut memuat naik video permohonan maaf menerusi akaun Twitter miliknya.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |